MUTASYABIHAT DI SEBALIK JEREBU – Satu Sindiran Allah Untuk Manusia FIKIR dan ZIKIRKAN
Apabila jerebu datang, sinar matahari yang selalu tidak kita kisah akan jadi kita rindukan, fotosintesis pun kurang lancar, putik buah terbantut, pendebungaan oleh Sang lebah untuk pokok keluarkan buah juga terjejas. Kini semua orang mengharapkan HUJAN untuk turun kerana pandangan menjadi KABUR
Apabila Arab Spring yang diBAKAR/DIKOBARKAN oleh BARAT menyebabkan kebangkitan-kebangkitan Arab yang masing-masing negara jadi tidak keruan. Dengan tiupan KHABAR DARI ANGIN (CNN, BBC, ABC, Al-Jazeera dan media-media yang ditaja oleh “mereka” juga bercerita) kita jadi KABUR tak nampak kebenaran kerana asap-asap bakaran itu menjadikan penglihatan kita samar sehingga kita mempercayai angin asap itu berbanding matahari yang selalunya bersinar terang.
Kita lupa yang cakap Saddam jahat, yang kata Hosni Mubarak jahat, yang kata Muammar Ghadafi itu jahat, yang memberitakan pemimpin-pemimpin yang tidak mahu tunduk atas telunjuk mereka itu jahat adalah ANGIN DARI SUMBER YANG SAMA. Kita percaya sahaja kerana angin media sosial pun MEREKA PUNYA juga.
Lalu Malaysia juga jadi keliru, mahu bangkit dari asap kesan kobaran BARAT kepada negara-negara Arab yang mereka tidak restui. Negara yang mereka restui apabila pemimpinnya mahu mengikut telunjuk kekal aman damai dan tidak mereka ganggu pula.
Dunia semakin panas kerana ada pihak yang MEMBAKAR hati pihak lain sehingga berasap menjerebui dunia dan menghilangkan cahaya kebenaran dari sumber yang SATU, iaitu matahari. Cahaya yang kini terlindung dari asap kobaran yang membakar umat manusia.
Sang PEMBAKAR juga yang dapat laba
Sang TERBAKAR juga yang hangus dan hilang kuasa
UMAT manusia juga yang hilang arah di jalan yang kabur.
AKIBATNYA…
Semua orang harapkan awan
Semua orang kini harapkan hujan
Semua orang harapkan ada pelangi selepas ini.
Apakah itu awan yang membawa Air?
Awan itulah pihak berkecuali yang tidak partisan kepada BUMI (Rakyat marhaen) dan tidak juga memihak kepada LANGIT (Golongan pemimpin yang dijunjung) tetapi berada di antara bumi & langit dan sangat diperlukan dunia pada ketika ini apabila bumi sudah tidak nampak langit juga bila langit tidak boleh nampak bumi. Semua dek kerana terlindung dengan asap yang RUPANYA macam awan dan kabus berair tetapi tidak mendatangkan air yang menyejuk selain hanya kepanasan, kesakitan dan kematian spesis haiwan dan tumbuhan sahaja.
Harap dapat dibaca secara tersirat kerana setiap kejadian di atas mukabumi ini adalah representasi kejadian semasa penghuninya.
Demikian hakikat mutasyabihat disebalik JEREBU yang kita hadapi kini. Bacaan Mukamatnya adalah, asap datang dari Sumatera, yang sebahgian pembakarnya juga datang dari Malaysia. Hanya kerana rakuskan laba dunia. Angin tiupkan asap ke malaysia yang mengkaburkan pandangan yang membingungkan hala perjalanan. Umat manusia di Malaysia yang tidak berdosa juga yang terima kesukaran dan kesakitan.
Hasil fikir, hasil zikir & Rumus Oleh
WARGA PRIHATIN
Ilham Hidayah dari keseluruhan surah 44Ad-Dukhaan buat renungan seluruh Warga Yang Prihatin.
Sila like, share. Ayuh sama sama zikir, sama sama fikir, bersama mengatur minda dan tindak, hentikan pembakaran mukamat dan mutasyabihat, sama-sama berdoa agar Allah turunkan hujan Mukamat dan Mustasyabihat Nya untuk kesejahteraan UMMAT MANUSIA watan dunia.