Salam Aidilfitri dari Warga Prihatin

Posted: under Mesej Admin.

Alhamulillah, setahun lagi bakal kita merasai sinar Aidilfitri. Kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan rasa rendah diri memohon keampunan sekiranya dalam tempoh ini telah mendatangkan ketidakselesaan, menyinggung perasaan serta apapun jua yang kami lakukan. Aidil Fitri (Kembali kepada Fitrah) adalah hari kita bergembira kerana dengan cukupnya puasa sebulan, kita mampu mengembalikan diri kita kepada fitrah yang Allah mahukan. Kami ucapkan selamat berhari raya, dan berwaspada ketika memandu pulang ke kampung. Semoga hari raya kali ini mendatangkan seribu pelajaran dan meninggalkan sejuta kenangan manis untuk anda sekalian.

Diuji sebulan lamanya dengan tidak lain hanyalah hawa nafsu peribadi, bukan lagi atas pujukan syaitan dan Aidilfitri ialah perayaannya. Hari dimana diharamkan kita untuk berpuasa pada hari pertamanya. Dalam puasa adanya makfirah serta keampunan dan dalamnya juga ada lailatulqadar yang lebih baik dari 1000 bulan yang mana doa menjadi sangat mustajab. Bersyukurlah kerana kita masih mampu melaluinya sekali lagi dengan aman dan tenteram tanpa kekacauan.

Adakah tiada seorang pun di dunia ini yang bertemu Lailatulqadar? Sehingga segala doa segalanya diterima dan dijawab secara langsung oleh Allah? atau mungkin juga yang berjumpa dengan malam itu lupa mendoakan kesejahteraan umat Islam sehingga……hingga hari ini, hingga saat ini, selepas jutaan manusia bersolat hajat dan berdoa….mengapa saudara kita di Palestin masih disembelih.

Adakah Allah tidak mendengar doa kita…atau kita sebenarnya, masih belum berjumpa “malam” itu.

WARGA PRIHATIN

Comments (2) Sep 17 2009


SENI (BERHALUS) DALAM ISLAM

Posted: under Pendidikan.

SENI (BERHALUS) DALAM ISLAM.

 

Seni adalah berhalus di dalam perlaksanaan. Perkataan seni seringkali dikaitkan dengan cabang budaya tetapi sebenarnya  seni itu adalah  terkait dengan berbagai cabang di dalam setiap urusan kehidupan. Seni berlaku di dalam kehidupan seperti cara memandang mampu menterjemah jauh dari pandangan  mata , mendengar pasti memahami jauh dari fahaman umumnya dan tentunya seni yang mahunya allah ialah kita sentiasa berhalus di dalam segala langkah perbuatan serta percakapan.Kesenian Islam menjadikan Al Quran dan AsSunnah sebagai sumbernya. Segala sesuatu yang indah itu ialah penyempurnaan dan penghayatan akidah, syarak dan akhlak.

 

Sikap berhalus yang di nampakkan oleh Allah Taala di dalam ayatnya

 

Al An’aam: 103. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah yang maha halus lagi maha mengetahui.

 

Dapat melihat sikap manusia dan perlaksanaanya kearah kesempurnaan. Tahukah kita yang  selama ini perbuatan  kita adakah menampakkan kehalusan jiwa di dalam kehidupan. Lihatlah kepada anak-anak kita serta generasi yang di cipta oleh kita sebagaimana keadaannya, akhlaknya, percakapannya. Bagaimana tuntutan Allah supaya anak-anak ini di bentuk melalui akhlaknya. Tertibnya telah lenyap. Ibu bapa yang memainkan peranan tidak dapat memainkan peranan dengan sempurna. Anak-anak kita dihanyutkan dengan budaya kasar tanpa menghormati serta adab sopan yang menjadi tuntutan alam. Terfikirkah kita di dalam erti kata lain konsep berhalus di kalangan anak-anak kita tidak lagi dididik. Malah sistem pendidikan akhlak di sekolah pun menjadi mata pelajan sampingan. Ini lah punca masallah serta penyakit masyarakat sekarang. Masyarakat kita sekarang ini sedang sakit. Apakah ubat yang paling mujarab …… ??

 

Kenapa seni itu penting di dalami Islam? Dengan seni kita mampu berhalus di dalam perlaksanaan serta pemikiran yang lebih sempurna.

 

 

Al Hajj 63. Apakah kamu tiada melihat, bahwasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha bijaksana.

 

Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebenaran dan kesempurnaan Allah s.w.t. Keindahan merupakan sifat kesempurnaan-nya. Allah s.w.t mencintai keindahan, lantas menciptakan manusia daripada limpahan keindahannya. Bumi yang merupakan tempat tinggal manusia juga merupakan tempat yang dihiasi dengan keindahan Allah bukan sahaja menjadikan manusia itu indah dari segi fizikal, malah menjadikan naluri cinta kepada keindahan di dalam diri manusia.

 

Di sinilah terletaknya keistimewaan manusia, iaitu yang cintakan keindahan atau kesenian yang tidak dimiliki oleh makhluk lain. Manusia menyenangi segala sesuatu yang berkaitan dengan hidup di dalam segala bidang kesenian.

 

Al Mulk 14.  Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dialah maha halus lagi maha mengetahui?

Rahsia besar Al Quran pasti ada yang mengetahui , dan dengan berhalus membaca serta mengkajinya pasti memberi impak besar kepada yang mengetahuinya dan dengan beramal ilmu Allah s.w.t itu akan mendatangkan redha yang pasti  dari Allah s.w.t.

 

 

Konsep penciptaan Allah s.w.t membuka minda manusia yang mahu memikirkan kebesaran pencipta. Dengan ilmu dan pemikiran yang halus mampu akan membawa seseorang insan itu pergi jauh untuk menjadi manusia ilmiah dan berakhlak mulia di sisi Allah s.w.t.

 

Islam sebagai Ad Din yang serba lengkap juga mengambil kira kesenian di dalam perundangannya. Jesteru itu Islam telah datang untuk  menyempurnakan fitrah semulajadi manusia yang cinta kepada kesenian dan keindahan dengan menentukan garis panduan yang diredai oleh Allah s.w.t iaitu segala cabang kesenian yang tidak bercanggah dengan akidah, syarak dan akhlak. Seni juga mempunyai nilai asas hak sosial kemasyarakatan. Kita seharusnya dapat membezakan seni yang hak dan yang batil. Kalau punca seni itu membawa kepada suatu pergaulan yang tanpa batas itu pasti bukan dari allah, kalau telanjang itu suatu seni pasti itu juga bukan dari Allah s.w.t.

 

Seni yang tidak mempunyai nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak dikatakan seni pasti buka dari Allah s.w.t. Manusia harus mengetahui batas-batas yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Tanpa mengenal batas, tiada bezanya manusia dengan makhluk yang lain.

 

Untuk membicarakan sejauh mana kepentingan dan tuntutan berseni dari kaca mata Islam, maka kita tidak dapat lari daripada membicarakan kepentingan unsur kerohanian dan faktor alam. Malah kedua-dua itu dijalin erat menjadi satu yang fitrah.

 

Jesteru itu seni adalah sesuatu yang sememangnya mempunyai kepentingan dan merupakan tuntutan Islam kerana melalui seni dapat menambah keimanan, ketakwaan dan amal saleh dan membentuk suatu akhlak yang mulia.

 

Penerimaan manusia dengan seni adalah berbeza. Rujuklah Al Quran supaya erti seni itu tidak ditafsirkan secara prejudis.

 

Marilah kita membawa perubahan ke arah pemahaman seni (berhalus) dan marilah  kita  sama-sama membentuk sambil mendidik generasi memahami serta menghargai seni dari sedut pandang Islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments (4) Sep 17 2009


1 MALAYSIA

Posted: under Pendidikan.

                                                                            1 MALAYSIA

Satu Malaysia membawa maksud satu bangsa yang bernaung di bawah satu bendera, berpegang pada satu prinsip rukun negara dan melaungkan satu bahasa yang sekata. Ia menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan tembok kepentingan etnik dan kaum. Sekiranya ia berjaya dilaksanakan, kita boleh membayangkan hasil kesatuan hati semua warga Malaysia yang bakal mengubah suasana persekitaran kita menjadi lebih harmoni, aman dan sejahtera.

Persoalannya, bagaimanakah wawasan ke arah “ Satu Malaysia”  ini mampu dicapai sedangkan masih wujud perasaan rasisme di kalangan kita. Rasisme (bahasa Inggeris:Racism) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah. Walaupun, rasisme, perkauman dan assabiyah berbeza dari segi bahasa, namun fundamental atau prinsipnya tetap sama iaitu kehadirannya mampu memusnahkan fitrah kemanusian yang saling kasih mengasihani,  sehingga  boleh menyebabkan kehancuran sebuah negara.

Sejarah banyak mengajar kita tentang erti kehidupan.  Samada kita sedar atau tidak,  rasisme, perkauman dan assabiyah telah menghasilkan titik hitam dalam kamus hidup rakyat Malaysia. Tragedi 13 Mei, rusuhan Kg. Medan telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kerosakan harta benda apabila satu kaum itu menidakkan hak kaum yang lain. Sesetengah dari kita memandang assabiyah ini wujud di kalangan masyarakat antarbangsa sahaja . Sifat negatif ini sebenarnya telah sekian lama disemai oleh penjajah apabila mereka melaksanakan fahaman pecah dan perintah. Orang Melayu telah disusun di kampung-kampung sebagai petani, orang Cina di bandar sebagai peniaga dan orang India di estet-estet sebagai pekerja ladang. Hasilnya mereka tidak mampu bersatu dan mudah dimanipulasi.

Walaupun pada hakikatnya, penjajah telah pulang ke negara asal mereka, sifat ini terus berkekalan apabila secara tidak langsung ibu bapa telah mengaplikasikannya dalam sistem rumah tangga mereka. Anak-anak yang berjaya diberikan layanan yang istimewa berbanding anak-anak  yang lemah.

Mewujudkan konsep “Satu Malaysia” bukanlah satu idea baru yang dicipta oleh pemerintah untuk memancing atau meraih perhatian rakyat. Ia  merupakan satu kesinambungan daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu seperti Tun Sambathan, Tunku Abdul Rahman dan juga Tun Tan Cheng Lock yang bersatu menolak perkauman atau assabiyah  bagi melahirkan sifat “nasionalisme” dalam menentang penjajah. Nasionalisme lebih menjuruskan kepada sifat memperjuangkan kesatuan bangsa tanpa melihat dari warna kulit, agama bahasa dan budaya.  Hasilnya, ia akan melahirkan sifat cintakan negara (patriotisme) secara fitrah. 

Islam merupakan satu agama yang bersifat universal. Ia bukan milik orang Melayu ataupun bangsa-bangsa yang lain.. Ia mengajar umat manusia untuk saling mengenali  dan secara jelas menolak rasisme, perkauman ataupun assabiyah. Allah berfirman di dalam Surah Al hujarat ayat 13, maksudnya :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya.

Firman di atas menjelaskan bahawa Allah yang menciptakan manusia ini dari pelbagai bangsa dan jantina untuk kebaikan manusia ciptaannya. Allah menyarankan agar kepelbagaian bangsa dan kaum ini harus diambil peluang untuk memperbanyakkan ilmu dan kefahaman, kepintaran dan mendalami erti kasih sayang sesama insan, semuanya atas konsep menang-menang – `win win situation’. Ummat ini dijadikan sedemikian untuk saling berkongsi budaya, ilmu dan kepakaran agar semakin mensyukuri dan menyayangi satu sama lain.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya – kelainan kaum dan bangsa ini dijadikan asas permusuhan, saling mencurigai dan bunuh membunuh antara satu sama lain atas dasar apa yang masyhur dipanggil PERKAUMAN atau ASSOBIAH. Hasilnya adalah kehancuran, jauh sekali dari kesejahteraan. Kalau amalan sistem Islam, sepertimana yang Allah sarankan pada sudut takruf dan 1 MALAYSIA itu dikatakan membawa kesejahteraan, maka jelaslah apa yang dialamai oleh kebanyakan manusia di mukabumi atas sudut pandang perkauman sekarang ini adalah tidak Islam, itu termasuklah di kalangan mereka yang kononnya beragama Islam.

Untuk itu, Nabi Muhammad telah membuktikan kebenaran ayat tadi dengan kejayaannya mempersatukan penduduk Madinah yang terdiri dari berbilang bangsa, agama dan kaum. Yahudi, Nasrani, Auz dan Khazraj, yang ditambah pula kedatangan Bani Hasyim, Kaum Quraish yang membentuk dua puak dipanggil Muhajirin (pendatang) dan Ansar (Bumiputera), semuanya (termasuk Arab Badui) boleh hidup aman damai. Perlaksanaan satu sistem Islam yang adil dan saksama, keluhuran pemerintahan baginda Rasulullah telah mampu menawan kaum bukan Islam bukan saja untuk sama-sama membangun MADINAH melalui sumbangan cukai yang dipanggil JIZYAH, malah mereka turut ikut berperang, mempertahankan Madinah dari serangan musuh. Namun, adakah perlaksanaan baginda menjadi tauladan dan pelajaran untuk kita?.

Jangka hayat kemerdekaan kita genap memasuki angka yang ke 52 tahun. Wajah Malaysia terus menerima arus perubahan. Selami lubuk hati kita adakah kita sudah berubah seiring dengan zaman atau kita masih membiarkan jiwa kita diselaputi dengan sifat negatif itu. Bayangkanlah betapa luasnya bumi ciptaan Allah ini jika tidak disempadani dengan perkauman. Oleh itu, usaha pembentukan “1 MALAYSIA” bagi kita adalah SUATU KEMESTIAN, kita tiada pilihan dan kami di PRIHATIN teramat menyokong. Inilah satu tindakan penting dan berani yang diluahkan dengan jujur oleh seorang Perdana Menteri yang mewarisi perjuangan ayahandanya yang juga seorang Bapa Perpaduan yang menyelamatkan Malaysia dari peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

 

 

 

 

 

Comments (12) Sep 03 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

September 2009
M T W T F S S
« Jul   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 140

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress