REMAJA NAK KAWIN MILITAN – AWASI KECENDERUNGAN JIHAD ANAK ANDA

00 jikad kanak-kanakKami ingin kongsikan isu ini dengan cita-cita seorang anak autism, usia 14 tahun yang dititipkan kepada RPWP. Beliau mati-mati ingin berjihad bersama al-Qasam. Beliau juga banyak tahu tentang keganasan Syiah dan ciri-cirinya.
Dengan banyaknya peralantan dan bahan binaan di kompleks RPWP dia minta izin untuk mencipta senjata namun kami tidak izinkan. Kami juga persoalkan dari mana dia tahu tentang alQasam dan apa yang mempengaruhi dia untuk berjihad. Dia kata “DARI INTERNET”.

Anak istimewa yang sentiasa jujur dan berkata benar ini pernah lari rumah hanya beberapa hari selepas diserahkan kepada kami. Dengan bantuan cctv, kecekapan murobbi dan komunikasi radio walkie talkie, beliau berjaya dikesan dan di’tangkap semula’ sejurus selepas itu, tidak sampai 500 meter dari rumah kami.

Ditanya mengapa beliau lari? Dia kata sebab ketua pelajar, iaitu abang yang kami amanahkan mengapit anak-anak katakan pada dia “kalau nak lari.. larilah”, tanpa memikirkan yang dia adalah anak istimewa yang lurus bendul. Kononnya untuk memberi ‘reversed psychology’ kepadanya apabila dia asyik merengek nak minta balik. Kebetulan pagar RPWP memang tidak berkunci kerana sentiasa ada orang berjaga dan keluar masuk sepanjang malam.

Tanpa fikir panjang beliau pun lari keesokannya dengan selamba tanpa merasa bersalah. Dalam beg beliau ada paku tajam, gunting dan serpihan jubin yang tajam sebagai senjata. Apabila di tanya nak lari ke mana? nak buat apa dengan semua benda tajam tu? Dia kata “nak berjihad… nak bunuh diri.”

BAHAYANYA BERJIHAD TANPA ILMU DAN BANTUAN MUROBBI

Sejak wujudnya pelbagai gerakan militan, termasuk tersiarnya beberapa ancaman membunuh Ketua Polis Negara melalui rakaman video ala militan ini, terlalu ramai ibubapa yang merasa bimbang lalu meminta kami mengulas isu ini dan kongsikan pendirian kami.
Pernah kami kongsikan sebelum ini dalam beberapa artikel khusus tentang jihad bersenjata. Ambillah sedikit masa untuk mencerna.
http://prihatin.net.my/web2/blog/2013/11/09/arkitek-jurutera-teologi-yang-merangka-kejatuhan-islam-nusantara-ulamak-palsu-snouck-hurgronje/
http://prihatin.net.my/web2/blog/2013/08/26/jihad-dengan-al-quran-bahagian-4-jihad-ilmu-lebih-utama-dari-bertumpah-darah/
http://prihatin.net.my/web2/blog/2013/08/26/jihad-nafsu-ilmu-lebih-besar-dari-perang/
http://prihatin.net.my/web2/blog/2013/08/25/jihad-dengan-al-quran-bahagian-2/
http://prihatin.net.my/web2/blog/2013/08/24/jihad-dengan-al-quran-bahagian-1/
http://prihatin.net.my/web2/blog/2013/08/05/satu-pelajaran-besar-tentang-perang/
Alangkah sedihnya melihat ramai umat mati sia-sia kerana berjihad tanpa ilmu. Ada yang mengutarakan kepada kami ayat-ayat alquran yang dengan jelas meyuruh kita menyembelih leher dan memotong jari musuh, bunuhlah mereka di mana sahaja kamu temui, bahkan ada yang menyuruh kita bunuh diri dan keluar kampung.
Jika semua ayat-ayat itu hanya difahami secara muhkamat, maka wajarlah apa yang sedang berlaku sekarang. Akibatnya Islam dicop sebagai ganas dan brutal. Padahal Islam itu agama paling sejahtera, syumul dan lembut sekali.
Carilah maksud dari makna alquran itu dengan lebih meluas sebagai strategi dakwah. Sebagai contoh, PENGGAL KEPALA atau leher itu ibarat SEMBELIH atau PENGGAL KEPALA atau KETUA musuh. Penggal idea dan saranan dari kepala musuh kita. Jangan digunapakai dan tunduk dengan mereka.
Apabila KEPALA atau KETUA mereka telah tewas maka gerakan musuh akan lumpuh. Waktu itu keratlah jari mereka agar tidak boleh berbuat apa-apa. Itu jugalah analogi kepada Zulaikha yang MEMOTONG JARI secara tidak sengaja kerana terpegun melihat kecantikan Nabi Yusuf a.s.
Analogi KELUAR KAMPUNG bermakna kita harus sanggup dan berani berhijrah ke tempat lain dengan meninggalkan tempat asal kita jika diperlukan. Ini Allah padankan dengan perintah bunuh diri yang selalu kita SALAH ERTIKAN.
Analogi bunuh diri ialah bunuh keegoan kita terhadap segala perintah ALLAH dan rasul. Bukan membunuh diri secara muhkamat seperti yang dilakukan oleh para militan yang meletupkan diri macam sekarang.
Mana mungkin Islam sekejam itu. Bahkan Islam mengharamkan bunuh diri. Sedangkan nabi Ismail a.s. yang seharusnya disembelih juga diganti dengan kibas. Seorang yang mematikan diri yang hampir mati tercedera dalam peperangan kerana tidak tahan sakit juga BATAL JIHAD nya.
KESIMPULAN
Lihatlah betapa gejala keganasan yang membabi buta ini telah mempengaruhi anak-anak remaja kita di awal usia. Demikian juga gejala seks bebas di kalangan pelajar sekolah.
Antara puncanya ialah apabila ibubapa ‘moden’ kini sewenang-wenang memberikan kebebasan akses internet kepada anak-anak tanpa kawalan dan pemantauan.
Walaupun alQuran yang anak-anak baca, tanpa berguru dan bimbingan murobbi, maka mereka akan mengambil semua input itu dalam bentuk sangka-sangka. Ketahuilah bahawa prasangkaan itu adalah dari syaitan. Apatah lagi memang bahan yang dikutip dari internet itu memang terang-terang dari syaitan seperti gejala gansterism, seks bebas dan sebagainya.
InsyaAllah akan kami usahakan untuk mengulas lebih lanjut sebagai parenting tips, bagaimana memahamkan gejala keganasan ini kepada anak-anak dengan bahasa lebih mudah. Semuga perkongsian itu dapat memberi pedoman ibubapa mendidik anak dan mengelakkan mereka dari terjebak dengannya.
WARGA PRIHATIN
* * * BERITA Harian Metro * * *

Kuala Lumpur: Merancang untuk berkahwin sebelum berjihad di Syria, itu cuba dilakukan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan, petang semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja terbabit berasal dari Muar, Johor dan belajar di institut tahfiz di Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, gadis terbabit ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam perjalanan ke Mesir sebelum menyusup masuk ke Syria.

“Siasatan awal mendedahkan suspek terpengaruh untuk menyertai militan di Syria selepas berinteraksi melalui Facebook dengan dua individu yang mempengaruhinya untuk menyertai kumpulan itu.

“Suspek juga merancang untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir sebelum disyaki akan menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas di negara terbabit,” katanya.

Khalid berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang menjadi dalang dalam merekrut gadis Malaysia untuk menyertai kumpulan militan di Syria.

“Dia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab Via-kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut Prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 6:45 PM
– Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

REMAJA yang ditahan (kiri) diiringi anggota polis ketika di KLIA. FOTO ihsan PDRM