Warga Prihatin

Status

Kami sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan akhlak serta pusat kajian pembangunan peradaban Islam moden yang dibangunkan sendiri oleh 20 pengasas secara bergotong-royong. Anak yatim dan asnaf yang terbiar menjadi subjek kepada kajian ini untuk kami cuba buktikan dengan Al-Quran & Sunnah mampu membentuk generasi yang hebat yang bakal menerajui dunia, InsyaAllah. Tujuan kami tidak lain hanya untuk melihat ketamadunan yang telah tersungkur menyembah bumi ini mampu dinaikkan dengan islah Akhlak Al-Karimah generasi yang terbentuk dengan acuan Quran & Sunnah.

Berita terkini kami update di Facebook Warga Prihatin. Silalah LIKE page kami untuk mendapatkan notifikasi apa saja yang kami uploadkan. bila kami ada masa baru kami transfer di blog ini. Kami juga menaja satu Page di Facebook bernama Koleksi Video & Posting TerbaikAnda juga boleh cadangkan posting atau video yang anda rasa wajar dikongsikan bersama folower yang lain. Silalah LIKE. Untuk menonton video kami anda boleh terus ke Channel YouTube VideoPrihatin.

Untuk mengetahui pelbagai perkhidmatan yang kami sediakan atas dasar Jualan & Perkhidmatan Amal  kami sila ke Prihatin Services di MENU Utama. Untuk membaca artikel kami di page ini, sila pilih di senarai artikel, samada mengikut susunan katagori atau mengikut paparan terkini. Semuga usaha kecil kami bermanfaat untuk andaWarga Prihatin

ADAKAH SEDEKAH ORANG ISLAM SAMPAI KEPADA YANG DIBANTU?

1519002_10152776715782786_5274907075745876159_oSEDEKAH – YANG MANA LEBIH ISLAMIK? Petang kelmarin, salah seorang dari pengasas RPWP menghadiri jemputan ceramah di Johor Bahru. Di dalam penerbangan, menggunakan Firefly beliau sembang panjang tentang modus operandi RPWP dengan penumpang di sebelahnya, seorang ‘somebody’. Beliau adalah insan yang sangat prihatin dan aktif dengan aktiviti kebajikan dan sukarelawan. Satu perkara yang telah lama terfikir oleh kami ini terpacul dari mulut beliau apabila beliau menyatakan kekecewaan tentang bantuan sedekah orang Islam dibandingkan dengan Kelab Rotary dan Lions. Mungkin ini agak kontroversi jika anda hanya baca sehingga ke perenggan ini. PERBANDINGAN ANTARA ISLAM DAN ISLAMIK Kami mahu bawa semua pembaca berfikir. Dalam artikel kami ramai yang tulis di ruang komen pengalaman pahit tentang penyelewengan sedekah. Di media juga tidak henti-henti pembongkaran kes-kes yang sama dan kami sendiri juga ada banyak pengalaman secara langsung. Anda juga mungkin terbaca kes penganiayaan terang-terangan yang menggunakan nama ‘derma dan kebajikan’ yang menimpa anak-anak kami baru-baru ini. http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/kisah-benar-hakikat-mengherdik-anak-yatim/?lang=en Islam itu yang terbaik dan ‘segala yang baik itulah Islam (selamat dan sejahtera)”. Fakta yang individu itu nyatakan ialah tentang bagaimana sedekah orang Islam jika datang dari tangan pemberi RM100, yang sampai kepada orang yang mahu kita bantu hanyalah sekitar RM10 sahaja. Selebihnya telah terbelanja di tengah jalan. Contoh mudah ialah pungutan sedekah itu sendiri. Sebahagian besar daripada kutipan itu akan menjadi komisyen mereka yang mengutip sedakah / zakat itu sendiri. Kadarnya pula agak tidak munasabah, tidak seperti konsep AMIL yang Nabi SAW tunjukkan (baca di hujung). Itu tidak termasuk kos pentadbiran yang sangat tinggi seperti penggajian ribuan pekerja, penyenggaraan bangunan, pembinaan pejabat, bayaran iklan publisiti dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang bermodal. Kemudian beliau bandingkan pula dengan institusi Rotary atau Lions Club. Mereka mengumpulkan Professional & Pemimpin-pemimpin syarikat dan organisasi di dalamnya. MENGAPA MEREKA PILIH PERSONALITI DARI GOLONGAN INI? Golongan ini sudah kecukupan. Mereka mempunyai dana sendiri yang cukup, mereka tidak perlukan komisyen atau upah untuk kerja mengutip derma dan melakukan kerja-kerja kebajikan. Mereka ini barulah boleh dipanggil sukarelawan yang benar-benar dipanggil sukarela. Kesemua mereka telah faham untuk menjalankan kerja sukarelawan ini dengan SEPENUH HATI dan bukan sekadar asal-asalan sahaja. Jika tidak, keahlian mereka boleh dikaji semula. Keahlian Rotary Club bukannya terbuka semudah-mudahnya. Keahlian tidak boleh berlaku jika tiada rekomendasi atau penajaan dari ahli sedia ada. Kata orang putih “Not any Tom, Dick & Harry” boleh menyertai pertubuhan ini. Itupun, mereka berjaya mengumpulkan keahlian seramai 1.22 Juta orang di seluruh dunia dan mereka ini bukanlah golongan gelandangan yang hidupnya tak tentu arah. Mereka adalah golongan di lapisan atas hiraki sosial dunia. Jaringan di dalam Rotary Club ialah sebagai bentuk imbuhan yang TIDAK WAJIB. Ya, dengan keahlian itu mereka dapat membina jaringan dengan perjumpaan setiap minggu secara bertaqwim. Itulah konsep “Solat Jumaat” yang pernah kami rungkai sebelum ini. Jika mereka tidak aktif dalam kerja-kerja sukarela dan hanya semata-mata menangguk laba dari jaringan yang ada di dalamnya, mereka akan dikeluarkan kerana hanya pandai menuai tetapi tidak mahu menanam. Jika dibandingkan dengan sukarelawan Islam, berapa kerapkah kita berjumpa? Adakah perjumpaan itu menggunakan wang sendiri atau menggunakan dana yang telah dikutip dari orang lain? Jika ahli kelab Rotary bermesyuarat di hotel, atau mungkin berjumpa di kelab-kelab ekslusif pun, mereka belanjakan wang dari saku mereka, bukan dari dana kelab yang dikhususkan untuk bantuan kemanusiaan. Individu di dalam pesawat dari JB itu juga menyatakan pernah kecewa kerana hanya mampu melihat tetapi tidak mampu untuk mengubahnya. Beliau berani katakan banyaknya sibodoh yang mahu tunjuk pandai tanpa ada central leadership yang qowwam. Ada contoh jelas tentang ini dalam satu organisasi ‘charity’ atas nama Islam di peringkat antara bangsa yang turut bertapak di Malaysia. Gaji pengarah dan kakitangan mereka melampau-lampau tingginya sedangkan mereka menggunakan 100% dana sumbangan. Contohnya dalam kes misi bantuan ke Syria. Jutaan RM yang dikutip digunakan untuk membeli barang bantuan yang sangat banyak dan dihantar menggunakan kapal yang akhirnya sampai ketika tarikh luput telah berlalu. Ada barangan yang tidak luput tetapi menjadi sampah sahaja kerana tidak menjadi keperluan oleh penerima. Mari kita buat perbandingan sebelah menyebelah. Jika bantuan ke Syria yang terkumpul ialah RM1 Juta. Kemudian ia melibatkan pembelian berbanding pemindahan dana ke negara berjiran dengan Syria untuk pembelian bekalan. Pastinya masa dan dana dapat dijimatkan, khasnya kos logistik seperti pengangkutan dan kos pengurusan jual beli. Itu tidak termasuk pembelian yang tidak amanah. Contohnya pembelian berharga RM50 diberikan bil RM100 sementara yang RM50 lagi untuk masuk saku sendiri. Rotary Club berkonsepkan “1 Dollar diberi, 1 Dollar yang sampai”. Di antara pemberi dan penerima adalah VOLUNTEER / SUKARELAWAN yang memang bekerja tanpa gaji. Malah, mereka sendiri yang memodalkan kerja kebajikan itu. Sebab itu sangat kurang selera untuk menyeleweng kerana sumbangan yang mereka belanjakan itu pun wang dari saku mereka juga. Sistem kutipan sedekah Orang Islam pula jika diber RM10, yang sampai hanya RM1 sahaja. Kami sangat menyetujui FAKTA ini kerana kami juga banyak pengalaman dan kami ada data-datanya. Mengapa begitu? Kerana kita TIADA VOLUNTEER YANG SEBENAR. Ramai sukarelawan kita yang bergaji, berelaun, berupah, berkomisyen dan bekerja dalam pejabat mewah yang juga menggunakan dana sedekah dan bukan menggunakan dana sendiri. Ramai sukarelawan Islam pada hari ini bukanlah bekerja untuk menjadi sukarelawan, tetapi banyak (walaupun tidak semua) yang kami lihat menerima lebih dari apa yang mereka beri. Ada yang bermasalah untuk mendapat kerja yang baik kemudian menyertai gerakan-gerakan sukarelawan yang memberikan mereka elaun. Ini semua sudah hilang ketulenan sebagai sukarelawan. Orang Bukan Islam membuat kerja sukarela dan mereka sendiri keluarkan infaq yang besar. Sistem infaq pendapatan 10% anjuran Islam itu mereka yang komited untuk laksanakan. Sebab itu tabungan dana mereka banyak. Kita sendiri yang Islam ini tidak sudi melakukannya. Buat kerja sukarela siap dapat elaun dan menyelewengkan dana lagi. Sampai tidak larat kita nak dengar kes-kes penyelewengan sebegini sekarang ini. Malu bukan? PRINSIP DAN MODUS OPERANDI RPWP Dalam penerbangan itu WAKIL kami sempat menerangkan bahawa konsep Rotary Club itu sangat mirip dengan apa yang kami laksanakan. Kami ditubuhkan dengan dana dan aset kami sendiri keseluruhannya. Sehingga hari ini, kami masih dengan kumpulan SEKITAR 20 ORANG pengasas yang sama. Sedekah kami tidak minta dengan paksa, tetapi bila orang datang memberi kerana sukahati dengan kami, kami tetap alu-alukan dan hargainya kerana memang kami ingin kongsikan hasilnya kepada semua. Apapun, kami tetap meneruskan konsep PUASA, terus berjimat cermat untuk mendapatkan keberkatannya. Sesudu simen tumpah yang bernilai 10 sen pun kami kutipnya semula. Untuk menampakkan konsep IKHLAS yang kami prinsipkan sebagai KHOLAS, berhabis atau ALL OUT, maka kami berhabis harta dan diri kami sendiri untuk bangunkan Rumah ini. Sebelum terhasil bukti dari kerjabuat kami dahulu, kami tersembunyi dan tidak dikenali sehinggalah pada tahun ke-8 kami ditubuhkan. Selepas itu barulah sedikit demi sedikit masyarakat umum nampak. Kami terus istiqomahkan dan sejak akhir-akhir ini, khususnya sejak hujung tahun lepas, umum mula memBENARkan hasil usaha ini dengan bersedekah untuk berkongsi ‘pahala’ demi mempercepatkan perkembangan RPWP membangun semula praktis agama melalui anak-anak ini. Mereka yang hadir atau mengikuti perkembangan RPWP tahu bahawa semua dana sedekah 100% digunakan untuk pembelaan asnaf dan anak yatim seperti yang diakadkan. Kami teruskan usaha dalam keadaan berpuasa dan berjimat cermat. Umum perasan perkembangan RPWP hari demi hari. Itu tanda zakat mereka itu berkat dan diberkati. Pengasas yang berhabis harta juga turut membanting tulang bertahun-tahun. Semua perbelanjaan diputuskan dalam syuro, tiada langsung ruang penyelewengan. Seperti apa yang ditulis dalam akhbar Berita Harian ruangan Famili pada 18 April 2014. Di RPWP, semua pengasasnya duduk di rumah yang sama, melakukan kerja apa saja bersama-sama, pakai jenis baju yang sama, makan makanan yang sama dan naik kenderaan yang sama dengan anak-anak. Selain dari berhabis harta, mereka juga jadi murobbi, pengurus, malah menjadi pemandu serta buruh binaan rumah yang dibina secara gotong royong ini. Walaupun mereka bergelar doktor, CEO, usahawan, pensyarah universiti di luar sana, namun konsep sukarelawan yang tulen itu menjadikan mereka ini bekerja setiap hari semenjak 2005 dahulu tanpa satu sen pun gaji di RPWP. Kami berpuasa dari bermewah-mewah untuk peribadi. Kami salurkan semua hasil puasa itu sebagai sedekah untuk pembangunan, kesihatan dan pendidikan anak-anak yatim dan asnaf ini. Sebahagian dari pengasas terpaksa berhenti kerja di luar untuk mengabdi sepenuh masa bekerja di Prihatin tanpa gaji. Namun begitu, mereka tetap kecukupan seadanya, di atas tanggungan dana dari pengasas yang masih bekerja dan menjalankan perniagaan. Kerana itu, sedekah dari orang awam tidak terseleweng, 100% sampai kepada golongan sasaran. http://prihatin.net.my/v3/2013/08/29/pengorbanan-impian-seorang-ayah/ Semua itu hanya terjadi jika ada ketulusan dalam menjadi sukarelawan dan ada perasaan MALU untuk makan wang derma orang ramai. Sukakah kita memberi sedekah RM1000 tetapi yang sampai hanya RM100 dengan kebanyakannya tercicir di tengah jalan? Dalam konsep perbandingan dengan Rotary Club, adakah mereka lebih baik ataupun saluran sedekah orang Islam pada hari ini lebih baik? Tepuk dada, tanya iman. Etika kepimpinan yang ditunjukan oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. dahulu telah diamalkan oleh golongan bukan Islam. Baginda dan sahabat HIDUP ALA KADAR SAHAJA DENGAN BIAYA BAITULMAL. Setiap kali ada baki peruntukan peribadi yang tidak dibelanjakan, mereka kembalikan semula di hujung tahun. Berapa ramaikah para pengurus zakat dan pemimpin negara kita sanggup berbuat begitu? http://prihatin.net.my/v3/2013/12/18/pamplet-baru-bingkisan-kasih-dari-rpwp/ KESIMPULAN Kami di Prihatin mengambil uswah terbaik dari praktis sunnah dan contoh etika terbaik dari segenap manusia tidak mengira agama dan bangsa. Kami percaya, segala yang baik itu adalah Islam dan wajar dicontohi, yang buruk itu bukan Islam dan wajar ditinggalkan. Jika kami mampu kutip pelajaran dari mereka, mengapa perlu kita nafikan kebaikannya? Kemunafikan dan kepalsuan tetap akan terbongkar juga akhirnya. Ia tidak akan kekal lama. Mustahil penyelewengan derma 1.7 juta RM untuk membina surau boleh disembunyikan jika surau tidak terdiri. Masyarakat boleh nilai keikhlasan, ketelusan dan kebenaran atas hasil usaha kita. Apabila masyarakat nampak jelas bahawasanya usaha kita itu di jalan yang benar, sesuai dengan kehendak ALLAH dan SUNNAH melalui hasil kerja kita, InsyaAllah ramailah yang akan tampil membantu dengan sukarela tanpa diminta-minta. Itulah hakikat SIDDIQ (benar) yang disaksikan manusia (SYAHID/SYAHADAH) lalu masing-masing membenarkan dengan SODAQOH (sedekah). Selapas itu barulah seronok dan puas hati kita sama-sama BERHAMDALAH. Barulah puas hati menyebut SODAQO-ALLAH dan SODAQO-RASULULLAH, bukan sekadar bacaan lafaz sahaja, tetapi melalui PERLAKSANAAN DAN HASILNYA. Diperingkat awal dahulu, Nabi SAW dan sahabat-sahabat juga menegakkan Islam bukan dari sedekah orang ramai. Nabi Muhammad SAW, Saidina Osman, Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar RA kesemuanya golongan professional dan pemimpin syarikat. Mereka bukan gelandangan, bahkan orang hebat yang kaya. Bezanya mereka sanggup salurkan kekayaan itu kepada pembangunan Islam, tidak seperti kita yang menjual Islam untuk jadi kaya. Selepas penyatuan Madinah, Islam sudah menyerlah, barulah dana sumbangan datang mencurah-curah dari orang awam (ansar). Namun kesemuanya juga disalur kepada pembangunan Islam, bukan untuk peribadi. Itulah konsep puasa. Individu seperti Abu Bakar a.s. dan para sahabat lain sewajarnya mampu hidup kaya raya dengan harta mereka, namun sanggup membenarkan (men’siddiq’kan) dengan sedeqah. Keseluruhan harta dan tenaga diserahkan untuk menyokong dakwah Nabi SAW. Kerja yang dilakukan Abu Bakar a.s. itu adalah kerja tidak bergaji malah memerlukan pelaburan dari sakunya lagi. Tetapi pada hari ini, kita mahu lakukan kerja sukarela dengan pelbagai jenis upah pelbagai bentuk. Kontrak buat bihun dan nasi lemak untuk mesyuarat sendiri pun kita saling berebut. Dalam masa yang sama, kita mengharapkan ISLAM ITU TERTEGAK SEMULA. Bolehkah ia berlaku? Kita sendiri hanya duduk menadah sahaja mengharapkan Islam tegak dengan sendirinya? Ermmmm… lambatlah lagi jawabnya sebab “Allah tidak akan ubah nasib kita tanpa kita bangun berusaha bersungguh-sungguh…” Mari sama-sama kita bangun menggalang nasib agama demi anak cucu yang bakal kita tinggalkan. Jika tidak sekarang bila lagi? Jika bukan kita siapa lagi? Bukankah Islam itu tinggi? AL ISLAAMU YA’LU WALA YU’LA ALAIK..? WAJARKAH KITA HANYA MEMINTA-MINTA DAN MENGHARAPKAN PIHAK KETIGA? BUKANKAH ALLAH ITU BERDIRI DENGAN SENDIRINYA? WAJAR BUKAN JIKA AGAMA INI DIDIRIKAN DENGAN SIKAP MANDIRI PENGANUTNYA? Kudap malam minggu, WARGA PRIHATIN