KITA KAFIR KERANA LOGO DAN NAMA? ATAU KERANA AKIDAH DAN AMALAN?

00 KAFIR LOGO NAMA

KITA KAFIR KERANA LOGO DAN NAMA? ATAU KERANA AKIDAH DAN AMALAN?

Sejak akhir-akhir ini semakin jelas kekaburan halatuju dan kayu ukur yang kita gunapakai dalam menentukan keislaman dan keimanan kita.

Semakin hari semakin banyak wujudnya pergerakan dan pertubuhan baru menggunakan pelbagai NAMA dan LOGO. Masing-masing menggelar diri sebagai pejuang Islam dan saling memisah antara satu dengan yang lain, dari peringkat setempat sampai ke tahap dunia.

Ada terlalu banyak gerakan dengan berbagai-bagai doktrin yang disampaikan oleh pengasas masing-masing. Sebahagiannya agak radikal, bahkan sangat agresif sehingga sanggup melakukan keganasan, memperbudak-budakkan dan menindas pengikut mereka sampai ke tahap tidak masuk akal. Apa yang dipanggil ajaran sesat ini terlalu panjang senarainya sekarang.

Lebih malang lagi pecahan yang banyak ini saling merendah dan ‘mengkafirkan’ pihak lain. Masing-masing menganggap diri mereka terbaik dan bakal menempati syurga, manakala pihak yang tidak bersama mereka bakal masuk neraka.

Kita sudah jadi penyembah NAMA, LOGO, OBJEK dan BODY. Nama pertubuhan, nama dan susuk individu, benda dan logo menjadi ukuran kita sekarang. Sampai kepada huruf dalam nama UPIN dan IPIN pun kita jadikan isu hangat yang ‘mengkafirkan’ golongan itu dan ini. Alangkah jumudnya kita.

Budaya Syuro yang Allah anjurkan untuk mencari persamaan telah digantikan dengan budaya debat yang mencari perbezaan dan pertentangan. Dengan adanya kemudahan maya lebih menyulitkan lagi. Maklumat dihujung jari. Lebih mudah untuk menggali kesalahan orang dan mencaci maki kerana tidak nampak muka. Fitnah tetap sampai dan tersebar juga.

Belajar melalui maya juga banyak kelemahannya. Disiplin dan adab murid dengan guru seperti amalan BERTALAQQI sudah tiada lagi. Individu atau institusi yang kita ceduk ilmunya juga kita maki ikut suka. Celupar dan lancangnya mulut dengan pelbagai lontaran caci maki, carut marut nauzubillah… amat teruk sekali. Akhirnya ilmu yang kita dapat juga tidak berkat.

APA YANG MENGELIRUKAN KITA SEBENARNYA?

Jiwa umat yang kosong sekarang membuatkan ramai bijak pandai dan golongan penipu yang mengambil kesempatan MENYESATKAN kita. Apa sahaja yang disogokkan akan kita telan membabi buta. Asal ada nama Islam, ada rujuk quran sedikit sebanyak, ada susuk tubuh yang nampak wara’ sikit, pakai serban, jubah, janggut atau dahi lebam sahaja, maka mudah menjadi ikutan kita.

Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, Warga Prihatin juga menjadikan masyarakat keliru. Apabila melihat kepada usaha Wakaf Enterprise dan operasi amal yang tidak meminta-minta bantuan secara paksa, baik dari pihak kerajaan mahupun orang ramai, maka ada yang mengatakan RPWP ‘macam ARKAM. Tetapi gaya pakaian, ketaksuban terhadap pemimpin dan amalan poligaminya tidak pula!!

Apabila bicara pendidikan anak-anak di akademi Insan Prihatin, dikatakan RPWP macam Maahad Al-Zaytun di Indonesia. Malah dan yang kata konsep AIP macam beberapa Sekolah Antarabangsa di Turki. Tetapi bila dilihat struktur yuran, kemegahan prasarana dan silibus pendidikan tak sama pula!!

Apabila bicara tentang quran, ada yang mengatakan RPWP macam Milah Abaraham, N11 atau Pemuda Kahfi. Tetapi apabila dilihat dari amalan ritual harian, doktrin agama, ketelusan operasi, perhubungan dengan masyarakat dan hasil pendidikan akhlak warga dan anak-anak tidak pula sama!!

Apabila mengulas isu bidaah dan beberapa amalan ritual yang kontroversi, ada yang mengatakan RPWP macam WAHABI. Tetapi melihat kepada amalan ritual RPWP tidak pula menampakkan macam wahabi!! tahlil, yasin, selawat Nabi dan lain-lain masih diamalkan.

Hari ini, pagi-pagi lagi seorang kerabat yang mendendangkan selawat dan marhaban RPWP mendapat telahan Syiah pula. Hanya kerana ada satu rangkap dalam lafaz marhaban yang sudah sekian lama kita semua baca. Begitu juga ada yang mengatakan kami SYIAH ketika mengulas beberapa isu yang mengaitkan sejarah para sahabat dan isteri Rasulullah SAW.

Sebenarnya kami amat kasihan dengan mereka yang suka berperasangka begini. Yang jelas orang seperti ini adalah golongan yang jahil tetapi MALAS BERTANYA dan MALAS BELAJAR sedangkan ilmu ada disekitar mereka. Samalah macam orang yang lapar tapi tak mahu makan walaupun makanan ada depan mata. Golongan ini Allah gelar ZALIM.

Secara kebetulan memanglah akan ada persamaan antara kami dengan pelbagai gerakan Islam yang berbagai-bagai nama itu, kerana yang sedang kami cuba bangunkan sekarang ini adalah agama yang sama, merujuk kepada isi kitab dan sunnah rasul dari Allah yang sama.

BAGAIMANA MENENTUKAN 1 YANG HAK DARIPADA 73?

Sebenarnya melalui kekeliruan inilah DAJJAL menyusup masuk. Kita tidak tahu dalam banyak-banyak pecahan ini, yang mana satukah yang betul-betul benar dan hak di sisi Allah. Generasi muda mudah keliru kerana ada setengahnya tidak menampakkan banyak perbezaan pun. Hanya orang yang mengkaji dan memperhalusi sahaja dapat mengesan di mana ‘kesesatan’nya.

Ini juga merupakan soalan yang banyak memenuhi inbox kami. Bagi kami mudah sahaja. Kita akan terus sesat dan kebingungan, hidup dalam sangka-sangka selagi kita masih menyembah BENDA dan NAMA selain dari Allah. Kembalilah kepada hadis wida’ nabi SAW, TAROKTU FI KUM AMROIN…

Tidak kiralah samada kita pengikut SYIAH, SUNNI, WAHABI, MUHAMMADIAH, NAHSYABANDI, ARQAM, TABLIGH, PAS, PASMA, UMNO, PKR, MILAH IBRAHIM, N11, PEMUDA KAHFI, TUHAN HARUN, AYAH PIN atau apa sahaja, kita semua bakal masuk neraka selagi tak pakai ilmu quran dan sunnah…

Berilah nama apapun. Selagi kita berbuat atas dasar ikut-ikut, tanpa kefahaman yang jitu dan meyakinkan, maka bakal ke lautlah jawabnya. Janganlah perasan dan berangan nak masuk syurga selagi kita masih menyembah nama dan bersangka-sangka..

QS: 10. Yunus 36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

QS: 4. An Nisaa’ 123. (Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak ada penolong baginya selain dari Allah.

QS: 4. An Nisaa’ 120. Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.

QS: 57. Al Hadiid 14. Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh yang amat penipu.

QS: 5. Al Maa’idah 68. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang BER’AGAMA SEDIKITPUN’ hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.” Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.

SUNNI, SYIAH, WAHABI, NAHSYABANDI, MUHAMMADI, TABLIGH, ARQAM, DAN ENTAH APA-APA LAGI ITU HANYA SEKADAR NAMA NAMA YANG KITA ADA ADAKAN SAHAJA… LEPASTU MASING MASING MENDABIK DADA MENGATAKAN MEREKA LEBIH BAGUS DARI YG LAIN…

Padahal semua itu adalah angkara NUJUM PAK BELALANG belaka. Cuba lihat Surah Nujum ini…

QS: 53. AN NAJM 23. Itu tidak lain hanyalah NAMA-NAMA yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuknya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang PETUNJUK kepada mereka dari Tuhan mereka.

KESIMPULANNYA

Ikutilah PETUNJUK dari KITAB yang dijadikan sebagai KETETAPAN Allah untuk kita. Itulah yang telah dipegang teguh serta dilaksanakan perintah dan prinsipnya oleh para rasul sebagai uswah kepada kita. Bukan cuma dibaca dan dilagu-lagukan sahaja.

Jangan sekali-kali terjerat dengan ASOBIYAH. TAKSUB dan berbangga tidak tentu pasal dengan pecahan bangsa, NAMA-NAMA dan logo khas pertubuhan atau gerakan kita. Jangan terlalu mudah melabel orang lain dan mengKAFIRkan mereka secara PEKEJ.

Selaku manusia yang dijadikan sebagai lalai dan PELUPA ini, kita semua sentiasa terdedah kepada banyak keingkaran atau kekafiran secara terpencil setiap hari tanpa di sedari. Ada kalanya terpaksa kita lakukan dengan sengaja sekalipun kita sangat mahu mengelakkannya. Kerana itu nabi SAW sendiri dikatakan beristighfar lebih 100 kali setiap hari. Apatah lagi kita yang jahil dan lemah ini.

Di RPWP kami ikut semua petunjuk yang Allah telah berikan dan Rasul telah laksanakan. Kami cuba sedaya upaya untuk melaksanakannya secara kaffah, bukan pilih-pilih walaupun ada kalanya ia tidak sesuai dengan selera peribadi atau keluarga kami. Inilah antara kelemahan dan kesilapan banyak gerakan dan ajaran Islam yang gagal kita kenalpasti lalu membuatkan kita terjebak dan dipesongkan tanpa disedari.

Berhentilah menyembah dan bersandar kepada NAMA, LOGO dan SUSUK TUBUH seperti kayu mati. Berhentilah dari berangan-angan baik dan berprasangka terhadap orang lain. Sibukkan diri dengan mengkaji kelemahan diri dan menuntut ilmu daripada sibuk MENGKAFIRKAN orang lain. Dengan ilmu dan kefahaman sahaja yang mampu membina iman dalam diri seperti pokok yang hidup (QS:14/24-25). InsyaAllah kita tidak akan jadi KAYU yang asyik BERSANDAR kepada pihak lain lagi.

QS: 63. Al Munaafiquun 4. Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan?

Semuga perkongsian ini bermanfaat.
WARGA PRIHATIN