Category: Politik

PRU14 – PILIHANRAYA PALING SENGIT

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156934696662786/”]



APA YANG TIDAK KENA DENGAN USTAZ AUNI? APA HUBUNGANNYA DENGAN RPWP?

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156898962027786/”]



FRIENDLY REMINDER UNTUK SAHABAT PEMIMPIN YANG DIKASIHI

[fb-e url=”https://www.facebook.com/DrMasjuki/photos/a.726298680807818.1073741828.726257017478651/1375866249184388/”]



LEPAS DISIASAT POLIS, SPRM ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA

LEPAS DISIASAT POLIS, SPRM ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA

Timeline hampir kesemua media dipenuhi dengan berita ini sejak petang semalam. Sedih dan sayu membaca apa yang ditulis serta gambar yang disiarkan oleh para pemberita. Diberitakan ramai yang khusyuk berdoa sehingga menitiskan airmata.

Sama-samalah kita doakan agar para pegawai dan anggota SPRM dapat menjalankan tugas mereka dengan gigih, telus dan saksama. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Kami telah teliti semua artikel mengenai berita ini dari semua saluran media untuk mendapatkan kesahihannya. Kami petik dari semua sumber agar dapat kita hayati beritanya.

“Allahumma Salaamatan Fiddien”

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * *

PUTRAJAYA – Ogos 04, 2015 : Kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis Solat Hajat Perdana hari ini bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah. Ia telah diadakan di bangunan pentadbiran SPRM di sini selepas solat Zohor, dipimpin Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Tazkirah ringkas dan doa memohon supaya SPRM dapat meneruskan perjuangan membela maruah agama, bangsa dan tanah air disusuli selepas itu.

Antara kandungan doa berkenaan ialah: “Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa.”

Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.

“Rasuah ini berpunca daripada perbuatan yang haram. Rasullah kata, orang yang memberi dan menerima rasuah masuk neraka. Nak cegah orang masuk neraka ini satu pekerjaan yang berat, yang besar. Jadi, kita kena minta tolong daripada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui yang akan menunjuk jalan membantu kita melaksanakan tugas terbaik dan paling mulia,” katanya.

Zakaria, 58, yang akan bersara secara rasmi pada 12 Oktober ini berkata, sepanjang 35 tahun khidmatnya dalam agensi itu, beliau menganggap perjuangannya ialah “mencegah individu daripada terjerumus ke neraka”.

“Daripada masuk kerja, sampai habis pencen, 35 tahun berjuang mencegah orang daripada masuk neraka dan saya menjadikan sepanjang hidup itu sebagai satu ibadah. Apabila saya keluar daripada (SPRM) ini, saya pindahkan apa yang saya yakini kepada semua warga SPRM, supaya sepanjang masa apa yang dibuat ini menjadi ibadah di sisi Allah,” katanya.

CAWANGAN SPRM SELURUH NEGARA

Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.

Antaranya di Negeri Sembilan di mana solat hajat didirikan selepas solat dhuha sekitar jam 9 pagi dan dihadiri 36 kakitangan termasuk Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam.

Sementara Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban mengambil peluang menyampaikan amanat dan pesanan kepada pegawai dan kakitangan yang menjadi jemaah solat hajat.

Selain itu, SPRM Johor, Melaka dan Terengganu turut diadakan pada Isnin dan Selasa.

SIRI PENAHANAN PEGAWAI SPRM

Solat hajat ini dilakukan selepas beberapa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan bagi membantu siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setakat ini, beberapa pegawai SPRM telah ditahan dan diambil keterangan berhubung kes kebocoran maklumat siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara yang telah ditahan untuk diambil keterangannya ialah Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik Datuk IG Chandran dan pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat.

Semalam, polis Cawangan Khas menyoal siasat Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bagi membantu siasatan dalam kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Manakala bekas Ahli Lembaga Penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh ditahan Sabtu lalu kerana dipercayai berkaitan dengan laporan pertemuannya dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.

Polis Cawangan Khas turut menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi mencari dokumen berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat dibebani hutang berbilion ringgit itu. Serbuan di pejabat Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya itu turut merampas sebuah komputer riba, malah kediamannya juga diperiksa.

Sazilee, pegawai yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, antara 3 yang ditahan minggu lalu selain Rashpal dan Sekretariat Kewangan dan Pasukan Petugas Khas Pentadbiran Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

KREDIT BERITA & FOTO : BERNAMA, SINAR HARIAN, MALAYSIA KINI, ASTRO AWANI, TMI,

Warga Prihatin's photo.
[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10154086219427786:0″]


CORETAN IKHLAS DARI STOCKHOLM

Kami tidak perasan coretan travelog Saiful Nang yang kini sedang dalam rangka kerja di Eropah ini sehingga ianya jadi viral dan keluar di Astro Awani. Apabila kami baca catatan ringkas ini memang banyak benarnya sebagai pelajaran buat rakyat dan pemimpin kita.

Jika anda sudah baca, boleh terus lompat ke sambungan ulasan kami di hujung artikel ini. Jika belum silalah baca dahulu agar mampu memahami sambungan ulasan kami nanti….

* * *
Orang kat Sweden ni pun bising juga pasal tax. Income tax dia sampai 45%. Dapat gaji separuh gomen ambik. Dah lah macam tu… GST sampai 24% !! Kalau di Malaysia, yang 6% pun dah rusuhan. Income tax 20% pun ramai cilok. TAPI SWEDISH TETAP TAK GADUH SANGAT bayar tax.

KENAPA?

Kerana education terbaik dunia dia dari kecil sampai universiti semua FREE. Public transport mereka bagus dan murah, barang makan murah, highway free, jalanraya cantik, insuran kesihatan tak perlu kerana healthcare dia lagi baik dari private hospital kita. Tidaklah sampai datang hari ini utk temujanji dengan pakar, 15 bulan nanti baru jumpa.

Pencuri di sini tak ramai kerana yang jobless pun dapat gaji berdasarkan 70-80% gaji terakhir mereka. Tak ada sebab orang nak pecah rumah orang lain.

Lagi yang mereka tak marah sangat, menteri-menteri dan PM dia orang biasa sahaja. Tak kaya mana pun macam PM Uganda yang banyak jet.

Petang ni ke Paris…. Siapa nak ngopi sila PM.

Lupa satu lagi. Ni gambar saya dengan kawan saya tengah highway ada accident. Tengok lane kosong ni kenapa tak ada orang menyelit potong queue? Kerana accident ni jauh di depan. Kami berhenti dalam 15 minit dalam 1 barisan supaya bila accident tu buka 1 lorong sahajapun, traffic dah surai.

Kita pula, buka 1 lorong bahagian kosong ni mesti penuh sampai ke tempat accident. Lepas tu masa nak masuk 1 lorong, semua tak nak bagi jalan. Kanan kata kiri potong queue, kiri kata kanan potong queue. Last-last benda yang boleh settle 10 minit pun, 2 jam tak selesai lagi. Buatlah highway 50 lorong pun… Yang penting ialah sikap yang perlu disekolahkan.

Bukan kata mereka bagus semua. Tapi bukankah jika nak dijadikan contoh, kita kenang yang baik sahaja dan yang buruk kita diam-diam dan balik nanti kita jadikan sempadan. Apapun, syukurlah Uganda masih aman. Nama saya Saiful Nang… saya sayang Uganda.

SAIFUL NANG
Stockholm

KESIMPULAN

Bohonglah jika kami katakan kami suka dengan cukai setinggi 45% nilai pendapatan dan 20% GST. Tetapi melihat kepada efisiensi pengurusan kewangan kerajaan mereka, terasa ada wajarnya juga.

Dalam beberapa trip sebelum ini, Saiful Nang telah kongsikan juga tingginya disiplin dan tanggungjawab sosial anggota polis dan badan penguatkuasa mereka. Kepentingan rakyat sangat diutamakan. Gaji polis mereka tinggi tetapi rasuah tiada. Hukuman rasuah juga terlalu berat. Keselamatan kejiranan terjamin.

Saman trafik tidak dicaj secara tetap, tetapi mengikut kadar pendapatan pesalah. Ada yang setinggi 30% dari slip gaji. Lebih kaya dan berpangkat, hukumannya semakin berat. Kerana itu masing-masing takut untuk lakukan kesalahan. Ini menghasilkan pemandu yang berdisiplin seperti di Singapore.

Tidak seperti di sini bilamana kompaun trafik sama saja nilainya. Bahkan yang miskin sering teraniaya sedangkan si kaya dan berpangkat pula sering terlepas dari membayar denda kerana mereka ada kuasa. Ada yang mengumpul sehingga ratusan saman yang dilakukan oleh diri sendiri, anak isteri dan saudara mara untuk dihapus kira. Penguatkuasa pun sering serbasalah.

Yang lebih sadis ialah amalan rasuah yang parah. Baik pegawai tinggi mahupun yang rendah. Kerana itu hasil kutipan cukai jadi tiris dan tidak berkah. Jika perbelanjaan negara tidak berhemah, bagaimana prasarana boleh ditambah?

Itulah antara punca rakyat kita tolak GST walaupun hanya 6%. Semua golongan terkena bebanannya, termasuk asnaf yang miskin dan yatim piatu. Sedangkan mereka ini adalah golongan susah yang harus dibantu.

Tidak seperti amalan di sana yang mana prasarana jalan, pengangkutan awam, kesihatan, pelajaran dan keselamatan amat baik dan percuma. Orang sihat yang tiada kerja pun dibayar mengikut nilai gaji terakhirnya. Apatahlagi yang miskin macam kita.

Sekarang ini GST dikenakan juga biarpun rakyat tidak rela.

Harapan kami agar dana kutipan tidak disia-sia. Rancanglah perbelanjaan agar semua perkhidmatan rakyat dapat diperbaiki. Jauhilah rasuah dan ketirisan wang negara ini.

Kami mewakili rakyat marhaen yang tidak mampu ke hospital swasta merayu agar ditambah jumlah doktor dan prasarana perubatan, khususnya doktor sakit puan dan perbidanan.

Ketahuilah bahawa ‘darurat maruah’ telah menyebabkan kaum ibu merana sejak sekian lama. Mereka terpaksa menebalkan muka melahirkan bayi dengan bantuan doktor lelaki. Bukankah Islam itu agama rasmi kita?

Semuga rintihan kami didengari…

WARGA PRIHATIN

Warga Prihatin's photo.


RM2.6 BILION DIDAKWA DALAM AKAUN NAJIB DARI DANA PENDERMA, BUKAN 1MDB – SPRM

RM2.6 BILION DIDAKWA DALAM AKAUN NAJIB DARI DANA PENDERMA, BUKAN 1MDB – SPRM
Astro Awani | Ogos 03, 2015

Sangat mengejutkan. Tidak sampai sejam sudah lebih 9,000 likes, 7,000 komen, lebih 6,000 share untuk artikel berita ini.

Ramai yang musykil dengan istilah ‘derma’ tu… Dalam Islam derma dikaitkan dengan SEDEKAH. Ini membawa maksud bukti MEMBENAR atau MEN’SIDDIQ’KAN suatu keperluan 8 asnaf atau untuk membenarkan usaha ibadah atau jihad fisabilillah (QS:9/60)

Mungkin perlu dijelaskan lebih lanjut dengan istilah dan tujuan ‘derma’ itu. Jika tidak, maka inilah jadinya… YAB Perdana Menteri hangit kena sindir dan dicerca dengan kenyataan yang tergantung ini.

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.

Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas wujud pelbagai siasatan yang diadakan secara serentak ke atas beberapa organisasi berkaitan.

SPRM sendiri memberi tumpuan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sementara Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Warga Prihatin's photo.


LUAHAN YANG MELAMPAU

LUAHAN YANG TERLAMPAU

Sekian lama memerhatikan rentak reaksi rakyat yang menghambur caci cerca dengan berbagai gaya bahasa yang sukar untuk diterima di page YAB Perdana Menteri.

Kadang-kadang terasa pelik juga mengapa admin page PM membiarkan sahaja semua kutukan itu tanpa berusaha menyaring dan memadamkannya.

Apa yang terjadi sejak 28 Julai amat mengejutkan sekali. Tidak menyangka reaksi pembaca di Facebook YAB Perdana Menteri selepas pengumuman rombakan kabinet jadi sedahsyat itu.

Sukar dibayangkan kutukan sebegitu boleh berlaku terhadap laman sosial seorang individu yang bergelar YANG AMAT BERHORMAT. Situasi itu turut dilapurkan secara meluas di media.

Ada kalanya jumlah komen itu mencecah sekitar 40,000. Ternyata jumlah itu masih sukar dikurangkan walaupun kami yakin admin page berusaha memadamkannya. Hingga saat artikel ini ditulis pun jumlah yang tertera masih sekitar 24,000.

Tidak dapat dibayangkan apakah persepsi Perdana Menteri UK yang sedang melawat Malaysia terhadap negara kita. Beliau pastinya turut melayari page Perdana Menteri kerana turut di ‘TAG’ oleh PM dalam satu mesej khas yang mengaitkan lawatannya.

Yang nyata ada unsur kebejatan akhlak yang amat berat dalam scenario ini.

Pertamanya fenomena di mana rakyat tidak lagi mampu berakhlak dalam menyuarakan ketidakpuasan hati. Dari media sosial, poster, ceramah bahkan sanggup berdemonstrasi untuk meluahkan isi hati dan rasa benci.

Keduanya fenomena di mana Para Pemimpin kita sudah hilang pertimbangan dan sensitiviti. Rintihan dan suara hati rakyat yang semakin membenci seperti tidak diendahkan sama sekali.

Terlalu tabah dan kebal sekali perasaan mereka ini. Sebagai rakyat kami tidak TERGAMAK mencaci seteruk ini dan terasa malu membiarkan anak cucu melihat dan memerhati.

Jika kami jadi pemimpin juga pasti kami akan segera angkat kaki. Tidak sanggup untuk terus memimpin rakyat yang keterlaluan membenci seperti ini. Apalah guna kuasa dan harta jika rakyat dan orang yang dipimpin bukan sahaja tidak hormat pada kita, malah terus-terusan mencaci dan menghina.

KITA SALUTE. SESUNGGUHNYA PEMIMPIN KITA MEMANG TERLALU “TABAH DAN CEKAL” SEKALI.

Warga Prihatin

https://www.youtube.com/watch…

Warga Prihatin's photo.


AHMAD MASLAN SANGKAL MUHYIDDIN, TIADA WANG MASUK AKAUN NAJIB

AHMAD MASLAN SANGKAL MUHYIDDIN, TIADA WANG MASUK AKAUN NAJIB

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan dalam sebuah video bahawa wang jutaan ringgit disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Video berkenaan dirakamkan ketika beberapa pengunjung, termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menziarahi Muhyiddin di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, malam semalam.

Walau bagaimana pun semalam Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengakui dana berjumlah RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar.

“Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu.

“Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Makan Malam Perdana dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera di Menara Matrade pada malam Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin dalam sebuah video yang mendakwa Najib mengakui RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaunnya.

Dalam masa sama, Ahmad Maslan menyindir Muhyiddin kerana mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.

“Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya boleh atau tidak Barisan Nasional menang, saya menjawab esok tidak lagi pilihan raya..itu jawapan saya.

“Esok persiapan untuk pilihan raya. Kalau ada pimpinan mengatakan, jika esok pilihan raya Barisan Nasional akan kalah, saya berpandangan berbeza. Esok tidak ada pilihan raya. Pilihan Raya mungkin 2018.

“Oleh itu persiapan perlu dibuat dengan pemantapan parti dan jika kita bersatu pembangkang berpecah belah..yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu jangan kita berpecah belah,” katanya.

Muhyiddin baru-baru ini ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras berkata, BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dalam masa terdekat ini.

“Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak,” kata Muhyiddin.

********************************
SUMBER: KINI-TV, FMT

 



VIDEO PENAHANAN IBU TIRI SUSPEK DERA – BERITA TERKINI TV1

VIDEO PENAHANAN IBU TIRI SUSPEK DERA – BERITA TERKINI TV1

Ini rupa ibu tiri yang mendera Nur Zuliana hingga cacat. Lihat betapa angkuh gaya jalannya… sama dengan gaya bahasa di FB nya… tidak peliklah beliau tergamak mendera sampai begitu rupa.

Kita tunggu sandiwara dan alasan apa yang bakal diberikan kepada pihak polis semasa soal siasat sepanjang reman 4 hari ini.

(Wajarnya Polis “reman penjara” sahaja mereka ini maksima 60 hari untuk kes berat seperti ini).

Tindakan suami wanita ini yang membawa lari isterinya selepas kes terbongkar adalah amat mencurigakan. Mungkinkah si bapa sendiri yang melakukan penderaan yang amat trajis terhadap anak ini?

Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya. Semuga anak ini mendapat pengadilan yang sewajarnya.

WARGA PRIHATIN



Gambar Nurul Izzah Di Kuil Hindu, Viral Di Media Sosial

Permatang Pauh (3 MAY 2015) – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengemparkan para pengundi di Permatang Pauh apabila menyertai upacara keagamaan di salah sebuah kuil Hindu di Prai.

Paling mengejutkan apabila anak kepada Anwar Ibrahim itu turut kelihatan seperti memberi hormat kepada dewa masyarakat hindu di kuil tersebut.

Gambar Nurul bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer itu kemudiannya dimuat naik di media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

Penguna media sosial kemudiannya mengecam tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai usaha terdesak pimpinan PKR bagi memancing undi masyarakat India di Permatang Pauh.

Ada juga yang menyifatkan tindakan Nurul itu toleransi dalam agama kerana mengambil pendekatan liberal Islam.

Namun SuaraTV tidak dapat memastikan sama ada Nurul Izzah turut menyertai upacara penyembahan atau hanya sekadar memberi hormat kepada sami kuil tersebut.

Nurul Izzah sembah kuil hindu 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SuaraTV walau bagaimanapun gagal menghubungi ahli parlimen Lembah Pantai itu bagi mendapatkan pengesahan dan maklum balas berhubung kejadian tersebut.

Jabatan Agama Dan Kemajuan Islam (Jakim) Sebelum ini melarang umat Islam di negara ini terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam kerana boleh menjejaskan akidah.

Menurut Jakim, fatwa tersebut berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009.

Terdahulu Nurul melahirkan kebimbangan PKR untuk mempertahankan kemenangan di kerusi Parlimen Permatang Pauh berhubung isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan parti Pas.

Nurul mengakui parti itu berhadapan dengan laluan sukar khususnya ketika berhadapan dengan ahli dan penyokong PAS.

“Ini bukan suasana yang mudah buat Pakatan Rakyat…kita terima.

“Terutamanya sejak jawatankuasa mengenai hudud diwujudkan sejak lebih setahun lalu, banyak perancangan bagi memecah-belahkan (Pakatan Rakyat) dibuat sejak awal,” katanya memtik laporan mStar Online.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan PKR berhadapan protes menerusi undi rosak di kalangan pengundi PAS yang kecewa dengan pendirian PKR berhubung hudud.

Malah isu hudud menjadi polemik di kalangan PAS dan PKR apabila  kepimpinan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil keputusan untuk memboikot kempen PKR dalam PRK Permatang Pauh.

Bagaimanapun kedua-dua entiti berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk membuat ‘pusingan U’ dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, jentera PKR digesa supaya memastikan jumlah keluar mengundi pada 7 Mei ini adalah tinggi demi kemenangan Pakatan Rakyat.

“Isu utama ialah memastikan semua pengundi keluar mengundi. Jumlah keluar mengundi adalah elemen terpenting, kemungkinan hari bekerja akan jatuh sedikit.

“Maka kita laksanakan tugasan untuk mendapatkan undi sebanyak mungkin daripada semua kumpulan,” katanya.

 

SUMBER – SuaraTV