WAKAF QURAN TERJEMAHAN PER-KATA.
WAKAF QURAN TERJEMAHAN PER-KATA.
Setelah mengkaji 8 naskah terjemahan Alquran, kajian kami mendapati kesemua terjemahannya tidak sama dan banyak kekeliruan. Ini menyusahkan pemahaman sebenar untuk mencari maksud yang tepat untuk melaksanakan perintahNya. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menggunakan alquran Per-Kata yang memberikan terjemahan secara harfiah untuk kegunaan anak-anak dan ibu bapa pengajar.
Saiful Nang melapurkan situasi yang menarik tentang wakaf quran dari Tanah Suci Mekah dan menyarankan Warga Prihatin membuat tawaran seperti berikut:
Semasa bersama dalam pasukan mengendalikan jemaah haji di Mekah dan Madinah, saya lihat orang Malaysia sangat baik sekali dengan niat murni membeli dan mewakafkan Al-Quran di Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Niat mereka supaya ramai yang akan membaca dan mereka menerima pahala dari pembacaan orang ramai. Dari sudut lain pula, saya diberitahu oleh seorang mutawwif bahawa Masjidil Nabawi dan MasjidilHaram telah tiada tempat menyimpan Al-Quran lagi. Lalu salah seorang mutawwif itu membawa saya ke satu tempat di mana pada waktu tertentu, mereka akan datang dan mengedarkan quran wakaf itu kepada jemaah haji yang ada di sekitar itu dan bukan dimasukkan ke dalam Masjid.
Hajat hati pewakaf tak kesampaian jika mereka mengetahuinya.
PANGGILAN WAKAF UNTUK BAKAL-BAKAL HUFFAZ DAN DAIE.
Saya baru dapat informasi bahawa 200 TERJEMAHAN QURAN PER KATA SEPERTI DALAM GAMBAR DI ATAS adalah sangat diperlukan oleh Anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin. Terjemahan ini digunakan untuk beberapa tujuan iaitu pengenalan asbab turun ayat, pengenalan bahasa Arab Quran secara harfiyah dan mendapatkan terjemahan per kata supaya terjemahan itu membawa maksud yang lebih tepat. RPWP tidak mahu anak-anak hanya menghafaz tetapi tidak mengetahui apa maksud hafazan mereka itu.
Maka, bagi yang mahu mewakafkan Terjemahan Quran ini, bolehlah beli sendiri mengikut gambar di atas ATAU memberikan biaya sekitar RM100 senaskah. Jika anda ingin membeli untuk kegunaan sendiri juga boleh. Mungkin lebih banyak kita beli lebih baik diskaun kita dapat dan lebih banyak penjimatan untuk tambahan naskah atau kegunaan kebajikan yang lain.
Ini satu pelaburan jangkapanjang anda. Kitab-kitab Al-Quran dan terjemahan di RPWP memang biasanya digunakan secara “frequent” dan bukan tersimpan dalam gerobok sampai berabuk. Boleh jadi, RM100 yang anda wakafkan itu menjadikan seorang anak menjadi hufaz. Apapun nilai wakaf tidak ditetapkan. Biarpun dengan kemampuan rm10, jika itu sahaja kemampuan yang ada, fadhilat ganjarannya tetap sama di sisi Allah. Jumlah sumbangan akan dikumpul dan pembelian seolah-olah dilakukan secara berjemaah. Jika kami dapat banyak diskaun, maka lebih banyak naskah akan dibeli untuk kegunaan Pusat Tahfiz dan Projek Home Schooling yang bakal menyusul.
Sebarkan kepada rakan anda yang lain berita baik ini. Untuk memberikan sumbangan, sila hubungi SEKARANG. Detail akaun untuk sedekah wakaf ini ada di menu alamat blog kami www.prihatin.net.my – disitu juga terdapat alamat penuh dan peta bagi yang ingin hadir.
1. MBB (UNTUK ON-LINE ATAU CEK – sebab kemudahan MBB2U)
NAMA AKAUN : PRIHATIN SERVICES
BANK : MBB, KAJANG BRANCH
ACC NUMBER : 5620 2160 7398
2. Jika anda hanya ada CIMB sebagai pilihan, kami berikan No. akaun Sukarelawan kami,
No. AKAUN : 14670007074521
NAMA : JOHARI IBRAHIM
SELEPAS ITU KAMI HARAP ANDA TELEFON ATAU SMS NOMBOR BERIKUT. Ini adalah untuk memaklum dan mengakadkan penyerahan agar serahan berakad itu mampu mereka kenali sumbernya dan ia juga untuk tujuan “Audit Akaun” pada hujung tahun.
Puan Werda (Mak Long) – 013-5858789
Cikgu Shakirah (Mak Ibu) – 013-3377411
Puan Irawanti – 013-5858460
Dr Masjuki (Ayah) – 013-5858700
ALAMAT: 8558 Jln Pegawai, Sg Ramal Baru, Kajang.
Anda boleh juga datang sendiri untuk akad dan serah (dana atau naskah) kepada kami ATAU melalui telefon juga email prihatin@live.com . Mari kita ikut sunnah dengan mengakadkan pemberian agar kami boleh mendoakan anda semasa akad itu, sesuai dengan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 103,
”Ambillah dari sebagian harta mereka sebagai sedekah, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Oleh itu janganlah pemberian dan sedekah itu dibuat secara diam-diam kerana kami juga perlu merekodkannya untuk mengelakkan fitnah. Seruan untuk kebaikan kepada semua. Sila sebarkan (selagi anda masih boleh membaca post ini, bermakna wakaf ini masih terbuka).
Alhamdulillah
SAIFUL NANG
Makkah Al-Mukarramah
p/s saya tambah sikit bonus. Saya akan doakan semua pewakaf agar dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yang baik untuk mereka sepanjang hayat dan doa ini insyaAllah akan dibacakan di depan kaabah Baitullah. InsyaAllah.