Penghargaan Untuk Sarvind Nayar dan Nor’aza (UKM)

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin
35 photos

Sarvind Nayar tekun mendengar dan berkongsi cerita.

Petang 2 Jun 2010 menghadiahkan RPWP dengan kehadiran dua rakan pelajar mewakili Sekretariat Konvo dari UKM.

Sarvind Nayar s/o Yasodharan (Fakulti Undang-undang) dan Norazua Muhammad (Fakulti Zoologi) hadir dengan membawa sumbangan pakaian terpakai dan dua basikal kecil terpakai untuk kegunaan anak-anak RPWP.

Sebelum pulang mereka sempat berkongsi pengalaman dengan Pn Werda (Mak Long). Jelaslah kami mengapa anak India ini begitu prihatin dan komited dengan kerja amal sebegini. Rupanya beliau sentiasa melihat kesuikaran ibunya, Puan Malathi d/o Appo yang terpaksa bangun jam 4 pagi setiap hari membantu suami yg bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara anak anaknya.

Beliau dan adiknya menunjukkan keprihatinan terhadap pengorbanan ibu dan mereka berdua telah berjaya ke menara gading. Jelaslah spirit hari Ibu yang baru berlansung sambutannya di RPWP baru baru ini meninggalkan kesan pendidikan terhadap masyarakat.

Semuga sedikit sebanyak amal baik ini dapat mengembalikan fitrah Islam yang seharusnya sejahtera dan mensejahterakan alam kepada fitrah asalnya.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


RPWP Terima Tetamu dari Sweden

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin
53 photos

Yesterday, we were glad for having a guest all the way from Sweden, Mr. Mattias Ram. Mattias is a photojournalist working to take photograph and writing stories to supply the Swedish newspaper.

He spent the whole day with the life of RPWP and confessed his intention to come again and help in all the dirty works. Play with concrete, steel, wood, nail, carpentering and many more.

He said that he impressed about the well-behaved kids at RPWP as well as the running system behind RPWP.

For Mattias, do come again. Doesn’t matter what religion you have faith in. As a Muslim, we love all people regardless of their nationality, race or religion.

Warga Prihatin

Comments (0) Jun 04 2010


Warga Prihatin ke menara gading

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin – Mei 23, 2010
12 photos

Alhamdulillah, seorang lagi anak Warga Prihatin berjaya melayakkan diri ke menara gading setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang tahun lepas. Miza merupakan salah seorang anak WP yang sangat aktif dalam mendidik dan membantu adik-adik WP untuk cemerlang akhlak dan akademiknya.

Kami di RPWP sempat menjalankan tradisi untuk membuat kutipan ikhlas dari setiap ahli WP. Sama seperti halnya semasa Tunku Abdul Rahman semasa almarhum hendak ke London untuk berunding tentang kemerdekaan tanah Melayu. Kami di RPWP mengiringi doa kepada anakanada Miza yang bakal meneruskan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam program ijazah undang-undang.

Dalam tradisi ini juga, RPWP mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Colours of Asia Sdn Bhd yang memiliki jenama CandidSyndrome, Lifeiscanvas.com, Bighostingcompany dan juga Saiful Nang Academy of Photography (SNAP) yang sudi menawarkan tajaan kepada anakanda kami.

Kepada anakanda Miza, jadilah seorang mahasiswi yang cemerlang aqidah dan akademiknya dan boleh menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada yang lain.

Doa dan restu kami untuk kamu.

Warga Prihatin

Comments (0) Jun 04 2010


Sekitar Program Pameran, Derma Darah, Pemeriksaan gigi

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Mei 15, 2010 – by Warga Prihatin

97 photos (sila klik link ini untuk ke galeri khas)


Seperti yang dirancang, acara pameran Anti dadah, Cegah Jenayah, Penjagaan Kesihatan serta Rawatan gigi dan acara uatama iaitu Derma Darah telah berlansung dengan baik. RPWP seakan-akan menjadi Pusat Kesihatan Sementara pada hari itu.

32 pack darah telah berjaya di bawa pulang oleh Pusat Darah negara. Hampir separuh yang mendaftar tidak diterima tawarannya atas pelbagai sebab, khasnya kerana kurang tidur, terutamanya bagi yang buat kali pertama menderma.

Beberapa Warga Prihatin terpaksa mengambil risiko dengan turut menderma walaupun tidak cukup tidur atas risiko sendiri dan alasan telah biasa menderma darah, semata-mata untuk memberikan ‘pulangan’ yang berbaloi terhadap kehadiran PDN. Kami yang ditolak dermanya akibat kurang tidur dan pengambilan ubat berazam untuk datang sendiri ke PDN menderma pada masa yang lain yang sesuai.

Terima kasih kepada PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan dan PEMADAM yang mengadakan pameran dan penerangan. Terima kasih khusus untuk JKR Hulu Langat kerana menyumbangkan 2 kemah untuk pameran. Terima kasih Khusus untuk Dr Lee Teck Seng dari Puast Pergigian Ampang yang berazam untuk datang semula secara berkala untuk memeriksa gigi penghuni RPWP JUGA DrNorhayati Zakaria Jabatan Kesihatan Hulu Langat yang meluangkan masa dalam majlis sampai ke petang.

Untuk pihak-pihak yang tidak dapat disebutkan namanya, kami serahkan kepada Allah untuk membalas sumbangan kalian. ALHAMDULILLAH.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


Tentatif Program “Hari Ibu Terbuka”&”Anugerah kasih” – Poster Terkini

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , ,

Jemputan Khas untuk Warga Facebook dan Pengunjung Web Prihatin

Jemputan Khas untuk Warga Facebook dan Pengunjung Web Prihatin

(Sila klik dua kali gambar untuk melihat imej besar.)

Gambar poster untuk banner ini akan memberikan gambaran lebih jelas tentang pengisian program sehari, “Hari Ibu Terbuka”, “Majlis Anugerah Kasih” dan “Derma Darah” Sabtu, 15 Mei 2010 nanti.

Ramai-ramai kita berhimpun bersama para ibu, bapa Warga EMAS di Rumah Pengasih dan beri mereka penghurmatan khas untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita.

“Selempang Kasih” disediakan sebagai tanda penghurmatan kepada mereka. Sila inbox DrMas Dua atau email, sms di maklumat yg diberikan jika anda ingin ayah ibu anda turut serta. Begitu juga kiranya anda ingin turut serta menderma darah pada hari itu.

Sila hebahkan dan bawa seramai mungkin insan bernama ‘ibu’ dan ‘ayah’, khasnya di kalangan warga Emas ke RPWP, kita nobatkan dan raikan mereka bersama sama.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) May 10 2010


Tiga Demo Unit Truck-mounted Forklift Utk di lelong Segera.

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Ekonomi, Mesej Admin, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , ,

Perhatikan Roda menghala ke sisi untuk gerakan kiri kanan apabila membawa item yang panjang di tempat yang sempit.

Perhatikan Roda menghala ke hadapan dan sisi untuk gerakan kedepan dan ke kiri seperti ketam apabila diperlukan untuk membawa item yg panjang di tempat sempit.

Samaada anda sendiri memerlukannya atau memanjangkannya kepada pihak2 yg mungkin sangat memerlukan jentera ini, kami harap ianya dapat dijual segera utk menampung pembiayaan pembinaan Rumah Pengasih yg semakin mendesak. Sila lihat sendiri Video ini utk mendapat gambaran betapa hebat fungsinya dan siapa yg akan mendapat… manfaat darinya. Semua nilai jualan akan disedekahkan kpd RPWP.

Kami juga telah upload video ini di Channel VideoPrihatin Youtube. jika anda ingin mengajukannya kpd rakan rakan yg mungkin sedang mencari jentera sebegini utk kegunaan kerjaya masing masing. Sila klik di link berikut.

http://www.youtube.com/watch?v=1bXckwngY_k

Siapa cepat dia dapat. Usaha anda kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semuga mendapat redo Allah. sila lihat di menu video muka depan laman ini.

Fungsi pacuan 3 roda (double gear) yang boleh diaktifkan hanya dgn menekan satu butang membuatkan ia sangat bertenaga memanjat bukit dan memasuki paya.

Anda biasa lihat Moffett Mounty (nama Forklift ini) di belakang lori Pengangkutan Tiong Nam di lebuh raya. Ia adalah sample unit yg hanya digunakan untuk tujuan demo dan show room untuk beberapa jam saja, belum pernah digunakan di kilang atau ladang. Harap dapat dipanjang2kan kpd rakan2 yg lain.

Boleh memanjat dan tersangkut di belakang lori dan turun kurang dari 5 minit untuk ikut ke mana mana apabila diperlukan.

Untuk memberi peluang kpd yg lain membuat bidding secara tertutup, kami jawab pertanyaan tentang harga di inbox masing2. Anda juga boleh inbox terus ke akaun DrMas atau email prihatin@live.com. Maklumat selanjutnya ada di teks video sewaktu anda menonton.

Sudu yg boloeh digerakkan dalam banyak arah dan ketinggian lebih 3 meter untuk memudahkan kerja mengambil barang tanpa menggerakkan forklift, hanya dgn menggerakkan sudu saja.

Comments (0) Apr 30 2010


Airmata Kesyukuran menyelubungi Dewan

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Adik Mamat yang memerlukan pengorbanan ibu menjaganya sepenuh masa selama 29 tahun.

Ahad 18 April 2010

Petang ahad 18 April 2010 menyaksikan deraian linangan airmata hampir seluruh dewan RPWP apabila pengakuan terbuka seorang anak kepada Warga Emas, seorang ibu tua yg hidup di desa memelihara seorang anak OKU sejak 29 tahun lalu (Complete disable), serta seorang warga Emas Pesara buruh LLN.

Anak yg dimaksudkan berumur 35 tahun, berjaya dipulihkan selepas 16 tahun sengsara dari ketagihan dadah. Pengakuan yg beliau telah banyak menconteng arang dan membuatkan ibu bapa yg daif terhina di desa dan dgn sungguh2 bertaubat serta memohon ampun sgt memilukan. Beliau telah beberapa kali keluar masuk penjara dan Pusat Serenti serta Pelbagai usaha dilakukan tanpa hasil.

” Hanya keikhlasan dan kasih sayang saja yg dapat merawat masalah ini” ujar Dr Masjuki dalam ucapan ringkasnya. Untuk membalas jasa WP, balaslah ia dgn memanjangkan kasih sayang itu kpd insan lain, khususnya ibu bapa masing-masing. Banyak isi ucapan anak dan ibu ini yg menyebabkan seluruh dewan menangis. Dengan izin tuan diri, kami sdg usahakan utk meringkaskan rakaman video utk dimuatkan dlm Youtube dan fb utk di ambil pedoman kpd anak-anak dan ibu bapa lain.

Inilah hasil Kaedah rawatan “madu mutasyabihat” yg digunakan oleh seluruh WP. Tanpa kimia, tanpa sentuhan fizikal, gari, tali dan dadah gantian serta rokok sejak hari pertama. Sekadar rawatan minda dan mencurahkan kasih sayang secara berjemaah. Setiap diri memilikki “madu” yg berbagai warna dan rasa, disatukan utk merawat penagih tegar ini.  Alhamdulillah.

Masih teringat pertanyaan ibu ini ketika menyerahkan anaknya 4 bulan lalu, berapa biaya merawat anaknya? Kami jawab tak ada harga sebab kami hanya guna modal ruhani, modal hidayah dan kasih sayang, tak perlu beli alat, dadah, rokok atau bahan khusus selain makan minum spt org biasa. Kalau nak menghargai sumbanglah semampunya utk membantu insan lain pula, kususnya pembesaran rumah yg didirikan atas dasar gotong royong dan modal sumbangan dana dan keringat seluruh Warga Prihatin.

Mendengar penjelasan itu, Ibu ini terkejut sambil menyatakan beliau baru saja pulang dari sebuah pusat rawatan Islam yg meminta RM 8900 dibayar dulu sblm menempatkan anaknya utk dirawat selama 2 minggu. Itu pun tak jamin ia boleh sembuh. Subhanallah.

A picture tells a thousand words. Alhamdulillah.

P/S:

Madu mutasyabihat itu bermakna madu yg berbentuk ‘misal’ bukan berupa madu fizikal. Kata kata manis, bertenaga yg dikumpul dari Warga Prihatin yg diberi kpd pesakit. Ia berbentuk nasihat dan fenomena rawatan minda menggunakan hidayah Allah.

Comments (1) Apr 29 2010


Kenduri Khas Di Rumah YM Raja Azmidah Meraikan Anak-anak RPWP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , ,

24 April 2010

Malam minggu yg lalu sekali lagi mencipta sejarah bila YM Raja Azmidah Bt Ahmad dari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi menjemput 40 anak anak Rumah Pengasih Warga Prihatin ke rumahnya untuk majlis khas seperti yang tersebut di atas.

Walaupun program malam minggu telah ditetapkan sebagai program pidato Keluarga, namun kami tidak mampu menolak permohonannya utk turutsama menumpah dan merasakan kasih sayang bersama anak-anak RPWP dengan mengadakan jamuan khas.

Semenjak maghrib, anak-anak RPWP telah berada di rumah beliau, melakukan azan dan solat berjemaah, disulami dengan bacaan yasiin dan tahlil sehingga masuk waktu Isyak di imami oleh Ayahanda Nik Mmat Nik Kob selaku ayah pengiring. Solat Isyak berjemaah pula diimami oleh Imam jemputan.

Ternyata keluarga ini amat bahagia dengan mahligai mewahnya dan amat ramah mesra peribadinya. Pelbagai juadah disediakan untuk menjamu anak-anak RPWP dan beberapa tetamu jemputan yang hadir selepas Isyak. Banyak juga perkara yang sempat dikongsikan semasa bersama mereka. Sebelum pulang keluarga YM Raja Azmidah sempat menghulurkan sumbangan ikhlas kepada anak-anak RPWP.

Ekoran dari itu seorang tetamu bernama En Azmi dari Taman Kenari telah berkunjung pula ke RPWP dan menyampaikan sumbangan ikhlas yang di luar jangkaan sama sekali. Beliau menyatakan gembira melihat usaha yang dilakukan oleh WP dan suka melihat sumbangannya dibangunkan sendiri oleh sukarelawan di depan mata. Beliau turut menjemput WP untuk mengunjungi Rumah Beliau. Beliau turut menyatakan keinginan untuk memeriahkan program Rumah Terbuka dan Derma Darah sempena HARI IBU pada 15 May nanti dan menjemput WP mengadakan aktiviti masyarakat bersama AJK penduduk Taman Kenari yang diketuai oleh Dr Azman.

Alhamdulillah, begitulah indahnya nilah akhlak, nilai kasih sayang dan nilai prihatin. Kita doakan semuga insan-insan prihatin ini dirahmati Allah, dimurahkan rezki dan sentiasa berada dalam perlindungan Nya jua. Amiin.

Comments (0) Apr 27 2010


Kehadiran Kedua PUSPANITA KIJANG, BNM Sangat Istimewa

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , ,

Sabtu, 3 April 2010 – Pagi sabtu yang indah diceriakan dengan kehadiran kali kedua rombongan dari PUSPANITA Kijang, Bank Negara Malaysia.

Kehadiran kira-kira 20 orang tetamu itu diketuai oleh Y.Bhg Datin Yang Mohd Piah selaku Pengerusi, Y.Bhg Datin Juriah Azman, Timbalan Pengerusi, Puan Koid Swee Lian, AJK Kebajikan dan Cik Roniah Mamat selaku Bendahari.

Kehadiran kedua mereka ini telah memecah rekod RPWP kerana inilah julung-julung kalinya rombongan tetamu yang datang dengan membawa juadah bersama caterer sendiri untuk menjamu tuan rumah, iaitu seluruh Warga RPWP. Pelbagai juadah berupa nasi ayam, soto, kuih muih dan buah buahan dibawa bersama mereka utk santapan beramai ramai.

“kami tak sampai hati melihat apa yang berlaku dalam lawatan sebelum ini, di mana kelihatan kami telah menyusahkan RPWP, ibu-ibu terpaksa memasak utk kami yang datang beramai ramai”. “Kami sepatutnya meraikan bukan diraikan”, luah Datin Yang Fatimah.

Selain ucapan ringkas dari Dr Masjuki, Pengasas RPWP dan Datin Yang Fatimah, tetamu turut diraikan dengan persembahan khas berupa nyanyian 3 Lagu iaitu My wish, Tell Me Why, Nasyid Ampuni kami dan Tobat Maksiat yang divideokan khusus untuk Puspanita. Turut menyerikan majlis ialah persembahan sajak bertajuk “Terima Kasih Warga Prihatin” dan teater anak anak RPWP.

Sementara itu pihak PUSPANITA turut bermurahati untuk menyampaikan Taklimat dan kuiz pendidikan pengurusan kewangan & penggunaan “Buku Wang Saku” kepada anak-anak RPWP. Ceramah yang sangat menceriakan itu mendapat sambutan hangat, lebih-lebih lagi apabila ia disampaikan berserta kuis dan pemberian hadiah berupa cenderahati kepada anak-anak yang menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh penceramah yang sangat berpengalaman.

Kehadiran kali kedua mereka ke RPWP ini telah menerbitkan rasa kasih sayang yang amat luar biasa. Sukar untuk diungkap dan digambarkan oleh kata-kata. Menyentuh keseluruhan ucapan dan persembahan sepanjang majlis itu kami diperdengarkan dengan ungkapan berbunyi, “Kami semua dapat banyak sekali hidayah dan palajaran dari lawatan ini, ia sungguh unik dan menyedarkan saya, saya jadi insan yg berbeza sekarang,..”, atara kata-kata dari semua tetamu yang mengulas, khsusnya oleh Datin Yang Mohd Piah selaku Pengerusi dan Y.Bhg Datin Juriah Azman secara peribadi di hujung lawatan sebelum berangkat pulang.

Kehadiran kali ini turut membawa berkotak-kotak sumbangan berupa pakaian terpakai, pinggan mangkuk dan cenderahati untuk anak-anak. Turut disampaikan ialah sumbangan tunai pemberian ahli-ahli PUSPANITA. Kepulangan mereka di iringi dengan lagu joget Pahang secara beramai-ramai dan lambaian tangan Warga Prihatin dan para tetamu sewaktu berangkat amat mengharukan sekali.

Segala yang baik adalah hasil dari hdayah Allah. Yang lemah adalah dari kejahilan dan kelalaian kami sendiri.

Alhamdulillah – WARGA PRIHATIN.

Comments (0) Apr 03 2010


Pelajar UKM Berbagai Bangsa Ikut Bergotong-royong Bersama WP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , , ,

Ahad 29 Mac 2010 – WARGA PRIHATIN.

Program Kerja Gotong Royong hujung minggu Warga Prihatin hari Ahad 29 Mac 2010 kelmarin turut diserikan dengan kehadiran hampir 30 pelajar Pengajian Perhubungan Awam dari UKM.

Pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum, Melayu, India dan Cina serta dari Malaysia dan Indonesia itu dibahagikan kepada kumpulan Lelaki dan perempuan. Program di atur mengikut jadual kerja hujung minggu Warga Prihatin seperti biasa iaitu kerja membersih dan membina bagi kaum lelaki dan program memasak dan mengajar anak-anak bagi kaum wanita.

Saudara Choy, rakan prihatin dari Fan Facebook Warga Prihatin yang telah bersama-sama sejak malam kerana mengikuti program Pidato Hujung Minggu turut bergotong royong sama sepanjang hari. Dengan adanya Choy, beliau dapat juga melayan pelajar bukan Melayu kerana beliau sudah agak biasa dengan suasana dan tabiat Warga Prihatin di RPWP ini.

Selepas makan tengahari dan solat Zuhur, mereka dihadiri oleh Pensyarah yang manja dengan gelaran Prof Syed untuk menyempurnakan Majlis Perasmian di dewan. Majlis turut diserikan dengan persembahan teater, nyanyian dan bercerita oleh anak-anak Warga Prihatin.

Seluruh Warga Prihatin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pengarah Program, para pelajar yang turut serta juga Prof Syed, Pensyarah pengiring yang telah sudi melakukan program yang bermakna itu di RPWP.

Segala puji bagi Allah jua – Alhamdulillah.

Comments (0) Mar 29 2010





>

Login






Lost password?

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 129

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress