Kesempurnaan Solat.

Posted: under Pendidikan.

Kesempurnaan dalam menunaikan solat, merupakan suatu yang “wajib” dalam setiap  perlaksanaannya untuk dinilaikan sama-ada ianya diterima atau pun tidak oleh Allah.  Sepertimana yang kita ketahui, solat adalah satu ketetapan yang ditentukan oleh Pengatur (ALLAH), bagi orang-orang yang beriman.

 

 

Sebuah Kisah dan renungan..

 

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”


“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

 

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”

 

Bagi menuju kearah kesempurnaan (zahir dan batin), Allah telah pun menurunkan Al-Quran sebagai pelajaran.. persoalannya disini, adakah mereka mahu mengambil pelajaran??????

Comments (6) Apr 27 2009


Cendakiawan Islam

Posted: under Dakwah, Pendidikan, Rencana.

Pada sekitar tahun 1300++, Dunia ketamadunan Islam telah menyaksikan seorang cendakiawan Islam bernama Ibn Khaldun yang pakar dalam disiplin sosiologi, astronomi, numerologi, kimia dan sejarah. Hafiz Al-Quran ini menjadi saintis kepada pelbagai disiplin. Nah, ini kan satu bukti bahawa Al-Quran itu satu pedoman yang kamil (sempurna)? Mengapa kita pisahkan ia dari sains? sehingga kita mundur dan digelar bangsa yang goblok. Buktinya, di mana Mesir dalam sumbangan sains modern masa kini? berbanding dengan Mesir semasa adanya Ibn Khaldun dan cendakiawan-cendakiawan Islam yang lain.

Menjadi rujukan dalam perubatan moden,melalui mahakarya Al Qanun fi al-Tibb yang telah diterbitkan di Rom tulisan IBNU SINA, yang juga seorang hafiz Quran. Hafiz dalam perlaksanaan Islam, bukan sekadar menghafal dan mengerti maksudnya, tetapi memelihara Al-Quran dengan perlaksanaan dalam bentuk sains. Sains itu satu penzahiran dari Al-Kitab. Beliau lahir di Bukhara, dan kini…di manakah Bukhara?

Dari segi logik dan fizik manusia zaman sekarang, jarang sangat berlaku kepakaran dalam lebih dari 1 bidang. Seorang doktor pakar perubatan tidak pakar dalam astrologi. Bagaimana Ibnu Sina dan rakan cendakiawan Islam yang lain mampu menguasai ilmu itu? Ibnu Sina sendiri pakar dalam disiplin bahasa, sastera, geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Apa rahsianya jika bukan Al-Quran yang dikuasai sejak dari kecil.

Al-Quran adalah fundamental segala ilmu. Jika Al-Quran mengatakan madu lebah itu berpenawar, cari lah madu lebah di atas bumi dan kajilah kehebatannya secara sains. Itu baru lah Islam melalui perlaksanaan Al-Quran. Pastinya, sains bukan satu yang boleh dipisahkan dari Islam.

Tidak perlulah saya panjangkan lagi senarai ini. Cukupkah yang dua ini kita fikirkan. Sambil-sambil itu, cuba-cubalah menelaah sejarah dan berfikir atas dasar logik dan sains bagaimana mereka ini boleh menguasai sains dan Al-Quran serentak. Tak cukup yang ini, cari lah kisah Al-Farabi, Ibnu Khayyum, Al-Jabar, Al-Biruni dan banyak lagi. Kuncinya, bila Al-Quran dilaksana, Sains akan termaktub sebagai hasil dan testimoni kebenaran ayat. Umat akan maju, Islam akan kembali bertamadun.

Tanya diri anda…sudah Islam kah kita sekiranya Al-Quran hanya dilihat tetapi tidak dicedok dan diguna?

Nukilan,

Dato’ Saiful Nang, Co-Founder Rumah Pengasih Warga Prihatin

Comments (4) Apr 13 2009


Sains & Al-Quran

Posted: under Pendidikan.

Snouck Hurgronje ialah seorang ilmuan Belanda yang berjaya memecahkan Islam menggunakan konsep pemisahan Al-Quran dan Sains

Snouck Hurgronje ialah seorang ilmuan Belanda yang berjaya memecahkan Islam menggunakan konsep pemisahan Al-Quran dan Sains

Sistem kekhalifahan Islam terakhir secara total terhapus pada 1924 sempena pengusiran Khaliah Islam terakhir Abd Mejid dari dinasti kekhalifahan Othmaniah (Ottoman) oleh Mustafa Kamal Attartuk yang seterusnya menegakkan sebuah negara republik berkiblat sekularisme. Khalifah Abd Mejid akhirnya wafat pada 1944 di Paris dan dikebumikan di Madinah Al-Munawarrah.

Soal pokok kita kembalikan kira-kira setengah abad sebelum kejatuhan sistem kekhalifahan Islam secara total. Lahir 1 legasi yang bernama Snouck. Sekarang, Islam hanya tinggal cebisan-cebisan yang telah berkecai. Kalau dahulu, semua negara Islam bernaung dibawah 1 kepimpinan kekhalifahan, kini Islam masing-masing membawa haluan sendiri. Saudara Islam kita disembelih depan mata, kita tutup mata buat tak tahu. Semata-mata nak tunggu, anak dalam buaian kita disembelih oleh rejim laknatullah barulah kita nak menyeru orang bersatu.

Snouck Hurgronje merupaka seorang mubaligh Kristian Belanda paling berjaya dalam sejarah kristianiti hanya kerana bagaimana beliau sanggup menghabiskan umur hidupnya sendirian hanya untuk menimba ilmu Islam selama belasan tahun di Leiden University sehingga ke peringkat doktor falsafah dan kemudian ke Mekah untuk mendalami ilmu Islam. Akhirnya, beliau menggunakan ilmu itu untuk menghancurkan Islam.

Pakar teologi (keagamaan) ini menjadi Professor dalam pengajian Melayu di Leiden University di Belanda sebagai 1 lesen untuk beliau datang ke Indonesia dan menjadi seorang ahli sufi, alim dan sehingga ke peringkat mufti dengan menggunakan nama “Sheikh Kiyai Abdul Ghaffur”. Penampilan cerdik dan kehebatan berhujah serta penguasaan Al-quran yang hebat ketika itu mampu menundukkan penguasa di Indonesia dan mempengaruhi orang ramai dengan doktrin islam palsu ciptaan beliau sendiri.

Tidak sesekali beliau menolak Islam, tetapi apa yang diperbuat hanyalah MEMISAHKAN SAINS & AL-QURAN. Beliau bersuara lantang dalam pembinaan banyak masjid yang pada ketika itu dibina oleh kerajaan Belanda yang berkuasa di tanah Indonesia. Ratusan masjid terdiri dan reputasi beliau naik tinggi. Sebaliknya, lantang juga suaranya menegah Al-Quran dicampur adukkan dengan kehidupan, kerja, ekonomi, sosial, politik (yang terdiri dari komponen-komponen sains Alam). Pengisian masjid hanyalah Al-quran bacaan tanpa penghayatan melalui sains alam. Akibatnya, Islam lemah kerana kurang praktis tentang ilmu. Al-Quran itu gedung ilmu dan Sains adalah pembuktian dan penjelasan kepada ilmu-ilmu Al-Quran. Masakan Islam mampu kuat sekiranya Ilmu tidak dipraktik?

Setelah lama di Indonesia, Snouck berjaya mewujudkan ketaksuban umat kepada peribadi beliau. Tatkala umat sudah menyembah peribadi berbanding menyembah Ajaran Allah (Al-Quran) dan perlaksanaan rasul (As-Sunnah), Snouck telah membuat satu ujian untuk melihat sejauh mana ketaksuban umat Islam ketika itu. Dengan hanya mengeluarkan satu fatwa tidak masuk akal dan tidak pernah ada dalam Al-Quran mahupun sunnah nabawiah, seperti “Tanam terung boleh masuk syurga” maka tidak semena-mena, berlaku lah lambakan terung di sekitar Indonesia. Pada ketika itu, beliau anggap…misi memecahkan Islam telah selesai. Beberapa puluh tahun selepas itu, runtuh secara total kerajaan Islam dunia di atas mukabumi Allah yang Berkah ini.

Adakah kita sekarang masih memikirkan kita adalah Islam yang solid? ataupun kita rasa Islam kita hanya ritual tanpa penelitian untuk memadankan ilmu Al-Kitab dengan Sains alam yang pasti akan memacu umat kita menjadi generasi umat pencipta dan bukannya pengguna.

Alhamdulillah

Nukilan Dato’ Saiful Nang, Co-Founder RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN

Comments (19) Apr 11 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 140

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress