Video

 

Video ini mendapat markah TERTINGGI dalam kelas. Mengapa agaknya? Anda hanya boleh menilai sendiri setelah menonton sampai ke hujung. visualnya, latar musiknya dan yang penting isi wawancara nya.

 

Ini adalah projek Tugasan Kajian seorang Pelajar IPT yang mengupas Falsafah pembinaan keluarga & masyarakat Madani, dipadankan dengan Falsafah di sebalik pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang, Selangor. Bagaimana kajian tentang kaedah pembinaan, teknologi, pemilihan & cara adunan bahan terbuang atau terpakai dikaitkan dengan kajian siasah pembangunan ummat manusia secara saintifik, secara Biologi, Psikologi & sosiologi.

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

Suasana Takbir Raya Aidilfitri yang terlalu indah, shahdu dan memberi kesan di hati sanubari setiap insan yang mencari Redho Allah, MARTHOTILLAH. Hampir sahaja Takbir ini tidak dapat dihabiskan kerana terlalu SEBAK. Terlalu sukar digambarkan perasaan bagi sesiapa yang berada dalam majlis Takbir Raya ini.

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

Surat Seorang Ibu, diarahkan oleh Warga Prihatin dan dilakonkan oleh Warga Prihatin juga. Sebagai 1 mesej kepada umum tentang ibu.

Kisah garapan Warga Prihatin melalui produksi video terkenal, CandidSyndrome untuk Hari Raya 2012.

[fb-e url=“ https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/175159355838069/”]