LIPUTAN MAJLIS 16 SEPT RPWP DI ‘NONA’ TV3

Peraturan baharu selesai isu cermin gelap

Peraturan baharu selesai isu cermin gelap
 
  • Peraturan baharu selesai isu cermin gelap

KUALA LUMPUR – Pengenalan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyelesaikan isu cermin gelap yang timbul selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd, Paul Tan.

Paul, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org, berkata dengan pengenalan peraturan baharu ini, tahap keselamatan kenderaan dapat ditingkatkan serta pemandu dan penumpang akan berasa lebih selesa.

“Kita tidak dapat pastikan bahawa peningkatan cermin gelap akan mengurangkan jenayah, tetapi sebarang langkah yang berpeluang meningkatkan tahap keselamatan ke atas sesebuah kenderaan adalah baik,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata pada masa sama, peraturan baharu ini akan lebih memberi keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang kerana mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu siang.

Pengenalan peraturan baharu ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan keperluan keselamatan terutamanya untuk pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, katanya.

Semalam, JPJ mengumumkan akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Beliau berkata, kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Dr Tam Weng Wah berkata keputusan penetapan kadar cermin gelap itu diperoleh hasil perbincangan antara pihak terlibat dalam Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan yang berlangsung Jun lepas.

“Dari segi signifikannya, penetapan kadar cermin gelap ini dibuat berdasarkan permohonan daripada pengguna selain mengambil kira faktor keselamatan,” katanya.

Beliau berkata penetapan terbaharu ini adalah keputusan terbaik yang dapat dicapai dan sebarang maklum balas yang diterima selepas ini masih lagi boleh dipertimbangkan pihak JPJ untuk memperbaiki kelemahan di masa akan datang. – Bernama

BERKORBAN DEMI AMANAH ALLAH – TV Al-Hijrah 24-9-2014

JALAL KOMPANG EVENT BERKENAN DENGAN MAJLIS RPWP

NC RECORD AKAN IKUT REWANG & MULAKAN PERSEMBAHAN SEHARI LEBIH AWAL

KAYANGAN GALLERY MEMENANGI TENDER ‘PERCUMA’

PasMA bukan ‘Projek Langgar Hadi’

PasMA bukan ‘Projek Langgar Hadi’ – Phahrolrazi [TONTON VIDEO]
Pada 09-09-2014 01:09
Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

Post Pic

KUALA LUMPUR: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pertubuhan bukan kerajaan itu bukan kesinambungan terhadap ‘Projek Langgar Hadi’ yang heboh diperkatakan pada Jun lalu.
Presidennya Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi ketika menjadi panel di dalam forum ‘PAS campur Umno: Ke mana hala tuju?’ yang diadakan malam tadi turut menolak dakwaan penubuhan PasMA bertujuan mengubah barisan kepimpinan parti Islam itu pada pemilihan akan datang.
“Saya menolak dakwaan bahawa PasMA bertujuan ‘langgar presiden’, untuk jatuhkan beliau. Itu bukan kerja kita. Kita kerja bukan nak pergi mengundi dalam muktamar PAS, kecuali orang itu jadi perwakilan.
“Jatuh bangun presiden dan jawatankuasa adalah kerja perwakilan muktamar PAS. Bukan kerja NGO. Orang luar tidak boleh buat apa-apa, terpulang kepada perwakilan.
“Kami tidak bekerja untuk menentukan kepimpinan PAS, PKR dan DAP. Itu hak perwakilan,” katanya dalam forum itu.
Phahrolrazi dalam pada itu mengakui tindakan PAS akhir-akhir ini tidak menunjukkan mereka mahu terus bersama PR.
Ia dapat dilihat melalui ketidakbersamaan mereka dalam beberapa isu semasa, termasuklah konflik menamakan calon Menteri Besar Selangor.
“Kadang-kala kita melihat penegasan yang dibuat PAS kita akan sentiasa bersama Pakatan tetapi dalam tindakan kita rasa tidak berapa jelas.
“Memang kita tidak boleh nafikan dalam konteks persaingan mesti ada agenda Umno untuk melemahkan PR. Kita tidak boleh nafi. Ini persaingan dalam politik. Mesti ada jarum yang masuk ke dalam PAS dan mungkin sudah ada orang dalam PAS yang sudah mula terpengaruh,” katanya lagi.
Bagaimanapun, ujar Phahrolrazi, PAS akan menghadapi kesukaran sekiranya ia mengambil pendirian untuk keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat.
Ia disifatkan akan memberi kelebihan kepada Umno kerana rakyat sudah kehilangan gabungan alternatif.
“Kita tidak mahu PR runtuh akhirnya kita kembali kepada zaman 1950-an, 1960-an, 1970-an di mana hanya satu parti saja menguasai dan rakyat tidak ada pilihan. Adakah kita bersedia untuk kembali ke zaman itu.
“Politik yang sihat adalah politik di mana rakyat berpeluang membuat pilihan dan mereka yang diberi kuasa hendaklah bersedia dan ingat rakyat akan membuat pilihan dan menukar kerajaan,” katanya.
Beliau kemudiannya mahu PAS terus kekal bersama PKR dan DAP dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat.
PasMA yang pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan berkemungkinan akan menjurus menjadi sebuah parti politik.
Ia rentetan langkah drastik PAS menamakan salah seorang ADUN-nya sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu sekali gus memberi tamparan hebat kepada PKR yang sebelum ini beria-ia mahukan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat ke jawatan itu.
PKR dan DAP dikhabarkan akan menjadikan PasMA sebagai alternatif di dalam Pakatan Rakyat setelah kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut mahukan ahli partinya dicalonkan bagi jawatan kerusi panas itu.


ALL SYSTEMS GO FOR PASMA:

Pas committing suicide by working with UMNO

 

PAS members who are “eager” to work with Umno will have their political careers in the Islamic party cut short, and history attests to this, PAS central committee member Mujahid Yusof Rawa said yesterday.

Speaking at a forum organised by the newly formed NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mujahid categorically stated that PAS officially has no intention to work with Umno, despite widespread suggestions otherwise.

“I don’t deny there are forces from Umno who are trying to cause a split within PAS itself. But history shows that those who are trying to work with Umno would have their careers in PAS ended,” he told a hall packed to the brim at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese assembly hall.

Pro-Pakatan: Will reject S’gor MB post

PasMa is an NGO made up mostly of PAS members who want to ensure PAS stays with Pakatan Rakyat.

About 500 people, mainly from Pakatan parties, attended the forum, with some sitting on the floor to listen to panelists talk.

The forum marked the launch of a new movement within PAS that is clearly unhappy with the conduct of the party’s president Abdul Hadi Awang and other conservative leaders.

Hadi was previously reported to have tried to entice PKR deputy president Azmin Ali to be Selangor Menteri Besar and form a unity government in Selangor with Umno.

Mujahid, however, stressed that many “assumptions” have been made about the party and pleaded to the crowd that only its official stand should be counted.

“We had decided in the central committee meeting, for example, that we will reject the MB’s post if offered. Please listen to our official stand,” Mujahid said.

The Parit Buntar MP stated that “no one is infallible” and “the central committee cannot be undermined” despite repeated questioning from the floor on Hadi’s open defiance of the central committee decision by originally sending a list of only PAS members to the Selangor palace.

Palace action is ‘deviant’ from consistent practice

Meanwhile, constitutional expert Abdul Aziz Bari, who also sat on the panel at the PASMa forum, expressed his worry that if the Selangor palace continues to interfere in the process of choosing a new MB, there might be “no remedy.”

“You cannot bring this to court. What the palace is doing is deviant from the consistent practice,” he said.

Abdul Aziz, warned that if the palace opts for an MB who does not hold a majority in the state assembly, it could stand to face “embarrassment” if the appointed MB is voted out in a vote of no confidence.

“It would be an embarrassment to the palace. The sultan would then need to re-appoint the MB,” Abdul Aziz said.

No confidence vote but will the Palace care?

Abdul Aziz has done extensive research and written books on the Malaysian constitution before actively joining politics.

The other member of the panel for the night was PasMa president Phahrolazi Zawawi, a PAS assemblyperson in Kedah.

Phahrolazi stressed that at the moment, PasMa does not intend to be a political party and would remain as a NGO.

“PAS is saying that it remains committed to Pakatan Rakyat, but at the moment we are not seeing enough action to back this up,” he said.

State leaders identified, it’s all systems GO!

PasMa said that it had identified all the state leaders for every state arm as the movement gathers momentum, and the first liaison office is to be launched in Pahang.

The launch will ironically take place in Temerloh, Pahang, whose MP is PAS’ Nasruddin Hassan, a vocal supporter of Hadi. – Mkini

BUNGA TELUR & BUNGA RAMPAI – HIASAN & BUAH TANGAN MAJLIS PERKAHWINAN MELAYU ‘KLASIK’

ETIKA PAKAIAN UNTUK KREW REWANG MAJLIS RPWP 16 SEPTEMBER