Debat Tabiat Syaitan, Celaka – Syuro Tabiat Rasul, Sejahtera

Posted: under Dakwah, Pendidikan.
Tags:

Saya terpanggil untuk menambah fakta dan penjelasan dari artikel penulis WARGA PRIHATIN yang pertama, Debat Melemahkan Pentadbiran Keluarga & Negara, ingin mengajak pembaca semua meneliti dari sudut pandang sains sosiologi dan teologi. sebenarnya isu ini telah lama diperhatikan oleh Warga Prihatin sedang berlaku semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, yang paling menyedihkan ialah dari kalangan umat Melayu, Islam, tidak kira dari kelompok mana sekalipun.

Warga Prihatin ingin mengajak semua sahabat dan saudara di luar sana agar berhenti berdebat, termasuk mendebatkan artikel ini. Duduk tenangkan fikiran dan hati, mulakan dengan basmallah untuk berusaha agar sentiasa berfikir secara rasional, bukan emosional, sekalipun artikel ini agak menyentuh tabiat atau amalan sebahgian daripada kita, samada secara peribadi, maupun dalam sistem bernegara. Cuba ambil apa yang baik dan benar, jika ada yang kurang tepat penjelasannya, kemukakan hujjah atau saranan balas dengan berhemah.

Umum tahu etika debat, konsep dan prinsip debat. satu satunya kebaikan debat ialah latihan minda mengeluarkan fakta cadangan dan bangkangan. Tetapi malangnya ia bersifat sehala. hanya tahu mencadang  namun tidak pernah dibolehkan menerima cadangan balas. itu DEBAT.  Sejak di bangku sekolah anak anak telah diajar berdebat. di mana etika dan konsep debat ialah MEMBANTAH. Prinsip debat ialah tidak mahu mengalah, biar apa pun berlaku, samada fakta dari pihak lawan kita, iaitu PENCADANG maupun PEMBANGKANG didapati benar, apatah lagi jika fakta itu salah.

Islam mengajar ummat agar jangan suka membantah, terutamanya jika ia melibatkan perintah dari ulil amri atau PENGATUR kita. Di izinkan berdebat sedikit, sekadar menguji penerimaan. Jika pihak lawan didapati tidak dapat menerima, Allah sarankan agar kita tinggalkan dengan baik. Ingat tu, tindakan wajar ialah tinggalkan, tetapi dengan baik… jangan tinggalkan dewan mesyuarat, rumah, masjid atau di mana saja mesyuarat dilakukan dengan maki hamun, hasilnya tetap juga tidak baik. Perhatikan dalil di bawah nanti.

Natijah dari tabiat debat ini ialah ianya akan melahirkan generasi yang keras hati, kepala batu, berpuak puak, pecah belah dan permusuhan. Kita lihat saja apa yang berlaku di Parlimen, yang kini dipaparkan kepada umum untuk tatapan seluruh rakyat. Budaya Mesyuarat atau Debat? bilamana pesertanya ialah PENYOKONG dan PEMBANGKANG?  yang amalan dan prinsip pesertanya semuanya keras dan ganas ganas belaka. Bunyi PEMBANGKANG, PAKATAN itu saja sudah amat menakut dan menggerunkan.

Jika saranan datang dari pihak kerajaan, pihak Pembangkang akan berhempas pulas membantah dan mencari-cari salah untuk menghalangnya, tidak kiralah samada cadangan itu ada kebaikan atau tidak.  Apa salahnya jika situasi aman harmoni dicetuskan oleh bapak bapak pimpinan yang memenuhi dewan Parlimen berdaulat itu, yang majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam, sesetengahnya malah nampak sebagai individu yang berilmu (alim – tetapi malangnya tidak berjemaah sesama Alim yang lain sebagai – Ulamak). Seorang individu itu tidak boleh dipanggil Ulamak selagi ia tidak berjemaah berkongsi ilmu dan fatwa bersama individu alim (berilmu) yang lain. Ini satu lagi masalah umat sekarang yang keliru menggelar dan menyembah individu sebagai Ulamak (solo) begini. Alim (berimu) nya kita tidak layak dipanggil ulamak jika tidak dapat diterimapakai dan diputuskan oleh si alim yang lain secara syuro yang murni. Alim yang solo begini akan menyebabkan perpecahan dan perdebatan.

Begitu juga di pihak PENYOKONG KERAJAAN, banyak juga teguran yang boleh di ambil pakai dari pihak PEMBANGKANG, demi kesejahteraan rakyat, demi menjalankan amanah yang Allah izinkan untuk anda pikul, jika ia dapat didengar dengan tenang, diteliti dan dicari kebenaran dan kebaikannya. Dunia sedang memerhatikan akhlak bapak-bapak pemimpin semuanya melalui ceramah Pilihanraya, debat di Parlimen, artikel dan video di internet dll. INGAT ITU… DUNIA SEDANG MEMERHATIKAN amalan dan tabiat kita. Allah apatah lagi.

Apa yang mengecewakan dan diperhati oleh WP sebagai punca berlakunya pertentangan dan bantahan yang hebat di Parlimen ialah apabila pencadang kadang kadang mengemukakan sesuatu dengan nada sinis, bengis, mengejek dan sekali sekala agak bongkak meninggi diri. Pembangkang pula ingin memperbetulkan keadaan dengan hujah yang lemah, atau jika ada hujjah yang bernas, disampaikan pula dengan nada yang sinis, bengis, mengejek, mencerca, bongkak dan sebagainya. Semua itu tidak dilakukan dengan penuh rasa tawaduk dan rendah diri, khasnya kepada Allah yang sedang meminjamkan akal dan kuasa dalam berhujah dan melaksana. INI ADALAH DEBAT. Semuanya membawa tabiat keterlaluan, berlebih lebihan. tabiat melampau ini adalah tabiat Syaitan, bukan sunnah rasul.

Bagaimanalah kepimpinan Islam hendak diterima oleh Rakyat Malaysia dan dunia, jika ianya hanya pada nama, tidak kira dari pihak Islam PAS maupun UMNO. Lihat sendiri bagaimana kita mengutarakan hujjah di Facebook setiap hari. Anda akan pengsan jika kami paparkan apa pandangan masyarakat bukan Islam yang dihantar kepada kami tentang gelagat kita berhujah dan berpolitik di mana saja, atas pentas, di parlimen, di Youtube, di facebook, wa’imah di masjid sekalipun. Semua pihak tidak jemu jemu mencari cari salah pihak lain dan mencerca dan menfitnah tanpa batas dan belas. Yang memalukan lagi, hari ini cerca bagai nak gila, esuk minta join masuk kelompok yang dicerca. kemudian keluar dan cerca lagi. Tabiat apa kah ini?

Kesimpulan kami ialah, berdebat menjurus kepada tabiat Syaitan, melahirkan generasi yang keras kepala, generasi pembantah, generasi pecah belah dan generasi yang berterusan semangat permusuhannya. Debat melahirkan generasi terrorist.

Tidak adil jika kami hanya mengutuk sepertimana pendakwah dan pengulas lain, jika tidak kami sulami atau tawarkan alternatif penyelesaian.

Untuk mengatasi semua kekalutan yang semakin meruncing dan menjahanamkan ini, mohon semua pembaca mengubah etika SETIAP DIRI yang terlibat dengan artikel ini, di mana saja, baik dalam keluarga, dalam syarikat, NGO, Parti, parlimen atau di mana saja – mohon gantikan etika DEBAT kepada SYURO (budaya musyawarah).

Nama-nama  program yang melibatkan perbincangan, samada debat ke, forum ke, syuro, mesyuarat, bengkel atau apa saja nama yang diberikan, atau pengendali yang sedang menguruskannya biar tetap sama – cuma etika perlaksanaannya saja yang perlu kita ubah. Insyaallah, kerut dahi dan tension anda dalam majlis `debat’ yang sering anda amalkan itu akan berubah menjadi ukiran senyum, ceria jika anda ubah perlaksanaan dan ROH nya kepada etika `syuro’. Tubuh anda akan jadi sihat, nafas lancar, jantung tidak perlu kerja keras sentiasa berdegup kencang, bergemuruh dan yang paling penting anda dapat ilmu dan sahabat yang semakin bertambah, hidup saling hormat menghormati dan tolong menolong. Rakyat senanghati dan semakin berkeyakinan menyatu menyokong dan mempermudahkan pentadbiran negara. Jangan tolak apa saja fakta kebenaran, samada fakta cadangan atau teguran (bukan bangkangan)  yang di utarakan oleh lawan anda. jadikan budaya BANGKANGAN itu dengan CADANGAN BALAS, atau TEGURAN dan INGAT MENGINGATI. Itulah dia SYURO.

Sabda Nabi : Jika kamu ingin lihat wajah Allah, lihatlah pada senyuman manusia.

Akhirnya semua hujjah dari semua pihak akan menjadi hidayah yang semakin hari semakin membuatkan anda jadi lebih pandai, semakin berilmu akibat dari mengutip hujah yang benar dari pihak lawan (YANG DIJADIKAN KAWAN).

Jika Syaitan ada fahaman yang bersifat jahat, atau Regim (dalam isu ini ialah DEBAT),  Allah ada penepis, penawar melalui Hidayah Nya (amalan SYURO).  Amalkan konsep takwuz secara reliti dan praktikal. Rejamlah rejim itu dengan Basmallah (dengan nama dan praktik sistem agama Allah) jika ada pendapat atau hujah yang bercanggah dari fahaman anda,  sila rujuk kepada Allah melalui panduan Al-Quran atau hadis Nabi. Jangan pula hari hari kita meminta ditunjukki kami jalan yang lurus sewaktu membaca fatihah, sewaktu solat – tetapi bila pandangan bengkok kita dirujuk dan didapati bercanggah dengan hidayah Allah yang lurus dalam AQ, kita tetap berdegil. Allah pula akhirnya ingin kita debatkan, tak mungkin anda akan menang mendebatkan ilmu Allah, sang pencipta yang mahir, arif dengan ciptaannya.

Jika anda ikut regim syaitan, anda akan sentiasa panas, terbakar jiwa raga, dan akan direjam sentiasa oleh rakyat dengan pelbagai kutukan. Sahabat lari, pengikut dan rakyat benci. Hidup jadi serba tak kena. Jika di dunia keadaan neraka ini berlaku, mati nanti apa lagi, ke neraka lah kita.

Sebaliknya, jika anda tukar kepada hidayah Allah (Syuro) anda akan hidup bersama sebagai sahabat, saling bertukar pendapat, sama sama mengumpul ilmu dan idea, saling redo meredoi, aman damai dan senyum selalu. Ini lah gambaran kepada Wajah (imej) Allah yang terbit hasil dari perlaksanaan sistem Nya dalam pengurusan harian, inilah senyuman kebenaran, siddiq, sebagai Sedekah kita kepada alam. Inilah Senyuman gambaran sebagai wajah hasil pentadbiran menggunakan sistem Allah, inilah wajah Allah (pentadbir alam).

Sabda Nabi saw : Sesungguhnya Senyuman itu sedekah

(kebenaran – Siddiq yang di benarkan hasil perlaksanaan sistem Allah ini yang nak kita sedekahkan)

Pemerhatian sekian lama tidak mungkin dapat dihurai di ruang sempit ini. Sebelum undur diri, mari renung hujah penguat dari segi teologi pula. Dalil naqli yang telah lama Allah nukilkan dalam AQ dan disabdakan oleh baginda Rasulullah saw seperti di atas tadi. Sedarlah, akuilah bahawa kita telah lalai, tidak sempat mencari dan meneliti hidayah Allah selama ini, sebab masing masing asyik sibuk mencari dan melayan REGIM.

Surah 49. Al Hujuraat ayat 9.

Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

Warga Prihatin tidak memihak kepada sesiapa. kami ingin sekali melihat penyatuan kelompok kelompok terbesar di negara ini, demi keselamatan dan kesejahteraan generasi yang bakal kita tinggalkan. Buanglah ego masing masing, kekotoran hati masing, masing. Tidak siapa lebih berilmu kecuali Allah. Tak siapa lebih suci kecuali Allah.

Kita hanya boleh berilmu kiranya sanggup merendah diri sesama kita dan suka berkongsi ilmu sesama sendiri secara berjemaah. Kita hanya boleh suci dan disucikan, dengan amalan nasihat menasihati secara berjemaah dalam sistem Islam.

Sabda nabi saw :  Ad-din adalah nasihat…

Firman Allah : …Ingat mengingati dengan kebenaran, ingat mengingati dengan kesabaran

Sabda nabi lagi : Tidak Islam (tidak sejahtera, tidak berjaya) jika tidak berjemaah… dan tidak Islam orang yang assobiah – jemaah adalah penyatuan, assobiah adalah perpecahan. Samada kerana warna kulit, maupun kelompok fahaman.

Surah 2. Al Baqarah ayat 139.

Katakanlah: “Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami, dan bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati,

Kemuncak perdebatan akan membawa kepada mendebatkan Allah, terutama apabila fakta kita yang tidak benar cuba diperbetulkan dengan merujuk kepada hidayah dari petunjuk Allah, namun kerana ego dan sakit hati tidak dapat menerima peribadi lawan, fakta yang hak ini juga akhirnya akan kita debatkan sedebat debatnya.

Surah 3. Ali ‘Imran ayat 20.

Kemudian jika mereka mendebat kamu, maka katakanlah: “Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan orang-orang yang mengikutiku.” Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi”Apakah kamu masuk Islam.” Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

Surah 73. Al Muzzammil

Ayat 10. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.
Ayat 11. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.

Berbuatlah ikut hidayah Allah, kaedah Syuro, bukan Debat. Berkatalah yang hak dan ikhlas. Jika saranan kebenaran kita di tolak, jangan teruskan berdebat, serahkan kepada Allah melalui hamba hambanya yang mukhlis, yang ikhlas, iaitu pengikut kalian – mereka akan menilai bijak atau jahilnya anda, kuat atau lemahnya anda. Mengalah dari terus berdebat dengan orang yang suka berdebat bukan bererti kalah.

surah 4. An Nisaa’ ayat 107.

Dan janganlah kamu berdebat orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelimang dosa,

Jika Allah kata jangan berkeras dengan prinsip debat dan kita masih ingin meneruskannya, maka kita adalah zalim di sisi Allah.

Terlalu banyak kisah dan pelajaran debat dalam AQ, namun kami tidak berhajat untuk memetik semuanya. anda bacalah sendiri sebagai membuktikan kita memang benar benar memerlukan hidayah dari petunjuk Allah itu. Kini kami ingin mengutarakan keindahan syuro sebagai motivasi kalian mengikutinya.

Surah 58. Al Mujaadilah ayat 11.

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Ini adab syuro.  Jauh sekali dari adab parlimen dan sesetengah Dewaqn Negeri (khususnya di Perak, Terengganu dan Kelantan) yang begitu kalut tidak terkendali pada ketika tertentu. Bagaimana boleh terjadi, masing masing bangun bercakap tanpa disuruh atau tanpa minta izin. Apabila disuruh duduk oleh Speaker, masih terus bercakap. Tak perlu menjadi orang Islam untuk akur dengan saranan Allah ini, orang asli pun boleh katakan yang ini amalan Syaitan. Terlalu panjang penjelasannya. Akan kita sambung pada topik lain kelak.

Surah 89. Al Fajr

27. Hai jiwa yang tenang.
28. Merujuklah (irji’e) kepada Tuhanmu dengan hati yang rida lagi diridhai-Nya
29. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku (mengbi, menghambakan diri jangan melawan),
30. masuklah ke dalam syurga-Ku (Insyaallah mendapat suasana syurga, senyum, puas hati, tenang dan damai selalu).

Yang ingin kami seru di sini ialah agar kita semua memujuk jiwa agar sentiasa tenang, berjalanlah, berucaplah, berbuatlah semuanya berdasarkan rujukan yang telah terbentang sekian lama untuk kita meneraju diri, keluarga dan negara, namun manual Allah itu tidak pernah kita sudi mengkaji dan mengamalkannya dengan sungguh sungguh.

Sekian dulu doa kami.

Jadilah orang yang berprinsip, cool, dengan akidah (prinsip) dari sistem Uluhiah, Rububiah  yang telah ditetapkan. Insyaallah anda tidak risau, tidak sakit hati dengan apa jua kelaku dan masalah yang berlaku pada diri orang lain yang kosong tidak berperinsip. Anda akan jadi mudah memafkan dan mampu meneruskan ketenangan dalam hidup.

Insyaallah akan kami kongsikan hidayah yang kami temui hasil kajian berjemaah bersama jiwa jiwa Warga Prihatin yang prihatin untuk keseluruhan kelemahan sistem yang sedang kita praktikkan dan pelbagai kaedah penyelesaiannya. Apa yang kami kata telah kami kotakan di Rumah ini sebagai model kebenaran dan keberkesanannya. Yang baik semuanya dari Allah, kami pinjam ilmunya untuk seruan ini. Jika ada yang silap, itu semata mata kelemahan kami mengutarakan fakta. oleh itu, ampunkan kami.

Sambutlah salam kasih dan sayang dari kami Warga Prihatin. Senyum dan tenang selalu.

Wassallam.

DR MASJUKI.

Comments (18) Oct 25 2009


Budaya Pendebatan Melemahkan Pentadbiran Keluarga & Negara?

Posted: under Dakwah, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags:

Konsep debat ialah untuk memusnahkan hujah lawan samada betul atau salah dan cuba membetulkan hujah sendiri. Apa saja hujjah lawan pasti akan di bantah, tidak mengira samada ianya betul atau apatah lagi yang salah.

Asas kepada Konsep Debat adalah membantah. Contoh asas debat dalam keluarga ialah ibu melarang anak menonton tv dengan hujjahnya supaya anak tidak ‘berkeliaran’ sebaliknya menggunakan masa dengan berfaedah. Di pihak anak pula cuba berdebat dengan membangkang arahan ibu dan memberikan hujah mengatakan ‘tv itu penting’, ‘cerita amat menarik dan menghiburkan’, ‘untuk menambahkan pengetahuan’ dan bermacam-macam alasan dan hujjah.

Kalau ayah mencadangkan supaya ibu atau isteri membuatkan air kopi untuk ayah yang baru balik kerja, ibu akan berdebat dengan mengatakan ‘ u ambilah sendiri dalam peti ais tu, bukannya susahpun, I tengah menonton tv ni, u tak tengok ke?’.

Budaya pendebatan dan bantahan sebegini amatlah buruk, yang mana penghujungnya adalah ‘kepanasan’. Namun budaya asas pendebatan begini dilihat sedang berkembang dengan lebih pesat ke dalam institusi yang lebih besar seperi jabatan, kementerian dan pentadbiran negara, terutama di parlimen. Masing-masing hendak tunjuk terror. yang akhirnya hanya menambah komuniti terrorist.  Masalah rakyat yang dibincangkan tetap tidak selesai, bahkan semakin bertambah rumit & parah.

Budaya debat akan kian melemahkan pentadbiran keluarga dan negara. Namun debat masih diteruskan. Sentiasa dicari-cari isu untuk dihentam.

Mengapa manusia suka berdebat?.  Padahal hujungnya adalah perbalahan. Budaya mana yang kita amal?. Sunnah siapa yang kita ikut?. Allah menyuruh menganjurkan Syuura (musyawarat), kita pula asyik anjurkan debat. Jadi kita ikut siapa sebenarnya. Yang pastinya nunn di sana syaitan dan rejimnya teramat seronok sakan dengan perkembangan budaya debat di Malaysia ini. Misinya untuk memecah belahkan Malaysia telah berjaya melalui senjata regim Nya (fahaman jahat yang harus di lontar) iaitu ’debat’.

Surah Syuura (musyawarat) ayat 38: Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka..

Surah An Nisaa’ ayat 117:  Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka,

Comments (1) Oct 25 2009


Institusi Keluarga & Kepimpinan Bapa…

Posted: under Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Rencana.

Hariraya yang lepas ramai yang kunjung mengunjung antara satu sama lain. Demi untuk menyambut tetamu, rumah perlu dihias. Maka tuan rumah sibuklah membuat sesuatu yang dapat menarik hati tetamu. Rumah di catkan dengan pelbagai corak warna, luar dan dalam. TV di ‘upgrade’kan kepada yang 32 inci lagi!!!!!!. Akuarium baru. Permaidani baru. ‘Perabutpun mesti baru bang’ , kata isteri pula. Dan lain2 yang menyebabkan banyaklah belanja yang dikeluarkan.

Rumput di halaman dipotong cantik. Bunga orkid disusun kemas, mana yang nak mati disimpan di belakang. Sampah dibuang dan di kutip hingga tiada seurat benangpun. Suasana luar rumah nampak begitu cantik, ceria, menarik & tertarik. ‘Saya nak tengok persekitaran rumah yang paling baik di dunia, bos nak datang raya” kata tuan punya rumah kepada bibitnya. Maka bibitpun laksanakan tugasnya. Letihlah bibit tiada terkata, apalagi cuti nak balik raya tak diluluskan.

Seterusnya tibalah hariraya yang dinantikan. Kunjung mengunjunglah sesama kita. Terkadang bukan sahaja berkunjung tapi sengaja nak ’show’ Mercedes baru, handphone baru, rantai gelang baru, baju baru, kasut baru. Nak buat macamana, dah suasana hariraya!!!!!.

Gelagat anak2 di suasana raya. Ini part yang paling penting, menarik dan tertarik. Ada anak2 yang suka merengik. Ada anak yang payah senyum. Ada yang tak nak bersalam dengan tetamu. Ada yang berharap duit raya. Ada yang di ‘train’ how to influence the guest to get duit raya. Ada yang buat tak tau & asyik main PS2 saja tak henti henti. Ada yang berlari dan bergurau yang tidak sepatutnya di depan tetamu tanpa menjaga adab sopan. Perangai anak2 adalah hidangan yang paling menarik dan indah. Inilah hidangan yang lazat berbanding dengan kuih muih, dan keceriaan persekitaran. Hidangan inilah melambangkan kepimpinan dalam keluarga.

Sikap anak2 mencerminkan sikap ketua, pemimpin dalam rumah. Kita boleh dikelirukan dengan kuih yang aneka warna, rumah yang ceria luar & dalam, namun ‘part’ ni tidak boleh tipu,

  • Kalau anak tak mahu nak bersalam, menunjukkan ibu ‘kurang’ bersalam dengan bapa.
  • Kalau anak asyik main PS2, menunjukkan bapa tak menguatkuasakan peraturan di rumah.
  • Kalau anak suka merengik dan asyik duduk bawah ketiak mak, menunjukkan hasil didikan ‘manja’ yang diberikan.

Ini dikatakan terlebih gula.

  • Kalau anak sukar senyum, menunjukkan ayah yang selalu serius dan kurang senyum di rumah, bahkan selalu marah2.

Ini terlebih garam.

  • Kalau anak ‘terlalu minat duit raya’.

Ini terlebih ‘milo’. Sebabnya tahun lepas duit raya tu anak yang pegang. Sepatutnya anak tak perlu pegang duit banyak2 kerana akan tersalah guna-beli mercun, beli rokok dll. Sepatutnya ibubapalah yang simpan duit tu, untuk kegunaan dewasa nanti. Then, barulah anak tak minat dengan duit raya kerana dia kata ” dapat duit rayapun tak guna, sebab ibu yang simpan”.

Sekiranya kos membeli kereta, baju, tv, dll telah menyebabkan ekonomi jadi ‘panas’ bermakna konsep puasa tak berlaku. Jika disebabkan raya menghasilkan hutang keliling pinggang dan perkelahian dalam dan luar keluarga, maka bapa tidak mampu mempraktikkan konsep puasa dalam ertikata yang sebenar. Konsep puasa merupakan konsep untuk memulihkan ekonomi keluarga, syarikat, jabatan, kementerian dan negara bukan untuk melumpuhkan. Buat adjusting. Puasa dari membeli yang halal. Puasa dari membeli yang kurang perlu. Puasa membeli rantai baru. Puasa beli handphone baru. Puasa dari melibatkan hutang. Puasa dari marahkan bibit sebab tertidur keletihan. Puasa mata dan telinga. Puasa nafsu. Puasa semuanya. Itulah konsep puasa. Pemimpin kena berpuasa dengan konsep2nya sekali, barulah ekonomi teguh. Kalau bapa sekadar berpuasa dari makan dan minum, kanak2 tadikapun mampu berpuasa.

Yang pentingnya cuba pergi bertamu semula sebulan lepas raya. Tengoklah suasana dan keadaannya, cuba bandingkan dan nilai semula. Tumpukan pada dua tempat utama iaitu halaman rumah dan tandas. Then you know who they are. Tanda ini menunjukan kepimpinan bapa samada asli atau cuma lakonan sahaja.

Itulah penilaian sebenar tentang kepimpinan bapa di rumah. Kalau bapa dapat ‘maintain’ keceriaan sebagaimana yang dipamerkan pada suasana raya, dialah bapa yang merupakan pemimpin yang hebat. Sebaliknya, kalaulah suasana lintang pukang, pinggan makan plastik raya pun belum dibuang lagi, akan menggambarkan kepimpinan yang lemah dalam keluarga. Apatah lagi kalau halaman dah tumbuh semak samun!!!

Ibubapa seharusnya sedar bahawa ‘hidangan’ sikap anak2 yang dipamerkan pada tetamu merupakan hidangan ‘finish product’ hasil usaha nya mendidik anak dan isteri. Ini yang dinilai oleh tetamu, rumahku syurgaku atau rumahku neraka ku.

Tetamu yang beriman & bijak bukan menilai kuih dan kecantikan suasana saja tapi akan menilai sikap anak2. Dari situlah boleh disimpulkan sikap dan kepimpinan bapa samada bapa merupakan pemimpin hebat atau adakah cuma sebuah ‘TUNGGUL’ di rumah yang besar. Pemimpin TUNGGUL akan meninggalkan anak yang lemah dari segi sikapnya, kognitif, psikomotor, (spritual, fizikal & mental).

An Nisaa’ ayat 9 : Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

Comments (9) Oct 21 2009


Runtuhnya satu bangsa bila institusi keluarga runtuh…

Posted: under Pendidikan.

cerai

WP dengar terlampau banyak keruntuhan moral yang terhasil dari keluarga yang berpecah belah. Bila WP perhatikan dari kes-kes studi yang di bawa kepada rujukan Rumah Pengasih Warga Prihatin kebanyakannya bukannya bercerai berai secara fizikal tetapi kebanyakan yang anak mereka rosak kerana ibubapanya bercerai sebelum bercerai. Dalam isu ini sering diutarakan bahawa anak dapat segala kemewahan wang ringgit tetapi tidak ada tumpahan kasih sayang yang sewajarnya dari ibu bapa.

Ibu keluar kerja dengan ayah jam 8 pagi, dan 8 malam baru balik, kadang-kadang tak balik. Anak ada masalah di sekolah tiada tempat rujukan. Baru anak nak datang dekat ibu, ibu pulak cakap, “Ibu penat, nanti kita bincang esok…”. Jadi lah anak mereka ini…anak-anak bibik. Sentuhan wang ringgit cukup tetapi sentuhan kasih sayang yang kurang. Hasilnya, anak-anak gadis mereka diratah oleh jantan-jantan yang sudi nak bagi kasih sayang. Resmi orang hauskan air, dapat air longkang pun diminum juga dari tak minum langsung. Walaupun air longkang tu lagi banyak bawa penyakit. Tapi nak buat macammana, air (kasih sayang) dari ibu bapa pula yang kurang diperolehi.

Isu pembentukan sebuah negara berdaulat juga asasnya ialah keluarga juga. Kerana keluarga adalah sekecil-kecil unit kepimpinan. Ayah dapat mesej dan ilmu kemudian disampaikan kepada ibu dan ibu pula mendidik anak. Anak pula nak minta izin merujuk kepada ibu dan ibu akan rujukkan kepada Ayahnya. Tidak kah sistem dari Al-Quran ini (yang sebahagian kita menganggapnya ketinggalan zaman dan mengongkong kebebasan) dapat menjadi satu sistem pemantauan dan perlaksanaan secara tak langsung. Tidakkah dengan sistem itu, apa yang ayah tahu anak juga akan tahu melalui ibu. Dan segala yang anak buat ayah juga akan tahu melalui ibu yang akhirnya tahu apa yang setiap orang lakukan. Baru lah anak tidak terbiar. Dan ITULAH KASIH SAYANG dalam keluarga.

Sekiranya anak tiada belanja sekolah, nak beli prepaid handphone ataupun nak pergi tengok wayang merengek0rengek minta duit dan kita berikan duit dan mereka pergi sendiri itu bukan kasih sayang…itu KASIHAN. Kasihan tak sama langsung dengan kasih sayang. Dengan kasih sayang kita membina sahsiah dan aakalanya kita kena tahan hati menolak permintaan anak kesayangan walaupun kita mampu untuk mengadakannya hanya kerana kita kasih kepada mereka.

Konsep Kasih dan Kasihan yang kurang difahami ini lah sampai ada kes ibu yang bertungkus lumus jual nasi lemak hari-hari semata-mata nak belikan dadah untuk anaknya yang dah jadi mayat hidup di rumah. Itu bukan Kasih sayang…itu kasihan.

WP terkejut statistik kes perceraian juga sekarang semakin bertambah-tambah. MasyaAllah apa nak jadi dengan dunia sekarang. Perkahwinan itu seperti tiada nilaian dan tiada komitmennya. Itu juga satu penyakit bila anak-anak banyak rosak dek ibu bapa yang bercerai sebelum bercerai ini, jadi lah anak-anak yang berkahwin sebelum berkahwin. Hasilnya, perkahwinan yang dibina hanya untuk pengesahan lesen sahaja dan tidak diburu oleh JAIS atau JAWI lagi. Tapi setakat ritual seks luar nikah itu dah jadi seperti suami isteri sahaja. Itu lah nilai keluarga terus luput dan hilang. Natijah besarnya ialah…bila gagal sistem keluarga, bersedialah untuk gagal sistem negara. Kerana sistem keluarga-keluarga inilah yang menyokong teguh berdirinya sistem negara.

Bayangkan di Malaysia keluarga sudah tiada nilai. Adab sudah tiada junjungan, akhirnya adab lesap hilang ditelan zaman. Sebelum terjadi…WP menyeru pembaca dan juga diri WP sendiri untuk ingat-mengingati tentang perkara ini.

PERADABAN RUNTUH BILA ADAB SUDAH HILANG….

Mari fikirkan bersama.

.

WARGA PRIHATIN

Comments (9) Oct 20 2009


Maruah UMNO di hujung tanduk

Posted: under Pendidikan.

WP makin kerap sekarang dalam membuat artikel mengulas serta memberi buah fikiran berdasarkan senario politik terkini. Sebenarnya, terlampau banyak yang telah diperhatikan dan juga telah dibincangkan oleh Warga-warga Prihatin. Cuma kami sekadar jadikannya pelajaran kepada diri sendiri dalam 20 keluarga kami ini. Ada juga pejabat-pejabat menteri serta Universiti yang telah membuat rujukan. Yang mana datang kita berikan tanpa syarat dan yang mana tak mahu kitapun tak ralat. Sekurang-kurangnya anak kepada 20 keluarga Prihatin ini dapat mengambil pelajaran dari semua kekalutan yang berlaku.

Salah satu penerapan utama dalam disiplin warga prihatin ialah soal maruah. Islam ialah agama bermaruah kerana itu Islam tidak berasuah untuk orang masuk Islam. Islam itu datang dari kefahaman yang diyakini dan menjadilah itu sebagai Iman. Dan Iman itu bila dizahirkan barulah namanya ISLAM (Sejahtera). Di Prihatin sendiri, dahulu asalnya adalam 200 orang dari lebih 60 unit keluarga yang kini hanya tinggal hanya 20 unit keluarga bersama sekitar 100 orang termasuk anak-anak dan isteri-isteri. Mereka difahamkan tentang visi dan misi Prihatin yang bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah 100% dan tidak kerana sesuatu di luar atau keluar dari kepentingan Islam. Hasilnya ialah Sains kehidupan yang dapat dikecapi sekarang. Yang sudah faham dan meyakininya sekiranya mahu keluar tiada paksaan dalam Islam. Tetapi keluar mereka tidak mungkin diterima untuk berpatah balik walaupun beliau ialah seorang jutawan yang mahu menyerahkan segala-galanya.

Ini konsep Islam dalam kehidupan. Hidup hanya sekali, dan sekali lagi ialah pembalasan. Islam juga menghalalkan bunuh kepada yang murtad kerana sekali keluar, tiada jalan pulang. Tetapi dalam kancah politik sekarang, kisah lompat keluar parti dan lompat masuk parti semula dah jadi satu norma dalam permainan politik. Kuasa menjadi buruan, gadaiannya ialah maruah. Yang melompat-lompat itu pastinya tiada maruah dan yang lebih dari itu ialah perlembagaan parti yang boleh menerima kembali ahli yang pernah derhaka untuk bersama semula. Ya…ayatnya ialah DERHAKA. Adakah Islam pernah gariskan tentang orang-orang yang lari dari perjuangan itu apa hukumnya? Tidakkah Islam telah menggariskan dalam buku perlembagaan agong (Al-Quran) bahawa orang musyrik itu NAJIS (At-Taubah, 28) dan musyrik itu apabila mereka mengambil lebih dari 1 pengatur (Allah), bukankah Allah dah ancam orang yang murtad itu dengan jukuman bunuh? bukankah Allah dah ingatkan berkali-kali bahawa hidup itu hanya sekali dan mati itu hanya sekali DAN PEMBALASAN ADALAH KEKAL sifatnya?

Berdegar-degar ucapan dan harapan YAB PM dan juga hasrat Kebawah Duli yang mahukan Al-Quran itu dizahir dan dilaksanakan dalam kehidupan. Sedangkan kita masih terang-terang melanggar perlembagaan Allah.

WP kesal dengan Datuk Ibrahim Ali dengan statement lalang beliau tentang kesediaan masuk semula dalam UMNO. Mengapa? Adakah kerana beliau melihat UMNO itu sudah kembali pulih? dah berapa kali beliau keluar masuk UMNO dan masih lagi dibenarkan masuk UMNO serta mencemarkan maruah UMNO sebagai sebuah parti MURAHAN kerana tidak bermaruah menerima pelacur-pelacur politik yang melacurkan maruah diri untuk kuasa dan kerjaya politik mereka. Kembalikan semula kepada Al-Quran dan Sunnah (Surah An-Nisa, 59) jika ada kekhilafan. WP berani katakan, mereka bukan pejuang sejati kerana meninggalkan medan perang apabila merasakan mereka akan kalah dan kembali semula kerana merasakan mereka hampir berjaya.

UMNO parti berdaulat, PAS parti Islam, PKR parti keadilan…tetapi manakah maruahnya? Adakah UMNO menerima sahaja siapa yang telah meninggalkannya untuk bersama semula hanya kerana ada kepentingan politik? PAS dan PKR juga sekutu-sekutunya juga begitu. Kata-kata UMNO sebuah parti bermaruah ternyata retorik sekiranya perlembagaan itu tidak digubal selari dengan politik Al-Quran.

WP cuba bayangkan sekarang sekiranya UMNO ialah parti yang tidak ada U-Turn untuk ahli-ahli yang telah keluar.Pastinya, sesiapa yang mahu keluar terpaksa memikirkan antara hidup dan mati kerana itu soal pemilihan wadah perjuangan. Benar kalau Allah Maha Pengampun dan mengampunkan semua umatnya yang berdosa. Tapi kalau kita perhalusi lagi Al-Quran itu, Allah hanya menerima taubat orang-orang yang belum diberi peringatan. Tetapi orang-orang yang telah disampaikan peringatan sengaja tempah dosa memang tak dapat lah keampunan Allah tu. Lagi-lagi orang-orang yang memperolok-olokkan Allah dengan mengulangi dosa yang sama berulang-ulang kali dan bertaubat juga setiap kalinya.

Fikirkan semula, bukalah 10 pintu untuk menyertai UMNO dan tutuplah pintu kepada yang telah keluar SELAMA-LAMANYA kerana itu dapat memanangkat kredibiliti UMNO itu sendiri. WP minta maaf kalau kritikan ini terkena juga kepada negarawan-negarawan kita seperti Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Tapi, fikirkanlah bila kita berkata-kata untuk melaksanakan Al-Quran sebagai panduan paling baik, mengapa perkara yang nyata dan jelas dalam Al-Quran masih lagi kita langgar?

Kepada UMNO, jual mahal lah anda kerana anda ada harga diri sebagai parti yang berdaulat dalam membela Negara Malaysia yang dicintai

.

WARGA PRIHATIN

Comments (8) Oct 19 2009


Doa & Orang Kita

Posted: under Pendidikan.

doa

“Doa adalah inti ibadah,” demikian sabda Rasulullah saw. Tidak ada satu ibadah pun yang di dalamnya tidak disertai doa. Bahkan, solat  yang sehari-hari kita lakukan, intinya adalah doa.

Persoalannya kenapa doa orang kita kurang mujarab?. Orang kita berdoa panjang2 dan banyak2 tapi tak berapa ‘menjadi’. Orang kita berdoa supaya murah rezeki, tapi orang lain yang kaya raya dan jadi jutawan. Orang kita berdoa mohon supaya anak menjadi pandai tapi anak orang lain yang cemerlang. Orang kita berdoa minta dijauhkan bala tetapi selalu kena musibah. Orang kita dan orang Palestine selalu berdoa lebih 150 tahun minta selamat, tapi Israil pula yang sihat. Orang kita dan orang selatan Thailand berdoa minta keamanan namun yg terbaru mereka diserang dan dibunuh dalam masjid!!!.

Apa dah jadi dengan doa orang kita????…. Doa adalah otak ibadah. Tangan dan kaki adalah perlaksanaanya. Jadi kalau guna otak saja, tak guna kaki & tangan, jadi ke?. (Boleh ke makan pakai niat je?). Otak cuma merancang, kerja buat (perlaksanaan) kena dibuat dek kaki dan tangan. Itulah yang disarankan kepada kita. Itulah konsep doa.(Doa dan berusaha).

Orang kita berdoa dimurahkan rezeki tapi lewat pergi kerja, tak tepati masa, kerja sambil lewa, suka lawan ketua. Orang lain walaupun tak berdoa tetapi menepati masa, kerja awal, kerja sungguh2, taat pada bos. Orang kita berdoa supaya anak dipandaikan, tetapi jarang check pembelajaran anak2. Orang lain walau tak berdoa tetapi selalu mengikuti perkembangan pelajaran anak2. Orang kita berdoa supaya dijauhkan bala pada anak, tetapi dah beli motor pada anak untuk ke sekolah seawal sekolah menengah!!!.

Orang kita diajar menghargai masa, namun suka pulak membuang masa. Orang Jepun lebih menghargai dan menepati masa daripada kita. Kita diajarkan bahawa kebersihan adalah separuh dari iman namun mengapa hati masih kotor, ada dengki, rumah kotor, tandas kotor. Orang Amerika lebih bersih, lihat saja tandasnya, siap dengan ada karpet lagiii!

So, kalau Tuhan tak terima doa kita, patut tak?. Tuhan bukan sepatutnya ‘hamba’ untuk disuruh memperkenan doa kita, sebaliknya kita lah hamba yg sepatutnya melaksanakan apa yang kita doakan.

Firman Allah : Ash Shaff ayat 2 & 3: Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Catitan: Tujuan hamba bukan utk memperkecilkan doa orang kita kerana hamba juga adalah sebahagian dari orang kita. Muga sama2lah hamba dan orang kita membuat islah ke arah mencari keredhoan Allah supaya doa kita diperkenalkan. Amin. rijal66@rocketmail.com

Comments (8) Oct 19 2009


Analisa Perkembangan Politik Malaysia – Part 2

Posted: under Pendidikan.

1malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera dari WP (Warga Prihatin) yang kini berada di Pulau Pinang dalam rangka lawatan perniagaan bersama sebuah NGO di sini malam ini. Sekali lagi, dimaklumkan bahawa WP bukan pro kepada mana-mana pihak. Yang layak dipuji akan dipuji, yang layak dikritik akan dikritik. Bezanya, kritikan WP disekalikan dengan wasilah (kemungkinan jalan penyelesaian) yang di ekstrak dari perlaksanaan fundamental sains Al-Quran dan keberkesanan As-sunnah.

Tahniah kepada pucuk pimpinan UMNO YAB Dato’ Seri Najib Tun Hj Abdul Razak yang pada kali ini ucapan beliau dalam perhimpunan agung UMNO sangat memberi kesan mendalam kepada semua perwakilan di dalam dewan dan juga seluruh rakyat Malaysia yang mendengankannya melalui media. Ucapan dasar presiden sangat berjiwa dan sangat berintikan Al-Quran serta perlaksanaan sunnahnya. Semua inti ucapan disampaikan secara cermat dan teliti yang WP yakin dari teks ucapan beliau. Sementara WP lebih menghargai ucapan beliau semasa penggulungan yang isi utamanya adalah merupakan satu `seruan’. WP mendengarkannya melalui saluran radio 24 Bernama dan dari lenggok bahasa sahaja, penyampaiannya lebih bersemangat (ada roh) dan WP percaya itu dari lubuk hati YAB PM tanpa menggunakan teks ucapan yang telah di`skripkan. Teksnya telah sedia ada dalam dada YAB PM.

WP berhajat nak menyentuh seruan beliau dalam ucapan penggulungannya yang mesej utamanya ialah untuk menyegerakan penzahiran apa yang dikatakan. Malaysia dan politiknya sudah dipandang muak oleh golongan professional, karyawan serta golongan bijak pandai kerana kebiasaanya ia hanya dikatakan dari mulut tetapi tiada penzahiran melalui amal.

(Surah As-Saf, 2 dan 3)

Rujuklah sendiri dan lihatlah betapa besarnya kebencian Allah kepada orang yang bercakap tetapi tidak melaksanakan. Hasil yang diperolehi ialah, Allah benci. Agak pedas sekiranya WP membandingkan perlaksanaan kitab Allah yang dilakukan oleh orang Yahudi yang walaupun kita Allah yang diturunkan (Taurat) itu telah ketinggalan 3 generasi setelah ditambah baikkan dalam Injil dan kemudiannya Al-Quran. Al-Quran itu telah dijamin oleh Allah sendiri sebagai rujukan terlengkap. Sebab itu, AQ adalah kitab yang terakhir yang telah merangkumi segala aspek sains kemanusiaan. Tetapi, Yahudi benar-benar mengambil kitabnya itu dan diterjemahkan dalam bentuk kerja tangan yang hasilnya, mereka menguasai ekonomi dunia serta memegang tali pada tambatan pada hidung presiden Amerika yang bersedia menurut perintahnya. Mereka tidak ramai, mereka hanya 16 juta sahaja. 6 juta telah dibunuh oleh Adolf Hitler dalam peristiwa Holocaust semasa perang dunia ke-II dahulu.

Yang nak diambil pelajarannya ialah, bagaimana mereka umat yang tidak ramai dapat berdiri gagah hanya dengan melaksanakan ilmu yang telah ketinggalan zaman itu walhal KITA INI MEMEGANG ILMU yang terhebat serta terlengkap, tetapi mengapa kita masih lemah? Bayangkan sekarang anda sedang menggunakan Window Vista sementara Yahudi masih menggunakan Window 95. Mereka menggunakan segala yang ada pada kemampuan Window 95 itu sehabis-habisnya sedangkan kita hanya menggunakan Vista hanya untuk menaip surat. Apapun, window 95 dan window Vista tetap datang dari Bill Gates (Sama seperti Azbur, Taurat, Injil serta Al-Quran yang diturunkan oleh Allah yang sama). Dari segi utilisasi, mereka gunakan 100% dan kita menggunakan 0.1%. Sistem yang baik tidak dilaksanakan tidak akan ada kesannya berbanding sistem yang telah ketinggalan zaman tetapi digunakan sehabis-habis potensinya.

Bercerita tentang politik dan Al-Quran serta sunnah, ia tidak lari kemana. Politik juga adalah subset dalam penceritaan sains manusia yang diekstrak dari Al-Quran. Soalnya sekarang, bagaimana mereka nak jadi hebat sekiranya ditanya kepada 1000 orang adakah mereka baca Al-Quran, WP yakin jawapannya hanya segelintir. Itupun semasa malam jumaat atau semasa ada kematian. Lebih dari itu, jika ditanya berapa ramai yang membaca itu memahami isi kandungan Al-Quran SERTA melaksanakannya? WP yakin jawapannya dari 1000 org mungkin tiada.

Islam tidak jumud, sistem Islam terbukti boleh menyatukan Yahudi dan Nasrani serta Aus dan Khazraj tanpa ada pertumpahan darah di Yathrib satu ketika dahulu dan mereka hidup aman dan damai lagi seperti saudara. Cuma formulanya sahaja perlu kita telitikan sejarah rasul (sunnah) serta ilmu Al-Qurannya. YAB PM dah berikan cetusan, dan adakah sebagai rakyat kita hanya mendengan, menangis, bertepuk tangan sambil berdiri (standing ovation) tetapi selepas 2-3 hari, semuanya hilang begitu sahaja tanpa perlaksanaan sehinggalah kepada perhimpunan seterusnya.

Tahniah sekali lagi kepada YAB PM kerana ucapan dasarnya adalah cetusan serta penggulungannya adalah penukul yang menukul kepala-kepala batu yang tidak mahu membuat islah. Setakat menang di Bagan Pinang tak boleh (sekali lagi…tak boleh) dijadikan kayuukur sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Lihat sahaja lah calonnya bukan kecil anak dan yang mengepalai kempen juga adalah TPM sendiri (Tan Sri Muhyiddin Yasin). Adakah ini akan berlaku semasa pilihanraya umum? Semasa pilihanraya umum, setiap ADUN dan MP perlu balik semula ke kawasan masing-masing. Tiada lagi TPM akan turun menyokong semua kawasan, tiada lagi PM akan turun padang ke kawasan lain kerana mereka juga ada kawasan yang perlu mereka jaga dan pastikan kemenangannya.

Pindaan perlembagaan juga adalah langkah bijak. WP bersyukur dengar pernyataan TPM serta PM yang sedia memberikan yang terbaik sekiranya tidak mahu disanggah tempatnya oleh ahli-ahli lain. WP puji keberanian TPM dan PM kita dalam pindaan ini tanpa tamakkan kuasa yang ada dan sedia memberi laluan kepada sesiapa yang dirasakan lebih layak tanpa kuota dan tanpa politik wang. Sudah 10 tahun lebih WP memerhatikan perhimpunan agung UMNO dan baru ini WP merasakan perhimpunan yang cukup ringkas dan berjiwa. Syabas kepada UMNO!

Kalau WP jadikan Kim Jong (North Korea) sebagai satu contoh mungkin ada yang rasa tak puas hati kan? tapi, kita lihatkan positifnya. Kim Jong memberikan program kenegaraan kepada rakyatnya melalui seluruh medianya sehingga rakyatnya menyembah beliau seperti tuhan (walaupun sebahagiannya kerana momokan ketakutan dan seksaan). Konsep 1 Malaysia yang kini menjadi talian hayat terakhir BN dalam memenangi hati rakyat berbilang kaum masih kabur perlaksanaan. Bukannya perlaksanaan, konsepnya juga masih belum jelas dikalangan masyarakat negara. Perang saraf perlu bermula. Rakyat lebih menilai ucapan 5 minit sehari tentang penerangan konsep 1 Malaysia sehingga rakyat segala lapisan dapat diprogram mindanya bagi menerima kaum lain sebagai saudara mereka. Itu lebih bermakna dari membelanjakan jutaan RM untuk membuat iklan-iklan yang telah diketahui satu lakonan yang fasik (pura-pura) walaupun seperti betul-betul terjadi.

Melayu gusar 1Malaysia menghilangkan ketuanan mereka, Cina takut nanti kena tanggung biawak hidup (usahawan Melayu yang pemalas yang hanya berharap kontrak kerajaan yang termaktub “UNTUK KONTRAKTOR BUMIPUTRA”) dan India gembira mendapat status sama rata tetapi risaukan adat serta agama mereka terancam. Warga-warga Prihatin telahpun memikirkan bagaimanakah ini boleh diselesaikan dengan bijak. Masing-masing terbela dan tidak ada yang teraniaya. Cuma agak panjang serta terlampau teknikal untuk diceritakan. Rasanya, sekiranya YAB PM baca artikel ini, kebijaksanaan beliau sahaja sudah cukup untuk mengorak jalan bagaimana untuk menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak bersepah.Tetapi, YAB PM tak boleh pandang rendah kepada kebijaksanaan lawannya dalam Pakatan yang juga membaca artikel ini. Mereka hanya menunggu peluang sekiranya YAB PM tidak melakukan islah yang sepatutnya. Dalam 1 sudut lain, YAB PM perlu bergegas kerana lawan mereka ada ahli kitab (PAS) yang mahir dengan urusan kitab dan hanya menunggu sahaja cetusan untuk perlaksanaan secara total. Jika BN tak buat, penggantinya akan lakukan. Dalam Al-Quran ALlah telah tekankan BANYAK kali yang Allah boleh musnahkan satu kekuasaan dan digantikan dengan kekuasaan lain dan itu tidak sukar bagi Allah.

(Surah Yunus, 14 / Hud,57 / Al-Maarij,40-41 / Al-Ehsan, 28 dan banyak lagi ayat-ayat seumpama itu yang menjadi rujukan WP sehingga WP berani untuk mengatakannya)

Sekali lagi WP tekankan, inilah talian hayat terakhir yang YAB PM serta kepimpinan yang lain perlu mengambil iktibar untuk sama-sama duduk dan memikirkan cara penyatuan BERPANDUKAN KES STUDI PENYATUAN AUS, KHAZRAJ, YAHUDI DAN NASRANI DI YATHRIB DAN DI MEKAH semasa zaman kerasulan Rujuklah kepada Al-Quran (Ilmu) dan Assunnah (perlaksanaan) dengan segala sifat rendah diri kerana Allah maha besar dan maha luas ilmunya.

Masa untuk BANGKIT ialah sekarang….

WP

Comments (6) Oct 18 2009


Analisa Perkembangan Politik Malaysia

Posted: under Pendidikan.

Salam sejahtera semua, kali ini warga prihatin ingin sekali lagi memberikan sedikit cetusan tentang situasi politik yang semakin hari kita lihat semakin mencabar dan penuh dengan politik yang dipolemik kan oleh segelintir tok tok dalangnya. Integriti bangsa berdegar-degar disuarakan oleh YAB Perdana Menteri melalui konsep 1Malaysia. Pembangkang pula mempolemikkan visi itu sebagai satu yang fasik dan direka-reka bagi memenangi hati pengundi bukan Melayu.

Warga Prihatin di luar ni garu kepala. Yang sana cakap situ tak betul, yang situ cakap sini kafir. Rakyat tersepit ditengah-tengah. Kalau dikembalikan semula kepada kesan semasa PRU-12 yang lepas, bukankah itu satu signal besar bahawa kerajaan yang menang tipis perlu membuat 1 islah. WP terkejut juga dengan YAB PM kita menyuarakan perlunya islah dalam UMNO itu sendiri dan mestilah dizahirkan bukan hanya sebagai 1 retorik yang hasilnya buih-buih di mulut. Hasilnya….tiada. Itu sebenarnya tanda bahawa BN perlu sedar kembali bahawa itu tanda kejatuhan kekuasan BN. Sekali jatuh…untuk dapat kembali, bukanlah sesuatu yang mudah.

Perkembangan politik di Negeri Sembilan baru-baru ini bukanlah satu signal yang boleh dijadikan kayuukur kejayaan BN dalam meramal kejayaan pada PRU-13 akan datang, bukan kah lebih baik memikirkan sesuatu yang diluar comfort zone untuk jentera BN terus berusaha memenangi hati rakyat berbilang kaum. Bukannya dengan bertanggapan kepercayaan telah kembali pulih. WP merasakan, faktor calon handalan BN tu pun satu penguat. Siapa yang tak kenal Isa Samad. Seorang YB yang berpengalaman dan lebih dari itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang sangat berjasa dalam menjadikan Negeri Sembilan antara negeri industri terbaik Malaysia. Letaknya calon Pas di kawasan orang-orang India juga satu perhitungan yang WP nampak agak kurang bijak dari Pakatan. Mengapa? Propaganda PAS tidak sampai kepada telinga dan mata pengundi India di Bagan Pinang baru-baru ini. BN ada kelebihan besar dengan laungan 1Malaysia sebagai manifesto utama yang WP percaya, bakal jadi faktor kemenangan BN dalam PRU akan datang. Tapi, sebaliknya, inilah talian hayat yang terakhir kepada kerajaan BN. Mengapa WP katakan begitu?

Sekiranya 1Malaysia gagal dizahirkan atau dilihat perkembangannya oleh kaum Cina dan India, pastinya hati mereka tak akan mampu dipujuk lagi untuk kembali menyokong serta mengundi BN.

bercakap soal 1 Malaysia pun, WP masih kabur lagi dengan perencanaan YAB PM kita dan jentera pentadbiran kerajaan. Mengapa perlu ada lagi segregasi sekolah-sekolah kaum? Bagaimanakah India nak sayangkan Melayu dan Cina sayangkan India dan merasakan semuanya adalah satu keluarga besar yang bernama Malaysia. WP ada memberikan satu seminar di Universiti Malaya minggu lepas di Fakulti Undang-undang. Sekilas pandang, seronok melihat ada pelajar-pelajar kaum Cina dan India dalam fakulti itu. Tetapi bila tiba masa untuk makan tengahari di kantin, studi group dan bermain mereka kembali kepada kelompok-kelompok kaum masing-masing. WP rasa, yang Melayu janganlah merasakan diri mereka tuan, dan yang Cina janganlah jauhkan diri dari Melayu dan juga India.

Sekali lagi, dari pemerhatian WP, BN sekarang mempunyai kelebihan besar untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang dengan senjata 1Malaysianya. Tapi, sekiranya dalam 3 tahun kehadapan, situasinya tetap sama seperti sekarang, BN akan berada diambang kejatuhan yang paling dasyat sehingga mereka yang berpaling itu tidak lagi mampu dipujuk kembali.

Jangan pandang rendah kepada mereka yang berkecil hati kerana hati-hati yang kecil ini lah yang akan membawa diri bersama hati-hati lain yang berkecil hati untuk membentuk HATI BATU yang bakal menumbangkan lawannya.

Renungkanlah

WARGA PRIHATIN

Comments (9) Oct 16 2009


Dunia akan Binasa Tanpa Perlaksanaan Ilmu Allah

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Mesej Admin, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags:

Wahai sahabatku sekalian,

Marilah sama sama mendidik diri & orang bawah jagaan kita agar sentiasa membudayakan ilmu, rakuskan ilmu, tamakkan ilmu, cinta ilmu dan suka mempraktikkan ilmu.
 
Ramai sekali yg ikut bercakap, ikut bekerja, beramal, berpolitik, ikut membuat fatwa, berceramah, bahkan mengundi sekalipun … Semuanya tanpa ilmu, ikut ikut belaka.

Baginda rasulullah telah berjaya membina akhlak insan, menyatupadukan kaum dan puak melalui keharmonian hidup beragama, semuanya berbekalkan ilmu Allah yang difahami bersungguh-sungguh, sehingga jelas dan melaksanakannya pula dengan tepat dalam pengurusan segenap kehidupan beragama dan bernegara.

Sabda Rasulullah saw di antaranya,

Menuntut ilmu itu fardu bagi setiap lelaki dan wanita Islam … Wajib wajib wajib.  Ingatlah meninggalkan yang wajib bermakna ingkar (kufur/kafir), berdosa dan celaka serta mencelakakan.

Firman Allah pula,

Surah 17 al israa’ 36 – dan (demi) janganlah kamu mengikuti apa yg kamu tak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan & hati, semuanya itu akan dipersoalkan…

Surah 10. Yunus 36 – dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Mengatur atau memimpin perjalanan pengikut yang tidak berilmu berjalan di mukabumi ini adalah ibarat memimpin lembu, yang sentiasa harus ditarik talinya, ada mata, telinga dan hati (akal) tapi tak pandai menggunakannya.

Ia amat berbeza dengan memimpin perjalanan pengikut yang berilmu dan berakal. Perjalanan mereka hanya berpandukan petunjuk yang mampu difahami oleh akal fikiran mereka. Mereka kenal simpang, lampu isyarat, hon, signal bahkan peta perjalanan walau sejauh mana sekalipun. Memimpin mereka sekadar menggunakan maklumat, petunjuk dan hidayah yang jelas dan mampu menampakkan kepada mereka kemana harus pergi, jalan mana harus di lalui dan apa kenderaan yang harus mereka kenderai..

Yang paling penting adalah apa yang Allah nyatakan dalam firmannya yang tak pernah sudi kita membaca, memahami dan mengikut petunjuk ke arah kesejahteraan dalam surat cinta Allah kepada kita ini… Bagaimana mungkin kesejahteraan (salam, islam) boleh kita gapai?

Sebelum nota pendek ini berhenti, mari kita perhati (biar sampai ke hati dari apa yg di lihat dan di dengar)… Beberapa ayat dari beribu ribu ayat yang menjelaskan tentang kepentingan ilmu dalam alquran.

67. Al mulk 26 – katakanlah: “sesungguhnya ilmu hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan.”

Nota = sumber ilmu hanya dari yg maha berilmu, ia disalurkan kpd kita melalui al-kitab (yg menjadi ketetapan).

2. Al baqarah 121. Orang-orang yang telah kami berikan al kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Nota = iqra’ rasulullah dulu telah dituliskan dalam kitab yg boleh kita baca (tilawah). Tetapi adakah kita telah iqra’ setiap keterkaitan isikandung itu di segenap kehidupan kita untuk mendapat bacaan yg sebenar? Sedarkah kita akan perbezaan fungsi iqra’ dan tilawah dalam meraih dan meneliti ilmu ini?

 
14. Ibrahim 52 – (al quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya dia adalah tuhan yang maha esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.

Nota = sudahkah kita berusaha menkaji? Sudahkah kita gembeling akal sepenuhnya untuk menerima, bukan menolak segala ketetapan Allah dalam alquran? Mampukah akal kita meneliti kesempurnaan wahyu ini sehingga mampu pula melaksanakan petunjuk itu dalam segenap langkah kehidupan – berniaga, berpolitik,  mengatur keluarga, negara, dunia dan sebagainya.?
 
29. Al ‘ankabuut 49 – sebenarnya, al quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat kami kecuali orang-orang yang zalim.

Nota = sudah nyata kah sisi kandung alquran itu di dada kita, anak isteri kita, pemimpin dan rakyat kita? Atau ia masih kekal di kertas? Sedangkan Allah mahu ianya di dada? Boleh tak mengakui yg kita sudah salah letak alquran itu? Dan itu mengingkari ketetapan Allah di mana harus kita simpan aq?
 
11. Huud 1 -  alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang maha bijaksana lagi maha tahu,

Nota = sudah rapi dan terperincikah kajian, penelitian kita dari segala petunjuk dalam aq, sehingga mampu membawa kita keluar dari kebuntuan, kesilapan yang tidak habis habis dan kita pula tidak pernah serik meneruskan idea peribadi kita, sedangkan pengatur alam telah menghidangkan petunjuk sekian lama untuk kita ikut dan Allah janji, pasti selamat dan berjaya.

11. Huud 14 – jika mereka yang kamu seru itu tidak menerima seruanmu (ajakanmu) itu maka ketahuilah, sesungguhnya al quran itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahwasanya tidak ada tuhan selain dia, maka maukah kamu berserah diri (kepada Allah)?
 
Nota = sudah kah kita bersedia utk berserah diri kepada Allah, atau masih mau meneruskan kedegilan dan ingin tunjuk kepada Allah yg kita lebih bijak, pandai dari Allah dalam perpektif ilmu ini…?

 
4. An nisaa’ 82 – maka apakah mereka tidak memperhatikan al quran? Kalau kiranya al quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
 
Nota = jemaah penyelidik (unit r&d) warga prihatin telah membuktikan tiada satupun dari 6236 ayat ayat Allah dalam aq itu berselisih, walau pada lahirnya ada yang nampak bercanggah. Semuanya ada kod rahsia tertentu yang harus digunapakai untuk menampakkan fungsi dan penyesuaian nya terhadap pengurusan alam.

Ya,… Itulah budaya yang sedang dan terus di kaji, dihayati dan dilaksanakan, diterapkan di rumah pengasih warga prihatin… Anak permata negara.

Alhamdulillah, kami gembira dengan pembentukan sahsiah dan akhlak yang terbentuk dalam jiwa anak anak didik kami. Kami siap untuk menghadiahkannya kepada sesiapa yang merasakan ilmu Allah sangat diperlukan dalam hidup.

Yang merasakan diri telah cukup pandai dan bijak, ilmu Allah telah penuh di dada, atau yang merasa boleh hidup tanpa memerlukan petunjuk dari Allah sama sekali, teruskan dengan perlaksanaan idea dan ilmu yg sedia ada di dada kalian. Apabila keciwa dan buntu nanti datanglah berkongsi masalah dan kebuntuan anda, kami akan kongsikan pula apasaja ilmu yang telah kami temui hasil kajian sekian lama ini …

Comments (3) Oct 15 2009


Membina Anak yg Bastotan fil ilmi wal Jismi

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Mesej Admin, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,

Anak-anak adalah aset yg penting sebagai generasi penerus kepada sesebuah keluarga, bangsa dan negara (Permata Negara). Untuk menjadikan mereka lebih berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara perlulah mereka dibina dari kecil lagi agar mempunyai tubuh yang perkasa, bersemangat dengan ilmu di jiwa yang meluas.  Dua elemen ini sajalah yang boleh menjamin mereka tidak dapat diganggu gugat oleh pelbagai anasir dari segi fizikal maupun mental.

Untuk meralisasikan apa yang disarankan Allah itu boleh terlaksana, satu takwim (jadual) yg lengkap dan teratur harus diperkenal dan dipraktikan kepada anak-anak kita secara istiqomah berterusan. Ini telah lama diamalkan oleh negara-negara maju di dunia ini.  Malangnya umat Islam sering ketinggalan dalam perkara yg baik ini, sedangkan kita mempunyai manual menjalani hidup yg paling lengkap, terkini dan canggih, jelas dan sempurna berbanding umat-umat agama lain di dunia ini.

Disiplin dalam pemakanan, pendidikan dan penjagaan kesihatan harus dititikberatkan. Faktor-faktor inilah yang telah ditekankan oleh negara- negara maju seperti Israel, Jepun dan sebahagian negara barat dan terbukti berkesan.  Kita tidak boleh lagi duduk termenung dan mengharapkan akan ada orang lain atau jabatan tertentu melaksanakan tanggungjawab tersebut untuk anak-anak kita. Setiap warga harus mengadaptasikan disiplin ini dalam diri, keluarga dan masyarakat sekitar. Barulah nanti diri kita sendiri, ahli keluarga, masyarakat dan negara terhindar dari dibuli oleh yang lain. Itulah neraka dunia yang hendak kita elakkan daripada terus berlaku kepada generasi kita yang mana menurut Allah bahan bakarnya adalah manusia yang berhati dan berkepala batu.

Hasil kajian dan pembangunan di Rumah Pengasih Warga Prihatin amat meneliti semua faktur di atas. Sebagai ketua keluarga, pemimpin negara yang dipertanggungjawabkan Allah,kita tidak akan tergamak melalaikan, mengabaikan petunjuk dan hidayah berharga di dalam manual kehidupan yang dipanggil Al-Quran itu dalam mendidik, membangun generasi.

Cukup dulu untuk kali ini.  InsyaAllah kita sambung lagi dengan catatan yang akan menghuraikan displin-dsiplin di atas dengan lebih terperinci menurut apa yang disarankan oleh Allah dalam manualnye,  iaitu Alquran.

sekian,

Hulubalang

Comments (2) Oct 15 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

October 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 140

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress