Category Archives: VIDEO

image_pdf

Rakaman Wawancara Pemberita Dengan Jin Yang Mengulas Situasi Islam Semasa

Sila baca artikel  dan video ini bersama video semalam yang bertajuk,

“Alarming, 2 Juta Muslim Indonesia Murtad dalam setahun”

Fenomena Murtad yang sangat berleluasa berkait rapat dengan lemahnya tahap kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri. Majoriti Muslim yang lahir dalam keluarga Islam tidak memahami kitab sendiri secara kaffah (menyeluruh). Hadis yang menjelaskan sunnah juga tidak rajin di kutip.

Video ini menampakkan satu kejadian di mana seorang yang telah dirasuk Jin menjelaskan banyak perkara termasuk isu syahadah, kondisi umat Islam yang lebih teruk dari haiwan, solat dan ibadah yang ikut-ikut dan banyak lagi.

Ramai yang meminta kami mengulas dengan detail mengenai video ini. Tetapi ia terlalu panjang. Kami terlalu sibuk untuk membincangkannya satu persatu. Ini sangat sulit dan perlukan muzakarah secara berdepan kerana isu yang di utarakan dalam video ini KESEMUANYA RELEVAN dengan situasi umat saat ini. Ambillah masa dan mari sama-sama kita bincangkan secara terbuka tanpa prejudis.

Bila kami ada masa, atau kami rasakan sesuai nanti akan kami tuliskan rumusan menyeluruh di nota ini yang akan kami edit semula. Kita harus lihat apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Zaman Rasulullah dulupun ada MASJID JIN. Nabi Sulaiman pun pakai khidmat Jin. Tapi apakah itu Jin???

Sila like, share sebanyak mungkin untuk menyedarkan ummat. Cegah lah gejala Murtad semampunya, dengan perkongsian ilmu dan hujah yang mantap, jangan harapkan kekangan akta atau kongkongan fizikal kerana benteng luaran itu pasti gagal menghalangnya.

Barat sudah tidak lagi sudi untuk beragama dengan agama mereka. Masing masing sudah tahu bahawa agama itu telah Allah gantikan dengan yang paling syumul dan indah iaitu Islam.

Namun bagi yang jahil dan tidak memahami Islam yang sebenar, mereka akan mudah dipengaruhi. Kejahilan masyarakat Melayu khususnya, yang terkenal miskin, malas membaca dan lemah segala-galanya menyebabkan mereka mudah dikalahkan kepercayaannya.

Statistik di Malaysia dan Singapura saja sudah cukup membimbangkan. Yang tidak kita ketahui mungkin 2-3 kali ganda dari itu. Itu law of statistik dalam hal hal begini.

SILA LIKE PAGE FACEBOOK KHAS INI  UNTUK MENDAPATKAN VIDEO SETERUSNYA.

Wasilah untuk merasa Cinta Allah – wajib tengok

Jika kita ada masalah dan susah sangat nak mencintai Allah dan ibadat, mungkin video ini boleh membantu. Antara prinsip yang sangat menyentuh jiwa ialah, kita terlalu gembira terlonjak2 bila menghadiri tempat parti dan keraian. Tidak pula terlonjak-lonjak ketika kita berjaya sampai ke Rumah Allah atau majlis ilmu yang dicintai Allah.

Asalnya Kita Tidak Tahu adanya agama seindah Islam, sebahgian besar dari kita kita dilahirkan dalam keluarga Islam, tidak seperti mereka dari kalangan Awalul Muslimiin. MEREKA berhempas pulas, berhabis harta dan jiwa untuk mendapatkan Islam dan Iman. Mereka berlapar dan tersiksa untuk secebis petunjuk dan nikmat Iman. Ada kalangan mereka yang tidak sempat mengecapinya kerana terlebih dahulu dijemput ajal. Ada yang berkorban diri untuk kesejahteraan kita yang mewarisi nikmat itu.

Alangkah beruntungnya kita yang TIDAK MEMINTA Islam tapi Allah beri percuma, pasang siap. Berusahalah sahabat dan saudaraku sekalian. Buatlah sesuatu dengan sungguh-sungguh untuk mendaulatkan semula agama ini, yang telah kita sendiri hina dan keji, tidak melalui bibir yang sentiasa mengatakan Allah besar, Allah dan Rasul itu benar. tapi menghina pula dengan ciputnya pengorbanan kita, dengan pakaian kita, dengan perpecahan kita, dengan sembahan UTAMA terhadap pangkat dan harta. Sembahan terhadap ALLAH JADI NOMBOR DUA.

Jika Hadiah Islam yang PERCUMA tanpa usaha, tanpa di dera, tanpa kita MINTA-MINTA itu kita persia sia, pasti nanti Allah tidak sudi berikan ruang syurga bila sampai masanya kita pula yang terkial-kial, yang sangat MEMINTA-MINTA.

Admin ikut menangis terisak-isak menonton video ini. alangkah hinanya kita yang hari-hari memperlekeh banyak sekali perintah Allah, dengan terang-terang dan sesuka hati kita saja.

WARGA PRIHATIN

 

Doa Wakil-wakil Nasrani, Yahudi Rakyat Malaysia Agar Israel Masuk Malaysia – ALARMING

Rasanya sudah sampai masa kita berhenti bersangka-sangka. Berhentilah mengejar nama, pangkat dan harta. Sementara kita berkelahi di dalam rumah, halaman dan dapur kita sedang diintai dan dicerobohi. Anak isteri kita dibawa lari. kalau tidak dilarikan dirinya, mereka sedang dilarikan akidahnya.

Ingat saudara yang dikasihi sekalian,

Dulu Wilayah Jajahan Melaka itu luas dan lebar.
Terhampar dari Maluku ke Madagaskar.
> Kini Melaka bukan Berupa Wilayah lagi,
> Bahkan paling kecil dari kalangan negeri

Dulu Melaka itu beraja dan berdaulat
Dulu Melaka itu gagah dan kuat
> Tapi Kini Melaka tidak lagi berRAJA
> Mempertahankan Ketua Menteri pun tidak upaya.

Melaka itu sendiri berasaskan kata pokok Raja
Fatihah juga menegaskan kedaulatan Raja & Agama
> Jika Raja di dunia sudah tiada, atau hilang peranan KeAgamaannya
> Masih mampukah kita menegakkan kedaulatan agama?

Tahukah kita sejarah & kaitan pokok Melaka dan bertapaknya agama?
> Kini ia sekadar satu kuih yang jadi makanan semua.!
Tahukah kita peranan perigi Hang Tuah dan hakikat pendidikan?
> Kini sekadar intaian tempat menarik untuk pelancungan..!

Kita semua tahu bagaimana sejarah jatuhnya Melaka.
Semua angkara pecahan watan dan pengkhianat bangsa.
> Tapi mengapa kita masih alpa?
> Mengapa masih nak berpecah berfirqah juga?
> Mengapa tergamak lagi mengulangi kesilapan yang sama?
> Mengapa sanggup menggadai agama, bangsa dan negara?
> Mengapa masih diburu pangkat dan harta?
> Bukankah hidup ini hanya seketika saja?

Silalah tonton Video ini dan sama-sama muhasabah diri.
Mari kita sama-sama cari jalan untuk memperbaiki.

Ini petikan seruan dari Insan yang sebahgian kita sedang membenci. Bacalah ia tanpa kepentingan diri dan parti. Fikirkanlah demi agama, watan negara dan ibu pertiwi.

Kami terpanggil untuk berkongsi pendedahan ini dengan anda semua kerana bimbang akan pengaruh halus agenda Yahudi di Malaysia. Sedarkah kita ini sememangnya berlaku dan ada sesuatu agenda jahat yang dirancang oleh agen-agen Yahudi di negara kita.

Pendedahan bertulis adalah pengakuan seorang Bekas Pakar Strategi SEBUAH PARTI yang mengesahkan mempunyai Agenda Kristianisasi. Apa yang mereka impikan ialah Malaysia Ditadbir Oleh Pemimpin Kristian!

Anda nilaikan sendiri dgn menonton video ini. Bagaimana orang yahudi sudah beria-ria ‘berdoa’ agar negara kesayangan kita ini diambil alih oleh sekutu mereka. Persoalannya, siapa sekutu mereka? INI SUDAH JELAS KEPADA KAMI, MOGA ANDA TIDAK TERLEKA.

Bersatulah bangsaku Melayu sekalian, jangan kerana politik kita berpecah – rapatkan saf kita. Lihatlah agenda jahat ini, bukankah sudah jelas? Bermula dengan penghinaan ke atas bendera, kemudian raja, agama, jangan esok lusa kita hanya bisa menangisi semua ini.

Ambillah pelajaran dari kesilapan Palastine. Sekali tersilap, sekali terlepas, sukar mendapatkannya kembali. Fikirkanlah nasib anak cucu sama, jangan kita rakus mengejar kuasa. Ingatlah, semua kerjabuat kita bakal ditanya yang maha Esa.

Kami insaf, kami sedar, kami sedih, hati kami pedih…

Bersatulah, Bersatulah, Bersatulahhhhhhhhhhhhh……….

WARGA PRIHATIN

 

Hidup Ini Singkat Sekali Berbanding alam Yang Kekal Abadi

Ingatlah wahai sahabat. Terasa baru kelmarin kita bermain di desa, kini tempat bermain pun sudah tiada. Baru semalam kita rasa bersekolah rendah, kini kita sudah dapat ijazah. Baru kelmarin kita berkahwin, kini sudah ada cucu.

dulu kita ada atuk kini sudah tiada, dulu kita ada emak bapak, kini semuanya pergi. Sekarang kita berfacebook, esok status kita bertukar ALLAHYARHAM.

Ya.. Hidup Ini Singkat Sekali Berbanding alam Yang Kekal Abadi.

SILA TEKAN “LIKE ” UNTUK VIDEO DAN POSTING SETERUSNYA.

 

Apa jadi bila beruk dapat cermin dan lihat muka dia sendiri

Darwin kata manusia di jadikan dari beruk. Secara biologi ia mustahil. Tapi Allah juga kata manusia dijadikan secara akhlaknya semacam beruk, kera, monyet dan seangkatan dengannya. Bagaimana?

Perangai kita yang perasan baik ini, Allah sedarkan, allah beri cermin untuk kita lihat dan muhasabah. Allah beri sistem yang baik seperti bunga yang harus kita pakai supaya nampak lebih baik dari asal kita. Lepas tu kita kena berterima kasih, kena kenang budi Allah.

Tapi beruk suka buang dan renyuk bunga. Dah lah tak mau pakai, renyuk pulaktu. Lepastu tala punggung dan mengejek kita. Jika sistem yang indah itu kita langgar, maka kita akan jadi babi yang melanggar batas, menyondol saja macam babi jantan. Itulah akibat hidup tidak ikut aturan Allah dan Allah akan hina kita…. ibarat Musyrik, najis yang dilarang mendekati masjid.

Mari belajar dari beruk ini. apa jadi bila dia lihat muka dia dari cermin ajaib…

RUJUKAN: SURAH 5. Al Maa’idah 60.

Katakanlah: “Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari itu disisi Allah, Iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka yang dijadikan kera dan babi, dan Penyembah thaghut?.” Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.

 

Alarming, 2 Juta Muslim Indonesia Murtad dalam setahun

Alarming, 2 Juta Muslim Indonesia Murtad dalam setahun

Sila like, share sebanyak mungkin untuk menyedarkan ummat. Barat sudah tidak lagi sudi untuk beragama dengan agama mereka. Masing masing sudah tahu bahawa agama itu telah Allah gantikan dengan yang paling syumul dan indah iaitu Islam.

Namun bagi yang jahil dan tidak memahami Islam yang sebenar, mereka akan mudah dipengaruhi. Kejahilan masyarakat Melayu khususnya, yang terkenal miskin, malas membaca dan lemah segala-galanya menyebabkan mereka mudah dikalahkan kepercayaannya.

Statistik di Malaysia dan Singapura saja sudah cukup membimbangkan. Yang tidak kita ketahui mungkin 2-3 kali ganda dari itu. Itu law of statistik dalam hal hal begini.

SILA LIKE PAGE INI UNTUK MENDAPATKAN VIDEO SETERUSNYA.

 

Sains Haji 1: Lambaian kaabah – Applied Sains Di Sebalik Ritual Haji Menjawab Fitnah Agama

kaabah

LAMBAIAN KAABAH : PENJELASAN SAINS DI SEBALIK RITUAL HAJI

Bulan Haji sudah tiba lagi. Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia telahpun berlepas Jumaat lepas.  Mengiringi keberangkatan pertama itu TV3 ada memanggil seorang Ustaz, Pensyarah sebuah Universiti tempatan untuk merungkai pelbagai persoalan tentang Haji.

Masyaallah pembaca yang dikasihi, sungguh kami amat terkejut dengan fenomena yang diutarakan oleh ustaz tersebut, khususnya pertikaian oleh intelek Muslim dari kalangan rakan beliau sendiri yang memperlekehkan bukan saja kesemua rukun haji yang dianggap mereka mengarut, tiada penjelasan yang jelas dan membuang masa, bahkan mereka mempertikaikan ritual solat juga. Sila lihat sendiri klip video yang kami pautkan di bawah nanti dan nilai sendiri.

Kelmarin kami paparkan video yang menunjukkan 2 juta Muslim Murtad setiap tahun di Indonesia. Ada pula link video yang menunjukkan begitu ramai WAKIL rakyat kita yang berusaha gigih membuka pintu negara ini untuk dimasukki ISRAEL. Kes-kes penggunaan NAMA ALLAH oleh agama lain dan kes-kes harian seperti gejala sosial, maksiat, buang bayi, dadah, pembunuhan rompak merompak yang terlapur dan yang dirujuk kepada kami semuanya sangat ‘alarming’. Itu belum campur lagi kes rasuah, perebutan kuasa dan perpecahan umat yang tidak kita tahu akan berlarutan sampai bila.

Fenomena mempertikai amalan ritual ini sangat bersamaan dengan kes-kes yang dirujuk ibu-bapa kepada kami. Selain dari kes-kes murtad dari apa yang kita baca di akhbar dan blog, banyak sekali kes yang tidak dilapur, yang hanya kita tahu setelah menjadi parah. Ramai sekali anak-anak yang susah payah kita hantar belajar tinggi-tinggi dan kembali kepada kita dengan angkuh untuk menggunakan ‘kepandaian’ mereka mempertikaikan ritual agama mereka sendiri. Lebih membimbangkan kami, terlalu banyak kalangan pelajar sekolah menengah sudah sewenang-wenang mengatakan mereka sudah tidak nampak rasional agama ini.

Jika SYAHADAH terkait dengan penyaksian, SOLAT terkait dengan perhubungan (silah/solawat), PUASA terkait dengan keadaan Ramadh (panas/kacau bilau), penyebab kepada turunnya al-quran (nuzul quran), mendesak umat untuk menahan diri dan perbelanjaan, untuk mengeluarkan ZAKAT yang FITRAH untuk mengembalikan keadaan panas tadi kembali aman dengan perlaksanaan aturan al-quran, maka HAJI pula terkait dengan `hujjah’ yang kukuh untuk mengembalikan iman (kepercayaan) yang semakin longgar dan mengajak umat dunia kepada Islam dengan ILMU.

Ada sebahagian dari kita yang telahpun mengerjakan haji sehingga berbelas kali tetapi apabila mereka kembali ke tanahair, mereka kembali kepada asalnya. Maka, apakah Haji itu satu ritual yang kurang penting sehingga ia dijadikan RUKUN, satu fundamental dalam Islam?

Sains seharusnya kita gunakan untuk membuktikan kebenaran yang mampu meyakinkan manusia kepada agama Allah ini, bukan diguna untuk menunjuk pandai dan mengejek-ngejek agama sendiri, melebihi orang bukan Islam. Melihat fenomena yang sangat mengancam kedaulatan agama ini, maka kami membuat keputusan untuk cuba berkongsi beberapa Applied Science bagi menjelaskan rasional kepada persoalan yang membuatkan anak kita perlahan-lahan meninggalkan agama tanpa kita sedar ini.

Fenomena ini jugalah yang membuat kami sekumpulan saintis dan generasi pendidik ini sanggup berhabis-habisan mencari jalan untuk membendungnya. Kami ingin buktikan bahawa dengan hidayah dari MUKJIZAT al-quran dan meniti sunnah, Islam itu mampu difahami secara saintifik dan boleh dijelaskan secara rasional, bukan emosional dan magik-magik semata-mata. InsyaAllah anak-anak kita nanti dapat diselamatkan akidahnya.

Dengan itu, Pelbagai persoalan akan InsyaAllah kami huraikan dalam siri artikel Sains Haji yang akan kami mulakan dalam sehari dua ini sempena musim haji. Antaranya persoalan seperti berikut,

  • Apa itu kaabah dan sejarahnya?
  • Mengapa kaabah hanya ada 3 tiang di dalamnya?
  • Mengapa perlu ihram?
  • Apa itu tawaf?
  • Mengapa perlu pusing 7 kali? – ini yang disentuh dalam klip video itu.
  • Mengapa kita bertawaf mengelilingi kaabah ikut arah lawan jam?
  • mengapa perlu istilam?
  • Apa signifikan batu Hajaraswad yang dahulu putih kini sudah jadi hitam?
  • Apa itu Hijir Ismail? Pancur Emas?
  • Apa itu makom Ibrahim?
  • Mengapa perlu kita Saie?
  • Mengapa 7 perjalanan dalam saie?
  • Mengapa perlu berlari-lari anak?
  • Apa itu bukit Safa dan Marwa?
  • Mengapa perlu tahlul?
  • Mengapa potong 3 helai rambut?
  • Atau mengapa perlu cukur terus?
  • Apa itu DAM?
  • Apa itu kurban?
  • Apa itu ARAFAH?
  • Mengapa perlu kita wukuf di Arafah?
  • Mengapa perlu bermalam di Mina?
  • Mengapa perlu kutip batu di Mudzallifah?
  • Mengapa perlu melontar jumrah?
  • Mengapa ada 3 jumrah?
  • Mengapa balik haji pakai kupiah? Pakai serban?
  • dan banyak lagi ritual-ritual haji yang mungkin sebelum ini hanya dilihat sebagai ritual sahaja.

Selama ini kita tidak berusaha keras untuk memahami unsur ilmu dan tarbiah di sebalik segala amalan ritual yang telah ditetapkan untuk memelihara agama ini. al-quran yang menjadi silibus kefahaman agama ini juga kurang sekali yang memahami maksudnya sampai katam. Bacaan dalam solat juga ramai di antara anak-anak kita tidak tahu maknanya. Itu belum masuk himpuan Hadis untuk memahami sunnah, selaku pedoman melaksana agama yang tidak kita teliti, kecuali segelintir yang mempelajarinya untuk sekeping PhD. Semuanya kita wakilkan kepada alim ulamak, para ustaz dan tok imam saja sedangkan kita tahu di kubur nanti kita sendiri yang akan menjawab segala-galanya.

Haji juga tidak terlepas dari banyak ilmu dan tarbiah dari ritualnya. Ia pelengkap dan kemuncak perjalanan Islam kita menelusuri setiap rukun-rukun Islam yang lain. Hajinya kita harus pulang membawa hujah yang cukup, hingga mampu berperanan sebagai pemimpin (IMAM) untuk membantu memperkukuhkan akidah dan mensejahterakan carahidup keluarga dan masyarakat berbekalkan ilmu yang kita perolehi dari ibadah Haji ini.

Ikuti siri artikel ini dan anda akan lihat dengan jelas mengapa Haji itu jadi rukun Islam yang ke-5. Pastinya ada pelajarannya yang boleh dihuraikan jika kita membacanya dengan ilmu dibenarkan dengan akal yang bakal membina IMAN yang kukuh dan amal yang menghasilkan islah (pembaikan). InsyaAllah, kami juga akan cuba membawakan lintas langsung dari Kota Makkah & Madinah oleh salah seorang dari rakan co-founder  RPWP yang bakal mengerjakan haji tahun ini.

Sedarlah semua, lemahnya Islam pada hari ini kerana kemalasan kita untuk berfikir tentang ritual-ritual penting dalam Islam. Kami ini bukan golongan terbaik yang wajar menetapkan itu dan ini. Yang ada pada kami ialah sedikit “seni melihat” (iqra’) yang Alhamdulillah berkesinambungan dengan dapatan idea bagaimana segala ancaman terhadap agama dan masyarakat ini boleh diredakan. Kami sangat mengalu-alukan cerdik pandai, para ustaz dan alim ulamak untuk tampil memperbaiki apa yang belum cukup baik ini, bersama-sama kita mencari jalan demi agama Allah dan kesejahteraan anak cucu kita.

Teruskan follow facebook kami dan SHARE lah dengan PERCUMA  supaya lebih ramai yang akan mendapat manafaat dari “hidangan-hidangan” yang kami sediakan.

WARGA PRIHATIN


Parenting Tips 11: Membangunkan Anak Dari Tidur


PARENTING TIPS 11: TIPS MEMBANGUNKAN ANAK DARI TIDUR

Salah satu daripada masalah besar ibu bapa ialah kesukaran mengejutkan anak dari tidur.

Tips kali ini memberikan contoh secara langsung bagaimana amalan terbaik membangunkan anak dari tidur. Kali ini ia berbentuk video, sebagai memenuhi permintaan ramai yang ingin melihat secara live amalan parenting kami. Maaf kualiti agak rendah sebab ini rakaman video lama dan ia adalah kandid, bukan filem/drama.

Dr Masjuki, Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin yang mesra kami panggil AYAH adalah seorang yang tegas, tipikal seorang bapa gaya orang JAWA. Jika KESEMUA anak-anak beliau yang telah kami paparkan mempunyai jatidiri dan semangat juang yang tinggi adalah kerana beliau mampu turunkan jatidiri beliau dengan lancar. Soalnya apakah amalan atau tabiat beliau dalam membentuk dan mendidik anak sejak bayi? Ini yang menarik untuk sama-sama kita perhatikan.

Abu Rijal yang mesra dipanggil Ijal, adalah anak bongsu beliau yang berumur 5 tahun ketika rakaman video ini. Seumur ini Ijal sudah menghafal Surah-surah Juz Amma, sudah masuk pertandingan tilawah peringkat daerah dalam katagori tadika. Kini beliau sudah masuk pertandingan azan, Nasyid dan sebagainya. InsyaAllah akan kami upload sedikit klip hafazan dan rakaman kandid interaksi beliau dengan Ayah, termasuk bagaimana beliau dirotan juga kemudian nanti.

Sepertimana 7 orang anak-anak Ayah yang lain, Ijal yang kini darjah 4 juga petah berbicara, berwajah ceria, berani atas pentas dan agak cemerlang akademiknya. Ayah hanya tegas dan agak garang ketika anak-anaknya buat salah. Tapi ketika anak dalam keadaan patuh kita boleh lihat bagaimana Ayah membelai dengan penuh kasih sayang. Oleh itu hukuman paling berat dan ditakuti anak-anak Ayah ialah HUKUMAN MASA, iaitu bila Ayah tak izinkan mereka masuk bilik Ayah untuk bermesra. Sikap Ayah terhadap kami rakan-rakan co-founders yang berkerja sama-sama dengan beliau juga begitu.

Sebelum Ayah jatuh dan patah kaki dahulu, pejabat beliau di tingkat 3 RPWP. Beliau banyak melakukan kerja pejabat di waktu malam kerana siang terpaksa melakukan banyak kerja kasar membina bangunan. Lihat bagaimana setiap malam Abu Rijal bawa bantal dan selimut naik ke tingkat 3 untuk tidur atas lantai menemani Ayahnya.

BAGAIMANA AYAH BERHALUS MENGEJUT DAN MEMBANGUNKAN IJAL?

Ayah sangat minat dan mendalami bidang Psikologi dan mendapat distinction sewaktu di Universiti. Pesan Ayah, Jangan sekali-kali sergah anak atau menengking sewaktu mengejutkan mereka. Ini boleh mematikan jiwa mereka. Kita cuma perlu rapatkan diri, body contact, seakrab mungkin dengan anak sejak kecil, biar anak rasa hangat tubuh kita, berlaku energy transfer dan mereka akan sentiasa mengenang dan respek dengan kita.

Sebenarnya kebanyakkan Parenting Tips yang kami kongsikan adalah hasil uswah dari Ayah yang telah kami berjaya copy dalam mendidik anak-anak. Alhamdulillah kami merasa sangat beruntung.

Video ini telah lama kami gunakan untuk memberikan tunjuk ajar kepada semua para penjaga anak-anak di RPWP agar tidak sekali-kali mematikan mood anak di awal subuh ketika membangunkan mereka. Jika ini berlaku, anak-anak akan memulakan harinya dengan buruk dan tertekan pada hari itu. Pelajaran akan susah diterima, akal tidak akan berkembang.

PERHATIKAN VIDEO INI: AYAH MEMBANGUNKAN IJAL DALAM 2 EPISOD.

Episod Pertama ialah untuk menyedarkan dia akan sampainya waktu untuk bangun. Ayah lakukan sampai pasti ada tindakbalas dari Ijal, dalam video ini Ijal angkat badan memeluk Ayah. Ini menunjukkan bahawa dia telah sedar. Ayah beri respond semula kepada Ijal walaupun sekadar satu ciuman mesra. Kemudian Ayah biarkan semula seketika, siap selimutkan lagi dan beberapa minit kemudian Ayah ulangi lagi untuk membangunkan Ijal sepenuhnya.

Setelah Ijal bangun, Ayah iringi dengan pelukan dan ciuman. Bergantung kepada tahap sedar, Ayah iring juga dengan sedikit kata kata semangat, pujian dan kasih sayang. Kemudian setelah Ijal siap mandi dan beruniform, beliau naik semula bertemu Ayah untuk dapatkan izin ke sekolah pula. Perhatikan kali ini bagaimana Ayah melayan komunikasi Ijal, termasuk interaksi badan (body language). Menarik bukan?

Perhatikan juga bagaimana setiap kali Ijal respond pelukan Ayah dengan turut menepuk belakang Ayah. Lihat bagaimana Ijal menjawab soalan Ayah dan mengajukan soalan-soalan balas. Tindak balas ini harus dijadikan tanda yang mesej kita samada secara body language atau verbal telah sampai dan diproses oleh anak dengan baik.

Teknik ini kalau ibu yang buat mungkin kurang berkesan, kecuali ibu tunggal yang tiada pilihan, atau ketika si bapa tiada di rumah. Waktu ini ibu tentu sedang sibuk sediakan sarapan. Jadi bapalah yang kena buat. Sebab tu bapa pun kena belajar bangun awal. Sayang tu sayang jugalah. Sebagai bapa, kalau Ayah dah buat baik-baik Ijal tak mau bangun, nanti Ayah berdehem mengerang sikit, melompatlah dia bangun.

Bagi anda yang tidak yakin sebelum mencuba, ingatlah, tips ini bukan untuk kita lakukan sepanjang masa dan usia. Ia hanya satu pendekatan awal sebelum anak masuk darjah 1. Dalam video ini Ijal bangun jam 7.00 sebab Tadika mula 8.00am. Ijal dan rakan-rakan di RPWP telah bangun SENDIRI seawal 5.30 am, solat subuh berjemaah sejak darjah 1 lagi tanpa lagi Ayah panggil pun.

Sekarang ni kesemua mereka ada ikrar jam 6.30 pagi. Isnin Khamis pula kena bangun awal sikit sebab nak sahur untuk puasa sunat. Mana kami ada masa nak layan macam ni pada kesemua 65 anak yang residen, sampai besar? Jadi bila anak dah terbiasa, hari-hari mereka akan bangun sendiri sekarang. Mudah bukan? Lebih mudah lagi jika anak anda yang besar telah terlatih begini dan ketika anda semakin sibuk mencari nafkah, mereka pula lakukan pada adik-adiknya. Maka suburlah jiwa anak-anak anda kerana MEWAH DENGAN BELAIAN.

Ayah sendiri ada seorang anak Down Syndrome. Kami kagum bagaimana Ayah dan Mak Ibu boleh latih Nurhani sampai mampu menjaga kakaknya yang OKU tanpa sebarang masalah, berbanding dengan anak-anak OKU lain yang kami jaga. Semuanya bermula dari awal.

Amalan seterusnya setelah anak membesar ialah meneruskan ciuman, dakapan dan kata nasihat sewaktu mereka minta izin pergi dan bersalam waktu balik sekolah/Universiti. Ini Ayah teruskan sehingga kesemua anak-anaknya besar panjang. Menurut Ayah, setiap kali Ayah pulang lewat sewaktu berniaga dahulu, Ayah akan masuk bilik anak-anak dan kucup mereka yang sedang tidur, kadang-kadang betulkan selimut mereka (rujuk Parenting tips 2). Berkali-kali setiap hari kami memerhatikan adegan peluk cium Ayah dengan anak-anaknya.

Alhamdulillah kami bersyukur mendapat uswah itu secara live dan first hand. Kami sendiri bangga dan seronok bila sesekali dapat juga rasa peluk cium dengan Ayah. Waktu itu kami yang selama ini bingung mengurus keluarga menitis air mata kerana terlalu bersyukur mendapat tunjukajar secara lansung untuk mendidik anak-anak dari Ayah. Tak percaya? Tengok sendiri klip video raya baru-baru ni.

SELAMAT MENCUBA.

Kudap Kudap
WARGA PRIHATIN

http://prihatin.net.my/2013/08/31/tips-parenting-prihatin-3-kucup-anak/

http://prihatin.net.my/2013/08/09/takbir-eidul-fitri-prihatin/

http://prihatin.net.my/2013/08/08/linangan-air-mata-kasih-aidilfitri/

Abu Rijal Berjinak dengan Tilawah Alqur’an sejak Tadika.

Rakaman Pertandingan Tilawah Alquran Abu Rijal, Anak Rumah Pengasih Warga Prihatin. Anak 5 tahun ini berjaya mengalahkan anak-anak Tadika 6 tahun di peringkat Parlimen dan berjaya mendapat tempat ke 3 di peringkat Daerah.

Maaf rakaman video terputus kerana menggunakan digital canon lama saja dan batteri pula habis. sambung semula guna handfone. Kualiti memang tidak baik. InsyaAllah bakal menjadi benih generasi Anak Permata Negara.

Parenting Tips : Sains Ikrar (baiah) Anak-anak

 

IKRAR (Baiah) ANAK-ANAK.

by Saiful Nang

Inilah konsep yang kami terapkan kepada anak-anak kami setiap hari. Ini dari salah satu unit keluarga Prihatin. Kami akan bawakan video baiah anak-anak kami setiap pagi secara berjemaah. InsyaAllah kami akan bawakan juga baiah isteri kepada suami dan juga baiah SAHABAT antara kami seluruh co-founder yang 20 orang ini. Penyatuan atas baiah ini bukan sekadar satu retorik tetapi bermula dari lafaz begini, kami 20 orang ini sanggup menyatu dan disatukan kerana terikat dengan baiah atas NAMA ALLAH.

Ada sains yang besar dalam baiah…dan ada kerosakan besar yang berlaku dalam sebahagian baiah / ikrar / akujanji yang kini orang senang-senang langgar. Jika lihat BAIAH RUKUN NEGARA sahaja, rasanya dah ramai yang langgar TANPA ada kesan apa-apa.

Ada masa nanti, kami terangkan lanjut bagaimana BAIAH adalah satu pendekatan yang mampu dilurut sainsnya dalam PENYATUAN MANUSIA.

Video kali ini saya memenuhi permintaan beberapa pembaca yang nak rakaman video bagaimana mendisiplinkan anak-anak. Ikrar ini telah dimulakan semenjak mereka mula pandai bercakap. Dan si Lela (yang kecil) mesti berada dalam lingkungan dengar semasa ikrar kakak-kakak mereka dibacakan.

Ikrar ini salah satu pendekatan harian yang diamalkan di Rumah Pengasih Warga Prihatin pada setiap hari. Orked & Seri tidak berikrar di Prihatin kerana ikrar di Prihatin biasanya berlaku pada jam 6.30 pagi sebelum anak-anak ke sekolah. Selepas ikrar akan berlaku TAUSIAH (pesan-pesan kepada anak-anak) dan hujung hari akan dibuat ROLL-CALL (seperti yang anda pernah lihat videonya dahulu).

IKRAR adalah satu frame halatuju kehidupan anak yang perlu dilafazkan. Sama sepertimana lafaz akad nikah juga perlu dilafaz sehingga difaham oleh orang barulah sah. Lantas, mendisiplinkan anak akan jadi lagi mudah.

Nanti saya cuba dapatkan video IKRAR anak-anak Warga Prihatin pula. Ok, itu anak-anak…nanti saya insyaAllah cuba rakam dan kongsi ikrar isteri-isteri kepada suami masing-masing pula. Setiap hari, anak saya akan berikrar kepada isteri saya (ibu mereka) dan isteri saya pula akan berikrar dengan saya.

Jika masuk Silat pun ada baiah, masuk geng kongsi gelap pun ada ikrar, nak jadi sahabat pun ada ikrar, nak jadi doktor pun ada ikrar…nak jadi ANAK YANG BAIK takkan tak ada ikrar? Betul tak?

Kalau setuju, sila share. Jika tak setuju, sila PM. Terima kasih semua.

SAIFUL NANG

Brutal knifing by Syrian Soldier – untuk dewasa saja

Kami Yakin ini bukan apa yang Islam anjurkan, bukan apa yang Rasulullah uswahkan. Tetapi sedih. Terlalu banyak video…

Posted by Warga Prihatin on 5hb September 2013

Kami Yakin ini bukan apa yang Islam anjurkan, bukan apa yang Rasulullah uswahkan. Tetapi sedih. Terlalu banyak video seperti ini di internet sekarang!!!.

Subhanallah, terlalu banyak usaha perlu digembeling untuk menyucikan pencemaran atas nama Allah oleh perlakuan seperti ini. Islam di benci, Allah di caci dengan perbuatan sebegini. Inilah yang menimbulkan fenomena ISLAMOFOBIA.

Selain dari memikirkan Situasi perang di luar sana, kami berseru agar Ibu bapa peka bahawa anak-anak kita juga sedang bebas menonton aksi ganas spt ini.

Note :
– Video tentera Syria.
– Jangan tonton jika anda ada lemah jantung.
– Untuk dewasa saja.
– Tanpa prejudis. — in Syria.

Video Doa & Akad Anak RPWP waktu serah Duit Raya untuk Pembedahan Mak Sofiah


Tidak di sangka rupanya sewaktu anak-anak memerhatikan 10 pendokong RPWP mengakadkan sedekah INFAK, 10% dari pendapatan bulanan mereka untuk membangun RPWP di setiap hujung bulan, anak-anak ini telah menanam azam untuk melakukan sendiri akad itu apabila ada peluang. Oleh kerana itu Orked menangis-nangis minta di ajar lafaz akad dan telah berjaya membacakan sendiri akad beliau semasa menyerahkan duit rayanya sebagai DERMA perubahan Mak Sofiah.

Bukan jumlah RM yang harus kita nilai, namun benih sifat KEPRIHATINAN & KEIKHLASAN yang tertanam di jiwa mereka yang bagi kami TERSANGAT MAHAL. Kami tidak ajarkan mereka tetapi mereka belajar dari pemerhatian mereka saban hari. MasyaAllah.

Alhamdulillah.

 

Erti Peluk Cium Warga Prihatin di Aidilfitri

PENTERJEMAHAN SEMANGAT PERSAUDARAAN DI AIDILFITRI

Suasana pilu, sayu, gembira dan sedih di saat perpisahan sebelum pulang ke desa menyambut raya di kalangan Warga Prihatin. Suatu yang sukar di gambarkan dengan kata-kata, eratnya ikatan kasih seerat dakapan dan genggaman tangan.

Sebagai SAMPLE KOMUNITI, inilah gambaran persaudaraan dalam ISLAM, inilah fitrah kasih sayang yang harus kita kembalikan (Eid Fitri), inilah asal usul budaya ISLAM yang harus kita perhati semula di kampung masing masing, yang masyarakatnya sangat kenal mengenal, berkerjasama, berkasih sayang dan tolong menolong (itupun sudah tidak banyak berlaku)..

Masih ada lagikah tabiat berkasih sayang, ramah mesra, tolong menolong seperti ini dalam masyarakat bandar kita? masih kita fikir penyatuan ummatun wahidah, Muslim ibarat sebatang tubuh itu mustahil di capai? anda lihat dulu video ini…

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

RENCANA RPWP DI RANCANGAN ASIANS OF THE YEAR TV SINGAPORE