NED dan Modus operandi ‘Projek Demokrasi’ dunia
NED dan modus operandi ‘Projek Demokrasi’ dunia
oleh William Blum,
“ Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini secara rahsianya telah dilakukan 25 tahun dahulu oleh CIA”, Allen Weinstein telah memberikan pertolongan dalam merangka penggubalan udang-undang yang membawa kepada penubuhan National Endowment for Democracy-NED (Pembiayaan Kebangsaan untuk Demokrasi).
Pada akhir 1970-an merupakan tempoh masa yang istimewa. Didorong oleh Watergate – Jawatankuasa Gereja Senat, Jawatankuasa Dewan Puncak dan Suruhanjaya Rockefeller menyiasat CIA. Setelah CIA mendapat nama yang terlalu buruk dan ianya menyebabkan kuasa yang dimiliki merupakan sesuatu yang memalukan.
Sesuatu perlu dilakukan. Pada 1983, di bawah Presiden Reagen, NED telah ditubuhkan untuk “menyokong institusi demokratik di seluruh dunia melalui usaha persendirian, bukan badan kerajaan.”
Pada 1991, Allen Weinstein, yang telah memberikan pertolongan dalam merangka penggubalan udang-undang yang membawa kepada penubuhan NED, tanpa berselindung mengatakan : “ Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini secara rahsianya telah dilakukan 25 tahun dahulu oleh CIA.”
(1). Sebenarnya, CIA Melaburkan Wang Melalui NED.
NED campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya.
Program NED secara umumnya menyampaikan falsafah bahawa rakyat lebih baik dilayan di bawah perniagaan bebas, kerjasama antara kelas, penawaran secara kolektif, campur tangan kerajaan yang minima dalam ekonomi dan berlawanan dengan sosialisme. Ekonomi pasaran bebas disamakan dengan demokrasi, perubahan dan pembangunan. Penghargaan pelaburan luar dititikberatkan.
(2). CIA Gunakan Kesatuan Progresif Untuk Bergerak Secara Subversif
Dari 1994 hingga 1996, NED menganugerahkan lebih dari $2,500,000 kepada American Institute for Free Labor Development (Institut Amerika untuk Pembangunan Buruh Bebas), yang pernah CIA gunakan selama berdekad-dekad untuk kesatuan-kesatuan progresif, bergerak secara subversif.
NED telah menaja kesatuan yang mempunyai dasar sederhana dan berhaluan kanan untuk menentang kesatuan pro-pekerja militan di Perancis, Sepanyol dan di negara lain.
(3). Menyerupai “Kesatuan Pekerja” untuk Menentang “Organisasi Profesor” Berhaluan Kiri.
Di Perancis (1983-1984), NED menyokong sebuah kumpulan yang menyerupai “kesatuan pekerja” untuk menentang “organisasi profesor yang berhaluan kiri ”. Ia menaja seminar, poster, buku dan risalah.
(4). Membangunkan Strategi untuk Perkembangan Sektor Swasta.
Satu program NED pada tahun 1997-1998 adalah : “ Untuk mengenal pasti halangan kepada pembangunan sektor swasta di peringkat tempatan dan persekutuan di Yugoslavia dan menekankan perubahan perundangan….[dan] membangunkan strategi untuk perkembangan sektor swasta.”
(5). Membiayai Calon Presiden Panama yang Disokong oleh Noriega dan CIA
Kritikan Presiden Milosevic telah disokong oleh geran daripada NED selama bertahun-tahun. Disebabkan kontroversi pada 1984 – apabila NED membiayai calon presiden Panama yang disokong oleh Noriega dan CIA – Kongres menggubal satu undang-undang yang melarang penggunaan dana NED “untuk membiayai kempen calon-calon untuk pejabat awam”.
Ianya tidak sukar untuk mengatasi larangan ini. NED telah berjaya memanipulasi pilihan raya di Nicaragua pada 1990 dan Mongolia pada 1996. Ia juga membantu dalam menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik di Bulgaria pada 1990 dan Albania pada 1991 dan 1992.
(6). Bergabung Dalam Kumpulan Pembangkang
NED sibuk di Haiti pada 1990-an dalam mewakili kumpulan berhaluan kanan yang bergabung dalam kumpulan pembangkang kepada bekas Presiden Jean-Bertrand Aristide dan ideologinya yang progresif.
NED menyatakan bahawa misinya mengajar tentang asas demokrasi dan pilihan raya kepada mereka yang tidak tahu, tetapi di kesemua lima negara yang disebutkan di atas, mereka sebenarnya telah mengamalkan pilihan raya yang bebas dan adil.
Masalahnya pilihan raya di negara-negara tersebut telah dimenangi oleh parti politik yang tidak disenangi oleh NED. NED masih menyatakan bahawa mereka terlibat dalam “pembangunan pembangkang” dan “menggalakkan pluralisme”.
(7). Menyokong Orang Ramai yang Tidak Mempunyai Suara
“Kami menyokong orang ramai yang mereka tidak mempunyai suara dalam sistem politik mereka,” kata seorang pegawai program NED, Louisa Coan.
Tetapi NED tidak memberikan bantuan kepada pembangkang berhaluan kiri yang progresif di Mexico, El Salvador, Guatemala, Nicaragua atau Eropah Timur— atau di AS – walaupun kumpulan tersebut tertekan dari segi kewangan dan untuk membolehkan suara mereka didengari.
Walau bagaimanapun, kumpulan penentang dan media Cuba disokong dengan hebat sekali.
NED memainkan peranan yang penting dalam hubungan Iran-Contra pada 1980-an, membiayai komponen “Projek Demokrasi” yang bergerak secara rahsia oleh Oliver North .
Rangkaian ini menswastakan dasar luar Amerika , dengan melancarkan peperangan, menjalankan kegiatan senjata dan dadah, serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain.
(8). Menjalankan Projek Demokrasi
Pada 1987, jurucakap Rumah Putih menyatakan bahawa mereka yang berada di NED “menjalankan Projek Demokrasi”. NED merupakan teraju awam untuk Projek Demokrasi, yang dijalankan secara rahsia.
(9). NED di Filipina
NED juga menjalankan satu kempen pelbagai peringkat untuk menentang pemberontakan yang berhaluan kiri di Filipina pada pertengahan 1980-an, menaja organisasi persendirian, termasuk kesatuan dan media. Ini adalah replika kepada operasi CIA yang lazim bermula dari zaman pra-NED.
(10). NED di Filipina
Di antara 1990 dan 1992, NED mendermakan sebanyak $ 250,000 kepada Tabung Kebangsaan Cuba-Amerika. Kumpulan anti-Castro, ultra-fanatik ini, kemudiannya menaja Luis Posada Carriles, salah seorang daripada pengganas yang produktif dan tiada belas kasihan pada zaman moden. Dia terlibat dalam letupan kapal terbang Cuba pada 1976 yang membunuh 73 orang. Pada 1197, dia terlibat dalam letupan di Hotel Havana.
Nota :
Terjemahan daripada rencana asal bertajuk ” NED and ‘Project Democracy”, tulisan William Blum, I Januari 2000 .
Artikel asal klik di sini
Nota kaki :
1. Washington Post, Sept.22, 1991
2. NED Annual Reports, 1994-96
3. NED Annual Report, Nov.18, 1983 to Sept.30, 1984, p.21
4. NED Annual Report, Nov.18, 1983 to Sept.30, 1984, p.21
5. Lihat NED annual reports of the 1990s
6. Haiti: Haiti Progres, May 13-19, 1998
7. New York Times, Mar.31, 1997, p.11
8. Washington Post, Feb.16, 1987; juga lihat New York Times, Feb.15, 1987, p.1
9. San Francisco Examiner, Jul.21, 1985, p.1
10. New York Times, July 13, 1998
Sumber : From Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower, 2000
Artikel Berkaitan :
- “NED,NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar”, oleh Ron Paul, Ahli Republikan.
- “NED – Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia”, oleh Hernando Calvo Ospina, wartawan dan penulis buku, Bacardi: the Hidden War.
- NED dan Modus operandi ‘Projek Demokrasi’ dunia