Sekitar Majlis Perasmian Anugerah Kasih Hari Ibu Terbuka RPWP

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Mesej Admin, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , , ,

Warga Prihatin

15 Mei 2010

ALHAMDULILLAH, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga dengan berlansungnya Majlis tersebut dengan penuh keheningan dan keceriaan. Majlis selamat dirasmikan oleh YB ADUN Kawasan Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar yang tiba tepat jam 9 pagi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Datuk Dr Ujang Bagong JP, selaku Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Hulu Langat mewakili Pengerusi, Tuan Pegawai Daerah yang kini berada di Shanghai, Cina. Pengerusi JKKK dan ahli jawatan kuasa JKK dan Imam satu dan Dua Masjid Sg Ramal Luar, Imam besar Masjid Bangi, Dr Lee Teck Seng dari Puast Pergigian Ampang, DrNorhayati Zakaria Jabatan Kesihatan Hulu Langat dan En Ahmad Mokhtar, Timbalan Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Islam Selangor.

Sila Klik link untuk album penuh (200 gambar di majlis perasmian).

Comments (0) Jun 04 2010


Tentatif Program “Hari Ibu Terbuka”&”Anugerah kasih” – Poster Terkini

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , ,

Jemputan Khas untuk Warga Facebook dan Pengunjung Web Prihatin

Jemputan Khas untuk Warga Facebook dan Pengunjung Web Prihatin

(Sila klik dua kali gambar untuk melihat imej besar.)

Gambar poster untuk banner ini akan memberikan gambaran lebih jelas tentang pengisian program sehari, “Hari Ibu Terbuka”, “Majlis Anugerah Kasih” dan “Derma Darah” Sabtu, 15 Mei 2010 nanti.

Ramai-ramai kita berhimpun bersama para ibu, bapa Warga EMAS di Rumah Pengasih dan beri mereka penghurmatan khas untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita.

“Selempang Kasih” disediakan sebagai tanda penghurmatan kepada mereka. Sila inbox DrMas Dua atau email, sms di maklumat yg diberikan jika anda ingin ayah ibu anda turut serta. Begitu juga kiranya anda ingin turut serta menderma darah pada hari itu.

Sila hebahkan dan bawa seramai mungkin insan bernama ‘ibu’ dan ‘ayah’, khasnya di kalangan warga Emas ke RPWP, kita nobatkan dan raikan mereka bersama sama.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) May 10 2010


RPWP – “Eye & Heart Opener”, YM Raja Restam, Presiden Alumni MPP UiTM

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Sabtu 20 Februari 2010 – WARGA PRIHATIN
Sesi 2 – Petang : RPWP – An “Eye & Heart Opener” – UiTM

logo_uitm2Majlis dimulakan dengan persembahan live Band oleh anak-anak RPWP dengan membawakan nasyid rasmi RPWP bertajuk “amin-amin” dan lagu “Warisan”. Oleh kerana cuaca panas dan anak-anak menghadapi masalah suara, maka mereka telah berjaya menukar gaya penyampaian berbentuk Koir, yang tidak disangka-sangka telah menambahkan seri dan sentuhan persembahan dari yang dirancangkan lebih awal.

Gambar Kenangan beramai-ramai

Gambar Kenangan beramai-ramai

Seterusnya majlis menampilkan dialog dan wawancara spontan beberapa wakil hadirin yang mewakili golongan-golongan yang mendapat nikmat perlindungan dan pendidikan di RPWP ini. Di antara yang turut meluahkan perasaan ialah Warga Emas, Ibu tunggal, wakil anak runtuh akhlak serta Penagih Dadah Tegar yang sedang dipulihkan, wakil-wakil asnaf yang sedang sakit dan memerlukan pemerhatian rawatan rapi serta belai kasih Warga Prihatin. Tidak ketinggalan perkongsian pandangan dari Sahabat FB, Saudara Choy yang tidak melepaskan peluang dengan turut bermalam di RPWP untuk bersama-sama meraikan tetamu keesokannya.

Luahan rasa Presiden Alumni MPP, YM Raja Restam Azrin Raja Jaafar

Luahan rasa Presiden Alumni MPP, YM Raja Restam Azrin Raja Jaafar

Samada dari pihak wakil Warga Prihatin atau wakil rombongan yang berpeluang memberikan perkongsian semuanya menyatakan bahawa RPWP berjaya mengaplikasikan sistem kehidupan yang syumul untuk menerbitkan kasih sayang sebagai pemangkin segala urusan mengatur semula minda komunitinya.

Yang Mulia Raja Restam dengan tegas dan yakin menyatakan – RPWP adalah “Pembuka mata dan hati” masyarakat. Beliau yang menyatakan rumah usang ini ibarat mahligai indah yang memilikki hampir segala espek yang diperlukan dalam sebuah kehidupan. Beliau turut berharap agar dibuka pintu RPWP seluas-luasnya untuk seluruh 150 ribu warga UiTM, khususnya warga pemimpin dari MPP mereka datang menimba ilmu dan pengalaman mengatur masyarakat, kerana beliau dapati kesemua pedoman yang amat diperlukan oleh pemimpin masyarakat itu ada di sini. Beliau turut menyampaikan hasrat untuk meminta Warga Prihatin hadir dan berkongsi ilmu di kampus UiTM selepas ini.

Senyuman Puas

Senyuman Puas

Antara ungakapan yang amat menyentuh dari seorang Warga Emas, iaitu Setiausaha Alumni UiTM Malaysa pula menyatakan mengapa dunia tidak sedar sama sekali keberadaan sebuah Rumah yang bukan sekadar sebuah perlindungan Asnaf, malah menurutnya lebih merupakan sebuah “institusi penyelidikan ” yang mampu melahirkan produk “Anak Permata Negara” yang amat diperlukan oleh masyarakat hari ini. Beliau yang turut menyatakan rasa amat bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat Islam kini menyatakan rasa kagum dengan kejayaan RPWP dalam segenap sudut yang terkait dengan pemulihan dan pencegahan kepada masalah ini.

Pelbagai Ulasan yang amat menyentuh hati dari wakil-wakil lain termasuk kenyataan bahawa mereka pasti akan memberitahu dunia akan kewujudan RPWP yang “kurang bercakap”, tidak dipromosikan oleh mana-mana pihak namun telah terbukti menunjukkan kejayaan usaha, memiliki falsafah kehidupan yang tinggi dan yang penting tidak meminta-minta seperti rumah kebajikan yang lain.

Luahan rasa YDP MPP sekarang, Sdr Mohammad Ridzwan Mat Salleh

Luahan rasa YDP MPP sekarang, Sdr Mohammad Ridzwan Mat Salleh

Sebelum majlis minum petang dan bersurai, majlis pentas ditutup dengan upacara penyampaian pelbagai bentuk cenderahati dan sumbangan dari wakil-wakil rombongan, termasuk sumbangan Cek tunai berjumlah RM 7, 706 serta serahan tunai berjumlah sekitar RM80.

Walaupun sumbangan bukanlah sesuatu yang diminta-minta, namun sumbangan ikhlas itu amat besar maknanya serta teramat dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Bagi seluruh Warga Prihatin, penerimaan dan pengiktirafan umum, serta manfaat pengalaman dan pandangan yang mampu diterima utk diguna pakai bagi sama-sama memperbaiki nasib umat adalah sesuatu yang amat membahagiakan dan memuaskan hati.

Penerimaan pelbagai pihak, sejak awal pembinaan sehingga kini merupakan satu natijah kebenaran dan kehebatan sistem hidup beragama yang hakiki, dan itu sudah cukup memadai dan amat menggembirakan hati seluruh Warga Prihatin. Kami melakukannya bersama-sama kerana semata-mata ingin mencari redo Allah, serta menyediakan sarana dan sistem kehidupan yang sejahtera untuk Warga Prihatin dan masyarakat yang bersamanya melalui usaha ini. Segalanya dilakukan tanpa disulami sebarang kepentingan peribadi samada berupa ganjaran pangkat maupun nama dan harta.

Jika ada kebaikan dari usaha bersama ini, ia semata-mata hasil hidayah dan petunjuk yang telah Allah berikan dan Rasulullah saw tunjukkan applikasinya, marilah sama-sama kita kembalikan segala puja dan puji itu hanya kepada Allah dan Rasul sebagai pemilik hak cipta yang mutlak. Segala kelemahan dan kekurangan yang masih berbaki adalah semata-mata kerana kelalaian atau kejahilan Warga Prihatin sendiri, dan menjadi tugas kami untuk terus belajar dan menyelidikkinya demi amal Islah kami di masa depan.

Dakapan Kasih - Semuga dapat jumpa lagi

Dakapan Kasih - Semuga dapat jumpa lagi

Sampai jumpa lagi di event yang lain – Alhamdulillah.

Location: RPWP – KAJANG

Comments (0) Feb 21 2010


Lihatlah Betapa Teruknya Gejala Zina-Buang Bayi..!!

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , ,

WARGA PRIHATIN – 13 Februari, 2010.

Pembunuhan Kejam

Pembunuhan kejam..

Sebelum mendapat petunjuk Allah untuk digunakan sebagai manual kehidupan, perangai asal kita memang tersangat teruk. Darwin dalam teori kejadian manusianya berkata kita berasal dari “kera”.

Meneliti falsafah kejadian manusia ini, memanglah benar bahawa secara ‘misal’ atau ‘mutasyabihat’nya perangai kita lebih teruk dari ‘Kera’. Allah beri bunga, ibarat satu sistem kehidupan yang indah, dengan harapan supaya kita guna pakai dan dapat memperelokkan sedikit perangai kita, agar berubah dari ‘kera’ kepada ‘perangai manusia’.

Malangnya kita semua campak saja ‘bunga’ itu. Maka jadilah kita ‘pelampau’ (thoghut) yang sentiasa menyondol macam babi. Apa larangan pun kita sondol saja. jadilah kita ibarat kera yang ‘ingkar suruhan‘, dan babi yang ‘melanggar larangan‘. (Al-Ma’idah ayat 60).

Hampir 300 ribu anak luar nikah telah didaftarkan. Sementara itu, hari-hari kita dimomokkan dengan berita buang bayi.  Berapa ramai lagi kah bayi buangan yang tidak ditemui?, yg ikut naik lori? yang dimakan anjing dan babi? yang reput begitu tidak ditemui? yang masuk lubang tandas macam najis? yang samada terus hidup ataupun mati ditanam sebegitu saja tidak dilapurkan walaupun keluarga tahu, kerana malu.? Berapa ramai pula yang menggugurkan atau melakukan penyucian, flushing, pengguguran janin secara haram?

Tahukah anda bahawa ada pengadu yang mengaku telah menggugurkan 6 kali se usia 26 tahun? Nah, semua ini bukan saja menggambarkan kekejaman manusia yang lebih teruk dari kera dan babi, tetapi menampakkan gejala Zina yg sudah tidak terkawal lagi.

3

Warga Prihatin (WP) sendiri pernah menyelamatkan kes bayi tandas ini dan tidak dilapurkan oleh pihak keluarga. WP mampu berkata kerana telah terlibat secara lansung dalam usaha menanganinya.

Nasihat WP untuk anak-anak gadis yg “sedang” seronok menikmati seks bebas ini, anda tengoklah kesemua gambar-gambar ini, biarpun mengerikan, supaya ianya ‘berbekas’ di hati. Kalau anda  tengok satu-satu walaupun keluar berita setiap hari, ia tidak akan berbekas dan terkesan di hati…!!!

Kalaulah ada niat nak mencuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu di musim cuti Tahun Baru China dan ‘Valentine’ ini, bayangkan deritanya melahirkan anak sendirian di tandas, betapa malunya diri, keluarga, agama, negara dan bangsa ini selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yang akan di ‘ungkit’ sepanjang hayat..?, bayangkan pertemuan anak itu dengan anda di akhirat nanti..! bayangkan besarnya laknat ‘Pencipta’ terhadap anda..!.

Jangan sibuk menyalahkan pihak lelaki dan pihak-pihak lain apabila anda telah hamil dan kononnya telah teraniaya. bukan hanya ‘mereka’ yang jahat, atau kononnya ‘tidak bertanggung jawab’, tapi kita yang sebenarnya BODOH kerana menyerahkan diri dengan mudah kepada orang yang anda tahu memang jahat serta tidak akan ‘bertanggung jawab’, namun anda sengaja mengundang masalah…  Oleh itu, salahkanlah diri sendiri.

Firman Allah dalam surah Al Israa’ ayat 15.

“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng’azab sebelum Kami mengutus seorang rasul”.

Bayi ditemui hampir reput dan berulat.

Bayi ditemui hampir reput dan berulat.

Kalau pun tidak mahu berperangai seperti manusia yang berakal, kekallah jadi haiwan yang lumrah, iaitu yang menyayangi anaknya.!, janganlah kita jadi lebih teruk ‘dari haiwan’..! (Al-A’raf, 176, 179).? Jika anda telah benar-benar buntu, kami tawarkan anda datanglah ke Rumah Pengasih WP untuk dapatkan nasihat, kami ‘bersedia mendengar dan membantu’. Itu lebih baik bagi kami, daripada kami mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini ’semakin menjadi-jadi’.

Kalau anda berani dan yakin, tanyakan di wall Facebook “Warga Prihatin” atau di Group “Applied Science of AQ & Sunnah – Tajdid Muslim“, atau inbox/email/sms DrMasjuki atau mana-mana WP (samada bapa2/ibu2). Masih ada yg menyayangi kalian, jangan rosakkan lagi keadaan yang sudah rosak ini…!!!

Sementara itu, terdapat sekitar 200 gambar-gambar berkaitan Topik ini dan perbincangan panjang lebar tentangnya di Facebook tersebut dan FB “DrMas Mohd“. Sila klik nama-nama akaun Facebook  tersebut untuk melayarinya. Semuga kita dapat menjawab persoalan tuhan kerana telah melakukan yang terbaik dan apa yang termampu untuk mengatasi masalah ini. Sebarkanlah peringatan ini seluas mungkin kerana jika tidak sekarang ia mungkin akan mengenai diri kita, anak cucu, sanak saudara kita esok lusa.

WARGA PRIHATIN.

Comments (0) Feb 16 2010


Satu Lagi Wakil NGO India mengunjungi RPWP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , ,

Januari 31, 2010

Raja Kulim dan Aman Puchong, Datang lagi bersama Siva, seorang aktivis masyarakat India dari Ampang untuk menjalin dan menyambung silatulrahim yang lebih akrab. Mereka tiba kira2 jam 2.30 petang dan berangkat pulang kira-kira 2 jam kemudian.


Beliau yang banyak berkongsi cerita tentang usahanya yang lebih kurang sama dengan modus operandi Rumah Pengasih WP dalam menyatukan dan membina sahsiah masyarakat India di Kulim kelihatan bersungguh2 meyakinkan Mr. Siva agar selalu datang bersama keluarga dan ahli-ahli di bawah pimpinannya ke RPWP untuk mempelajari kaedah dan berkongsi pengalaman dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Di sini kita dapat membuang kekotoran jiwa, terutama sifat prejudis dan hasad dengki sesama insan untuk melahirkan generasi yang berhati suci” katanya. Apa pun beliau menegaskan, hanya mereka yang bersih hatinya serta ikhlas menjalin kasih sayang sesama insan saja yang akan merasai kehebatan ukhwah dengan warga penghuni di RPWP ini.

Budibahasa dan adab sopan anak-anak yang kebetulan pulang dari sekolah dan berbaris bersalaman dan cium tangan penuh hormat kelihatan amat indah di mata dan senang di hati. Semua sepakat ingin agar keharmonian sebegini boleh dipupuk dan dikembangkan ke seluruh negara, tanpa di batasi perbezaan agama dan warna kulit.

Sebelum pulang, mereka menyatakan rasa puashati dan berazam utk datang semula bersama keluarga dan mengajak lebih ramai lagi masyarakat India dan Cina yang beliau kenali untuk bersama-sama dengan Warga Prihatin.

Syukur Alhamdulillah, usaha WP mendapat perhatian dan diterima baik oleh masyarakat berbilang kaum. Semuga matlamat “Rahmatan Lil Alaamiin”, beramal untuk merahmati alam, menyatukan manusia, akan menjadi kenyataan hendaknya. Insyaallah.

Comments (0) Jan 31 2010


RPWP Adalah Universiti Kehidupan – Tegas para Pengetua Rumah Ar-Raudhah Dari Indonesia & Filipina Dlm Lawatan Sehari – 3 Jan 2010.

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , ,

Warga Prihatin (WP) – 3 Januari 2009
Ustaz Hasri terisak-isak tidak mampu menahan deraian air mata mewaktu menyatakan kesyukuran dipertemukan dengan WP.

Ustaz Hasri terisak-isak tidak mampu menahan deraian air mata mewaktu menyatakan kesyukuran dipertemukan dengan WP.

RPWP mendapat penghormatan dengan lawatan para pengetua jaringan Rumah Kebajikan Ar-Raudhah dari Indonesia dan Filipina. Mereka diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Hasri al-Hafiz – yang juga Perwakilan Dewan Imamah Nusantara dan Majlis Muzakarah Ulamak Haba’ib Nusantara di Jakarta, Ustaz Wildan Daulan al-hafiz – Medan, Ustaz Dr Razlan dan Ustaz Azizi – Malaysia, Ustaz Asri – Filipina, Ustaz Niftahuddin – Malaysia, Al-Hafiz Ustaz Muhammad Arshad Al-Mubarak – Malaysia dan beberapa pelajar Tahfiz serta para isteri dan anak-anak mereka.

Turutsama hadir dan mengikuti setiap perbincangan rombongan ini ialah Seorang Ibu, Pn Rashidah dari Beranang, Kakak kepada salah seorang peserta Rombongan PUSPANITA Kem Kewangan, serta Mr C.J.Tan yang merupakan kunjungan kedua beliau 2 minggu berturut2 bersama Ustaz Azizi dan Ustaz Hasri. Ketibaan mereka pada jam 11 pagi disambut meriah dengan iringan selawat seperti biasa oleh Warga Prihatin.

Gambar kenangan sebelum berpisah. Gambar kenangan sebelum berpisah.

Penerangan tentang falsafah dan aktiviti RPWP kepada mereka kali ini turut dibantu dengan mempertontonkan beberapa klip video berkaitan aktiviti Warga Prihatin. Kesemua yg hadir menampakkan rasa amat terharu dan beberapa dari mereka, khususnya Ustaz Hasri, Ustaz Azizi dan ustaz Wildan Daulan ternyata amat tersentuh hatinya dan tidak dapat menahan deraian air mata.

Tujuan lawatan mereka kali ini adalah untuk mempelajari lebih mendalam apa yang telah diterangkan minggu lepas, mengenai falsafah dan sistem pendidikan serta pengurusan rumah ini untuk di adaptasi dalam pengurusan jaringan pengurusan Rumah Ar-Raudhah seluruh Nusantara. Dari penerangan yang mereka perolehi pada kunjungan pertama, ditambah dengan penjelasan lebih mendalam dan dibantu dengan tayangan video kali ini, Ustaz Hasri menyatakan dengan jelas konsep Taman Syurga, Ar-Raudhah dan himpunan Caj atau energi positif yang jelas dapat dilihat dan dirasakan telah wujud di RPWP ini.

Sebak dan pilu hati tidak tertahan lagi.

Sebak dan pilu hati tidak tertahan lagi.

Kesemua mereka minta di izinkan melawat ke seluruh kompleks RPWP sambil diberikan penerangan oleh pegawai perhubungan awam RPWP. Sebelum pulang, mereka turut mengikuti dan menyumbang suara dalam program mingguan anak-anak di dewan.

Sewaktu lawatan itu, masing-masing menyatakan inilah sesi lawatan paling berhasil, berkesan dan penuh ilmiah pernah mereka alami. Tempat ini lebih sesuai digelar segbagai taman syurga dari segi perlaksanaan dan hasil pengurusannya ujar mereka berulang ulang.

Amat mengharukan apabila kesemua pengetua yang hadir memohon agar mereka dan seluruh anak didik mereka di seluruh Cawangan Rumah Ar-Raudhah dapat diterima sebagai keluarga angkat dan anak didik kepada RPWP. “Bagi kami, RPWP ini bukan sekadar sebuah penempatan Asnaf biasa, malah ia melebihi dari tahap sebuah Universiti Kehidupan yang amat diperlukan oleh segenap lapisan manusia yang inginkan kesejahteraan di dunia akhir zaman ini” Ujar Ustaz Hasri berulang kali.

Kesemua mereka turut diizinkan melawat ke seluruh kompleks RPWP termasuk asrama di bumbung yang sedang dalam pembinaan.

Kesemua mereka turut diizinkan melawat ke seluruh kompleks RPWP termasuk asrama di bumbung yang sedang dalam pembinaan.

Ustaz Asri dari Filipina pula mengambil peluang menceritakan penderitaan rakyat Sulu di Filipina amnya dan keperluan asas Rumah Ar-Raudhah sekitar Sulu khasnya yang amat dhaif. Terlalu ramai anak-anak yatim dan ibu tunggal yang ditinggalkan oleh syuhada’ yang gugur dalam perjuangan mereka. Untuk menyajikan air kosong bagi peserta syuro pun tidak mampu katanya, apatah lagi untuk membeli keperluan lain.

Dr Masjuki spontan menyatakan hasrat untuk berkongsi rasa penderitaan mereka dengan keinginan mewakafkan sebahgian dari keperluan asas yang dimilikki oleh RPWP kepada Rumah Ar-Raudhah filipina atas dasar peri kemanusiaan, walaupun jelas Warga Prihatin sendiri masih memerlukan dan amat serba kekurangan.

Sewaktu tayangan peristiwa Tsunami yang mengaitkan dengan bahan pendidikan anak-anak dalam usaha menimbulkan kesedaran dan keperihatinan, Ustaz Hasri tidak dapat menahan pilu dan menangis terisak-isak kerana terkenang peristiwa bencana alam itu yang turut mengorbankan sanak saudaranya. Beliau sendiri membawa 700 sukarelawan dari Jakarta untuk membantu menguruskan 900 mayat pelbagai rupa di sana.

Pilu hati tidak dapat menahan deraian air mata.

Pilu hati tidak dapat menahan deraian air mata.

Dalam mencari contoh-contoh kehidupan yang memenuhi tuntutan Allah dalam surah al-Baqoroh ayat 208 “Hai org beriman, masuklah ke dalam sistem Islam sepenuhnya, jgn kamu ikut tabiat syaitan, sesungguhnya ia bagi kamu adalah musuh yang nyata” Ustaz Wildan Daulan al-hafiz – Medan dengan nada pilu menyatakan “saya temui semua contoh itu di SINI (RPWP). rumah ini mendidik norma kehidupan insan yang lengkap sesuai dengan tuntutan Allah” Subhanallah.

Walaupun selama ini kami merasakan telah menjalankan kewajipan ini dengan penuh jimat dan serba kekurangan, namun mereka di luar sana jauh lebih sengsara lagi.

Oleh itu, kami menyeru anda yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit atau barang keperluan dalam bentuk apa saja seperti pakaian, barang dapur, peralatan letrik, perabut, tilam bantal, cadar, kain batik, pelikat, sebarang keperluan pembelajaran seperti buku, alat tulis, kertas, naskah Al-quran, kitab-kitab agama, bahkan konputer, bahan melukis, alat bantuan mengajar, yang tidak diperlukan atau berhajat menukarnya dengan yang baru. Hantarlah kepada kami, biarpun sehelai sarung bantal atau sebatang sudu garpu yang ingin anda buang, selagi ianya masih boleh digunakan. Kami sanggup menjadi pusat pengumpulan untuk disalurkan kepada mereka di Acheh dan Sulu melalui jaringan Rumah Raudhah ini.

Semuga apa yg diusahakan oleh RPWP dapat membuka mata dan hati masyarakat bagi mewujudkan lebih ramai jiwa prihatin di bumi Allah ini.

ALHAMDULILLAH.

Location: RPWP

Comments (5) Jan 04 2010


RPWP Menerima Kunjungan Aktivis Masyarakat India Dari Kulim

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , ,

Monday, December 28, 2009
Raja & Aman Khusyuk mendengar penjelasan
tentang Falsafah kebajikan sesama insan yg di laksanakan di RPWP
oleh Ayahanda Dr Masjuki.

WARGA PRIHATIN – 28 Disember 2009

Satu lagi pagi yang mengejutkan apabila Saudara Raja, Aman dan keluarga datang bertandang ke RPWP untuk mengenali lebih lanjut tentang aktiviti kebajikan di rumah ini dan warganya.

Raja yang aktif sebagai aktivis Masyarakat sejak berumur 15 tahun telah banyak menolong pelbagai rakan terutama sewaktu zaman kemewahannya dulu sehingga kini. Beliau telah lama menanam hasrat untuk hadir bagi mengenali Warga Prihatin kerana amat berminat dengan falsafah kebajikan yang amat unik di lakukan di Rumah Ini.

Tetamu sempat dijamu dengan sarapan pagi ala kadar.

Malang tidak berbau, beliau telah diserang stroke dan isterinya pula mengalami sakit buah pinggang dan memerlukan khidmat Dialysis setiap masa. Sebagai pembalasan, beliau sering mendapat perhatian dan pertolongan dari seorang Warga Prihatin di Kulim tanpa mengira masa dan bentuk pertolongan apa saja sejak sekian lama, khususnya dalam membatu rawatan dialysis isterinya di hospital.

Raja sibuk berkongsi cerita dan pengalaman.

Terlalu banyak pengalaman pahit manis yang telah beliau hadapi dalam melaksanakan tugas insaniah sebagai aktivis masyarakat, termasuk pelbagai tohmahan dan cemuhan, bahkan sewaktu beliau dan isterinya jatuh sakit ada yang mengambil peluang. Namun beliau bersyukur, tuhan kirimkan ramai dermawan dari kalangan orang-orang yang pernah beliau tolong sebelum ini.

Keinginan beliau utk hadir melihat sendiri RPWP ialah bila mengetahui prinsip hidup En Huzair, yang mendapat inspirasi dari Warga Prihatin sejak 4 tahun dulu, sehingga ikhlas menolong beliau tanpa jemu walaupun berlainan bangsa dan agama. Untuk makluman, En. Huzair ialah insan yang mewakafkan 12 unit komputer dan sebuah laptop untuk makmal komputer RPWP baru-baru ini.

Ustaz Hamzah sempat bermain-main dengan
 anak En. Aman, turut diperhatikan isteri beliau
yang sedang beramah mesra dengan ibu-ibu Warga Prihatin.

 

Penerimaan Raja dan teman-temannya, dari berita baik yang di bawa oleh En.Huzair, rakan internet Warga Prihatin yang mengamalkan prinsip hidup bermasyarakat dari Warga Prihatin sudah cukup menggembirakan sebagai hasil usaha kami.

Sebelum berpisah, Raja, yang paling ramah dan banyak bercakap berjanji untuk mencari peluang datang menginap di sini dan ingin turut melakukan sebarang kerja bersama-sama sahabat Prihatin yang lain, walaupun beliau sendiri belum pulih sepenuhnya.

Alhamdulillah.
WARGA PRIHATIN

Comments (0) Dec 28 2009


Kunjungan PUSPANITA Kementerian Kewangan Mencipta Sejarah RPWP

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Isnin, 21 Disember 2009 – WARGA PRIHATIN
IMG_4836

Ketibaan Kumpulan Pertama dengan bas Jabatan Akauntan Negara disambut mesra.

Pagi Isnin, 21 Disember 2009 merupakan pagi bersejarah bilamana Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) menerima kunjungan Kasih PUSPANITA yang pertama, iaitu dari PUSPANITA Kementerian Kewangan Malaysia.

Kunjungan yang disertai oleh kira-kira 30 wakil PUSPANITA dari Kementerian itu diketuai oleh 4 Pengerusi PUSPANITA dari Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Kewangan. Di antaranya adalah Y.Bhg. Puan Sri Hayati bt Omar, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan, Y.Bhg. Datin Yang Fatimah bt Md. Piah, Pengerusi PUSPANITA Bank Negara Malaysia (BNM), Y. Bhg. Datin Norlizam bt Atan, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Y. Bhg. To’Puan Khamisah bt Hj. Affendi, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Ketibaan tetamu yang sampai dalam 4 kumpulan, sekitar jam 11 pagi itu disambut mesra dan meriah sekali dengan paluan kompang dan selawat yang bersemangat oleh Panjaga dan semua anak-anak RPWP. Sementara menanti ketibaan tetamuVIP yang terakhir, para tetamu yang datang awal diraikan di ruang tamu dengan ramah mesra dan suaikenal secara ringkas sambil menikmati minuman ringan.

 

Persembahan Yang Mendidik Dan Menenangkan Hati:

IMG_5292

Persembahan Yang Mendidik Dan Menenangkan Hati

Setelah keseluruhan tetamu sampai, majlis di Dewan dimulakan dengan alu-aluan dari Pengerusi Majlis dan bacaan doa oleh anak RPWP yang amat menyentuh hati dan memberikan banyak kesedaran kepada para hadirin.

Seterusnya majlis diserikan dengan persembahan nyanyian Lagu Prihatin oleh anak-anak tadika, diikuti oleh 2 Nasyid bertajuk “Ampuni Kami” dan “Amin-amin” oleh anak-anak peringkat Sekolah Rendah dan Menengah (Video ini ada di Youtube dan Facebook WP).

Sebelum menjemput Pengasas RPWP memberikan penerangan, seorang lagi wakil anak RPWP dijemput secara spontan (tidak dalam aturcara untuk persembahan) bagi menyampaikan pidato khas yang diberi tajuk “Pendidikan, Pendidikan, Pendidikan”. Pidato yang disampaikan dengan ringkas namun penuh bersemangat ini telah memukau para hadirin dengan isi yang padu, sangat menyentuh hati dan menyedarkan para anak-anak dan ibu bapa agar kembali peka dan prihatin terhadap fungsi pendidikan dalam pembangunan sebuah negara bangsa.

 

Rahsia Kewujudan dan Pendanaan RPWP

Di antara yang disentuh dalam ucapan yang disampaikan oleh Dr Hj Masjuki, Pengasas dan Pengetua RPWP ialah sejarah tertubuh dan berdirinya RPWP ini. Beliau menjelaskan bahawa beliau memulakan modal asal dengan mewakafkan seluruh harta, diri dan jiwanya. Bermula dari 3 buah rumah asal dan seluruh tapak rumah seluas 0.273 ekar dan RM30 ribu sebagai modal permulaan,  beliau mendapat sokongan padu dari 20 sahabat untuk sama-sama mendokong urusan selanjutnya samada dari segi pembiayaan bulanan maupun tenaga pengurusan.

En Khairuddin Md Nor salah seorang pendokong RPWP, juga merupakan pegawai Perhubungan Awam.

En Khairuddin Md Nor salah seorang pendokong RPWP, juga merupakan pegawai Perhubungan Awam.

Daripada 20 pendokong itu, hanya 12 sahabat sahaja yang mampu mengeluarkan sumbangan tetap secara bulanan di samping turut menyumbang tenaga dan masa. Baki 8 daripada 20 pendokong tidak dapat menyumbang dana kewangan kerana mereka juga merupakan golongan Asnaf yang memerlukan bantuan kewangan untuk hidup, namun mereka tidak mahu ketinggalan kerana sanggup bertugas sepenuh masa secara sukarela sebagai jurubina, penjaga dan tenaga pendidik kepada anak-anak jagaan.

Gandingan Harta yang di wakaf, diri-diri individu yang sanggup bertugas sepanuh masa, sumbangan ikhlas dana bulanan dari sahabat mengikut kemampuan masing-masing secara tetap untuk menampung kos pengurusan dan modal pembangunan adalah rahsia yang membolehkan RPWP dan semua aktivitinya berjalan lancar, tanpa meminta-minta,  walaupun amat sederhana sejak hampir 4 tahun lalu.

Di antara jaminan yang mampu diberikan kepada sahabat pendokong adalah, sekiranya berlaku apa saja kepada mereka dari kalangan Pendokong RPWP, keselamatan dan perlindungan terhadap keluarga mereka adalah menjadi tanggungan RPWP,  khususnya dalam memantau akhlak dan kesejahteraan anak-anak yatim yang memerlukan bimbingan, pemantauan dan kasih sayang.

Hakikat Puasa dan Zakat Sebagai Tunggak Pembangunan RPWP.

Di tanya bagaimana dengan dana sedikit ini masih mampu meneruskan hidup, sedangkan Dr Masjuki dan isterinya, bekas Guru Sekolah Menengah telah tiada lagi sumber pendapatan lain? beliau menjawab – hargai pengorbanan rakan yang memberikan sumbangan dan amalkan konsep jimat cermat. Dalam bahasa mudahnya ialah berpuasa secara hakikat dalam menguruskan perbelanjaan harian.

Hakikat puasa itu dijelaskan dengan menunjukkan amalan menggunakan bahan terpakai atau terbuang dan tidak membazirkan apa saja bahan binaan yang ada. Rumah tidak boleh dibina oleh kontraktor komersial kerana hampir sepenuhnya menggunakan barang terpakai. Itu menjadi salah satu sebab tambahan mengapa ia dibina secara gotong royong sejak hampir 4 tahun dahulu.

 

Rahsia Kesamarataan Menambah Keserasian

Rahsia Kesamarataan Menambah Keserasian

Rahsia Kesamarataan.

Satu rahsia besar di mana insan-insan dari golongan Asnaf yang dilindungi dan para pendokong di RPWP yang menghulurkan sumbangan bulanan ini boleh berkeluarga dan bekerjasama tanpa batas ialah konsep kesamarataan yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Beliau yang ditanya oleh tetamu VIP mengenai hal itu turut menunjukkan 2 jejaka yang kebetulan berdiri di kiri-kanan beliau di atas pentas. Di sebelah kanan adalah seorang sahabat pendokong, seorang pegawai Bank yang menghulurkan sumbangan bulanan, di mana jejaka di sebelah kiri merupakan golongan Asnaf dan petugas Sukarela sepenuh masa yang dibiayai sepenuhnya oleh tabung RPWP.

Namun di dalam majlis atau sepanjang sewaktu bergotong royong, mereka tidak akan dapat dibezakan kerana semuanya telah memakai pakaian dan melakukan tugasan yang sama tanpa mengira darjat dan pangkat mereka.

Begitu juga dengan pakaian dan layanan terhadap anak-anak Asnaf yg disamaratakan dengan anak-anak pendokong bilamana mereka disatukan dalam apa saja aktiviti. Hasilnya, anak-anak asnaf tidak merasa rendah diri. Ia juga memberikan kesedaran kepada anak-anak pendokong yg bernasib baik dalam kehidupan keluarganya agar sentiasa bersyukur, tidak membazir dan meninggi diri dalam kehidupan mereka. Mereka dididik untuk hidup bersama, berkasih sayang dan berlumba-lumba secara positif sebagai sebuah keluarga.  Anak Yatim yang kehilangan ibu atau bapa akan mendapat ganti 20 ibu dan bapa untuk tidak terlalu merasakan kehilangan itu. Yang dihimpit kemiskinan tidak merasakan kesusahan itu apabila mereka turut merasai kehidupan normal di RPWP hasil sumbangan pendokong tetap. Yang lemah akademik, yang kurang baik tahap akhlaknya diperbaiki bersama rakan-rakan yang normal melalui konsep tampung menampung, tegur menegur ketika mereka disatukan di rumah ini.

Pentingnya peranan seorang pendokong RPWP

Pentingnya peranan seorang pendokong RPWP

Anak Permata Negara

Pendidikan akhlak merupakan matlamat utama di RPWP dan dari situ segala usaha digembeling untuk memajukan pencapaian akademik mereka. Anak-anak turut dibekalkan dengan pelbagai peralatan moden seperti makmal komputer dengan talian internet yang disumbangkan oleh En. Huzir, seorang Graduan IT dari Amerika dan merupakan sahabat facebook dari Kedah.

Mereka juga dibekalkan dengan peralatan muzik, pelbagai alat Elektronik, PA System, kompang, peralatan sukan, indoor game, kolam untuk belajar berenang, kamera dan lain-lain. Mereka turut diperkenalkan dengan pelbagai peralatan bengkel, pembinaan dan pertukangan serta kemahiran penggunaannya semasa memerhatikan pembinaan pembesaran rumah yang sedang dijalankan selama ini. Yang penting adalah mendidik mereka menggunakan semua peralatan itu dengan kefahaman ilmu, dengan izin dan terpantau.

Anak Permata Negara

Anak Permata Negara

Seluruh kompleks ini dipasang dengan cctv untuk tujuan pemantauan segala macam gelagat anak-anak, terutamanya apabila melibatkan berbagai kemungkinan salah laku. Ini adalah kerana bukan semua anak-anak ini masuk dengan akhlak yang baik. Konsep apitan, pemantauan dan peringatan dari kalangan 20 ibu bapa dan 65 rakan serumah merupakan faktur penampung yang membolehkan proses pembaikan anak-anak yang telah disahkan rosak akhlaknya boleh berlaku di RPWP ini.

Menceritakan kebimbangan tentang gejala sosial yang telah keterlaluan, khususnya di kalangan anak-anak  dewasa ini, beliau menjelaskan semua 20 keluarga pendokong sepakat untuk berusaha keras mewujudkan sampel atau prototaip masyarakat penyayang di kalangan keluarga dan anak-anak sebagai contoh kepada masyarakat dunia. Apa yang ingin ditonjolkan ialah betapa penting menyediakan masyarakat yang selamat untuk menjadi tempat anak-anak bergaul, hidup bekerjasama, tolong menolong dan berkasih sayang, tanpa mengira agama dan warna kulit.

Inilah amalan konsep 1Malaysia yang telah dijadikan prinsip asas oleh RPWP sejak awal penubuhannya. Alhamdulillah konsep 1Malaysia yang diamalkan telah diterima baik oleh masyarakat bukan Melayu. Ini dibuktikan melalui mesej yang diterima, dan komen-komen di facebook, lawatan keluarga, Persatuan, Sekolah-sekolah bukan Melayu bahkan syarikat-syarikat persendirian bukan Melayu ke RPWP atau menjemput RPWP ke tempat mereka.

Anak-anak yang terdidik dengan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang mantap tidak akan mudah terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial, gangguan anasir jahat seperti polemik perkauman, perbezaan agama, perbezaan fahaman politik, pelbagai ajaran sesat dan sebagainya. Generasi yang berilmu dan berprinsip dalam hidup akan sentiasa tenang dan yakin, tidak mudah terpengaruh untuk melakukan keganasan, melakukan demonstrasi, adu domba dan menambahkan kekalutan atau huru hara dalam masyarakat.

Anak Permata Negara

Anak Permata Negara

Beliau turut menampakkan contoh paling ketara dalam majlis itu, bagaimana anak-anak mengikut jejak ibu bapa yang dilihat sentiasa berkorban masa, wang ringgit, bergotong royong seperti sebuah keluarga dalam kerja-kerja kebajikan.

Beliau mengambil contoh seorang anak RPWP yang mewakafkan hadiah kemenangan tempat pertama di Peraduan Seni Khat Seluruh Nusantara anjuran Utusan Malaysia berjumlah RM2000 kepada RPWP baru baru ini. Anak yang sama turut dijemput oleh pihak Utusan mengetuai 4 anak Prihatin dalam pertandingan Agro-Race di Melaka dan memenangi tempat kedua. Sekali lagi mereka berempat sepakat untuk menyerahkan hadiah tunai RM1500 kepada RPWP secara spontan. Kedua-dua contoh ini memberikan kejutan kepada pihak WP, pihak Utusan, pihak Sekolah dan Skill-tech Institute yang menjadi penganjur pertandingan.

 

Sumbangan dan Peranan Kerajaan

Ditanya mengapa tidak meminta peruntukan dari geran kebajikan yang disediakan kerajaan, Dr masjuki menjawab, RPWP harus akur dengan persyaratan kerajaan yang hanya akan mendaftarkan Rumah Kebajikan seumpama ini setelah prasarananya sempurna sedangkan RPWP masih dalam proses pembesaran yang memakan masa agak lama. Walaupun setuju dengan alasan itu, tetamu VIP berpendapat kerajaan, khususnya YAB Perdana Menteri melalui isterinya yang juga penaung PUSPANITA dan Dato’ Seri Shahrizat selaku Menteri yang berkenaan seharusnya dimaklumkan tentang usaha murni dan kejayaan RPWP yang telah dicapai setakat ini. Mereka turut bertekat akan menyampaikan berita ini kepada pihak-pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sumbangan Dihulur Kkepada RPWP

Sumbangan Dihulur Kkepada RPWP

Sebelum majlis berakhir, pihak PUSPANITA turut menyampaikan sumbangan berupa tunai dan Cek dari wakil jabatan-jabatan yang hadir. Semua tetamu yang hadir di jamu dengan makan tengahari ala kampung dan mengambil peluang melawat seluruh kompleks RPWP dalam 2 kumpulan sebelum berangkat pulang.

Kepiluan tidak dapat ditahan apabila ada di kalangan tetamu yang hadir menitiskan airmata semasa lawatan di sekitar kompleks RPWP. Perasaan sayu dan pilu menyelubungi seluruh warga RPWP ketika menyaksikan kepulangan mereka. Jalinan kasih sayang dan kesyahduan tidak dapat digambarkan, khasnya sewaktu melaungkan selawat mengiringi keberangkatan pulang kumpulan terakhir yang menaiki bas jabatan. Dua pegawai keturunan Cina yang turut hadir turut tidak dapat menyembunyikan kepiluan dan berulangkali berjanji untuk datang semula bersama keluarga mereka.

Hanya tuhan saja yang tahu betapa besarnya kegembiraan dan kesyukuran yang terbit dari lawatan ini. Apa pun seperti biasa, sama-sama kita serahkan kepada Allah segala pujian dan menerima hakikat masih banyak yang harus di perbaiki, dari kelemahan peribadi masing-masing. “Tak dapat saya fikir masih ada insan yang sanggup menyerahkan seluruh harta mereka dan berkorban sebegini rupa untuk kerja kebajikan seperti ini..” adalah antara ungkapan yang tidak putus-putus keluar dari bibir beberapa dari kalangan tetamu dan VIP yang hadir.

Lapuran ini tidak sekali-kali akan dapat menggambarkan suasana sebenar sehingga anda melihat sendiri album gambar yang dimuatkan di Facebook WP atau di album gambar web www.prihatin.net.my

Alhamdulillah.

 

WARGA PRIHATIN – prihatin@live.com

Comments (9) Dec 22 2009


Love visit to RPWP by Mr. Yong, Ms. Kimberly & Family

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , , , , , ,

WARGA PRIHATIN – Sunday, 29th November 2009

KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN.

Ketibaan Mr Yong dan Ms Kimberly disambut oleh WP dengan kasih mesra.

Kimberly and her family have been warmly welcomed by 65 kids and 20 co-founders of RPWP

Love is all about Warga Prihatin and it main principle. Kimberly is one of the core personnel behind the international business in wedding publication brand, WeddingbyEternal.Com. At her young age,  she already become a prominent figure throughout Singapore and Malaysia. Nevertheless, it doesn’t restricted herself and her family (including her child) to pay some attention to the underprivileged people in Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Her visit began from 1.00pm today and lasted for almost 3 hours. Kimberly and her family have been warmly welcomed by 65 kids of Rumah Pengasih Warga Prihatin with a salawat. They also been greeted by 20 family leaders acted as the co-founders of Rumah Pengasih Warga Prihatin itself.

In line with 1Malaysia spirits, we never differentiate people by races. We treated everyone who come to our house with full of VVIP protocol even if they just come for a simple visit. First words came out from Kim’s mouth was…

“Don’t do like this lah, make it informal… I’m not VIP” We did answered… “No matter who you are, whoever visited this house will be treated not as VIP but as VVIP”

We, at Rumah Pengasih Warga Prihatin glad to meet the whole family at our humble house. We do hope the love bond between Kim’s family with Warga Prihatin’s family will bloom more and more in the future.

Warm regards.

KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN.

 

WARGA PRIHATIN – Ahad Nov 29, 2009

Mr Yong turut meneliti Karya Khat yang dimenangi oleh Mohd Abid, mengalahkan 6000 hasil karya lain dalam pertandingan seni Khat Seluruh Nusantara Anjuran Utusan Malaysia 2 minggu lepas.

Mr Yong turut meneliti Karya Khat yang dimenangi oleh Mohd Abid, mengalahkan 6000 hasil karya lain dalam pertandingan seni Khat Seluruh Nusantara Anjuran Utusan Malaysia 2 minggu lepas.

Terpikat dengan aktiviti Warga Prihatin, Mr. Yong , Ms. Kimberly & keluarga datang menziarahi Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) dan disambut dengan kasih mesra tanpa dibatasi warna kulit dan perbezaan agama oleh seluruh pendokong RPWP dan kira-kira 65 orang anak-anak Warga Prihatin petang tadi.

“Apa yg boleh saya bantu untuk menjayakan Aktiviti Warga Prihatin?”, “Saya pasti akan datang lagi minggu depan..!”, “Saya kagum dengan usaha kalian..!”, “Kalian memang luarbiasa tetapi real (bukan golongan retorik) bagi saya…!”, “saya harus belajar dari kalian erti kebajikan dan kasih sayang..!” dan macam-macam lagi ungkapan keramat yang mereka lontarkan.

Alhamdulillah, ini semua bolehlah dijadikan bukti bahawa perbezaan bangsa dan agama bukan halangan untuk hidup berkasih sayang di bumi Allah ini.

Sementara itu, En Huzir, penyumbang komputer yang datang dari Kedah bersama anak isteri dan berada di sini sehari sebelumnya turut sama memberikan penerangan tentang Makmal Komputer anak-anak.

Apabila diberitahu yang seluruh pembiayaan pembinaan dan pengurusan RPWP adalah hasil sumbangan hanya 20 keluarga yang berganding bahu sejak awal dulu, tiba-tiba satu lagi ungkapan yang mengejutkan terpacul dari bibir Kimberly… “Saya wonder dengan dunia ini, orang yang tidak ada banyak duit sangat pemurah untuk menyumbang wang ringgit, masa dan tenaga bagi melaksanakan kerja kebajikan seperti ini. Semakin kaya seseorang itu, semakin berkira dan kedekut jadinya, tidak kira apa bangsa sekalipun” kata beliau…, Subhanallah.

Begitu juga ungkapan Surasani A/P Subramani yang menyumbang makanan untuk  bekalan Warga Prihatin ke Melaka Minggu Lepas. Beliau asyik bertanya, ” masih ada lagi kah di dunia ini, orang  yang sanggup serah semua harta, masa dan tenaga dia untuk kebajikan seperti ini..?” katanya.

Apabila menyentuh tentang masalah perkauman di negara ini, Kimberly berkata “Saya suka prinsip WP yang tidak membezakan kaum. Bagi saya, polarisasi kaum ini kerja pemimpin atasan untuk menjaga kepentingan politik sempit mereka. Hasilnya adalah jenayah dan pergaduhan yang menjadi-jadi. Yang jadi mangsa adalah rakyat biasa, sebab penjenayah tak rompak rumah pemimpin yang ada bodyguard, rumah berpengawal dan bila berlaku rusuhan ada FRU jaga” katanya bersungguh-sungguh.

Subhanallah. Cukuplah kesedaran masyarakat pelbagai kaum ini sebagai hadiah yang menyenangkan kepada usaha mengenengahkan kemurnian Islam, melalui konsep kasih sayang yang diusahakan oleh WP. Dalam diam-diam, ada rupanya golongan yang memandang baik usaha WP, yang tidak pernah mengharap balasan selain dari keredaan tuhan dan berkongsi kebaikan sesama manusia selama ini.  

 “Saya merasakan tidak mustahil selepas ini akan bertambahnya kunjungan daripada pelbagai kaum atau bangsa ke RPWP” komen Mohamad Hakimi Tew Abdullah di Facebook Warga Prihatin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke atas keluarga Yong yang sudi datang memberikan sokongan moral kepada WP. Kami tidak terasa rugi sedikitpun berhenti kerja sebentar utk menghormati kedatangan Mr Yong & Ms Kimberly. Biar apa orang kata, kami tetap gembira melihat penerimaan semua kaum dengan  pendekatan Kasih sayang yang kami usahakan.

WE LOVE ALL OUR FELLOW MALAYSIAN.

KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN.

Comments (6) Nov 30 2009


Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race.

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Pendidikan, Politik.
Tags: , , , , , ,

Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race.

Kumpulan Prihatin Yang Diketuai Abid Menang Tempat Ke2 Agro-X-Race. Klik untuk ke galeri foto

 

WARGA PRIHATIN – Nov 21, 2009

Program AGRO X-RACE anjuran bersama Institut Skill-Tech dan Utusan Melayu, telah berlansung dengan jayanya pada hari Sabtu, Nov 21, jam 9am – 2pm di cawangan Durian Tunggal. Seramai 400 Pelajar Sek Men seluruh negara mengambil bahgian sempena Program Seni Jawi Nusantara Terbesar yang dianjurkan buat pertama kalinya ini. Ketua Menteri Melaka, YAB Dato’ Seri Mohammad Ali Rustam telah hadir di majlis penutup dan penyampaian hadiah jam 1.30 petang.

 

Alhamdulillah, walaupun hanya menerima jemputan turutserta dalam pertandingan ini sehari sebelumnya, tanpa persediaan sama sekali, malah semalaman para peserta tidak tidur sebelum perlumbaan itu kerana membantu rakan-rakan membuat persiapan pameran dan lain-lain, kumpulan Anak-anak Warga Prihatin yang diberi nama `Kumpulan Prihatin’ ini telah berjaya memenangi tempat ke 2 dan membawa pulang hadiah tunai RM 1500 dan hamper.

Kumpulan ini terdiri dari Mohammad Abid Masjuki selaku ketua kumpulan, Syafaat Bin Mohamad Yazid, Jazreen Bin Johari dan Mohamad Afiq Bin Baharuddin. Mereka hanya tertinggal tidak sampai 1 minit dari pemenang pertama ke garisan penamat, berbanding dengan perbezaan 15 ke 30 minit antara kebanyakkan pemenang2 peserta yang lainnya.

Amatlah mengharukan apabila semua anak-anak yang terlibat dalam pertandingan, sekali lagi mewakafkan semua wang hadiah RM1,500 untuk perbelanjaan mengurus dan membangun Rumah Pengasih Warga Prihatin. “Kami bertanding atas nama Prihatin, bukan atas nama peribadi” kata mereka bersahaja semasa diminta berucap dalam majlis ringkas meraikan kejayaan dan penyerahan Wang Hadiah dari mereka. Seluruh Warga Prihatin menerimanya penuh kesyukuran dan bangga dengan jatidiri dan keperihatinan anak-anak ini.

Pengetua Warga Prihatin, Dr Hj Masjuki Musuri, para Pengurusan, para pendokong dan seluruh penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin turut hadir bagi memenuhi jemputan khas Pengerusi Executive Skill-Teck yang datang sendiri Ke Rumah ini di Kajang dan dari pihak Utusan yang menjemput melalui panggilan talipun. Di samping memberisokongan moral kepada anakanda Mohammad Abid – Icon Remaja kita bersama 3 lagi anak Prihatin yang dijemput khas menyertai pertandingan itu, kami juga turut mengambil peluang berekreasi bersama keluarga di samping memeriahkan suasana dan memberikan sokongan moral terhadap usaha murni Utusan dan Skill-Tech memartabatkan seni Jawi Warisan Melayu.

Kepada semua yang telah menunjukkan minat bagi mendapatkan maklumat semasa melawat gerai pameran RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Semuga anda mendapat sedikit sebanyak hidayah bagaimana kaedah Islam yang tepat perlu digunapakai untuk membangun keluarga, membina akhlak dan jati diri anak-anak hasil dari perkongsian maklumat dengan Warga Prihatin di pameran itu.

Sokongan moral dan perkongsian pengalaman dari anda, serta kejayaan demi kejayaan yang ditunjukkan oleh anak-anak Warga Prihatin benar-benar telah menaikkan semangat Warga Prihatin untuk terus berbakti dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh.  Segala puji bagi Allah jua. Alhamdulillah.

Kumpulan Prihatin yang diketuai Abid Menang Tempat ke2 Agro-X-Race.Sila Klik Tajuk untuk membaca berita di utusan.

400 pelajar sertai AgroXRace Utusan Melayu Mingguan

dn_34_1

Aktiviti sekitar Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di Durian Tunggal, Melaka, kelmarin.

  

 

ALOR GAJAH 22 Nov. – Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di sini berjaya menarik kira-kira 400 penyertaan daripada pelajar sekolah menengah antaranya dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pertandingan tersebut merupakan komponen kedua penganjuran Pertandingan Seni Jawi Nusantara yang berlangsung sepanjang September lalu dan disertai 6,000 pelajar dari seluruh negara.

Berlangsung di Institut Skill Tech, Durian Tunggal di sini, pertandingan AgroXRace yang julung kali diadakan tahun ini berkonsepkan pencarian harta karun berasaskan produk pertanian dengan berpandukan tulisan jawi.

Selain bertujuan mengisi cuti persekolahan pelajar, pertandingan itu turut menekankan ketahanan minda dan fizikal pelajar serta memantapkan semangat berkumpulan di kalangan mereka.

Empat pelajar terbahagi kepada 80 kumpulan dan perlu mengatasi rintangan 10 kawasan dengan berpandukan tugasan dalam tulisan jawi yang berkaitan aktiviti pertanian seperti memindahkan ikan, membentuk origami haiwan, mengeja nama haiwan dan makan sayur peria.

Pada pertandingan itu, Kumpulan Al-Ehsan berjaya merangkul tempat pertama dengan catatan masa sejam 32 minit mengatasi Kumpulan Prihatin dengan masa satu jam 33 minit manakala tempat ketiga iaitu Islamic Desa dengan masa satu jam 50 minit.

Kumpulan Al-Ehsan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hamper manakala tempat kedua wang tunai RM1,500, hamper dan tempat ketiga menerima wang tunai RM1,000 dan hamper.

Selain itu, 17 pasukan lain menerima hadiah sagu hati berupa hamper manakala sembilan kumpulan lain turut menerima hadiah khas yang disediakan oleh pihak penganjur.

Semua hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dengan diiringi Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek dan Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusuff.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan acara sehari itu antaranya jualan gerai buah-buahan, demonstrasi mencipta produk makanan berasaskan bahan agro, pertandingan kanak-kanak, pameran pertanian dan demonstrasi rawatan rambut.

Sementara itu menurut Nordin, pihaknya tidak menyangka penganjuran AgroXRace bersama akhbar Utusan mendapat sambutan amat menggalakkan apabila 800 penyertaan diterima di peringkat awal.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian penyertaan terpaksa ditolak memandangkan kapasiti Institut Skill-Tech yang seluas kira-kira 13 hektar hanya mampu menampung penyertaan seramai 400 pelajar.

 Kumpulan Prihatin yang diketuai Abid Menang Tempat ke2 Agro-X-Race.

Swasta digalak anjur program tulisan jawi

 

JawiMelaka (393)

Pengetua & Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr Masjuki mengambil peluang bermesra dengan anak-anak dan Warga Prihatin sewaktu berbaris menyambut ketibaannya.

ALOR GAJAH 21 Nov. – Penglibatan golongan korporat dan swasta amat diperlukan dalam usaha untuk memartabatkan tulisan jawi di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sekiranya golongan itu kurang menyerlah dan lebih gemar ‘berpeluk tubuh’, usaha kerajaan untuk memartabatkan tulisan jawi akan sia-sia.

Beliau berkata, sekiranya tiada pendekatan serius diambil dalam soal itu, tidak mustahil tulisan jawi bakal pupus ditelan zaman.

“Jika sudah ada usaha yang diambil sekarang ini pun, ia seperti melepaskan batuk di tangga sahaja, tanpa memberi sebarang kesan jangka panjang untuk masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di sini hari ini.

Seramai 400 pelajar sekolah menengah dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur termasuk Melaka menyertai program sehari itu yang buat pertama kali dianjurkan pada tahun ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek dan Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusuff.

Sehubungan itu Mohd. Ali berkata, kerjasama Kumpulan Utusan dan Institut Skill-Tech menganjurkan pertandingan jawi melalui Seni Jawi Nusantara dan AgroXRace wajar dicontohi oleh pihak swasta lain.

Beliau berkata, ia bertujuan mengerakkan usaha memartabatkan tulisan jawi di kalangan generasi muda dengan lebih berkesan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita sentiasa menyokong usaha pelbagai pihak dalam menganjurkan program tulisan jawi dan mahu usaha ini diteruskan pada masa depan demi memartabatkan tulisan jawi,” katanya.

Bagi tujuan itu juga, kata beliau, kerajaan negeri bercadang untuk memasukkan program pertandingan AgroXRace di Institut Skill-Tech, Durian Tunggal di sini, dalam kalendar pelancongan negeri.

“Kita dapati banyak faedah boleh diperolehi melalui program ini kerana selain pelajar dapat menguasai tulisan jawi, mereka juga berpeluang mengenali lebih dekat ilmu pertanian di Skill-Tech yang boleh dianggap sebagai produk pelancongan agro,” katanya.

Klik Link ini untuk melihat foto album berkaitan. Kira-kira 150 gambar-gambar menarik hasil sentuhan jurugambar antarabangsa, Dato’ Saiful Nang dan Mohammad Dinie dari  jenama Candid Syndrome (The Colours of Asia Sdn Bhd) akan di upload apabila talian internet yang sangat perlahan ketika ini kembali pulih. Anda pasti tertarik dengan gambar-gambar yang sangat journalistik itu.

Comments (3) Nov 23 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 129

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress