27 Disember 2009 by Warga Prihatin - 103 photos
(Klik untuk melihat foto album)
27 Disember 2009 mencatat sejarah bilamana 2 pasang anak-anak Warga Prihatin di tunangkan secara rasminya. Majlis yang ringkas tetapi meriah dan penuh warna warni itu di daulatkan dengan kehadiran kesemua Warga Prihatin dan anak-anak dengan pakaian seragam rasmi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat, ucapan nasihat oleh beberapa ayah dan ibu dari kalangan Warga Prihatin, di ikuti dengan upacara menyarung cincin dan ucapan nasihat oleh ayahanda Dr Hj Masjuki sendiri.
Di antara sebab pertunangan dilaksanakan seawal umur 17 tahun bagi pasangan gadis ini dengan pasangan lelaki berumur 19 dan 20an ialah kerana ingin mengelakkan gejala sosial yang semakin membimbangkan. Pasangan ini diberikan pelbagai nasihat agar tidak mencemarkan nama baik agama, bangsa dan negara melalui aktiviti maksiat sepertimana yang sedang berleluasa sekarang.
Di antara keunikan upacara ini ialah di mana budaya jodoh pertemuan di tangan pengatur diamalkan semula. Anak-anak ini dijodohkan oleh para ibu bapa mengikut kesesuaian umur dan perwatakan masing-masing. Mereka tidak dibolehkan menghubungi pasangannya secara lansung, sekalipun melalui sms. Mereka hanya boleh menghubungi pasangan mrk melalui handfone ibu masing-masing.
Pasangan ini tidak dibebani dengan hantaran yang menggunung dan segala macam bebanan perkahwinan, kerana semuanya akan di uruskan oleh Warga Prihatin. Tempoh pertunangan tidak di tetapkan, bahkan mereka boleh memohon untuk melansungkan perkahwinan apabila kesemua yang terlibat telah siap sedia untuk berbuat demikian tanpa sekatan. Mereka diberi peluang untuk mempelajari pelbagai ilmu untuk menjadi suami, bapa atau isteri dan ibu yang baik. Mengenali pasangan masing-masing dan mencari jalan untuk memperbaiki tabiat masing-masing di mana perlu.
Alhamdulillah, berkat didikan Warga Prihatin, kesemua pasangan ini akur dan kelihatan gembira dengan apa yang diaturkan oleh para pengatur di RPWP. Suasana redo dan puashati jelas tergambar dari wajah semua yang hadir di foto-foto yang dirakam sepanjang majlis itu.
Semuga kaedah ini dapat mengembalikan martabat agama, adat bangsa dan mampu melahirkan generasi yang taat dan berilmu di masa akan datang, Insyaallah.
WARGA PRIHATIN.
Location: RPWP
Created December 30, 2009








