Pelajar UKM Berbagai Bangsa Ikut Bergotong-royong Bersama WP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , , ,

Ahad 29 Mac 2010 – WARGA PRIHATIN.

Program Kerja Gotong Royong hujung minggu Warga Prihatin hari Ahad 29 Mac 2010 kelmarin turut diserikan dengan kehadiran hampir 30 pelajar Pengajian Perhubungan Awam dari UKM.

Pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum, Melayu, India dan Cina serta dari Malaysia dan Indonesia itu dibahagikan kepada kumpulan Lelaki dan perempuan. Program di atur mengikut jadual kerja hujung minggu Warga Prihatin seperti biasa iaitu kerja membersih dan membina bagi kaum lelaki dan program memasak dan mengajar anak-anak bagi kaum wanita.

Saudara Choy, rakan prihatin dari Fan Facebook Warga Prihatin yang telah bersama-sama sejak malam kerana mengikuti program Pidato Hujung Minggu turut bergotong royong sama sepanjang hari. Dengan adanya Choy, beliau dapat juga melayan pelajar bukan Melayu kerana beliau sudah agak biasa dengan suasana dan tabiat Warga Prihatin di RPWP ini.

Selepas makan tengahari dan solat Zuhur, mereka dihadiri oleh Pensyarah yang manja dengan gelaran Prof Syed untuk menyempurnakan Majlis Perasmian di dewan. Majlis turut diserikan dengan persembahan teater, nyanyian dan bercerita oleh anak-anak Warga Prihatin.

Seluruh Warga Prihatin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pengarah Program, para pelajar yang turut serta juga Prof Syed, Pensyarah pengiring yang telah sudi melakukan program yang bermakna itu di RPWP.

Segala puji bagi Allah jua – Alhamdulillah.

Comments (0) Mar 29 2010


Deraf Bercerita Anak Prihatin bertajuk “Tahun dukacita nabi Muhammad s.a.w.”

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Rencana.
Tags: , , , ,

Saturday, March 27, 2010 at 1:56pm
Program pidato mingguan malam ini disentuh dengan penceritaan Sirah Nabi yang membuatkan ramai anak anak dan Warga Prihatin menitiskan air mata. sila ikuti deraf kisah tersebut.
Anakanda Nurhani – Terkenal dengan kesungguhan dalam akademik dan kokurikulum. Sering mendeklamasikan sajak dan poem yang mampu menyentuh jiwa pendengar.

Auzubillahiminasyaitonirrojiim. Bismillahirrohmaanirrohiim, Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yg arif lagi bijaksana, guru-guru serta hadirin hadirat yg saya hurmati sekalian. Sebelum saya mulakan cerita, izinkan saya menyampaikan pantun pembuka kata,

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan tuhan
Tiada siapa dapat menduga…

Ya, kawan2, tajuk cerita saya hari ini ialah: “Tahun dukacita nabi Muhammad s.a.w.”

Sahabat sekalian.
Pada tahun ke 10 kenabian Rasulullah s.a.w, – di saat baginda tertekan dengan bekalan harta yg telah habis, menderita kemiskinan dan dipulau oleh kaum Quraisy, baginda dikejutkan pula dengan wafatnya bapa saudara baginda.

Ya kawan-kawan, beliau ialah Abu Tolib bin Abdul Muttalib yang sentiasa menjadi perisai melindungi baginda dengan kuasa dan pengaruhnya selaku seorang pembesar Quraisy yang bertaraf menteri. Beliau wafat pada usia 87 tahun.

Di saat itu, Baginda menangis bukan menyesali pemergian Abu Tolib, tetapi sedih kerana gagal meng’iman’kan bapa saudara tercinta, yang begitu banyak berjasa. Sepertimana doa Nabi Ibrahim terhadap bapanya, begitulah ditolak Allah permohonan ampun baginda terhadap bapa saudara tercinta, yang gagal beriman hingga hujung hayatnya.

Ya kawan-kawan. Jika permohonan ampun yang dipohon sendiri oleh baginda untuk bapa saudara tercinta yang banyak berjasa pun ditolak, bagaimana halnya dengan kita semua yang belum jelas berjasa kepada baginda dan agama Allah ini? Bayangkanlah..!

Rakan-rakan sekalian,
Sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya 1 bulan 5 hari selepas kewafatan Abu Tolib, wafat pula isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah, pada usia 65 tahun.

Kawan-kawan nak tau tak siapakah Khadijah di sisi Rasulullah?
(tarik respond jawapan dari audien – sampai dapat jawapan)

Siti Khadijah,.. Namamu indah…
Uswah hasanah.. tauladan Muslimah
Serikandi pertama… waktu Islam bermula
Kaulah lambang cinta… isteri sejati
Kau korbankan hartamu… tidak berbaki

Siti khadijah.. wanita berhemah
Rasul keseorangan… engkaulah teman
Baginda tersisih… engkau tetap memilih
Baginda dicaci…, engkau tetap menyintai
Pemergianmu di tangisi… tiada pengganti

Alangkah bahagia… beristerikan Khadijah
Agung jasamu… di persada sejarah
Membantu dakwah… baginda Rasulullah
Berbahagialah Khadijah… di sisi Allah.

Ya hadirin sekalian,
Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat disayangi baginda. Walaupun usianya 15 tahun lebih tua, namun beliaulah satu-satunya isteri yang melahirkan 6 orang putera-puteri baginda. Ini tidak berlaku pada isteri-isteri baginda yang lain walaupun umur mereka jauh lebih muda. Ini bukti betapa intim-nya baginda terhadap beliau sehingga berulang kali baginda nyatakan yang kehilangan kasih Khadijah tidak pernah berganti.

Lebih menyayat hati apabila saya membaca riwayat di saat maut menghampirinya, Siti Khadijah bekas hartawan ini berkata dengan nada penuh tulus kepada baginda. “Wahai Rasulullah.. hartaku telah tiada, telah habis ku labur untuk dakwah mu, namun kalaulah batang tubuhku ini boleh dikau jadikan jembatan untuk menyambung dakwahmu, akan ku relakan juga wahai suami ku…”

Ya Allah, betapa mulianya Siti Khadijah bte Khawailid, seorang isteri yang setia dan tulus, mujahidah ke jalan Allah.

Sidang hadirin sekalian,
Ibnu Ishak meriwayatkan setelah kedua-dua insan ini meninggal dunia, pihak Quraisy lebih berani mengancam Rasulullah dengan berbagai penyiksaan yang belum pernah di alami sebelumnya. Malah golongan bawahan pun berani menabur pasir dan selut ke atas kepala Rasulullah. Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah pernah diludah dan dibaling najis. Pernah ketika membantu membasuh kepala baginda salah seorang puterinya menangis terisak-isak kesedihan mengenangkan nasib baginda.

SETERUSNYA KAWAN2, demi melarikan diri dari dugaan itu, baginda cuba keluar berdakwah ke To’if, sebuah daerah yang mana baginda tidak dikenali, dengan harapan penduduk di sana akan menyahut seruan Baginda. Malangnya baginda malah menghadapi tentangan yang lebih pahit lagi.

Peribadi yang bergelar ‘al-Amin’ (ibarat Tan Seri) dan jasa baginda yang pernah menjadi Ketua Pertubuhan jihad bernama ‘Hizbul Fudhul’, Komanden ‘Perang Fijar’, pegawai pemegang ‘kunci Kaabah’ serta bersifat sebagai ‘Jaksa Pendamai’ di Mekah lansung tidak diambil kira oleh penduduk To’if ketika mereka menyiksa baginda. Dakwah baginda ditolak mentah-mentah sahingga dikatakan baginda sebagai ‘orang gila’. dicaci, dimaki bahkan dibaling batu, hingga patah gigi dan berdarah di dahi.

Alangkah malangnya baginda. Sedih tak? – (dapatkan jawapan audien)

Selepas kematian dua insan yang dikasihi itu, tiada lagi penduduk Mekah pengikut Abu Jahal yang mahu beriman dan mendengar seruannya. semua laluan dan pintu dakwah tersekat. Itulah yang menyebabkan baginda berdukacita lalu menamakan tahun itu ‘Tahun perkabungan dan dukacita’.

Akhirnya ancaman terhadap baginda memuncak sehingga Abu Jahal yang juga bapa saudara baginda memerintahkan hukuman bunuh terhadap Baginda. Pada satu malam Rumah baginda dikepung, memaksa baginda melarikan diri bersembunyi tiga hari di gua Thur sebelum melarikan diri ke Yathrib dengan pertolongan Allah bersama sahabat Abu Bakar as-siddiq. Sayidina Ali r.a. sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan tidur di tempat tidur baginda pada malam itu.

Hadirin sekalian,
Perjuangan jihad tetap akan menempuh cabaran yang sangat perit. Ini telah Allah nyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 214 yang berbunyi…

Ertinya : Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah ?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Subhanallah, banyak sekali hikmah yang boleh kita pelajari dari sirah ini, betul tak..?

(tanya audien dgn tegas, sampai mereka jawab dgn jelas)

Di antara pelajaran yang sempat saya nyatakan ialah,

1. Rasulullah bukan menyesali pemergian dua insan tersayang, tetapi lebih menangisi kegagalan meng’iman’kan bapa saudara baginda, dan keengganan penduduk Mekah untuk beriman selepas kematian mereka.
2. Baginda bukan menangis atau berdendam kerana disakiti, tapi kasihan atas dosa pelaku yang jahil dan sedih kerana gagal menyampaikan wahyu Allah.
3. Perjuangan dakwah tidak boleh lepas dari melalui pelbagai cabaran.
4. Selain kekuatan ‘akidah’ dan ‘risalah’, kekuatan ekonomi dan pengaruh politik memainkan peranan penting dalam usaha dakwah.
5. Kejayaan perjuangan dakwah baginda walaupun kehilangan bantuan dari insan-insan tersayang membuktikan kuasa Allah untuk meyakinkan pendakwah agar sentiasa bertawakal kepadaNya, walau apapun ujian yang diterima.
6. Berdakwah tidak boleh sendirian, ia memerlukan sokongan para sahabat yang sehati sejiwa dan sehidup semati.
7. Peranan isteri tersangat penting dalam membantu kelancaran usaha dakwah.
8. Faktur umur dan harta bukan menjadi halangan untuk membina sebuah keluarga bahgia dan kekal abadi.
9. Sayidatina Khadijah adalah contoh isteri terbaik – tidak memilih dan menyayangi suami kerana hartanya, bahkan sanggup pula mengorbankan seluruh harta peribadinya demi membantu suami tersayang.
10.Rasulullah contoh suami terbaik – tidak menyayangi isteri kerana umur, kecantikan dan hartanya. Walaupun Khadijah berusia 15 tahun lebih tua, bahkan setelah beliau meninggal dunia, kasih baginda tidak berubah.

YA RAKAN RAKAN SEKALIAN.
Nampaknya masa mencemburui kita, oleh itu izinkan saya mengundur diri. Semuga kita dapat mengutip mutiara berharga dari sirah yang telah saya sampaikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu dari hidayah Allah, yg buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Wabillahitaufik wal hidayah, Walhamdulillahi Robbil’Aalamin.
Wassalamualaikum w.b.t.

Comments (0) Mar 27 2010


Perbezaan Kaum Dan Agama Tidak Menghalang Penerapan Kasih Sayang

Posted: under Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , ,

16 Mac 2010

Petang INI menyaksikan satu perbincangan panjang lebar tentang Kasih dan Pengasih (Love and Loving) antara wakil RPWP Puan Werda (Mak Long) dengan Keluarga dan Rakan-rakan En Maharaaj dan Puan Isma.

Sejurus sebelumnya, RPWP turut dihadiri oleh Pelajar UPM untuk melanjutkan perbincangan tentang Konsep Kasih sambil meminta salinan penuh video perbincangan yang sangat diperlukan untuk meneliti bait-bait perbincangan. Menurut En. Maharaaj, konsep Rumah Pengasih yang di usahakan oleh RPWP ini adalah satu yang sangat unik dan menjanjikan impak keamanan sejagat yang sangat tinggi.

Beliau yang turut berkongsi pengalaman panjang lebar dengan konsep Kasih yang beliau lihat dilakukan oleh penganut agama Hindu di Bali turut bersetuju dengan perkongsian matalamat yang dinyatakan oleh RPWP bahawa hanya perlaksanaan konsep Kasih Sayang yang mendalam sahaja yang mampu menyatupadukan umat manusia dan mencegah segala macam gejala sosial dan jenayah.

Sementara itu, pelajar UPM yang singgah di gereja Kristian di Sg Chua sebelum datang semula ke RPWP turut mengajukan hasil kajian yg sama dari Padri Kristian yg ditemui itu.

Alhamdulillah. Terbukti apa yang diusahakan oleh WP merupakan satu yang amat diterima umum dan bersifat fitrah semula jadi keperluan kehidupan manusia.

WARGA PRIHATIN.

Comments (0) Mar 16 2010


RPWP Menerima Kunjungan Kaji Selidik ENAM Pelajar UKM, BANGI

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , ,

Warga Prihatin – 11 Mac 2010

Alhamdulillah, ENAM lagi Pelajar Kursus Khidmat Masyarakat, Pusat Perkembangan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi telah selamat melakukan kunjungan kaji selidik sebentar tadi.

Tujuan kumpulan ini adalah untuk mendapatkan pandangan d…an mengkaji pengalaman bagaimana sesebuah NGO seperti Rumah Pengasih Warga Prihatin boleh membantu pembangunan masyarakat dan menangani segala macam gejala sosial yg melanda masyarakat.

Mereka telah dibantu oleh beberapa sukarelawan dari kalangan kaum ibu dan kaum bapa penjaga dan diizinkan menemuduga beberapa penghuni RPWP khususnya yang sedang menjalani rawatan pemulihan dadah dan akhlak. Mereka sempat melawat sekitar kawasan sebelum pulang.

Sekali lagi, diharapkan hasil kaji selidik tersebut tidak hanya berkubur di kertas kajian dan tesis semata-mata, bahkan ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembangkannya di dalam diri para pelajar, rakan sebaya, keluarga dan ke peringkat perlaksanaan sejagat demi kesejahteraan Umat manusia seluruhnya.

Setinggi2 tahniah diucapkan kepada para pelajar dan kepada En. Anuar B. Ahmad, Pensyarah Khidmat Masyarakat, UKM. Alhamdulillah.

Comments (0) Mar 11 2010


Portal terbaru dan kemasan terkini JomPrihatin untuk maklumat berpusat tentang Warga Prihatin

Posted: under Pendidikan.

Warga Prihatin 10 Mac 2010.

Untuk Makluman semua, website baru Warga Prihatin telah ‘on the net’ untuk ‘test run’. Ia turut dilengkapi dengan fungsi Facebook dengan server sendiri untuk persediaan sarana perhubungan dan dakwah melalui internet tanpa dikawal oleh pihak barat yang boleh sewenang-wenang mencuri dan maklumat dan mematikan atau?membatalkan akaun tanpa sebarang sebab dan notis.

jom (2)

?

jom1

jom 3

jom 4

jom 5

?

Dijemput sahabat semua masuk, mendaftar dan menguji lari sistem yang disediakan. Semua aplikasi seperti Chatting, Video, Foto dan lain-lain semuanya telah disatukan dalam satu server dan portal. Semuga memberi manfaat utk usaha dakwah yang lebih berkesan.

Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah untuk semua team sukarelawan IT yang berkerja keras mempersiapkan wajah baru dan portal yang sangat creatif.

Anda boleh klik link ini atau link JomPrihatin di Menu utama di kanan atas muka depan web ini..

Comments (3) Mar 10 2010


Selamat Pengantin Baru Buat Mohd Rozi & Hanisah

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , ,

Mach 06, 2010

Seluruh Warga Prihatin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Selamat Berbahgia kepada Fan FB Page Warga Prihatin, Saudara Mohd. Rozi dengan pilihan hatinya Saudari Hanisah. Majlis gilang gemilang itu telah berlansung pada hari Ahad, 17hb Januari 2010, di Dewan MBSA,WISMA MBSA Shah Alam.

Warga Prihatin telah diwakili oleh 20 ahli keluarga untuk turutsama meraikan perkahwinan mereka.

Secara lahirnya, seluruh Warga Prihatin melihat bahawa kedua2 mempelai adalah sangat serasi dan sesuai. Mereka memiliki budi bahasa yang tinggi, bertepatan dengan ketinggian akhlak kedua ibu bapa Hanisah yang turut beramah tamah dgn smua yang hadir walau pun dalam keadaan sibuk mengendalikan majlis. Semuga berkekalan hendaknya perkahwinan ini, dikurniakan zuriat yang baik-baik hasil pendidikan mereka berdua.

kita doakan agar perkahwinan ini mendapat restu Allah dan berkekalan menikmati kebahgiaan hingga ke akhir hayat… Insyaallah.

Location: Shah Alam

Comments (0) Mar 06 2010


WP Menang Naib Johan Perarakan Maulidurrasul 2010

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , ,

06 Mac 2010

Sajak Maulud oleh Warga Prihatin-Special Edition

(sila klik untuk menonton video ini)

Selamat Menyambut Maulidurrasul utk semua rakan FB & Youtube. Terimalah bingkisan khas, video rakaman persembahan khas Warga prihatin di Majlis Sambutan Maulid 1428H yg dianjurkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Warga Prihatin bersama PEMADAM Daerah Hulu Langat. Bermula Selawat pendek, diikuti deklamasi sajak Maulud & ringkasan nasyid Kelahiran Rasulullah. Teks (subtitle) disediakan untuk kemudahan anda mengikutinya.

Sajian nurani khusus untuk anda. Firman & Hadis yang disampaikan dalam sajak untuk sama-sama kita fikirkan sempena Maulidurrasul. Semuga dapat memberi kesedaran dan sama2 kita mengatur tindakan susulan.

Tahniah Kepada Warga Prihatin kerana memenangi tempat kedua Perarakan Maulidurrasul hari sabtu lepas. Selawat pelbagai lagu serta Nasyid kelahiran Rasulullah saw yang terterusan tanpa henti di sepanjang perarakan yang disertai paluan kompang, beduk dan tumbring amat menarik sekali.

Di samping pakaian seragam, disiplin yg ditunjukkan oleh 50 anak-anak juga Sukarelawan Prihatin amat membanggakan. terima kasih juga kepada Ketua Kampung yang kelihatan sangat bersyukur dan menyerahkan Hamper peribadi utknya kpd anak2 Warga prihatin. Ketekunan semuma warga Prihatin mendengar, merakam dan mencatat ceramah Maulud yg disampaikan oleh penceramah jemputan juga amat memberansangkan.

Semuga penyertaan ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan Rasul di hati masing-masing. Allahumma Solliala Sayyidina Muhammad, Wa’ala Ali Muhammad. Alhamdulillah.

Location: Kajang

Comments (0) Mar 06 2010


RPWP Menerima Kunjungan Kaji Selidik Lima Pelajar UPM

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , ,

Sabtu 6 Mac 2010

Alhamdulillah, 5 Pelajar Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Putra Malaysia, UPM telah selamat melakukan kunjungan penyelidikan pada Petang Sabtu 6 Mac 2010 kelmarin. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan pandangan dan meminta dikongsikan pengalaman bagaimana sistem hidup beragama boleh mencegah HIV.

Mereka telah dibantu oleh beberapa sukarelawan dari kalangan ibu-ibu dan diizinkan menemuduga beberapa penghuni RPWP khususnya yang sedang menjalani rawatan pemulihan dadah dan akhlak.

Sekali lagi, diharapkan hasil kaji selidik tersebut tidak hanya berkubur di kertas kajian dan tesis semata-mata, bahkan ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembangkannya ke peringkat perlaksanaan demi keselamatan umat sejagat.

Warga Prihatin- 6 Mac 2010

Comments (0) Mar 06 2010


RPWP Menerima Kunjungan Kaji Selidik Lima Pelajar UKM, BANGI

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , ,

Alhamdulillah, 5 Pelajar Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi telah selamat melakukan kunjungan penyelidikan sebentar tadi.

Tujuan kumpulan ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan mengkaji pengalaman bagaimana sistem kasih sayang yang diamalkan di Rumah Pengasih Warga Prihatin mampu merawat pelbagai gejala sosial yang agak berat, termasuk kaedah rawatan penagih tegar.

Mereka telah dibantu oleh beberapa sukarelawan dari kalangan ibu dan bapa penjaga (care takers) dan diizinkan menemuduga beberapa penghuni RPWP khususnya yang sedang menjalani rawatan pemulihan dadah dan akhlak. Mereka sempat melawat sekitar kawasan dan menjamu makan tengahari bersama sebelum pulang.

Sekali lagi, diharapkan hasil kaji selidik tersebut tidak hanya berkubur di kertas kajian dan tesis semata-mata, bahkan ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembangkannya di dalam diri para pelajar, rakan sebaya, keluarga dan ke peringkat perlaksanaan sejagat demi kesejahteraan Umat manusia seluruhnya.

Setinggi2 tahniah diucapkan kepada para pelajar, juru gambar video khas yang mengiringi mereka untuk merakam seluruh lawatan itu dan tidak lupa kepada Dr. Lukman @ Zawawi B. Mohamad, Penyelia Program yang terlibat. Alhamdulillah.

Warga Prihatin- 6 Mac 2010

Comments (0) Mar 06 2010


Si Tanggang Moden Dlm Bicara Siswa TV1 Bersama DrMasjuki

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , ,

Untuk melihat video, sila klik link berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=f7te5jD_PnE

Selasa 2 Mac 2010 – RTM

Statistik menunjukkan 400 Warga Emas di hospital tidak dijemput oleh anak mereka dan 30% warga Emas di hantar oleh anak kandung sendiri ke Rumah Kebajikan.

Pengasas dan Pengetua Rumah Pengasih Warga Prihatin dijemput sebagai tetamu khas dalam Siaran Lansung, Rancangan Bicara Siswa TV1 RTM pada jam 10 malam hari Selasa 2 Mac 2010. Isu ‘Si Tanggang Moden’ ini dibincangkan selama 1 jam bersama wakil MPP dari Uniten, UKM dan UIA. Warga Prihatin dan para siswa Universiti berkaitan turut dijemput ke Auditorium menyaksikan perbincangan yang di kendalikan oleh Dr Fazley Yaakob dalam rancangan mingguan selama itu.

Rakaman penuh tidak boleh dimuatkan di youtube kerana terlalu panjang dan boleh didapati samada dari penerbit rancangan di RTM atau di Unit IT Rumah Pengasih Warga Prihatin. Semuga dapat memberi manfaat ke arah mencegah dan merawat masalah ‘Si Tanggang Moden’.Mari kita bincangkan content dari rakaman ini, terkait dengan punca, simptom dan kaedah merawat serta mencegah masalah ini.

Comments (0) Mar 02 2010





>

Login






Lost password?

Calendar

March 2010
M T W T F S S
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 113

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress