Category: Misi Kemanusiaan RPWP

KAUNTER ASNAF PROJEK PELANGI FOOD AID



HANI CALON MEDIC DARI DAPUR RAYA PRIHATIN



CARA MENANGANI ANAK ‘LEMBAM’

 

CARA MENANGANI ANAK ‘LEMBAM’
.
Setiap insan dilahirkan dengan keistimewaan yang tersendiri, termasuklah anak-anak yang digelar lembam, disleksia, hyperaktif dan sebagainya ini.
.
Sebenarnya tiada istilah anak lembam. Yang ada hanyalah khilaf penjaga dalam proses pembinaan siyasah dan sahsiyah mereka sahaja. Akibatnya, mereka merasa kurang berupaya dan dipenuhi rasa rendah diri. Apa tidaknya, dari kecil mereka hanya berkomunikasi dengan ‘besi’.
.
Ada anak lembam yang terus menerus senyap dan tidak mahu berkata-kata. Apabila diselidik, rupanya itu situasi mereka ketika bersama keluarga. Dari pagi hingga ke pagi asyik leka bermain game saja. Mahu bercakap pun tiada siapa yang mahu melayaninya. Jauh sekali untuk mengajar mereka ilmu itu dan ini.
.
Setibanya di RPWP, biasanya kami akan ambil tempoh bertenang dan memerhati baik buruk, kelebihan dan kelemahan anak-anak ini. Kami campurkan dengan pack yang sesuai dengan mereka dan perhatikan cara mereka menyesuaikan diri.
.
Ada yang berubah secepat kilat. Sebaik saja bercampur, mereka terus boleh menyesuaikan diri. Mereka ikut sahaja peraturan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak lama. Mereka ikut bersama dalam syuro anak-anak, dalam solat, kuliah dan bekerja.
.
Bersyukur kami ada anak-anak yang ramai dan datang dari berbagai latarbelakang dan bermacam warna. Yang ada kelebihan menjadi pembimbing kepada yang kekurangan.
.
Namun begitu tidak semua perubahan anak-anak ini boleh berlaku secara semulajadi. Jika anak-anak lembam ini tidak menunjukkan perubahan dalam tempoh selewat-lewatnya satu bulan, maka kami akan mula aturkan takwim atau task khusus untuknya.
.
Tujuan utama ialah untuk mereka merasa diri mereka juga ada ‘harga’nya. Kami beri mereka tugasan yang paling mudah mengikut kemampuan diri sambil diperhati oleh para murobbi.
.
Kelebihan anak-anak lembam ialah mereka tidak pandai bercakap bohong. Ibubapa yang memiliki anak lembam mungkin boleh sahkan perkara ini. Oleh itu kami jadikan sifat tulus itu untuk mengangkat fungsi diri anak-anak seperti ini.
.
Masalah utama penjaga ialah tidak dapat mengesan masalah atau salah laku anak-anak mereka sejak mula. Sekalipun ratusan cctv di RPWP boleh membantu, namun fungsi pengawas yang bercirikan malaikat (tiada kepentingan diri) masih diperlukan untuk mengapit anak-anak ini.
.
Anak dalam video ini contohnya telah kami amanahkan untuk mengapit adik-adik tadika yang jauh lebih muda darinya. Dia diminta memerhati dan melaporkan segala salah laku mereka.
.
Alhamdulillah, akhirnya malah dia sendiri ambil inisiatif untuk mengajar matematik, membaca dan menulis kepada adik-adik tadikanya. Jika abang-abang besar sibuk kerja di luar, dia sendiri ajak adik-adik solat dan mengimaminya. Ternyata dia tidaklah ‘selembam’ mana seperti yang kita sangka.
.
Alhamdulillah daripada anak yang terbiar, tidak mahu bercakap dan suka mengasingkan diri, kini dia merasa lebih berkeyakinan dan mula menunjukkan keterampilan.
.
Kebanyakan anak-anak lain mampu menyesuaikan diri dalam masa satu atau dua hari. Anak ini pula mengambil masa hampir sebulan. Namun hasilnya tetap sama jika kita sabar dan tahu menangani segala kelemahan dan mengenalpasti kelebihan dirinya.
.
Awal-awal dahulu dia terlalu rindukan gajet dan video game lamanya. Asyik merengek sahaja mahu balik, namun sekarang tidak lagi. Jika dahulu beliau ‘berat mulut’, hari ini beliau antara anak yang paling banyak bercakap dalam syuro anak-anak.
.
P/S: Jangan terkejut dengan bahasa yang dia guna. Di RPWP, anak kecil yang tidak menyahut atau tidak datang dekat apabila dipanggil pun sudah dikira ‘kurang ajar’ oleh ‘pengawas’ ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat,

WARGA PRIHATIN



SUMBANGAN MAKANAN & HUB KEBAJIKAN MELALUI PROJEK PELANGI

[fb-e url=” https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156953258277786/”]



LIVE – Pengasas AIP di BNC TV

 

SIARAN LANGSUNG PENGASAS AKADEMI INSAN PRIHATIN (AIP) DI BERNAMA NEWS CHANNEL TV.

[fb-e url=” https://www.facebook.com/akademiprihatin/videos/1642977592463379/”]



Saiful Nang di program Nine11 Bernama News Channel (BNC)

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156913319437786/”]



SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

 

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

Tahniah buat seluruh warga Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi yang telah bersama PROJEK PELANGI. Semuga video ini mampu membuka mata dan hati lebih ramai umat Iswlam di akhir zaman ini.

Rasulullah SAW bersabda:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Sabda Baginda lagi,

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

Semuga amal yang sedikit ini mendapat redha Allah lagi diberkati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Ucapan tulus dari,
WARGA PRIHATIN



JEJAK ASNAF PROJEK PELANGI RAYA – LIVE PART 2

Akademi Insan Prihatin was live.

Published by Akhmal Asyraf · 2 hrs ·

JEJAK ASNAF PROJEK PELANGI RAYA – LIVE PART 2

Sedang berlangsung program serahan sumbangan besar besaran berupa baju raya dan pelbagai makanan seperti beras, roti, bihun dan sebagainya melalui PROJEK PELANGI di PPRT Lembah Subang.

Inilah kemuncak program ‘jejak asnaf’ yang dilakukan anak-anak RPWP melalui PROJEK PELANGI. Tidak siapa menyangka ada ratusan, malah ribuan asnaf pelbagai katagori seperti anak yatim, miskin bandar, warga emas, ibu tunggal yang sangat kesempitan hidupnya.

Dalam keghairahan umat Islam bersedekah di bulan Ramadhan pun mereka tidak berpeluang mendapat tempiasnya kerana kesukaran hidup mereka tidak diketahui umum. Ramai di kalangan mereka lebih susah dan dhaif dari anak yatim di rumah-rumah kebajikan yang ada kerana mereka menghadapinya bersendirian.

Tiada mock-up cek, tiada pemberita mahupun TV, tiada majlis perasmian mahupun jamu jamuan, jauh sekali ‘menyelitkan’ ceramah politik dalam program ini. Tiada pilih kasih yang didorong oleh dengki atau irihati. Segalanya kami lakukan semata-mata demi mencari redha Ilahi. Ini kerana selain dari bantuan JK masjid, proses menjejak asnaf ini juga dilakukan dan disaring sendiri oleh wakil asnaf setempat yang kami lantik.

Sesungguhnya program ini benar-benar mampu mendidik anak-anak, juga murobbiah dan murobbi RPWP, serta semua badan korporat dan segenap lapisan masyarakat akan erti kesusahan hidup yang dideritai oleh golongan terpencil dan terpinggir ini.

Semuga kami dapat istiqomah membantu mereka. Semuga sedikit usaha dan amal kita ini diberkati Allah hendaknya. Amiin.

WARGA PRIHATIN
PROJEK PELANGI
AIP
WERDA & SARC
Warga Rpwp



VIDEO HIGHLIGHT SERAHAN BAJURAYA PROJEK PELANGI 2017

 

VIDEO HIGHLIGHT SERAHAN BAJURAYA PROJEK PELANGI 2017
(Untuk yang ingin jimatkan kredit data)

Dahulu 20 orang pengasas RPWP sama-sama menyingsing lengan, melurut gelang, mengasah parang, menyerah barang, menghabis wang dan menyerah jiwa raga seluruhnya untuk membangunkan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Matlamat utama ialah untuk membangunkan satu sampel masyarakat yang menjadikan KASIH SAYANG sebagai ‘bahasa dan matawang’ dunia. Ketika itu kami tidak menjangka pun bahawa ia akan jadi seperti RPWP hari ini.

Anak-anak yang kami besarkan di RPWP kini mula mengembangkan kasih sayang itu kepada ramai lagi yang lain terutama rakan-rakan yang senasib dengan mereka. Kerana itu di antara begitu ramai tetamu yang ziarah, sebahagian mereka adalah dari rumah-rumah anak yatim dan tahfiz juga.

Projek Pelangi ini juga merupakan satu mekanisma yang mereka usahakan dalam menzahirkan erti keprihatinan dalam persahabatan. Video ini kami tonton dengan menitiskan airmata. Selepas hampir 13 tahun, kasih sayang yang kami tanamkan kini bercambah dari sepohon menjadi seladang.

Ikuti facebook page Akademi Insan Prihatin untuk update terkini, khususnya progress penghantaran PROJEK PELANGI HARI RAYA 2017.

Boleh juga layari www.projekpelangi.com
Berikut adalah butiran Akaun Bank Projek Pelangi,

1209 2010 0366 68
Prihatin Services
Bank Islam Berhad

Alhamdulillah
WARGA PRIHATIN
(Menyokong Usaha Anak-anak RPWP dalam Projek Pelangi).



NURHANI KETUAI BANTUAN BAJU RAYA PROJEK PELANGI

Anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin menggembling tenaga menyiapkan baju raya untuk anak-anak yang senasib dengan mereka.

Tahun 2016, mereka berjaya menyiapkan 750 pasang baju raya untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Satu usaha yang murni dalam membantu golongan anak yatim dan kurang berkemampuan.

TETAMU :

1) NURHANI MASJUKI , PROJEK KOORDINATOR 

2) IZZAH MAISARAH SAPAWI