Satu Lagi Wakil NGO India mengunjungi RPWP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , ,

Januari 31, 2010

Raja Kulim dan Aman Puchong, Datang lagi bersama Siva, seorang aktivis masyarakat India dari Ampang untuk menjalin dan menyambung silatulrahim yang lebih akrab. Mereka tiba kira2 jam 2.30 petang dan berangkat pulang kira-kira 2 jam kemudian.


Beliau yang banyak berkongsi cerita tentang usahanya yang lebih kurang sama dengan modus operandi Rumah Pengasih WP dalam menyatukan dan membina sahsiah masyarakat India di Kulim kelihatan bersungguh2 meyakinkan Mr. Siva agar selalu datang bersama keluarga dan ahli-ahli di bawah pimpinannya ke RPWP untuk mempelajari kaedah dan berkongsi pengalaman dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Di sini kita dapat membuang kekotoran jiwa, terutama sifat prejudis dan hasad dengki sesama insan untuk melahirkan generasi yang berhati suci” katanya. Apa pun beliau menegaskan, hanya mereka yang bersih hatinya serta ikhlas menjalin kasih sayang sesama insan saja yang akan merasai kehebatan ukhwah dengan warga penghuni di RPWP ini.

Budibahasa dan adab sopan anak-anak yang kebetulan pulang dari sekolah dan berbaris bersalaman dan cium tangan penuh hormat kelihatan amat indah di mata dan senang di hati. Semua sepakat ingin agar keharmonian sebegini boleh dipupuk dan dikembangkan ke seluruh negara, tanpa di batasi perbezaan agama dan warna kulit.

Sebelum pulang, mereka menyatakan rasa puashati dan berazam utk datang semula bersama keluarga dan mengajak lebih ramai lagi masyarakat India dan Cina yang beliau kenali untuk bersama-sama dengan Warga Prihatin.

Syukur Alhamdulillah, usaha WP mendapat perhatian dan diterima baik oleh masyarakat berbilang kaum. Semuga matlamat “Rahmatan Lil Alaamiin”, beramal untuk merahmati alam, menyatukan manusia, akan menjadi kenyataan hendaknya. Insyaallah.

Comments (0) Jan 31 2010


Kunjungan Kaji Selidik Pelajar Sarjan (Master) Pembangunan Manusia, UKM

Posted: under Pendidikan.
Tags: , , , , , , , ,

Januari 30, 2010.
Warga Prihatin berbesar hati menerima kunjungan penyelidikan oleh dua pelajar, Fareza Binti Othman (P50405) dan teman sejawatnya, pelajar Sarjana Pembangunan Manusia (Psikologi Perkembangan) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pagi 21 Jan 2010. Ia merupakan satu lagi hari bersejarah dan penghormatan bagi Warga Prihatin.


Lawatan ini bertujuan memenuhi keperluan kursus SKPN 6043 Remaja Dalam Risiko: Pencegahan, Intervensi dan Rawatan yang mengkehendaki saya melawat rumah yang mempunyai remaja yang dalam proses untuk dipulihkan.

Mereka ingin mengetahui serba sedikit informasi tentang Rumah Warga Prihatin ini dan melihat sendiri kehiduapan penghuni-penghuni yang mendiaminya. Aspek utama yang ingin diketahui adalah mengenai kaedah pencegahan, pemulihan dan rawatan yang dilaksanakan oleh rumah ini bagi membantu remaja yang berisiko terlibat dengan masalah sosial kembali kepada kehidupan yang lebih gemilang.

Harapan mereka ialah supaya maklumat hasil kajian ini dapat memudahkan lagi perjuangan mereka sebagai agen pembangunan manusia dalam mendalami dan mengkaji tentang cara terbaik manusia boleh dibangunkan dalam menuju kehidupan gemilang duniawi dan ukhrawi.

Kedua-dua pelajar telah mengumpul pelbagai maklumat termasuk menemuduga Penjaga Lelaki atau kaum bapa, Penjaga dari kaum ibu dan tidak ketinggalan menemuduga secara lansung anak-anak bawah jagaan, termasuk yang terdiri dari anak-anak bermasalah.

Antara yang menjadi tumpuan kajian mereka ialah bagaimana kaedah kaunseling dan pemulihan dilakukan, khususnya dalam menangani gejala sosial, jenayah khususnya di kalangan remaja dan gejala dadah yang kian membimbangkan. Alhamdulillah, akhirnya mereka amat berpuashati apabila diterangkan tentang kejayaan penerapan pelbagai konsep dan falsafah pembangunan Rumah ini yang selari dengan falsafah bina insan yang sedang dilakukan.

Antaranya diterangkan konsep kasih dan hormat menghormati sebagai tunjang mencegah dan menangani masalah akhlak, konsep ibu, bapa dan keluarga angkat sebagai saudara sejati yang diamalkan bagi membantu keluarga kandung, konsep kesamarataan taraf samada yang kaya, miskin, cacat, berpendidikan tinggi atau sebaliknya (termasuk pergaulan mesra antara pendokong dengan Asnaf)bantu membantu, sokong menyokong, penyatuan, susunan semula, tampung menampung, izin, salam, rujuk merujuk dan berbagai-bagai lagi.

tanpa segan silu mereka menyatakan satu hasil kajian yang di luar dugaan kerana tidak pernah terfikir akan segala falsafah sangat unik dan menarik yang dinyatakan dalam ruang lingkup kajian mereka. Keinginan untuk turut mempelajari secara amali kaedah pembinaan keluarga, apabila mereka telah berkeluarga nanti dan berazam untuk mengatur kunjungan ulangan bersama lebih ramai pelajar UKM yang belum mengetahui tentang kewujudan rumah Pengasih ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Khaidzir Hj. Ismail, Pensyarah, Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia kerana menghantar mereka ke RPWP, walaupun dalam keadaan operasi yang belum berjalan dengan sempurna dan tidak selesa seperti yang di lihat.

Alhamdulillah – WARGA PRIHATIN.

Comments (0) Jan 30 2010


WP Terpaksa Menerima Perawatan Dadah Walaupun Rumah Belum Siap

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , , , , , ,

Petang Sabtu, 24 Januari 2010 lalu memberikan cabaran kepada RPWP apabila terpaksa menerima ‘Patient’ yang memerlukan rawatan masalah ketagihan Dadah tegar walaupun pembinaan Rumah masih jauh dari sempurna.

Amat terharu dan tidak sampai hati menolak permintan keluarga pesakit, apatah lagi melihatkan beban ibu yang berusia hampir tiga suku abad, yang terpaksa memelihara anak OKU sehingga 29 tahun (dengan tahap minda kurang dari seusia 10 tahun).

Keluarga pesakit telah dibawa ke mari atas saranan anak mereka yang pernah melawat RPWP bersama seorang pengelola Ma’ahad Tahfiz di Kemensah dan amat yakin falsafah Bina Insan dan pendekatan kerohanian melalui paradigma minda berteraskan kekuatan akal dan minda di RPWP mampu mengubati abangnya.

Pesakit yang sedang mencuba meninggalkan dadah melalui pengambilan Metadone ini sedang dirawat mengikut kaedah Minda dan limpahan kasih sayang, tanpa dadah dan rokok, dari saat ketibaan sehingga berita ini ditulis.

Lebih terharu lagi apabila keluarga yang sederhana, dan datang sejauh dari Ipoh Perak ini pernah diminta bayaran ‘Up-front’ setinggi RM 8900 untuk jangkamasa 2 minggu bagi merawat anaknya di pusat rawatan swasta. Mereka jelas terkejut apabila pihak pengurusan RPWP tidak menetapkan sebarang bayaran, melainkan apa yang wajar untuk menyara pesakit yang kini telah berusia 35 tahun itu.

Yang penting bagi Warga Prihatin ialah keikhlasan dan penyerahan diri secara total, atau dalam ertikata lain bertawakkal kepada Allah dan memberikan kepercayaan kepada Warga Prihatin untuk melakukan yang terbaik dalam usaha memulihkan pemuda ini.

Alhamdulillah, perkongsian awal dengan bekas bekas penagih dan mereka yang telah dipulihkan dari masalah akhlak secara hati ke hati dan dengan penuh rasa kasih dan hormat kepada pesakit dapat memberikan keyakinan kepada pesakit dan keluarga.

Sebagaimana WP lakukan terhadap kayu, besi dan bahan binaan terbuang sehingga terbina rumah tiga tingkat ini, begitu jugalah falsafah pemulihan dan pembaikan yang dilakukan terhadap anggota masyarakat yang bermasaalah ini. Mudah-mudahan mereka juga akan turut bermanfaat untuk membangun agama bangsa dan negara seperti insan lain.

Seruan WP kepada pihak keluarga ialah, sekiranya dizinkan Allah, anak ini pulih seperti sedia kala, mereka harus belajar kaedah memelihara dan mengekalkan apa yang telah dipulihkan, khususnya kaedah Kasih Sayang dalam proses merawat dan mencegah.

Jika pihak keluarga ada keinginan untuk bersedekah, lakukanlah kerana Allah, bukan kerana anak sendiri (ananiah) semata-mata, itupun mengikut kemampuan dan keikhlasan hati bagi membantu RPWP menolong insan yang lain pula. Itulah konsep merahmatkan alam yang sedang WP usahakan.

Seluruh anggota keluarga yang mengiringi pemuda ini menangguhkan kepulangan kerana ingin melihat program Pidato Mingguan untuk anak-anak. Alhamdulillah setelah melihat sendiri program yang dijalankan termasuk tayangan ulasan program Pidato Minggu sebelumnya, mereka mendapat keyakinan yang tinggi dan amat berpuashati. Cik Rashidah, penceramah kesihatan turut hadir di hujung program pidato itu untuk melihat perkembangan kesihatan seorang pesakit tegar Arthritis yang sedang beliau pantau.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar usaha ini akan mendapat kejayaan, InsyaAllah.

Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar usaha ini akan mendapat kejayaan, InsyaAllah.

Location: RPWP

Comments (0) Jan 24 2010


Ceramah Kesihatan oleh Cik Rashidah & Choy sangat berguna

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , ,

22 Januari 2010

Seluruh Warga Prihatin sangat berterima kasih kepada penceramah sukarelawan Prihatin Saudari Rashidah dan Saudara Choy H.H. kerana telah menyampaikan ceramah kesihatan kepada seluruh warga Prihatin malam minggu 09 Januari 2009 yang lalu.

Ceramah yang bermula kira-kira jam 9.30 malam itu berlansung tanpa henti hingga jam 12 malam. Pelbagai soalan dikemukakan oleh seluruh hadirin sehingga pengerusi terpaksa menolak bermacam macam soalan kerana telah larut malam.

Ceramah yang berkisar kepada keperluan penjagaan kesihatan melalui pemakanan itu turut memberi peluang semua hadirin untuk mengesan tahap kesihatan diri melalui borang soal selidih, indeks kesihatan yang di edarkan.

Dr Masjuki turut mengulas kedua-dua ceramah itu di hujung sesi. Perbincangan bersambung sehingga kira-kira jam 1 pagi semasa menikmati jamuan ringan. Ucapan terima kasih kita panjatkan kepada kesemua mereka yang telah menyumbang ilmu secara sukarela itu.

Alhamdulillah.

Comments (0) Jan 22 2010


Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail kembali ke Rahmatullah

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Mesej Admin, Pendidikan.
Tags: , , , ,

 

Januari 22

SULTAN Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah kembali ke Rahmatullah. Rakyat seluruh negara turut berdukacita di atas kemangkatan Almarhum Baginda. Semoga roh baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Untuk rakan-rakan Facebook yang tidak berkesempatan mengikuti siaran… lansung pengkebumian almarhum baginda, kami muatkan gambar-gambar printscreen dari siaran TV1 untuk makluman semua.

Antara yang terakam ketika berita ini ditulis ialah kehadiran DYMM Sri Paduka Baginda YDP agong yang hadir bersama DYMM SPB Raja Permaisuri Agong. Baginda hadir juga walau pun dalam keadaan cedera di kaki serta masih bertongkat di kedua-dua belah kaki. Menjunjung kasih dan setinggi tinggi kesyukuran di atas keperihatinan Baginda DYMM SPB YDP Agong.

Turut kelihatan hadir ialah Baginda Sultan Selangor, di iringi Mufti Negeri Selangor, Baginda Sultan Brunei, Sultan Hasanah Bolkiah, Sultan dan Raja-raja Melayu dan wakil, YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ali Rustam, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri dan begitu ramai pembesar-pembesar negara yang lain,

Dari Allah kita datang, kepada Nya kita kembali. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Ke Bawah Duli Almarhum Baginda Sultan Johor. Al-fatihah.

Comments (0) Jan 22 2010


Dr.Hj.Masjuki di Majalah Akhbar ILuvIslam

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , ,

Ikuti Kenyataan Khas Pengasas Warga Prihatin, Dr Hj Masjuki, di majalah Akhbar ILuvIslam keluaran semalam. Satu cetusan yang baik tentang kemelut Perbezaan Mazhab, Kekalutan Percanggahan pendapat di kalangan Ulamak dan kegagalan keluarga mendidik generas yangi telah membuka banyak peluang kepada pihak tertentu untuk terus merosakkan Islam termasuk timbulnya terlalu banyak Ajaran Sesat dan keruntuhan moral Umat Islam.

Bagaimana Fatihah yang dibaca 17 kali sehari tetapi tidak dihayati hakikatnya sehingga gayafikir, strategi pengurusan dan perlaksanaan dalam kehidupan tidak selari dengan apa yang di baca setiap hari. Semuga dapat membuka matahati dan mengatur langkah pembaikan yang seterusnya, Insyaallah.

Location: ILuvIslam, KarangKraf

Comments (0) Jan 10 2010


RPWP Adalah Universiti Kehidupan – Tegas para Pengetua Rumah Ar-Raudhah Dari Indonesia & Filipina Dlm Lawatan Sehari – 3 Jan 2010.

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , ,

Warga Prihatin (WP) – 3 Januari 2009
Ustaz Hasri terisak-isak tidak mampu menahan deraian air mata mewaktu menyatakan kesyukuran dipertemukan dengan WP.

Ustaz Hasri terisak-isak tidak mampu menahan deraian air mata mewaktu menyatakan kesyukuran dipertemukan dengan WP.

RPWP mendapat penghormatan dengan lawatan para pengetua jaringan Rumah Kebajikan Ar-Raudhah dari Indonesia dan Filipina. Mereka diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Hasri al-Hafiz – yang juga Perwakilan Dewan Imamah Nusantara dan Majlis Muzakarah Ulamak Haba’ib Nusantara di Jakarta, Ustaz Wildan Daulan al-hafiz – Medan, Ustaz Dr Razlan dan Ustaz Azizi – Malaysia, Ustaz Asri – Filipina, Ustaz Niftahuddin – Malaysia, Al-Hafiz Ustaz Muhammad Arshad Al-Mubarak – Malaysia dan beberapa pelajar Tahfiz serta para isteri dan anak-anak mereka.

Turutsama hadir dan mengikuti setiap perbincangan rombongan ini ialah Seorang Ibu, Pn Rashidah dari Beranang, Kakak kepada salah seorang peserta Rombongan PUSPANITA Kem Kewangan, serta Mr C.J.Tan yang merupakan kunjungan kedua beliau 2 minggu berturut2 bersama Ustaz Azizi dan Ustaz Hasri. Ketibaan mereka pada jam 11 pagi disambut meriah dengan iringan selawat seperti biasa oleh Warga Prihatin.

Gambar kenangan sebelum berpisah. Gambar kenangan sebelum berpisah.

Penerangan tentang falsafah dan aktiviti RPWP kepada mereka kali ini turut dibantu dengan mempertontonkan beberapa klip video berkaitan aktiviti Warga Prihatin. Kesemua yg hadir menampakkan rasa amat terharu dan beberapa dari mereka, khususnya Ustaz Hasri, Ustaz Azizi dan ustaz Wildan Daulan ternyata amat tersentuh hatinya dan tidak dapat menahan deraian air mata.

Tujuan lawatan mereka kali ini adalah untuk mempelajari lebih mendalam apa yang telah diterangkan minggu lepas, mengenai falsafah dan sistem pendidikan serta pengurusan rumah ini untuk di adaptasi dalam pengurusan jaringan pengurusan Rumah Ar-Raudhah seluruh Nusantara. Dari penerangan yang mereka perolehi pada kunjungan pertama, ditambah dengan penjelasan lebih mendalam dan dibantu dengan tayangan video kali ini, Ustaz Hasri menyatakan dengan jelas konsep Taman Syurga, Ar-Raudhah dan himpunan Caj atau energi positif yang jelas dapat dilihat dan dirasakan telah wujud di RPWP ini.

Sebak dan pilu hati tidak tertahan lagi.

Sebak dan pilu hati tidak tertahan lagi.

Kesemua mereka minta di izinkan melawat ke seluruh kompleks RPWP sambil diberikan penerangan oleh pegawai perhubungan awam RPWP. Sebelum pulang, mereka turut mengikuti dan menyumbang suara dalam program mingguan anak-anak di dewan.

Sewaktu lawatan itu, masing-masing menyatakan inilah sesi lawatan paling berhasil, berkesan dan penuh ilmiah pernah mereka alami. Tempat ini lebih sesuai digelar segbagai taman syurga dari segi perlaksanaan dan hasil pengurusannya ujar mereka berulang ulang.

Amat mengharukan apabila kesemua pengetua yang hadir memohon agar mereka dan seluruh anak didik mereka di seluruh Cawangan Rumah Ar-Raudhah dapat diterima sebagai keluarga angkat dan anak didik kepada RPWP. “Bagi kami, RPWP ini bukan sekadar sebuah penempatan Asnaf biasa, malah ia melebihi dari tahap sebuah Universiti Kehidupan yang amat diperlukan oleh segenap lapisan manusia yang inginkan kesejahteraan di dunia akhir zaman ini” Ujar Ustaz Hasri berulang kali.

Kesemua mereka turut diizinkan melawat ke seluruh kompleks RPWP termasuk asrama di bumbung yang sedang dalam pembinaan.

Kesemua mereka turut diizinkan melawat ke seluruh kompleks RPWP termasuk asrama di bumbung yang sedang dalam pembinaan.

Ustaz Asri dari Filipina pula mengambil peluang menceritakan penderitaan rakyat Sulu di Filipina amnya dan keperluan asas Rumah Ar-Raudhah sekitar Sulu khasnya yang amat dhaif. Terlalu ramai anak-anak yatim dan ibu tunggal yang ditinggalkan oleh syuhada’ yang gugur dalam perjuangan mereka. Untuk menyajikan air kosong bagi peserta syuro pun tidak mampu katanya, apatah lagi untuk membeli keperluan lain.

Dr Masjuki spontan menyatakan hasrat untuk berkongsi rasa penderitaan mereka dengan keinginan mewakafkan sebahgian dari keperluan asas yang dimilikki oleh RPWP kepada Rumah Ar-Raudhah filipina atas dasar peri kemanusiaan, walaupun jelas Warga Prihatin sendiri masih memerlukan dan amat serba kekurangan.

Sewaktu tayangan peristiwa Tsunami yang mengaitkan dengan bahan pendidikan anak-anak dalam usaha menimbulkan kesedaran dan keperihatinan, Ustaz Hasri tidak dapat menahan pilu dan menangis terisak-isak kerana terkenang peristiwa bencana alam itu yang turut mengorbankan sanak saudaranya. Beliau sendiri membawa 700 sukarelawan dari Jakarta untuk membantu menguruskan 900 mayat pelbagai rupa di sana.

Pilu hati tidak dapat menahan deraian air mata.

Pilu hati tidak dapat menahan deraian air mata.

Dalam mencari contoh-contoh kehidupan yang memenuhi tuntutan Allah dalam surah al-Baqoroh ayat 208 “Hai org beriman, masuklah ke dalam sistem Islam sepenuhnya, jgn kamu ikut tabiat syaitan, sesungguhnya ia bagi kamu adalah musuh yang nyata” Ustaz Wildan Daulan al-hafiz – Medan dengan nada pilu menyatakan “saya temui semua contoh itu di SINI (RPWP). rumah ini mendidik norma kehidupan insan yang lengkap sesuai dengan tuntutan Allah” Subhanallah.

Walaupun selama ini kami merasakan telah menjalankan kewajipan ini dengan penuh jimat dan serba kekurangan, namun mereka di luar sana jauh lebih sengsara lagi.

Oleh itu, kami menyeru anda yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit atau barang keperluan dalam bentuk apa saja seperti pakaian, barang dapur, peralatan letrik, perabut, tilam bantal, cadar, kain batik, pelikat, sebarang keperluan pembelajaran seperti buku, alat tulis, kertas, naskah Al-quran, kitab-kitab agama, bahkan konputer, bahan melukis, alat bantuan mengajar, yang tidak diperlukan atau berhajat menukarnya dengan yang baru. Hantarlah kepada kami, biarpun sehelai sarung bantal atau sebatang sudu garpu yang ingin anda buang, selagi ianya masih boleh digunakan. Kami sanggup menjadi pusat pengumpulan untuk disalurkan kepada mereka di Acheh dan Sulu melalui jaringan Rumah Raudhah ini.

Semuga apa yg diusahakan oleh RPWP dapat membuka mata dan hati masyarakat bagi mewujudkan lebih ramai jiwa prihatin di bumi Allah ini.

ALHAMDULILLAH.

Location: RPWP

Comments (5) Jan 04 2010


Majlis Penutup Kem Cuti Sekolah RPWP Mengkagumkan

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags:

 

Anakanda Syafaat tersenyum gembira menerima sijil penyertaan.

Anakanda Syafaat tersenyum gembira menerima sijil penyertaan.

27 Disember 2009 – by Warga Prihatin - 163 photos  (sila klik)

Malam ahad 27 Disember 2009 menjadi malam kenangan yang sukar dilupakan dengan berlansungnya Majlis Penutup Kem Motivasi Cuti Sekolah sesi 2009 di RPWP.

Apa yang paling mengejutkan dan mengkagumkan para hadirin ialah tahap kreativiti anak-anak yang mampu merangka serta mengendalikan sepenuhnya majlis itu termasuk merangkumkan segala aktiviti harian yang berlansung selama sebulan dalam bentuk persembahan ala-teater. lengkap dengan iringan muzik yang mereka mainkan.

Ia melibatkan lakunan aktiviti pembelajaran, latihan rohani dan jasmani, silat, kawad, solat, kerjatangan dan berbagai-bagai lagi. Suasana sepanjang majlis dipenuhi dengan senyum dan keriangan seluruh audien yang rata-rata sangat kagum dengan persembahan yang menarik dan menghiburkan itu.

Choy dan Pitry dari FB tidak ketinggalan turutserta menyaksikan majlis yang gemilang itu.

Choy dan Pitry dari FB tidak ketinggalan turutserta menyaksikan majlis yang gemilang itu.

Di samping memberikan pengisian minda dan motivasi, program ini juga bertujuan untuk merapatkan silatulrahim anak-anak yang tidak tinggal di RPWP dengan penghuni tetap dari kalangan asnaf sebagai persiapan untuk membentuk komuniti masyarakat penyayang dan saling bekerjasama tanpa mengira pangkat dan darjat. Ia juga bagi mengelakkan anak-anak berkeliaran dan melakukan kerja-kerja tidak berfaedah dan merosakkan di sepanjang musim cuti sekolah.

Pementasan ala teater yang menceritakan aktiviti sepanjang kem percutian.

Pementasan ala teater yang menceritakan aktiviti sepanjang kem percutian.

Semua yang menyertai program ini telah diberikan cenderahati dan sijil penyertaan sebagai kenang-kenangan.

En.Choy, En.Pitry Baharin, rakan facebook yang kebetulan turutsama dalam program gotongroyong pada petangnya turut sama menyaksikan perjalanan majlis dari awal hingga akhir.

Alhamdulillah – Warga Prihatin.

Location:  rpwp 

Created December 29, 2009

Comments (0) Jan 02 2010


Majlis Pertunangan 2 Pasang Anak2 WP Mencatat Sejarah RPWP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Mesej Admin, Pendidikan, Rencana.
Tags: , , , , , ,

 

Suasana dewan sewaktu majlis pertunangan dua mempelai.

Suasana dewan sewaktu majlis pertunangan dua mempelai.

27 Disember 2009 by Warga Prihatin - 103 photos

(Klik untuk melihat foto album)

27 Disember 2009 mencatat sejarah bilamana 2 pasang anak-anak Warga Prihatin di tunangkan secara rasminya. Majlis yang ringkas tetapi meriah dan penuh warna warni itu di daulatkan dengan kehadiran kesemua Warga Prihatin dan anak-anak dengan pakaian seragam rasmi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat, ucapan nasihat oleh beberapa ayah dan ibu dari kalangan Warga Prihatin, di ikuti dengan upacara menyarung cincin dan ucapan nasihat oleh ayahanda Dr Hj Masjuki sendiri.

Di antara sebab pertunangan dilaksanakan seawal umur 17 tahun bagi pasangan gadis ini dengan pasangan lelaki berumur 19 dan 20an ialah kerana ingin mengelakkan gejala sosial yang semakin membimbangkan. Pasangan ini diberikan pelbagai nasihat agar tidak mencemarkan nama baik agama, bangsa dan negara melalui aktiviti maksiat sepertimana yang sedang berleluasa sekarang.

Mumy Nor seyum gembira sambil membawa bunga telur...

Mumy Nor seyum gembira sambil membawa bunga telur...

Di antara keunikan upacara ini ialah di mana budaya jodoh pertemuan di tangan pengatur diamalkan semula. Anak-anak ini dijodohkan oleh para ibu bapa mengikut kesesuaian umur dan perwatakan masing-masing. Mereka tidak dibolehkan menghubungi pasangannya secara lansung, sekalipun melalui sms. Mereka hanya boleh menghubungi pasangan mrk melalui handfone ibu masing-masing.

Pasangan ini tidak dibebani dengan hantaran yang menggunung dan segala macam bebanan perkahwinan, kerana semuanya akan di uruskan oleh Warga Prihatin. Tempoh pertunangan tidak di tetapkan, bahkan mereka boleh memohon untuk melansungkan perkahwinan apabila kesemua yang terlibat telah siap sedia untuk berbuat demikian tanpa sekatan. Mereka diberi peluang untuk mempelajari pelbagai ilmu untuk menjadi suami, bapa atau isteri dan ibu yang baik. Mengenali pasangan masing-masing dan mencari jalan untuk memperbaiki tabiat masing-masing di mana perlu.

Seyuman riang dan redo

Seyuman riang dan redo

Alhamdulillah, berkat didikan Warga Prihatin, kesemua pasangan ini akur dan kelihatan gembira dengan apa yang diaturkan oleh para pengatur di RPWP. Suasana redo dan puashati jelas tergambar dari wajah semua yang hadir di foto-foto yang dirakam sepanjang majlis itu.

Semuga kaedah ini dapat mengembalikan martabat agama, adat bangsa dan mampu melahirkan generasi yang taat dan berilmu di masa akan datang, Insyaallah.

WARGA PRIHATIN.

Location: RPWP

Created December 30, 2009

Comments (0) Jan 02 2010





>

Login






Lost password?

Calendar

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 141

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress