Ugut sebar gambar bogel

KUALA LUMPUR:  Seorang pekerja kafe ditahan selepas cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang masih menuntut di tingkatan tiga di Internet hanya kerana temannya itu mahu memutuskan hubungan mereka, petang kelmarin.

Mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan pernah menjalin hubungan seks dengan lelaki itu sepanjang perkenalan mereka dua bulan lalu.

Mereka berkenalan menerusi ruangan mencari jodoh.

Difahamkan, suspek yang berusia 37 tahun menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada mangsa sama ada menyerahkan wang tunai RM1,000 seperti diminta atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sejak perkenalan itu, mereka dikatakan kerap berjumpa untuk keluar makan sebelum suspek mengajak mangsa ke hotel di sekitar ibu negara.

“Selepas berhubung melalui telefon kira-kira seminggu, suspek kemudian mengajak mangsa berjumpa sebelum melakukan hubungan seks.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang meminta wang RM1,000 atau mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan,” katanya yang ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL)di sini, semalam.

Katanya, suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di bilik hotel. Menurutnya, mangsa yang gagal menyerahkan wang diminta suspek kemudian membuat laporan polis, pagi kelmarin. “Berikutan laporan itu, suspek ditahan di Jalan Imbi, di sini kira-kira jam 3 petang,” katanya.

Malah, siasatan turut mendapati mangsa pernah menghantar beberapa gambar bogelnya melalui sistem pesanan bergambar (MMS) atas permintaan suspek.

 Beliau berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>