LUAHAN HATI – SIAPAKAH AKU?
Subhanallah… Astaghfirullah…
Siapalah aku … muka tak tahu malu..
BACA DAN NILAIKANLAH SENDIRI …
TELITI DENGAN HATI YANG TENANG, BERSIH DAN SUCI
LUAHAN HATI – SIAPAKAH AKU?
Terpandang tarikh hari ini 19 Syawal 1436 Hijrah membuatkan aku terfikir.
Aku lahir tahun 1382 Hijrah. Bermakna 54 kali pusingan tahun Hijrah ini berlaku bersama usiaku.. (ini kiraan yang paling tepat sebab diukur terus dari pusingan bulan).
Terdetik di hati… betapa banyak aku terhutang budi.
Udara Allah aku hirup…
Air Allah aku gunakan.
Cahaya Allah menerangi kegelapan hidup..
Rezeki Allah aku makan..
MasyaAllah…
54 tahun jantungku berdegup tanpa sesaatpun berhenti..
54 tahun paru-paru aku mengepam tanpa cuti..
54 tahun buah pinggang aku memperoses tanpa protes
54 tahun hati, pankreas dan semua organ dalaman setia berfungsi
54 tahun mata aku melihat dunia
54 tahun telinga aku mendengar suara
54 tahun hidung menghidu dan lidah merasa
54 tahun mulut ku berkata-kata
54 tahun gigi ku mengunyah entah apa-apa…
Belum dihitung lagi betapa banyaknya nikmat lain..
54 tahun otak ku berfungsi
54 tahun nikmat aman dan kasih sayang ini
54 tahun digerakkan tangan dan kaki..
54 tahun Allah bekalkan alQur’an..
54 tahun Allah izinkan Islam dan iman…
Terima kasih Allah… terima kasih..
Sesungguhnya aku merasa terlalu kerdil dan amat terhutang budi terhadap Mu…
Aku sedar wahai Allah bahawa peraturan Mu ingin menyelamatkan aku..
Aku sedar itu tanda Engkau kasih pada ku dan para hamba ciptaanMu…
Aku sedar aku tidak mampu berfikir untuk mendapatkan peraturan secantik itu…
Aku sedar aku gagal mematuhinya dengan sempurna dalam diriku..
Aku sedar aku belum mampu mempengaruhi saudara-saudara ku..
Aku redha Ya Allah dengan musibah akibat kelalaian dan dosaku …
Aku pasrah… aku kesal dan memohon keampunan dariMu..
Sesungguhnya aku juga sedar ya Allah..
Aku terlalu biadab dan hina sebagai hambaMu yang kufur nikmat..
Aku tidak mencari jalan untuk sentiasa menjadi taat..
Aku sering mencari alasan untuk tidak berbuat..
Aku sering gagal mengingkari godaan Dajjal yang amat berat.
Ya Allah…
Redhalah dengan apa yang telah dikau izinkan buat ku selama ini..
Kasihilah aku yang lemah, lalai dan sering lupa diri.
Janganlah kau humban aku ke neraka JahannamMu nanti..
Ya Allah… Terima kasih sekali lagi…
Kerana izinkan aku berkelana di dunia yang indah…
Kerana izinkan aku menikmati semua yang telah Dikau anugerah…
Kerana sudi membimbing aku untuk mengelakkan fitnah..
Kerana kurniaan akal sehingga isi hati ini mampu aku luah..
Jika ada kebaikan dari hayatku ..
Jika ada kemampuan menyuburkan ilmu dan sunnah Nabi Mu…
Jika ada ruang untuk aku menyambung amal ibu..
Jika ada ruang untuk islah terhadap amalku..
Jika ada manfaat diri ini terhadap hamba-hambamu…
Maka… dengan muka tidak tahu malu aku pohon lanjutkanlah ia wahai Allah… (baca tutup muka.. sembam di meja)
Jika hayat ini boleh menjadikan aku semakin lagho, togho dan durhaka..
Jika hayat ini hanya menambah dosa dan menganiaya manusia
Jika hayat ini sudah tidak lagi menambah amal seorang hamba..
AKU RELA DIHENTIKAN SAJA HAYAT INI YA ALLAH…
CUMA AKU POHON LAGI DENGAN MUKA TEBAL KU…
SELAMATKANLAH ANAK CUCUKU… SAUDARA SEAGAMAKU… JUGA TANAH AIR DAN DUNIA INI…
Sesungguhnya…
Aku melihat kefasikan, kemungkaran dan kejahatan yang amat dahsyat di hadapan ku…
Aku melihat peperangan yang amat dahsyat bakal berlaku…
Aku amat bimbang keselamatan anak generasiku..
Astaghfirullah… Astaghfirullah… Astaghfirullah…
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…
Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar…
Mardhotillah…
MASJUKI – Petang 4 Ogos 2015