Category: Sekolah Alam

Umrah atau Haji dahulu

.
Pastinya peluang menjadi tetamu Allah ke Tanah Haram menjadi impian buat setiap ummat Islam. Ikuti perkongsian menarik bersama Ustaz Shauqi Hasan merungkai persoalan-persoalan berkenaan Ibadah Umrah dan Haji. Jom tambah ilmu



KEBOSANAN ANAK-ANAK JADI PUNCA KREATIVITI

Tidak ramai yang sedar fenomena di mana ‘kebosanan’ anak-anak juga adalah suatu yang berguna sebagai peransang imaginasi dan inisiatif mereka untuk ‘mencipta’ sesuatu.
.
Jika kita lorongkan kreativiti itu di jalan yang baik, maka baiklah hasilnya. Jika kita biarkan, mungkin mereka akan melakukan sesuatu yang tidak kita duga pula.
.
Warga Rpwp



SEKOLAH ALAM YANG AMAT MENYERONOKKAN

 

SEKOLAH ALAM YANG AMAT MENYERONOKKAN
.
29 Julai lalu pasangan ini jemput anak-anak tadika untuk berekspedisi Sekolah Alam di dusunnya.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/videos/1877972028963933/
.
Khamis lalu mereka jemput pula anak-anak besar dengan program yang sedikit berbeza. Kali ini mereka minta anak-anak ‘bersihkan’ semua buah yang telah ranum dan berguguran di dusunnya. Mereka minta juga anak-anak cantas dahan pokok rambutan itu agar tumbuh dahan dan daun yang baharu.
.
Alhamdulillah. Lihatlah sendiri bagaimana seronoknya anak-anak yang turut serta dalam Sekolah Alam khas ini.
.
Terima kasih kepada Uncle Anuar dan Auntie Noraini. Sesungguhnya Allah sahaja sebaik-baik pembalas budi.
.
.
Warga Rpwp



EKSPLORASI DUSUN DURIAN – SEKOLAH ALAM

EKSPLORASI DUSUN DURIAN – SEKOLAH ALAM.

Hujung minggu yg lepas iaitu pada 29 Julai 2018, anak-anak pra sekolah Akademi Insan Prihatin (AIP) telah diberikan peluang untuk menjalani aktiviti eksplorasi ke dusun durian kepunyaan En Anuar dan Puan Noraini, atau lebih mesra di panggil Uncle dan Auntie.

Dusun kepunyaan Uncle dan Auntie ini terletak di Kampung Lubuk Kelubi, Batu 19, Hulu Langat, Selangor. Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 45 minit dari tempat penginapan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Sungai Ramal, Kajang.

Semua anak yg terlibat dalam eksplorasi ke dusun durian ini amat teruja dan gembira kerana ini adalah pengalaman pertama buat mereka.

Ketibaan Bas coaster yang membawa 20 orang anak-anak tadika berserta 3 orang murobbiah dan seorang murobbinya ini disambut mesra oleh Uncle, Auntie serta sanak saudara mereka.

Anak-anak dijamu dengan pelbagai juadah makanan yang telah disediakan termasuk buah durian yang sudah siap dikopek.

Pertama kali menjejakkan kaki ke kawasan dusun yg lebih kurang 5 ekar keluasan keseluruhannya, membuatkan hati kami semua terpegun sebentar. Permandangannya yang sangat cantik, bersih dan nyaman. Di kiri kanananya terdapat pokok-pokok buluh serta daun keladi besar bagi mengindahkan dekorasi hiasannya membuatkannya lebih cantik dan menarik.

Selain pokok durian, terdapat juga pokok buah-buahan lain seperti rambutan, manggis, duku langsat, cempedak dan lain-lain.

Di hujung kawasan dusun tersebut, terdapat beberapa ekor rusa yg dibela di kandangnya. Selain itu, ada juga binatang ternakkan lain seperti ayam, angsa, ternakan ikan talapia merah, ikan keli, udang dan lain-lain lagi.

Anak-anak juga teruja melihat rumah lebah kelulut atau nama saintifiknya Meliponini. Teruja melihat rumah serta sarang yang dibina sendiri oleh komuniti lebah ini. Jangka hayatnya 40 hari dan kemudiannya lebah-lebah tersebut akan mati. Namun hasil madu yang ditinggalkan amat bermanfaat buat manusia. Difahamkan lebah kelulut juga tidak bersengat atau menyengat orang.

Eksplorasi diteruskan dengan melihat dengan lebih dekat lagi pokok durian yg ditanam di dalam kawasan tersebut. Ada durian kampung, durian kacukan dan durian lain juga. Kami diingatkan agar tidak berjalan di bawah pokok durian kerana dikuatiri durian akan luruh dan takut terkena kepala.

Menikmati buah durian yang enak dan lazat. Mengenali pokok durian yang bagaimana rupa bentuknya, melihat perkembangan buah tersebut membesar di pokok dari putik hingga luruh ke tanah, membuatkan anak-anak ini memahami dengan lebih jelas lagi proses kitaran itu berlaku.

Antara pengalaman menarik yang lain ialah memberi makan ikan-ikan di kolam ternakkan serta dapat mendengar ayam dan angsa berbunyi, mengetahui perbezaan antara ayam jantan dan betina serta bermacam-macam lagi.

Eksplorasi diteruskan dan anak-anak dikenalkan dengan pokok Asam Gelugur ataupun Asam Keping. Nama siantifiknya ialah Garcinia Atroviridis.

Anak-anak diberi peluang untuk merasai sendiri rasa pucuk daun pokok asam gelugur tesebut. Rasanya lemak masam dan ianya amat bagus untuk dibuat ulam. Manakala, buahnya pula, apabila masak, akan dihiris, dijemur, dikeringkan dan akhirnya boleh digunakan dalam pelbagai masakkan.

Inilah yang dikatakan sekolah alam, di mana anak-anak dapat melihat sendiri kaitan kehidupan mereka dengan alam sekitar. Mereka alaminya sendiri dan rasai nikmat tersebut di depan mata mereka.

Ini membuatkan anak-anak berminat untuk mengeksplorasi dengan lebih jauh lagi. Seronok kerana ianya berlaku di luar bilik darjah.

Pembelajaran di luar kelas inilah yang dapat mendekatkan anak-anak ini dengan kitaran alam semula jadi dengan diri mereka secara alami.

Sesi refleksi, kesan dan pesan di dalam bas semasa perjalanan pulang, dilakukan untuk kami semua membuat islah serta penambahbaikan pada masa yang akan datang.

Amat berterima kasih kpd Uncle dan Auntie kerana memberi peluang kepada anak-anak tadika ini merasai eksplorasi ke dusun durian pada kali ini. Satu pengalaman manis yang tidak boleh dilupakan dan pastinya jika diberi peluang untuk datang kembali, banyak lagi aktiviti yg boleh dilakukan.

Semoga Uncle dan Auntie dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dimurahkan rezeki, serta bahagia dunia akhirat.

Semoga hubungan silaturrohim, kekeluargaan yang terjalin baik sejak Uncle dan Auntie mengikuti trip “Rarecation ke Switzerland 39” ini akan terus kekal sampai ke akhir hayat. Insya-Allah.

Sampai ketemu lagi, Alhamdulillah.

-Murobbiah Tadika-



Saiful Nang di program Nine11 Bernama News Channel (BNC)

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156913319437786/”]



TIPS PARENTING: KONFLIK BERTANYA & MENYAMPUK DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK

TIPS PARENTING: KONFLIK BERTANYA & MENYAMPUK DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK

[fb-e url=”https://www.facebook.com/DrMasjuki/photos/a.726298680807818.1073741828.726257017478651/1383618998409113/”]



PARENTING TIPS #10 : AJAR ANAK BEKERJA

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10156907358972786/?type=3/”]



SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

 

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

Tahniah buat seluruh warga Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi yang telah bersama PROJEK PELANGI. Semuga video ini mampu membuka mata dan hati lebih ramai umat Iswlam di akhir zaman ini.

Rasulullah SAW bersabda:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Sabda Baginda lagi,

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

Semuga amal yang sedikit ini mendapat redha Allah lagi diberkati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Ucapan tulus dari,
WARGA PRIHATIN



Kanak-Kanak Memerlukan Microb, Bukan Antibiotik

Kanak-Kanak Memerlukan Microb, Bukan Antibiotik


Oleh pada 17 Jun 2017 kategori

 

kanak kanak bermain

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk memastikan persekitaran anak-anak kita terutamanya bagi anak yang masih kecil agar sentiasa bersih. Namun begitu, tahukah anda bahawa persekitaran yang ‘terlampau bersih’ sebenarnya tidak elok untuk sistem imunisasi kanak-kanak?

Benar.

Ibu bapa di barat terutamanya, gemar menggunakan sabun antibakteria, hand sanitizer dan seangkatan dengannya untuk yang bukan sahaja membunuh bakteria tetapi juga microb yang penting untuk membentuk sistem imunisasi kanak-kanak.

air pancut

Tanpa microb ini kanak-kanak tidak berupa meningkatkan sistem imunisasi badan mereka, seterusnya mendedahkan mereka kepada penyakit-penyakit kronik seperti asma. Perkara ini diakui oleh Marie-Clairie Arrieta, seorang pakar mikrobiologis dan salah seorang penulis buku Let Them Eat Dirt: Saving Our Children from an Oversanitized World.

Kajian di lab selama beberapa tahun juga menunjukkan bahawa microb sangat diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan manusia (iaitu pada zaman kanak-kanak) untuk membentuk sistem imunisasi yang kuat. Pada peringkat awal kehidupan, badan kita tidak mempunyai sistem imunisasi yang kuat. Microb yang ada pada tubuh badan kita akan menghasilkan sejenis molekul yang akan berinteraksi dengan immune cell yang ada pada badan, seterusnya ‘melatih’ sel tersebut untuk menangkis ancaman daripada sel yang dihasilkan oleh microb tersebut.

Fakta in disokong juga oleh bukti epidemologikal mengapa kanak-kanak yang tinggal di ladang atau kawasan luar bandar kurang mendapat penyakit kronik seperti asma berbanding kanak-kanak yang tinggal di bandar. Ini berbeza dengan kehidupan kanak-kanak di bandar.

pantai 268

Kajian yang dilakukan juga mendapati peningkatan jumlah penghidap penyakit kronik seperti asma, obesiti dan alergik adalah selari dengan gaya hidup manusia kini yang ‘terlalu’ mementingkan kebersihan sehingga menghalang pendedahan anak-anak kepada microb yang penting untuk membina imunisasi badan mereka pada peringkat awal.

Jadi bagi ibu bapa, sekiranya anak-anak anda gemar bermain di luar, biarkan! Selain penting untuk melatih sensori dan motor pergerakan anak-anak, ianya juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi mereka.

Kredit: The Star



KEJAYAAN NURHANI DI SEKOLAH RENDAH