Category: Hudud

ULASAN KHUSUS MINGGUAN WANITA TENTANG TIPS PARENTING AIP

[fb-e url=” https://www.facebook.com/DrMasjuki/posts/1390856381018708/”]



TIPS MENANGANI TANTRUM VIDEO 1

[fb-e url=” https://www.facebook.com/DrMasjuki/videos/1387116958059317/”]



PERLUKAH KITA SALAHKAN ZIONIS ISRAEL? – PENJELASAN YANG RINGKAS DAN MUDAH.

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156884904757786/”]



JIKA TIDAK DARI ALLAH PASTI BANYAK KONFLIK

[fb-e url=”https://www.facebook.com/DrMasjuki/posts/1372075572896789 /”]



Malaysian King invites T-ARA for tea time

T-ara and Malaysian king
Posted on March 31, 2015

Girl group T-ARA was invited to attend Malaysian King’s luncheon.

On March 30th, the girls were invited by the Malaysian king, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, to attend his grand luncheon at the palace. This makes T-ARA the first oversea artists to be invited by the king himself.

After completing their finale performance on March 29th, the Malaysian King personally visited their hotel to meet and enjoy a tea time together with T-ARA, Black Eyed Pea‘s Taboo, and Havana Brown.

Meanwhile, T-ARA successfully performed more than 10 songs for the congratulatory performance, which included most of their hit tracks.

Source: Osen



Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat – kata pakar

Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat - pakar
Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat – Prof Dr Mahmood Zuhdi (Sumber:mahmoodzuhdi.com)
KUALA LUMPUR: Hukum hudud akan dikatakan kolot jika dilihat melalui kaca mata Barat.

Demikian pandangan Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurutnya, hukuman yang digariskan dalam agama Islam itu bukan sekadar menghukum, tetapi juga untuk mendisiplinkan pesalah.

“Perkara utama dalam agama adalah membimbing, sebaliknya perundangan menjadi langkah terakhir.

“Apabila seseorang sudah diberikan didikan, tetapi berbuat jahat, maka hendaklah dikenakan dengan hukuman berat.

“Tetapi untuk membolehkan hukuman berat itu dilaksanakan, ia memerlukan beban pembuktian yang ketat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam temu bual itu, Dr Mahmood Zuhdi menjelaskan kekeliruan masyarakat mengenai hukum hudud yang cuba dilaksanakan di Kelantan.

Katanya, Islam adalah agama yang mementingkan disiplin, berlainan dengan sistem Barat yang hanya menekankan kebebasan.

“Apabila manusia terlalu bebas, mereka tidak mempunyai disiplin,” katanya lagi.

Beliau mengambil contoh hukum hudud ke atas mereka yang melakukan zina, yang memerlukan empat saksi yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan jujur.

Dr Mahmood Zuhdi berkata saksi juga perlu melihat persetubuhan itu dengan jelas “seperti melihat benang memasuki lubang jarum”, dan bukannya menghendap.

Justeru, katanya, adalah agak mustahil untuk menghukum seseorang yang didakwa berzina.

“Malah, ketika zaman Rasulullah, hanya ada satu kes saja hukuman hudud dikenakan kepada penzina.

“Itu pun, beliau sendiri bertemu Rasulullah SAW dan mengaku perbuatannya.

“Tetapi Baginda SAW bertanyakan pelbagai soalan untuk memastikan perbuatan itu benar-benar dilakukan dan memahami maksud perzinaan,” jelas beliau.

Mengulas, apakah Kelantan melaksanakan hukum hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata Kerajaan Kelantan perlu banyak memberi pemahaman kepada masyarakat tentang apa itu hudud terlebih dulu.

“Untuk mengemukakan perlu dengan cara bijak dan berhati-hati.

“Undang-undang itu sama seperti sastera kerana mahu mengutamakan masyarakat. Perlu ada ijtihad baru yang mampu menyesuaikan dengan konteks semasa.

“Sekarang ini, asas ada tetapi isunya penganjur perlu benar-benar menjiwai syariat Islam semasa,” katanya.

Tag: hudud, dr mahmood zuhdi abdul majid, kolot, barat, uiam, Fiqh dan Usul Fiqh



Penduduk lihat hukuman rejam

MOHAMED – ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.

 

MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

“Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman.

“Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

“Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

“Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya.

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.

 

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.

“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

 

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. – Agensi

 

 

 



FAKTA- FAKTA TENTANG QISAS, HUDUD, TAKZIR & DIYAT

 50c56031b03d7d6b559afd41fbf84b86_XL
 Di tengah-tengah kemelut isu hudud ini adalah lebih baik kita ambil kesempatan ini untuk berkongsi sesama kita mengenai hudud agar yang tak tahu menjadi tahu. Yang tahu pula boleh menyampaikan dan menyebarkan, supaya kita memahami apa itu hukum-hukam di dalam Islam. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah.

Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR’IYAH
Undang-undang jenayah syar’iyah atau Kanun Jinayah Syar’iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar’iyah.

PENGERTIAN JENAYAH
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.

PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA
Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:

a.     Hukum Qisas
b.     Hukum Hudud
c.     Hukum Ta’zir

PENGERTIAN QISAS
Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara’ ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh”  
(Surah al-Baqarah :178)
“Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa” 
 (Surah al-Baqarah:179)

JENIS JENAYAH QISAS
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

  1. Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).
  2. Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.
  3. Melukakan orang lain dengan sengaja.

HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.
Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.

DIYAT
Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.
Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).

KADAR DIYAT
Diyat terbahagi kepada 2 jenis:

  1. Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
  2. Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )

Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:

  1. 30 ekor  unta berumur 4 tahun
  2. 30 ekor unta berumur 3 tahun
  3. 40 ekor unta yang sedang bunting

Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:

  1. 33 ekor unta berumur 4 tahun
  2. 33 ekor unta berumur 3 tahun
  3. 34 ekor unta yang sedang bunting.

Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat  sebagaimana yang berikut:

  1.  20 ekor unta umur 4 tahun
  2. 20 ekor unta umur 3 tahun
  3. 20 ekor unta betina umur 2 tahun
  4. 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
  5. 20 ekor unta betina umur 1 tahun

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa  iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama’ berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a.     Wang Emas         –           1,000 dinar
b.     Wang Perak         –           10,000 dirham
c.     Lembu                 –           200 ekor
d.     Kambing             –           2,000 ekor
e.     Persalinan         –           200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.

Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.

Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.

DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA
Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:

  1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
  2. 50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.
  3. 33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.
  4. 33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.
  5. 25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.
  6. 15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.
  7. 10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.
  8. 10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.
  9. 5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang

PENGERTIAN HUDUD
Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan  sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:

“Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(Surah al-Baqarah:229)

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA
Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:

a.   Zina
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.
b.   Qazaf ( Menuduh berzina )
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.
c.    Minum Arak
Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan    akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.
d.   Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.
e.   Merompak
Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:
  1. Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
  2. Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
  3. Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta’zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.
f.    Murtad
Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )

PENGERTIAN TA’ZIR
Ta’zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA’ZIR.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir ialah sebagaimana berikut:

  1. Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.
  2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
  3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA’ZIR
Hukuman ta’zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:

a.   Nasihat
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
b.   Teguran
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.
c.   Ancaman
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
d.   Pemulauan
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
e.   Pengisytiharan Umum
Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.
f.    Denda dan merampas harta
Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.
g.   Penjara
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.
h.   Sebat
 Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.
 i.     Buang daerah
 Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga
j.     Bunuh
Dibenarkan oleh syara’ bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai

HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM

  1. Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku
  2. Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.
  3. Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan)
Jabatan Agama Islam Selangor 



SEKALI AIR BAH SEKALI PANTAI BERUBAH

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10153726120562786/?type=1″]



SEJARAH PAS DAN PENGUASAAN KERAJAAN KELANTAN

Kelantan-Bn-Pas

PAS berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan melalui pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959 dengan memenangi 28 daripada 30 kerusi DUN. Profesor Zulkifli Muhammad selaku Timbalan YDP PAS Pusat yang menang di Parlimen Bachok telah berjaya menjadi salah seorang ahli Parlimen pembangkang yang paling disegani oleh kawan dan lawan.

Sebagai pembangkang di Persekutuan kerajaan negeri Kelantan sepanjang masa menghadapi cabaran dan diskriminasi kerajaan Persekutuan yang dikuasai UMNO bersama-sama parti komponannya yang membentuk Perikatan.

PAS Kelantan juga turut mengalami cabaran kepimpinan ekoran wujudnya perselisihan dan percanggahan sesama sendiri. Akhirnya, PAS Kelantan tidak mampu bertahan dan kerajaan Persekutuan menerusi kuasa-kuasa yang ada telah memagerankan kerajaan Kelantan pada tahun 1977.

Pilihan raya negeri Kelantan secara khusus telah diadakan pada Mac 1978. PAS hanya menang dua kerusi dan menjadi pembangkang di Kelantan. UMNO telah menguasai kerajaan dengan bersama-sama parti Berjasa serpihan PAS.

Era kebangkitan semula pengaruh PAS Kelantan berlaku selepas pilihan raya umum 1982. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tampil sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan sekaligus sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Kepimpinan PAS peringkat nasional berubah daripada kepimpinan tradisi nasionalis kepada kepimpinan ulamak. Akibatnya, sekali lagi PAS melahirkan parti serpihan, HAMIM.

Pilihan raya 1982, PAS memenangi 10 kerusi dewan negeri namun, lima daripadanya telah menyertai Hamim. Kemudian pada pilihan raya 1986, PAS masih memenangi 10 kerusi dewan negeri.

Hasil kepimpinan ulamak, hala tuju tarbiah disusun semula. Ustaz Yahya Othman berganding dengan TGNA melaksanakan kuliah untuk masyarakat umum dan usrah untuk Pemimpin PAS. Hasilnya kefahaman dan fikrah perjuangan semakin mantap.

PAS menang besar di pilihan raya 1990 kerana berlaku krisis dalaman UMNO Pusat dan BN Kelantan. PAS Kelantan telah berkerjasama dengan parti Semangat 46, serpihan UMNO yang dipimpin Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah.

PAS telah mendapat kekuatan berganda melalui kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (Semangat 46, Berjasa dan Hamim). PAS kembali menguasai kerajaan negeri Kelantan apabila kesemua 39 kerusi DUN dimenangi (25 – PAS, 12 Semangat 46, 1 – Berjasa, 1 – Hamim).

Kejayaan itu terganggu seketika bila mana Semangat 46 dilanda krisis lalu dibubarkan pada tahun 1996. Banyaklah gangguan daripada bekas pemimpin Semangat 46 yang telah kembali menyertai UMNO.

PAS Kelantan berjaya melepasi ganggu-gugat daripada usaha pecah-belah di antara kepimpinan kerajaan Negeri dengan Institusi Istana dengan begitu baik sekali. Prestasi pilihan raya 1999 terus melonjak dengan memenangi 41 daripada 43 kerusi dewan undangan negeri.

Kemenangan menguasai kerajaan negeri Kelantan untuk penggal ke 3 ini dibayangi kekuatan Barisan Alternatif (kerjasama PAS, DAP, Keadilan dan PRM) yang diterajui PAS di peringkat nasional. Kejayaan itu berterusan dalam pilihanraya seterusnya hingga kini.