Mengapa pemain bolasepak negara lemah?

Posted: under Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Pendidikan, Politik, Uncategorized.

Persoalan pada tajuk itu sudah cukup menarikkan? tajuk yang cukup panas dan mungkin juga kontraversi. Tapi pada masa ini, artikel ini juga ditujukan kepada semua yang mengambil pelajaran. Cuma pada kali ini, subjeknya ialah pemain bolasepak negara. Semasa menulis artikel ini, kira-kira baru sahaja beberapa hari lepas Liverpool membenam Manchester United dengan kekalahan paling teruk dalam liga Inggeris musim ini dengan kemenangan 4-1 kepada Liverpool.

Menonton sahaja pun sudah dapat kita lihat pelajaran besar yang tiada dalam pasukan negara. Sebelum lebih lanjut lagi, biar saya nyatakan bahawa Islam itu indah dan luas sehingga soal bolasepak ini pun boleh dimuatkan sekiranya ada pelajaran yang boleh orang lain ambil bagi mensejahterakan mereka. Berbalik kepada isu lemahnya pemain bolasepak negara, biar saya nyatakan inilah masalah yang utama;

  1. 11 pemain 11 semangat, 11 arahtuju, 11 haluan, 11 azam yang berlainan.
  2. Bermain kerana imbuhan berbentuk Reward Motivation yang bersifat sementara
  3. Keseragaman (sawasiah) dalam berpasukan.

Banyak lagi sebenarnya, tapi biarlah saya huraikan yang 3 ini dahulu. Yang pertama tentang halatuju dan matlamat yang berbeza-beza. Kita kembali kepada zaman Allayarham Mokhtar Dahari (Supemokh) yang menjadi legenda bolasepak negara sehingga sekarang. Begitu juga dengan mendiang David Arumugam semasa liga Semi-Pro dahulu. Kalau dah namanya Semi-Pro, kebanyakan mereka sebenarnya bermain bolasepak secara sambilan dan bergaji rendah. Tetapi semangat mereka berlawan semuanya dalam 1 kesatuan yang kuat. Mereka bermain untuk negara dan bukan untuk peribadi. Allayarham Mokhtar Dahari berjogging dari Puchong ke FAM (Kelana Jaya) setiap hari pergi dan balik latihan setiap petang dan juga kadangkala dengan motorsikal Honda Cupnya. Pemain kita sekarang, bermain atas kemewahan dengan gaji ribuan ringgit dan berkereta mewah serta gayahidup yang hebat. Tetapi malangnya, ia tidak sehebat kerjanya. Pemain bolasepak Manchester United dibayar gaji pada kadar tidak kurang 50,000 pound seminggu dan mereka di berikan FEAR MOTIVATION sekiranya tidak bermain dengan baik untuk 1 atau 2 perlawanan, mereka berkemungkinan akan direhatkan atau lebih teruk lagi diberhentikan kontraknya. Jadi wajar juga sekiranya mereka bermati-matian kerana faktor wang. Bila dibanding era Mokhtar Dahari dan era sekarang, pastinya soal duit tidak timbul dahulu. Tetapi lebih kepada semangat patriotik yang tinggi dan jitu yang membawa kemenangan mereka sehingga ke peringkat piala Asia.

Cerita tentang gaji pemain Manchester United, tersentuh pula sebab ke-dua iaitu kerana mereka bermain kerana reward. Itu yang berlaku apabila mereka lemah dalam perlawanan antarabangsa disebabkan kerana bayaran yang sedikit. Dalam kata lain, mereka tidak IKHLAS dalam bermain. IKHLAS tidak bermaksud ia percuma dan tak perlu dibayar. IKHLAS itu dari perkataan Holas ataupun bermaksud berhabis-habisan. Diringkaskan cerita, pemain Malaysia tiada ciri-ciri itu. Sekiranya 1-2 orang yang mempunyai semangat itu pun, tetapi selebihnya tidak…pasukan ini tidak kaffah (menyeluruh) dalam membentuk semangat bertempur.

Keseragaman ini bukan sahaja dilihat pada pakaian luarannya. Tetapi kita boleh lihat sahaja kepada keseragaman disiplinnya. Lihat sahaja semasa line-up pemain pasukan pertama negara dengan pasukan Manchester United dalam perlawanan persahabatan di Bukit Jalil beberapa tahun yang lepas. Dalam line-up sahaja dah tahu siapa pemenang perlawanan. Manchester United dengan barisan pemain yang berdiri tegak dan mata terarah pada SATU HALA sahaja. Menunjukkan betapa mereka mengimpikan tidak lain hanyalah kebenangan yang satu. Camera tertumpu pula kepada pemain Malaysia yang terlompat-lompat dalam barisan, baru lah tengah padang nak stretching dan buat warm-up.

Kalau saya bawa balik semula kisah perang Iskandar Zulkarnaen ratusan tahun dahulu, sepatutnya itu dijadikan pelajaran bagaimana musuh kalah sebelum bertempur hanya dengan kawad hentak kaki yang serentak oleh ribuan tentera Iskandar yang menggegar bukit dan gunung. Belum tengok kelibat tenteranya lagi, musuh sudah kecut perut dan 50% roh mereka telahpun terkorban hanya mendengar hentak kaki itu sahaja.

Sebanarnya boleh panjang lagi artikel ini. Tapi buat masa ini, cukuplah ini sebagai renungan bagaimana kita boleh mengambil aplikasi pada diri sendiri dahulu. Don’t judge a book by it cover itu adalah falsafah mat saleh yang sebenarnya pada pandangan Islam, kecantikan itu harus diperlihatkan luar dan dalam secara kaffah. Bukan dalam sahaja baik, luarannya teruk. Luaran manifestasi peribadi dalaman.

Renung-renungkan

SN


Comments (13) Mar 19 2009


Lawatan Amal ProStar Klang & Mahasiswa Unisel ke Rumah Pengasih Warga Prihatin

Posted: under Akhbar, Aktiviti Prihatin, Dakwah, Jenayah/Sosial, Mesej Admin, Pendidikan, Uncategorized.

14 Februari yang lepas, tatkala ramai pasangan bercinta meraikan hari Valentine berkiblatkan barat, seramai 43 orang anak-anak dari golongan mahasiswa Universiti Selangor dibawah platform Prostar (NGO di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) datang ke Rumah Pengasih Warga Prihatin bagi meraikan KASIH SAYANG bersama kami.

Alhamdulillah, ukhwah terjalin bersama semua peserta walaupun kebetulan pada hari itu, jatuh pada sesi persekolahan gantian kepada kesemua anak-anak warga prihatin. Aktiviti bermula dengan sedikit taklimat daripada tuan rumah dan juga penganjur program, sehinggalah kepada taklimat tentang HIV. Kemudian kumpulan dibahagikan kepada beberapa pasukan yang semuanya kemudian menjalankan aktiviti kemasyarakatan secara bergotong royong. Antaranya ialah menolong proses pembinaan, menyapu serta membersihkan persekitaran dan juga memasak.

Kami juga berbesar hati menerima kira-kira 5 orang peserta berketurunan India bersama dalam program ini. Di Prihatin, tiada konsep perkauman, keakuan ataupun yang dinamakan Asobbiyah (berpuak-puak). Manusia dijaikan Allah berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenali dan berkasih sayang antara satu sama lain. Bukannya untuk berperang-perangan. Dijelaskan oleh pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Ayahanda Dr. Hj. Masjuki Musuri, bahawa BUKAN ISLAM JIKA ASOBIYYAH (Petikan sabda RasulAllah). Tidak berdiri Prihatin ini dengan perkauman malah berdirinya ia kerana KASIH SAYANG sesama manusia tanpa mengira bangsa.

Terlanjur berkata tentang sokongan semua bangsa tanpa pemisahan warna kulit dan fahaman agama, kami ingin merakamkan terima kasih kepada Saudara Haji Baharuddin dari Jakarta yang telah menyalurkan sumbangan peribadinya sebanyak RM1,000 dan juga terima kasih kepada Saudara Hizkal & Saudara Hafiz, dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang turut memberikan sumbangan tanpa mengira sempadan geografi.

Message utama pada lawatan ini ialah bagaimana kita perlu mempraktikkan KASIH SAYANG dan bukannya KASIHAN. Ada terlalu banyak bezanya antara kasih sayang dan kasihan. Yang paling utama ialah, Kasih Sayang ini bersifat utuh sementara kasihan itu bersifat rapuh dan sementara. Contohnya, sekiranya kita kasihankan bapa kita yang telah pikun (nyanyuk), lama kelamaan perasaan kasihan itu akan luntur dan akhirnya ke Rumah Orang-orang Tua juga destinasi akhirnya. Tetapi sekiranya kita jaga atas dasar Kasih Sayang, pasti…sehingga ke akhir hayat, ia mati dipangkuan kita.

Seperti feedback yang diberikan oleh salah seorang mahasiswa yang hadir, beliau mengatakan rumah ini dipenuhi kasih sayang. Ya, itulah teras kepada rumah kami. Bukan besi dan kayu itu yang memperkuatkan rumah kami, tetapi kasih sayang kami yang dapat mendirikan dan memperkuatkan rumah ini walau apapun cabaran dan dugaannya. Walaupun kesemua kami disini terpaksa berhabis-habisan tetapi semuanya dibuat kerana kasih sayang. Kasih sayang kita kepada manusia dan lebih penting lagi, kasih sayang kita kepada Allah.

Comments (6) Feb 17 2009





>

Login






Lost password?

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories


Recent Posts


Recent Comments


Archives


Blogroll


StatPress

Visits today: 140

  • Log in
  • Valid XHTML
  • XFN
  • WordPress