Berita Terkini Kecemerlangan Yang Menyeluruh Anak Didik Warga Prihatin

Posted: November 19th, 2009 under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Mesej Admin, Pendidikan.
Tags: ,

Khamis – 19 November 2009

Untuk menyemarakkan lagi semangat anak-anak dan menjadi dorongan kepada yang lain, Warga Prihatin (WP) ingin berkongsi berita gembira tentang peningkatan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang baru diterima sepanjang hari ini.

Anakanda Nur Hani Masjuki

Nur Hani Masjuki

Anakanda Nur Hani Bte Masjuki terus mengekalkan tempat pertama dalam darjah dan keseluruhan Tahun-4 Sekolah Rendah Leftenan Adnan, Sg Ramal dengan menjadi pelajar terbaik matapelajaran matamatik dan Agama islam.  Tidak seperti tahun lalu yang mana beliau menduduki tempat pertama, tahun ini beliau mendapat tempat ke tiga keseluruhan Kelas 4, Sekolah Agama Rahmaniah, dikalahkan oleh pesaingnya dengan hanya perbezaan 0.5 markah sahaja dari tempat pertama (95.5 dan beliau 95.0 markah). Beliau turut menjadi pelajar terbaik Matapelajaran Bahasa Arab. Anakanda Nurhani turut memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pidato 1-Malaysia baru baru ini.

 

Eisya Bt Mohd Nazir Eisya Bt Mohd Nazir

Anakanda Eisya Bt Mohd Nazir pula diberitakan  berjaya mempertahankan kedudukan pertama dalam Kelasnya dan kekal sebagai pelajar terbaik mata pelajaran Bahasa malaysia. Beliau turut cemerlang dengan mempertahankan kedudukan pertama nya di Sek Agama .

Aziq Amri Bin Baharudin

Aziq Amri Bin Baharudin

 

Anakanda Aziq Amri Bin Baharudin diberitakan mendapat tempat pertama dalam Kelas dan Keseluruhan Aliran Tahun 2. Beliau juga mendapat tempat terbaik dalam Subjek Pemahaman dan matematik.

 

 

 

Nur Amira bt Baharudin

Nur Amira bt Baharudin

Sementara itu, Anakanda Nur Amira bt Baharudin telah diberitakan mendapat tempat terbaik dalam matapelajaran Agama Tahun 5.

Dalam usaha berterusan menangani masalah kelemahan semangat dan memperbaiki akhlak anak-anak, Warga Prihatin turut berjaya memperbaiki ketertinggalan pencapaian akademik ramai anak-anak sehingga masing-masing berjaya mencapai keputusan yang jauh lebih baik dan membanggakan.

 

 

Anakanda Khairunnisa fatini Bte Khairuddin   Khairunnisa fatini Bte Khairuddin

 

Anakanda Khairunnisa fatini Bte Khairuddin yang sekian lama hanya mampu menggarap pangkat B dalam hampir semua matapelajaran telah berjaya dengan 4A, 1B dalam keputusan UPSR pagi ini.

 

  

Nik Mohd Kharraz

Nik Mohd Kharraz

 

Demikian juga Anakanda Nik Mohammad Kharraz Nik Mat yang tidak begitu menyerlah sebelumnya telah mampu mendapat keputusan 3A 2B dalam UPSR.

 

 

 

 

Nur Affifah

Nur Affifah

 

Anakanda Nur Affifah Bte Rosli yang sering gagal dalam hampir semua mata pelajaran sebelumnya berjaya menunjukkan peningkatan melalui keputusan 1A 2B 1C dalam keputusan UPSR pagi tadi. 

 

Alexander Khalifah (Alif) Bin Khalinan

Alexander Khalifah (Alif) Bin Khalinan

Bermula dari peringkat tadika, pencapaian kedua-dua anak didik Warga Prihatin, anakanda Alexander Khalifah (Alif) Bin Khalinan berjaya mendapat tempat pertama dan  Anakanda Abu Rijal Masjuki di tempat ketiga, Peringkat Pra Sekolah di Tadika Kemas, Sg Ramal Luar, Kajang. Sementara itu, Anakanda Nur Adina bt Baharudin pula diberitakan telah memenangi Anugerah Membaca Bahasa Inggeris terbaik Peringkat Negeri, Tarian Tradisional Melayu tempat ke.3 dan Hasil kerja murid terbaik pra sekolah.

  

Anakanda Abu Rijal Masjuki

Anakanda Abu Rijal Masjuki

Anakanda Nur Adina bt Baharudin

Anakanda Nur Adina bt Baharudin

Sesungguhnya, tidaklah pencapaian akademik itu yang ingin terlalu dibanggakan. Namun tidak lansung mensyukuri peningkatan pencapaian anak-anak adalah menjadikan kita disifatkan sebagai kufur nikmat. Apa yang terus menjadikan kami warga yang amat bersyukur ialah apabila sentiasa mendapat salam takzim dari pihak sekolah bahawa anak-anak Warga Prihatin sering menjadi icon di sekolah dari segi akhlak, jatidiri dan budipekerti, khususnya anak-anak perempuan.

 

 

Dengan penuh kesyukuran, kami kembalikan segala rahmat dari pencapaian ini kepada Allah swt dengan lafaz – ALHAMDULILLAHI ROBBIL AALAAMIIN.



5 Comments »

  1. Syukur Alhamdulillah. Tahniah dan syabas buat seluruh warga prihatin. Semoga semua pencapaian akan menjadi pendorong utk terus maju… Amin…

    Comment by roslina — November 20, 2009 @ 9:12 AM

  2. Love you all anak2ku…anak2 prihatin..

    Comment by Imz — November 20, 2009 @ 10:00 AM

  3. Suykur alhamdulillah.. Tahniah kepada semua WP khususnya kepada anak-anak kerana mencapai prestasi yang membanggakan. Teruskan usaha anda agar lebih berjaya dimasa hadapan.Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.Usaha .. dan usaha lagi..AMIN…

    Comment by ztyz — November 20, 2009 @ 6:26 PM

  4. Sahsiah diutamakan. Sejuk mata memandang. Bertuah ibu mengandung.

    Comment by awang — November 22, 2009 @ 11:21 PM

  5. Muga Kak Hani menjdi pemidato yg disegani di nusantara seperti Abang Utih yg di segani di nusantara dgn tulisan khatnya

    Comment by awang — November 22, 2009 @ 11:23 PM

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment




>

Login






Lost password?

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 140

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress