Sumber Perniagaan RPWP

Sebagai usaha mengumpul dana, Warga Prihatin menubuhkan  beberapa syarikat perkongsian atas dasar PROJEK TABUNG AMAL bertujuan untuk menampung kos pengurusan dan pembangunan Rumah ini tanpa meminta-minta. Semua urusan jual beli dan perkhidmatan yang diberikan adalah dilakukan oleh sukarelawan sepenuhmasa tanpa menerima sebarang bayaran upah maupun komisen.

Setiap sen hasil perniagaan yang diterima akan disalurkan untuk kebajikan tabung amal ini. Semoga usaha ini dapat menolak persepsi umum masyarakat bahawa rumah kebajikan adalah pusat meminta sedekah semata-mata. Sebagai pusat kebajikan, kami bercita-cita agar komuniti kami menjadi komuniti yang dinilai sebagai wadah kepada pejuang kebajikan bagi mereka yang berjiwa prihatin berusaha membela dan membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.

Walaupun kami berusaha dengan perniagaan, namun usaha kami bukan lagi untuk diri sendiri mengejar kemewahan. Usaha kami tidak lain adalah untuk kebajikan warga dan anak-anak dibawah didikan kami termasuk limpahannya kepada semua masyarakat di sekitar.

“Dari Asnaf, kepada Asnaf..”

 

Antara perkhidmatan yang diniagakan:

  • Pengurusan majlis
    • Sewaan dewan: RM2000 berhawa dingin untuk 5 jam & RM1500 konsep terbuka dengan kipas untuk 5 jam
    • Set lengkap meja jamuan & peralatan VIP: RM150 per set
    • Set lengkap meja jamuan & peralatan bukan VIP: RM85 per set
    • Buffet lane lengkap dengan meja serta peralatan sajian: RM100 per set
    • Dekorasi asas: RM300 per set
    • Set belon hiasan: Bermula dari RM550
    • P.A & Audio System: Bermula dari RM1000 dan mengikut kesesuaian majlis
    • Multi Camera Production, Live Feed & Broadcasting: Bermula dari RM1500 dan mengikut kesesuaian majlis
    • Fotografi: Bermula dari RM1500
    • Pengurusan letak kenderaan dan keselamatan: RM450 (3 orang petugas)
    • Salawat & Marhaban: RM1000
    • Kompang: Bermula dari RM1500 ke atas
  • Menu pilihan
    • Set A: RM35 – (Nasi minyak/ Nasi serai/ Nasi Beriani, Ayam goreng berempah, Kari kandar daging, Jelatah, Dalca sayur, Bubur caca, 2 jenis kuih, Buah oren & tembikai, Teh tarik, Kopi O, Air kordial, Air mineral
    • Set B: RM25 – (Nasi putih, Ayam goreng, Kari daging, Ikan masin bulu ayam, Sayur campur goreng, Ulaman bersama sambal belacan, Buah oren/ Tembikai, Teh tarik/ Kopi O, Air kordial, Air mineral
    • Set C: RM20 – (Nasi Tomato, Ayam masak merah, Jelatah, Papadom, Teh tarik/ Kopi O, Air mineral
    • Bagi menu pilihan lain, boleh berjumpa dengan pengurusan untuk perbincangan lanjut.
  • Bengkel Kenderaan
    • Membaiki kenderaan
    • Jual beli kenderaan terpakai
    • Mengetuk & mengecat kenderaan
  • Pertanian & Ternakan
    • Agro Tourism (akan datang)
    • buah-buahan & sayur-sayuran
    • Ternakan lembu, kambing, ayam & ikan
    • Sembelihan Aqiqah
    • Pengurusan ibadah korban, sembelihan & agihan
  • Elektrikal & Jaringan Internet
  • Juru Survey Tanah
  • Jahitan Pukal
  • Tempahan makanan & katering

 

 


Pages: 1 2