CORETAN IKHLAS DARI STOCKHOLM

Kami tidak perasan coretan travelog Saiful Nang yang kini sedang dalam rangka kerja di Eropah ini sehingga ianya jadi viral dan keluar di Astro Awani. Apabila kami baca catatan ringkas ini memang banyak benarnya sebagai pelajaran buat rakyat dan pemimpin kita.

Jika anda sudah baca, boleh terus lompat ke sambungan ulasan kami di hujung artikel ini. Jika belum silalah baca dahulu agar mampu memahami sambungan ulasan kami nanti….

* * *
Orang kat Sweden ni pun bising juga pasal tax. Income tax dia sampai 45%. Dapat gaji separuh gomen ambik. Dah lah macam tu… GST sampai 24% !! Kalau di Malaysia, yang 6% pun dah rusuhan. Income tax 20% pun ramai cilok. TAPI SWEDISH TETAP TAK GADUH SANGAT bayar tax.

KENAPA?

Kerana education terbaik dunia dia dari kecil sampai universiti semua FREE. Public transport mereka bagus dan murah, barang makan murah, highway free, jalanraya cantik, insuran kesihatan tak perlu kerana healthcare dia lagi baik dari private hospital kita. Tidaklah sampai datang hari ini utk temujanji dengan pakar, 15 bulan nanti baru jumpa.

Pencuri di sini tak ramai kerana yang jobless pun dapat gaji berdasarkan 70-80% gaji terakhir mereka. Tak ada sebab orang nak pecah rumah orang lain.

Lagi yang mereka tak marah sangat, menteri-menteri dan PM dia orang biasa sahaja. Tak kaya mana pun macam PM Uganda yang banyak jet.

Petang ni ke Paris…. Siapa nak ngopi sila PM.

Lupa satu lagi. Ni gambar saya dengan kawan saya tengah highway ada accident. Tengok lane kosong ni kenapa tak ada orang menyelit potong queue? Kerana accident ni jauh di depan. Kami berhenti dalam 15 minit dalam 1 barisan supaya bila accident tu buka 1 lorong sahajapun, traffic dah surai.

Kita pula, buka 1 lorong bahagian kosong ni mesti penuh sampai ke tempat accident. Lepas tu masa nak masuk 1 lorong, semua tak nak bagi jalan. Kanan kata kiri potong queue, kiri kata kanan potong queue. Last-last benda yang boleh settle 10 minit pun, 2 jam tak selesai lagi. Buatlah highway 50 lorong pun… Yang penting ialah sikap yang perlu disekolahkan.

Bukan kata mereka bagus semua. Tapi bukankah jika nak dijadikan contoh, kita kenang yang baik sahaja dan yang buruk kita diam-diam dan balik nanti kita jadikan sempadan. Apapun, syukurlah Uganda masih aman. Nama saya Saiful Nang… saya sayang Uganda.

SAIFUL NANG
Stockholm

KESIMPULAN

Bohonglah jika kami katakan kami suka dengan cukai setinggi 45% nilai pendapatan dan 20% GST. Tetapi melihat kepada efisiensi pengurusan kewangan kerajaan mereka, terasa ada wajarnya juga.

Dalam beberapa trip sebelum ini, Saiful Nang telah kongsikan juga tingginya disiplin dan tanggungjawab sosial anggota polis dan badan penguatkuasa mereka. Kepentingan rakyat sangat diutamakan. Gaji polis mereka tinggi tetapi rasuah tiada. Hukuman rasuah juga terlalu berat. Keselamatan kejiranan terjamin.

Saman trafik tidak dicaj secara tetap, tetapi mengikut kadar pendapatan pesalah. Ada yang setinggi 30% dari slip gaji. Lebih kaya dan berpangkat, hukumannya semakin berat. Kerana itu masing-masing takut untuk lakukan kesalahan. Ini menghasilkan pemandu yang berdisiplin seperti di Singapore.

Tidak seperti di sini bilamana kompaun trafik sama saja nilainya. Bahkan yang miskin sering teraniaya sedangkan si kaya dan berpangkat pula sering terlepas dari membayar denda kerana mereka ada kuasa. Ada yang mengumpul sehingga ratusan saman yang dilakukan oleh diri sendiri, anak isteri dan saudara mara untuk dihapus kira. Penguatkuasa pun sering serbasalah.

Yang lebih sadis ialah amalan rasuah yang parah. Baik pegawai tinggi mahupun yang rendah. Kerana itu hasil kutipan cukai jadi tiris dan tidak berkah. Jika perbelanjaan negara tidak berhemah, bagaimana prasarana boleh ditambah?

Itulah antara punca rakyat kita tolak GST walaupun hanya 6%. Semua golongan terkena bebanannya, termasuk asnaf yang miskin dan yatim piatu. Sedangkan mereka ini adalah golongan susah yang harus dibantu.

Tidak seperti amalan di sana yang mana prasarana jalan, pengangkutan awam, kesihatan, pelajaran dan keselamatan amat baik dan percuma. Orang sihat yang tiada kerja pun dibayar mengikut nilai gaji terakhirnya. Apatahlagi yang miskin macam kita.

Sekarang ini GST dikenakan juga biarpun rakyat tidak rela.

Harapan kami agar dana kutipan tidak disia-sia. Rancanglah perbelanjaan agar semua perkhidmatan rakyat dapat diperbaiki. Jauhilah rasuah dan ketirisan wang negara ini.

Kami mewakili rakyat marhaen yang tidak mampu ke hospital swasta merayu agar ditambah jumlah doktor dan prasarana perubatan, khususnya doktor sakit puan dan perbidanan.

Ketahuilah bahawa ‘darurat maruah’ telah menyebabkan kaum ibu merana sejak sekian lama. Mereka terpaksa menebalkan muka melahirkan bayi dengan bantuan doktor lelaki. Bukankah Islam itu agama rasmi kita?

Semuga rintihan kami didengari…

WARGA PRIHATIN

Warga Prihatin's photo.