Category: Jenayah Munakahat

DIROGOL PENDAKWAH DAN PRESIDEN NGO ISLAM



SIFAT TIDAK PEDULI TANDA DUNIA SEMAKIN SAKIT



WAJARKAH NAIKKAN HAD USIA NIKAH



BAPA TIRI ROGOL ANAK PEREMPUAN 8 TAHUN



GEJALA MAKSIAT GADIS BAWAH UMUR BERLELUASA



APA ADA DALAM MINDA KITA MELIHAT FOTO & MEMBACA BERITA INI?

[fb-e url=”https://www.facebook.com/DrMasjuki/photos/a.726298680807818.1073741828.726257017478651/1377940628976950/”]



DOA DI MEKAH MAKBUL, ISTERI TAK BERCOLI BERSAMA LELAKI DALAM RUMAH SENDIRI

Lagi tragis, apabila isterinya dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anakApabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.

Sumber: utaranews.com



GURU, TENTERA, PELAJAR IPT DAN ISTERI ORANG ANTARA 30 DITAHAN PENCEGAH MAKSIAT

Melaka, Jan 3, 2017 : “Saya baru saja mula urut, tak sangka pula kena tahan. Susahlah, habislah saya kalau macam ini. Saya rancang untuk pulang ke Putrajaya awal pagi esok (semalam), sebelum memulakan tugas.”

 

Demikian keluh seorang guru lelaki selepas dia ditahan pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika sedang mendapatkan khidmat urutan di sebuah pusat urut dan spa di Taman Melaka Raya, di sini, jam 1 pagi semalam.

 

Lelaki berusia 35 tahun berasal dari Klebang itu berkata, dia bertugas di sebuah sekolah di Putrajaya dan mahu pulang ke tempat kerja hari ini selepas bercuti di kampung.

 

Lelaki terbabit adalah antara dua kakitangan awam ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Maksiat diketuai JAIM, bermula jam 9 malam kelmarin.

 

Dalam operasi sama seorang lagi penjawat awam iaitu anggota tentera, lelaki berusia 22 tahun, dicekup ketika bersekedudukan dengan seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam berusia 21 tahun dalam sebuah bilik hotel di Ujong Pasir.

 

Ketika pintu biliknya diketuk kira-kira jam 3 pagi, lelaki terbabit memanjat keluar melalui tingkap dan bersembunyi di sebalik papan iklan dipasang pada dinding luar bangunan hotel penginapannya.

 

Sementara itu, pasangannya mendakwa dia dan anggota tentera itu tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh dan hanya bermalam di hotel terbabit.

 

“Betul saya tidak buat apa-apa dengan dia dan kami hanya tidur. Saya sepatutnya pulang ke universiti di Dungun, Terengganu malam ini (kelmarin) tapi tiket habis dan yang ada hanya pagi esok (semalam),” katanya.

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya memeriksa tujuh hotel dan empat rumah urut sepanjang operasi enam jam yang turut dibantu anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Beliau berkata, secara keseluruhan tangkapan membabitkan 10 pasangan kekasih dan sembilan lelaki yang mendapatkan perkhidmatan di rumah urut.

 

“Kami turut menahan seorang wanita bersama dua lelaki hasil pemeriksaan di sebuah hotel di Jalan Bandar Hilir, pada jam 12 tengah malam. Hasil pemeriksaan lanjut kami turut menemui peralatan menghisap dadah dipercayai syabu, namun bahan terlarang itu dipercayai sudah dibuang ke dalam lubang tandas ketika mereka melengahkan-lengahkan membuka pintu bilik,” katanya.

 

Rahimin berkata, pihaknya turut menemui serbuk putih seberat 0.49 gram hasil pemeriksaan di dalam bilik penginapan sepasang kekasih di Jalan Laksamana Cheng Ho dan mereka disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah diserahkan kepada AADK untuk siasatan lanjut.

 

Menurutnya semua individu ditahan kemudian dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAIM untuk siasatan lanjut dan membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah 1991 atas kesalahan bersekedudukan.

 

“Jika disabit kesalahan individu berkenaan boleh dikenakan denda RM3,000 bagi lelaki manakala wanita pula RM2,000. Selain itu Seksyen sama turut memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Metro

 
 


Gadis tingkatan 1 dicabul datuk dan dirogol pakcik sendiri berulang kali

Melaka, Oct 13, 2016 : Dua lelaki berusia 60-an dan 30-an ditahan polis sejak Selasa lalu, kerana dipercayai terbabit dalam kes rogol pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Batu Berendam, di sini.

 

Difahamkan kedua-dua lelaki terbabit adalah datuk dan bapa saudara mangsa berusia 13 tahun itu. Mereka di sebuah rumah di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, di sini.

 

Ketua Polis negeri Datuk Ramli Din berkata, perbuatan dua lelaki terbabit disedari selepas mangsa mengadu kepada neneknya dan wanita itu kemudian memberitahu ibu mangsa.

 

“Ibu mangsa berusia 32 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada Ahad dan Isnin lalu (9 dan 10 Oktober) bagi kes rogol dan cabul.

 

“Mangsa tinggal bersama datuk, nenek dan bapa saudara, mendakwa dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya sejak Ogos lalu, selain dicabul datuknya yang menunjukkan rakaman video lucah sejak September lalu,” kata Ramli ketika dihubungi di sini.

 

Beliau berkata, suspek kini direman tujuh hari bermula Selasa lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan 376 kanun sama kerana merogol. – Metro

 
 


Jakarta cadang ‘benarkan’ kegiatan pelacuran

PUBLISHED: May 28, 2015 12:46pm00 indo pelacuran

INDONESIA CADANG ‘LEGAL’KAN INDUSTRI PALACURAN

Dalam satu artikel berkaitan gejala sosial sebelum ini pernah kami kongsikan tahap kemaksiatan di negara jiran kita. Pemerhatian yang diceritakan Pengetua kami yang sering berkelana malah ada beberapa cawangan perniagaannya di seluruh Indonesia memang sukar diterima.

Dari 1995-2000, beliau menjelajah seluruh Indonesia untuk mengurus produk dan cawangan-cawangannya. Dari Batam, Tanjung Pinang, Dumai, Medan, Bukit Tinggi, jakarta, Pulau Gadong, Tanjung Periuk, Indramayu, Jepara, Ciribon, Bandung, Garut, Tasik Malaya, Jogjakarta, Surabaya, Malang sampailah ke Bali.

Menyentuh isu zina dan maksiat, beliau kongsikan suasana di mana arak dijual dan diminum secara terbuka di merata-rata. Toleransi terhadap zina dan maksiat terlalu tinggi. Setiap pelancung boleh mendapatkan khidmat seks dan urut dengan amat mudah. Dari abang beca, pemandu teksi sampai preman di jalan semua tahu dan ‘sudi membantu’.

Amat menyedihkan apabila beliau ceritakan betapa ahli ibadat yang kuat solat juga tidak berupaya menghalang maksiat yang berlaku siang malam di depan mata.

Di perkampungan ilmu, di mana ramai tahfiz dan guru agama, warung pelacuran, panti pijat dan pusat hiburan kecil-kecilan bersepah di kiri kanan jalan. Kita harus lalu di celah-celah ‘warung maksiat’ itu untuk ke masjid. Ada pelacur yang ‘sengaja’ berbogel mandi di telaga yang boleh dilihat orang luar dengan mudah.

Paling sadis ialah melihat sebuah taman pelacuran ‘pandu masuk’ di Surabaya. Tarian bogel juga banyak didapati di gedung hiburan yang besar-besar. Pelajar universiti dan janda muda banyak menjual tubuh secara terbuka di situ. Yang peliknya kebanyakan pelanggannya pula adalah usahawan tempatan dan pegawai tinggi negara.

Satu lagi yang diceritakan ialah warung pelacuran terbuka Di Tanjung Periuk. Kebanyakan pelacur di sini terdiri dari gadis belasan tahun.

Ada banyak lagi yang bermain di benak fikiran beliau. Barangan kulit babi pun boleh dikatakan kulit kerbau. Penipuan, kecurian dan rompakan terlalu biasa terjadi di depan mata tanpa mengira latar belakang pelaku dan mangsa.

Konsert lucah pun ada di kenduri kahwin. Beberapa penyanyi dan penari dangdut seksi dibayar untuk menghiburkan ribuan tetamu dengan pakaian separuh bogel. Pelik juga melihat pak haji dan hajjah yang bertudung lingkup  dalam majlis itu turut ‘meraikannya’ tanpa segan silu. Dengan songkok di kepala, selamba sahaja memegak secekak wang dan menyelitkannya di celah coli dan seluar dalam penari secara terbuka begitu.

Amat sukar mengenal orang yang baik dan buruk. Pepatah “Yang haram saja sudah habis dijual pak…” memang biasa di dengar dan itulah hakikatnya.

Dahulu aktiviti pelacuran dilakukan secara terbuka atau berpusat untuk memudahkan pelacur mendapat pelanggan. Kini ia telah dilakukan secara haram di bilik sewa serta pangsapuri mewah kerana pelanggan atau pelacur boleh dicari melalui talian serta media sosial. Akhirnya, aktiviti gelap itu membuka ruang jenayah. Ada kes pelacur yang dibunuh pelanggan.

Wajarkah atas asbab itu maka pelacuran langsung diizinkan secara legal oleh pemerintah?

Bagi kami, sebagai negara Islam ia amat keterlaluan. Apa yang dilihat selama ini sahaja sudah sukar diterima akal dan iman kita. Biarpun akan ada yang menentang, namun apabila ada pemimpin yang mula berfikiran begitu, maka itu tanda umat ini sudah terlalu teruk akidahnya.

Semuga pembaca dari Indonesia dapat mengorak langkah agar lebih proaktif membenteras jenayah syariah ini. Dalam banyak hal, banyak perbuatan dan tidak tanduk kita sudah terlalu hina di sisi agama. Janganlah ditambah lagi kerana bencana dari murka Allah bakal menimpa semua yang ada.

WARGA PRIHATIN

*  *  *  *  *
JAKARTA, 28 Mei 2015

Mengawal aktiviti pelacuran dengan ‘membenarkan’ pelacuran, begitulah cadangan yang dilemparkan pemerintahan Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta.

Akhbar tempatan melaporkan, aktiviti pelacuran mungkin dibenarkan di beberapa kawasan di Jakarta, sebagai usaha mengawal kegiatan pelacuran haram yang berlaku di bilik sewa dan pangsapuri.

Idea untuk membenarkan aktiviti pelacuran dan mewujudkan ‘pekerja industri seks’ berdaftar itu ditimbulkan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, ekoran pelbagai kejadian tidak diingini, termasuk kes jenayah.

Selain itu, kebenaran untuk aktiviti pelacuran di tempat tertentu juga dikatakan dapat mengawal kegiatan menawarkan perkhidmatan seks di kalangan gadis bawah umur.

Akhbar tempatan memetik Sekretaris Daerah Pemerintah Provinsi DKI Jakarta, Saefullah sebagai berkata, pihaknya sedang meneliti cadangan membenarkan sebahagian bangunan di pangsapuri dijadikan kawasan pelacuran.

Katanya, ia sekadar satu cadangan untuk mendapat reaksi pelbagai pihak dan gabenor itu akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum melaksanakannya.

Aktiviti pelacuran di Jakarta dikatakan dilakukan secara haram di bilik sewa serta pangsapuri mewah dan pelanggan boleh mendapat maklumat dalam talian serta media sosial.

Baru-baru ini, seorang gadis berumur 26 tahun yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks menerusi laman sosial, ditemui mati dalam bilik sewanya, dipercayai dibunuh pelanggannya.

Pihak berkuasa juga membongkar kegiatan perkhidmatan seks remaja bawah umur, menerusi sebuah laman sesawang, selepas menyerbu sebuah pangsapuri mewah dan menyelamatkan kira-kira 10 remaja, termasuk seorang gadis yang sedang mengandung dan dijadikan pelacur untuk golongan kelas atasan.

Bagaimanapun, idea Ahok itu dibantah Wakil Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Ma’ruf Amin yang dipetik media sebagai berkata, cadangan membenarkan pelacuran adalah langkah salah dan menyimpang daripada ajaran syariat Islam.

“Maksiat itu harus diminimalkan, bukan dibenarkan,” katanya sambil menyeru semua pendakwah menggerakkan aktiviti kesedaran mengenai kesan buruk akibat pelacuran.

Foto hiasan : prostitutionrecovery.org