Kemuncak Majlis Penutup ‘Anugerah Kasih’ Hari Ibu Terbuka

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial.
Tags: , , , , , , , , ,


by Warga Prihatin – 15 Mei 2010
197 photos – Sila Klik Link untuk ke Galeri Foto

Alhamdulillah, Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr A. Samad Said yang turut hadir bersama Isteri, Datin Rashidah Md Dahan. Sesungguhnya ia menjadi satu titik Jejak Kasih yang dilimpahi dengan deraian air mata, Khasnya di sepanjang acara menyarungkan selendang Kasih terhadap para ibu yang hadir.

Suasana pilu menyelubungi acara khusus di petang yang hening itu.

Dato’ A Samad Said bersama Datin dan tetamu Warga Emas turut berkenan menyempurnakan acara cukur jambul dua bayi yang baru lahir di RPWP. Acara diiringi dengan alunan Marhaban dan selawat yang penuh bersemangat dan mendayu dayu. Alhamdulillah. Berbanyak terima kasih dan penghargaan dari RPWP.

Persembahan Warga Prihatin turut memukau, Ti kemaskan lagi dengan ucapan penuh puitis, tenang disulami dengan deklamasi sajak oleh ayahanda a. Samad Said yang manja dengan panggilan Bapak. Ini adalah satu ‘event’ yang amat luar biasa, dan saya amat merasa betuntung dapat menghadirkan diri, kata beliau.

Ucapan ringkas ayahanda Dr Masjuki sejurus sebelum Ucapan penutup oleh Bapak A.Samad Said, yang disertai dengan tangisan penuh sebak, mengaitkan suasana dunia hari ini membuatkan semua hadirin turut menagis.

Tiada kata ucapan yang boleh dinukilkan untuk menggambarkan situasi sebenar. Mungkin gambar-gambar dan video (yang akan menyusul) boleh menceritakannya. ALHAMDULILLAH.

Location: RPWP – KAJANG

 

 

Comments (0) Jun 04 2010


Sekitar Program Pameran, Derma Darah, Pemeriksaan gigi

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Jenayah/Sosial, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Mei 15, 2010 – by Warga Prihatin

97 photos (sila klik link ini untuk ke galeri khas)


Seperti yang dirancang, acara pameran Anti dadah, Cegah Jenayah, Penjagaan Kesihatan serta Rawatan gigi dan acara uatama iaitu Derma Darah telah berlansung dengan baik. RPWP seakan-akan menjadi Pusat Kesihatan Sementara pada hari itu.

32 pack darah telah berjaya di bawa pulang oleh Pusat Darah negara. Hampir separuh yang mendaftar tidak diterima tawarannya atas pelbagai sebab, khasnya kerana kurang tidur, terutamanya bagi yang buat kali pertama menderma.

Beberapa Warga Prihatin terpaksa mengambil risiko dengan turut menderma walaupun tidak cukup tidur atas risiko sendiri dan alasan telah biasa menderma darah, semata-mata untuk memberikan ‘pulangan’ yang berbaloi terhadap kehadiran PDN. Kami yang ditolak dermanya akibat kurang tidur dan pengambilan ubat berazam untuk datang sendiri ke PDN menderma pada masa yang lain yang sesuai.

Terima kasih kepada PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan dan PEMADAM yang mengadakan pameran dan penerangan. Terima kasih khusus untuk JKR Hulu Langat kerana menyumbangkan 2 kemah untuk pameran. Terima kasih Khusus untuk Dr Lee Teck Seng dari Puast Pergigian Ampang yang berazam untuk datang semula secara berkala untuk memeriksa gigi penghuni RPWP JUGA DrNorhayati Zakaria Jabatan Kesihatan Hulu Langat yang meluangkan masa dalam majlis sampai ke petang.

Untuk pihak-pihak yang tidak dapat disebutkan namanya, kami serahkan kepada Allah untuk membalas sumbangan kalian. ALHAMDULILLAH.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Jun 04 2010


Sekitar Majlis Perasmian Anugerah Kasih Hari Ibu Terbuka RPWP

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Mesej Admin, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , , ,

Warga Prihatin

15 Mei 2010

ALHAMDULILLAH, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga dengan berlansungnya Majlis tersebut dengan penuh keheningan dan keceriaan. Majlis selamat dirasmikan oleh YB ADUN Kawasan Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar yang tiba tepat jam 9 pagi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Datuk Dr Ujang Bagong JP, selaku Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Hulu Langat mewakili Pengerusi, Tuan Pegawai Daerah yang kini berada di Shanghai, Cina. Pengerusi JKKK dan ahli jawatan kuasa JKK dan Imam satu dan Dua Masjid Sg Ramal Luar, Imam besar Masjid Bangi, Dr Lee Teck Seng dari Puast Pergigian Ampang, DrNorhayati Zakaria Jabatan Kesihatan Hulu Langat dan En Ahmad Mokhtar, Timbalan Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Islam Selangor.

Sila Klik link untuk album penuh (200 gambar di majlis perasmian).

Comments (0) Jun 04 2010


Tentatif Program “Hari Ibu Terbuka”&”Anugerah kasih” – Poster Terkini

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , ,

Jemputan Khas untuk Warga Facebook dan Pengunjung Web Prihatin

Jemputan Khas untuk Warga Facebook dan Pengunjung Web Prihatin

(Sila klik dua kali gambar untuk melihat imej besar.)

Gambar poster untuk banner ini akan memberikan gambaran lebih jelas tentang pengisian program sehari, “Hari Ibu Terbuka”, “Majlis Anugerah Kasih” dan “Derma Darah” Sabtu, 15 Mei 2010 nanti.

Ramai-ramai kita berhimpun bersama para ibu, bapa Warga EMAS di Rumah Pengasih dan beri mereka penghurmatan khas untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita.

“Selempang Kasih” disediakan sebagai tanda penghurmatan kepada mereka. Sila inbox DrMas Dua atau email, sms di maklumat yg diberikan jika anda ingin ayah ibu anda turut serta. Begitu juga kiranya anda ingin turut serta menderma darah pada hari itu.

Sila hebahkan dan bawa seramai mungkin insan bernama ‘ibu’ dan ‘ayah’, khasnya di kalangan warga Emas ke RPWP, kita nobatkan dan raikan mereka bersama sama.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) May 10 2010


Kempen Derma Darah Sempena Hari Ibu 2010

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Mesej Admin, Pendidikan.
Tags: , , , , , , , , ,

KLIK GAMBAR UNTUK MELIHAT IMEJ YANG BESAR DAN JELAS

Warga Prihatin dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan menganjurkan “Hari Derma Darah Terbuka” Di Rumah Pengasih Warga Prihatin bersama2 pihak2 yg dinyatakan di poster terlampir pada Hari Sabtu 15 Mei 2010.

Kami menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira keturunan dan Agama untuk beramai-ramai turut serta MENDERMA DARAH dalam program terbuka itu. Anda yang berminat boleh mengirim NAMA PENUH, UMUR serta No. K/P melalui email dan SMS ke 019-6230363 seperti yang dinyatakan.

Negara Kekurangan simpanan tabung DARAH…!!!

Dari 22 ribu kes Denggi di Selangor, ramai tlh dpt diselamatkan dgn pemindahan darah & kematian yg tlh berlaku akibat Denggi Berdarah mungkin boleh diselamatkan dgn cara yg sama. Begitu juga dgn setiap ibu yg melahirkan & kehilangan byk darah mungkin boleh diselamatkan nyawanya dgn bekalan tabung Darah yg cukup.

Semua sukarelawan Prihatin yang telah berumur 18 tahun ke atas, khasnya dari kalangan pelajar Universiti yang pernah bersama2 berbakti dengan Warga Prihatin diharap dapat turut menDERMA dn segera mengirim butir2 yang diminta melalui SMS, email atau di ruangan komen topik ini. Bakti anda amat diperlukan. It’s a call for DUTY..

Mari kita tunjukkan kepada anak2 keperihatinan kita agar menjadi contoh kepada mereka.Jika ada insan mulia yang sanggup berkorban nyawa mendermakan “HATI”, mengapa tidak kita mendermakan DARAH yang sering kita buang melalui ‘bekam’ dan ‘lintah’. Di samping menyelamatkan banyak nyawa, tulang kita juga akan aktif memproses darah ‘baru’.

Let us start with a ‘NEW BLOOD’.

Comments (1) Apr 29 2010


Deraf Bercerita Anak Prihatin bertajuk “Tahun dukacita nabi Muhammad s.a.w.”

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Rencana.
Tags: , , , ,

Saturday, March 27, 2010 at 1:56pm
Program pidato mingguan malam ini disentuh dengan penceritaan Sirah Nabi yang membuatkan ramai anak anak dan Warga Prihatin menitiskan air mata. sila ikuti deraf kisah tersebut.
Anakanda Nurhani – Terkenal dengan kesungguhan dalam akademik dan kokurikulum. Sering mendeklamasikan sajak dan poem yang mampu menyentuh jiwa pendengar.

Auzubillahiminasyaitonirrojiim. Bismillahirrohmaanirrohiim, Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yg arif lagi bijaksana, guru-guru serta hadirin hadirat yg saya hurmati sekalian. Sebelum saya mulakan cerita, izinkan saya menyampaikan pantun pembuka kata,

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan tuhan
Tiada siapa dapat menduga…

Ya, kawan2, tajuk cerita saya hari ini ialah: “Tahun dukacita nabi Muhammad s.a.w.”

Sahabat sekalian.
Pada tahun ke 10 kenabian Rasulullah s.a.w, – di saat baginda tertekan dengan bekalan harta yg telah habis, menderita kemiskinan dan dipulau oleh kaum Quraisy, baginda dikejutkan pula dengan wafatnya bapa saudara baginda.

Ya kawan-kawan, beliau ialah Abu Tolib bin Abdul Muttalib yang sentiasa menjadi perisai melindungi baginda dengan kuasa dan pengaruhnya selaku seorang pembesar Quraisy yang bertaraf menteri. Beliau wafat pada usia 87 tahun.

Di saat itu, Baginda menangis bukan menyesali pemergian Abu Tolib, tetapi sedih kerana gagal meng’iman’kan bapa saudara tercinta, yang begitu banyak berjasa. Sepertimana doa Nabi Ibrahim terhadap bapanya, begitulah ditolak Allah permohonan ampun baginda terhadap bapa saudara tercinta, yang gagal beriman hingga hujung hayatnya.

Ya kawan-kawan. Jika permohonan ampun yang dipohon sendiri oleh baginda untuk bapa saudara tercinta yang banyak berjasa pun ditolak, bagaimana halnya dengan kita semua yang belum jelas berjasa kepada baginda dan agama Allah ini? Bayangkanlah..!

Rakan-rakan sekalian,
Sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya 1 bulan 5 hari selepas kewafatan Abu Tolib, wafat pula isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah, pada usia 65 tahun.

Kawan-kawan nak tau tak siapakah Khadijah di sisi Rasulullah?
(tarik respond jawapan dari audien – sampai dapat jawapan)

Siti Khadijah,.. Namamu indah…
Uswah hasanah.. tauladan Muslimah
Serikandi pertama… waktu Islam bermula
Kaulah lambang cinta… isteri sejati
Kau korbankan hartamu… tidak berbaki

Siti khadijah.. wanita berhemah
Rasul keseorangan… engkaulah teman
Baginda tersisih… engkau tetap memilih
Baginda dicaci…, engkau tetap menyintai
Pemergianmu di tangisi… tiada pengganti

Alangkah bahagia… beristerikan Khadijah
Agung jasamu… di persada sejarah
Membantu dakwah… baginda Rasulullah
Berbahagialah Khadijah… di sisi Allah.

Ya hadirin sekalian,
Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat disayangi baginda. Walaupun usianya 15 tahun lebih tua, namun beliaulah satu-satunya isteri yang melahirkan 6 orang putera-puteri baginda. Ini tidak berlaku pada isteri-isteri baginda yang lain walaupun umur mereka jauh lebih muda. Ini bukti betapa intim-nya baginda terhadap beliau sehingga berulang kali baginda nyatakan yang kehilangan kasih Khadijah tidak pernah berganti.

Lebih menyayat hati apabila saya membaca riwayat di saat maut menghampirinya, Siti Khadijah bekas hartawan ini berkata dengan nada penuh tulus kepada baginda. “Wahai Rasulullah.. hartaku telah tiada, telah habis ku labur untuk dakwah mu, namun kalaulah batang tubuhku ini boleh dikau jadikan jembatan untuk menyambung dakwahmu, akan ku relakan juga wahai suami ku…”

Ya Allah, betapa mulianya Siti Khadijah bte Khawailid, seorang isteri yang setia dan tulus, mujahidah ke jalan Allah.

Sidang hadirin sekalian,
Ibnu Ishak meriwayatkan setelah kedua-dua insan ini meninggal dunia, pihak Quraisy lebih berani mengancam Rasulullah dengan berbagai penyiksaan yang belum pernah di alami sebelumnya. Malah golongan bawahan pun berani menabur pasir dan selut ke atas kepala Rasulullah. Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah pernah diludah dan dibaling najis. Pernah ketika membantu membasuh kepala baginda salah seorang puterinya menangis terisak-isak kesedihan mengenangkan nasib baginda.

SETERUSNYA KAWAN2, demi melarikan diri dari dugaan itu, baginda cuba keluar berdakwah ke To’if, sebuah daerah yang mana baginda tidak dikenali, dengan harapan penduduk di sana akan menyahut seruan Baginda. Malangnya baginda malah menghadapi tentangan yang lebih pahit lagi.

Peribadi yang bergelar ‘al-Amin’ (ibarat Tan Seri) dan jasa baginda yang pernah menjadi Ketua Pertubuhan jihad bernama ‘Hizbul Fudhul’, Komanden ‘Perang Fijar’, pegawai pemegang ‘kunci Kaabah’ serta bersifat sebagai ‘Jaksa Pendamai’ di Mekah lansung tidak diambil kira oleh penduduk To’if ketika mereka menyiksa baginda. Dakwah baginda ditolak mentah-mentah sahingga dikatakan baginda sebagai ‘orang gila’. dicaci, dimaki bahkan dibaling batu, hingga patah gigi dan berdarah di dahi.

Alangkah malangnya baginda. Sedih tak? – (dapatkan jawapan audien)

Selepas kematian dua insan yang dikasihi itu, tiada lagi penduduk Mekah pengikut Abu Jahal yang mahu beriman dan mendengar seruannya. semua laluan dan pintu dakwah tersekat. Itulah yang menyebabkan baginda berdukacita lalu menamakan tahun itu ‘Tahun perkabungan dan dukacita’.

Akhirnya ancaman terhadap baginda memuncak sehingga Abu Jahal yang juga bapa saudara baginda memerintahkan hukuman bunuh terhadap Baginda. Pada satu malam Rumah baginda dikepung, memaksa baginda melarikan diri bersembunyi tiga hari di gua Thur sebelum melarikan diri ke Yathrib dengan pertolongan Allah bersama sahabat Abu Bakar as-siddiq. Sayidina Ali r.a. sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan tidur di tempat tidur baginda pada malam itu.

Hadirin sekalian,
Perjuangan jihad tetap akan menempuh cabaran yang sangat perit. Ini telah Allah nyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 214 yang berbunyi…

Ertinya : Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah ?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Subhanallah, banyak sekali hikmah yang boleh kita pelajari dari sirah ini, betul tak..?

(tanya audien dgn tegas, sampai mereka jawab dgn jelas)

Di antara pelajaran yang sempat saya nyatakan ialah,

1. Rasulullah bukan menyesali pemergian dua insan tersayang, tetapi lebih menangisi kegagalan meng’iman’kan bapa saudara baginda, dan keengganan penduduk Mekah untuk beriman selepas kematian mereka.
2. Baginda bukan menangis atau berdendam kerana disakiti, tapi kasihan atas dosa pelaku yang jahil dan sedih kerana gagal menyampaikan wahyu Allah.
3. Perjuangan dakwah tidak boleh lepas dari melalui pelbagai cabaran.
4. Selain kekuatan ‘akidah’ dan ‘risalah’, kekuatan ekonomi dan pengaruh politik memainkan peranan penting dalam usaha dakwah.
5. Kejayaan perjuangan dakwah baginda walaupun kehilangan bantuan dari insan-insan tersayang membuktikan kuasa Allah untuk meyakinkan pendakwah agar sentiasa bertawakal kepadaNya, walau apapun ujian yang diterima.
6. Berdakwah tidak boleh sendirian, ia memerlukan sokongan para sahabat yang sehati sejiwa dan sehidup semati.
7. Peranan isteri tersangat penting dalam membantu kelancaran usaha dakwah.
8. Faktur umur dan harta bukan menjadi halangan untuk membina sebuah keluarga bahgia dan kekal abadi.
9. Sayidatina Khadijah adalah contoh isteri terbaik – tidak memilih dan menyayangi suami kerana hartanya, bahkan sanggup pula mengorbankan seluruh harta peribadinya demi membantu suami tersayang.
10.Rasulullah contoh suami terbaik – tidak menyayangi isteri kerana umur, kecantikan dan hartanya. Walaupun Khadijah berusia 15 tahun lebih tua, bahkan setelah beliau meninggal dunia, kasih baginda tidak berubah.

YA RAKAN RAKAN SEKALIAN.
Nampaknya masa mencemburui kita, oleh itu izinkan saya mengundur diri. Semuga kita dapat mengutip mutiara berharga dari sirah yang telah saya sampaikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu dari hidayah Allah, yg buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Wabillahitaufik wal hidayah, Walhamdulillahi Robbil’Aalamin.
Wassalamualaikum w.b.t.

Comments (0) Mar 27 2010


Si Tanggang Moden Dlm Bicara Siswa TV1 Bersama DrMasjuki

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , , , ,

Untuk melihat video, sila klik link berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=f7te5jD_PnE

Selasa 2 Mac 2010 – RTM

Statistik menunjukkan 400 Warga Emas di hospital tidak dijemput oleh anak mereka dan 30% warga Emas di hantar oleh anak kandung sendiri ke Rumah Kebajikan.

Pengasas dan Pengetua Rumah Pengasih Warga Prihatin dijemput sebagai tetamu khas dalam Siaran Lansung, Rancangan Bicara Siswa TV1 RTM pada jam 10 malam hari Selasa 2 Mac 2010. Isu ‘Si Tanggang Moden’ ini dibincangkan selama 1 jam bersama wakil MPP dari Uniten, UKM dan UIA. Warga Prihatin dan para siswa Universiti berkaitan turut dijemput ke Auditorium menyaksikan perbincangan yang di kendalikan oleh Dr Fazley Yaakob dalam rancangan mingguan selama itu.

Rakaman penuh tidak boleh dimuatkan di youtube kerana terlalu panjang dan boleh didapati samada dari penerbit rancangan di RTM atau di Unit IT Rumah Pengasih Warga Prihatin. Semuga dapat memberi manfaat ke arah mencegah dan merawat masalah ‘Si Tanggang Moden’.Mari kita bincangkan content dari rakaman ini, terkait dengan punca, simptom dan kaedah merawat serta mencegah masalah ini.

Comments (0) Mar 02 2010


Lihatlah Betapa Teruknya Gejala Zina-Buang Bayi..!!

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , ,

WARGA PRIHATIN – 13 Februari, 2010.

Pembunuhan Kejam

Pembunuhan kejam..

Sebelum mendapat petunjuk Allah untuk digunakan sebagai manual kehidupan, perangai asal kita memang tersangat teruk. Darwin dalam teori kejadian manusianya berkata kita berasal dari “kera”.

Meneliti falsafah kejadian manusia ini, memanglah benar bahawa secara ‘misal’ atau ‘mutasyabihat’nya perangai kita lebih teruk dari ‘Kera’. Allah beri bunga, ibarat satu sistem kehidupan yang indah, dengan harapan supaya kita guna pakai dan dapat memperelokkan sedikit perangai kita, agar berubah dari ‘kera’ kepada ‘perangai manusia’.

Malangnya kita semua campak saja ‘bunga’ itu. Maka jadilah kita ‘pelampau’ (thoghut) yang sentiasa menyondol macam babi. Apa larangan pun kita sondol saja. jadilah kita ibarat kera yang ‘ingkar suruhan‘, dan babi yang ‘melanggar larangan‘. (Al-Ma’idah ayat 60).

Hampir 300 ribu anak luar nikah telah didaftarkan. Sementara itu, hari-hari kita dimomokkan dengan berita buang bayi.  Berapa ramai lagi kah bayi buangan yang tidak ditemui?, yg ikut naik lori? yang dimakan anjing dan babi? yang reput begitu tidak ditemui? yang masuk lubang tandas macam najis? yang samada terus hidup ataupun mati ditanam sebegitu saja tidak dilapurkan walaupun keluarga tahu, kerana malu.? Berapa ramai pula yang menggugurkan atau melakukan penyucian, flushing, pengguguran janin secara haram?

Tahukah anda bahawa ada pengadu yang mengaku telah menggugurkan 6 kali se usia 26 tahun? Nah, semua ini bukan saja menggambarkan kekejaman manusia yang lebih teruk dari kera dan babi, tetapi menampakkan gejala Zina yg sudah tidak terkawal lagi.

3

Warga Prihatin (WP) sendiri pernah menyelamatkan kes bayi tandas ini dan tidak dilapurkan oleh pihak keluarga. WP mampu berkata kerana telah terlibat secara lansung dalam usaha menanganinya.

Nasihat WP untuk anak-anak gadis yg “sedang” seronok menikmati seks bebas ini, anda tengoklah kesemua gambar-gambar ini, biarpun mengerikan, supaya ianya ‘berbekas’ di hati. Kalau anda  tengok satu-satu walaupun keluar berita setiap hari, ia tidak akan berbekas dan terkesan di hati…!!!

Kalaulah ada niat nak mencuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu di musim cuti Tahun Baru China dan ‘Valentine’ ini, bayangkan deritanya melahirkan anak sendirian di tandas, betapa malunya diri, keluarga, agama, negara dan bangsa ini selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yang akan di ‘ungkit’ sepanjang hayat..?, bayangkan pertemuan anak itu dengan anda di akhirat nanti..! bayangkan besarnya laknat ‘Pencipta’ terhadap anda..!.

Jangan sibuk menyalahkan pihak lelaki dan pihak-pihak lain apabila anda telah hamil dan kononnya telah teraniaya. bukan hanya ‘mereka’ yang jahat, atau kononnya ‘tidak bertanggung jawab’, tapi kita yang sebenarnya BODOH kerana menyerahkan diri dengan mudah kepada orang yang anda tahu memang jahat serta tidak akan ‘bertanggung jawab’, namun anda sengaja mengundang masalah…  Oleh itu, salahkanlah diri sendiri.

Firman Allah dalam surah Al Israa’ ayat 15.

“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng’azab sebelum Kami mengutus seorang rasul”.

Bayi ditemui hampir reput dan berulat.

Bayi ditemui hampir reput dan berulat.

Kalau pun tidak mahu berperangai seperti manusia yang berakal, kekallah jadi haiwan yang lumrah, iaitu yang menyayangi anaknya.!, janganlah kita jadi lebih teruk ‘dari haiwan’..! (Al-A’raf, 176, 179).? Jika anda telah benar-benar buntu, kami tawarkan anda datanglah ke Rumah Pengasih WP untuk dapatkan nasihat, kami ‘bersedia mendengar dan membantu’. Itu lebih baik bagi kami, daripada kami mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini ’semakin menjadi-jadi’.

Kalau anda berani dan yakin, tanyakan di wall Facebook “Warga Prihatin” atau di Group “Applied Science of AQ & Sunnah – Tajdid Muslim“, atau inbox/email/sms DrMasjuki atau mana-mana WP (samada bapa2/ibu2). Masih ada yg menyayangi kalian, jangan rosakkan lagi keadaan yang sudah rosak ini…!!!

Sementara itu, terdapat sekitar 200 gambar-gambar berkaitan Topik ini dan perbincangan panjang lebar tentangnya di Facebook tersebut dan FB “DrMas Mohd“. Sila klik nama-nama akaun Facebook  tersebut untuk melayarinya. Semuga kita dapat menjawab persoalan tuhan kerana telah melakukan yang terbaik dan apa yang termampu untuk mengatasi masalah ini. Sebarkanlah peringatan ini seluas mungkin kerana jika tidak sekarang ia mungkin akan mengenai diri kita, anak cucu, sanak saudara kita esok lusa.

WARGA PRIHATIN.

Comments (0) Feb 16 2010


Dr.Hj.Masjuki di Majalah Akhbar ILuvIslam

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan.
Tags: , , , , ,

Ikuti Kenyataan Khas Pengasas Warga Prihatin, Dr Hj Masjuki, di majalah Akhbar ILuvIslam keluaran semalam. Satu cetusan yang baik tentang kemelut Perbezaan Mazhab, Kekalutan Percanggahan pendapat di kalangan Ulamak dan kegagalan keluarga mendidik generas yangi telah membuka banyak peluang kepada pihak tertentu untuk terus merosakkan Islam termasuk timbulnya terlalu banyak Ajaran Sesat dan keruntuhan moral Umat Islam.

Bagaimana Fatihah yang dibaca 17 kali sehari tetapi tidak dihayati hakikatnya sehingga gayafikir, strategi pengurusan dan perlaksanaan dalam kehidupan tidak selari dengan apa yang di baca setiap hari. Semuga dapat membuka matahati dan mengatur langkah pembaikan yang seterusnya, Insyaallah.

Location: ILuvIslam, KarangKraf

Comments (0) Jan 10 2010


Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race.

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , ,

Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race.

Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race. Klik untuk ke galeri foto

 

WARGA PRIHATIN – Nov 21, 2009

Program AGRO X-RACE anjuran bersama Institut Skill-Tech dan Utusan Melayu, telah berlansung dengan jayanya pada hari Sabtu, Nov 21, jam 9am – 2pm di cawangan Durian Tunggal. Seramai 400 Pelajar Sek Men seluruh negara mengambil bahgian sempena Program Seni Jawi Nusantara Terbesar yang dianjurkan buat pertama kalinya ini. Ketua Menteri Melaka, YAB Dato’ Seri Mohammad Ali Rustam telah hadir di majlis penutup dan penyampaian hadiah jam 1.30 petang.

 

Alhamdulillah, walaupun hanya menerima jemputan turutserta dalam pertandingan ini sehari sebelumnya, tanpa persediaan sama sekali, malah semalaman para peserta tidak tidur sebelum perlumbaan itu kerana membantu rakan-rakan membuat persiapan pameran dan lain-lain, kumpulan Anak-anak Warga Prihatin yang diberi nama `Kumpulan Prihatin’ ini telah berjaya memenangi tempat ke 2 dan membawa pulang hadiah tunai RM 1500 dan hamper.

Kumpulan ini terdiri dari Mohammad Abid Masjuki selaku ketua kumpulan, Syafaat Bin Mohamad Yazid, Jazreen Bin Johari dan Mohamad Afiq Bin Baharuddin. Mereka hanya tertinggal tidak sampai 1 minit dari pemenang pertama ke garisan penamat, berbanding dengan perbezaan 15 ke 30 minit antara kebanyakkan pemenang2 peserta yang lainnya.

Amatlah mengharukan apabila semua anak-anak yang terlibat dalam pertandingan, sekali lagi mewakafkan semua wang hadiah RM1,500 untuk perbelanjaan mengurus dan membangun Rumah Pengasih Warga Prihatin. “Kami bertanding atas nama Prihatin, bukan atas nama peribadi” kata mereka bersahaja semasa diminta berucap dalam majlis ringkas meraikan kejayaan dan penyerahan Wang Hadiah dari mereka. Seluruh Warga Prihatin menerimanya penuh kesyukuran dan bangga dengan jatidiri dan keperihatinan anak-anak ini.

Pengetua Warga Prihatin, Dr Hj Masjuki Musuri, para Pengurusan, para pendokong dan seluruh penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin turut hadir bagi memenuhi jemputan khas Pengerusi Executive Skill-Teck yang datang sendiri Ke Rumah ini di Kajang dan dari pihak Utusan yang menjemput melalui panggilan talipun. Di samping memberisokongan moral kepada anakanda Mohammad Abid – Icon Remaja kita bersama 3 lagi anak Prihatin yang dijemput khas menyertai pertandingan itu, kami juga turut mengambil peluang berekreasi bersama keluarga di samping memeriahkan suasana dan memberikan sokongan moral terhadap usaha murni Utusan dan Skill-Tech memartabatkan seni Jawi Warisan Melayu.

Kepada semua yang telah menunjukkan minat bagi mendapatkan maklumat semasa melawat gerai pameran RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Semuga anda mendapat sedikit sebanyak hidayah bagaimana kaedah Islam yang tepat perlu digunapakai untuk membangun keluarga, membina akhlak dan jati diri anak-anak hasil dari perkongsian maklumat dengan Warga Prihatin di pameran itu.

Sokongan moral dan perkongsian pengalaman dari anda, serta kejayaan demi kejayaan yang ditunjukkan oleh anak-anak Warga Prihatin benar-benar telah menaikkan semangat Warga Prihatin untuk terus berbakti dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh.  Segala puji bagi Allah jua. Alhamdulillah.

Kumpulan Prihatin yang diketuai Abid Menang Tempat ke2 Agro-X-Race.Sila Klik Tajuk untuk membaca berita di utusan.

400 pelajar sertai AgroXRace Utusan Melayu Mingguan

dn_34_1

Aktiviti sekitar Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di Durian Tunggal, Melaka, kelmarin.

  

 

ALOR GAJAH 22 Nov. – Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di sini berjaya menarik kira-kira 400 penyertaan daripada pelajar sekolah menengah antaranya dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pertandingan tersebut merupakan komponen kedua penganjuran Pertandingan Seni Jawi Nusantara yang berlangsung sepanjang September lalu dan disertai 6,000 pelajar dari seluruh negara.

Berlangsung di Institut Skill Tech, Durian Tunggal di sini, pertandingan AgroXRace yang julung kali diadakan tahun ini berkonsepkan pencarian harta karun berasaskan produk pertanian dengan berpandukan tulisan jawi.

Selain bertujuan mengisi cuti persekolahan pelajar, pertandingan itu turut menekankan ketahanan minda dan fizikal pelajar serta memantapkan semangat berkumpulan di kalangan mereka.

Empat pelajar terbahagi kepada 80 kumpulan dan perlu mengatasi rintangan 10 kawasan dengan berpandukan tugasan dalam tulisan jawi yang berkaitan aktiviti pertanian seperti memindahkan ikan, membentuk origami haiwan, mengeja nama haiwan dan makan sayur peria.

Pada pertandingan itu, Kumpulan Al-Ehsan berjaya merangkul tempat pertama dengan catatan masa sejam 32 minit mengatasi Kumpulan Prihatin dengan masa satu jam 33 minit manakala tempat ketiga iaitu Islamic Desa dengan masa satu jam 50 minit.

Kumpulan Al-Ehsan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hamper manakala tempat kedua wang tunai RM1,500, hamper dan tempat ketiga menerima wang tunai RM1,000 dan hamper.

Selain itu, 17 pasukan lain menerima hadiah sagu hati berupa hamper manakala sembilan kumpulan lain turut menerima hadiah khas yang disediakan oleh pihak penganjur.

Semua hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dengan diiringi Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek dan Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusuff.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan acara sehari itu antaranya jualan gerai buah-buahan, demonstrasi mencipta produk makanan berasaskan bahan agro, pertandingan kanak-kanak, pameran pertanian dan demonstrasi rawatan rambut.

Sementara itu menurut Nordin, pihaknya tidak menyangka penganjuran AgroXRace bersama akhbar Utusan mendapat sambutan amat menggalakkan apabila 800 penyertaan diterima di peringkat awal.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian penyertaan terpaksa ditolak memandangkan kapasiti Institut Skill-Tech yang seluas kira-kira 13 hektar hanya mampu menampung penyertaan seramai 400 pelajar.

 Kumpulan Prihatin yang diketuai Abid Menang Tempat ke2 Agro-X-Race.

Swasta digalak anjur program tulisan jawi

 

JawiMelaka (393)

Pengetua & Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr Masjuki mengambil peluang bermesra dengan anak-anak dan Warga Prihatin sewaktu berbaris menyambut ketibaannya.

ALOR GAJAH 21 Nov. – Penglibatan golongan korporat dan swasta amat diperlukan dalam usaha untuk memartabatkan tulisan jawi di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sekiranya golongan itu kurang menyerlah dan lebih gemar ‘berpeluk tubuh’, usaha kerajaan untuk memartabatkan tulisan jawi akan sia-sia.

Beliau berkata, sekiranya tiada pendekatan serius diambil dalam soal itu, tidak mustahil tulisan jawi bakal pupus ditelan zaman.

“Jika sudah ada usaha yang diambil sekarang ini pun, ia seperti melepaskan batuk di tangga sahaja, tanpa memberi sebarang kesan jangka panjang untuk masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di sini hari ini.

Seramai 400 pelajar sekolah menengah dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur termasuk Melaka menyertai program sehari itu yang buat pertama kali dianjurkan pada tahun ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek dan Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusuff.

Sehubungan itu Mohd. Ali berkata, kerjasama Kumpulan Utusan dan Institut Skill-Tech menganjurkan pertandingan jawi melalui Seni Jawi Nusantara dan AgroXRace wajar dicontohi oleh pihak swasta lain.

Beliau berkata, ia bertujuan mengerakkan usaha memartabatkan tulisan jawi di kalangan generasi muda dengan lebih berkesan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita sentiasa menyokong usaha pelbagai pihak dalam menganjurkan program tulisan jawi dan mahu usaha ini diteruskan pada masa depan demi memartabatkan tulisan jawi,” katanya.

Bagi tujuan itu juga, kata beliau, kerajaan negeri bercadang untuk memasukkan program pertandingan AgroXRace di Institut Skill-Tech, Durian Tunggal di sini, dalam kalendar pelancongan negeri.

“Kita dapati banyak faedah boleh diperolehi melalui program ini kerana selain pelajar dapat menguasai tulisan jawi, mereka juga berpeluang mengenali lebih dekat ilmu pertanian di Skill-Tech yang boleh dianggap sebagai produk pelancongan agro,” katanya.

Klik Link ini untuk melihat foto album berkaitan. Kira-kira 150 gambar-gambar menarik hasil sentuhan jurugambar antarabangsa, Dato’ Saiful Nang dan Mohammad Dinie dari  jenama Candid Syndrome (The Colours of Asia Sdn Bhd) akan di upload apabila talian internet yang sangat perlahan ketika ini kembali pulih. Anda pasti tertarik dengan gambar-gambar yang sangat journalistik itu.

Comments (3) Nov 23 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 143

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress