Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED
Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED Oleh Thierry Meyssan
Dalam ucapannya dalam Kesatuan Amerika Syarikat (State of the Union) 2004, Presiden Bush telah mengumumkan niatnya untuk menggandakan perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy (NED).
Organisasi ini telah ditubuhkan oleh Ronald Reagan untuk meluaskan aktiviti rahsia CIA dengan menyediakan tajaan kewangan dan mengawal kesatuan sekerja, persatuan dan parti-parti politik. NED berbangga kerana telah mendesak dan memanipulasi kesatuan sekerja Poland (Solidarnosc), Charter 77 dan banyak lagi kumpulan lain. Di bawah arahan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan berhubung kait dengan Parti Republikan dan Demokratik, bersama Lembaga Pemegang Amanah dan kesatuan sekerja, NED telah bertemu dengan ramai individu dan institusi “penggerak” di seluruh dunia, termasuk di Perancis.
Semasa ucapan terakhirnya di Kesatuan Amerika Syarikat, pada 20 Januari 2004, Presiden Bush telah mengumumkan niatnya untuk menggandakan perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy (NED) dan ianya merupakan “peranan terbarunya dalam menumpukan galakan terhadap pilihan raya yang bebas, pertukaran bebas, kebebasan media dan kebebasan kesatuan sekerja di Timur Tengah”.
Untuk Rumah Putih (White House) , kesemuanya merupakan pelengkap kepada tindakan ketenteraannya di beberapa wilayah bersama dengan meningkatkan campur tangan dalam hubungan dalam negeri di beberapa buah negara.
Pada awal 1980-an, Presiden Ronald Reagan melabelkan Kesatuan Soviet sebagai “Empayar Kejahatan” dan memikirkan langkah-langkah baru untuk menentangnya. Kemudian, usaha yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menyahstabilkannya dengan pergerakan “masyarakat awam” telah dimasukkan ke dalam “kekangan” ketenteraan dan diplomatik.
Selepas aktiviti rahsia CIA didedahkan oleh beberapa siri Suruhanjaya Siasatan dan dikutuk oleh pendapat awam, National Security Council(Majlis Keselamatan Negara) mengambil keputusan untuk meneruskan tugasnya dengan cara yang kurang kotor dan menggunakan nama lain. Yang paling penting, struktur yang baru perlu dilindungi dari peralihan politik melalui satu arahan yang melibatkan kerjasama antara dua parti politik.
Secara rasminya ditubuhkan pada 6 November 1982, National Endowment for Democracy (NED) mempunyai status yang sah dari sudut undang-undang sebagai sebuah organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan. Bagaimanapun, perbelanjaannya diluluskan oleh Kongres sebagai sebahagian daripada peruntukan Jabatan Negara AS untuk US Agency for International Development (USAID).
Dalam menjadikannya kelihatan seperti sebuah organisasi persendirian, NED juga menerima sumbangan daripada tiga persatuan, pada masa yang sama, secara tidak langsung dibiayai oleh kontrak persekutuan iaitu Smith Richardson Foundation (Yayasan Richardson Foundation), John M. Olin Foundation (Yayasan John M. Olin) dan Lynde and Harry Bradley Foundation (Yayasan Lynde dan Harry Bradley).
Kebanyakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam tindakan rahsia CIA, dalam beberapa sudut, telah menjadi ahli Majlis Pentadbiran NED atau Lembaga Pengarah : Antaranya adalah Otto Reich, John Negroponte, Henry Cisneros atau Elliot Abrams.
Pada masa ini, ianya dipengerusikan oleh Vin Weber (Yahudi), bekas ahli Kongres Republikan daripada negeri Minnesota,pengasas “ultrakonservatif” Persatuan Empower America dan terlibat dalam mengutip sumbangan untuk kempen presiden bagi George W. Bush pada tahun 2000.
Pengarah Eksekutifnya, adalah Carl Geshman (Yahudi), merupakan bekas pengikut fahaman Trotskyite telah menjadi individu yang bertanggungjawab kepada Sosial Demokrat AS dan merupakan ahli kepada aliran neo-konservatif.
NED secara ringkasnya merupakan kesinambungan kepada tindakan rahsia CIA melalui cara lain, dan oleh sebab itu, United Kingdom dan Australia menjadi rakan bersekutu kepada aktivitinya daripada manfaat perjanjian peringkat tertinggi yang menentukan hubungan di antara perkhidmatan rahsia tentera mereka.
Secara praktikal, melalui proses ini, NED menentukan negara mana yang akan menjadi sasaran tindakan, di mana ia akan menaja parti dan rakan sosial untuk menumbangkan kerajaan dan meletakkan individu tertentu berkuasa bergantung kepada “kepentingan Amerika” dan tidak bergantung kepada kepentingan mana-mana ahlinya.
Setiap daripada mereka mencadangkan aktiviti yang perlu diterima oleh dua pertiga daripada ahli. Setelah bantuan kewangan diperuntukkan, ianya akan melalui institusi yang dikawal oleh salah satu daripada ahli Majlis Pentadbiran NED.
Prinsip utama NED adalah “Apa yang bagus untuk Amerika adalah bagus untuk dunia.”
Oleh yang demikian, dana diuruskan oleh sebuah Majlis Pentadbiran yang diwakili oleh Parti Republikan, Parti Demokratik, US Chamber of Commerce (Dewan Perdagangan AS) dan kesatuan sekerja AFL-CIO.
Walaupun ianya ditubuhkan untuk menentang komunisme, secara tepatnya selepas kejatuhan Soviet Union, barulah NED menikmati keadaan yang selesa. Sewaktu ia berpura-pura untuk terlibat dalam menggalakkan demokrasi, sebenarnya ia menguasai negara-negara yang kepentingan bercanggah dengan kelas memerintah Amerika.
Dari sudut pandangan ini, mungkin NED bertanggungjawab terhadap krisis demokrasi di seluruh dunia : Ia tidak berhenti daripada menyalahkan mekanisme institusi dan menerapkan demokrasi kepada “pentadbiran yang baik” melalui mereka yang mengambil alih pentadbiran tersebut melalui NED.
Sementara itu, penggunaan institusi yang mempunyai pelbagai aliran politik berselindung daripada pandangan awam, punca dana dan motif yang menentukan pembahagian mereka.
Dalam banyak negara, mereka yang mendapat faedah daripada “bantuan” ini dipergunakan tanpa mereka sedari, walaupun ketika individu yang berunding mengenai peruntukan dana tersebut amat menyedari tentang jalan yang mereka pilih untuk bekerjasama.
Empat institusi satelit NED adalah :
- American Center for International Labor Solidarity (ACILS) atau Pusat Amerika untuk Penyatuan Buruh Antarabangsa.
Lebih dikenali sebagai Solidarity Center. Dipengerusikan oleh John J. Sweeney yang bertugas sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja AFLC-CIO. [nota AIDC : sekarang dipengerusikan oleh Ellie Larson. Klik di sini] - Center for International Private Enterprise (CIPE) atau Pusat Keusahawanan Persendirian Antarabangsa.
Dipengerusikan oleh J. Donohue yang bertugas sebagai Presiden US Chamber of Commerce (Dewan Perdagangan AS), yang juga merupakan “ketua kepada ketua yang lain” [2].(nota; Pengarah CIPE pula adalah John D Sullivan) - International Republican Institute (IRI) atau Institut Republikan Antarabangsa. Dipengerusikan oleh John McCain,
yang tewas dalam pilihan raya utama 2000 kepada George W. Bush dan pada masa sekarang merupakan penyokong kuat Kongres untuk perang global menentang keganasan. ( Nota Presiden IRI pula adalah Lorne Craner ) - National Democratic Institute for International Affairs (NDI) atau Institut Demokratik Negara untuk Hubungan Antarabangsa.
Dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Negara, Madeleine K. Albright. (Nota – Presiden NDI pula adalah Kenneth Wollack )
Sistem institusi satelit telah diinspirasikan oleh Amerika Syarikat di Jerman, sebagai askar penjajah, bersama Friedrich Ebert Stiftung (Yayasan Friedrich Ebert), Friedrich Naunmann Stiftung (Yayasan Friedrich Naunmann), Hans Seidal Stiftung (Yayasan Hans Seidal), dan Heinrich Boell Stiftung (Yayasan Heinrich Boell), kesemuanya digunakan untuk menyalurkan bantuan kewangan di negara tertentu.
Dengan menggunakan prinsip yang sama, NED telah menemui beberapa koresponden di beberapa buah negara sekutu, ahli NATO atau ahli kepada bekas ANZUS, di antara mereka adalah Westminster Foundation for Democracy atau Yayasan Westminster untuk Demokrasi (United Kingdom), International Center for Human Rights and Democratic Development atau Pusat Antarabangsa untuk Pembangunan Hak Asasi dan Demokratik (Kanada), Fondation Jean Jaurès (Yayasan Jean Jaurès), Fondation Robert Schuman atau Yayasan Robert Schuman (Perancis), International Liberal Center atau Pusat Liberal Antarabangsa (Sweden) dan Alfred Mozer Foundation atau Yayasan Alfred Mozer (Holland).
Dalam majlis ulang tahun ke-20, NED telah melakukan satu penilaian tindakannya yang mendedahkan bahawa pada masa ini, ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.
NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia. Ia juga berbangga kerana telah mewujudkan Radio B29 dan akhbar Oslobodjenje di bekas Yugoslavia dan juga beberapa cawangan akhbar yang “bebas” di negara “merdeka” Iraq.
NED telah menerbitkan Journal of Democracy (Jurnal Demokrasi), yang telah diedarkan ke seluruh dunia dan majalah Encuentro (Mesyuarat), khusus untuk Cuba, dan juga buku-buku kolektif. Ia juga telah menganjurkan persidangan yang berprestij dengan menaja ahli intelektual (sebagai contoh, ahli sejarah François Furet dan ketua media di Perancis Jean Daniel).
Akhirnya, NED “membentuk” kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh politik terkenal di seluruh dunia, semuanya berkaitan dengan pelaksanaan “demokrasi”. Secara rasminya, perbelanjaan NED meningkat kepada 50 juta dolar.
Bagaimanapun, penajaan bersama yang besar diterima dan diperuntukkan dalam menguruskan operasinya. Sumbangan luar tersebut, yang meningkat beberapa juta dolar setahun, kebanyakannya datang daripada Jabatan Negara AS, Jabatan Perbendaharaan AS dan secara rahsia dari CIA.
NOTA KAKI :
[1] Jangan dilupakan bahawa kebanyakan penganut fahaman neo-konservatif merupakan tokoh-tokoh Trotskyite yang bergabung dengan CIA menentang fahaman Stalinisme. Aliran “idealis sayap kiri” ini, yang sebelum ini diuruskan oleh Ahli Demokrat, Henry Scoop Jackson, telah menyertai Parti Republikan dan pada masa ini mempunyai pengaruh intelektual terhadap White House dan Pentagon.
[2] CIPE melaksanakan tindakan menentang rasuah melalui Transparency International dan menentang eksploitasi buruh kanak-kanak melalui Social Accountability International atau Akauntabiliti Sosial Antarabangsa.
Artikel terjemahan lain yang berkaitan :
- NED dan Modus operandi ‘Projek Demokrasi’ dunia
- NED,NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar
- NED – Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia
- Perpecahan Mazhab Muslim adalah salah satu dari agenda Amerika
- Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia – Peter Schier
- Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) – Peter Schier
Thierry Meyssan
Wartawan dan penulis, Presiden Voltaire Network
Nota : Terjemahan AIDC ini daripada rencana asal bertajuk “NED: National Endowment for Democracy-The networks of “democratic” interference”,7 Oktober 2008. Artikel asal klik di sini
Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED