Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015
Gambar berita terkini kemalangan maut Myvi langgar Pajero Sport pada 2 Mei 2015. Insiden lumba haram melibatkan enam buah Myvi pada awal pagi Sabtu 2 mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara dan melanggar kereta jenis SUV Pajero Sport telah menyebabkan satu keluarga maut.
Menurut saksi, satu pasangan (Suami dan Isteri) dan anak beliau (bayi berusia 6 bulan) meninggal dunia. Difahamkan, kemalangan maut yang berlaku pada jam 12.30 pagi berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan salah satu daripada Myvi tersebut terbabas lalu melanggar sebuah Pajero Sport menyebabkan Pajero itu terbalik manakala penumpang tercampak keluar. Untuk info, kesemua pelumba Myvi tersebut adalah daripada anggota Familia Myvi Club (FMC).
Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015
Gambar Keluarga Mangsa (Pajero Sports) Maut Dilanggar Myvi 2 Mei 2015
Mangsa Fairuz Nizam (Suami) dan Novasafitri (Isteri) dan seorang bayi berusia 6 bulan maut dalam insiden nahas lumba haram Myvi langgar Pajero Sport. Mangsa turut meninggalkan lagi 2 orang anak yang tidak turut sama dalam kejadian tersebut.
Ucapan Takziah Menerusi Laman Sosial
Kelab Myvi Familia Club Dikecam Hebat Dilaman Sosial
Susulan lumba haram yang disertai oleh 6 buah Myvi dari Familia Myvi Club yang menyebabkan satu keluarga yang menaiki Pajero Sport maut, kelab tersebut kini dikecam hebat dilaman sosial.
Gambar Suspek Pemandu Myvi FC123 Langgar Kereta Pajero
Foto Suspek Fizal Reza, pemandu Myvi dengan nombor ahli FC123 yang melanggar sebuah Pajero Sport hingga menyebabkan satu keluarga terbunuh.
Luahan Isteri Suspek Langgar Pajero Sport Dilaman Sosial
Luahan isteri Suspek Fizal Reza pemandu Myvi FC123 yang terlibat melanggar kereta Pajero Sport.
Video Kemalangan Maut Lumba Haram Myvi 2 Mei 2015
Teruskan Membaca:
- Gambar Kemalangan Maut Di Jalan Tungku Lahad Datu Sabah
- Gambar Perodua Myvi Baru 2015 New Facelift Tersebar
- Gambar Kemalangan Maut Di Lebuhraya Karak 16 Oktober 2013
- Gambar Kemalangan Maut Di Lebuhraya MRR2 Bukit Antarabangsa
- Sathiva A/L Kumarasamy Suspek Langgar Lari Kereta BMW
- Gambar Kemalangan Maut Di Terowong Menora 4 Oktober 2014