November 19 at 12:02pm
Debaran pelajar dan ibubapa tentang keputusan UPSR telah berakhir. Hari ini merupakan hari mengutip hasil, setelah 6 tahun ibubapa dan guru2 menyiram pelbagai corak baja kepada anak2. Hari ini ada ramai pelajar yang tersenyum, ramai juga yang bermuka masam. . Ianya bergantung kepada amal usaha yang telah dilakukan sebelum ini. Yang banyak usaha dan belajar bersungguh2 dengan kaedah yang tepat akan berseri2 muka kerana dapat keputusan yang cemerlang, dan begitulah sebaliknya.
Anakanda Harith Hakim bin Awang, calon tunggal anak didik Warga Prihatin yang menerima bimbingan jarak jauh, bersekolah di Sek Ren Keb Raja Bahar, Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang yang mendapat jolokan Serambi Mekah telah berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR yang telah diumumkan.
Semestinya ini menjadi satu lagi kebanggaan Warga Prihatin yang telah mendidiknya sekian lama. Alhamdulillah, kami kembalikan segala pujian bagi Allah, semuga ditambahkan lagi kurnia kasih sayang dan rahmatNya untuk kejayaan yang seterusnya.
Sebagai anak didik yang tinggal berjauhan, tidak menetap di Rumah Pengasih, pendidikan terhadap Harith dilakukan dengan cara yang agak berbeza dari anak2 warga Prihatin yang lain, iaitu dengan menggunakan teknologi terkini telesidang Skype dan juga YM secara online.
Bila ditanya tentang rahsia kejayaan, beliau yang menunjukkan rasa amat bersyukur pada Allah mengatakan kejayaan yang dicapai adalah berkat hasil usaha yang berterusan yang telah dijalankan disamping cetusan keramat dari ibu dan bapa Warga Prihatin.
Beliau memutuskan untuk berpindah ke Rumah Prihatin di Kajang hujung tahun ini untuk menjadi Anak Prihatin sepenuh masa bagi meneruskan persekolahan dan mendapat bimbingan terus dari ibu2 dan bapa2 di Rumah Pengasih Warga Prihatin mulai sessi 2010 bersama-sama anak2 yang lain. Ditanya kenapa tidak meneruskan pengajian di sekolah berasrama yang lain jika ditawarkan, beliau menjawab sebagai anak, dia mesti taat dan redho dengan aturan yang telah dibuat oleh bapanya, sambil merujuk kepada ketandusan sahsiah dan cabaran gejala sosial yang sangat berat di persekitaran luar.
Harith, merupakan Penolong Ketua Pengawas sekolah bagi sessi 2009. Selain cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan telah dinobatkan dengan anugerah khas iaitu sebagai Olahragawan Sekolah Tahun 2009. Beliau amat aktif bersukan dan merupakan kapten pasukan bolasepak sekolah. Mula mewakili sekolah dalam bolasepak sejak darjah lima lagi. Selain aktif bersukan beliau juga memegang jawatan penting seperti menjadi Timbalan Pengerusi Persatuan Kadet Remaja Sekolah, AJK Persatuan Islam dan lain2.
Akhir sekali, kejayaan yang dicapai merupakan satu perangsang untuk menempuh kejayaan yang akan datang berdasarkan konsep berakit2 ke hulu berenang2 ketepian, bersusah2 belajar dahulu barulah datang kejayaan. Beliau berazam akan meneruskan usaha bersungguh2 tanpa mengenal erti letih, jemu, putus asa dan pantang menyerah di samping taat dan berbakti kepada ibubapa dan guru.
Alhamdulillah – WARGA PRIHATIN







Tahniah dan syabas buat adik Harith Hakimi bin Awang, tingkatkan lagi usaha..
Buat saudara Awang dan Isteri, Tahniah juga diucapkan.
Alhamdulillah..
Comment by M.Nazir — November 19, 2009 @ 2:55 PM
Alhamdulillah. Tak habis habis memuj syukur.
Comment by admin — November 19, 2009 @ 2:57 PM
Tahniah abang awang
– huzir sekeluarga
Comment by huziromar — November 19, 2009 @ 4:29 PM
Tahniah buat anakanda Harith, teruskan usaha untuk memperoleh kecemerlangan… juga tahniah kpd En Awang dan Pn Ina. Syukur Alhamdulillah
Comment by roslina — November 20, 2009 @ 9:00 AM
Alhamdulillah. Terasa diri macam glamour la pulakkk sebab muka sendiri yang terpampang, biasanya komen orang lain je. Tq special pada admin prihatin yg bertungkus lumus siang malam menyiarkan info. Saya & kami bersyukur pada Tuhan kerana memberi nikmat kejayaan akademik pada anak2 kita. Kecemerlangan PASTI tidak datang bergolek tapi perlu digolek dengan mengikuti takwim yg ditetapkan oleh ibubapa & guru.
Comment by awang — December 1, 2009 @ 7:39 PM
Juga memerlukan strategi bersesuaian dengan masa dan keadaan yang bermula dengan sebuah doa yang jelas.
Comment by awang — December 1, 2009 @ 7:41 PM
Alhamdulillah. Tahniah Awe and Hakim, tingkatkan usaha…nanti akan lebih berjaya.
Comment by Nan — December 24, 2009 @ 9:41 PM
Ini email dr gurubesar SKRB Pn Shahrany
From:
Shahrany Yusoff [Chat now]
…
View Contact
To: awang abdullah
Terima kasih, Sekalung tahniah untuk anak tuan.!!!!! Alhamdullillah setakat saya di sini, graf pencapaian tu masih menaik. Tolong doakan untuk tahun ni pula sebab saya dah set untuk create the impossible to possible, ie 30 org dan peratus lulus semua mata pelajaran 80%. My dream is big … tapi tak taulah kot tak cukup kudrat. Untuk cemerlangkan sekolah saya kena cemerlangkan guru saya, murid saya serta ibubapa murid saya. Nak kena fokoskan mereka dari segi attitude, skill dan knowledge. Hu hu hu beratnyaaa rasa. !! Kalau semua ibubapa macam tuan kan bagus. I need support. …
Comment by awang — January 4, 2010 @ 9:36 AM