Majlis Birthday Menyaksikan Kepimpinan Bapa Mithali – Dato’Zulkifli Nordin

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , ,

22 Februari 2010

Kesibukan menjalani program hujung minggu, lelah bergotong royong petangnya, meraikan program pentas mingguan oleh anak-anak di dewan tidak menghalang sebahgian Warga Prihatin untuk memenuhi jemputan Dato’ Zn (YBhg Dato’ Zulkifli Nordin). Ketibaan yg agak terlewat dari waktu jemputan (lepas maghrib) tetap disambut penuh mesra dengan semangat kekeluargaan yg luar biasa dari seorang pemimpin berjiwa rakyat, yg dicopy uswahnya oleh isteri tercinta dan anak2nya.

Pelajaran besar dari anak2 dan Warga Prihatin yg hadir. Jika baik anak-anaknya, tanda baiklah pengatur (pemimpin) nya. Majlis harijadi itu hanya dihadiahkan dengan bacaan DOA secara berjemaah sahaja, tanpa bungkusan hadiah seperti jemputan lain.
Semua Warga Prihatin mengucap syukur dipertemukan dengan Pemimpin Prihatin yang dermawan dan berjiwa rakyat. Terimakasih dan tahniah khusus buat Dato’ ZN. Selamat hari jadi utk puteri pewaris Rakyat Prihatin yang tercinta. Alhamdulillah.

Location: Mahligai Dato’ ZN

Comments (0) Feb 22 2010


Hasil Kajian Kemanusiaan Oleh WP dikongsikan sekali lagi oleh pelajar Master UKM

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , ,

Kesibukan melayan tetamu khas dari Rombongan Warga UiTM tidak menghalang Warga Prihatin dari melayani dua orang lagi pelajar Sarjana (Master) UKM untuk berkongsi pengalaman dan hasil kajian tentang kehidupan dan kemanusiaan.

Dua Ustazah yang… sedang menjalani kursus Kajian Pembangunan Manusia, iaitu Ustazah Safura Bt Saufi dan Ustazah Norazimah bt Surip telah lama meneliti laman Web Warga Prihatin dan dinasihati oleh Pensyarah Pembimbing Program Master mereka untuk hadir sendiri ke RPWP membuat kaji selidik. Subjek khusus mereka ialah mengenai kaedah pencegahan dan pemulihan pelbagai kerosakan akhlak yang sedang melanda masyarakat sekarang dengan Falsafah Islam.

Walaupun wawancara tidak dapat dibuat dengan begitu khusus kerana bertembung dengan majlis sambutan Rombongan dari UiTM, mereka kelihatan puashati kerana mendapat banyak idea dari pengisian program pentas di sepanjang Majlis sesi pagi itu yang sempat mereka sertai.

Alhamdulillah sempat juga dikongsikan pengalaman RPWP mengedalikan rawatan akhlak dan gejala sosial yang pernah dan sedang dilakukan seperti gejala samseng, ponteng sekolah, dadah, aktiviti maksiat, keruntuhan rumah tangga (masalah broken homes) dan sebagainya. Mereka berazam untuk datag semula untuk mendapatkan perkongsian yang lebih mendalam.

Seluruh Warga Prihatin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak UKM dan pelajar yang telah datang untuk tujuan kajiselidik di atas pengiktirafan kepada nilai akademik dari pengalaman pembangunan dan pengurusan yang dilakukan oleh WP. Kami juga memohon maaf jika tidak dapat menumpukan perhatian dan memberikan layanan sepenuhnya atas sebab kesibukkan mengurus majlis bersama Rombongan UiTM.

Alhamdulillah.

Comments (0) Feb 22 2010


Lawatan MPP, Alumni MPP & Alumni UiTM Malaysia Melakar SEJARAH RPWP – Sesi 1

Posted: under Pendidikan.
Tags: , , , , , , , ,

Sabtu, 20 Februari 2010 – Warga Prihatin

Ketibaan Rombongan 2 buah Bas disambut mesra oleh Warga Prihatin

Ketibaan Rombongan 2 buah Bas disambut mesra oleh Warga Prihatin

Seluruh warga Prihatin merasa bersyukur dengan lawatan Warga MPP, Alumni MPP dan Alumni UiTM Malaysia pada pagi Sabtu, 20 Februari 2010 semalam. Sesungguhnya lawatan dari rombongan ini merupakan satu titik sejarah ke arah perubahan minda umum dan persepsi khsusus masyarakat terhadap pandangan masyarakat terhadap usaha amal di RPWP.

Ketibaan Rombongan 2 buah Bas disambut mesra oleh Warga Prihatin

Ketibaan Rombongan 2 buah Bas disambut mesra oleh Warga Prihatin

Rombongan ini dianjurkan oleh warga Alumni MPP UiTM, Saudara MJohd. Rozi Rosli, di sokong oleh beberapa MPP UiTM dari Fakulti Undang-undang yang kesemuanya yang telah beberapa kali melawat RPWP sebelum ini. Ia turut di sertai oleh YDP MPP sekarang, Sdr Mohammad Ridzwan Mat Salleh, Presiden Alumni MPP, YM Raja Restam Azrin Raja Jaafar, Setiausaha Alumni UiTMMalaysia serta Pegawai Executif Khas HEP & Alumni, mewakili TNC UiTM, En. Saiun Sabtu..

Majlis sambutan terbahagi kepada dua bahagian. Sesi 1 di sebelah pagi dan Sesi 2, sebelah petang.

Album Sesi 1 adalah sesi pagi yang meliputi rakaman gambar2 ketibaan dan upacara sambutan berupa marhaban dan selawat yang diiringan dengan gemuruh kompang dari anak-anak RPWP, di ikuti dengan pelbagai persembahan pentas yang amat memukau dan menyentuh hati oleh anak-anak Warga Prihatin. Ia meliputi persembahan nyanyian lagu patriotik “My Only Wish “dari anak-anak tadika, serta lagu “Tell Me Why” oleh anak-anak sekolah rendah, Persembahan silat, Kawad, Teater “Pelbagai aktiviti RPWP” oleh anak-anak tadika serta pidato khas oleh anak-anak sekolah menengah.

Ketibaan Rombongan 2 buah Bas disambut mesra oleh Warga Prihatin

Ketibaan Rombongan 2 buah Bas disambut mesra oleh Warga Prihatin

Sebulat suara wakil-wakil yg berucap menyatakan bahawa anak-anak ini adalah pembuka “mata” dan “hati” calun-calun pemimpin negara dari UiTM ini untuk membuat perubahan kepada arus kepimpinan negara dan masyarakat masa depan. Sesalan bagi 5 buah kereta dari rombongan yang lewat sampai amat nyata kerana terlepas menyaksikan acara-acara menarik yang telah dipersembahkan sebelum ketibaan mereka.

Ketibaan Rombongan 2 buah Bas disambut mesra oleh Warga Prihatin

Ketibaan Rombongan 2 buah Bas disambut mesra oleh Warga Prihatin

Seterusnya majlis diteruskan dengan lawatan tapak serta penjelasan tentang falsafah kehidupan yang terkait dengan pembinaan serta pengurusan kompleks secara dekat. Rombongan dibahadikan kepada 6 kumpulan untuk mendapat penjelasan lebih terperinci dan pelayanan lebih peribadi dan akrab.

Luahan Hati Anak-anak RPWP dalam persembahan yang memukau

Luahan Hati Anak-anak RPWP dalam persembahan yang memukau

Selepas solat Zuhur, tetamu dijamu dengan makan tengahari dan disulami dengan tayangan video dan celoteh MC dan DJ sebelum kembali ke tuang legar depan pentas untuk sesi ke dua.

Note:

Oleh kerana Facebook mengizinkan hanya 200 gambar saja, maka kami muatkan 200 gambar daripada 2000 shots gambar yang agak jurnalistik hasil karya anak didik Candid Syndrome, kelolaan Dato’ Saiful Nang ini. Ikuti album ke dua untuk sesi 2 Majlis sambutan.

Sila klik link ini untuk melihat 200 keping gambar untuk sesi 1 di Album Gambar Facebook Warga Prihatin.

alhamdulillah, segala puji bagi Allah pengatur semesta alam – Warga Prihatin.

Location: RPWP. KAJANG

Comments (1) Feb 21 2010


RPWP – “Eye & Heart Opener”, YM Raja Restam, Presiden Alumni MPP UiTM

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Sabtu 20 Februari 2010 – WARGA PRIHATIN
Sesi 2 – Petang : RPWP – An “Eye & Heart Opener” – UiTM

logo_uitm2Majlis dimulakan dengan persembahan live Band oleh anak-anak RPWP dengan membawakan nasyid rasmi RPWP bertajuk “amin-amin” dan lagu “Warisan”. Oleh kerana cuaca panas dan anak-anak menghadapi masalah suara, maka mereka telah berjaya menukar gaya penyampaian berbentuk Koir, yang tidak disangka-sangka telah menambahkan seri dan sentuhan persembahan dari yang dirancangkan lebih awal.

Gambar Kenangan beramai-ramai

Gambar Kenangan beramai-ramai

Seterusnya majlis menampilkan dialog dan wawancara spontan beberapa wakil hadirin yang mewakili golongan-golongan yang mendapat nikmat perlindungan dan pendidikan di RPWP ini. Di antara yang turut meluahkan perasaan ialah Warga Emas, Ibu tunggal, wakil anak runtuh akhlak serta Penagih Dadah Tegar yang sedang dipulihkan, wakil-wakil asnaf yang sedang sakit dan memerlukan pemerhatian rawatan rapi serta belai kasih Warga Prihatin. Tidak ketinggalan perkongsian pandangan dari Sahabat FB, Saudara Choy yang tidak melepaskan peluang dengan turut bermalam di RPWP untuk bersama-sama meraikan tetamu keesokannya.

Luahan rasa Presiden Alumni MPP, YM Raja Restam Azrin Raja Jaafar

Luahan rasa Presiden Alumni MPP, YM Raja Restam Azrin Raja Jaafar

Samada dari pihak wakil Warga Prihatin atau wakil rombongan yang berpeluang memberikan perkongsian semuanya menyatakan bahawa RPWP berjaya mengaplikasikan sistem kehidupan yang syumul untuk menerbitkan kasih sayang sebagai pemangkin segala urusan mengatur semula minda komunitinya.

Yang Mulia Raja Restam dengan tegas dan yakin menyatakan – RPWP adalah “Pembuka mata dan hati” masyarakat. Beliau yang menyatakan rumah usang ini ibarat mahligai indah yang memilikki hampir segala espek yang diperlukan dalam sebuah kehidupan. Beliau turut berharap agar dibuka pintu RPWP seluas-luasnya untuk seluruh 150 ribu warga UiTM, khususnya warga pemimpin dari MPP mereka datang menimba ilmu dan pengalaman mengatur masyarakat, kerana beliau dapati kesemua pedoman yang amat diperlukan oleh pemimpin masyarakat itu ada di sini. Beliau turut menyampaikan hasrat untuk meminta Warga Prihatin hadir dan berkongsi ilmu di kampus UiTM selepas ini.

Senyuman Puas

Senyuman Puas

Antara ungakapan yang amat menyentuh dari seorang Warga Emas, iaitu Setiausaha Alumni UiTM Malaysa pula menyatakan mengapa dunia tidak sedar sama sekali keberadaan sebuah Rumah yang bukan sekadar sebuah perlindungan Asnaf, malah menurutnya lebih merupakan sebuah “institusi penyelidikan ” yang mampu melahirkan produk “Anak Permata Negara” yang amat diperlukan oleh masyarakat hari ini. Beliau yang turut menyatakan rasa amat bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat Islam kini menyatakan rasa kagum dengan kejayaan RPWP dalam segenap sudut yang terkait dengan pemulihan dan pencegahan kepada masalah ini.

Pelbagai Ulasan yang amat menyentuh hati dari wakil-wakil lain termasuk kenyataan bahawa mereka pasti akan memberitahu dunia akan kewujudan RPWP yang “kurang bercakap”, tidak dipromosikan oleh mana-mana pihak namun telah terbukti menunjukkan kejayaan usaha, memiliki falsafah kehidupan yang tinggi dan yang penting tidak meminta-minta seperti rumah kebajikan yang lain.

Luahan rasa YDP MPP sekarang, Sdr Mohammad Ridzwan Mat Salleh

Luahan rasa YDP MPP sekarang, Sdr Mohammad Ridzwan Mat Salleh

Sebelum majlis minum petang dan bersurai, majlis pentas ditutup dengan upacara penyampaian pelbagai bentuk cenderahati dan sumbangan dari wakil-wakil rombongan, termasuk sumbangan Cek tunai berjumlah RM 7, 706 serta serahan tunai berjumlah sekitar RM80.

Walaupun sumbangan bukanlah sesuatu yang diminta-minta, namun sumbangan ikhlas itu amat besar maknanya serta teramat dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Bagi seluruh Warga Prihatin, penerimaan dan pengiktirafan umum, serta manfaat pengalaman dan pandangan yang mampu diterima utk diguna pakai bagi sama-sama memperbaiki nasib umat adalah sesuatu yang amat membahagiakan dan memuaskan hati.

Penerimaan pelbagai pihak, sejak awal pembinaan sehingga kini merupakan satu natijah kebenaran dan kehebatan sistem hidup beragama yang hakiki, dan itu sudah cukup memadai dan amat menggembirakan hati seluruh Warga Prihatin. Kami melakukannya bersama-sama kerana semata-mata ingin mencari redo Allah, serta menyediakan sarana dan sistem kehidupan yang sejahtera untuk Warga Prihatin dan masyarakat yang bersamanya melalui usaha ini. Segalanya dilakukan tanpa disulami sebarang kepentingan peribadi samada berupa ganjaran pangkat maupun nama dan harta.

Jika ada kebaikan dari usaha bersama ini, ia semata-mata hasil hidayah dan petunjuk yang telah Allah berikan dan Rasulullah saw tunjukkan applikasinya, marilah sama-sama kita kembalikan segala puja dan puji itu hanya kepada Allah dan Rasul sebagai pemilik hak cipta yang mutlak. Segala kelemahan dan kekurangan yang masih berbaki adalah semata-mata kerana kelalaian atau kejahilan Warga Prihatin sendiri, dan menjadi tugas kami untuk terus belajar dan menyelidikkinya demi amal Islah kami di masa depan.

Dakapan Kasih - Semuga dapat jumpa lagi

Dakapan Kasih - Semuga dapat jumpa lagi

Sampai jumpa lagi di event yang lain – Alhamdulillah.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Feb 21 2010


Anak Felda Warga Prihatin Mencipta Sejarah Sekali Lagi.

Posted: under Pendidikan.

klik untuk paparan lebih besar

klik untuk paparan lebih besar

1 Jan 2010,

WARGA PRIHATIN sekali lagi mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila salah seorang pendokong tetapnya Dato’ Saiful Nang sekali lagi dipilih untuk menjadi ‘Feature’ Anak Felda yang berjaya.  Klik imej keratan akhbar di atas untuk membaca artikel penuh melalui paparan imej resolusi tinggi.

Alhamdulillah,

Comments (0) Feb 16 2010


Lihatlah Betapa Teruknya Gejala Zina-Buang Bayi..!!

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , ,

WARGA PRIHATIN – 13 Februari, 2010.

Pembunuhan Kejam

Pembunuhan kejam..

Sebelum mendapat petunjuk Allah untuk digunakan sebagai manual kehidupan, perangai asal kita memang tersangat teruk. Darwin dalam teori kejadian manusianya berkata kita berasal dari “kera”.

Meneliti falsafah kejadian manusia ini, memanglah benar bahawa secara ‘misal’ atau ‘mutasyabihat’nya perangai kita lebih teruk dari ‘Kera’. Allah beri bunga, ibarat satu sistem kehidupan yang indah, dengan harapan supaya kita guna pakai dan dapat memperelokkan sedikit perangai kita, agar berubah dari ‘kera’ kepada ‘perangai manusia’.

Malangnya kita semua campak saja ‘bunga’ itu. Maka jadilah kita ‘pelampau’ (thoghut) yang sentiasa menyondol macam babi. Apa larangan pun kita sondol saja. jadilah kita ibarat kera yang ‘ingkar suruhan‘, dan babi yang ‘melanggar larangan‘. (Al-Ma’idah ayat 60).

Hampir 300 ribu anak luar nikah telah didaftarkan. Sementara itu, hari-hari kita dimomokkan dengan berita buang bayi.  Berapa ramai lagi kah bayi buangan yang tidak ditemui?, yg ikut naik lori? yang dimakan anjing dan babi? yang reput begitu tidak ditemui? yang masuk lubang tandas macam najis? yang samada terus hidup ataupun mati ditanam sebegitu saja tidak dilapurkan walaupun keluarga tahu, kerana malu.? Berapa ramai pula yang menggugurkan atau melakukan penyucian, flushing, pengguguran janin secara haram?

Tahukah anda bahawa ada pengadu yang mengaku telah menggugurkan 6 kali se usia 26 tahun? Nah, semua ini bukan saja menggambarkan kekejaman manusia yang lebih teruk dari kera dan babi, tetapi menampakkan gejala Zina yg sudah tidak terkawal lagi.

3

Warga Prihatin (WP) sendiri pernah menyelamatkan kes bayi tandas ini dan tidak dilapurkan oleh pihak keluarga. WP mampu berkata kerana telah terlibat secara lansung dalam usaha menanganinya.

Nasihat WP untuk anak-anak gadis yg “sedang” seronok menikmati seks bebas ini, anda tengoklah kesemua gambar-gambar ini, biarpun mengerikan, supaya ianya ‘berbekas’ di hati. Kalau anda  tengok satu-satu walaupun keluar berita setiap hari, ia tidak akan berbekas dan terkesan di hati…!!!

Kalaulah ada niat nak mencuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu di musim cuti Tahun Baru China dan ‘Valentine’ ini, bayangkan deritanya melahirkan anak sendirian di tandas, betapa malunya diri, keluarga, agama, negara dan bangsa ini selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yang akan di ‘ungkit’ sepanjang hayat..?, bayangkan pertemuan anak itu dengan anda di akhirat nanti..! bayangkan besarnya laknat ‘Pencipta’ terhadap anda..!.

Jangan sibuk menyalahkan pihak lelaki dan pihak-pihak lain apabila anda telah hamil dan kononnya telah teraniaya. bukan hanya ‘mereka’ yang jahat, atau kononnya ‘tidak bertanggung jawab’, tapi kita yang sebenarnya BODOH kerana menyerahkan diri dengan mudah kepada orang yang anda tahu memang jahat serta tidak akan ‘bertanggung jawab’, namun anda sengaja mengundang masalah…  Oleh itu, salahkanlah diri sendiri.

Firman Allah dalam surah Al Israa’ ayat 15.

“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng’azab sebelum Kami mengutus seorang rasul”.

Bayi ditemui hampir reput dan berulat.

Bayi ditemui hampir reput dan berulat.

Kalau pun tidak mahu berperangai seperti manusia yang berakal, kekallah jadi haiwan yang lumrah, iaitu yang menyayangi anaknya.!, janganlah kita jadi lebih teruk ‘dari haiwan’..! (Al-A’raf, 176, 179).? Jika anda telah benar-benar buntu, kami tawarkan anda datanglah ke Rumah Pengasih WP untuk dapatkan nasihat, kami ‘bersedia mendengar dan membantu’. Itu lebih baik bagi kami, daripada kami mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini ’semakin menjadi-jadi’.

Kalau anda berani dan yakin, tanyakan di wall Facebook “Warga Prihatin” atau di Group “Applied Science of AQ & Sunnah – Tajdid Muslim“, atau inbox/email/sms DrMasjuki atau mana-mana WP (samada bapa2/ibu2). Masih ada yg menyayangi kalian, jangan rosakkan lagi keadaan yang sudah rosak ini…!!!

Sementara itu, terdapat sekitar 200 gambar-gambar berkaitan Topik ini dan perbincangan panjang lebar tentangnya di Facebook tersebut dan FB “DrMas Mohd“. Sila klik nama-nama akaun Facebook  tersebut untuk melayarinya. Semuga kita dapat menjawab persoalan tuhan kerana telah melakukan yang terbaik dan apa yang termampu untuk mengatasi masalah ini. Sebarkanlah peringatan ini seluas mungkin kerana jika tidak sekarang ia mungkin akan mengenai diri kita, anak cucu, sanak saudara kita esok lusa.

WARGA PRIHATIN.

Comments (0) Feb 16 2010


Kunjungan Ibu Norhayati Diiringi Deraian Airmata

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , ,

10 Februari, 2010

Kunjungan mengejut anakanda Norhayati Abdul Ghapar bersama Ibu dan ayah, serta kakak nya pada 23 januari 2010 benar-benar memberikan kejutan. Norhayati, yang pernah berkunjung ke RPWP bersama Unisel dan Pro-Star, tajaan Kementerian kesihatan sememangnya sentiasa merindui dan mencari-cari peluang untuk datang semula ke RPWP.

Difahamkan bahawa ini adalah merupakan kunjungan Nazar mereka, atas hajat ibunya untuk menziarahi rumah kebajikan dan mengadakan doa selamat bersama anak-anak untuk mendoakan kesihatan ibu yg menghadapi masalah stroke buat kali ke 3.

Kepiluan mula terpancar apabila Ibu kepada Norhayati mula menitiskan air mata sewaktu anak-anak bergilir-gilir menghulur tangan bersalaman sewaktu menemui beliau di dalam kereta.

Akhirnya beliau minta di angkat turun, bergerak menggunakan kerusi rodanya, disorong oleh Penjaga RPWP ke dewan makan, di iringi anak-anak dan ibu-ibu dan mengambil peluang beramah mesra di situ.

Sejurus sebelum pulang, anak-anak Warga Prihatin sempat berhimpun dan dibacakan doa oleh Anakanda Amirool Haqim dan Ustaz Hamzah. Beliau tidak dapat menahan sebak walaupun tidak boleh berbicara akibat Stroke. Seluruh Warga Prihatin turut sebak tidak terkata melihatkan gelagat Norhayati yang berpelukan dengan mak Long (Ibu Werda) dan ibu Shakirah sambil menangis.

Sama-sama kita doakan agar Ibu kepada Anakanda Norhayati Ghapar segera pulih untuk menjalani hidup seperti sediakala. Insyaallah. Amiin.

Comments (0) Feb 10 2010





>

Login






Lost password?

Calendar

February 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 111

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress