Anak terbentuk dari Gumpalan Sosial

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Rencana.

ARTIKEL OLEH AWANG, PRIHATIN, KELANTAN

Petikan daripada Prof Joan Freeman dalam jurnalnya bertajuk “GIFTEDNESS IN THE LONG TERM” tahun 2006, mengatakan “Giftedness is a social construct, and this can be seen in the selection of samples of children seen as gifted”. Rumusannya, kanak-kanak pintar cerdas adalah terbentuk dari gumpalan sosial. Anak pintar cerdas terbentuk seperi mutiara. Ianya terbentuk dari proses semulajadi seperti di lautan maya. Ianya tidak terbentuk serta merta tetapi melalui proses yang memakan masa dengan sukatan pelajaran yang berzat.Ia memerlukan satu usaha yang sungguh-sungguh melalui gabungan dan gumpalan bapa-bapa , ibu-bu dan dibantu oleh ibu-ibu yang lain. semuanya bersatu menggumpal anak-anak sendiri dan anak-anak yang lain ke arah membentuk anak yang pintar. Usaha ini tidak kaffah dan menyeluruh sekiranya hanya dilakukan di peringkat satu keluarga saja.

Amat sesuai dengan satu hadis mengatakan tidak islam kalu tidak berjemaah, tidak berjemaah kalau tidak ada pengatur. Satu jemaah adalah perlu untuk membentuk anak-anak menjadi pintar cerdas. Gumpalan yang mantap yang mengandungi kalsium berkhasiat dan sungguh-sunguh akan menghasilkan sesuatu yang bersifat kenyataan yang bukannya satu igauan atau angan-angan saja.

Sebaliknya jika anak-anak dibiarkan berkeliaran tanpa arah di shopping kompleks, siber cafe juga lepak di jalan-jalan raya boleh bertukar menjadi hantu raya dan akan menghasilkan gumpalan sosial yang bercerlaru sebagaimana yang berlaku dan boleh dilihat sekarang. Pergaduhan berlaku setiap hari, anak lari dari rumah, anak melawan orang tua. Macam-macam ada. Juga kita sentiasa tengok muda-mudi merempit juga menaiki motor berpasangan , melekat lagi tu!. Inilah hasil gumpalan yang berkeliaran yang tidak sihat. Inikah yang kita nak hasilkan pada anak-anak kita?. tepuk dada tanya iman. Kesedaran saja tidak mencukupi tanpa usaha yang sungguh-sungguh. Kena cari jalan bukan mencari alasan menyalahkan orang lain.

Daripada pemerhatian dan aktiviti yang dijalankan, nampaknya usaha yang dilakukan di prihatin ini nampaknya bersifat gumpalan sebagaimana yang diidam-idamkan ke arah anak pintar cerdas yang glokal ke arah global

Maklumat prof Joan : Prof Joan Freeman,Middlesex University, Department of Arts and Education
London, UK

ULASAN EDITOR – DATO’ SAIFUL NANG

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada En. Awang yang juga salah seorang jemaah dalam gumpalan sosial yang membentuk akhlak dan keperibadian anak yang kamil dalam aspek intelektual, spiritual dan emosional. Kalau dipetik dari falsahah Dr. Ari Ginanjar, ESQ dari Republik Indonesia, ketiga-tiga elemen tersebut adalah elemen asas pembentukan manusia yang layak menjadi manusia.

Surah Al-Alaq (Gumpalan Darah). Bagaimana manusia dijadikan melalui darah yang bergumpal. Kalau dilihat dari skop yang lebih besar, kejadian jemaah manusia yang layak Allah gelar manusia itu terhasil juga melalui satu gumpalan yang tergumpal dalam satu tempat yang dinamakan RAHIM. Rahim itu bicara kasih sayang (Rahim = Kasih sayang). Gumpalan sosial yang disebutkan oleh En. Awang itu adalah gumpalan yang terjadi dalam 1 ruang sosial yang tertutup. Contoh paling kecil ialah KELUARGA. Di Prihatin, konsep ini dibesarkan lagi dengan KELUARGA + KELUARGA + KELUARGA. Ada 20 unit keluarga dalam Prihatin yang melakukan aktiviti gumpalan sosial ke arah keseimbangan intelektual, spiritual dan emosional bagi melahirkan generasi yang bergenetik genius dari semua aspek kehidupan.

Melihat statistik di dada-dada akhbar tentang kebijatan akhlak anak muda sungguh menyedihkan. Dalam Al-Quran telah Allah sebutkan salam 1 ayatnya tentang “Berkeliaran akan menyebabkan kerosakan”, sementara dalam 1 ayat yang lain difirmankan, “Bertebaranlah untuk mencari kurnia Allah”. Di sini, biar saya jelaskan 2 terma berbeza yang nampak macam sama, tapi kesan dan akibatnya sangat jauh berbeza. Dalam bahasa yang mudah, berkeLIARan adalah 1 perkara yang LIAR. Berkeliaran selalu dikaitkan dengan jalan-jalan tanpa MATLAMAT ataupun melencong dari matlamat. Manakala bertebaran dari segi aksinya adalah sama kecuali bertebaran ini didasari matlamat yang jelas.

Contohnya, seorang anak pergi beli prepaid disebuah shopping kompleks, anak minta izin ibu bapa untuk membeli prepaid dan setelah diizinkan, anak tersebut ke shopping complex itu dan membeli prepaid. Itu masih lagi dalam kategori bertebaran sekiranya anak itu terus pulang selepas mendapatkan prepaid itu (itupun sekiranya shopping complex itu tempat terdekat utk mendapatkan prepaid itu). Tapi sekiranya selepas anak itu mendapat prepaid dan kemudian melepak dikedai kedai kopi, berjalan-jalan merayau tanpa arah tujuan, melepak dan pastinya dengan gumpalan sosial di shopping complex tadi akan menjadikan anak ini seorang yang lama kelamaan berperibadi pelepak, kaki rayau dan akhirnya bisa jadi perempuan jalang, kupu-kupu malam tak kurang juga yang menjadi pelacur murahan.

Renung-renungkan artikel di atas. Baca dan cuba fahami dan lihatlah di mana kita?

Alhamdulillah

Comments (8) Mar 21 2009


Mengapa pemain bolasepak negara lemah?

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik, Uncategorized.

Persoalan pada tajuk itu sudah cukup menarikkan? tajuk yang cukup panas dan mungkin juga kontraversi. Tapi pada masa ini, artikel ini juga ditujukan kepada semua yang mengambil pelajaran. Cuma pada kali ini, subjeknya ialah pemain bolasepak negara. Semasa menulis artikel ini, kira-kira baru sahaja beberapa hari lepas Liverpool membenam Manchester United dengan kekalahan paling teruk dalam liga Inggeris musim ini dengan kemenangan 4-1 kepada Liverpool.

Menonton sahaja pun sudah dapat kita lihat pelajaran besar yang tiada dalam pasukan negara. Sebelum lebih lanjut lagi, biar saya nyatakan bahawa Islam itu indah dan luas sehingga soal bolasepak ini pun boleh dimuatkan sekiranya ada pelajaran yang boleh orang lain ambil bagi mensejahterakan mereka. Berbalik kepada isu lemahnya pemain bolasepak negara, biar saya nyatakan inilah masalah yang utama;

  1. 11 pemain 11 semangat, 11 arahtuju, 11 haluan, 11 azam yang berlainan.
  2. Bermain kerana imbuhan berbentuk Reward Motivation yang bersifat sementara
  3. Keseragaman (sawasiah) dalam berpasukan.

Banyak lagi sebenarnya, tapi biarlah saya huraikan yang 3 ini dahulu. Yang pertama tentang halatuju dan matlamat yang berbeza-beza. Kita kembali kepada zaman Allayarham Mokhtar Dahari (Supemokh) yang menjadi legenda bolasepak negara sehingga sekarang. Begitu juga dengan mendiang David Arumugam semasa liga Semi-Pro dahulu. Kalau dah namanya Semi-Pro, kebanyakan mereka sebenarnya bermain bolasepak secara sambilan dan bergaji rendah. Tetapi semangat mereka berlawan semuanya dalam 1 kesatuan yang kuat. Mereka bermain untuk negara dan bukan untuk peribadi. Allayarham Mokhtar Dahari berjogging dari Puchong ke FAM (Kelana Jaya) setiap hari pergi dan balik latihan setiap petang dan juga kadangkala dengan motorsikal Honda Cupnya. Pemain kita sekarang, bermain atas kemewahan dengan gaji ribuan ringgit dan berkereta mewah serta gayahidup yang hebat. Tetapi malangnya, ia tidak sehebat kerjanya. Pemain bolasepak Manchester United dibayar gaji pada kadar tidak kurang 50,000 pound seminggu dan mereka di berikan FEAR MOTIVATION sekiranya tidak bermain dengan baik untuk 1 atau 2 perlawanan, mereka berkemungkinan akan direhatkan atau lebih teruk lagi diberhentikan kontraknya. Jadi wajar juga sekiranya mereka bermati-matian kerana faktor wang. Bila dibanding era Mokhtar Dahari dan era sekarang, pastinya soal duit tidak timbul dahulu. Tetapi lebih kepada semangat patriotik yang tinggi dan jitu yang membawa kemenangan mereka sehingga ke peringkat piala Asia.

Cerita tentang gaji pemain Manchester United, tersentuh pula sebab ke-dua iaitu kerana mereka bermain kerana reward. Itu yang berlaku apabila mereka lemah dalam perlawanan antarabangsa disebabkan kerana bayaran yang sedikit. Dalam kata lain, mereka tidak IKHLAS dalam bermain. IKHLAS tidak bermaksud ia percuma dan tak perlu dibayar. IKHLAS itu dari perkataan Holas ataupun bermaksud berhabis-habisan. Diringkaskan cerita, pemain Malaysia tiada ciri-ciri itu. Sekiranya 1-2 orang yang mempunyai semangat itu pun, tetapi selebihnya tidak…pasukan ini tidak kaffah (menyeluruh) dalam membentuk semangat bertempur.

Keseragaman ini bukan sahaja dilihat pada pakaian luarannya. Tetapi kita boleh lihat sahaja kepada keseragaman disiplinnya. Lihat sahaja semasa line-up pemain pasukan pertama negara dengan pasukan Manchester United dalam perlawanan persahabatan di Bukit Jalil beberapa tahun yang lepas. Dalam line-up sahaja dah tahu siapa pemenang perlawanan. Manchester United dengan barisan pemain yang berdiri tegak dan mata terarah pada SATU HALA sahaja. Menunjukkan betapa mereka mengimpikan tidak lain hanyalah kebenangan yang satu. Camera tertumpu pula kepada pemain Malaysia yang terlompat-lompat dalam barisan, baru lah tengah padang nak stretching dan buat warm-up.

Kalau saya bawa balik semula kisah perang Iskandar Zulkarnaen ratusan tahun dahulu, sepatutnya itu dijadikan pelajaran bagaimana musuh kalah sebelum bertempur hanya dengan kawad hentak kaki yang serentak oleh ribuan tentera Iskandar yang menggegar bukit dan gunung. Belum tengok kelibat tenteranya lagi, musuh sudah kecut perut dan 50% roh mereka telahpun terkorban hanya mendengar hentak kaki itu sahaja.

Sebanarnya boleh panjang lagi artikel ini. Tapi buat masa ini, cukuplah ini sebagai renungan bagaimana kita boleh mengambil aplikasi pada diri sendiri dahulu. Don’t judge a book by it cover itu adalah falsafah mat saleh yang sebenarnya pada pandangan Islam, kecantikan itu harus diperlihatkan luar dan dalam secara kaffah. Bukan dalam sahaja baik, luarannya teruk. Luaran manifestasi peribadi dalaman.

Renung-renungkan

SN


Comments (13) Mar 19 2009


Di sebalik Maulidurrasul

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Mesej Admin, Pendidikan.

Alhamdulillah, kita masih diberi umur untuk menyambut sambutan Maulidurrasul untuk 1430 hijrah ini. Segar ingatan tentang tarikh 12 Rabiul Awal tahun gajah semasa kelahiran baginda RasulAllah Muhammad (SAW). Tahunnya sahaja dah jadi tahun gajah. Signifikan tentang 1 batalion gergasi yang menyerang kota Mekah dek kerana kemajuan ekonomi yang dikecami Mekah oleh tentera Abrahah.

Apabila ditanya apakah yang signifikan tentang sambutan Maulid ini  kepada beberapa remaja muslim yang ber”bin” dan “binti”kan islam dan berbangsakan melayu, amat malu sekali apabila mereka menjawap, Maulidurrasul itu cuti umum, dan lebih sadis apabila kebanyakan mereka masih belum tahu lagi apakah itu Maulid. Kebanyakan mereka tidak pernah melupakan hari lahir mereka dan orang-orang yang mereka sayang. Tapi, alangkah lekehnya RasulAllah sehingga sejarahnya hanya menjadi penyebab untuk cuti umum. Lebih dahsyat, pada malam cuti Maulid ini juga beberapa orang remaja islam kita dicekup dek kerana berpesta seks di ibu negara. Apakah lagi yang tinggal dalam mengenangkan peristiwa besar yang membawa kepada intifada besar dalam sejarah Islam kita?

TIADA!

Yang menjawap dengan tepat pun, masih juga tidak mengerti secara mendalam sirah nabawiah yang kita junjung selama ini. Benar kata Muhammad (SAW) pada akhir zaman, umat baginda hanya berislam pada nama sahaja. Jika kali ini saya (mewakili warga Prihatin dari Rumah Pengasih) bertanya pada anda…apakah yang anda jelas tentang MaulidurRasul? Anda boleh karang jawapan anda sekarang dalam kepala sebelum membaca para yang seterusnya.

Ramai yang mungkin tidak tahu tentang sedikit inkripsi dalam Al-Quran tentang sirah ini. Muhammad ataupun bermaksud (Orang-orang yang terpuji) dilahirkan dengan berbapakan Abdullah (Hamba Allah) dan beribukan Aminah (Yang membenarkan) serta beribu angkatkan Halimatunsaadiah yang juga sebagai ibu asuhan Muhammad (SAW). Secara bijak kita dapat perhatikan, bahawa orang-orang yang terpuji PASTI datang dari kombinasi ketiga-tiga elemen kekeluargaan ini.

  1. Abdullah – Seorang bapa yang mengabdikan diri kepada Allah
  2. Aminah – Seorang ibu yang membenarkan pengabdian Abdullah. Walaupun Abdullah wafat sebelum kelahiran Muhamad (SAW)
  3. Halimatunsaadiah – Ibu asuhan yang pantas mendidik norma-norma tradisi di luar kota mekah yang jauh dari kejahilan Musyrikin Mekah ketika itu.

Kombinasi 3 mereka terlahirlah Muhammad (SAW) yang mulia dan terpuji. Seorang tokoh penyatuan umat dunia dengan 1 kefahaman iaitu kefahaman ISLAM yang hakikat. Dalam konsep kekeluargaan, telah ramai kini yang meletakkan pengaturan rumahtangga kepada ibu, bapa dan anak-anak. Kesemuanya mempunyai kata putus. Sedar atau tidak, itulah punca cerai berai dan kebiadaban akhlak yang kita tonton pada era ini. Abdullah mengamalkan Islam dengan 1 sistem yang meletakkannya sebagai ketua keluarga yang mempunyai kuasa autonomi dalam keluarga. Penghambaannya kepada Allah mesti dibenarkan oleh Aminah. Sehinggakan, anak yatim ini boleh terbentuk begitu hebat sebagai seorang manusia berkarisma. Walhal, kenabiannya hanya setelah baginda berumur 40 tahun.

Aminah menghantar Muhamad (SAW) untuk diasuh oleh Halimah. Konsep multiple-input berlaku apabila baginda RasulAllah mendapat pendedahan kepada hidup susah di kampung dengan cara hidup dan peradaban yang tradisional. Jauh dari hiruk pikuk Kota Mekah. Walhal, Muhammad adalah anak orang bangsawan yang wajar berhidup mewah. Atuknya sahaja seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berdagang sehingga ke Yaman, Sham, Taif dan Yathrib sementara bapa saudaranya Abu Talib merupakan seorang yang hebat berniaga dan juga bangsawan Mekah. Bapa Muhammad (Abdullah) juga merupakan seorang peniaga. Adakah kini kita ambil iktibar dengan sorotan peristiwa ini? Ramai anak-anak Islam kita yang melacurkan Islam sebagai agama budaya sahaja. Kebiadaban akhlak mereka datang dari kemewahan yang dicipta oleh bapa dan ibu mereka.

Terlalu banyak pelajaran-pelajaran sekiranya hendak diceritakan di sini. Cukup lah buat kali ini, hidangan yang sedikit ini untuk kita menghayati MauliduRasul dengan 1 kefahaman yang mendalam.

.

RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN DALAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Tahun 1430 ini, kami dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis sambutan MaulidurRasul peringkat Kampung Sg. Ramal Baru. Perarakan berlaku disekeliling kampung. Kontinjen Rumah Pengasih berarak dari sekecil-kecil bayi berumur 6 bulan sehingga kepada warga emas kami yang berumur 50-an. Lebih dari itu, kebanyakan kontinjen Rumah Pengasih adalah dari 3 golongan asas institusi keluarga iaitu Bapa, Isteri dan Anak-anak. InsyaAllah, gambar semasa majlis sambutan ini akan dikongsikan tidak lama lagi.

Renung-renungkanlah, dimana kita?

PRIHATIN

img_8006

img_7985

img_7713

Comments (7) Mar 15 2009


Kisah Tariq ibn Ziad membakar kapal armadanya – Apa pelajarannya?

Posted: under Pendidikan.

TARIQ IBN ZIAD

Konsep bakar kapal dalam kehidupan kita. Apakah konsep itu? Bertauladankan kebijaksanaan Tariq bin Ziad, seorang komandan perang yang bijaksana semasa zaman kekhalifahan Al-Walid 1 sekitar tahun 711 Masehi. Tariq bersama armadanya telah diutuskan untuk menyerang Sepanyol. Merentasi lautan Meditranean dari Algeria, beliau sampai ke tempat yang kini dinamakan Jabal At-Tariq (Bukit Tariq), di sini….beliau membuat keputusan yang berani dengan membakar kesemua armadanya. Dan ini apa yang beliau katakan…

Oh my warriors, whither would you flee? Behind you is the sea, before you, the enemy. You have left now only the hope of your courage and your constancy. Remember that in this country you are more unfortunate than the orphan seated at the table of the avaricious master. Your enemy is before you, protected by an innumerable army; he has men in abundance, but you, as your only aid, have your own swords, and, as your only chance for life, such chance as you can snatch from the hands of your enemy. If the absolute want to which you are reduced is prolonged ever so little, if you delay to seize immediate success, your good fortune will vanish, and your enemies, whom your very presence has filled with fear, will take courage. Put far from you the disgrace from which you flee in dreams, and attack this monarch who has left his strongly fortified city to meet you. Here is a splendid opportunity to defeat him, if you will consent to expose yourselves freely to death. Do not believe that I desire to incite you to face dangers which I shall refuse to share with you. In the attack I myself will be in the fore, where the chance of life is always least.

Remember that if you suffer a few moments in patience, you will afterward enjoy supreme delight. Do not imagine that your fate can be separated from mine, and rest assured that if you fall, I shall perish with you, or avenge you. You have heard that in this country there are a large number of ravishingly beautiful Greek maidens, their graceful forms are draped in sumptuous gowns on which gleam pearls, coral, and purest gold, and they live in the palaces of royal kings. The Commander of True Believers, Alwalid, son of Abdalmelik, has chosen you for this attack from among all his Arab warriors; and he promises that you shall become his comrades and shall hold the rank of kings in this country. Such is his confidence in your intrepidity. The one fruit which he desires to obtain from your bravery is that the word of God shall be exalted in this country, and that the true religion shall be established here. The spoils will belong to yourselves.

Remember that I place myself in the front of this glorious charge which I exhort you to make. At the moment when the two armies meet hand to hand, you will see me, never doubt it, seeking out this Roderick, tyrant of his people, challenging him to combat, if God is willing. If I perish after this, I will have had at least the satisfaction of delivering you, and you will easily find among you an experienced hero, to whom you can confidently give the task of directing you. But should I fall before I reach to Roderick, redouble your ardor, force yourselves to the attack and achieve the conquest of this country, in depriving him of life. With him dead, his soldiers will no longer defy you

lihatlah apabila hidup kita kurang pilihan, pastinya kita akan lebih fokus untuk sesuatu. Tentera Ziad akhirnya berjaya menewaskan balatentera Sepanyol yang jumlahnya berkali ganda ramainya. Di belakang mereka laut, di hadapan mereka musuh. Hidup adalah satu harapan apabila kemenangan itu diperolehi. Jadi, adakah kita ada pilihan lain?

Isu bagaimana Islam menjadi 1 bangsa (bukan lagi agama / sistem) goblok pada zaman ini disebabkan terlalu selesa dengan pilihan dan alternatif. Cerita yang sama juga pernah diceritakan oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang berprinsip untuk berjaya seperti kita ke sebuah pulau dan kemudian kita bakar sampan atau jambatan. Di situ kita belajar tentang kehidupan dan juga kejayaan.

Fikir-fikirkan…anda sanggup atau tidak?

Comments (10) Mar 04 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 142

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress