Jangan Pisahkan Islam Dari CahayaNya, Jangan Berpecah Untuk Diratah

 

1148923_10152133671302786_1470050432_n

Sebelum ini kami kongsikan kepada anda foto kek yang berlilin, dan ketepatan umur melalui kiraan Tahun Masehi berbanding Hijriah sempena harijadi pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Hari ini kami ingin menarik perhatian anda mengenai kaitan cahaya lilin yang kita tiup, kek yang kita belah dan makan itu dengan sinar petunjuk yang ada pada umat, kesatuan umat yang diracik-racik dan diratah Barat. Ini adalah analisa Mutasyabihat.

Kekuatan Islam tak pernah boleh tumpas selagi kita bersatu. Sebab itulah, penyatuan itu adalah PERINTAH Allah secara terus, secara muhkammat disebut dalam Al-Quran itu sendiri.  Selagi Islam berpegang teguh kepada Al-Quran & Sunnah, tiada kuasa lain yang mampu menjadi lebih baik dari Islam untuk mengalahkannya.

Pengembangan syiar Islam ini pernah menaklui ¾ dunia, bahkan Constantinople juga mampu dirobohkan. Soalnya sekarang, Islam bukan lagi menjadi yang terbaik dan terkuat, malah berada ditahap terendah dan dipijak-pijak oleh manusia sejagat. Maka, adakah kita rasa kita SEBENAR-BENARNYA masih bertaut dengan Qur’an & Sunnah?

KITA pernah mendapat pencerahan tatacara hidup berkeluarga dan bernegara secerah MATAHARI. Rasululullah SAW telah menampakkannya dari fajar hingga zuhur, di mana matahari tepat di atas kepala kita. Islam bukan lagi bayangan ketika Rasulullah tinggalkan kita. Manusia jelas akan Islam dan telah berbondong-bondong memeluk Islam, menyatu ibarat SEBUNGKAH KEK hasil usaha & dakwah Nabi.

Setelah itu, fundamental Islam dilalaikan, gambaran Islam kembali menjadi bayang-bayang yang semakin meninggalkan asal usul. Selepas Asar, bayang Islam itu melebihi ukuran Islam yang asal, matahari yang menerangi alam itu akhirnya TENGGELAM sama sekali. Kita kembali bergelap dan hanya berbekalkan LILIN sahaja. Itulah putaran alam, itulah pusingan siang dan malam yang harus kita sedari dan fikir fikirkan.

Rujuk surat 3. Ali ‘Imran

190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

191. (yaitu) orang-orang yang menzikir (menganalisa tentang) Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

HABIT, RITUAL MEMBENTUK HABITAT.

Dalam meneliti kehalusan dakyah MUSUH Islam, kami meneliti banyak habit kecil kecil yang sangat dibimbangi Nabi sebelum wafatnya. Antaranya ialah habit yang sangat terkait dengan teologi, iaitu habit melarikan OBOR, meniup LILIN, membelah dan memakan KEK, bahkan habit mengadu pada WALL (ia habit Yahudi yang kini sedang kita amalkan di WALL fb, bahkan di dinding kaabah sekalipun).

Dalam kegelapan, tanpa matahari, kita mengumpul sekadar cahaya lilin, hari demi hari, tahun demi tahun mengikut umur kita untuk menyinari hidup. Bayangkan sebuah kek yang besar yang dipasang lilinnya. Mengapa perlu ditiup lilin itu mengikut bilangan umur kita? Lalu selepas ditiup lilin itu kita potongnya kecil-kecil menjadi pecahan-pecahan yang mudah untuk kita makan.

Begitulah Islam pasca Perang Salib yang ditarbiahkan oleh mereka dengan cara ritual harijadi yang kita ikuti pada hari ini tanpa mengetahui apakah actualnya. Main ikut sahaja, orang lain buat kita pun nak buat. Sebab itu Barat senang sahaja merosakkan kita kerana kita ini PAK TURUT. Apa yang Mat Saleh buat semua kita pandang baik sahaja. Begitulah juga banyak hasil kajian kami menunjukkan ummat Islam kini banyak sekali melakukan apa saja, sekalipun dalam SEMUA ritual agama secara IKUT IKUT juga, tanpa memahami sedikitpun makna bacaan dalam solat, apatah lagi hakitat actual di sebalik ritual itu.

Bayangkan, jika seluruh Negara Islam bersatu, kita akan jadi ekonomi terkuat dunia. Sejauh mana hebatnya Barat?, kapal terbang mereka pun tak boleh terbang kalau minyak yang ada di bumi Islam tidak dijual kepada mereka. Desak mereka, sekat mereka agar mereka rasa dunia ini bukan mereka punya. Jika Blok Eropah boleh menafikan sistem kewangan & matawang Barat, mengapa Dinar Emas nampak malap? Semuanya terkait dengan tiadanya penyatuan. Sistem ekonomi Islam dan sistem matawang Islam bersandar emas merupakan sistem paling dinamik dan mapan. Tidak seperti sistem ponzi dalam penentuan nilali Dollar mereka. Bila tiada duit sahaja, isu bon. Tak ada duit sahaja isukan bon.

Tetapi semua itu takkan menjadikan mereka terjejas atau menjadi calar atau luka pada mereka kerana Islam yang ada berpuluh-puluh Negara ini tidak bersatu. Pernah kita gambarkan pada bulan puasa yang lepas, sekiranya isu Palestin ditangani dengan semua Negara-negara Arab yang lain, tak perlu peluru berpandu, tak perlu jet pejuang canggih, tak perlukan kapal pengangkut tetapi cukup dengan kita ludah ramai-ramaipun habis banjir seluruh Israel. Soalnya, kita ini BERPECAH. Hari ini kami nampakkan, tidak perlu ludahpun, kita atur ekonomi & satukan suara di PBB sudah boleh menghentikan kebiadaban mereka.

Perpecahan kita kini telah menular ke akar umbi. Keluarga yang berpecah menyebabkan perpecahan di peringkat kampung, daerah, mukim, negeri, Negara dan antarabangsa. Akidah & ideologi Islam itu sendiri pun ada banyak firkahnya. Zaman Nabi dahulu hanya ada 1Islam tanpa mahzab tetapi mengapa kini boleh timbul mahzab. Itu masih tidak mengapa kerana mahzab-mahzab ini menghormati satu sama lain. TETAPI kini ada yang mengagungkan IMAM mahzab lebih dari Rasulallah itu sendiri, BAHKAN KE TAHAP MENGUBAH MUHAMMAD KEPADA NAMA IMAM/NABI PALSU MEREKA DALAM SYAHADAH. Mereka terlalu serius membincangkan isu ranting dan daun sedangkan masalah utamanya ialah pada AKAR itu sendiri.

Semakin berumur, semakin hidup kita diterangi lebih banyak wahyu, sunnah & sejarah yang mematangkan kita. Dunia ini umpama berjalan dalam gelap dan ilmu yang kita ada menerangi kita. PISAHKAN CAHAYA dari kek yang mahu dipotong itu seperti memisahkan ILMU ASAS KETAMADUNAN iaitu Al-Quran (teori) & Sunnah (praktis) dalam perlaksanaan kita hari-hari. Snouck Hurgronje sendiri menggunakan kaedah ini UNTUK MEMUSNAHKAN ISLAM DI NUSANTARA hujung abad ke18 dahulu, memisahkan SAINS dengan AGAMA. Siapa yang nak kerja pergilah ke tempat kerja, Masjid hanya untuk ibadat ritual sahaja, agama hanya untuk Tok2 Imam, kadhi, Mufti sahaja. Diasak ideologi itu sehingga beliau sendiri menjadi Mufti Sultan Acheh, sehingga Rakyat Bandung sanggup tanam terung untuk masuk syurga bukan untuk di makan. Maka ISLAM MENJADI LEMAH TANPA CAHAYA ITU, INI MEMUDAHKAN MEREKA MEMECAHKAN SAF KITA DI NUSANTARA. Itulah ritual memotong kek.

Selepas dipotong, dipecah belahkan, mudahlah kita diratah satu persatu. Lihat apa yang terjadi di Arab dengan fenomena Arab Spring itu terjadi dan mula dimasuki kekuasaan Barat apabila berlaku perpecahan. Mereka pecahkan saf dalam Negara supaya mereka mudah meratah Negara itu. Antara Negara dengan Negara lain juga sama, turut dipecah-pecahkan supaya mudah untuk ditakluki. Jika hari ini ada orang menawan Malaysia, adakah Indonesia, Brunei akan membantu mempertahankan kedaulatan kita? Kami yakin itu tak berlaku walaupun mereka dengan kita ini serumpun, sama-sama Islam.

Melihat pesta mandi darah, pesta pengeboman di negara-negara Arab & Palestine kami sangat pilu. Lebih membimbangkan ialah dalam melihat keadaan itu terbitnya tiupan semangat JIHAD sanggup mati yang meluap luap. Lontaran2 komen seperti 13 May pasti terjadi, darah UMNO halal, Darah Polis Halal, Darah Sunni Halal dan lain-lain menampakkan gejala pemikiran dangkal itu sudah berada di sini. Nanti akan dibalas dengan ungkapan yang sama pula untuk benar benar terjadinya TUMPAH DARAH. Budaya berdemonstrasi yang sedikit sebanyak telah menumpahkan darah dan korban harta benda juga telah sangat menjadi-jadi. Kedua belah pihak sedang mengorbankan perpaduan Islam, membazirkan banyak masa dan duit untuk mencapai maksud masing masing. Mereka semua adalah adik beradik dan saudara mara kita juga, kami sayang KESEMUANYA.

APA YANG KAMI NAMPAKKAN IALAH ADA CARA MENGATASI PENINDASAN DENGAN CARA ISLAM, CARA STRATEGI ALQUR’AN & SUNNAH DENGAN PENYATUAN & MUAFAKAT, DENGAN ILMU & AKIDAH, IKATAN AKAD. JANGAN IKUT NAFSU TANPA ILMU KERANA ANAK KECIL, WANITA MENGANDUNG, WARGA EMAS BAHKAN HAIWAN & HARTA BENDA YANG TIDAK BERDOSA AKAN TURUT JADI MANGSA. STRATEGI PECAH DAN PERINTAH, STRATEGI WALL, LARIKAN OBOR DLL BOLEH KITA TERBALIKKAN PENGGUNAANNYA UNTUK KEBAIKAN ISLAM. YANG PENTING KITA ‘TAHU’ CARANYA.

Bersatulah supaya tidak mudah dipecah-pecahkan kesatuan kita. Merujuklah kepada CAHAYA yang lebih terang dari lilin-lilin yang mudah ditiup iaitu terus kepada cahaya matahari. Cahaya yang datang dari Allah terus menerus yang menerangkan seluruh alam.

ISLAM ITU KUAT HANYA BILA BERSATU & DISATUKAN (ummatun wahidah). Mari kita satukan Islam di Malaysia dahulu kerana hanya dengan menyatu kita mampu kuat dalam Negara dan seterusnya kita satu-satukan semua kuasa-kuasa Islam SEDUNIA yang sedang buntu sekarang ini menjadi kuasa RAHMATAN LIL ALAMIN.

Iqra’ oleh

WARGA PRIHATIN