Welcome To RPWP


Selamat datang dan kembali bersama WARGA PRIHATIN dan RUMAH PRIHATIN melalui laman web ini.  Kami bersyukur laman web kami dapat dibangun semula setelah kehilangan semua data di server yang lama tanpa notis dan backup.  Sambil kami mengemaskini content web ini, anda boleh layari channel video kami di youtube atau melalui link yang kami sediakan di menu utama.
>>>   Anda juga boleh mula melihat artikel dan lapuran aktiviti kami melalui Facebook ‘Warga Prihatin‘.
>>>   Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai RPWP atau meneliti artikel yang kami muatkan di portal ini, sila klik menu ‘ARTICLES‘ di atas laman ini. Anda boleh mengikutinya mengikut katagori yang telah disediakan  atau tarikh mengikut susunan artikel.
>>> Untuk mengetahui lokasi atau gambaran lokasi kami melalui alamat dan peta khasnya jika anda ingin datang sendiri, sila buka link ‘ALAMAT‘ di menu utama di atas.
>>>  Untuk mengenali serba sedikit mengenai kami,  sila buka link ‘ABOUT US‘ di menu utama.

>>>  Sebagai usaha mengumpul dana, Warga Prihatin menubuhkan Syarikat Perkongsian atas dasar PROJEK TABUNG AMAL bertujuan untuk menampung kos pengurusan dan pembangunan Rumah ini tanpa meminta minta.

Semua urusan adalah dilakukan oleh sukarelawan sepenuhmasa, tanpa menerima sebarang bayaran upah maupun komisen.  Setiap sen hasil perniagaan adalah untuk tabung amal ini.

Semuga usaha ini menolak persepsi bahawa setiap rumah kebajikan adalah pusat meminta sedekah sahaja, bukan pusat yang dinilai sebagai wadah kepada pejuang kebajikan bagi mereka yang berjiwa prihatin berusaha membela dan membantu insan-insan yang kurang bernasib baik..

Untuk MENELITI perkhidmatan yang kami tawarkan melalui Projek Amal KAMI, SILA KLIK

PRIHATIN SERVICES

——————————————————-

KHIDMAT PENGURUSAN MAJLIS:

PERKHIDMATAN PA SYSTEM, BAND, MC, DJ

KUMPULAN KOMPANG

PERSEMBAHAN SILAT

FLOWER GIRL,  KUMPULAN NASYID BERUNIFORM

KUMPULAN PENYAMBUT TAMU BERUNIFORM

PHOTOGRAPHER, VIDEOGRAPHER

KEM & PROGRAM MOTIVASI

—————————————————-

KHIDMAT URUSAN KENDERAAN :

URUSAN PUSPAKOM, JPJ,

INSURAN, CUKAI JALAN, PINDAH MILIK DLL

LOAN KENDERAAN

SEWA KENDERAAN (KERETA, MOTOR, VAN, LORI, PICKUP.

KHIDMAT TOWING TUNDA DAN LOADER

JIKA ANDA MEMERLUKAN PILIHAN NOMBOR PLATE KENDERAAN YANG CANTIK UNTUK DIMASUKKAN PD KENDERAAN BARU ANDA, SILA KLIK DI SINI.

——————————————————–
>> UNTUK melihat senarai jualan AMAL kami, sila klik ‘PRIHATIN GARAGE

KERETA, MOTOR, LORI, BAS, VAN, PICKUP, 4X4, JENTERA

BATERI, SPAREPARTS KENDERAAN/JENTERA TERPAKAI

BESI BURUK, KERTAS, PLASTIK, PVC, PIPE DLL

BAHAN BINAAN TERPAKAI – KAYU, BESI, PLYWOOD, ATAP

PERALATAN PEMBINAAN DAN BENGKEL

PERALATAN LETRIK RUMAH, ALAT PERTUKANGAN

DAN SEBAGAINYA

>>>   Untuk membuat apa apa pembayaran dari perkhidmatan yang kami tawarkan melalui Projek Amal ‘PRIHATIN SERVICES‘  ATAU jualan AMAL ”PRIHATIN GARAGE‘ , ada kami sertakan Nombor Akaun Bank. Sila baca menu ‘Alamat‘ sampai hujung.
Categories: About Prihatin, Article | 2 Comments

Teori Darwin Berbentuk Mukamat atau Mutasyabihat?

Jika anda dari kalangan sahabat bukan Islam mari fikirkan logiknya petunjuk ini. Jika anda seorang Islam tentu anda memilikki (wajib memilikki) sebuah terjemahan AlQuran, bukalah surah 5, Al-Maidah, ayat 60 dan sama sama renungkan. Kemudian sama sama kita muhasabah (hisab dan nilai status kita di mana?).

Sedang dibincangkan di FB Warga Prihatin. Sila klik untuk mengikutinya.

Semuga bermanfaat. Doa selamat buat seluruh sahabat prihatin sedunia.

 SILA KLIK FOTO DI BAWAH UNTUK MEMBESARKANNYA

Categories: Article, General knowledge | Leave a comment

Peri Pentingnya Ibu Melangkah Ke Syurga

Renungan untuk para anak, ibu dan bapa demi memastikan pembentukan generasi yang berakhlak di masa depan.

Sedikit demi sedikit peradaban kita terhakis sehingga pembaikannya menjadi amat sukar.  Apa pun mengeluh saja tiada gunanya. Setiap diri harus menentukan hala tuju pejalanan agar tapak kaki yang akan diikuti itu benar benar menempatkan anak yang cuba mematuhi perintah Allah untuk meletakkan syurga di tapak kaki ibu benar benar menjadi kenyataan.

Sedang dibincangkan di FB Warga Prihatin. Sila klik untuk mengikutinya.

Semuga bermanfaat. Doa selamat buat seluruh sahabat prihatin sedunia.

 SILA KLIK FOTO DI BAWAH UNTUK MEMBESARKANNYA

Categories: Article, General knowledge | 2 Comments

Selagi Umat Islam Tidak Bersatu Ia Akan Gagal Menyatukan Umat Lain

Perpecahan umat Islam bermula sejurus selepas zaman wafatnya Nabi saw. Perang Jamal menyaksikan 12,000 umat Islam gugur, perang Sifin 90,000 umat terbunuh,  dibunuh sesama sendiri.

Agenda perang saudara diteruskan oleh Iran vs Iraq, Iraq vs Kuwait dan begitulah juga kita di sini. Kenapa kita tidak pernah sedar dan serik..??? perlukah kita meratapi nasib Palestine vs Israel jika kita masih seronok melayani nafsu perpecahan yang tidak berkesudahan ini?

Ini adalah sekadar nasihat membina, ikhlas untuk semua yg berfikiran terbuka. tidak berniat untuk kondem sesiapa. Sekadar menuntut tindakan serius ke arah perpaduan yg sebenar. Kita telah banyak membuang masa, belanja dan tenaga bercakaran sesama sendiri. Semakin hampir pilihanraya, maka perpecahan dilihat semakin nyata. Ayuh bangkit lah dari lena. Takutlah pd ancaman Allah… perpecahan ini mempamerkan sikap kita yg menentang Allah terang terangan.

Jika Islam itu persaudaraan, maka perpecahan tanda kita tidak Islam, oleh itu mari kita muhasabah diri kita,  masih Islam kah kita? ayuh renung ke dalam diri masing-masing.

Isu ini sedang dibincangkan di FaceBook Warga Prihatin. Sila Klik text ini untuk mengikutinya.

SILA KLIK FOTO UNTUK MEMBESARKANNYA

Categories: Article, General knowledge | Leave a comment

1Malaysia – Chinese New Year Bersama Heng Glass

Puchong – 1 Feb 2011

Sudah lama niat Prihatin ingin berkongsi cerita menarik ini tapi kesibukan semua sukarelawan tidak mengizinkan kami berbuat begitu.

Pada tarikh tersebut di atas, keluarga Mr Fong dan seluruh kakitangan Heng Glass yang telah menaja papan untuk pembinaan Rumah Prihatin telah mengadakan majlis khas sempena Chinese New Year. Ia di adakan beberapa hari sebelum ketibaan Chinese New Year. “saya mahu menyambut New Year tahun ini bersama Warga Prihatin terlebih dahulu, sebelum pulang ke kampung menyambutnya bersama sanak saudara” , ujar Mr Fong.

Dalam majlis khusus di perkarangan kilang Heng Glass itu, seluruh Warga Prihatin diberi keistimewaan dengan jamuan pelbagai juadah. Kami  turut menyumbangkan pelbagai persembahan termasuk silat, nyanyian ‘Kong sikong sili’, ‘We are the world’ dll. Bapa Mertua Keluarga Mr Fong dan para direktor syarikat turut menyanyikan lagu melayu asli dengan penuh keceriaan  sebagai tanda penjiwaan muhibbah dan keperihatinan.

Alangkah indahnya hidup ini bila di penuhi dengan rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati antara kaum, antara agama tidak mengira lapisan umur dan status sosial masing masing.

Semuga wawasan 1Malaysia yang telah lama di established kan oleh Warga Prihatin ini dapat menunjang kejayaan wawasan 1Malaysia dan satu dunia satu bangsa. Biarlah perbezaan agama dan bangsa kita gunakan untuk kebaikan, untuk membanyakkan cetusan, tidak sekali kali kita gunakan untuk mencetuskan kemusnahan.

Sila buka menu Galeri foto Mac 2012 jika anda ingin mendapatkan gambaran jelas melalui foto secara keseluruhan mengenai majlis ini.

Wassallam.

Categories: About Prihatin, Article, News | Leave a comment

Nombor Cantik Pendaftaran Kenderaan