Lailatulqadar untuk Palestin?


Fitrah yang telah Allah tetapkan untuk Islam itu ialah sejahtera lagi mensejahterakan (Islam dan Taslim). Penuh Rahmat dan mampu merahmatkan seluruh alam (Rahmatan lil-alamiin). Islam adalah Lambang penyatuan dan kekuatan ummah dan jemaah (ummatun wahidah). Fitrah Ummat Islam ialah semakin hari semakin baik, penuh dengan pembaikan (ISLAH & SOLEH)), jauh sekali untuk jadi semakin teruk.

Apabila Palastine, Gaza gagal dipertahankan oleh umat Islam yang sedang berpecah belah, apabila gejala sosial, buang bayi, dadah, arak, judi, zina, rasuah, pengejaran pangkat dan harta, tipu menipu, tindas menindas, perbalahan agama, perpecahan kelompok dan fahaman, penceraian dan perpecahan keluarga, hilangnya kasih sayang sesama manusia, Serenti, penjara, shoping complex, Hendry Gurney, Sure Heboh, konsert, bola sepak dan berbagai-bagai lagi gejala yang semakin berleluasa dan di majoritikan pelakunya oleh umat Islam, maka perkara yang harus kita renung ialah…

SUDAH ISLAM KAH KITA?
MASIH ISLAMKAH KITA?

Setelah kita jawab soalan di atas, renungkan pula adakah apa yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w. dengan sempurna dulu telah benar-benar SETIAP diri kita fahami? jika sudah, benar pulakah, bersungguh-sungguh dan sempurnakah strategi praktiknya? atau kita perlu usaha lebih keras mencari di mana silapnya dan segera megembalikan fitrah Islam yang sudah tidak fitrah lagi PENZAHIRANNYA ini…!

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.;

“Akan sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong langit (di bawah kongkongan atasan mereka). Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. H.R al-Baihaqi

Kata kuncinya ialah, Islam kita sekarang ini agak pelik kerana ia tidak menghasilkan hasil yang fitrah, yang sunnah dari keIslaman itu sendiri. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan praktik keIslaman kita. Mari sama sama kita iqra’ semula.

Manusia jadi hebat bila ditekan, tetapi bagaimana caranya?

BAGAIMANA TEKANAN MENGHASILKAN KEKUATAN.

Applikasi tekanan pada sesuatu dalam cetakan (mould) yang betul seharusnya menghasilkan kekuatan. Jika asas kejadian manusia dari ‘tanah liat’, tentunya tekanan terhadap tanah yang di’basah’kan dengan air (wahyu) saja yang akan terbentuk akibat tekanan dan pembakaran itu. Jika tidak pada cetakan yang betul, atau bahan yang rapuh (seperti tanah liat yang kering) maka tekanan itu akan menyebabkan kemusnahan dan perpecahan.

Kita lihat bagimana Kaum Cina di Malaysia jadi maju. Mereka tiada Amanah Saham bumiputera, Quota Bumiputera, bantuan MARA dan macam macam lagi berbanding Melayu. Bagi mereka ini adalah satu tekanan. Tapi bagaimana mereka boleh semakin maju, berbanding MELAYU yang di ‘cetak’ dengan segala kelembutan, bantuan dan kenikmatan ini.? Pastinya mereka menggunakan kaedah KESATUAN, kaedah pengetahuan yang strategik, istiqomah dan kesungguhan dalam usaha mereka. Pada ‘hakikat’nya mereka BERPUASA, berzakat kepada kesatuan mereka dan sentiasa pakai baju (sistem) dan kenderaan ‘baru’ setiap tahun.

Sehingga tahun 1940’an semasa peristiwa Holocaust yang menyembelih dan membunuh 6 juta orang yahudi, mereka masih lagi dalam kategori loser dalam dunia. Dari 1940-2010, kurang lebih 70 tahun berlalu. Kalau masa holocaust dulu seorang itu anak dara sunti, sekarang dah ada cucu yang dewasa dan juga cicit. Kami nampak, mereka BANGKIT kerana tekanan semasa holocaust itu sehingga mereka membangkitkan generasi sehingga lapis yang ke-4 sekarang ini. Cicit mereka sekarang dah buat facebook ini, cucu mereka dah cipta telekomunikasi digital, cucu mereka dah cipta internet, anak cucu mereka dah kawal ekonomi global sehingga dijentik sikit oleh Soros sahaja, jutaan manusia hilang tempat bergantung, hilang kerja, mati kebuluran dan macam-macam lagi atas kuasa yang terhasil dari sejarah mereka yang DI TEKAN.

Ambillah pelajaran dari kebangkitan yahudi, yang jika Hitler mahu, dia boleh bunuh kesemuanya, tapi ditinggalkan segelintir untuk pelajaran buat generasi masa kini. Mereka berjumlah ‘sedikit’, tiada negara pun pada asalnya, tetapi kini menguasai dunia secara Assobiyyah, mementingkan kelompok mereka sahaja. Itulah Bani ISRAEL.

APA JADI DENGAN PALASTINE?

SUDAH HAMPIR 1000 BULAN, Palastine berjuang dengan baling batu, berdemonstrasi dan air mata tanpa nampak tanda-tanda kemenangan. Setiap datangnya RAMADHAN, Rejim Zionis akan buat hal, pembunuhan, pengeboman akan dilancarkan. Tidak lansung peduli etika peperangan, apatah lagi kemanusiaan. Anak kecil, orang tua, wanita, ibu mengandung semua turut dibunuh sewenang-wenangnya. Negara negara Arab yang gagah, kaya dan mewah terus alpa dan MABUK KUASA.

Ya, Palastine benar-benar memerlukan satu hidayah, petunjuk Allah yang MAHA BIJAKSANA melalui konsep LAILATULQADAR. Satu strategi yang berkesan, lebih baik dari 1000 bulan, 83 tahun meneruskan perjuangan dengan kaedah yang sama, yang tidak membuahkan kemenangan. SYARATNYA mereka harus istiqomah berpuasa dan berterawih secara hakikat (applikasi saintifiknya).

Pressure creates diamond. Seharusnya orang Palestine berhenti guna batu dan kembali upgrade diri mereka…bukan setakat Palestine, semua orang Islam perlu upgrade, perlu ISLAH, cari rahsia AMAL SOLEH. Inilah tekanannya untuk jadikan kita DIAMOND….atau….tin coke! (kemik bila di tekan).

Sesungguhnya Palastine harus praktikkan strategi yang terselindung di sebalik kelima lima RUKUN ISLAM, contohnya sentiasa memperbanyakkan silah (kata pokok solat, selawat, silatulrahim), berbincang mencari hidayah paling baik (isi Fatihah) dengan penuh tunduk dan berkasih sayang. Banyakkan berpuasa dari pembaziran dolar, waktu dan amarah, berterawih cari hidayah, kumpulkan zakat yang fitrah, secukupnya, pakai baju (sistem dan pendekatan) baru dalam perjuangan mereka. Bermaaf-maafan DI PAGI RAYA. Hentikan perselisihan faham di kalangan mereka dahulu (tiada lagi HAMMAS, TIADA FATTAH)…

Sementara itu, kita di Malaysia harus segera sedar dari lamunan dan hayalan juga. Buatlah sesuatu untuk menyedarkan generasi kita agar terbina generasi PRIHATIN yang sentiasa menzikirkan pesanan Rasulullah s.a.w. dan memahami arahan Allah yang ternukil dalam al-Qur’an KESELURUHANNYA.

Sayangi agama kita, fahami Islam, berstrategilah dengan strategi Islam, untuk mensejahterakan diri, keluarga, masyarakat, negara kita dan ummat dunia amnya, tanpa mengira kaum dan tutur bangsa. Bersatulah saudara-saudara kami semua..

Perkongsian Iqra’ Ramadhan
WARGA PRIHATIN