Category Archives: VIDEO

image_pdf

AMANAT & MOTIVASI KHUSUS PENGETUA RPWP BUAT PELAJAR PERANTIS SNAP


.
Dengan latar belakang pelajar yang berbagai rupa dan warna, maka Ayahanda Dr Hj Masjuki lontarkan amanat dan motivasinya dengan pelbagai gaya. Harus tonton seluruh rakaman ini untuk dapat keseluruhan mesej penting yang disampaikannya.
.
Video ini bukan sahaja mampu membantu para ibubapa dan pelajar Perantis SNAP, malah buat sekalian ibubapa yang mungkin memerlukan motivasi untuk anak-anak kita.
.
Selain dari latihan profesional dalam bidang penggambaran, Program Perantis SNAP turut menitikberatkan pembentukan siyasah, sahsiah dan akhlak kepada para pelajarnya. Pengajian yang biasanya dijalankan selama 3-4 tahun hanya mengambil masa 3 bulan sahaja di Saiful Nang Academy.
.
Pengambilan seterusnya ialah pada 3 SEPT 2018 akan datang. (Terhad 30 orang sahaja).
.
Sila Whatsapp +6011 232 84 212, atau klik link berikut untuk pendaftaran atau keterangan lebih lanjut,

https://www.facebook.com/snapclub/posts/1840319289340693
.
Alhamdulillah,
WARGA PRIHATIN

AMANAT & MOTIVASI KHUSUS PERANTIS SNAP

AMANAT & MOTIVASI KHUSUS PENGETUA RPWP BUAT PELAJAR PERANTIS SNAP .Dengan latar belakang pelajar yang berbagai rupa dan warna, maka Ayahanda Dr Hj Masjuki lontarkan amanat dan motivasinya dengan pelbagai gaya. Harus tonton seluruh rakaman ini untuk dapat keseluruhan mesej penting yang disampaikannya..Video ini bukan sahaja mampu membantu para ibubapa dan pelajar Perantis SNAP, malah buat sekalian ibubapa yang mungkin memerlukan motivasi untuk anak-anak kita..Selain dari latihan profesional dalam bidang penggambaran, Program Perantis SNAP turut menitikberatkan pembentukan siyasah, sahsiah dan akhlak kepada para pelajarnya. Pengajian yang biasanya dijalankan selama 3-4 tahun hanya mengambil masa 3 bulan sahaja di Saiful Nang Academy..Pengambilan seterusnya ialah pada 3 SEPT 2018 akan datang. (Terhad 30 orang sahaja)..Sila Whatsapp +6011 232 84 212, atau klik link berikut untuk pendaftaran atau keterangan lebih lanjut,https://www.facebook.com/snapclub/posts/1840319289340693.Alhamdulillah,WARGA PRIHATIN

Posted by Warga Prihatin on Rabu, 18 Julai 2018

LIVE – Pengasas AIP di BNC TV

 

SIARAN LANGSUNG PENGASAS AKADEMI INSAN PRIHATIN (AIP) DI BERNAMA NEWS CHANNEL TV.

KEJAYAAN NURHANI – HASIL INSPIRASI KASIH DAN ILMU BAPA TERCINTA

INSPIRASI BAPA & ANAK – DEMI KASIH DAN ILMU

INSPIRASI BAPA & ANAK – DEMI KASIH & ILMUUsianya baru menjangkau 18 tahun namun hampir separuh usianya sudah diabadikan sebagai sukarelawan, demi kasih dan ilmu dia melakukan semampu yang boleh..Ikuti curahan hati Nur Hani Masjuki dan pesan-pesan bapa tersayang di pentas "Assalamualaikum" – TV Al-Hijrah –

Posted by Warga Prihatin on Rabu, 22 Mac 2017

INSPIRASI BAPA & ANAK – DEMI KASIH & ILMU

Usianya baru menjangkau 18 tahun namun hampir separuh usianya sudah diabadikan sebagai sukarelawan, demi kasih dan ilmu dia melakukan semampu yang boleh.

Ikuti curahan hati Nur Hani Masjuki dan pesan-pesan bapa tersayang di pentas “Assalamualaikum”

– TV Al-Hijrah –

NURHANI BERSIARAN LANGSUNG DI BERITA HARIAN

Rakaman live video Nurhani Masjuki di 'Berita Harian Online' sebentar tadi utk yang tidak sempat mengikutinya secara Live. Boleh juga ditonton terus dari Page BH.https://www.facebook.com/bhonline/videos/10155006584900600/Alhamdulillah.WARGA PRIHATIN

Posted by Warga Prihatin on Sabtu, 18 Mac 2017

Rakaman live video Nurhani Masjuki di ‘Berita Harian Online’ sebentar tadi utk yang tidak sempat mengikutinya secara Live. Boleh juga ditonton terus dari Page BH.

https://www.facebook.com/bhonline/videos/10155006584900600/

Alhamdulillah.
WARGA PRIHATIN

ANTARA DUA DARJAT – KISAH ANAK MAKAN LAUK GARAM

MENGKOBAR SEMANGAT MELALUI TAKBIR RAYA

MENGKOBAR SEMANGAT MELALUI TAKBIR RAYA

Tahun-tahun lepas, Ayahanda Pengetua RPWP hanya bawa nada rendah untuk takbir raya beliau. Tahun ini anak-anak sudah dilatih untuk takbir dan kebanyakan mereka bawa nada rendah yang biasa ayah bawa sebelum ini supaya lebih lunak, menyentuh hati, dan mudah dihayati.

Tahun ini Ayah seru dalam tausiah khas agar para murobbi dan anak-anak yang mampu cuba bawa nada tinggi. Oleh kerana ada tetamu luar yang ikut takbir, maka Ustaz Shauqi dan Ustaz Saiful diminta memberikan tausiah ringkas tentang takbir raya. Ayah pula tambah dengan rasional mengapa ayah minta bawa nada tinggi supaya tetamu tidak terkejut..

Sudah sampai masanya Warga Prihatin tinggikan nada suara sebagai menggambarkan isi hati dalam menyampaikan seruan melalui takbir raya. Ayah harapkan nada yang tinggi ini boleh diselarikan dengan penghayatannya. Dengan penjabaran maksud takbir yang jelas, alunan itu mampu membakar semangat seluruh warga yang mendengarnya.

Sementara itu, ayah minta semua warga sampaikan aura melalui nada tinggi itu untuk membesarkan Allah, mengikhlaskan diri untuk agama Allah, dan benar-benar berhamdalah memuji Allah. Turut diseru agar dipasangkan semangat yang sama untuk qowwam dan bertegas dalam menolak kutukan golongan kafir yang membenci cara hidup Islam yang sebenar.

Dengan pencapaian memberangsangkan RPWP, AIP dan Wakaf Enterprise, kebanyakan warga sukarelawan yang telah banyak berkorban harta dan diri itu lulus pelbagai ujian dari Allah selama ini. Dengan itu selayaknya mereka zahirkan dengan penuh semangat lafaz tahlil dengan sebenar-benar iktikad nafi dan isbat terhadap Allah.

Ayah juga minta masing-masing zahirkan rasa syukur dan berhamdalah melalui lontaran suara takbir itu. Syukurilah dengan ikhlas segala rahmat berupa petunjuk, taufik dan hidayah yang diberikan Allah. Hanya petunjuk Allah itu yang memungkinkan WP mampu mengislahkan warga dan anak-anak jagaannya. Tanpa petunjuk yang tepat dan berkesan dari Allah, kami juga akan gagal dan teraba-raba.

Untuk memberikan contoh nada tinggi kepada yang lain, maka ayah telah rakamkan contoh nada itu dan dimainkan di audio sistem RPWP sehari lebih awal supaya kami boleh ikuti dan melatih diri.

Malangnya ada sesuatu yang melucukan telah berlaku. Di kalangan Murobbi hanya beberapa orang sahaja yang mampu bawa nada tinggi. Seorang daripadanya diberi peluang untuk menyampaikan takbir dengan nada tinggi sebelum Ayahanda. Rupanya nada beliau lebih tinggi dari apa yang Ayah harapkan. Lebih malang lagi ayahanda sudah terpengaruh dengan nada itu. Maka, berhempas pulaslah beliau mempertahankan suaranya dengan nada yang ‘terlajak tinggi’ itu.

Apapun, kami benar-benar dapat rasakan aura seruan yang dizahirkan melalui takbir raya ayahanda kali ini. Sama-samalah kita hayati.

Tidak perlu minta izin untuk share selagi mana ianya untuk tujuan dakwah dan tidak dijadikan fitnah. Demikian juga dengan takbir yang begitu syahdu dari anakanda Hayat (10 tahun) yang kami upload malam tadi.

Salam Syawal, Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin (sama makna dengan lafaz baru ‘kosong kosong’)

Tapi maaflah, pendapat kami lafaz maaf begini ini hanya sekadar lafaz adat di kad raya untuk kita nampak berbudi bahasa sahaja semasa buat ucapan raya. Tiada maknanya sedikit pun selagi kita tidak nyatakan satu persatu salah dan dosa kita dengan rendah hati, sungguh-sungguh serta penuh insaf untuk tidak mengulanginya.

Biar siapapun kita, mari ambil sempena Syawal dan Aidilfitri. Mari kembalikan fitrah manusia, fitrah hamba di tempatnya semula, sesuai dengan kehendak Allah, Pencipta kita.

WARGA PRIHATIN

MEMBUANG POKOK TUMBANG DENGAN SISA TENAGA DI GELAP MALAM – KEKUATAN KERJA BERJEMAAH

REMAJA KELIRU IDENTITI – MUROBBIAH & ANAK DIDIK RPWP DI TV AL-HIJRAH

JURUELEKRTIK RPWP DI TV ALHIJRAH – TIPS MENGELAK RENJATAN & MENYELAMATKAN ALATAN ELEKTRIK BANJIR

KISAH DI SEBALIK KEMAH, DERAIAN HUJAN DAN CAHAYA LILIN

MISI BANTUAN BANJIR BERPUSAT UNTUK ELAK PEMBAZIRAN – SARAN RPWP DI TV ALHIJRAH