Video

image_pdf

Video ini mendapat markah TERTINGGI dalam kelas. Mengapa agaknya? Anda hanya boleh menilai sendiri setelah menonton sampai ke hujung. visualnya, latar musiknya dan yang penting isi wawancara nya.

Ini adalah projek Tugasan Kajian seorang Pelajar IPT yang mengupas Falsafah pembinaan keluarga & masyarakat Madani, dipadankan dengan Falsafah di sebalik pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang, Selangor. Bagaimana kajian tentang kaedah pembinaan, teknologi, pemilihan & cara adunan bahan terbuang atau terpakai dikaitkan dengan kajian siasah pembangunan ummat manusia secara saintifik, secara Biologi, Psikologi & sosiologi.

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

Suasana Takbir Raya Aidilfitri yang terlalu indah, shahdu dan memberi kesan di hati sanubari setiap insan yang mencari Redho Allah, MARTHOTILLAH. Hampir sahaja Takbir ini tidak dapat dihabiskan kerana terlalu SEBAK. Terlalu sukar digambarkan perasaan bagi sesiapa yang berada dalam majlis Takbir Raya ini.

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

Surat Seorang Ibu, diarahkan oleh Warga Prihatin dan dilakonkan oleh Warga Prihatin juga. Sebagai 1 mesej kepada umum tentang ibu.

Kisah garapan Warga Prihatin melalui produksi video terkenal, CandidSyndrome untuk Hari Raya 2012.

4 Comments

  1. Ummu Aiman

    Salam. I applaud your efforts for all you have done for these children. In Sha Allah, looking at how your group of 20 has done it, others might do the same…

    You have started it, we will follow. Alhamdulillah…

    Reply
  2. Fadlinah Saban

    Alhamdulillahirabbila’lamin..satu konsep yang wajar di praktikkan dalam keluarga…suka dengan konsep salam, izin dan maaf…terimakasih perkongsian video yang berkesan…sebagai pendidik saya juga menggunakan video2 sebegini untuk menjentik pemikiran pelajar-pelajar saya…terimakasih sekali lagi…Semoga segala yang dilakukan mampu memupuk generasi yang bukan sahaja berilmu malah berjiwa besar…

    Reply
  3. Fatin

    Subhanallah. Sangat kagum dgn usaha pengasas2 RPWP. Boleh tak kalau saya nak jadi sebahagian dari RPWP? Teringin nak bersama2 insan2 Mulia dalam RPWP. Berkongsi ilmu, menyumbang tenaga atau apa yang semampunya. Terasa diri sangat banyak kekurangan.

    Reply
  4. Hamidah Ahmad

    sungguh terharu dan menyayat hati…

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *