Buku khas ‘Falsafah di sebalik Rumah Pengasih Warga Prihatin’

Posted: under Pendidikan.

Buku khas ‘Falsafah di sebalik Rumah Pengasih Warga Prihatin’ insyaAllah siap untuk di baca dan dikongsikan bersama keluarga dan sahabat handai yang mempunyai sifat ‘ingin tahu’ yang mendalam.

Terima kasih tidak terhingga kepada ‘Three Cube Concept’ dan seluruh kru designer mereka yang bekerja keras menyedia dan menyiapkan design yang cantik untuk buku 20 m/s tersebut.

Comments (0) May 14 2010


Latest Update Tentatif Prog ‘Hari Ibu Terbuka’ Esok, 15 May 2010

Posted: under Pendidikan.

Backdrop terkini.

Backdrop terkini.

14 May 2010.

1. Sastrawan Negara  Datuk A. Samad Said telah mengesahkan akan hadir pada majlis penutup dengan puisi khusus untuk ibu dari beliau. Terima kasih “Bapak” sudi terima jemputan kami.

Ybhg Datuk A. Samad Said

Ybhg Datuk A. Samad Said

2. Jualan amal akan menyediakan Buku puisi Khas koleksi ’sajak ibu’ Datuk A. Samad Said untuk  turut di jual dengan potongan 35% dari harga kedai dan yang penting peluang untuk mendapatkan ’signature’ beliau secara bersemuka dalam majlis itu di atas buku yang kita beli.

3. Selain Pameran Kesihatan, Kementerian Kesihatan turut bermurah hati untuk mengadakan peperiksaan dan rawatan gigi secara percuma sepanjang program derma darah.

4. Buku khas ‘Falsafah di sebalik Rumah Pengasih Warga Prihatin’ insyaAllah siap untuk di baca dan dikongsikan bersama keluarga dan sahabat handai yang mempunyai sifat ‘ingin tahu’ yang mendalam. Terima kasih tidak terhingga kepada ‘Three Cube Concept’ dan seluruh kru designer mereka yang bekerja keras menyedia dan menyiapkan design yang cantik untuk buku 20 m/s tersebut.

5. Beberapa VIP termasuk ADUN Kawasan Bangi, Datuk Dr Ujang Bagong dan lain-lain telah mengesahkan kehadiran untuk bersama kita meraikan Ibu, Bapa khususnya dari kalangan Warga Emas.

6. Bawa ‘pendrive’ atau portable Hardisk anda jika ingin ‘copy files’ lebih 300 video Warga Prihatin yang diminati, samada dalam bentuk .flv, .avi atau .mpg. Dengan format .mpg kami, anda boleh mainkan terus di pemain DVD menggunakan pen drive. Manfaatkan bait nasihat yang terkandung dalam kesemua video2 itu.

7. Ada yang bertanya, berapa bayaran perlu dibayar untuk tahlil arwah ibu bapa dan doa selamat bagi yang masih hidup, berapa harga bayaran ‘Selempang Kasih’ untuk mereka hadiahkan pd Ibu di hari itu.

- Sepertimana biasa, WP tidak meminta bayaran, jauh sekali untuk menentukan harga. Jika apa yang WP usahakan dirasakan bermakna dan berharga, sumbangkanlah mengikut keikhlasan yang di ukur atas kemampuan. Nilai kasih tiada harganya. Sekalipun anda tidak mampu, jangan sia siakan peluang ini demi ibu anda hanya kerana kita tidak mampu.

- Ramai yang ingin berbuat demikian tidak dapat melalukannya kerana ibu bapa telah tiada. Kami harap anda faham maksudnya.

Comments (0) May 14 2010


Tentatif Program “Hari Ibu Terbuka”&”Anugerah kasih” – Poster Terkini

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , ,

Jemputan Khas untuk Warga Facebook dan Pengunjung Web Prihatin

Jemputan Khas untuk Warga Facebook dan Pengunjung Web Prihatin

(Sila klik dua kali gambar untuk melihat imej besar.)

Gambar poster untuk banner ini akan memberikan gambaran lebih jelas tentang pengisian program sehari, “Hari Ibu Terbuka”, “Majlis Anugerah Kasih” dan “Derma Darah” Sabtu, 15 Mei 2010 nanti.

Ramai-ramai kita berhimpun bersama para ibu, bapa Warga EMAS di Rumah Pengasih dan beri mereka penghurmatan khas untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita.

“Selempang Kasih” disediakan sebagai tanda penghurmatan kepada mereka. Sila inbox DrMas Dua atau email, sms di maklumat yg diberikan jika anda ingin ayah ibu anda turut serta. Begitu juga kiranya anda ingin turut serta menderma darah pada hari itu.

Sila hebahkan dan bawa seramai mungkin insan bernama ‘ibu’ dan ‘ayah’, khasnya di kalangan warga Emas ke RPWP, kita nobatkan dan raikan mereka bersama sama.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) May 10 2010





>

Login






Lost password?

Calendar

May 2010
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 117

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress