
by Warga Prihatin – Mei 23, 2010
12 photos
Alhamdulillah, seorang lagi anak Warga Prihatin berjaya melayakkan diri ke menara gading setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang tahun lepas. Miza merupakan salah seorang anak WP yang sangat aktif dalam mendidik dan membantu adik-adik WP untuk cemerlang akhlak dan akademiknya.
Kami di RPWP sempat menjalankan tradisi untuk membuat kutipan ikhlas dari setiap ahli WP. Sama seperti halnya semasa Tunku Abdul Rahman semasa almarhum hendak ke London untuk berunding tentang kemerdekaan tanah Melayu. Kami di RPWP mengiringi doa kepada anakanada Miza yang bakal meneruskan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam program ijazah undang-undang.
Dalam tradisi ini juga, RPWP mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Colours of Asia Sdn Bhd yang memiliki jenama CandidSyndrome, Lifeiscanvas.com, Bighostingcompany dan juga Saiful Nang Academy of Photography (SNAP) yang sudi menawarkan tajaan kepada anakanda kami.
Kepada anakanda Miza, jadilah seorang mahasiswi yang cemerlang aqidah dan akademiknya dan boleh menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada yang lain.
Doa dan restu kami untuk kamu.
Warga Prihatin






