Category: Ekonomi

BERITA BAIK BUAT BAKAL TETAMU ALLAH – WANITA 25 TAHUN KE ATAS DIBENAR MASUK TANPA MAHRAM.

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156922445997786/”]



HUTANG PENYEBAB ISLAM KEHILANGAN UTHMANIAH, PALESTINE DAN AL-AZHAR. KENALI DAJJAL MELALUI SURAH AL-KAHFI – JANGAN SAMPAI SEJARAH INI BERULANG DI ‘SINI’

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156880968212786/”]



JIKA TIDAK DARI ALLAH PASTI BANYAK KONFLIK

[fb-e url=”https://www.facebook.com/DrMasjuki/posts/1372075572896789 /”]



Mood Rebuplik Festivel No 1 Paling Biadap Di ASIA – Saiful Nang

Mood Rebuplik Festivel No 1 Paling Biadap Di Malaysia – Saiful Nang

 
MOOD REPUBLIK FESTIVAL NO.1 PALING BIADAB DI MALAYSIA!
 
Tahun ini sekali lagi penganjur festival yang menggelarkan mereka yang terbaik dalam pasaran melakukan lagi sekali strategi baling duit mereka. Sebelum itu, cerita ini panjang lagi…dan baling duit ini hanya triggering factor sahaja. Sekali lagi, netizen meradang mengatakan itu tidak patut.
 
Sudah tahun ke 14 saya meniaga, saya belum pernah lagi terdesak menjalankan strategi pemasaran yang pada saya menghinakan diri dan juga yang lain.
 
Anjing lapar kalau minta makan kemudian kita baling makanan pada anjing tu pun dia pandai marah dan gigit kita. Ini pula orang. Nak bagi, kan elok beradab bukan nak bagi habis semua dilempar.
 
Apa yang saya nak tulis di sini, pada hujung tahun lalu saya dah suarakan hasrat nak menegur face to face, namun CEO hanya menghantar bodyguard sahaja. Ditulis secara tertutup namun tiada kesan dan masih berterusan. Hari ini, saya fikir, elok masyarakat juga tahu apa yang saya tak berjaya nak sampaikan kepada CEO MR secara tertutup.
 
Saya komen isu baling duit dahulu. Kalau orang jawa dia pantang betul rezeki dibaling-baling, dipijak-pijak walaupun kadang-kadang orang Jawa juga yang baling ambo-ambo masa ada wedding. Budaya ni kena berhentikan. Hari ini budaya main berebut ambo-ambo dari kecil lagi, nanti besar nak masuk lorong tol orang potong queue kerana semua berebut-rebut taknak bagi orang lain masuk, kita pula marah. SEdangkan kita dah ajar mereka untuk jadi manusia perebut dari kecil lagi. Nanti makcik-makcik yang suami kena rebut dengan anak dara dan janda muda tak puas hati juga.
 
Sama juga isu baling duit, pada saya ia “kuwalat” orang Jawa kata. Dalam bahasa Melayu dipanggil “Biadab”. Trick marketing sahaja semua tu. Kalau dikatakan 50,000 duit turun dari langit, tak ada siapapun audit dan kira betulkah yang dibaling itu betul jumlahnya. Makcik-makcik, anak-anak gadis, berasak bergesel dengan bujangan dan suami-suami orang hingga terselak tudung, terselak kain, terlucut bra semua gara-gara nak tangkap wang kertas yang jatuh.
 
Pertama, tukang rebut tu sila lihat harga diri sendiri ada di mana hari itu? Kerana ada golongan macam kamulah, CEO dan juaknya tiap-tiap tahun buat trick sama. Yang baling tu dah tentulah moralnya rendah. Dan memang mereka suka nak diviralkan cerita itupun dan itu juga salah satu teknik marketing. Saya ni menulis artikel inipun untuk “membantu” marketing mereka juga.
 
MOOD REPUBLIK tahun ini kami tidak sertai lagi. Sebagai peniaga tidak, pelawat juga tidak. Cuma kebetulan minggu sudah terpaksa memenuhi undangan berbuka puasa bersama Majlis Profesor Negara dan menjengah jugalah kawan-kawan yang baru nak mencuba MR ini. Rakan-rakan lama yang berniaga bersama tahun sebelumnya, sudah tak banyak nampak dalam senarai. Jenama-jenama besar juga sudah tidak kelihatan kecuali satu dua sahaja yang tinggal.
 
Keangkuhan CEO-nya punca kami tarik diri. Mereka terkenal dengan buat expo macam konsert. Didie Alias akan dibayar untuk menceceh sepanjang festival dan artis-artis ditabur dengan booth-booth percuma asalkan nak masuk. Jenama besar yang telah withdraw dipujuk kembali untuk masuk dengan tawaran percuma pelbagai juga, akhirnya yang membayar kos premium setiap booth ialah usahawan-usahawan baru nak up. Mendengar cerita-cerita power dalam preview usahawan MR, memang siapapun tak teruja. Baru dilambung pakej khusus untuk 50 orang, tak sampai 30 saat habis sold-out seperti piranha memakan ayam. Sekejap sahaja dah tinggal tulang. Rupanya, sebahagian besar yang dilihat berlari ke pentas merebut adalah orang yang tak dikenali dalam industri. Last-last baru tahu, itu semua telah diarahkan untuk berebut konon-konon macam laku sangat.
 
Berbalik kenapa kami withdraw, mudah sahaja. Kami membuat cadangan kepada CEO memandangkan event ini HAVOC dengan penggunaan Didie Alias dan havoc maker yang lain, disarankan supaya menggunakan lebih banyak speaker kecil yang di letak merata berbanding hanya beberapa speaker besar yang diletakkan di setiap penjuru. Jika diletak serata speaker kecil tetapi banyak, orang tak lah rasa bingit dan bunyinya pun sedap. Tapi bila dia letak di penjuru tepi dan nak bagi orang tengah dewan rasa kuat, orang depan speaker yang jadi azab sampai 3 hari kena jerit nak bercakap dengan customer. Sampaikan abg aji punya salesgirl yan ayu bertudung labuh dah macam singa mengaum bercakap dengan pelanggan.
 
Namun, cadangan itu ditolak mentah-mentah. Kami nak jumpa CEO, dihantarnya bodyguard pula. Akhirnya, persatuan sementara BOOTH DEPAN SPEAKER bersetuju untuk unplugged speaker itu setelah rayuan menurunkan volume gagal, lalu dihantarkan kepada kami penyangak MOOD REPUBLIK yang bahasanya
 

“BAYAR GANTI RUGI KAMI, ATAU KEMAS BARANG SEKARANG DAN BERAMBUS”.

 
Lalu kami jawab 

“Bayar dahulu gantirugi booth depan speaker yang tak ada sales dan semua orang lalu sini tutup telinga”. 

Lalu dengan machonya bodyguard itu berkata

 “Jangan sampai CEO turun”

 
(macam ada aku takut)
 
Tapi sampai habis event, CEO tak berani lalu depan booth depan speaker. Kesian dia, ajak jumpa tak mahu tapi hantar bodyguard pulak.
 
Di situ saya nampak, MR ialah sebuah Festival PROPA LEBIH. Kepada usahawan sekalian, anda kena cari group whatsap usahawan MR dan di situ anda tahu cerita sebenar, berapa ramai yang jualannya sampai 7 digit seperti yang digembar gemburkan oleh CEO dan COO. Nama yang digambarkan jualan sampai juta-juta itupun, jualannya nak melepasi 5 digit kena struggle.
 
CEO bajet tuhan juga ialah orang yang berani menengking pengunjung menggunakan pembesar suara dan didengari seluruh dewan makian hamunan sentap tak bertamadun. Kau siapa?
Usahawan kecil yang baru nak up, rasanya elok sewa booth di Kompleks PKNS sewa RM800 selama 10 hari dari sewa sampai RM6000 satu booth di MR. Honestly, tak berbaloi. Ok, untuk company saya, memang kita tak ada masalah dalam jualan. Dia letak kita depan speaker, kita pasang speaker sendiri lawan. Tapi nanti ada gangster dia datang “Speaker sendiri tidak dibenarkan”.
Percayalah usahawan semua, MR hanya indah khabar dari rupa sahaja. Kalau jenis peniaga pasar malam, memang sangat sesuai masuk MR kerana crowd yg datang kebanyakan expect buy 1 free 8 kind of customers. Dah diskaun dari RM sejuta jadi RM80 boleh minta lagi kurang jadi 80 sen.
 
Semasa menghadiri buka puasa di PWTC beberapa hari lepas, sempat menjengah dan benar-benar terasa tahun ini, MR Rayafest mereka sangat hambar dan traffic boleh saya katakan menyusut hampir 50% (tapi CEO pasti akan kata, traffic 5 juta orang kan). Pergi sendiri, lihat sendiri.
 
Saya pernah mesej kepada guru kepada kedua-dua anak muda CEO dan COO ini semasa mereka menjalankan preview usahawan 2 tahun yang lalu. Saya mesej beliau
 
“Anak murid you, dasyat…I am proud with what you have taught them bro”.
 
Tetapi hingga hari ini, saya masih tidak sampai hati nak menulis kepada sifu mereka itu “Your anak murid is superior egoistic, arrogant and snobbish and need to overhaul their attitude”. But I know, that sifu is reading this article.
 
Sehingga hari ini, tiada satu permohonan maaf dari mereka apabila peniaga MR lebih 80% komplen tahun lalu kerana traffic yang mereka bawa masuk ialah traffic pasar malam dan usahawan yang mereka bawa masuk ialah jenama premium. Akhirnya yang dijawab ialah dengan 1 surat panjang lebar “DARI CEO” yang jika saya boleh ringkaskan bunyinya ialah…
 
“Jangan komplen tak buat untung kalau orang lain kebanyakannya buat untung, gunakan strategi marketing masing-masing…MR dah bawa traffic, dan bergantung kepada koranglah pandai-pandai nak hidup”.
 
Dalam dewan itu juga, surat itu banyak dibuang peniaga atas lantai menjadi tempat pijak orang yang lalu lalang. Tahun lepas, semasa MR Rayafest di PWTC, Bangi Sentral pada hujung minggu agak lengang dari biasa. Tetapi pada tahun ini, semasa MR berjalan, Bangi Sentral sesak luarbiasa.
 
MENGAPA?
 
Peniaga-peniaga Bangi Sentral yang terkenal dengan butik-butik premium KEBANYAKANNYA SUDAH TIDAK LAGI MENYERTAI MR. Kepada usahawan yang baru nak up, atau usahawan yang beli pukal jubah dari Vietnam main harga timbang kati lepas tu nak jual dengan harga RM100 dapat 3 helai, silakan ke MR. Untuk premium, datang sahaja ke butik jenama itu sendiri.
 
MR sudah hilang taring apabila peniaga dan pengunjung adalah orang yang tidak match. Peniaga premium tetapi crowd pasar malam akhirnya crowd balik cuma beli makanan sahaja, dan peniaga tak boleh nak berjual. Tapi semua ini tidak ada masalah jika CEO dan COO-nya tidak angkuh dan boleh dibawa berbincang.
 
Apakah jenis manusia yang kita mohon baik-baik nak berbincang dihantarkan kepada kita bodyguard dan gangster?
Kepada peniaga yang terasa MR booth ni hebat sangat, jangan terpedaya sangat dengan marketing. Kalau tahun lepas, viral bila ada peniaga kononnya datang nak bayar booth masa hari event tapi penganjur kata sudah penuh dan peniaga yang kecewa siap baling duit lagi. Viral lah kemudian video itu sedangkan mesej besarnya ialah nak bagitahu
 
“Wehhh…MR punya booth gila babi hot, ramai orang melepas…ko lambat, ko melepas”.
 
Sedangkan, itu semua hanya lakonan yang kurang menjadi. Sama macam King Coco berebut tempat dengan ntah mamat mana di sebuah restoran. Nak diiklankan restoran tu, tapi buatlah kes berebut tu.
 
Kepada pengunjung yang terasa kena tahan depan pintu masuk, nak patah balik tak boleh. Nak ke depan, security kata “Kami tutup sekejap dan akan buka sebentar lagi, sila tunggu” sampailah orang berkumpul ramai dari pintu masuk dewan hingga ke jambatan dari main building PWTC ke seberang sungai…. BARULAH CEO BUKA PINTU DAN ORANG MENYERBU seolah-olah macam setiap masa orang havoc menyerbu, membeli belah macam petik daun teh. Itu semua dirakam dan semua itu ada tricknya.
 
Janganlah rasa hebat sangat MR ini sampai orang berebut. Bagi jenama-jenama besar, MR tidak lain hanyalah tempat untuk FLUSH OLD STOCK dan bukan tempat buat duit sangat pun. Dari stock memenuhi store dan menyemak tunggu dimakan lipas, baik flush stock di MR.
 
Bermula dari baling duit, marketing menipu dengan lakonan, penggunaan “army” (orang yg dibayar utk berebut) semasa penjualan booth, menangani pandangan pelanggan dengan cara gangster, CEO yang arrogant, tahan orang dipintu sampai ramai macam empangan nak pecah sampai orang tua-tua pun ada sampai nak pengsan-pengsan kena hold traffic semata-mata nak bagi nampak MR POWER RAMAI ORANG DATANG! dan banyak lagi membuatkan MR BERJAYA MENJADI FESTIVAL PALING BIADAB NOMBOR 1 ASIA.
 
Saya tak mahu doakan MR lingkup, tapi saya mahu doakan anak muda ini lebih berhemah dan menghormati orang lain. Saya menulis apa yang anda baca hari ini pada hujung tahun lalu secara tertutup, tetapi hingga ke hari ini tiada lagi perubahan dan keangkuhan bertambah dan mereka tidak pernah meminta maaf walaupun saya edarkan surat itu secara tertutup setelah percubaan berjumpa CEO hanya berakhir dengan berjumpa bodyguard sahaja. Tak payahlah nanti nasihatkan saya lagi, kenapa tak jumpa sahaja cakap face to face (dah, tak berjaya) ataupun kenapa tak tulis secara tertutup (sudah). Dan ini memang jalan terakhir.
 
Hari ini, saya seorang usahawan yang tak ada propa-propa lebih. Saya percaya dengan Words of Mouth is still the best marketing on earth. Setelah 14 tahun berniaga dengan lebih kurang 15 jenis perniagaan dengan berpuluh salesman nak jual gelaran datukship dan mungkin haters yang agak ramai…saya masih lagi tidak memerlukan bodyguard dan bebas berjalan ke mana-mana sahaja tanpa perlu rasa takut.
 
Kita mahu CEO ini berubah, kita bukan mahu anak muda ini lingkup. Tapi CEO ini perlu tahu, keangkuhan itu bukan karakter yang membuatkan mereka boleh kekal lama menjadi “NOMBOR 1” (seperti yang mereka katakan). Saya bukan artis yg dapat booth free, dan mungkin sebab itu CEO susah nak entertain org macam saya nak berunding. Kerana dia ingat, atau mungkin sangka….apa sahaja saiful nang boleh buat? Kan?
 
Sekian
 
SAIFUL NANG
Bekas Usahawan MR
 
*Seruan kepada usahawan MR dan pengunjung yang lain. Dipersilakan menambah point di bahagian komen.


BANTUAN KEMANUSIAAN

BANTUAN KEMANUSIAAN

Musibah yang berlaku adalah ujian dari Allah. Ia bukan sahaja ujian untuk mangsa, malah ujian juga untuk kita yang memerhatikannya.

Sejak berita ini tersiar di Page LZS, kami masih gagal menghubungi mangsa atau saudara maranya. Jadual harian yang sangat padat juga menghalang kami untuk terus terjah mengatur ziarah.

Kami ingin dapatkan laluan menghubungi keluarga Wak Amat (menurut komen pembaca) sebelum menziarahinya. Kami ingin tahu apakah bantuan segera yang diperlukan agar boleh kami bantu sekadar yang mampu.

Kami mohon sesiapa yang berdekatan atau kenalan yang boleh bantu kami untuk menghubungi secara langsung mangsa kebakaran ini, atau mana-mana mangsa kebakaran dan fakir miskin lain untuk kami tawarkan mereka memilih apa sahaja stok pakaian yang ada dalam simpanan kami.

Mereka boleh ambil pakaian harian secukup jumlah yang diperlukan secara percuma. Sekurang-kurangnya bantuan tunai boleh diguna untuk keperluan lain yang lebih utama.

Soalnya mereka perlu datang ke gudang kami untuk memilih sendiri apa yang mereka benar-benar perlukan. Jika mereka tiada pengangkutan, kami juga sanggup untuk menjemput mereka.

Kepada mana-mana pegawai @Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang ada maklumat ini kami mohon jasabaik inbox nombor talian peribadi yang boleh kami hubungi. Waktu pejabat terlalu singkat dan kurang sesuai untuk kami yang bergerak sepanjang masa.

Kami boleh juga dihubungi termasuk melalui WA dan Telegram di talian 013-5858789 (Mak Long Werda) atau pengetua kami sendiri (0135858700).

Mohon dipanjangkan.
WARGA PRIHATIN

* * * * *
Satu kebakaran telah berlaku jam 1:45 petang tadi di Daerah Hulu Langat. Ia melibatkan sebuah rumah di persimpangan Sungai Michu, Hulu Langat.

Bantuan awal sebanyak RM500 diberikan kepada mangsa kebakaran. Bantuan lain akan menyusul kemudian. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian ini.

Laporan daripada Pengurus Daerah Kajang, Ustaz Salehuddin.

Warga Prihatin's photo.


TAHNIAH ATAS BANTUAN DARI LZS

Di samping kita ucapkan tahniah atas bantuan dari LZS ini, ingin juga kami kongsikan pengharapan kepada asnaf yang masih belum terbela. Tampillah memohon dengan ikhlas, sabar dan ceria.

Mungkin untuk pembiayaan yang besar memerlukan sedikit masa. Tetapi kami difahamkan ada peruntukan sertamerta buat memenuhi keperluan segera seperti makanan dan sebagainya.

Yang penting kita pohon dengan tulus dan redha. Jangan sampai terpesong niat kita sehingga pegawai yang menolong pula teraniaya…. maksudnya, jika maklumat yang kita berikan didapati palsu, maka akhirnya pegawai yang meluluskan permohonan kita pula akan menerima tempelaknya.

Yang baik kita katakan baik dan kita puji…
Yang buruk kita katakan buruk dan kita nasihati…

Alhamdulillah,
WARGA PRIHATIN

Lembaga Zakat Selangor's photo.


LAWATAN SILATURRAHIM KE RUMAH IBU WATI OKU BERSAMA LZS

Seperti yang dinyatakan, kami ambil keputusan untuk menziarahi keluarga ini yang kisahnya dipenuhi kontroversi untuk mendapatkan penjelasan lebih telus.

Semuga usaha ini dapat menjernihkan keadaan.

Nantikan lapuran selanjutnya.

WARGA PRIHATIN

 

[fb-e url=”https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10154081210337786.1073741956.176792972785&type=3″]



RM2.6 BILION DIDAKWA DALAM AKAUN NAJIB DARI DANA PENDERMA, BUKAN 1MDB – SPRM

RM2.6 BILION DIDAKWA DALAM AKAUN NAJIB DARI DANA PENDERMA, BUKAN 1MDB – SPRM
Astro Awani | Ogos 03, 2015

Sangat mengejutkan. Tidak sampai sejam sudah lebih 9,000 likes, 7,000 komen, lebih 6,000 share untuk artikel berita ini.

Ramai yang musykil dengan istilah ‘derma’ tu… Dalam Islam derma dikaitkan dengan SEDEKAH. Ini membawa maksud bukti MEMBENAR atau MEN’SIDDIQ’KAN suatu keperluan 8 asnaf atau untuk membenarkan usaha ibadah atau jihad fisabilillah (QS:9/60)

Mungkin perlu dijelaskan lebih lanjut dengan istilah dan tujuan ‘derma’ itu. Jika tidak, maka inilah jadinya… YAB Perdana Menteri hangit kena sindir dan dicerca dengan kenyataan yang tergantung ini.

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.

Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas wujud pelbagai siasatan yang diadakan secara serentak ke atas beberapa organisasi berkaitan.

SPRM sendiri memberi tumpuan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sementara Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Warga Prihatin's photo.


BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

Alhamdulillah segala kekeliruan yang berlaku antara LZS dan Puan Wati, Ibu OKU yang menjadi viral sejak akhir-akhir ini telah terungkai.

Kami ambil keputusan untuk bersama-sama LZS, PPZ dan Baitulmal WP dan beberapa pihak lain menziarahi beliau setelah menerima terlalu banyak maklum balas dari pihak-pihak lain yang telah membuat siasatan sendiri. Beberapa daripadanya mengakui telah membantu beliau sejak sekian lama.

Bagi mereka yang ternanti-nanti hasil pertemuan itu, maka ingin kami kongsikan secara ringkas sahaja agar tidak menimbulkan fitnah, membuka aib dan boleh mengeruhkan suasana. Itu juga atas nasihat dari LZS,

1. Kami ucap tahniah kepada team pegawai dari LZS, PPZ dan Baitulmal Wilayah Persekutuan atas ketinggian kualiti siyasah dan budibicara mereka semasa pertemuan tadi.

2. Kami puas hati dan sekali lagi mengucapkan syabas dan bersyukur kerana LZS dan Baitulmal WP telah menjalankan tanggungjawabnya dalam membantu Puan Wati selama ini.

3. Segala bantuan yang Puan Wati perlukan telah lebih dari cukup. Bukan sahaja hasil bantuan yang banyak dari LZS, tetapi juga dari terlalu ramai individu, korporat, NGO, termasuklah dari sebuah rumah asnaf seperti kami yang wakilnya turut bersama dalam pertemuan tadi.

4. Apa yang dilapurkan oleh Puan Wati kepada pihak akhbar dan TV, juga sebaran TEKS SMS beliau disahkan tidak tepat, tidak lengkap malah ada yang mengelirukan. Ini agak menyedihkan kerana itu adalah sumber berita langsung dari dirinya yang kita ambil kira dalam membuat keputusan untuk membantu.

5. Tawaran untuk mengajak beliau tinggal di RPWP juga dirasakan tidak perlu lagi kerana kami dapati pangsapuri beliau ada lift dan rumah beliau juga jauh lebih selesa dari sarana yang kami ada.

6. Kami ingin menyeru sekali lagi seperti yang pernah kami seru sebelum ini agar kita tidak mengutuk dan mencaci institusi zakat yang menjadi sarana maliah dalam sistem agama kita ini.

7. Kami sendiri turut terpanggil untuk memohon maaf sekiranya ada bahagian dari artikel kami telah disalah tafsir dalam usaha untuk membantu asnaf ini. Sepertimana yang kami katakan sebelum ini, kami tidak sedikitpun berniat, malah melarang masyarakat dari merendah-rendah peranan Lembaga Zakat.

8. Kami juga bersyukur kerana pihak LZS sangat terbuka dan sudi menerima teguran atau kritik membina yang bersifat akademik, dan tidak sekali-kali kerana sesuatu di luar dan keluar dari kepentingan agama Allah.

9. Kami sendiri berazam untuk bekerjasama dan bahu membahu dengan institusi zakat selaku mata dan telinga masyarakat di media sosial ini. Yang baik kita katakan baik dan kita puji. Yang buruk akan kita katakan buruk dan sama-sama kita nasihati. Ini sesuai dengan perintah Allah agar kita BERKERJASAMA/TOLONG MENOLONG DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN

10. Page Warga Prihatin dan Saiful Nang (yang sememangnya agak sarcastic) adalah dua entiti yang berbeza walaupun beliau adalah salah seorang dari pengasas kami. Oleh itu, jika ada kapsyen yang dibaca dari page beliau ketika kongsikan artikel kami yang kurang enak, kami pohonkan ampun juga bagi pihak beliau yang kini sedang berada di luar negara. Bagi kami, mulut beliau memang pedas, tetapi hatinya sangat baik.

KESIMPULAN

Terlalu banyak kes permohonan bantuan yang didapati tidak telus dan meragukan. Sebahagiannya malah didapati 100% palsu dan merupakan scam berprofail tinggi.

Selepas ini kami akan lebih berhati hati, demi menjaga amanah para ‘pemberi’ dan demi memastikan setiap titik peluh dan susah payah kami berkerja dan berniaga mengumpul dana anak yatim dan asnaf di bawah tanggungan kami ini tidak disalah guna.

Golongan asnaf dan fakir, anak-anak yatim kami terpaksa berpuasa dan menahan diri agar kami mampu berbakti. Tetapi sedih juga apabila ada orang yang ditolong rupanya jauh lebih mewah dan boros dari kita.

Kami sendiri tidak beli baju raya… hanya pakai baju lama, baju ‘kotak’, pakaian terpakai pemberian orang ramai dan uniform RPWP yang di’recycle’ sahaja. Tetapi ada ‘peminta sedekah’ yang menerima puluhan ribu sumbangan duit raya. Skandal yang dipaparkan di TV dan media, juga apa yang kita lihat dijalanan antara buktinya.

Lebih kecewa lagi apabila tahu ada ‘penaja’ di sebalik cerita yang turut mengaut untung dari perit jerih orang lain dengan jalan mudah (bukan merujuk kepada kes Puan Wati).

Inilah antara pengalaman yang kami alami sendiri. Maklumlah… dunia akhir zaman, manusia tidak lagi peduli dari mana rezeki mereka diperolehi.

Kepada yang sudah terlanjur memberi terus kepada akaun Puan Wati kami pohon halalkanlah. Yang menitipkan melalui kami dan ingin kami mengembalikannya semula silalah hubungi kami.

Jika tidak, sila ubah niat/akad pemberian itu samada untuk dimasukkan ke tabung anak yatim dan asnaf RPWP, atau untuk projek pembangunan Kota Ilmu Akademi Insan (KIAI) PRIHATIN di Lenggeng.

Marthotillah,
WARGA PRIHATIN

Warga Prihatin's photo.
[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10154081727537786:0″]


LUAHAN YANG MELAMPAU

LUAHAN YANG TERLAMPAU

Sekian lama memerhatikan rentak reaksi rakyat yang menghambur caci cerca dengan berbagai gaya bahasa yang sukar untuk diterima di page YAB Perdana Menteri.

Kadang-kadang terasa pelik juga mengapa admin page PM membiarkan sahaja semua kutukan itu tanpa berusaha menyaring dan memadamkannya.

Apa yang terjadi sejak 28 Julai amat mengejutkan sekali. Tidak menyangka reaksi pembaca di Facebook YAB Perdana Menteri selepas pengumuman rombakan kabinet jadi sedahsyat itu.

Sukar dibayangkan kutukan sebegitu boleh berlaku terhadap laman sosial seorang individu yang bergelar YANG AMAT BERHORMAT. Situasi itu turut dilapurkan secara meluas di media.

Ada kalanya jumlah komen itu mencecah sekitar 40,000. Ternyata jumlah itu masih sukar dikurangkan walaupun kami yakin admin page berusaha memadamkannya. Hingga saat artikel ini ditulis pun jumlah yang tertera masih sekitar 24,000.

Tidak dapat dibayangkan apakah persepsi Perdana Menteri UK yang sedang melawat Malaysia terhadap negara kita. Beliau pastinya turut melayari page Perdana Menteri kerana turut di ‘TAG’ oleh PM dalam satu mesej khas yang mengaitkan lawatannya.

Yang nyata ada unsur kebejatan akhlak yang amat berat dalam scenario ini.

Pertamanya fenomena di mana rakyat tidak lagi mampu berakhlak dalam menyuarakan ketidakpuasan hati. Dari media sosial, poster, ceramah bahkan sanggup berdemonstrasi untuk meluahkan isi hati dan rasa benci.

Keduanya fenomena di mana Para Pemimpin kita sudah hilang pertimbangan dan sensitiviti. Rintihan dan suara hati rakyat yang semakin membenci seperti tidak diendahkan sama sekali.

Terlalu tabah dan kebal sekali perasaan mereka ini. Sebagai rakyat kami tidak TERGAMAK mencaci seteruk ini dan terasa malu membiarkan anak cucu melihat dan memerhati.

Jika kami jadi pemimpin juga pasti kami akan segera angkat kaki. Tidak sanggup untuk terus memimpin rakyat yang keterlaluan membenci seperti ini. Apalah guna kuasa dan harta jika rakyat dan orang yang dipimpin bukan sahaja tidak hormat pada kita, malah terus-terusan mencaci dan menghina.

KITA SALUTE. SESUNGGUHNYA PEMIMPIN KITA MEMANG TERLALU “TABAH DAN CEKAL” SEKALI.

Warga Prihatin

https://www.youtube.com/watch…

Warga Prihatin's photo.