Muat Naik Status Di Facebook Dan Menggantung Diri Hingga Mati Kerana Kecewa

Kerana Kecewa Seorang Lelaki Memuat Naik Status Di Facebook Dan Menggantung Diri Hingga Mati

 

Seorang lelaki dilaporkan membunuh diri setelah menggantung dirinya sendiri dan meninggalkan satu nota di Felda Bukit Kuantan, Panching, Pahang, semalam.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Amirul Ismad, 22 tahun, dikatakan telah memuat naik beberapa status sebelum kejadian itu di laman sosial Facebook. Status-status berkenaan telah membuktikan bahawa beliau telah mengalami kemurungan.

Amirul Ismad dipercayai telah membunuh diri kerana putus cinta dan juga kehilangan orang yang disayanginya.

Menurut seorang netizen yang dipercayai rakan Facebook mangsa turut mengakui bahawa beliau ada bersembang dengan Amirul berkaitan dengan status yang ditulis Amirul apabila semua status Amirul seolah-olah menunjukkan Amirul ingin mati.

Walau bagaimanapun, agak mengecewakan apabila sekumpulan netizen menyalahkan ahli keluarga Amirul kerana Amirul dikatakan menghadapi tekanan yang hebat. Namun, beberapa ketika selepas itu, seorang wanita yang dipercayai kakak kepada mangsa memohon agar netizen tidak membuat sebarang komen negatif terhadap mangsa memandangkan mangsa baru sahaja meninggal dunia.

Segelintir netizen turut menyampaikan rasa sedih mereka di atas kejadian yang amat menyayat hati ini berlaku terhadap Amirul Ismad, malah mereka turut mengatakan luahan hati Amirul di Facebook dikatakan tiada siapa pun yang mempedulikannya yang mendorong Amirul bertindak sedemikian.