Love visit to RPWP by Mr. Yong, Ms. Kimberly & Family

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , , , , , ,

WARGA PRIHATIN – Sunday, 29th November 2009

KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN.

Ketibaan Mr Yong dan Ms Kimberly disambut oleh WP dengan kasih mesra.

Kimberly and her family have been warmly welcomed by 65 kids and 20 co-founders of RPWP

Love is all about Warga Prihatin and it main principle. Kimberly is one of the core personnel behind the international business in wedding publication brand, WeddingbyEternal.Com. At her young age,  she already become a prominent figure throughout Singapore and Malaysia. Nevertheless, it doesn’t restricted herself and her family (including her child) to pay some attention to the underprivileged people in Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Her visit began from 1.00pm today and lasted for almost 3 hours. Kimberly and her family have been warmly welcomed by 65 kids of Rumah Pengasih Warga Prihatin with a salawat. They also been greeted by 20 family leaders acted as the co-founders of Rumah Pengasih Warga Prihatin itself.

In line with 1Malaysia spirits, we never differentiate people by races. We treated everyone who come to our house with full of VVIP protocol even if they just come for a simple visit. First words came out from Kim’s mouth was…

“Don’t do like this lah, make it informal… I’m not VIP” We did answered… “No matter who you are, whoever visited this house will be treated not as VIP but as VVIP”

We, at Rumah Pengasih Warga Prihatin glad to meet the whole family at our humble house. We do hope the love bond between Kim’s family with Warga Prihatin’s family will bloom more and more in the future.

Warm regards.

KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN.

 

WARGA PRIHATIN – Ahad Nov 29, 2009

Mr Yong turut meneliti Karya Khat yang dimenangi oleh Mohd Abid, mengalahkan 6000 hasil karya lain dalam pertandingan seni Khat Seluruh Nusantara Anjuran Utusan Malaysia 2 minggu lepas.

Mr Yong turut meneliti Karya Khat yang dimenangi oleh Mohd Abid, mengalahkan 6000 hasil karya lain dalam pertandingan seni Khat Seluruh Nusantara Anjuran Utusan Malaysia 2 minggu lepas.

Terpikat dengan aktiviti Warga Prihatin, Mr. Yong , Ms. Kimberly & keluarga datang menziarahi Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) dan disambut dengan kasih mesra tanpa dibatasi warna kulit dan perbezaan agama oleh seluruh pendokong RPWP dan kira-kira 65 orang anak-anak Warga Prihatin petang tadi.

“Apa yg boleh saya bantu untuk menjayakan Aktiviti Warga Prihatin?”, “Saya pasti akan datang lagi minggu depan..!”, “Saya kagum dengan usaha kalian..!”, “Kalian memang luarbiasa tetapi real (bukan golongan retorik) bagi saya…!”, “saya harus belajar dari kalian erti kebajikan dan kasih sayang..!” dan macam-macam lagi ungkapan keramat yang mereka lontarkan.

Alhamdulillah, ini semua bolehlah dijadikan bukti bahawa perbezaan bangsa dan agama bukan halangan untuk hidup berkasih sayang di bumi Allah ini.

Sementara itu, En Huzir, penyumbang komputer yang datang dari Kedah bersama anak isteri dan berada di sini sehari sebelumnya turut sama memberikan penerangan tentang Makmal Komputer anak-anak.

Apabila diberitahu yang seluruh pembiayaan pembinaan dan pengurusan RPWP adalah hasil sumbangan hanya 20 keluarga yang berganding bahu sejak awal dulu, tiba-tiba satu lagi ungkapan yang mengejutkan terpacul dari bibir Kimberly… “Saya wonder dengan dunia ini, orang yang tidak ada banyak duit sangat pemurah untuk menyumbang wang ringgit, masa dan tenaga bagi melaksanakan kerja kebajikan seperti ini. Semakin kaya seseorang itu, semakin berkira dan kedekut jadinya, tidak kira apa bangsa sekalipun” kata beliau…, Subhanallah.

Begitu juga ungkapan Surasani A/P Subramani yang menyumbang makanan untuk  bekalan Warga Prihatin ke Melaka Minggu Lepas. Beliau asyik bertanya, ” masih ada lagi kah di dunia ini, orang  yang sanggup serah semua harta, masa dan tenaga dia untuk kebajikan seperti ini..?” katanya.

Apabila menyentuh tentang masalah perkauman di negara ini, Kimberly berkata “Saya suka prinsip WP yang tidak membezakan kaum. Bagi saya, polarisasi kaum ini kerja pemimpin atasan untuk menjaga kepentingan politik sempit mereka. Hasilnya adalah jenayah dan pergaduhan yang menjadi-jadi. Yang jadi mangsa adalah rakyat biasa, sebab penjenayah tak rompak rumah pemimpin yang ada bodyguard, rumah berpengawal dan bila berlaku rusuhan ada FRU jaga” katanya bersungguh-sungguh.

Subhanallah. Cukuplah kesedaran masyarakat pelbagai kaum ini sebagai hadiah yang menyenangkan kepada usaha mengenengahkan kemurnian Islam, melalui konsep kasih sayang yang diusahakan oleh WP. Dalam diam-diam, ada rupanya golongan yang memandang baik usaha WP, yang tidak pernah mengharap balasan selain dari keredaan tuhan dan berkongsi kebaikan sesama manusia selama ini.  

 “Saya merasakan tidak mustahil selepas ini akan bertambahnya kunjungan daripada pelbagai kaum atau bangsa ke RPWP” komen Mohamad Hakimi Tew Abdullah di Facebook Warga Prihatin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke atas keluarga Yong yang sudi datang memberikan sokongan moral kepada WP. Kami tidak terasa rugi sedikitpun berhenti kerja sebentar utk menghormati kedatangan Mr Yong & Ms Kimberly. Biar apa orang kata, kami tetap gembira melihat penerimaan semua kaum dengan  pendekatan Kasih sayang yang kami usahakan.

WE LOVE ALL OUR FELLOW MALAYSIAN.

KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN.

Comments (6) Nov 30 2009


Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race.

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , ,

Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race.

Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race. Klik untuk ke galeri foto

 

WARGA PRIHATIN – Nov 21, 2009

Program AGRO X-RACE anjuran bersama Institut Skill-Tech dan Utusan Melayu, telah berlansung dengan jayanya pada hari Sabtu, Nov 21, jam 9am – 2pm di cawangan Durian Tunggal. Seramai 400 Pelajar Sek Men seluruh negara mengambil bahgian sempena Program Seni Jawi Nusantara Terbesar yang dianjurkan buat pertama kalinya ini. Ketua Menteri Melaka, YAB Dato’ Seri Mohammad Ali Rustam telah hadir di majlis penutup dan penyampaian hadiah jam 1.30 petang.

 

Alhamdulillah, walaupun hanya menerima jemputan turutserta dalam pertandingan ini sehari sebelumnya, tanpa persediaan sama sekali, malah semalaman para peserta tidak tidur sebelum perlumbaan itu kerana membantu rakan-rakan membuat persiapan pameran dan lain-lain, kumpulan Anak-anak Warga Prihatin yang diberi nama `Kumpulan Prihatin’ ini telah berjaya memenangi tempat ke 2 dan membawa pulang hadiah tunai RM 1500 dan hamper.

Kumpulan ini terdiri dari Mohammad Abid Masjuki selaku ketua kumpulan, Syafaat Bin Mohamad Yazid, Jazreen Bin Johari dan Mohamad Afiq Bin Baharuddin. Mereka hanya tertinggal tidak sampai 1 minit dari pemenang pertama ke garisan penamat, berbanding dengan perbezaan 15 ke 30 minit antara kebanyakkan pemenang2 peserta yang lainnya.

Amatlah mengharukan apabila semua anak-anak yang terlibat dalam pertandingan, sekali lagi mewakafkan semua wang hadiah RM1,500 untuk perbelanjaan mengurus dan membangun Rumah Pengasih Warga Prihatin. “Kami bertanding atas nama Prihatin, bukan atas nama peribadi” kata mereka bersahaja semasa diminta berucap dalam majlis ringkas meraikan kejayaan dan penyerahan Wang Hadiah dari mereka. Seluruh Warga Prihatin menerimanya penuh kesyukuran dan bangga dengan jatidiri dan keperihatinan anak-anak ini.

Pengetua Warga Prihatin, Dr Hj Masjuki Musuri, para Pengurusan, para pendokong dan seluruh penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin turut hadir bagi memenuhi jemputan khas Pengerusi Executive Skill-Teck yang datang sendiri Ke Rumah ini di Kajang dan dari pihak Utusan yang menjemput melalui panggilan talipun. Di samping memberisokongan moral kepada anakanda Mohammad Abid – Icon Remaja kita bersama 3 lagi anak Prihatin yang dijemput khas menyertai pertandingan itu, kami juga turut mengambil peluang berekreasi bersama keluarga di samping memeriahkan suasana dan memberikan sokongan moral terhadap usaha murni Utusan dan Skill-Tech memartabatkan seni Jawi Warisan Melayu.

Kepada semua yang telah menunjukkan minat bagi mendapatkan maklumat semasa melawat gerai pameran RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Semuga anda mendapat sedikit sebanyak hidayah bagaimana kaedah Islam yang tepat perlu digunapakai untuk membangun keluarga, membina akhlak dan jati diri anak-anak hasil dari perkongsian maklumat dengan Warga Prihatin di pameran itu.

Sokongan moral dan perkongsian pengalaman dari anda, serta kejayaan demi kejayaan yang ditunjukkan oleh anak-anak Warga Prihatin benar-benar telah menaikkan semangat Warga Prihatin untuk terus berbakti dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh.  Segala puji bagi Allah jua. Alhamdulillah.

Kumpulan Prihatin yang diketuai Abid Menang Tempat ke2 Agro-X-Race.Sila Klik Tajuk untuk membaca berita di utusan.

400 pelajar sertai AgroXRace Utusan Melayu Mingguan

dn_34_1

Aktiviti sekitar Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di Durian Tunggal, Melaka, kelmarin.

  

 

ALOR GAJAH 22 Nov. – Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di sini berjaya menarik kira-kira 400 penyertaan daripada pelajar sekolah menengah antaranya dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pertandingan tersebut merupakan komponen kedua penganjuran Pertandingan Seni Jawi Nusantara yang berlangsung sepanjang September lalu dan disertai 6,000 pelajar dari seluruh negara.

Berlangsung di Institut Skill Tech, Durian Tunggal di sini, pertandingan AgroXRace yang julung kali diadakan tahun ini berkonsepkan pencarian harta karun berasaskan produk pertanian dengan berpandukan tulisan jawi.

Selain bertujuan mengisi cuti persekolahan pelajar, pertandingan itu turut menekankan ketahanan minda dan fizikal pelajar serta memantapkan semangat berkumpulan di kalangan mereka.

Empat pelajar terbahagi kepada 80 kumpulan dan perlu mengatasi rintangan 10 kawasan dengan berpandukan tugasan dalam tulisan jawi yang berkaitan aktiviti pertanian seperti memindahkan ikan, membentuk origami haiwan, mengeja nama haiwan dan makan sayur peria.

Pada pertandingan itu, Kumpulan Al-Ehsan berjaya merangkul tempat pertama dengan catatan masa sejam 32 minit mengatasi Kumpulan Prihatin dengan masa satu jam 33 minit manakala tempat ketiga iaitu Islamic Desa dengan masa satu jam 50 minit.

Kumpulan Al-Ehsan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hamper manakala tempat kedua wang tunai RM1,500, hamper dan tempat ketiga menerima wang tunai RM1,000 dan hamper.

Selain itu, 17 pasukan lain menerima hadiah sagu hati berupa hamper manakala sembilan kumpulan lain turut menerima hadiah khas yang disediakan oleh pihak penganjur.

Semua hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dengan diiringi Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek dan Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusuff.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan acara sehari itu antaranya jualan gerai buah-buahan, demonstrasi mencipta produk makanan berasaskan bahan agro, pertandingan kanak-kanak, pameran pertanian dan demonstrasi rawatan rambut.

Sementara itu menurut Nordin, pihaknya tidak menyangka penganjuran AgroXRace bersama akhbar Utusan mendapat sambutan amat menggalakkan apabila 800 penyertaan diterima di peringkat awal.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian penyertaan terpaksa ditolak memandangkan kapasiti Institut Skill-Tech yang seluas kira-kira 13 hektar hanya mampu menampung penyertaan seramai 400 pelajar.

 Kumpulan Prihatin yang diketuai Abid Menang Tempat ke2 Agro-X-Race.

Swasta digalak anjur program tulisan jawi

 

JawiMelaka (393)

Pengetua & Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr Masjuki mengambil peluang bermesra dengan anak-anak dan Warga Prihatin sewaktu berbaris menyambut ketibaannya.

ALOR GAJAH 21 Nov. – Penglibatan golongan korporat dan swasta amat diperlukan dalam usaha untuk memartabatkan tulisan jawi di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sekiranya golongan itu kurang menyerlah dan lebih gemar ‘berpeluk tubuh’, usaha kerajaan untuk memartabatkan tulisan jawi akan sia-sia.

Beliau berkata, sekiranya tiada pendekatan serius diambil dalam soal itu, tidak mustahil tulisan jawi bakal pupus ditelan zaman.

“Jika sudah ada usaha yang diambil sekarang ini pun, ia seperti melepaskan batuk di tangga sahaja, tanpa memberi sebarang kesan jangka panjang untuk masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di sini hari ini.

Seramai 400 pelajar sekolah menengah dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur termasuk Melaka menyertai program sehari itu yang buat pertama kali dianjurkan pada tahun ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek dan Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusuff.

Sehubungan itu Mohd. Ali berkata, kerjasama Kumpulan Utusan dan Institut Skill-Tech menganjurkan pertandingan jawi melalui Seni Jawi Nusantara dan AgroXRace wajar dicontohi oleh pihak swasta lain.

Beliau berkata, ia bertujuan mengerakkan usaha memartabatkan tulisan jawi di kalangan generasi muda dengan lebih berkesan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita sentiasa menyokong usaha pelbagai pihak dalam menganjurkan program tulisan jawi dan mahu usaha ini diteruskan pada masa depan demi memartabatkan tulisan jawi,” katanya.

Bagi tujuan itu juga, kata beliau, kerajaan negeri bercadang untuk memasukkan program pertandingan AgroXRace di Institut Skill-Tech, Durian Tunggal di sini, dalam kalendar pelancongan negeri.

“Kita dapati banyak faedah boleh diperolehi melalui program ini kerana selain pelajar dapat menguasai tulisan jawi, mereka juga berpeluang mengenali lebih dekat ilmu pertanian di Skill-Tech yang boleh dianggap sebagai produk pelancongan agro,” katanya.

Klik Link ini untuk melihat foto album berkaitan. Kira-kira 150 gambar-gambar menarik hasil sentuhan jurugambar antarabangsa, Dato’ Saiful Nang dan Mohammad Dinie dari  jenama Candid Syndrome (The Colours of Asia Sdn Bhd) akan di upload apabila talian internet yang sangat perlahan ketika ini kembali pulih. Anda pasti tertarik dengan gambar-gambar yang sangat journalistik itu.

Comments (3) Nov 23 2009


Berita Terkini Kecemerlangan Yang Menyeluruh Anak Didik Warga Prihatin

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Mesej Admin, Pendidikan.
Tags: ,

Khamis – 19 November 2009

Untuk menyemarakkan lagi semangat anak-anak dan menjadi dorongan kepada yang lain, Warga Prihatin (WP) ingin berkongsi berita gembira tentang peningkatan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang baru diterima sepanjang hari ini.

Anakanda Nur Hani Masjuki

Nur Hani Masjuki

Anakanda Nur Hani Bte Masjuki terus mengekalkan tempat pertama dalam darjah dan keseluruhan Tahun-4 Sekolah Rendah Leftenan Adnan, Sg Ramal dengan menjadi pelajar terbaik matapelajaran matamatik dan Agama islam.  Tidak seperti tahun lalu yang mana beliau menduduki tempat pertama, tahun ini beliau mendapat tempat ke tiga keseluruhan Kelas 4, Sekolah Agama Rahmaniah, dikalahkan oleh pesaingnya dengan hanya perbezaan 0.5 markah sahaja dari tempat pertama (95.5 dan beliau 95.0 markah). Beliau turut menjadi pelajar terbaik Matapelajaran Bahasa Arab. Anakanda Nurhani turut memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pidato 1-Malaysia baru baru ini.

 

Eisya Bt Mohd Nazir Eisya Bt Mohd Nazir

Anakanda Eisya Bt Mohd Nazir pula diberitakan  berjaya mempertahankan kedudukan pertama dalam Kelasnya dan kekal sebagai pelajar terbaik mata pelajaran Bahasa malaysia. Beliau turut cemerlang dengan mempertahankan kedudukan pertama nya di Sek Agama .

Aziq Amri Bin Baharudin

Aziq Amri Bin Baharudin

 

Anakanda Aziq Amri Bin Baharudin diberitakan mendapat tempat pertama dalam Kelas dan Keseluruhan Aliran Tahun 2. Beliau juga mendapat tempat terbaik dalam Subjek Pemahaman dan matematik.

 

 

 

Nur Amira bt Baharudin

Nur Amira bt Baharudin

Sementara itu, Anakanda Nur Amira bt Baharudin telah diberitakan mendapat tempat terbaik dalam matapelajaran Agama Tahun 5.

Dalam usaha berterusan menangani masalah kelemahan semangat dan memperbaiki akhlak anak-anak, Warga Prihatin turut berjaya memperbaiki ketertinggalan pencapaian akademik ramai anak-anak sehingga masing-masing berjaya mencapai keputusan yang jauh lebih baik dan membanggakan.

 

 

Anakanda Khairunnisa fatini Bte Khairuddin   Khairunnisa fatini Bte Khairuddin

 

Anakanda Khairunnisa fatini Bte Khairuddin yang sekian lama hanya mampu menggarap pangkat B dalam hampir semua matapelajaran telah berjaya dengan 4A, 1B dalam keputusan UPSR pagi ini.

 

  

Nik Mohd Kharraz

Nik Mohd Kharraz

 

Demikian juga Anakanda Nik Mohammad Kharraz Nik Mat yang tidak begitu menyerlah sebelumnya telah mampu mendapat keputusan 3A 2B dalam UPSR.

 

 

 

 

Nur Affifah

Nur Affifah

 

Anakanda Nur Affifah Bte Rosli yang sering gagal dalam hampir semua mata pelajaran sebelumnya berjaya menunjukkan peningkatan melalui keputusan 1A 2B 1C dalam keputusan UPSR pagi tadi. 

 

Alexander Khalifah (Alif) Bin Khalinan

Alexander Khalifah (Alif) Bin Khalinan

Bermula dari peringkat tadika, pencapaian kedua-dua anak didik Warga Prihatin, anakanda Alexander Khalifah (Alif) Bin Khalinan berjaya mendapat tempat pertama dan  Anakanda Abu Rijal Masjuki di tempat ketiga, Peringkat Pra Sekolah di Tadika Kemas, Sg Ramal Luar, Kajang. Sementara itu, Anakanda Nur Adina bt Baharudin pula diberitakan telah memenangi Anugerah Membaca Bahasa Inggeris terbaik Peringkat Negeri, Tarian Tradisional Melayu tempat ke.3 dan Hasil kerja murid terbaik pra sekolah.

  

Anakanda Abu Rijal Masjuki

Anakanda Abu Rijal Masjuki

Anakanda Nur Adina bt Baharudin

Anakanda Nur Adina bt Baharudin

Sesungguhnya, tidaklah pencapaian akademik itu yang ingin terlalu dibanggakan. Namun tidak lansung mensyukuri peningkatan pencapaian anak-anak adalah menjadikan kita disifatkan sebagai kufur nikmat. Apa yang terus menjadikan kami warga yang amat bersyukur ialah apabila sentiasa mendapat salam takzim dari pihak sekolah bahawa anak-anak Warga Prihatin sering menjadi icon di sekolah dari segi akhlak, jatidiri dan budipekerti, khususnya anak-anak perempuan.

 

 

Dengan penuh kesyukuran, kami kembalikan segala rahmat dari pencapaian ini kepada Allah swt dengan lafaz – ALHAMDULILLAHI ROBBIL AALAAMIIN.

Comments (5) Nov 19 2009


5A Untuk Anak Warga Prihatin Hujung Desa- Keputusan UPSR

Posted: under Pendidikan.
Tags: , , , ,

JawiMelaka (227)

HARITH HAKIM BIN AWANG – 5A UPSR

November 19 at 12:02pm

Debaran pelajar dan ibubapa tentang keputusan UPSR telah berakhir. Hari ini merupakan hari mengutip hasil, setelah 6 tahun ibubapa dan guru2 menyiram pelbagai corak baja kepada anak2. Hari ini ada ramai pelajar yang tersenyum, ramai juga yang bermuka masam. . Ianya bergantung kepada amal usaha yang telah dilakukan sebelum ini. Yang banyak usaha dan belajar bersungguh2 dengan kaedah yang tepat akan berseri2 muka kerana dapat keputusan yang cemerlang, dan begitulah sebaliknya.

Anakanda Harith Hakim bin Awang, calon tunggal anak didik Warga Prihatin yang menerima bimbingan jarak jauh, bersekolah di Sek Ren Keb Raja Bahar, Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang yang mendapat  jolokan Serambi Mekah telah berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR yang telah diumumkan.

Semestinya ini menjadi satu lagi kebanggaan Warga Prihatin yang telah mendidiknya sekian lama. Alhamdulillah, kami kembalikan segala pujian bagi Allah, semuga ditambahkan lagi kurnia kasih sayang dan rahmatNya untuk kejayaan yang seterusnya.

Sebagai anak didik yang tinggal berjauhan, tidak menetap di Rumah Pengasih, pendidikan terhadap Harith dilakukan dengan cara yang agak berbeza dari anak2 warga Prihatin yang lain, iaitu dengan menggunakan teknologi terkini telesidang Skype dan juga YM secara online.

Bila ditanya tentang rahsia kejayaan, beliau yang menunjukkan rasa amat bersyukur pada Allah mengatakan kejayaan yang dicapai adalah berkat hasil usaha yang berterusan yang telah dijalankan disamping cetusan keramat dari ibu dan bapa Warga Prihatin.

Beliau memutuskan untuk berpindah ke Rumah Prihatin di Kajang hujung tahun ini untuk menjadi Anak Prihatin sepenuh masa bagi meneruskan persekolahan dan mendapat bimbingan terus dari ibu2 dan bapa2 di Rumah Pengasih Warga Prihatin mulai sessi 2010 bersama-sama anak2 yang lain. Ditanya kenapa tidak meneruskan pengajian di sekolah berasrama yang lain jika ditawarkan, beliau menjawab sebagai anak, dia mesti taat dan redho dengan aturan yang telah dibuat oleh bapanya, sambil merujuk kepada ketandusan sahsiah dan cabaran gejala sosial yang sangat berat di persekitaran luar.

Harith, merupakan Penolong Ketua Pengawas sekolah bagi sessi 2009. Selain cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan telah dinobatkan dengan anugerah khas iaitu sebagai Olahragawan Sekolah Tahun 2009. Beliau amat aktif bersukan dan merupakan kapten pasukan bolasepak sekolah. Mula mewakili sekolah dalam bolasepak sejak darjah lima lagi. Selain aktif bersukan beliau juga memegang jawatan penting seperti menjadi Timbalan Pengerusi Persatuan Kadet Remaja Sekolah, AJK Persatuan Islam dan lain2.

Akhir sekali, kejayaan yang dicapai merupakan satu perangsang untuk menempuh kejayaan yang akan datang berdasarkan konsep berakit2 ke hulu berenang2 ketepian, bersusah2 belajar dahulu barulah datang kejayaan. Beliau berazam akan meneruskan usaha bersungguh2 tanpa mengenal erti letih, jemu, putus asa dan pantang menyerah di samping taat dan berbakti kepada ibubapa dan guru.

Alhamdulillah – WARGA PRIHATIN

Comments (8) Nov 19 2009


Ubat Kimia, Air Jampi dan Air Kosong Dalam Rawatan Moden Yang Islamik- Part 1

Posted: under Dakwah, Pendidikan, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kembalilah Kepada Rawatan Yang Bersifat Alami

Kembalilah Kepada Rawatan Yang Bersifat Alami

Dunia moden telah terlalu maju dengan pelbagai jenis penemuan dan rekaan dalam merawat pelbagai penyakit. Ada kalanya kita mengalami kebuntuan. Penulis ingin mengajak pembaca merenung isu ini, kerana ianya berkait rapat dengan penyakit masyarakat, gejala sosial, jenayah, perpecahan ummah dan sebagainya.  Apa yang akan dikaitkan dengan fakta sains tentang rawatan menggunakan air kosong ini dengan gejala sosial dan penyakit masyarakat yang sedang melanda dunia akan diterangkan mengikut fundamental mukamat dan mutasyabihat dari petunjuk yang telah dinukilkan dalam al-Qur’an dan telah ditunjukkan oleh para rasul dalam sunnah mereka. Baca dan sebarkan kepada sahabat dan nantikan penjelasan lanjut dalam part 2. 

PROPER DRINK ING OF WATER TREATS MANY CRITICAL ILLNESS

Besides exercises and healthy diet, drinking plenty of water is highly required for a good health. Hence, water plays a keen role to lift our health.

Normally, when our body requires water, we feel thirsty. In order to satisfy our body requirement we drink some amount of water and then we overlook until another stimulation of thirst. This resembles that we drink water only for our survival and not for health.

Lots and lots of researches reveal incredible benefits of drinking water. These researches advice drinking about 10 -12 glass of water daily for good health. If we calculate the normal drinking of water for ourselves, then we come to know that we hardly drink around 6- 8 glasses of water in a day. Therefore, it is very necessary to explore number of hidden advantages of water.

Water increases our metabolism, boost energy, moisturizes our skin and last but not the least act as a detoxification agent in order to reduce the toxic substances from our body. In addition, it also acts as anti-aging agent and brain food for us. In order to understand each of the benefits of drinking water in more detail, let us look at them one by one.

Boosting energy into our body:

Normally when we feel sluggish, we thought that it is due to the lack of sleep and nothing else. This is only one face of the coin; even mild dehydration is also responsible for significant energy loss and lethargic feeling. Generally, people consider that only sweltering is responsible for the loss of energy. But they are unaware about the effect of lack of water in the body even if it reduces to only 5%. Lack of water reduces the energy level in our body and leads us to feel inactive.

Increases in metabolism rate:

Effective metabolism reflects a number of positive effects on our body. Water helps in proper digestion by allowing our body to use all the minerals, nutrients, vitamins etc present in the food contents in the stomach in more effective manner. Therefore, intake of plenty of water builds the strong metabolism that will assist us to maintain our body weight as well as to take out maximum benefit from food we eat.

Detoxification agent:

There are a number of toxic substances assembled in our body that are harmful for us. Our body sends them out to prevent us from any harmful effect. Plenty of water dissolves concentrated amount of toxic substances, that in turn facilities excretory systems to remove them from our body without any harmful consequences. Water is also helpful to prevent cancer because there are number of toxic substances accumulated in our body that can be a cause of cancer in future.

In brief, people are really unaware of the hidden facts about drinking water that can help them to live a healthy life. Hence, plenty of drinking of water really boost the energy and provide good heath to us.

 

How Does Proper Drinking of Water Treats Critical Illness ?

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

  1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
  2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
  3. After 45 minutes you may eat and drink as normal…
  4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
  5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
  6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:

  1. High Blood Pressure (30 days)
  2. Gastric (10 days)
  3. Diabetes (30 days)
  4. Constipation (10 days)
  5. Cancer (180 days)
  6. TB (90 days)
  7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.  It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink water and stay healthy and active. 

This makes sense… The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals…not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain…  

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.  It is nice to have a cup of cold drink after a meal.  However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.  Once this “sludge” reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.  

A serious note about heart attacks:

  • Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,
  • Be aware of intense pain in the jaw line.
  • You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.
  • Nausea and intense sweating are also common symptoms.
  • 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.
  • Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let’s be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive…

 A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we’ll save at least one life.  Please be a true friend and send this article to all your friends you care about .

DR MASJUKI & WARGA PRIHATIN

Comments (2) Nov 18 2009


Huzir Sumbang 12 Komputer bernilai RM22 Ribu Untuk Makmal Komputer WP

Posted: under Pendidikan.
Tags:

Huzir Sumbang 12 Komputer bernilai RM22 ribu untuk Makmal Komputer WP

Huzir Sumbang 12 Komputer bernilai RM22 ribu untuk Makmal Komputer WP - Klik gambar untuk melihat beberapa foto yang lain.

WARGA PRIHATIN – Selasa, 16 November 2009

Wajah riang penuh kesyukuran terukir di wajah anak-anak dan pendokong Warga Prihatin, tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan gembira yang amat sangat, apabila makmal komputer Rumah Pengasih Warga Prihatin siap sedia untuk diguna pada petang ahad kelmarin (Nov 15).  Ia menyediakan 10 biji komputer baru dan 6 biji komputer terpakai berbagai spesifikasi sumbangan orang ramai. Unit unit itu diagihkan di 3 lokasi mengikut keperluan seperti dibilik kawalan dan studio, ruang tamu dan dewan belajar/perpustakaan mini/makmal komputer.

Dari kesemua itu, saudara Huzir yang telah mengikuti penuh minat perkembangan Warga Prihatin sejak lebih 2 tahun lalu telah menyumbangkan 10 komputer HP dengan Flat Screen serta perisian Vista original, bersama dua komputer terpakai yang masih elok bernilai kira-kira RM 22 ribu. Di samping itu Huzir turut menyumbangkan kepakaran IT nya untuk membina dan menyenggara talian networking, laman Web www.prihatin.net.my dan segala yang berkaitan dengan teknologi IT, sesuai dengan kepakarannya sebagai pengusaha perkhidmatan IT dan seorang graduan Amerika dalam bidang itu.

Huzir yang menyempurnakan nazarnya telah hadir bersama isteri yang memandu kereta Kancilnya untuk membawa beliau yang belum pulih sepenuhnya dari demam panas ke Kajang. Amat terharu sekali apabila mengetahui bahawa beliau meninggalkan bayinya di Kulim bersama penjaga dan terpaksa bergegas pulang sebaik saja sistem komputer dan networking di makmal komputer siap diujiguna.

Satu SMS yang paling memilukan hati diterima dari saudara Huzir setelah beliau tiba di rumahnya di Kulim awal pagi ahad. Ia berbunyi, “.ayah tahu tak?, saya cukup terharu bila saya lihat wajah abang Joe, abang Nan dan anak-anak bila internet di lab dah berjalan, walaupun dari segi teknikal benda tu senang saja nak diselesaikan, tapi wajah kesyukuran depa tu betul2 menyentuh hati saya,.. rasa macam lebih dari mendapat upah ribu ribu :) ” … Subhanallah.

SMS itu hanya mampu kami jawab dengan kata-kata berikut.. “Nak lihat penerimaan amal kita di sisi Allah… lihat pada wajah manusia yg menerimanya, manusia yg memberi, yang bersih hati, sebersih kehendak illahi.  Senyuman (kesyukuran) mereka adalah senyuman Allah… Alhamdulillah” itu lah sahaja yang mampu kami jawab berdasarkan Pepatah Sufi:  “jika kamu ingin melihat wajah Allah, lihatlah pada senyuman manusia”. Konsep “habluminallah, wahablu minannas” hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

Beruntunglah mereka mereka yang telah membantu pendapatan rezeki insan-insan mulia seperti ini, kerana sokongan kalian terhadap mereka benar-benar sampai kepada maqam MARDHOTILLAH, dan anda turut mendapat sahamnya. Subhanallah, Alhamdulillah, Wala’ilahaillallah, ALLAHUAKBAR.

WARGA PRIHATIN.

Comments (11) Nov 17 2009


Utusan & Institut Skill-Tech Bercadang Jadikan Abid ICON Remaja

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Mesej Admin, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, En. Nordin Abdul Malek

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, En. Nordin Abdul Malek - Sila Klik Gambar Untuk melihat galeri Foto berkaitan.

 

Isnin, 16 November 2009.

Rumah Pengasih Warga Prihatin diziarahi oleh Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, En. Nordin Abdul Malek dan Isteri petang ini untuk mendapatkan gambaran lebih dekat tentang falsafah dan misi visi Rumah Pengasih dan Warga Prihatin. Beliau yang baru pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Belara Terengganu, atas jemputan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyampaikan motivasi khas kepada para pelajar sekolah tersebut, mengambil kesempatan berkunjung bagi mendapatkan kepastian, adakah benar Mohammad Abid, pemenang pertama Pertandingan Khat Seluruh Nusantara anjuran Utusan Malaysia dan ditaja oleh Syarikatnya telah menyerahkan wang hadiah berjumlah RM2000 seperti yang dinyatakan sewaktu ditanya oleh pemberita.

Beliau kelihatan amat lega dan terharu apabila soalan yang ditanyakan kepada Mohammad Abid di hadapan pihak pengurusan Rumah Pengasih ini disahkan benar. Lanjutan dari itu, beliau turut meminta izin penjaga untuk menjemput Abid bagi menghadiri satu majlis khas bersama 5 pemenang yang lain di Institut berkenaan sempena Program Agro-Race yang akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohammad Ali Rustam pada 21 hb November akan datang.

Berita kemenagan Abid sekali lagi disiarkan di satu mukasurat penuh, halaman 5, sisipan Utusan Melayu hari ini. Sementara itu beliau telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang matlamat sebenar penganjuran pertandingan itu, iaitu untuk menjaga kedaulatan bahasa Melayu melalui pemeliharaan dan pembangunan tulisan jawi ini. Malah beliau menyatakan, setinggi-tinggi kesyukuran apabila bertemu dengan satu contoh akhlak dan jatidiri seperti yang ditunjukkan oleh Abid. Kami rasa matlamat kami tercapai, di mana apa yang ditunjukkan oleh Mohammad Abid ini adalah sesuatu yang sangat dicari dari para peserta pertandingan ini, katanya dengan nada amat gembira.

Untuk itu, pihak beliau bersama Utusan Malaysia bercadang untuk menjadikan Mohammad Abid sebagai Icon Remaja supaya menjadi pendorong kepada remaja pelajar yang lain untuk mencontohinya. Di antara beberapa perancangan tindakan susulannya ialah, beliau akan mengumpulkan 50 peserta terbaik untuk menubuhkan satu kelab khas bagi mereka berkecimpung mengembangkan bakat dan kemahiran yang telah sedia ada.

Beliau turut sudi makan tengahari ala kadar bersama pihak pengurusan dalam pertemuan kira-kira tiga jam yang berjalan dalam suasana mesra itu. Seluruh Warga Prihatin mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan penghargaan di atas kejayaan penganjuran pertandingan ini dan kesudian Encik Nordin dan isteri menziarahi kami. Kita kembalikan segala yang baik kepada hidayah dan kuderat ilahi yang dipinjamkan kepada kita, dan dengan rendah diri mengakui segala kelemahan adalah atas kesilapan diri kita sendiri.

Alhamdulillah – WARGA PRIHATIN.

Comments (7) Nov 16 2009


Anugerah MASTER IN PHOTOGRAPHY oleh MPA Untuk Warga Prihatin

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Ekonomi, Mesej Admin, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

 

SAIFUL bersama sebahagian koleksi fotografi Candid Syndrom di pejabatnya di Puchong, Selangor.

SAIFUL bersama sebahagian koleksi fotografi Candid Syndrome di pejabatnya di Puchong, Selangor.

Warga Prihatin memuji syukur kehadrat Ilahi apabila seorang pendokongnya (Co-founder) iaitu saudara Saiful Nang berjaya lulus dengan cemerlang dalam ujian kelayakan menyertai pertubuhan profesional dalam fotografi yang paling dihormati di dunia iaitu, Master Photographers Association (MPA).

Saiful Nang telah berjaya cemerlang dalam siri ujian, pameran dan lisan dan kini dianugerahkan gelaran MASTER IN PHOTOGRAPHY oleh pertubuhan Dunia itu. Untuk pengetahuan pembaca, MPA diasaskan di UK sejak kira-kira 50 tahun dahulu yang hanya melayakkan kira-kira 2,000 jurugambar di dunia sebagai ahlinya secara silih berganti. 2000 di kalangan lebih sejuta jurugambar yang ada di dunia ketika ini. Lebih membanggakan,  apabila beliau menjadi antara 10 orang pertama di Malaysia yang melepasi ujian kelayakan itu yang di adakan di Singapura baru-baru ini.

Penghakiman amat ketat dijalankan oleh lebih 10 orang panel yang berpangkat fellow Master yang masing-masing didatangkan dari United Kingdom, USA, Thailand dan Singapura. Pentauliahan ini berlaku dalam format viva untuk sesiapa yang pernah mengambil ijazah peringkat sarjana dan juga doktor falsafah. Tahniah kepada Saiful Nang yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk penggambaran potret dan perkahwinan diRaja Brunei, juga Jurugambar Rasmi Program Hari Merdeka peringkat Nasional 2008, Jurugambar Perkahwinan Rasmi Ning Baizura dan banyak lagi majlis perkahwinan diRaja dan VVIP di Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Australia, Ireland, England, Eropah dan lain-lain. Beliau kini mendapat jolokan jurugambar antara yang termasyhur di Asia melalui jenama khasnya Candid Syndrome dan syarikatnya The Colors of Asia. Beliau mempunyai lebih 13,000 pelajar di Photoskool dan menjadi Prinsipal dalam pelbagai program akademi fotografi di beberapa negara seluruh dunia. Maklumat lanjut tentang beliau boleh didapati di www.candidsyndrome.com

Di akhbar KOSMO hari ini, telah disiarkan berita Candid Syndrome akan memperluaskan perniagaannya ke Australia. Tahniah buat Dato’ Saiful Nang.

Alhamdulillah, sebelum ini telahpun diumumkan, Anakanda Mohamad Abid, anak Warga Prihatin menang Juara pertandingan penulisan khat Seluruh Nusantara anjuran Utusan Malaysia mengalahkan lebih 6,000 penyertaan yang diterima daripada seluruh Nusantara..

Dalam Majlis Mingguan Keluarga Warga Prihatin petang ahad semalam, dengan rendah diri dan penuh kesyukuran turut diumumkan begitu ramai lagi kecemerlangan anak didik Warga Prihatin mendapat tempat tertinggi dalam Kelas masing-masing, menang johan acara Pidato Bahasa Inggeris, sukan dan sebagainya.

Kami Seluruh anggota Warga Prihatin sangat bersyukur apabila kejayaan demi kejayaan ditempa oleh Warga Prihatin, samada bapa, anak atau ibu-ibunya. Alhamdulillah, dengan implementasi yang baik mengikut petunjuk Allah, sudah tentu akan lebih banyak lagi kejayaan-kejayaan yang bakal ditempa pada masa akan datang, InsyaAllah. Bukan untuk terlalu berbangga dengan kejayaan-kejayaan itu,  tetapi penting untuk berkongsi pelajaran disebalik kejayaan-kejayaan tersebut bilamana mereka ditanya oleh pemberita, apakah rahsia kejayaan mereka? semuanya menjawab dengan jawapan yang sama iaitu “Pendidikan dan Disiplin Warga Prihatin” yang lembut tetapi tegas dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam secara praktis dan bukannya secara retorik.

Warga Prihatin sekeliannya mengucapkan tahniah kepada kesemua individu yang kami nyatakan di atas. Semoga dengan bertapaknya disiplin yang Allah redhai, InsyaAllah lebih ramai Warga Prihatin akan menempa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang (Amin).

Bukan pertandingan itu sebenarnya yang dibanggakan, tetapi disiplin yang ditenun cantik oleh ayah-ayah dan ibu-ibu serta adik beradik Warga Prihatin itulah antara faktor yang menjadikan mereka berjaya dalam apapun yang mereka lakukan. Termasuklah dalam akademik, pidato, pekerjaan, akhlak, kerohanian dan macam-macam lagi. Pelajaran “bekerja dengan ikhlas” yang hakiki menjadi panduan paling berguna. Ikhlas diertikan ‘berbuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh (All-out)’ kerana perkataan ikhlas itu sendiri berasal dari kata akar Arab yang bermaksud berhabis-habisan (Kholas).

Semuga berita ini boleh mengubah minda pembaca untuk turut sama berusaha menganjurkan paradigma minda rakyat Malaysia. Berhentilah kita menuding jadi kepada pihak lain, sedang pada masa yang sama secara terang-terangan menentang nasihat Allah, dengan mengabaikan peraturan hidup dari Nya.

WARGA PRIHATIN

 

16 November 2009

Candid Syndrome ke Australia

 Oleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Colours of Asia Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan khidmat fotografi potret dan perkahwinan tempatan jenama Candid Syndrome, merancang meluaskan sayap ke Australia bermula tahun 2010. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Jurufoto Utama Colours of Asia, Saiful Nang, sebanyak lima buah studio fotografi dijangka dibuka di negara tersebut iaitu di Perth, Adelaide, Melbourne, Sydney dan Brisbane dengan kos perniagaan yang melibatkan pelaburan AUD$300,000 (RM945,207) setiap satu studio.

“Berkonsepkan fotografi studio dan bukannya fotografi perkahwinan seperti yang diamalkan di Malaysia, perniagaan di Australia akan bermula di Perth pada bulan Jun 2010.

“Kami menyasarkan menjelang tahun 2013, kelima-lima studio ini akan dibuka dan memulakan perkhidmatan,” kata Saiful ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya yang terletak di Puchong baru-baru ini. Setelah bertapak kukuh di kelima-lima cawangan itu, tambah Saiful, beliau akan menawarkan program francais bagi memperluaskan lagi perniagaan di negara terbabit.

Menurut Saiful, perniagaan Candid Syndrome di Malaysia telah tepu kerana hanya mendapat perhatian ramai pada hari-hari tertentu seperti hujung minggu atau pada musim perkahwinan yang biasanya diadakan pada musim cuti persekolahan. Berikutan itu, katanya, syarikat itu tidak mampu menerima tempahan dengan banyak ataupun menaikkan harga perkhidmatan sesuka hati.

“Sebab itu, untuk terus berdaya maju, kami akan menawarkan konsep fotografi studio di Australia kerana rakyat di negara itu menghargai konsep ini.

“Perniagaan di Australia menyediakan perkhidmatan lengkap berkenaan fotografi studio daripada peringkat awal kepada produksi fotograf sehinggalah mendapatkan maklum balas pelanggan demi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami,” tambah beliau.
Saiful yakin berdasarkan kajian dan pelan pengurusan risiko yang dirangka, terdapat potensi yang besar terhadap bidang fotografi studio di negara itu. Sungguhpun masih belum memutuskan nama studio berkenaan pada masa ini, beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera promosi bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap perkhidmatan baru itu.

“Antara promosi yang diadakan termasuk mengadakan studio mini di ruang-ruang legar pusat beli-belah di sana selama dua minggu,” ujar beliau sambil memaklumkan sasaran kutipan sebanyak AUS$100,000 (RM315,000) daripada usaha tersebut. Walaupun melihat usaha itu sebagai rancangan yang besar, Saiful berkata, beliau menyasarkan perolehan sebanyak AUD$1.5 juta (RM4.7 juta) setahun di Perth.
Sementara itu, Candid Syndrome mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun lalu dengan perolehan hasil sejumlah antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta.

 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Comments (13) Nov 16 2009


Rumah diperteguh falsafah – Kosmo Ahad

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Mesej Admin, Pendidikan, Rencana.
Tags: , , , , , , , ,

kosmo_logo23

Rumah diperteguh falsafah

HAMZAH ABDUL HAMID

hamzahabdulhamid@kosmo.com.my

ru_011

Rumah Pengasih Warga Prihatin bukan sahaja menyediakan tempat perlindungan anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU), malah mementingkan perkembangan sahsiah, jati diri dan survival kehidupan kesemua penghuninya.


SEJARAH kewujudannya bermula dengan sebuah kediaman setingkat. Terletak di atas sebuah tanah persendirian seluas 0.273 ekar, apa yang boleh dilihat kini adalah fizikalnya yang sedang mengalami transisi.

Rumah di Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor ini sedang diperbesar menjadi sebuah kediaman tiga tingkat termasuk penyambungan beberapa binaan fungsi di sekelilingnya.

Biarpun kerja ubah elok masih jauh daripada sempurna, lebih-lebih lagi melihatkan timbunan kayu dan rangka keluli di halamannya yang berdebu pasir, tiada langsung ada petanda bahawa ia bakal menjadi projek yang tidak terbela.

Kalau dinilai tentang material binaannya, ia seolah-olah mencabar syarat minimum kualiti pembinaan bagi sesebuah bangunan. Lalu terlintas di fikiran, mengapakah rumah ini begitu istimewa? Apakah pula tujuan pembinaannya?

“Rumah adalah unit asas yang menempatkan penghuni di dalamnya sekali gus menterjemah kepimpinan sebuah keluarga,” kata seorang lelaki yang duduk di kerusi roda di hadapan penulis.

Difahamkan bahawa tulang paha kirinya telah patah akibat terjatuh dari pelantar ketika sedang sibuk membuat kerja-kerja pembinaan rumah tersebut pada subuh 26 Oktober lalu.

ru_012


Sesekali memperbetulkan letak duduk kakinya saat dirasakan kurang selesa, Dr. Masjuki Mohd. Musuri terus ramah berkongsi cerita.

Menurut pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin itu, bangunan kediamannya yang sudah ‘diwakafkan’ menjadi pusat aktiviti kumpulan tersebut begitu unik. Ini kerana kerana keseluruhan proses pembinaannya adalah hasil pengorbanan dan kerja tangan pendokong-pendokongnya sendiri.

“Kami berhempas pulas membanting tenaga membangunkannya dengan dana yang sangat terhad. Ada juga menerima tajaan ikhlas pihak tertentu, tetapi selebihnya adalah sumbangan sebahagian pendapatan daripada 20 keluarga asal Warga Prihatin,” ujarnya yang mesra menyambut sapaan isi rumah yang memanggilnya dengan gelaran ‘ayahanda’.

Tanpa bantuan kerajaan, rumah yang dijangka dapat menampung kehadiran lebih 200 orang keluarga besar Warga Prihatin ini dibangunkan secara berperingkat dengan memanfaatkan bahan terpakai dan terbuang, seperti kayu dan keluli yang diguna semula.

 “Sumber kewangan juga dikumpulkan daripada pengamalan konsep puasa secara hakikat. Konsep yang dimaksudkan itu adalah dengan mengoptimum perbelanjaan,” jelasnya.

PERHATIKAN pada wajah anak-anak muda ini. Siapakah idola yang mereka contohi untuk menjadi insan yang indah pekerti, tinggi pencapaian hidup, seterusnya kenal erti mencurah bakti?


Kata Masjuki, antara konsep puasa adalah dengan membelanjakan perkara yang perlu sahaja. Misalnya, warga Prihatin yang dahulunya membelanjakan sehingga RM200 sebulan untuk rokok, berjaya berfikir secara realistik untuk menyalurkan belanja itu ke dalam tabung pembinaan Rumah Pengasih.

Semua itu berkat pemahaman dan muafakat mereka dalam mendasari konsep kebajikan dan kebaktian, sebagaimana yang dianjurkan dalam pelbagai aktiviti komuniti mereka setiap minggu.

“Selain menjadi tempat berteduh dan makan minum golongan tersebut, rumah sudah pun memberi ruang memadani untuk mereka belajar tentang akhlak dan moral, ilmu dan amal, konsep keluarga Imran (surah Ali-Imran) serta banyak lagi,” ujarnya yang mengingatkan kalau rumah tanpa disertai didikan sedemikian, kesannya umpama membunuh generasi.

Tanpa disedari, setiap soalan tentang aktiviti yang dijalankan di rumah tersebut disulam falsafah yang indah dan berteraskan kemurnian Islam.

“Cuba lihat pada kualiti kayu yang dijadikan lantai aras dan dinding di tingkat dua dan tiga. Sekali pandang ia tidak sempurna bukan?” tanya Khalinan Mohd Tahar, salah seorang ketua keluarga Warga Prihatin yang bertanggungjawab dalam selok-belok pertukangan di Rumah Pengasih.


Khalinan menerangkan, setiap kayu yang lemah ada kaedah tersendiri untuk menguatkannya. Kayu yang bengkok boleh diapit supaya lurus, yang kasar boleh diketam, yang meleding boleh diragum dan diratakan, manakala yang rapuh boleh disokong dan dipasak dengan kayu lain. Akhirnya setiap kayu menjadi lebih kuat dan berguna.

“Bukankah itu juga ibaratnya sikap dan sifat manusia? Kalau seseorang itu sesat haluannya, dia perlu dirapati untuk membimbingnya ke jalan yang lurus.

“Kalau peribadinya tidak elok, seseorang boleh menasihati dan membantu menghaluskannya. Kalau dia lemah bersendirian, jemaah di sekelilingnya boleh menyokongnya dan memberi kekuatan,” kata seorang lagi ketua keluarga, Johari Ibrahim.

Kagum dengan penjelasan itu, penulis kembali meliarkan mata memandang ke sekeliling kawasan. Tatkala terlihat sebuah takungan konkrit yang berbentuk linear, seperti tab mandi yang panjang, penulis bertanya: “Bagaimana dengan kolam itu?”

Masjuki cermat berhujah: “Kolam renang itu bukan sekadar untuk anak-anak berekreasi dan berseronok semata-mata. Di sebalik latihan pernafasan dan renang, kemahiran itu sendiri sebenarnya suatu yang relevan dengan realiti kehidupan.”


Menurutnya, dalam anak-anak itu membesar dan mengenal dunia, mereka perlu ‘berenang’ dalam lautan manusia yang penuh cabaran.

“Setiap daripada mereka juga perlu ‘mengapungkan’ diri kewujudan mereka dilihat,” terang Masjuki yang menyifatkan orang yang gagal dalam
kehidupan adalah sama seperti mangsa lemas di air.

Mengadaptasi konsep itu, antara aktiviti yang dianjurkan untuk kanak-kanak di Rumah Pengasih adalah bersangkut-paut dengan skil personaliti, seperti pengucapan awam dan komunikasi berkumpulan.

Nah! Sampai begitu sekali perincian teladan dan iktibar bagi setiap sudut fizikal Rumah Pengasih dan aktiviti yang dijalankan di dalamnya.

Itu membuatkan apa sahaja pertanyaan berikutnya menjadi lebih asyik untuk didengar dan ditelusuri. Mungkin tidak ramai yang pernah memikirkan bagaimana setiap suatu yang dipandang, dilafaz, didengar dan dilakukan itu adalah sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar pemahaman ibadah.

——————————————————————————–

Di Rumah Pengasih ini, difahamkan bahawa ibu bapa dan anak-anak sering disyorkan untuk bersama-sama dalam majlis ilmu dan aktiviti gotong-royong. Tanpa diasingkan, setiap anggota keluarga berpeluang memahami sisi peribadi masing-masing seterusnya mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

“Masalah wanita dan para ibu, pasangan suami isteri, anak remaja, hinggalah kepada golongan fakir dan golongan kurang upaya, mereka ada tempat dan peranan masing-masing di rumah ini. Mereka memiliki antara satu sama lain untuk berkongsi masalah dan mencari penyelesaian,” kata Masjuki.

Besar harapan Masjuki serta himpunan orang kepercayaannya agar Rumah Pengasih Warga Prihatin berjaya sebagai wadah pembentuk konsep keluarga contoh.

“Falsafah kami adalah Al-Quran sebagai sumber rujukan dan makanan harian untuk menyelesaikan masalah keluarga, manakala sunah Rasul pula sebagai panduan khususnya dalam pendidikan keluarga,” ujarnya.

“Kami tidak memandang dari mana mereka datang atau siapa mereka sebelum ini. Lebih penting adalah dengan hasil asuhan di sini, mudah-mudahan mereka berubah menjadi insan yang lebih baik,” terangnya.

Apa yang dimaksudkan adalah anak-anak yang tinggi sahsiah, institusi keluarga yang murni arah tujunya, serta semangat kemuafakatan yang kukuh dan kekal.   Semua itu demi menjalani kehidupan yang senantiasa diberkati dengan pesan-pesan ke arah kebaikan.

DR. MASJUKI MOHD. MUSURI

HASRAT jemaah Warga Prihatin terhadap fungsi dan bakti rumah ini begitu
tinggi hinggakan mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan wang untuk membangunkannya.

Sesungguhnya setiap sen yang dibelanjakan untuk pembinaan rumah Warga Prihatin ini tidak pernah sesekali diminta pulangan dalam nilai mata wang. Kepuasan matlamatnya adalah apa yang disebutkan tadi.

Barangkali di dalam rumah ini, tiada yang menyesali akan setiap kudrat yang diperah, titik keringat yang tumpah, ataupun tulang paha yang patah.

HAMZAH ABDUL HAMID – hamzahabdulhamid@kosmo.com.my


Comments (13) Nov 16 2009


Apa Yang Tidak kena Dengan PDRM?

Posted: under Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik.
Tags: ,

pdrm_logo

Polis terpaksa tembak atau ditembak – Warga Prihatin terpanggil untuk menulis, mengajak masyarakat merenung polemik yang timbul baru-baru ini bahawa Anggota Cawangan Jenayah PDRM dituduh secara sengaja atau sewenang wenang menembak penjenayah, khususnya yang melibatkan kaum tertentu.

Beberapa hari secara berturut-turut WP memerhatikan bagaimana isu ini dimainkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga memaksa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berhempas pulas menafikan tuduhan tersebut. Akhirnya beliau berkata, mereka yang mempertikaikan kewibawaan polis adalah dijemput untuk menyertai operasi membenteras jenayah, bahkan akan ditempatkan di barisan hadapan supaya mereka memahami bahaya yang dihadapi polis setiap kali bertembung dengan penjenayah bersenjata. Melihat kepada lenggok bahasa dan body language beliau, kita nampak jelas kekesalan yang ditunjukkan hasil dari tuduhan liar ini.

Sahabat pembaca sekalian,  marilah kita cuba memahami sedikit cara kerja anggota PDRM umumnya dan JSJ khususnya dalam menangani masalah pembenterasan jenayah berat ini. Sebahgian Warga Prihatin pernah berada bersama mereka untuk tugas berat ini, bermula dari usaha mendapatkan maklumat sehinggalah melakukan penangkapan.  Tahukah kita berapa jam mereka keluar bekerja sehari, terutamanya bila menghadapi ancaman jenayah terancang yang dijangka akan memudaratkan masyarakat? Pernahkah kita bayangkan betapa ganas dan tidak berperi kemanusiaannya penjenayah apabila merasakan diri mereka terancam? Di mana kaki canang ini bila anggota PDRM di langgar mat rempit atau penjenayah yang enggan memberhentikan kenderaan apabila ditahan? Bahkan di mana mereka sewaktu kes tembak mati dan cedera parah anggota PDRM, pengawal keselamatan dan mangsa awam hasil perbuatan penjenayah ini? Begitu banyak kes culik, bunuh, rogol, rompak bersenjata yang gagal dikesan sehingga kini, di mana tukang canang ini? Apa pendirian mereka? Apa yang telah mereka usahakan untuk membantu?

Jika seorang peguam hebat memenangi kes melawan jenayah di mahkamah, mereka mendapat imbuhan yang banyak. Jika Penjenayah berjaya dalam rompakan atau mendapat wang tebusan hasil culik, mereka senang lenang.

Terfikirkah kita berapa banyak gaji dan elaun anggota Polis? Berapa banyak premium dan pampasan insuran mereka? Berapa banyak kerajaan bayar bil talipun peribadi mereka, khususnya untuk mendapatkan maklumat? Berapa banyak perbelanjaan luar jangka dan masa yang mereka terpaksa laburkan untuk mendapatkan maklumat? Anggota PDRM ini tiada keluarga yang perlukan perhatian kah? Tak perlu rasanya dijelaskan, tetapi cukup untuk dikatakan bahawa ianya tidak memadai sama sekali berbanding risiko dan masa yang mereka laburkan. Lantas untuk apa anggota PDRM bekerja?

Dari pengalaman bekerja bersama anggota PDRM membenteras sindiket dadah dan penjenayah, apa yang WP ingin kongsikan ialah kebanyakkan mereka bekerja untuk mendapatkan kepuasan hati di samping memenuhi arahan orang atasan mereka. Tetapi jika apa yang mereka lakukan untuk keselamatan awam kita pertikai dan nafikan, maka hilang kepuasan mereka bekerja dan prestasi mereka MUNGKIN menjadi lemah, jenayah mungkin dibiarkan oleh sesetengah dari mereka atau dibenteras mengikut cara ala kadar sahaja, nah.. siapakah yang akan sengsara?

Dalam kes jenayah berat yang telah sekian lama dilakukan risikan sehingga berjaya mengesan mereka yang disahkan memiliki senjata, bahkan telah berbalas tembak secara berdepan masih lagi ingin kita pertahankan?. Untuk tambah membakar sentimen rakyat, kita masukkan pula isu perkauman dan politik. Selain mempertahankan diri dan untuk menyelamatkan rakyat, terfikirkah kita dari segi hukum kanun Jenayah negara ini yang memilikki senjata api tanpa lesen juga seharusnya menghadapi hukuman mati? Apatah lagi setelah melakukan tembakan rambang, untuk apa tembakan rambang itu melainkan untuk membunuh? Jadi apa lagi pilihan yang ada di pihak polis? Tidakkah kita bayangkan jika kita berada di tempat anggota polis itu sendiri?

Fenomina membela kebatilan ini berlaku secara meluas termasuk dalam keluarga masyarakat negara ini, sehingga guru disiplin sekolah pun tidak dibenarkan menghukum pelajar yang melanggar peraturan, bergaduh, hisap rokok, ponteng sekolah dan sebagainya. Ibu bapa, terutamanya yang agak mempunyai kedudukan bukan berterima kasih kepada cikgu, malah mengancam untuk mengambil pelbagai tindakan termasuk tindakan mahkamah dan menukarkan cikgu disiplin ke pendalaman. Maklumat ini kami kumpulkan sewaktu berurusan memberi motivasi cegah jenayah di sekolah-sekolah (sila rujuk beberapa artikel dan video berkaitan di www.prihatin.net.my). Akhirnya masalah gejala sosial dan gangsterism semakin bertambah hari demi hari.

Sebahgian isu ini telah disentuh oleh WP dalam artikel Jemputan Perpaduan UMNO, PAS, PKR – Bah 2. Kami sangat menginginkan agar masyarakat menganggap insitusi kepolisian ini sebagai rakan dan saudara. Lakukanlah apa sahaja agar kita dapat membantu mereka dengan ikhlas dan mereka pula dapat bertugas penuh semangat dan bertanggungjawab. Mereka semua insan biasa, ada naluri amarah dan budibicara. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Ini dapat kami sahkan melalui pengalaman bekerja bersama mereka. Kami amat terharu melihat mereka sanggup keluar membantu, bekerjasama membenteras jenayah hasil maklumat yang diberikan, tidak kira masa dan penat lelah, semata-mata atas rasa terima kasih dan menghargai kerjasama masyarakat terhadap tugas mereka.

Apa yang diperhatikan ialah apabila sentimen politik, habuan perniagaan digaul bersama dalam mengulas isu profesionalisma kepolisian ini. Janganlah jadi doktor yang inginkan orang sakit kerana inginkan pendapatan lebih dari rawatan yang kita tawarkan. Kami harap anda faham maksud yang tersirat.

Sentimen membenci anggota PDRM secara longgok dan beramai-ramai kelihatan menjadi-jadi semenjak berlakunya perpecahan politik negara dan bercambahnya kumpulan penjenayah dalam negara. Anggota PDRM yang terikat dengan arahan pemerintah yang dibelakangi politik pihak yang sedang berkuasa telah menjadi mangsa. Padahal PDRM hanya menjalankan tugas dan arahan, tidak kira dari parti mana yang sedang memerintah di tempat mereka bertugas. Jangan kita menipu diri sendiri dan terus menerus menyalahkan parti pemerintah tertentu. Beberapa buah negeri kini diperintah oleh Parti yang tidak selari dengan kerajaan pusat dan kita telah melihat banyak kes di mana anggota PDRM terpaksa bertindak mengikut arahan kerajaan negerii yang sedang memerintah.

Ayuhlah kita ketepikan seketika kepentingan perniagaan, sentimen politik dan kaum kita, demi kesejahteraan rakyat. Kita lihat kembali video yang kita jaja, bagaimana kedegilan dan provokasi dilakukan? Semuanya hasil dari kerja tukang canang dan batu api yang suka mengambil kesempatan. Jangan kira dari mana datang arahan, kita lihat budi bahasa PDRM yang menunggu 3 jam di luar rumah, berbincang  1 jam dalam rumah dan membawa keluar Dr Asri tanpa gari. Asal saja kita menurut kehendak mereka yang sekadar menjalankan tugas itu, pasti semua berjalan lancar. Benar salah atas kes penahanan itu kita minta mahkamah tentukan. Yang berlaku kekerasan adalah apabila kita menunjukkan kedegilan, provokasi dengan kata nista dan nada yang berbagai-bagai, sedangkan mereka tetap terpaksa melaksanakan tugas.

Tidak dinafi, perkhidmatan PDRM belum bersih sepenuhnya. Kes rasuah dan salahguna kuasa masih berlaku di sana sini. Kalau kita asyik menuding jari, tuduh menuduh, masyarakat jadi semakin renggang dari PDRM. keadaan tidak akan menjadi lebih baik, bahkan semakin ramai anggota yang akan mengambil kesempatan dari kekecohan ini untuk terus melakukan salahguna kuasa. Jika kita sayang untuk mengorbankan masa berharga, adalah lebih baik sarankan saja pihak kerajaan untuk menyediakan peruntukan kepada pihak-pihak awam yang sanggup duduk semeja dalam perbincangan keluarga bersama pegawai tinggi PDRM. Di situ, semua maklumat dan cadangan pembaikan boleh disalurkan dan kita boleh hidup sebagai keluarga besar bersama anggota PDRM tanpa rasa benci dan prejudis.

Kita kini beruntung kerana mempunyai Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan, yang amat prihatin, bekas Ketua Jabatan Tatatertib/Latihan dan dikenali sebagai amat lurus dan telus. Wajah luhur juga kelihatan dari peribadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Namun itu belum cukup untuk membantu membersihkan imej dan memperkasakan perkhidmatan PDRM seluruhnya tanpa kerjasama masyarakat. Jika kita terus menerus mengambil sikap bermusuh dengan PDRM, masyarakat keseluruhannya akan rugi. Jenayah akan menjadi-jadi. Bagaimana boleh kita bergantung harap dengan pihak yang kita benci dan caci? Tentu tidak masuk akal bukan?

Semuga sedikit perkongsian ini boleh memberi hidayah untuk kita sama sama memperbaiki keadaan. Janganlah buka ruang untuk jenayah berleluasa. Jangan kita terus menerus membenci dan mengutuk insitusi yang akan melindungi kita. Salam kasih dari seluruh Warga Prihatin, khusus untuk warga PDRM – cekalkan hati dan gandakan usaha – www.prihatin.net.my

Comments (16) Nov 13 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 140

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress