Mathias (Sweden) Mencurah Keringat pada lawatan keduanya.

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Mathias, Choy dan rakan-rakan sukarelawan Prihatin bergambar kenang-kenangan semasa membancuh simen konkrit.

Mei 31, 2010
by Warga Prihatin
72 photos

Mathias (Sweeden) Mencurah Keringat pada lawatan keduanya.

Ahad 31 Mai 2010 mencipta sejarah di RPWP bilamana seorang sukarelawan dari Sweeden menghadirkan diri buat kali kedua, bukan lagi untuk bertanya itu dan ini atau sekadar berkongsi cerita sebagai ‘lips service’, tapi untuk turut merasakan perjuangan bakti insaniah melalui konsep ‘Blood, Sweat & tears’. Seperti minggu sebelumnya, kehadiran kali ini turut bertembung dengan beberapa kumpulan pelawat lain yang kebetulan menziarahi RPWP termasuk Saudara Choy.

Beliau yang pernah mewakafkan diri selama 6 bulan sebagai sukarelawan Tsunami turut berpeluh, dengan sunguh-sungguh mencuba semua kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan mengikut progres, termasuk memaku lantai, memikul kayu dan membancuh simen.

Seluruh warga Prihatin bertuah dapat melihat secara dekat bagaimana keikhlasan melalui kesungguhan yang ditunjukkan oleh sukarelawan berbangsa Eropah dan beragama Kristien ini dalam melakukan kerja amal mereka.

Berulang kali beliau nyatakan yang beliau tidak pernah menemui mana-mana NGO atau badan kebajikan yang dianggotai oleh jumlah sekecil ini, tapi menunjukkan perlaksanaan yang mambawa misi kesejahteraan sejagat. Semua sukarelawan bukan sekadar menyumbang dana, malah setiap diri, termasuk kaum ibu tidak mengira darjat dan pangkat turut bekerja dengan sukahati, rela dan percuma.

“Kebanyakkan NGO ditubuhkan dengan misi ‘assobiah’, berkepentingan peribadi atau kelompok sendiri, malah kebanyakkanya dipandu oleh kepentingan kewangan mereka sendiri. Mengikut kajiannya, tidak ada lagi orang yang mahu bekerja kerana mereka ’suka’ dan secara percuma seperti ini” ujar beliau. (Nantikan klips video ucapan beliau yang akan menyusul)

Sebenarnya beliau telah membuat kajian tentang banyak NGO dalam tesis Universitinya dan apa yang beliau lihat di Prihatin adalah satu yang ’sangat luar biasa’. Kenyataan beliau turut di sokong dangan kuat oleh Saiful Nang yang banyak mengembara seluruh dunia serta Saudara Choy yang kebetulan memenuhi jadual amal nya di Prihatin pada hari yang sama.

“Saya sedih kerana bakal isteri saya tidak dapat merasai pengalaman besar yang saya lalui ini, dan saya akan usahakan untuk datang lagi bersama bukan saja isteri saya, malah ibu, bapa dan rakan terdekat saya satu hari nanti. Semuga RPWP sudi menerima kunjungan saya di masa depan” ujar beliau sebelum menamatkan ucapan ringkas dalam majlis keluarga mingguan sebelum kesemua sukarelawan bersurai.

Sukar menggambarkan cerita penuh tanpa berada bersamanya atau selagi tidak menilai sendiri dari beberapa gambar atau video yang dipaparkan.

Alhamdulillah, kita kembalikan semua amal dan pengaruh uswah kebaikannya kepada Allah, pengatur alam yang melimpahkan kita dengan pelbagai hidayah yang penuh rahmat dan bermanfaat untuk insan sekalian alam.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


Penghargaan Untuk Sarvind Nayar dan Nor’aza (UKM)

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin
35 photos

Sarvind Nayar tekun mendengar dan berkongsi cerita.

Petang 2 Jun 2010 menghadiahkan RPWP dengan kehadiran dua rakan pelajar mewakili Sekretariat Konvo dari UKM.

Sarvind Nayar s/o Yasodharan (Fakulti Undang-undang) dan Norazua Muhammad (Fakulti Zoologi) hadir dengan membawa sumbangan pakaian terpakai dan dua basikal kecil terpakai untuk kegunaan anak-anak RPWP.

Sebelum pulang mereka sempat berkongsi pengalaman dengan Pn Werda (Mak Long). Jelaslah kami mengapa anak India ini begitu prihatin dan komited dengan kerja amal sebegini. Rupanya beliau sentiasa melihat kesuikaran ibunya, Puan Malathi d/o Appo yang terpaksa bangun jam 4 pagi setiap hari membantu suami yg bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara anak anaknya.

Beliau dan adiknya menunjukkan keprihatinan terhadap pengorbanan ibu dan mereka berdua telah berjaya ke menara gading. Jelaslah spirit hari Ibu yang baru berlansung sambutannya di RPWP baru baru ini meninggalkan kesan pendidikan terhadap masyarakat.

Semuga sedikit sebanyak amal baik ini dapat mengembalikan fitrah Islam yang seharusnya sejahtera dan mensejahterakan alam kepada fitrah asalnya.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


RPWP Terima Tetamu dari Sweden

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin
53 photos

Yesterday, we were glad for having a guest all the way from Sweden, Mr. Mattias Ram. Mattias is a photojournalist working to take photograph and writing stories to supply the Swedish newspaper.

He spent the whole day with the life of RPWP and confessed his intention to come again and help in all the dirty works. Play with concrete, steel, wood, nail, carpentering and many more.

He said that he impressed about the well-behaved kids at RPWP as well as the running system behind RPWP.

For Mattias, do come again. Doesn’t matter what religion you have faith in. As a Muslim, we love all people regardless of their nationality, race or religion.

Warga Prihatin

Comments (0) Jun 04 2010


Sekitar Program Pameran, Derma Darah, Pemeriksaan gigi

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Mei 15, 2010 – by Warga Prihatin

97 photos (sila klik link ini untuk ke galeri khas)


Seperti yang dirancang, acara pameran Anti dadah, Cegah Jenayah, Penjagaan Kesihatan serta Rawatan gigi dan acara uatama iaitu Derma Darah telah berlansung dengan baik. RPWP seakan-akan menjadi Pusat Kesihatan Sementara pada hari itu.

32 pack darah telah berjaya di bawa pulang oleh Pusat Darah negara. Hampir separuh yang mendaftar tidak diterima tawarannya atas pelbagai sebab, khasnya kerana kurang tidur, terutamanya bagi yang buat kali pertama menderma.

Beberapa Warga Prihatin terpaksa mengambil risiko dengan turut menderma walaupun tidak cukup tidur atas risiko sendiri dan alasan telah biasa menderma darah, semata-mata untuk memberikan ‘pulangan’ yang berbaloi terhadap kehadiran PDN. Kami yang ditolak dermanya akibat kurang tidur dan pengambilan ubat berazam untuk datang sendiri ke PDN menderma pada masa yang lain yang sesuai.

Terima kasih kepada PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan dan PEMADAM yang mengadakan pameran dan penerangan. Terima kasih khusus untuk JKR Hulu Langat kerana menyumbangkan 2 kemah untuk pameran. Terima kasih Khusus untuk Dr Lee Teck Seng dari Puast Pergigian Ampang yang berazam untuk datang semula secara berkala untuk memeriksa gigi penghuni RPWP JUGA DrNorhayati Zakaria Jabatan Kesihatan Hulu Langat yang meluangkan masa dalam majlis sampai ke petang.

Untuk pihak-pihak yang tidak dapat disebutkan namanya, kami serahkan kepada Allah untuk membalas sumbangan kalian. ALHAMDULILLAH.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


Utusan & Institut Skill-Tech Bercadang Jadikan Abid ICON Remaja

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Mesej Admin, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, En. Nordin Abdul Malek

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, En. Nordin Abdul Malek - Sila Klik Gambar Untuk melihat galeri Foto berkaitan.

 

Isnin, 16 November 2009.

Rumah Pengasih Warga Prihatin diziarahi oleh Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, En. Nordin Abdul Malek dan Isteri petang ini untuk mendapatkan gambaran lebih dekat tentang falsafah dan misi visi Rumah Pengasih dan Warga Prihatin. Beliau yang baru pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Belara Terengganu, atas jemputan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyampaikan motivasi khas kepada para pelajar sekolah tersebut, mengambil kesempatan berkunjung bagi mendapatkan kepastian, adakah benar Mohammad Abid, pemenang pertama Pertandingan Khat Seluruh Nusantara anjuran Utusan Malaysia dan ditaja oleh Syarikatnya telah menyerahkan wang hadiah berjumlah RM2000 seperti yang dinyatakan sewaktu ditanya oleh pemberita.

Beliau kelihatan amat lega dan terharu apabila soalan yang ditanyakan kepada Mohammad Abid di hadapan pihak pengurusan Rumah Pengasih ini disahkan benar. Lanjutan dari itu, beliau turut meminta izin penjaga untuk menjemput Abid bagi menghadiri satu majlis khas bersama 5 pemenang yang lain di Institut berkenaan sempena Program Agro-Race yang akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohammad Ali Rustam pada 21 hb November akan datang.

Berita kemenagan Abid sekali lagi disiarkan di satu mukasurat penuh, halaman 5, sisipan Utusan Melayu hari ini. Sementara itu beliau telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang matlamat sebenar penganjuran pertandingan itu, iaitu untuk menjaga kedaulatan bahasa Melayu melalui pemeliharaan dan pembangunan tulisan jawi ini. Malah beliau menyatakan, setinggi-tinggi kesyukuran apabila bertemu dengan satu contoh akhlak dan jatidiri seperti yang ditunjukkan oleh Abid. Kami rasa matlamat kami tercapai, di mana apa yang ditunjukkan oleh Mohammad Abid ini adalah sesuatu yang sangat dicari dari para peserta pertandingan ini, katanya dengan nada amat gembira.

Untuk itu, pihak beliau bersama Utusan Malaysia bercadang untuk menjadikan Mohammad Abid sebagai Icon Remaja supaya menjadi pendorong kepada remaja pelajar yang lain untuk mencontohinya. Di antara beberapa perancangan tindakan susulannya ialah, beliau akan mengumpulkan 50 peserta terbaik untuk menubuhkan satu kelab khas bagi mereka berkecimpung mengembangkan bakat dan kemahiran yang telah sedia ada.

Beliau turut sudi makan tengahari ala kadar bersama pihak pengurusan dalam pertemuan kira-kira tiga jam yang berjalan dalam suasana mesra itu. Seluruh Warga Prihatin mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan penghargaan di atas kejayaan penganjuran pertandingan ini dan kesudian Encik Nordin dan isteri menziarahi kami. Kita kembalikan segala yang baik kepada hidayah dan kuderat ilahi yang dipinjamkan kepada kita, dan dengan rendah diri mengakui segala kelemahan adalah atas kesilapan diri kita sendiri.

Alhamdulillah – WARGA PRIHATIN.

Comments (7) Nov 16 2009


Anugerah MASTER IN PHOTOGRAPHY oleh MPA Untuk Warga Prihatin

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Ekonomi, Mesej Admin, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

 

SAIFUL bersama sebahagian koleksi fotografi Candid Syndrom di pejabatnya di Puchong, Selangor.

SAIFUL bersama sebahagian koleksi fotografi Candid Syndrome di pejabatnya di Puchong, Selangor.

Warga Prihatin memuji syukur kehadrat Ilahi apabila seorang pendokongnya (Co-founder) iaitu saudara Saiful Nang berjaya lulus dengan cemerlang dalam ujian kelayakan menyertai pertubuhan profesional dalam fotografi yang paling dihormati di dunia iaitu, Master Photographers Association (MPA).

Saiful Nang telah berjaya cemerlang dalam siri ujian, pameran dan lisan dan kini dianugerahkan gelaran MASTER IN PHOTOGRAPHY oleh pertubuhan Dunia itu. Untuk pengetahuan pembaca, MPA diasaskan di UK sejak kira-kira 50 tahun dahulu yang hanya melayakkan kira-kira 2,000 jurugambar di dunia sebagai ahlinya secara silih berganti. 2000 di kalangan lebih sejuta jurugambar yang ada di dunia ketika ini. Lebih membanggakan,  apabila beliau menjadi antara 10 orang pertama di Malaysia yang melepasi ujian kelayakan itu yang di adakan di Singapura baru-baru ini.

Penghakiman amat ketat dijalankan oleh lebih 10 orang panel yang berpangkat fellow Master yang masing-masing didatangkan dari United Kingdom, USA, Thailand dan Singapura. Pentauliahan ini berlaku dalam format viva untuk sesiapa yang pernah mengambil ijazah peringkat sarjana dan juga doktor falsafah. Tahniah kepada Saiful Nang yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk penggambaran potret dan perkahwinan diRaja Brunei, juga Jurugambar Rasmi Program Hari Merdeka peringkat Nasional 2008, Jurugambar Perkahwinan Rasmi Ning Baizura dan banyak lagi majlis perkahwinan diRaja dan VVIP di Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Australia, Ireland, England, Eropah dan lain-lain. Beliau kini mendapat jolokan jurugambar antara yang termasyhur di Asia melalui jenama khasnya Candid Syndrome dan syarikatnya The Colors of Asia. Beliau mempunyai lebih 13,000 pelajar di Photoskool dan menjadi Prinsipal dalam pelbagai program akademi fotografi di beberapa negara seluruh dunia. Maklumat lanjut tentang beliau boleh didapati di www.candidsyndrome.com

Di akhbar KOSMO hari ini, telah disiarkan berita Candid Syndrome akan memperluaskan perniagaannya ke Australia. Tahniah buat Dato’ Saiful Nang.

Alhamdulillah, sebelum ini telahpun diumumkan, Anakanda Mohamad Abid, anak Warga Prihatin menang Juara pertandingan penulisan khat Seluruh Nusantara anjuran Utusan Malaysia mengalahkan lebih 6,000 penyertaan yang diterima daripada seluruh Nusantara..

Dalam Majlis Mingguan Keluarga Warga Prihatin petang ahad semalam, dengan rendah diri dan penuh kesyukuran turut diumumkan begitu ramai lagi kecemerlangan anak didik Warga Prihatin mendapat tempat tertinggi dalam Kelas masing-masing, menang johan acara Pidato Bahasa Inggeris, sukan dan sebagainya.

Kami Seluruh anggota Warga Prihatin sangat bersyukur apabila kejayaan demi kejayaan ditempa oleh Warga Prihatin, samada bapa, anak atau ibu-ibunya. Alhamdulillah, dengan implementasi yang baik mengikut petunjuk Allah, sudah tentu akan lebih banyak lagi kejayaan-kejayaan yang bakal ditempa pada masa akan datang, InsyaAllah. Bukan untuk terlalu berbangga dengan kejayaan-kejayaan itu,  tetapi penting untuk berkongsi pelajaran disebalik kejayaan-kejayaan tersebut bilamana mereka ditanya oleh pemberita, apakah rahsia kejayaan mereka? semuanya menjawab dengan jawapan yang sama iaitu “Pendidikan dan Disiplin Warga Prihatin” yang lembut tetapi tegas dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam secara praktis dan bukannya secara retorik.

Warga Prihatin sekeliannya mengucapkan tahniah kepada kesemua individu yang kami nyatakan di atas. Semoga dengan bertapaknya disiplin yang Allah redhai, InsyaAllah lebih ramai Warga Prihatin akan menempa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang (Amin).

Bukan pertandingan itu sebenarnya yang dibanggakan, tetapi disiplin yang ditenun cantik oleh ayah-ayah dan ibu-ibu serta adik beradik Warga Prihatin itulah antara faktor yang menjadikan mereka berjaya dalam apapun yang mereka lakukan. Termasuklah dalam akademik, pidato, pekerjaan, akhlak, kerohanian dan macam-macam lagi. Pelajaran “bekerja dengan ikhlas” yang hakiki menjadi panduan paling berguna. Ikhlas diertikan ‘berbuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh (All-out)’ kerana perkataan ikhlas itu sendiri berasal dari kata akar Arab yang bermaksud berhabis-habisan (Kholas).

Semuga berita ini boleh mengubah minda pembaca untuk turut sama berusaha menganjurkan paradigma minda rakyat Malaysia. Berhentilah kita menuding jadi kepada pihak lain, sedang pada masa yang sama secara terang-terangan menentang nasihat Allah, dengan mengabaikan peraturan hidup dari Nya.

WARGA PRIHATIN

 

16 November 2009

Candid Syndrome ke Australia

 Oleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Colours of Asia Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan khidmat fotografi potret dan perkahwinan tempatan jenama Candid Syndrome, merancang meluaskan sayap ke Australia bermula tahun 2010. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Jurufoto Utama Colours of Asia, Saiful Nang, sebanyak lima buah studio fotografi dijangka dibuka di negara tersebut iaitu di Perth, Adelaide, Melbourne, Sydney dan Brisbane dengan kos perniagaan yang melibatkan pelaburan AUD$300,000 (RM945,207) setiap satu studio.

“Berkonsepkan fotografi studio dan bukannya fotografi perkahwinan seperti yang diamalkan di Malaysia, perniagaan di Australia akan bermula di Perth pada bulan Jun 2010.

“Kami menyasarkan menjelang tahun 2013, kelima-lima studio ini akan dibuka dan memulakan perkhidmatan,” kata Saiful ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya yang terletak di Puchong baru-baru ini. Setelah bertapak kukuh di kelima-lima cawangan itu, tambah Saiful, beliau akan menawarkan program francais bagi memperluaskan lagi perniagaan di negara terbabit.

Menurut Saiful, perniagaan Candid Syndrome di Malaysia telah tepu kerana hanya mendapat perhatian ramai pada hari-hari tertentu seperti hujung minggu atau pada musim perkahwinan yang biasanya diadakan pada musim cuti persekolahan. Berikutan itu, katanya, syarikat itu tidak mampu menerima tempahan dengan banyak ataupun menaikkan harga perkhidmatan sesuka hati.

“Sebab itu, untuk terus berdaya maju, kami akan menawarkan konsep fotografi studio di Australia kerana rakyat di negara itu menghargai konsep ini.

“Perniagaan di Australia menyediakan perkhidmatan lengkap berkenaan fotografi studio daripada peringkat awal kepada produksi fotograf sehinggalah mendapatkan maklum balas pelanggan demi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami,” tambah beliau.
Saiful yakin berdasarkan kajian dan pelan pengurusan risiko yang dirangka, terdapat potensi yang besar terhadap bidang fotografi studio di negara itu. Sungguhpun masih belum memutuskan nama studio berkenaan pada masa ini, beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera promosi bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap perkhidmatan baru itu.

“Antara promosi yang diadakan termasuk mengadakan studio mini di ruang-ruang legar pusat beli-belah di sana selama dua minggu,” ujar beliau sambil memaklumkan sasaran kutipan sebanyak AUS$100,000 (RM315,000) daripada usaha tersebut. Walaupun melihat usaha itu sebagai rancangan yang besar, Saiful berkata, beliau menyasarkan perolehan sebanyak AUD$1.5 juta (RM4.7 juta) setahun di Perth.
Sementara itu, Candid Syndrome mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun lalu dengan perolehan hasil sejumlah antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta.

 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Comments (13) Nov 16 2009


Mohd. Abid Johan Seni Jawi Nusantara

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Mesej Admin, Pendidikan, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

utusan BERITA WARGA PRIHATIN - NOV 12, 2009

Seluruh Warga Prihatin (WP) mengucap syukur kehaderat Illahi dan mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda Mohd Abid yang disahkan sebagai Johan Tulisan Khat Jawi Seluruh Nusantara anjuran Utusan Malaysia. Beliau memanangi tempat pertama, mengalahkan 6,000 peserta seluruh Nusantara.

Lebih terharu lagi apabila ditanya Wartawan, apa beliau nak buat dengan hadiah tunai RM2,000 itu, beliau spontan menjawab, “saya nak wakafkan kepada RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, tempat yang memberi perlindungan dan pendidikan kepada saya“. Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah membantu, khususnya pendidikan akhlak yang berkesan ini. Ratusan ulasan umum rata rata terharu dengan penyerahan wang Hadiah itu, sesuatu yang jarang ditemui dari seorang anak sekolah di zaman yang saling mengejar kebendaan ini. Sesungguhnya, itulah peribadi hasil didikan terhadap SEMUA anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin ini. Seperti yang diutarakan di artikel khas, akhlak Raya, kita lihat mereka tidak rakus mengejar wang saku pemberian raya (angpau), bahkan menyerah kepada penjaga untuk disimpan.

Berita kejayaan anakanda Mohamad Abid (insan terpuji yang mengabdi) telah keluar di mukasurat 24, ruangan dalam negeri Utusan Malaysia hari ini, Khamis 2009 11 12. Majlis perhimpunan Khas oleh pihak sekolah telah di adakan pagi ini, di mana wakil Rumah Pengasih Warga Perihatin dijemput untuk memberi penghormatan dan penghargaan khas kepada beliau. Pihak Sekolah Menengah Ma’had Hamidiah, Kajang amat berbangga kerana beliau telah turut mengangkat nama Sekolah dan Negara ke Peringkat Nusantara. Salam dari pihak Sekolah untuk seluruh umat yang membantu kepada kejayaan Mohd Abid. Semuga menjadi pendorong kepada pelajar yang lain, kata pengetua sekolah dalam ucapan khas beliau pagi ini.

Syukur Alhamdulillah.

UTUSAN ONLINE

Petikan berita penuh dari Utusan malaysia.

Mohd. Abid johan Seni Jawi Nusantara

NORDIN Abdul Malek (dua dari kiri) menyampaikan replika cek RM2,000 kepada Mohd. Abid Masjuki sambil diraikan memotong kek hari jadinya yang ke-16 dan diperhatikan oleh Ibrahim Yunus (kanan) pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Seni Jawi Nusantara di Kajang, kelmarin.


KAJANG 11 Nov. – Mohd. Abid Masjuki meraikan kegembiraan berganda semalam kerana selain dinobatkan johan Seni Jawi Nusantara, dia juga dikejutkan dengan sambutan hari lahirnya yang jatuh pada 19 November ini.

Johan pertandingan anjuran akhbar Utusan Malaysia melalui sisipan Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech itu merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Maahad Hamidiah, Kajang.

Katanya, dia tidak menyangka apabila majlis penyampaian hadiah itu turut meraikan sambutan hari jadinya selain meraih hadiah wang tunai RM2,000 serta trofi.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sungai Ramal Baru, Kajang kerana banyak membimbing saya,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Sekolah, Ibrahim Yunus berkata, beliau berasa bangga dengan kejayaan pelajarnya menjadi johan di peringkat sekolah menengah seluruh negara.

“Kemenangan ini merupakan pengiktirafan kepada pihak sekolah yang mana kita mahu pelajar cemerlang dalam semua bidang.

“Adalah menjadi harapan sekolah agar lebih ramai pelajar mempunyai bakat seperti Mohd. Adib ini,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah di sini semalam.

Turut hadir Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusoff dan Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek.

Pertandingan menulis peribahasa Melayu dalam tulisan jawi yang diadakan sepanjang September lalu menerima sebanyak 6,000 penyertaan pelajar sekolah menengah dari seluruh negara.

Mohd. Kamil memberitahu, program yang melibatkan penulisan jawi itu akan dipergiatkan di kalangan pelajar.

“Penulisan dan pembacaan jawi itu perlu dikuasai oleh pelajar supaya ia tidak hilang ditelan zaman serta kita mahu martabatkan tulisan jawi ke tahap yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, Nordin berkata, beliau berharap penyertaan pelajar dari sekolah aliran bukan agama akan bertambah pada pertandingan akan datang.

“Penguasaan jawi amat penting untuk kita meningkatkan jati diri pelajar Melayu Islam supaya mereka tahu membaca dan menulis jawi,” katanya.

Untuk membaca komen awam dari kejayaan ini, sila ikuti link berikut. Alhamdulillah sekali lagi.

http://www.facebook.com/album.php?aid=172299&id=176792972785&comments

Comments (8) Nov 12 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 111

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress