Mathias (Sweden) Mencurah Keringat pada lawatan keduanya.
Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: 1MALAYSIA, agama, alquran, charity, Dakwah, debate debat musyawarah politik umno pas pkr dap bn pr parlimen YB Najib Muhyidin perdana menteri malaysia obama yahudi nasrani islam dakwah alquran sunnah, MASJUKI, MELAYU, MOHAMMAD, NUSANTARA, pekida, PELAJARAN, perdana menteri, PKR, prihatin rumah pengasih yatim ibu tunggal fakir miskin Islam Dakwah peace No War Yahud Yahudi Nasrani Kristian

Mathias, Choy dan rakan-rakan sukarelawan Prihatin bergambar kenang-kenangan semasa membancuh simen konkrit.
Mei 31, 2010
by Warga Prihatin
72 photos
Mathias (Sweeden) Mencurah Keringat pada lawatan keduanya.
Ahad 31 Mai 2010 mencipta sejarah di RPWP bilamana seorang sukarelawan dari Sweeden menghadirkan diri buat kali kedua, bukan lagi untuk bertanya itu dan ini atau sekadar berkongsi cerita sebagai ‘lips service’, tapi untuk turut merasakan perjuangan bakti insaniah melalui konsep ‘Blood, Sweat & tears’. Seperti minggu sebelumnya, kehadiran kali ini turut bertembung dengan beberapa kumpulan pelawat lain yang kebetulan menziarahi RPWP termasuk Saudara Choy.
Beliau yang pernah mewakafkan diri selama 6 bulan sebagai sukarelawan Tsunami turut berpeluh, dengan sunguh-sungguh mencuba semua kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan mengikut progres, termasuk memaku lantai, memikul kayu dan membancuh simen.
Seluruh warga Prihatin bertuah dapat melihat secara dekat bagaimana keikhlasan melalui kesungguhan yang ditunjukkan oleh sukarelawan berbangsa Eropah dan beragama Kristien ini dalam melakukan kerja amal mereka.
Berulang kali beliau nyatakan yang beliau tidak pernah menemui mana-mana NGO atau badan kebajikan yang dianggotai oleh jumlah sekecil ini, tapi menunjukkan perlaksanaan yang mambawa misi kesejahteraan sejagat. Semua sukarelawan bukan sekadar menyumbang dana, malah setiap diri, termasuk kaum ibu tidak mengira darjat dan pangkat turut bekerja dengan sukahati, rela dan percuma.

“Kebanyakkan NGO ditubuhkan dengan misi ‘assobiah’, berkepentingan peribadi atau kelompok sendiri, malah kebanyakkanya dipandu oleh kepentingan kewangan mereka sendiri. Mengikut kajiannya, tidak ada lagi orang yang mahu bekerja kerana mereka ’suka’ dan secara percuma seperti ini” ujar beliau. (Nantikan klips video ucapan beliau yang akan menyusul)
Sebenarnya beliau telah membuat kajian tentang banyak NGO dalam tesis Universitinya dan apa yang beliau lihat di Prihatin adalah satu yang ’sangat luar biasa’. Kenyataan beliau turut di sokong dangan kuat oleh Saiful Nang yang banyak mengembara seluruh dunia serta Saudara Choy yang kebetulan memenuhi jadual amal nya di Prihatin pada hari yang sama.
“Saya sedih kerana bakal isteri saya tidak dapat merasai pengalaman besar yang saya lalui ini, dan saya akan usahakan untuk datang lagi bersama bukan saja isteri saya, malah ibu, bapa dan rakan terdekat saya satu hari nanti. Semuga RPWP sudi menerima kunjungan saya di masa depan” ujar beliau sebelum menamatkan ucapan ringkas dalam majlis keluarga mingguan sebelum kesemua sukarelawan bersurai.
Sukar menggambarkan cerita penuh tanpa berada bersamanya atau selagi tidak menilai sendiri dari beberapa gambar atau video yang dipaparkan.
Alhamdulillah, kita kembalikan semua amal dan pengaruh uswah kebaikannya kepada Allah, pengatur alam yang melimpahkan kita dengan pelbagai hidayah yang penuh rahmat dan bermanfaat untuk insan sekalian alam.
Location: RPWP – KAJANG
Comments (0)
Jun 04 2010




















































