Prihatin Services

image_pdf

Sebagai usaha mengumpul dana, Warga Prihatin menubuhkan Syarikat Perkongsian atas dasar PROJEK TABUNG AMAL bertujuan untuk menampung kos pengurusan dan pembangunan Rumah ini tanpa meminta minta.

Semua urusan adalah dilakukan oleh sukarelawan sepenuhmasa, tanpa menerima sebarang bayaran upah maupun komisen.  Setiap sen hasil perniagaan adalah untuk tabung amal ini. Semuga usaha ini menolak persepsi bahawa setiap rumah kebajikan adalah pusat meminta sedekah sahaja, bukan pusat yang dinilai sebagai wadah kepada pejuang kebajikan bagi mereka yang berjiwa prihatin berusaha membela dan membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.

JUAL BELI, BAIK PULIH (REPAIR), PELUPUSAN WAKAF/HADIAH – SEMUA BARANG TERPAKAI / LUPUS

Kami sedia menerima, membeli, membaiki dan menjual atau mengguna semua jenis kenderaan, alat ganti, perabut, peralatan, bahan binaan, barangan elektrik dan apa saja termasuk besi buruk, kertas, kayu, lampu, kipas, tv, perabut terpakai yang ingin dilupus ATAU dijual dengan harga berpatutan.

Samada kami membeli dengan harga patut atau menerima atas dasar wakaf, sedekah atau hadiah.

Kami uruskan pengangkutan untuk mengosongkan segala yang tidak diperlukan di rumah atau laman anda, atau apa barangan yang tidak mahu anda bawa ketika berpindah. Mudah dan berkah.

PRIHATIN GARAGE

Untuk melihat senarai pernuh perkhidmatan kami, sila layari http://www.mudah.my/prihatin-garage

Sila telefon/SMS/Telegram/ Whatsapp/email kami atau buka untuk keterangan lanjut.

Untuk melihat peta dan panduan ke tempat kami sila ke menu ‘ALAMAT’ di web kami.

REPAIR, CAT, FABRIKASI FIBER/BESI
——————————————————-
LOADER KENDERAAN
————————————————–
TOWING TUNDA,
—————————————————-
 
 
JUAL BELI KERETA, MOTOR, LORI, BAS, VAN, PICKUP, 4X4, JENTERA TERPAKAI

TAWARAN KHAS:

JIKA ANDA MEMERLUKAN PILIHAN NOMBOR PLATE KENDERAAN YANG CANTIK UNTUK DIMASUKKAN PADA KENDERAAN BARU ANDA, SILA KLIK DI SINI.

67 thoughts on “Prihatin Services”

  1. Bagus jugak prihatin nie yerr..keeps up…sambil menolong sambil membantu..dapek pahala lak tu…secaro tok terpikaiak di kepalo nohh…salam

    1. berbangga dengan maksiat ke hapa dgn nickname semacam tu??

      ADMIN, sila delete pengkomen yang menggunakan nickname yang negatif, mencacatkan perjalanan sahaj. Terima kasih.

  2. Terima kasih ‘kongkekman” tapi hawwat yang nickname tu menakutkan. kalau anda ke Used car, anda kena lebih seribu untuk proses puspakom dan JPJ proses tukar nama, prihatin caj 2-300 saja seluruh proses tu.

    Kalau anda tarik kereta kena bayar beratus ringgit, Prihatin caj seratus saja kalau dekat. Kalau orang susah kadan kami tolong ikut mampu pelanggan saja nak sedekah berapa. Kalau kena pelanggan yang mampu, mereka sedekah amal pd Prihatin, kalau yg susah, giliran Prihatin tolong mereka, sebab orang susah adalah subjek Asnaf kami.

    Terima kasih atas perhatian. Banyak nampak komen tuan. Kalau ada yg kurang baik, jangan segan silu untuk tegur kami melalui email prihatin@live.com.

    1. Tq very much sir.appreciated…macam nie buleh mintak batuan selalu , perihatin sunggoh perihatin betel nie yerr..’kawan apo lagie tunggu minta jerr kat perihatin..ke ke ke ..salam..

  3. Salam,

    Dunia hari ini,,Dengan sifat kau,kau aku,aku,pankat,kebendaan adalah keutamaan,Namun syukur masih ada insan-insan mulia seperti tuan-tuan semua..Moga Allah memberi barakah dan memudahkan semua urusan tuan-tuan.itu..Moga bahagia didunia dan diakhirat.Amin.

  4. assalam….
    kami ingin membeli bateri2 lama kenderaan 4 roda( jika ada) dengan harga seperti berikut:
    ns40-rm20
    ns60-rm25
    ns70-rm30
    n70z-rm35
    n100-rm45
    n120-rm65
    n150-rm75
    n200-rm90
    din55-rm25
    din66-rm30
    din88-rm35
    din100-rm50
    kami juga menjual bateri2 baru yang berkualiti dengan harga terbaik…

    sila hubungi kami
    012-9042060-zaiful
    012-3439890-samsul

    semoga kami dapat membantu dan dibantu…insyaAllah…

  5. usaha yg sanagt bagus..murni & mulia d cc agama..
    semua service yg ada kene publish, so that org tahu kat mana
    lg 1 yg psl towing tuh bgtau area mana n contact no.
    ramai org kene semeleh kat highway
    hatta geng tarik khete pn kene gak
    hahahaha…dunia..dunia..

  6. Assalamualaikum, boleh saya tahu berapa harga utk no cantik yg disenaraikan dlm pageni? Contohnya gambar diatas ni! Kalaunk senang saya nak beli moto Honda C70 tu skali nk buat moto antik & klassik. Tlg senaraikan harga utk setiap no cantik ni, AAP 21 KERETA 120Y  – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    BDF 64 SAGA AEROBCK
    CD 92 KERETA LANSER  – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    CF 44 MOTOR  C70 – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    CG 31 MOTOR SCRAMLER – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    CM 61 MITSUBISHI GALANT KUDA – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    CT 67 MOTOR H C70 – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    CT 78 MOTOR HONDA C70 – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    CT 87 MOTOR RXS –  – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    JCA 51 TOYOTA
    JFB 64 WIRA
    MB 4 MOTOR NORTON – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    MG 11 KERETA OPEL GEMINI
    NM 21 MOTOR H C70 – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    NX 85 GALANT SIGMA
    PC 32 TOYOTA HIACE
    PEN 92 MOTOR RGV SUZUKI 96 OTR
    TA 20 MERC 280 126  – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    TP 49 CIVIC EX
    WAP 49 RXS X  – PLATE ONLY WITHOUT VEHICLE
    WAB 16 VOLVO 240
    WEF 15 BMW 535
    WX 86 LAND ROVER

  7. assalamualaikum.. semoga beroleh keredhoan dan di permudahkan urusan pihak rumah amal prihatin.. alhamdulillah saya amat senang sekali bila berurusan dengan pihak prihatin.. semoga berjaya.. terbaik..

  8. Salam saudara2 prihatin,
    Saya berminat nak tahu maklumat tentang iklan korang
    “Daihatsu Charade PETAK LAMPU SEGI SPECIAL OFFER -85”.
    Saya pun tengah cari body kereta ni coz kereta saya sama model tp dah eksiden di bahagian belakang,
    Boleh la amik buat sparepart, Tapi saya berada di Pasir Gudang, Johor…. jauh jugak kalau ke Selangor tu..
    Ni la.. nak tanya boleh ker urus penghantaran ke sini dan agaknya berapa kosnya..

  9. Salam & tahniah pada Prihatin.. Insya’allah.. saya akan hubungi utk sedekahkan apa2 yg patut.. saya ada PC lama yg masih bule digunakan.. bule dtg amik ker? Saya tinggal @ Subang Bestari..if nak dtg bule laa saya kumpulkan apa2 brg2 yg sesuai utk Prihatin..insya’allah…

  10. Pertama tahanaih kpd saudar semua di sana ini adalah semaian pasti utk akhirat…moga ante semua disana dalam baraqah dan senantiasa dikurniakan taufiiq dan hidayah dari Allah swt.

    2. saya ada nak jual naza ria saya..perlu wang/jimat.. kondisi dan nombor chun..saya maintain seniri semua 1 owner dan servis hanya di kia..tlg hello saya kalu bolah nak bincang macamana gaknye tlg kalu boleh selesai maselah..salam

    3. ada minat juga nampak beberapa kereta dan plate di sana.. tapi tgkl laah sekargni nak jimat cermat dan apa yg perlu shj.

    wsllm

  11. salam, nak tanya, kakak saya seorang ibu tunggal mencari sebuah kereta terpakai untuk kegunaan menghantar kueh di gerai2 sekitar setapak/keramat, baru2 nih kena tipu dengn owner kereta sambung bayar.kini kereta dah diambil semula oleh owner kini nak hantar kueh menjadi masalah.

    dia ada cash ditangan dalam rm4k, dan sanggup bayar bulanan dalam rm200, apa kereta pun x per
    boleh call no nih 0193634851 kak gee.

  12. assalamualaikum warga prihatin. moga kalian semua beroleh kejayaan di dunia & akhirat. saya adalah pembeli sport rim kereta terpakai original made in japan. sekiranya ada boleh hubungi saya di talian 013-6192619

  13. saya nk cari tingkap toyota lite ace..kalau ada sms saya..0172255687.
    saya dari putra perdana..rumah anak yatim

  14. assalam….
    sya mencari kereta yg harga around lam rm 4000 kebawah yg mempunyai condisi yg baik and terus boleh pakai… any suggestion?

  15. salam!
    saya ni orang lama, teringin nak beli kereta volkswagen di tempat tuan tapi secara ansuran. Tunai tak mampu sebab kerja guru KAFA je. Kalau boleh ansuran dalam RM 300/sebln sila call saya. 019-6240588. Terimakasih kerana sudi membaca email saya.

  16. Assalamualaikum wbt…sy nk btny, company sy ada menganjur & melaksanakan program CSR & tajaan. Sy bcadang utk menjadikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sebagai Rakan Jemputan CSR sy dgn tujuan menambah dana & kewangan kalian. Dengan siapa harus saya merujuk perkara ini?
    Terima Kasih
    0125659227

  17. A’kum,
    Ini adalag satu teladan yang terbaikkk yang patut dicontohi.
    Sebenornyer saya nak cari lori pickup yg boleh buat niaga yg boleh bukak pintu kiri kanan dan belakang tu., urgent gak ne. Jika warga Prihatin terbaca message ne, reply ler kat email saya ne yek. Terima kasih

  18. salam admin……saya nak bertanya kan tentang seat van untuk ford econovan….jika pihak tuan ada barang berkenaan…..emailkan kat tok gambar dengan harga barang skali….teramatla memerlukan…….assalamualaikum

  19. salam. kalau tuan ada perabot jati terpakai, atau perabot klasik , janji kayu keras original atau apa saja yang menarik . saya berminat untuk membeli. saya sedang menyiapkan rumah ala chalet daripada kayu2 terpakai yang dibaik pulih. sila email saya.

  20. Salam, kalau mercedes benz W126 300SE Fullspec Original, brown leather,sunroof, beserta nombor pendaftaran (No Kahwin org kata) CA*8822 berapa kah boleh saya jual pada tuan? Saya dah habis baiki hampir rm10k, segala part dan bushkit semua baru..kereta berada di rawang. Sekian. Mohammad 0192824856

  21. assalamulaikum ustaz, saya mencari ford econoven van dengan harga 3 ke 4 k ada ke kenderaan harga macam tu bajet saya kurang sekarang
    kalau ada emailkan pada saya ya wassalam

  22. sy nak jual lori mitsubishi canter 1tan tahun 1995 dgn harga rm10k krn nak beli lori 3tan jk pihak prihatin yg carikan buyer akan sy infaqkan 10% pd pihak prihatin.

  23. assalamualaikum
    maaf tumpang tanya,saya masih lagi student
    berhajat nak membeli kereta dari prihatin garage
    bayarannya cash money atau boleh buat ansuran
    harap admin dapat membalasnya
    terima kasih
    wasalam

  24. Sy na jual player usb.dvd.cd.mp3 kereta jenama rock fox aqualizer pegasuh molek lg rm300 jee na jual coz iereta da jual lau sape2 na boleh call 01119940273 kuantan

  25. Nak tanya anggaran buat body dan lantai datsun 120Y GX brapa?Body karat byk lantai lobang ngn tulang pn ada karat sket

  26. Assalamu’alaikum. Saya ingin memasuki rumah baru selepas beberapa tahun kerja di luar negara. Saya ingin mewakafkan beberspa peralatan rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, meja study, katil dan lain2. Bagaimanakah caranya?

  27. assalamualaikum,
    tuan/puan,
    saya ingin bertanya adakah boleh rumah asnaf menerima kemasukan pelajar untuk jangka masa seminggu dua sahaja?
    ini kerana saya mahu anak saya terdedah dengan persekitaran hidup bersama sama anak anak yatim dan berdikari sendiri ditempat orang sambil cuba belajar ilmu dan cara hidup disebuah rumah kebajikan, ini kerana saya mahu anak saya kuat dan tidak terlalu manja, jika ada program begini terutamanya cuti sekolah; bagaimana cara saya memohonnya? dan berapa harus saya bayar?
    saya berharap sangat dapat hantar anak saya disini.
    segala maklum balas saya amat amat hargai.
    terima kasih.

    1. Alaikumsalam Puan Izyani md Ariffin

      sila hubungi Mak Long Werda 0135858789 atau mana mana admin yang tersenarai di menu alamat untuk keterangan lanjut.

      Terima kasih.

  28. saya mencari van model lama tahun 70/80an.macam american van..kalau ada boleh sms saya.tq 0199657484

    1. Alaikumsalam wbt Azman

      Silalah datang dan pilih sendiri. Hubungi mana mana admin yang tersenarai di menu ‘alamat’ web ini. Terima kasih atas Sokongan Azman.

  29. assalamualaikum warga prihatin..
    boleh saya tahu di mana lokasi rumah warga prihati?
    satu lagi, ada tak perrkhidmatan sewa motor?
    mohon reply..
    terima kasih… 🙂

    1. Alaikumsalam wbt Afisha

      Silalah hubungi mana mana admin yang tersenarai di menu ‘alamat’ web ini. Terima kasih atas niat murni itu.

  30. Saya ada sofa L shape 4 seater yang masih dalam keadaan agak baik kerana strukturnya masih elok cuma kulitnya terkoyak akibat kering di 2 bahagian tempat duduk dan tangan. Jika pihak tuan sudi, saya akan beri percuma. Saya juga nak beri peti sejuk 2 pintu dan katil queen size tanpa tilam.

  31. Sy ade fridge nk disedekah… Masih berkeadaan baik, cuma cooler problem sekali sekala.. Sila contact sy di 012-2521935 segera…
    Tima kasih

  32. Assalamualaikum..sy nk tanya,lori mitsubishi center tm tu nk dijual ke atau macam mana ya,,,???sy berminat dengan lori tu…bagi respon cepat ya.

  33. aslmkm. di musim menjelang bulan puasa. Ada tak perkhidmatan
    mengecat rumah dari pusat ini ? sekurang kurangnya ada sumber pendapatan
    untuk warga di sini. Ingin tahu

  34. assalamulaikum

    saya ada sebuah keta lama tapi masih elok digunakan untuk diwakafkan. Blh saya tau prosesnya (tukar nama etc)

    1. Wslm wbt… InsyaAllah boleh dibantu. sila hubungi Ustaz Hamzah 0135858779 atau Khalinan 013 5858702 untuk urusan ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *

Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian Pembangunan Tamadun Islam Moden