Mathias (Sweden) Mencurah Keringat pada lawatan keduanya.

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Mathias, Choy dan rakan-rakan sukarelawan Prihatin bergambar kenang-kenangan semasa membancuh simen konkrit.

Mei 31, 2010
by Warga Prihatin
72 photos

Mathias (Sweeden) Mencurah Keringat pada lawatan keduanya.

Ahad 31 Mai 2010 mencipta sejarah di RPWP bilamana seorang sukarelawan dari Sweeden menghadirkan diri buat kali kedua, bukan lagi untuk bertanya itu dan ini atau sekadar berkongsi cerita sebagai ‘lips service’, tapi untuk turut merasakan perjuangan bakti insaniah melalui konsep ‘Blood, Sweat & tears’. Seperti minggu sebelumnya, kehadiran kali ini turut bertembung dengan beberapa kumpulan pelawat lain yang kebetulan menziarahi RPWP termasuk Saudara Choy.

Beliau yang pernah mewakafkan diri selama 6 bulan sebagai sukarelawan Tsunami turut berpeluh, dengan sunguh-sungguh mencuba semua kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan mengikut progres, termasuk memaku lantai, memikul kayu dan membancuh simen.

Seluruh warga Prihatin bertuah dapat melihat secara dekat bagaimana keikhlasan melalui kesungguhan yang ditunjukkan oleh sukarelawan berbangsa Eropah dan beragama Kristien ini dalam melakukan kerja amal mereka.

Berulang kali beliau nyatakan yang beliau tidak pernah menemui mana-mana NGO atau badan kebajikan yang dianggotai oleh jumlah sekecil ini, tapi menunjukkan perlaksanaan yang mambawa misi kesejahteraan sejagat. Semua sukarelawan bukan sekadar menyumbang dana, malah setiap diri, termasuk kaum ibu tidak mengira darjat dan pangkat turut bekerja dengan sukahati, rela dan percuma.

“Kebanyakkan NGO ditubuhkan dengan misi ‘assobiah’, berkepentingan peribadi atau kelompok sendiri, malah kebanyakkanya dipandu oleh kepentingan kewangan mereka sendiri. Mengikut kajiannya, tidak ada lagi orang yang mahu bekerja kerana mereka ’suka’ dan secara percuma seperti ini” ujar beliau. (Nantikan klips video ucapan beliau yang akan menyusul)

Sebenarnya beliau telah membuat kajian tentang banyak NGO dalam tesis Universitinya dan apa yang beliau lihat di Prihatin adalah satu yang ’sangat luar biasa’. Kenyataan beliau turut di sokong dangan kuat oleh Saiful Nang yang banyak mengembara seluruh dunia serta Saudara Choy yang kebetulan memenuhi jadual amal nya di Prihatin pada hari yang sama.

“Saya sedih kerana bakal isteri saya tidak dapat merasai pengalaman besar yang saya lalui ini, dan saya akan usahakan untuk datang lagi bersama bukan saja isteri saya, malah ibu, bapa dan rakan terdekat saya satu hari nanti. Semuga RPWP sudi menerima kunjungan saya di masa depan” ujar beliau sebelum menamatkan ucapan ringkas dalam majlis keluarga mingguan sebelum kesemua sukarelawan bersurai.

Sukar menggambarkan cerita penuh tanpa berada bersamanya atau selagi tidak menilai sendiri dari beberapa gambar atau video yang dipaparkan.

Alhamdulillah, kita kembalikan semua amal dan pengaruh uswah kebaikannya kepada Allah, pengatur alam yang melimpahkan kita dengan pelbagai hidayah yang penuh rahmat dan bermanfaat untuk insan sekalian alam.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


Penghargaan Untuk Sarvind Nayar dan Nor’aza (UKM)

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin
35 photos

Sarvind Nayar tekun mendengar dan berkongsi cerita.

Petang 2 Jun 2010 menghadiahkan RPWP dengan kehadiran dua rakan pelajar mewakili Sekretariat Konvo dari UKM.

Sarvind Nayar s/o Yasodharan (Fakulti Undang-undang) dan Norazua Muhammad (Fakulti Zoologi) hadir dengan membawa sumbangan pakaian terpakai dan dua basikal kecil terpakai untuk kegunaan anak-anak RPWP.

Sebelum pulang mereka sempat berkongsi pengalaman dengan Pn Werda (Mak Long). Jelaslah kami mengapa anak India ini begitu prihatin dan komited dengan kerja amal sebegini. Rupanya beliau sentiasa melihat kesuikaran ibunya, Puan Malathi d/o Appo yang terpaksa bangun jam 4 pagi setiap hari membantu suami yg bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara anak anaknya.

Beliau dan adiknya menunjukkan keprihatinan terhadap pengorbanan ibu dan mereka berdua telah berjaya ke menara gading. Jelaslah spirit hari Ibu yang baru berlansung sambutannya di RPWP baru baru ini meninggalkan kesan pendidikan terhadap masyarakat.

Semuga sedikit sebanyak amal baik ini dapat mengembalikan fitrah Islam yang seharusnya sejahtera dan mensejahterakan alam kepada fitrah asalnya.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


Warga Prihatin ke menara gading

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin – Mei 23, 2010
12 photos

Alhamdulillah, seorang lagi anak Warga Prihatin berjaya melayakkan diri ke menara gading setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang tahun lepas. Miza merupakan salah seorang anak WP yang sangat aktif dalam mendidik dan membantu adik-adik WP untuk cemerlang akhlak dan akademiknya.

Kami di RPWP sempat menjalankan tradisi untuk membuat kutipan ikhlas dari setiap ahli WP. Sama seperti halnya semasa Tunku Abdul Rahman semasa almarhum hendak ke London untuk berunding tentang kemerdekaan tanah Melayu. Kami di RPWP mengiringi doa kepada anakanada Miza yang bakal meneruskan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam program ijazah undang-undang.

Dalam tradisi ini juga, RPWP mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Colours of Asia Sdn Bhd yang memiliki jenama CandidSyndrome, Lifeiscanvas.com, Bighostingcompany dan juga Saiful Nang Academy of Photography (SNAP) yang sudi menawarkan tajaan kepada anakanda kami.

Kepada anakanda Miza, jadilah seorang mahasiswi yang cemerlang aqidah dan akademiknya dan boleh menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada yang lain.

Doa dan restu kami untuk kamu.

Warga Prihatin

Comments (0) Jun 04 2010


Kemuncak Majlis Penutup ‘Anugerah Kasih’ Hari Ibu Terbuka

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial.
Tags: , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin – 15 Mei 2010
197 photos – Sila Klik Link untuk ke Galeri Foto

Alhamdulillah, Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr A. Samad Said yang turut hadir bersama Isteri, Datin Rashidah Md Dahan. Sesungguhnya ia menjadi satu titik Jejak Kasih yang dilimpahi dengan deraian air mata, Khasnya di sepanjang acara menyarungkan selendang Kasih terhadap para ibu yang hadir.

Suasana pilu menyelubungi acara khusus di petang yang hening itu.

Dato’ A Samad Said bersama Datin dan tetamu Warga Emas turut berkenan menyempurnakan acara cukur jambul dua bayi yang baru lahir di RPWP. Acara diiringi dengan alunan Marhaban dan selawat yang penuh bersemangat dan mendayu dayu. Alhamdulillah. Berbanyak terima kasih dan penghargaan dari RPWP.

Persembahan Warga Prihatin turut memukau, Ti kemaskan lagi dengan ucapan penuh puitis, tenang disulami dengan deklamasi sajak oleh ayahanda a. Samad Said yang manja dengan panggilan Bapak. Ini adalah satu ‘event’ yang amat luar biasa, dan saya amat merasa betuntung dapat menghadirkan diri, kata beliau.

Ucapan ringkas ayahanda Dr Masjuki sejurus sebelum Ucapan penutup oleh Bapak A.Samad Said, yang disertai dengan tangisan penuh sebak, mengaitkan suasana dunia hari ini membuatkan semua hadirin turut menagis.

Tiada kata ucapan yang boleh dinukilkan untuk menggambarkan situasi sebenar. Mungkin gambar-gambar dan video (yang akan menyusul) boleh menceritakannya. ALHAMDULILLAH.

Location: RPWP – KAJANG

 

 

Comments (0) Jun 04 2010


Sekitar Program Pameran, Derma Darah, Pemeriksaan gigi

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Mei 15, 2010 – by Warga Prihatin

97 photos (sila klik link ini untuk ke galeri khas)


Seperti yang dirancang, acara pameran Anti dadah, Cegah Jenayah, Penjagaan Kesihatan serta Rawatan gigi dan acara uatama iaitu Derma Darah telah berlansung dengan baik. RPWP seakan-akan menjadi Pusat Kesihatan Sementara pada hari itu.

32 pack darah telah berjaya di bawa pulang oleh Pusat Darah negara. Hampir separuh yang mendaftar tidak diterima tawarannya atas pelbagai sebab, khasnya kerana kurang tidur, terutamanya bagi yang buat kali pertama menderma.

Beberapa Warga Prihatin terpaksa mengambil risiko dengan turut menderma walaupun tidak cukup tidur atas risiko sendiri dan alasan telah biasa menderma darah, semata-mata untuk memberikan ‘pulangan’ yang berbaloi terhadap kehadiran PDN. Kami yang ditolak dermanya akibat kurang tidur dan pengambilan ubat berazam untuk datang sendiri ke PDN menderma pada masa yang lain yang sesuai.

Terima kasih kepada PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan dan PEMADAM yang mengadakan pameran dan penerangan. Terima kasih khusus untuk JKR Hulu Langat kerana menyumbangkan 2 kemah untuk pameran. Terima kasih Khusus untuk Dr Lee Teck Seng dari Puast Pergigian Ampang yang berazam untuk datang semula secara berkala untuk memeriksa gigi penghuni RPWP JUGA DrNorhayati Zakaria Jabatan Kesihatan Hulu Langat yang meluangkan masa dalam majlis sampai ke petang.

Untuk pihak-pihak yang tidak dapat disebutkan namanya, kami serahkan kepada Allah untuk membalas sumbangan kalian. ALHAMDULILLAH.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


Kenduri Khas Di Rumah YM Raja Azmidah Meraikan Anak-anak RPWP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , ,

24 April 2010

Malam minggu yg lalu sekali lagi mencipta sejarah bila YM Raja Azmidah Bt Ahmad dari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi menjemput 40 anak anak Rumah Pengasih Warga Prihatin ke rumahnya untuk majlis khas seperti yang tersebut di atas.

Walaupun program malam minggu telah ditetapkan sebagai program pidato Keluarga, namun kami tidak mampu menolak permohonannya utk turutsama menumpah dan merasakan kasih sayang bersama anak-anak RPWP dengan mengadakan jamuan khas.

Semenjak maghrib, anak-anak RPWP telah berada di rumah beliau, melakukan azan dan solat berjemaah, disulami dengan bacaan yasiin dan tahlil sehingga masuk waktu Isyak di imami oleh Ayahanda Nik Mmat Nik Kob selaku ayah pengiring. Solat Isyak berjemaah pula diimami oleh Imam jemputan.

Ternyata keluarga ini amat bahagia dengan mahligai mewahnya dan amat ramah mesra peribadinya. Pelbagai juadah disediakan untuk menjamu anak-anak RPWP dan beberapa tetamu jemputan yang hadir selepas Isyak. Banyak juga perkara yang sempat dikongsikan semasa bersama mereka. Sebelum pulang keluarga YM Raja Azmidah sempat menghulurkan sumbangan ikhlas kepada anak-anak RPWP.

Ekoran dari itu seorang tetamu bernama En Azmi dari Taman Kenari telah berkunjung pula ke RPWP dan menyampaikan sumbangan ikhlas yang di luar jangkaan sama sekali. Beliau menyatakan gembira melihat usaha yang dilakukan oleh WP dan suka melihat sumbangannya dibangunkan sendiri oleh sukarelawan di depan mata. Beliau turut menjemput WP untuk mengunjungi Rumah Beliau. Beliau turut menyatakan keinginan untuk memeriahkan program Rumah Terbuka dan Derma Darah sempena HARI IBU pada 15 May nanti dan menjemput WP mengadakan aktiviti masyarakat bersama AJK penduduk Taman Kenari yang diketuai oleh Dr Azman.

Alhamdulillah, begitulah indahnya nilah akhlak, nilai kasih sayang dan nilai prihatin. Kita doakan semuga insan-insan prihatin ini dirahmati Allah, dimurahkan rezki dan sentiasa berada dalam perlindungan Nya jua. Amiin.

Comments (0) Apr 27 2010


Ceramah ‘Secebis Hati’ Oleh Penderma Hati Di RPWP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Sabtu 17 April 2010 – Warga Prihatin

Program Pidato Keluarga mingguan Warga Prihatin minggu ini diserikan dengan kehadiran Penderma Hati kepada Allahyarham adik MOHD YOHITT, Ustaz AHMAD KHARIRI AL HADI B. MD YUSOP. Beliau yg tersentuh setelah melihat video sajak IBU dari email yg dikirim oleh rakannya terus menghubungi RPWP utk menyampaikan hajatnya. Ditemani isteri dan semua anak-anaknya, beliau sampai lepas Isya’ dan bersuaikenal sementara menunggu anak-anak pulang dari program Khas meraikan anak-anak RPWP oleh salah seorang penduduk Kampung.

Klik link untuk melihat album penuh

Ceramah yang amat menarik telah disampaikan bersulam jenaka dan ’slide show’ yang sangat menyayat hati telah menimbulkan banyak kesedaran kepada seluruh Warga Prihatin. “Lama saya mencari Warga Suam begini, banyak tempat saya pergi, tapi rumah ini amat berbeza sekali, sangat menarik hati saya” kata beliau dalam ceramahnya sambil merujuk kepada suasana muafakat, kasih sayang dan keharmonian yg ditunjukkan oleh Warga Prihatin.

Klik link untuk melihat album penuh di facebook

Saudara Choy turut sama dalam program itu malam ini dan turut berkongsi pengalaman dan ilmu tentang Derma Hati yg diketahuinya. Insyaallah, Warga Prihatin mungkin akan menganjurkan secara besar besaran KEMPEN DERMA DARAH dan DERMA ORGAN satu hari nanti bersama pihak Kementerian Kesihatan dan lain2.

Klik Link untuk melihat album penuh di facebook

Sebelum pulang, beliau sempat menghulurkan sumbangan berupa pakaian dan beras. Alangkah hebatnya pendidikan dari ibu beliau yang bernama MARIAM kerana berjaya mendidik anak sehingga terhasil hati semulia ini. Semuga apa yg beliau usahakan mendapat redo Allah dan mampu mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mengikuti jejaknya. Semuga Allah pelihara beliau sekeluarga.. Amiin.

==================================

Berikut dipaparkan link dari penulisan khas di blog peribadi dari Mr Choy yang turut menghadiri sesi ceramah tersebut. Sila lawati blog beliau untuk melihat luahan isi hati beliau mengenai ceramah ini.

Comments (0) Apr 17 2010


Kunjungan PUSPANITA Kementerian Kewangan Mencipta Sejarah RPWP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Isnin, 21 Disember 2009 – WARGA PRIHATIN
IMG_4836

Ketibaan Kumpulan Pertama dengan bas Jabatan Akauntan Negara disambut mesra.

Pagi Isnin, 21 Disember 2009 merupakan pagi bersejarah bilamana Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) menerima kunjungan Kasih PUSPANITA yang pertama, iaitu dari PUSPANITA Kementerian Kewangan Malaysia.

Kunjungan yang disertai oleh kira-kira 30 wakil PUSPANITA dari Kementerian itu diketuai oleh 4 Pengerusi PUSPANITA dari Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Kewangan. Di antaranya adalah Y.Bhg. Puan Sri Hayati bt Omar, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan, Y.Bhg. Datin Yang Fatimah bt Md. Piah, Pengerusi PUSPANITA Bank Negara Malaysia (BNM), Y. Bhg. Datin Norlizam bt Atan, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Y. Bhg. To’Puan Khamisah bt Hj. Affendi, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Ketibaan tetamu yang sampai dalam 4 kumpulan, sekitar jam 11 pagi itu disambut mesra dan meriah sekali dengan paluan kompang dan selawat yang bersemangat oleh Panjaga dan semua anak-anak RPWP. Sementara menanti ketibaan tetamuVIP yang terakhir, para tetamu yang datang awal diraikan di ruang tamu dengan ramah mesra dan suaikenal secara ringkas sambil menikmati minuman ringan.

 

Persembahan Yang Mendidik Dan Menenangkan Hati:

IMG_5292

Persembahan Yang Mendidik Dan Menenangkan Hati

Setelah keseluruhan tetamu sampai, majlis di Dewan dimulakan dengan alu-aluan dari Pengerusi Majlis dan bacaan doa oleh anak RPWP yang amat menyentuh hati dan memberikan banyak kesedaran kepada para hadirin.

Seterusnya majlis diserikan dengan persembahan nyanyian Lagu Prihatin oleh anak-anak tadika, diikuti oleh 2 Nasyid bertajuk “Ampuni Kami” dan “Amin-amin” oleh anak-anak peringkat Sekolah Rendah dan Menengah (Video ini ada di Youtube dan Facebook WP).

Sebelum menjemput Pengasas RPWP memberikan penerangan, seorang lagi wakil anak RPWP dijemput secara spontan (tidak dalam aturcara untuk persembahan) bagi menyampaikan pidato khas yang diberi tajuk “Pendidikan, Pendidikan, Pendidikan”. Pidato yang disampaikan dengan ringkas namun penuh bersemangat ini telah memukau para hadirin dengan isi yang padu, sangat menyentuh hati dan menyedarkan para anak-anak dan ibu bapa agar kembali peka dan prihatin terhadap fungsi pendidikan dalam pembangunan sebuah negara bangsa.

 

Rahsia Kewujudan dan Pendanaan RPWP

Di antara yang disentuh dalam ucapan yang disampaikan oleh Dr Hj Masjuki, Pengasas dan Pengetua RPWP ialah sejarah tertubuh dan berdirinya RPWP ini. Beliau menjelaskan bahawa beliau memulakan modal asal dengan mewakafkan seluruh harta, diri dan jiwanya. Bermula dari 3 buah rumah asal dan seluruh tapak rumah seluas 0.273 ekar dan RM30 ribu sebagai modal permulaan,  beliau mendapat sokongan padu dari 20 sahabat untuk sama-sama mendokong urusan selanjutnya samada dari segi pembiayaan bulanan maupun tenaga pengurusan.

En Khairuddin Md Nor salah seorang pendokong RPWP, juga merupakan pegawai Perhubungan Awam.

En Khairuddin Md Nor salah seorang pendokong RPWP, juga merupakan pegawai Perhubungan Awam.

Daripada 20 pendokong itu, hanya 12 sahabat sahaja yang mampu mengeluarkan sumbangan tetap secara bulanan di samping turut menyumbang tenaga dan masa. Baki 8 daripada 20 pendokong tidak dapat menyumbang dana kewangan kerana mereka juga merupakan golongan Asnaf yang memerlukan bantuan kewangan untuk hidup, namun mereka tidak mahu ketinggalan kerana sanggup bertugas sepenuh masa secara sukarela sebagai jurubina, penjaga dan tenaga pendidik kepada anak-anak jagaan.

Gandingan Harta yang di wakaf, diri-diri individu yang sanggup bertugas sepanuh masa, sumbangan ikhlas dana bulanan dari sahabat mengikut kemampuan masing-masing secara tetap untuk menampung kos pengurusan dan modal pembangunan adalah rahsia yang membolehkan RPWP dan semua aktivitinya berjalan lancar, tanpa meminta-minta,  walaupun amat sederhana sejak hampir 4 tahun lalu.

Di antara jaminan yang mampu diberikan kepada sahabat pendokong adalah, sekiranya berlaku apa saja kepada mereka dari kalangan Pendokong RPWP, keselamatan dan perlindungan terhadap keluarga mereka adalah menjadi tanggungan RPWP,  khususnya dalam memantau akhlak dan kesejahteraan anak-anak yatim yang memerlukan bimbingan, pemantauan dan kasih sayang.

Hakikat Puasa dan Zakat Sebagai Tunggak Pembangunan RPWP.

Di tanya bagaimana dengan dana sedikit ini masih mampu meneruskan hidup, sedangkan Dr Masjuki dan isterinya, bekas Guru Sekolah Menengah telah tiada lagi sumber pendapatan lain? beliau menjawab – hargai pengorbanan rakan yang memberikan sumbangan dan amalkan konsep jimat cermat. Dalam bahasa mudahnya ialah berpuasa secara hakikat dalam menguruskan perbelanjaan harian.

Hakikat puasa itu dijelaskan dengan menunjukkan amalan menggunakan bahan terpakai atau terbuang dan tidak membazirkan apa saja bahan binaan yang ada. Rumah tidak boleh dibina oleh kontraktor komersial kerana hampir sepenuhnya menggunakan barang terpakai. Itu menjadi salah satu sebab tambahan mengapa ia dibina secara gotong royong sejak hampir 4 tahun dahulu.

 

Rahsia Kesamarataan Menambah Keserasian

Rahsia Kesamarataan Menambah Keserasian

Rahsia Kesamarataan.

Satu rahsia besar di mana insan-insan dari golongan Asnaf yang dilindungi dan para pendokong di RPWP yang menghulurkan sumbangan bulanan ini boleh berkeluarga dan bekerjasama tanpa batas ialah konsep kesamarataan yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Beliau yang ditanya oleh tetamu VIP mengenai hal itu turut menunjukkan 2 jejaka yang kebetulan berdiri di kiri-kanan beliau di atas pentas. Di sebelah kanan adalah seorang sahabat pendokong, seorang pegawai Bank yang menghulurkan sumbangan bulanan, di mana jejaka di sebelah kiri merupakan golongan Asnaf dan petugas Sukarela sepenuh masa yang dibiayai sepenuhnya oleh tabung RPWP.

Namun di dalam majlis atau sepanjang sewaktu bergotong royong, mereka tidak akan dapat dibezakan kerana semuanya telah memakai pakaian dan melakukan tugasan yang sama tanpa mengira darjat dan pangkat mereka.

Begitu juga dengan pakaian dan layanan terhadap anak-anak Asnaf yg disamaratakan dengan anak-anak pendokong bilamana mereka disatukan dalam apa saja aktiviti. Hasilnya, anak-anak asnaf tidak merasa rendah diri. Ia juga memberikan kesedaran kepada anak-anak pendokong yg bernasib baik dalam kehidupan keluarganya agar sentiasa bersyukur, tidak membazir dan meninggi diri dalam kehidupan mereka. Mereka dididik untuk hidup bersama, berkasih sayang dan berlumba-lumba secara positif sebagai sebuah keluarga.  Anak Yatim yang kehilangan ibu atau bapa akan mendapat ganti 20 ibu dan bapa untuk tidak terlalu merasakan kehilangan itu. Yang dihimpit kemiskinan tidak merasakan kesusahan itu apabila mereka turut merasai kehidupan normal di RPWP hasil sumbangan pendokong tetap. Yang lemah akademik, yang kurang baik tahap akhlaknya diperbaiki bersama rakan-rakan yang normal melalui konsep tampung menampung, tegur menegur ketika mereka disatukan di rumah ini.

Pentingnya peranan seorang pendokong RPWP

Pentingnya peranan seorang pendokong RPWP

Anak Permata Negara

Pendidikan akhlak merupakan matlamat utama di RPWP dan dari situ segala usaha digembeling untuk memajukan pencapaian akademik mereka. Anak-anak turut dibekalkan dengan pelbagai peralatan moden seperti makmal komputer dengan talian internet yang disumbangkan oleh En. Huzir, seorang Graduan IT dari Amerika dan merupakan sahabat facebook dari Kedah.

Mereka juga dibekalkan dengan peralatan muzik, pelbagai alat Elektronik, PA System, kompang, peralatan sukan, indoor game, kolam untuk belajar berenang, kamera dan lain-lain. Mereka turut diperkenalkan dengan pelbagai peralatan bengkel, pembinaan dan pertukangan serta kemahiran penggunaannya semasa memerhatikan pembinaan pembesaran rumah yang sedang dijalankan selama ini. Yang penting adalah mendidik mereka menggunakan semua peralatan itu dengan kefahaman ilmu, dengan izin dan terpantau.

Anak Permata Negara

Anak Permata Negara

Seluruh kompleks ini dipasang dengan cctv untuk tujuan pemantauan segala macam gelagat anak-anak, terutamanya apabila melibatkan berbagai kemungkinan salah laku. Ini adalah kerana bukan semua anak-anak ini masuk dengan akhlak yang baik. Konsep apitan, pemantauan dan peringatan dari kalangan 20 ibu bapa dan 65 rakan serumah merupakan faktur penampung yang membolehkan proses pembaikan anak-anak yang telah disahkan rosak akhlaknya boleh berlaku di RPWP ini.

Menceritakan kebimbangan tentang gejala sosial yang telah keterlaluan, khususnya di kalangan anak-anak  dewasa ini, beliau menjelaskan semua 20 keluarga pendokong sepakat untuk berusaha keras mewujudkan sampel atau prototaip masyarakat penyayang di kalangan keluarga dan anak-anak sebagai contoh kepada masyarakat dunia. Apa yang ingin ditonjolkan ialah betapa penting menyediakan masyarakat yang selamat untuk menjadi tempat anak-anak bergaul, hidup bekerjasama, tolong menolong dan berkasih sayang, tanpa mengira agama dan warna kulit.

Inilah amalan konsep 1Malaysia yang telah dijadikan prinsip asas oleh RPWP sejak awal penubuhannya. Alhamdulillah konsep 1Malaysia yang diamalkan telah diterima baik oleh masyarakat bukan Melayu. Ini dibuktikan melalui mesej yang diterima, dan komen-komen di facebook, lawatan keluarga, Persatuan, Sekolah-sekolah bukan Melayu bahkan syarikat-syarikat persendirian bukan Melayu ke RPWP atau menjemput RPWP ke tempat mereka.

Anak-anak yang terdidik dengan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang mantap tidak akan mudah terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial, gangguan anasir jahat seperti polemik perkauman, perbezaan agama, perbezaan fahaman politik, pelbagai ajaran sesat dan sebagainya. Generasi yang berilmu dan berprinsip dalam hidup akan sentiasa tenang dan yakin, tidak mudah terpengaruh untuk melakukan keganasan, melakukan demonstrasi, adu domba dan menambahkan kekalutan atau huru hara dalam masyarakat.

Anak Permata Negara

Anak Permata Negara

Beliau turut menampakkan contoh paling ketara dalam majlis itu, bagaimana anak-anak mengikut jejak ibu bapa yang dilihat sentiasa berkorban masa, wang ringgit, bergotong royong seperti sebuah keluarga dalam kerja-kerja kebajikan.

Beliau mengambil contoh seorang anak RPWP yang mewakafkan hadiah kemenangan tempat pertama di Peraduan Seni Khat Seluruh Nusantara anjuran Utusan Malaysia berjumlah RM2000 kepada RPWP baru baru ini. Anak yang sama turut dijemput oleh pihak Utusan mengetuai 4 anak Prihatin dalam pertandingan Agro-Race di Melaka dan memenangi tempat kedua. Sekali lagi mereka berempat sepakat untuk menyerahkan hadiah tunai RM1500 kepada RPWP secara spontan. Kedua-dua contoh ini memberikan kejutan kepada pihak WP, pihak Utusan, pihak Sekolah dan Skill-tech Institute yang menjadi penganjur pertandingan.

 

Sumbangan dan Peranan Kerajaan

Ditanya mengapa tidak meminta peruntukan dari geran kebajikan yang disediakan kerajaan, Dr masjuki menjawab, RPWP harus akur dengan persyaratan kerajaan yang hanya akan mendaftarkan Rumah Kebajikan seumpama ini setelah prasarananya sempurna sedangkan RPWP masih dalam proses pembesaran yang memakan masa agak lama. Walaupun setuju dengan alasan itu, tetamu VIP berpendapat kerajaan, khususnya YAB Perdana Menteri melalui isterinya yang juga penaung PUSPANITA dan Dato’ Seri Shahrizat selaku Menteri yang berkenaan seharusnya dimaklumkan tentang usaha murni dan kejayaan RPWP yang telah dicapai setakat ini. Mereka turut bertekat akan menyampaikan berita ini kepada pihak-pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sumbangan Dihulur Kkepada RPWP

Sumbangan Dihulur Kkepada RPWP

Sebelum majlis berakhir, pihak PUSPANITA turut menyampaikan sumbangan berupa tunai dan Cek dari wakil jabatan-jabatan yang hadir. Semua tetamu yang hadir di jamu dengan makan tengahari ala kampung dan mengambil peluang melawat seluruh kompleks RPWP dalam 2 kumpulan sebelum berangkat pulang.

Kepiluan tidak dapat ditahan apabila ada di kalangan tetamu yang hadir menitiskan airmata semasa lawatan di sekitar kompleks RPWP. Perasaan sayu dan pilu menyelubungi seluruh warga RPWP ketika menyaksikan kepulangan mereka. Jalinan kasih sayang dan kesyahduan tidak dapat digambarkan, khasnya sewaktu melaungkan selawat mengiringi keberangkatan pulang kumpulan terakhir yang menaiki bas jabatan. Dua pegawai keturunan Cina yang turut hadir turut tidak dapat menyembunyikan kepiluan dan berulangkali berjanji untuk datang semula bersama keluarga mereka.

Hanya tuhan saja yang tahu betapa besarnya kegembiraan dan kesyukuran yang terbit dari lawatan ini. Apa pun seperti biasa, sama-sama kita serahkan kepada Allah segala pujian dan menerima hakikat masih banyak yang harus di perbaiki, dari kelemahan peribadi masing-masing. “Tak dapat saya fikir masih ada insan yang sanggup menyerahkan seluruh harta mereka dan berkorban sebegini rupa untuk kerja kebajikan seperti ini..” adalah antara ungkapan yang tidak putus-putus keluar dari bibir beberapa dari kalangan tetamu dan VIP yang hadir.

Lapuran ini tidak sekali-kali akan dapat menggambarkan suasana sebenar sehingga anda melihat sendiri album gambar yang dimuatkan di Facebook WP atau di album gambar web www.prihatin.net.my

Alhamdulillah.

 

WARGA PRIHATIN – prihatin@live.com

Comments (9) Dec 22 2009


Sayang Anak Tangan-tangankan – kaitan dengan Rotan, Tangan & Menangani

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Warga Prihatin – 26 Feb 2009.

Polemik Rotan - Konflik Hukuman Guru & Izin Bapa

Polemik Rotan - Konflik Hukuman Guru & Izin Bapa

Isu anak bersikap kurang ajar, tidak boleh ditegur guru maupun ibu bapa sendiri, juga isu anak ponteng sekolah, kes  lari dari rumah mengikut jantan jalanan tidak mau menerima teguran orang tua sudah menjadi norma yang menjijikkan dalam masyarakat Islam sekarang.

Dalam banyak kes, Ibu bapa sering menangis berhari-hari bila anak gadis suntinya lari mengikut kekasihnya, ibu diherdik bila menegur anak remajanya yang masih dibanggu sekolah untuk berhenti mengambil ganja. Bahkan atas rasa kasihan ibu bapa ini, ada yang sanggup menyimpan anaknya yang menagih dadah dengan segala perbelanjaan ditanggung. Hatta… duit untuk membeli dadah juga diberikan.

Siapa yang perlu ditampar dalam soal kemusnahan moral ini? si anakkah? atau si ibu kah? ataupun si bapa?

Di Rumah Pengasih Warga Prihatin, perkara ini telah ratusan kali dikupas dan hampir berkali-kali seminggu hanya kerana sikap paranoid kami dalam mencegah kemungkaran semasa putiknya baru kelihatan. Biarlah apa orang nak kata bila kita memarahi anak kita bila sudah mula berperangai “gedik” semasa berusia 12 tahun daripada melihat anak gadis kita melahirkan anak luar nikah semasa di tingkatan 3. Atas dasar kasih sayang ini, hukuman rotan ataupun “Fear Motivation” wajar menjadi 1 disiplin pada awalan usia anak-anak.

Zaman moden zaman kerosakan. Mengapa jadi rosak? kerana ibu dan bapa dipandang jahat sekiranya merotan anak, cikgu disekolah pula dikekang undang-undang untuk merotan pelajar. Akibatnya seperti kerosakan akhlak remaja Amerika dan juga British.

Penulis ingin berkongsi pengalaman peribadi di Southampton, England.  Semasa perjalanan pulang dari student centre menuju ke Burgees Road (kira-kira 700 meter perjalanan), penulis dan rakan-rakan dihalang dan disakat secara verbal dan fizikal. Sekitar 5-6 anak-anak remaja lelaki dan perempuan yang bertindik hidung dan telinga dan ber’tatoo’ di lengan dan dada dan seharusnya mereka pada masa itu berada dirumah bersama keluarga atau menelaah pelajaran, sebaliknya menjadi sampah masyarakat.

Sebagai seorang pelawat ketika itu bersama rakan-rakan tempatan yang datang dari Malaysia merasa sangat kurang senang lalu cuba berpatah balik untuk menampar anak-anak kecil ini sebagai pelajaran. Lalu rakan penulis menahan dan berkata, mereka kebal. Undang-undang Britain melindungi mereka sepenuhnya dari dipukul. Hatta sekiranya dipukul kerana memukul, si pemukul tadi tetap salah sekiranya yang dipukulnya itu ialah anak-anak ini. Kesudahannya, generasi porak peranda. Mereka juga mempunyai kadar ibu muda bawah umur tertinggi dunia.

Pelajarannya, tangani lah anak-anak sejak dari kecil lagi. Rotan dan kesakitan akan membentuk rasa malu dan juga membentuk pendirian anak-anak tentang ketegasan kita dalam pencegahan kebatilan. Mengikut bancian, 18 dari 20 orang yg ditanya tidak pernah merotan anak mereka. Adakah kita masih belum dapat melihat mengapa zaman dahulu kita terbentuk dengan tindakan rotan oleh ibu bapa kita dahulu, dan tak nampakkah kita bagaimana jutaan ibu bapa yang KASIHAN dengan anak mereka dan bertindak tidak merotan tetapi mengabaikan KASIH SAYANG mereka akhirnya merana akibat dari gejala sosial anak sendiri?

Hasil kajian menunjukkan Allah telah menetapkan sedikit elemen kesakitan dalam menimbulkan ‘fear motivation’ dan mengimbangi ‘reward motivation’ bagi menangani masalah kebejatan moral anak-anak. Rotan telah ditetapkan dalam Islam bermula pada umur 10 tahun, di mana dari kecil anak-anak harus di didik melalui nasihat agar mereka faham apa yang disuruh dan apa yang dilarang. Menggunakan rotan merupakan satu kaedah yang selamat, tidak akan mencederakan anak sehingga boleh membunuh. Ia sekadar menerbitkan rasa perit dan sakit agar merasa sedar dan serik. Ini kerana sekuat mana pun hayunan rotan itu, ia akan diserap (absorb) oleh rotan tersebut, ini berbeza sekali bila kita menggunakan tangan, penumbuk, penendang dan sebagainya.

Malangnya, akibat dari kedegilan kita tidak mahu menggunakan rotan, anak akan menjadi terlalu degil dan banyak kes menjadikan kita hilang sabar. Kasih sayang yg kita semai sejak anak itu kecil tadi hilang serta merta dan mulalah kita menggunakan TANGAN, KAKI dan kadang-kadang menggunakan senjata dan objek keras sehingga menyebabkan kecederaan sirius dan mampu membunuh anak itu. Kesimpulannya, anak-anak kita sentiasa terdedah kepada masalah akhlak yang perlu ditangani. Tanganilah ia dengan rotan, jangan dengan tangan kasar (bare hand).

Peribahasa mengatakan, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Tidak timbul peribahasa nukilan generasi purba ini sekiranya tiada sebab yang kuat. Fikir-Fikirkanlah, lenturlah buluh dari rebungnya.

WARGA PRIHATIN.

 

Petikan dari theborneopost & ulasan blogger http://masdarwahid.blogspot.com??ini mungkin mampu memberi sedikit gambaran:

Rotan – Sistem Pembiakan Pelajar Wanita Terganggu?

theborneopostTuesday, May 12, 2009

Rotan sekecil ini tidak akan membunuh.

Rotan sekecil ini tidak akan membunuh.

Polemik samada tidak wajar atau wajar pelajar wanita dirotan, menjadi perbualan hangat khususnya guru-guru dan ibu bapa di Sarawak minggu ini. dalam keadaan guru di negeri itu kurang bersetuju, ibu bapa pula sebaliknya apabila majoriti berpendapat kelakuan pelajar wanita kini lebih teruk malah dalam keadaan tertentu lebih bermasalah berbanding lelaki. Bagi penulis, jika ibu bapa sudah bersetuju, mengapa tidak dilaksanakan sahaja perkara itu memandangkan tahap disiplin pelajar kini amat sukar dikawal dan jauh lebih dahsyat sehingga mencabar kesabaran guru yang pastintya dibebani dengan pelbagai tugas.

Tindakan sekumpulan pelajar di Sarawak yang membuli rakan dan disiarkan di You Tube beberapa minggu lalu wajar diberi perhatian sewajarnya.

Tambahan pula peningkatan pelajar wanita yang merokok menguatkan lagi hujah bahawa rotan wajar dilaksanak segera tanpa membataskan kepada jantina.

apa yang penting,kebijaksanaan guru melaksanakan kaedah rotan itu.

KUCHING: Ada alasan tertentu di sebalik isu mengapa pelajar perempuan tidak dikenakan hukuman rotan jika didapati melanggar peraturan sekolah.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah yang menjelaskan perkara itu berkata, hukuman rotan dikhuatiri mungkin memberi kesan terhadap sistem pembiakan perempuan.

Comments (35) Feb 26 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 142

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress