Category Archives: UNCATEGORIZSED

image_pdf

TIPS KEHAMILAN: KESAN EMOSI IBU TERHADAP KECACATAN BAYI – PART 3

TIPS KEHAMILAN: KESAN EMOSI IBU TERHADAP KECACATAN BAYI – PART 3

 

Tweet PELIK Suspek Utama Pembunuhan Zulfarhan 2 Minggu Sebelum Ditahan


Inilah Tweet PELIK Suspek Utama Pembunuhan Zulfarhan 2 Minggu Sebelum Ditahan Yang Buat Ramai TERPANA !!!| Kes dera dan bunuh Arwah Zulfarhan masih lagi dalam perbicaraan dan rata-rata netizen sangat berharap agar hukuman setimpal di jatuhkan kepada kesemua pesalah.

Melihat kepada kezaliman yang di lakukan oleh pelaku kepada arwah, mungkin ramai yang menganggap suspek utama pembunuhan itu adalah individu yang  sering bermasalah dan bermusuhan dengan arwah. Namun begitu sangkaan itu silap sama sekali.

Ini kerana, suspek utama bunuh iaitu Zuhairi adalah kawan baik kepada arwah itu sendiri. Dalam satu gambar di instagram juga, Zuhairi ada memberi komen bahawa arwah adalah idolanya. Mereka berdua juga di katakan punya hubungan yang akrab dan selalu bersama melakukan aktiviti yang di sediakan universiti.

Namun bagaimanakah hanya sebab komputer riba yang belum tentu dan terbukti di ambil arwah, telah menyebabkan seorang manusia yang normal seperti Zuhairi boleh bertindak di luar batasan seperti itu.

Sama seperti anak muda yang lain, Zuhairi juga mempunyai akaun laman sosialnya sendiri. Netizen telah mencari dan melihat kesemua aktiviti yang di lakukannya dan ia mengejutkan apabila melihat kepada jejak-jejak yang di tinggalkan Zuhari, seolah-olah dia sendiri telah memberikan bayangan terhadap apa yang sedang dan telah berlaku.

Menurut laporan, kejadian dera itu di lakukan pada arwah sekitar  22 Mei dan tweet ini telah keluar pada 30 Mei.

Ia adalah tweet yang di tulis Zuhairi 2 hari sebelum kematian arwah. Netizen percaya tweet itu di tujukan kepada arwah yang mana Zuhairi berharap agar arwah cepat sembuh memandangkan keadaannya sangat teruk.

Zuhairi juga mempunyai akaun youtube dan di situ dia tidak set up privasi aktiviti menyebabkan aktiviti like video boleh di lihat oleh orang ramai. Mengikut aktivitinya di youtube, dia ada like dan menonton video cara-cara untuk menyembuhkan kesan lecur pada kulit. Netizen juga beranggapan bahawa Zuhairi cuba untuk mencari penyelesaian bagi menghilangkan lecur arwah tanpa membawanya kepada pihak perubatan. Pada ketika ini, dia di katakan cuba menyembunyikan apa yang berlaku pada arwah dan menempatkannya di sebuah apartmen.

Melalui bedah siasat, arwah di katakan mengalami lecur tahap 2 dan 3. Jumlah lecur itu juga sangat banyak di badan sehingga 80%. Menurut doktor jika arwah hidup dan selamat, dia perlu menerima seluruh badannya di penuhi dengan parut kesan seterika termasuklah di bahagian kemaluan. Jumlah kesan seterika bukan sahaja banyak iaitu sekitar 9 hingga 10, rusuk kiri arwah juga ada yang patah. Namun kenapa semua itu di sembunyikan dan tidak di bawa berjumpa doktor dengan segera?

Idea untuk menggunakan seterika bagi mendera mangsa itu tidak pasti datangnya dari siapa. Namun begitu ramai orang mempertikaikan bagaimana seorang rakan baik boleh bertindak begitu hanya kerana satu perkara yang boleh di bincang dengan baik. Ada netizen berpendapat, mungkin sahaja tentera di ajar untuk menjadi lelaki sejati dan perlu menyimpan seluruh emosi dan bertahan.

Oleh sebab itu apabila satu hal yang berlaku yang boleh mencetuskan kemarahan, semua emosi itu terluah dengan dahsyat kepada mangsa. Apa pun kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah.

 

Cabul Pelajar OKU – Cikgu Pendidikan Khas Dipenjara 7 Tahun

PUTRAJAYA 23 Mei 2017 – Seorang guru sebuah sekolah pendidikan khas berusia 61 tahun kekal menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana melakukan seks oral dan mencabul kehormatan pelajarnya yang masih di bawah umur, empat tahun lalu.

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Sha’ari A. Samat menjalani hukuman penjara bermula hari ini selepas menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman bagi kedua-dua tuduhan.

Guru sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor itu disabitkan melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di antara pukul 10 pagi dan 11 pagi, 1 Julai 2013 di tandas sekolah berkenaan.

Mangsa ketika itu adalah pelajar tingkatan tiga yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menghadapi masalah pembelajaran kerana menghidap ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD).

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Mohtarudin Baki sebulat suara berpendapat tiada sebab untuk mengubah dapatan fakta dan undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berpuas hati bahawa penjara tujuh tahun kerana melakukan seks oral dan tiga tahun kerana mencabul, tidak keterlaluan. Hukuman berjalan serentak. – Utusan

 
 

Pelajar tingkatan 2 asrama penuh cedera dibelasah 10 senior

SERI ISKANDAR, May 18 2017: Enam pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah berasrama penuh di Parit, dekat sini, dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior sehingga mengalami kecederaan fizikal di badan.

 

Dalam kejadian yang berlaku pada 5 Mei lalu, enam pelajar itu dipercayai dibelasah oleh 10 pelajar senior Tingkatan Tiga dan Empat selepas dikatakan seorang daripada mereka enggan meminjamkan kasut bola kepada seorang pelajar senior berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, polis menerima enam laporan polis daripada semua mangsa sehari selepas kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Katanya, polis sudah mengambil rakaman percakapan 10 pelajar senior berkenaan dan mereka kini dipercayai sudah digantung sekolah.

 

“Semua mangsa tidak mengalami kecederaan teruk, cuma lebam pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul menggunakan tangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini, sebentar tadi.

 

Mohamad Zainal berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan menasihatkan keluarga pelajar supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mengganggu siasatan polis.

 

Katanya, semua pelajar terbabit iaitu yang membuli dan mangsa berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur. – BHarian

 

Gadis tingkatan 3 terlantar di hospital ditampar cikgu kerana kening

KOTA BHARU 22 JULY 2016. ( KBM211S / KBB319R ) Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, kini terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II, (HRPZ II) akibat mengalami masalah saraf selepas mendakwa ditampar seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, dalam kejadian Selasa lalu. NSTP/MUHAMAAD RAZIS ISMAIL

SITI Nursyahida terlantar di HRPZ II akibat mengalami masalah saraf selepas mendakwa ditampar seorang guru wanita dalam kejadian Selasa lalu.

 

Kota Bharu, Jun 23, 2016: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga terlantar di hospital akibat masalah saraf selepas mendakwa ditampar guru wanita di sekolah menengah di Tanah Merah, Selasa lalu.

 

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya.

 

Akibat kejadian itu, anak sulung daripada empat beradik itu dibawa di Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini rawatan lanjut selepas mengalami masalah saraf.

 

Ibu pelajar terbabit, Zakirah Zahari, 35, berkata, dia difahamkan, anaknya ditampar di depan perhimpunan sekolah selepas menafikan mencukur keningnya.

 

“Saya hanya menyedari anak seperti menahan kesakitan ketika mengambilnya untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebelum dia menceritakan apa yang berlaku sambil menangis.

 

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 
 

LAGI KES BUANG BAYI DI KLANG

00 bayi masih hidup klang 1bLAGI KES BUANG BAYI DI KLANG

KLANG | 5 November 2015 : Seorang bayi lelaki bertali pusat yang baru dilahirkan dan masih hidup ditemui menangis, tanpa pakaian oleh orang awam pagi ini.

Bayi tersebut ditemui di lantai pondok sebuah taman permainan di Kota Bayu Emas di sini oleh seorang lelaki berusia 32 tahun kira-kira jam 8 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Komisioner Azman Abdul Razak, lelaki ini dikatakan mendapat maklumat tentang bayi itu oleh seorang warga asing. Ia kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.

******
Innalillahiwainnailaihiroojiun.

Sesungguhnya ini adalah musibah sosial yang tidak nampak tanda untuk mengurang. Namun kesedaran ibubapa, para pemimpin dan masyarakat amnya masih terlalu sedikit. Program hiburan dan sajian sajian berunsurkan maksiat semakin diperbanyakkan.

Namun begitu, kita tetap bersyukur kerana bayi ini berjaya diselamatkan.

WARGA PRIHATIN

KARTOSUWIRYO PAHLAWAN INDONESIA YANG TERFITNAH

SMK 4
FOTO:HUKUMAN TEMBAK ‘BERKAWAN’ YANG DISIFATKAN SEBAGAI ‘KEJAM’

KARTOSUWIRYO PAHLAWAN INDONESIA YANG TERFITNAH

‎”Sejarawan Istana” adalah sejarawan yang dikuburkan kisah sebenarnya oleh rekayasa sang penguasa terhadap sejarah. Pada mulanya mereka hanya mereka cerita seketika bertujuan untuk mengekalkan kuasanya. Lama kelamaah ia menjadi satu bahan kekal yang menipu dunia. Kebanyakan masyarakat turun temurun menjadi korban informasi sejarah sejarawan istana ini.

Di antara manipulasi sejarah di Indonesia adalah misteri sejarah Imam dan Komanden Tentera Islam Indonesia (TII), Sekarmaji Marijan Kartosuwiryo (SMK). Beliau bersama Soekarno dan Semaon adalah rakan seperguruan dengan Kiai Haji Omar Said Cokroaminoto (KHOSC) yang telah membentuk lakaran sejarah kemerdekaan yang tersendiri melalui 3 haluan berbeza.
Cokroaminoto_1

FOTO : KIYAI HAJI OMAR SAID COKROAMINOTO

SMK SOKARNO
Soekarno (Komanden Tentera Nasional Indonesia, TNI) yang selama ini dijulang dan dipuja puji sebagai pejuang kemerdekaan Indonesia sebenarnya adalah tidak lebih sebagai badut penjajah sahaja. Pembongkaran sejarah mendapati beliau adalah opportunis yang sanggup menggadai maruah bangsa demi mendapatkan kuasa dari mana-mana penjajah, baik Jepun mahupun Belanda.

Semeon pula berjuang menggunakan wadah Parti Komunis Indonesia. Hanya SMK yang kekal memikul amanah guru mereka KHOSC meneruskan misi perjuangan Islam.

Sejarah pembunuhan TNI pimpinan Soekarno terhadap Musso (penerus PKI tajaan Semaun) juga SMK yang kesemuanya adalah rakan sepengajian beliau juga boleh didapati dari sumber Wikipedia yang telah kami permudahkan bahasanya di link ini.

Sejarah perjuangannya meneruskan perjuangan Islam di Indonesia serta kronologi pembunuhannya oleh Soekarno yang juga rakan seperguruan ada kesaksian yang tersendiri. Pemesongan fakta dan penceritaan pemerintah telah membuatkan pandangan masyarakat Indonesia tentang Kartosuwiryo umumnya buruk.

Sebelum kisah sebenar itu hilang sepenuhnya, wajarlah kesaksian ini dibaca!!

SATU DEMI SATU PEMBONGKARAN SEJARAH BERLAKU

Pembongkaran sejarah menarik ini telah terlalu banyak berlaku, khususnya oleh para pengikut SMK yang meneruskan perjuangan menegakkan Islam menggunakan wadah perjuangan NEGARA ISLAM INDONESIA (N11). Teknologi multimedia dan dunia tanpa sempadan ini telah memungkinkan segala yang selama ini menjadi rahasia terdedah dengan berleluasa. Selama ini kebanyakannya diceritakan secara senyap dan berselindung kerana pendedahan terbuka bakal menerima padah oleh pemerintah.

Sejak kebelakangan ini, fakta-fakta sejarah ini telah pun menarik perhatian pihak pemerintah dan para pengkaji sejarah dari kalangan pegawai pemerintah, agamawan, pelajar dan juga pensyarah universiti Indonesia. Segala fakta yang dikutip dari cerita di kalangan keluarga kerabat TII yang berkisar di pondok dan pesantren, hinggalah ke peringkat pengesahan fakta di muzium dan buku-buku sejarah yang asli.

Cerita dalam artikel ini pula dipetik khusus dari sebuah seminar bertajuk “Hari-hari terakhir Kartosoewirjo” di TIM, Jalan Cikini Raya, Jakarta Pusat, Rabu (05/09/2012).

Di kala itu, pengamat sejarah bernama Dr Muhammad Iskandar, mengatakan Tentera Darul Islam (DI) , atau juga dipanggil Tentera Islam Indonesia (TII) pimpinan Imam Kartosoewiryo didakwa tidak berakhlak dan berperilaku kurang Islami. Mulai dari perilaku arogan kepada masyarakat hinggalah membuat air kencing di sembarang tempat dijadikan fitnah umum.

Menurut Muhammad Iskandar, tentera Kartosoewirjo dinilai bertindak sangat kejam. “Saya sebagai salah satu penduduk desa saat itu melihat mereka berlaku arogan bahkan sampai ada kiai-kiai yang sering didera dan mereka buang air (besar) di sungai,” jelas pakar sejarah dari Universiti Indonesia ini.

PEMBONGKARAN FAKTA SEJARAH OLEH BEKAS ANGGOTA TII/DI

Pendapat Dr Muhammad Iskandar dalam seminar ini telah dibantah keras oleh seorang peserta seminar bernama Yayan yang sengaja datang jauh dari Tasik Malaya, Jawa Barat. Beliau menghadiri seminar ini karena dia adalah seorang bekas anggota DI/TII. Secara langsung beliau bahkan mengakui bahwa keluarga besarnya juga adalah keturunan DI/TII. Kerana itu beliau tahu persis apa yang sebenarnya berlaku.

Dalam bantahannya, Yayan katakan bahawa perilaku tentera SMK (TII/DI)yang disebut oleh Iskandar sesungguhnya adalah sebahagian dari muslihat operasi inteligen TNI pimpinan Soekarno.

Harus diingat bahawa daripada 3 anak murid Kiai Haji Omar Said Cokroaminoto, hanya SMK yang meneruskan perjuangan Islam ajaran gurunya itu dengan penuh berhemah. Tidak mungkin keganasan terhadap penduduk dan segala perbuatan tidak berakhlak yang didakwa itu dilakukan oleh TII.

Ketika itu DI/TII berpecah menjadi dua di tanah Jawa; DI/TII Kartosoewirjo dan DI/TII dari operasi inteligen Suparjo. Perilaku yang dikatakan bahwa tentera DI/TII tidak berakhlak sebenarnya bukanlah Tentera Islam pimpinan Imam Kartosoewirjo. Semua itu adalah perilaku para penyusup agen Suparjo yang mengaku-ngaku anggota DI/TII untuk menimbulkan fitnah.

Menurut Yayan, Suparjo lah yang mencipta helah dengan menyusupkan ramai anggota Parti Komunis Indonesia (PKI) ke dalam DI/TII secara muslihat. Dari situlah timbulnya imej penghalalan segala cara yang telah mencemarkan nama baik DI/TII pimpinan SMK.

Menurut Yayan, TNI pimpinan Sukarno secara sengaja mengirimkan Danrem Suparjo untuk memecah belah dan memporak perandakan imej TII/DI pimpinan kartosuwiryo. Suparjo adalah orang TNI yang merupakan kader PKI yang kononnya ingin bekerjasama dengan DI/TII demi Islam. Beliau juga terlibat dalam pemberontakan PKI di Indonesia, jelas Yayan.

Semua itu sengaja dilakukan semata-mata untuk membangun imej buruk mengenai TII Kartosoewirjo. Yayan juga memaparkan fakta ini secara terbuka di depan peserta seminar itu.

PENGESAHAN PEMBONGKARAN FAKTA SEJARAH OLEH ANGGOTA INTELIGEN NEGARA

Penceritaan dusta terhadap Kartosoewirjo itu turut dibenarkan oleh Wibisono, seorang yang telah bekerja selama 32 tahun dengan Badan Inteligen Negara (BIN). Menurut Wibisono, sosok SMK adalah seorang pahlawan Islam tulin Indonesia. Kepentingan SMK mendirikan Negara Islam Indonesia (NII) adalah aset besar dari sejarah Indonesia yang dilenyapkan.

Menurut Wibisono, kala itu negara Indonesia sedang lemah. Indonesia barat, tengah dan timur sedang saling carut marut. Padahal kondisi Belanda saat itu sedang terdesak untuk menjaga beberapa kekuatan teritorial di beberapa titik vital di Indonesia.

Perjanjian LINGGARJATI, menurut Wibisono membuat baki daerah Indonesia hanya tinggal Jawa, Madura dan Sumatera. Sedangkan Perjanjian RENVILLE pula telah membuat teritorial Indonesia di pulau Jawa hanya tinggal sebatas Jogjakarta sahaja.

Untuk menjaga sisa teritorial Indonesia, maka pemerintah Indonesia berfikir untuk mengirim Lukas Kustario bagi menjaga daerah utara. Sedangkan daerah selatan justru dimandatkan kepada  Kartosoewirjo (SMK) oleh pemerintah.

Karenanya, Wibisono merasakan cukup aneh apabila tiba-tiba Kartosoewiryo yang banyak jasa itu distigmakan seorang yang kurang baik oleh sejarah.

“Hati-hati dalam menjelaskan sejarah, seperti Kahar Muzakar, Daud Beureuh hinggalah kepada Kartosoewirjo. Mereka itu aslinya adalah pejuang (kemerdekaan) semua”, jelas Wibisono di depan forum seminar secara terbuka.

Bagi Yayan dan Wibisono, penceritaan buruk yang direka terhadap Kartosoewiryo adalah fitnah sejarah yang harus diluruskan.

PENGESAHAN FAKTA OLEH ANAK BONGSU SMK

Sarjono Kartosoewirjo, anak terbungsu Kartosoewirjo juga menguatkan fakta pelurusan itu. Di peluncuran buku ‘Hari Terakhir Kartosoewirjo’ di Taman Ismail Marzuki (5/9/2012), beliau turut menceritakan empat permintaan terakhir ayahnya dari Ketua Mahkamah Darurat Perang sebelum dibunuh. Tiga darinya ditolak Presiden Soekarno.

Pertama: SMK ingin bertemu dengan perwira-perwira TII terdekat (DITOLAK).

Kedua : SMK minta eksekusinya disaksikan oleh perwakilan keluarga (DITOLAK dengan alasan bertentangan dengan budaya).

Ketiga : SMK yang telah memproklamasikan berdirinya Negara Islam Indonesia (NII) ini meminta jasadnya dikembalikan kepada keluarga untuk dimakamkan di pemakaman keluarga (juga DITOLAK).

Keempat : ingin bertemu ahli keluarganya sebelum dibunuh (ini sahaja yang diterima).

923003_20120907015033

923003_20120907015306

kartosuwiryo

Menurut Sarjonio yang berusia 5 tahun ketika eksekusi ayahnya dilakukan, seharusnya orang-orang TNI jangan menyebarkan fitnah melalui sejarah sebelah pihak. Sejarah juga harus mengizinkan pihak keluarga Kartosoewirjo dan semua keturunan DI/TII untuk turut menjelaskan sudut pandang mereka. Apatahlagi mereka adalah sebahagian dari pelaku sejarah tersebut. Mereka tidak akan menulis dalam kepalsuan.*

 

PENGESAHAN BERGAMBAR

Seorang peserta seminar bernama Fadli yang juga pengajar Ilmu Budaya UI adalah seorang pemberi 81 keping gambar-gambar eksekusi SMK. Ini benar-benar dapat membantu pengesahan fakta yang selama ini tersembunyi dan dipalsukan.

SMK dihukum bunuh di Pulau Ubi, sekitar 3 Kilometer di utara Pulau Onrust. “Di Pulau Ubi, oleh SEKUMPULAN 9 orang regu tembak dan diakhiri oleh KOMANDEN regu tembak itu sendiri.

Berita yang dikatakan fitnah tentang pembunuhan kejam dalam hukuman tembak itu dibuktikan oleh gambar-gambar ini. Imam SMK yang kurus kering kerana sakit tenat ketika ditangkap dan terpaksa dirawat selama 2 bulan dalam tahanan itu ditembak dengan 9 peluru hidup. Padahal sebutir peluru sudah cukup untuk menamatkan hayat beliau.

eksekusi-kartosoewirjo-bukti-sang-imam-bukan-nabi

61120905_Peluncuran-dan-Diskusi-Buku-Hari-Terakhir-Kartosoewirjo

SMK 3

120509_karto8

kartosoewiryo-38

DEMIKIAN SEPAK TERAJANG, BEGITU KOTOR DAN ZALIMNYA DUNIA POLITIK

BERHATI-HATILAH KITA.

_____________________

 

SUMBER:

 

 

Omar Said Cokroaminoto, Sukarno dan Sejarah Islam Indonesia

Cokroaminoto_1

Raden Haji Omar Said Cokroaminoto
(sumber: foto-foto.com)

Lahir : 16 Agustus 1882, di Tegalsari, Ponorogo, Jawa Timur
Meninggal : 17 Desember 1934 (umur 52), di Jogjakarta, Indonesia
Pekerjaan : Guru Agama
Pasangan : Suharsikin
Anak :

  • Siti Oetari
  • Harsono Cokroaminoto

Kekerabatan :

: Sukarno (murid dan mantan menantu)
: R.M. Cokroamiseno (ayah)
: Warok R.M. Adipati Cokronegoro (kakek/datuk)
: Sekarmaji Marijan Kartosuwiryo (murid)
: Musso (murid)
: Maia Estianty (cucu jauh)

RAJA JAWA TANPA MAHKOTA

Kiai / Raden Haji Omar Said Cokroaminoto (HOSC) adalah pahlawan nasional yang kurang mendapat perhatian. Pada bulan Mei 1912 beliau menubuhkan organisasi bernama Syarikat Islam (SI) yang diwarisi dari Serikat Dagang Islam yang ditubuhkan pada 1905 oleh Guru dan pemimpinnya bernama Kiyai Haji Samanhudi.

Cokroaminoto adalah anak kedua dari 12 bersaudara dari ayah bernama R.M. Cokroamiseno, salah seorang pegawai pemerintahan pada saat itu. Datuknya, R.M. Adipati Cokronegoro, juga pernah menjawat sebagai Bupati Ponorogo.

De Ongekroonde van Java’ atau “Raja Jawa Tanpa Mahkota” bernama Cokroaminoto ini adalah salah satu pelopor pergerakan Islam Merdeka di Indonesia. Tidak ramai yang tahu bahawa beliau adalah guru kepada para pemimpin-pemimpin besar di Indonesia.

Dari pemikiran beliaulah lahir berbagai macam ideologi bangsa Indonesia pada saat itu. Rumah beliau dijadikan rumah sewa tempat para pemimpin besar Indonesia menimbah ilmu daripadanya. Antara pemimpin utama itu ialah Semaoen, Alimin, Muso, Soekarno, dan Kartosuwiryo. Bahkan Tan Malaka juga pernah berguru padanya.

KAITAN COKROAMINOTO DENGAN PERJUANGAN ISLAM DAN KEMERDEKAAN INDONESIA

HOSC adalah orang yang pertama kali menolak untuk tunduk pada Belanda. Setelah ia meninggal, lahirlah warna-warni pergerakan Indonesia yang dibangun oleh murid-muridnya.

Malangnya, ketiga-tiga murid HOSC itu saling berselisih menurut paham masing-masing. Semaoen (bersama Muso dan Alimin) membawa aliran Sosialis Komunis (PKI). Soekarno membangun fahaman Nasionalis (TNI), dan Kartosuwiryo yang juga merangkap sekretaris pribadinya meneruskan perjuangan berdasarkan Islam (TII).

SMK SOKARNO

Pengaruh kekuatan politik pada saat itu memungkinkan para pemimpin yang asalnya sekawan itu saling bermusuhan hingga terjadi PEMBERONTAKAN MADIUN 1948 oleh Partai Komunis Indonesia pimpinan Muso kerana memproklamasikan “Republik Soviet Indonesia”. Soekarno mengirim pasukan elit TNI Divisi Siliwangi dan Muso selaku “abang sapaan” Soekarno itu tertembak mati pada 31 Oktober 1948.

SUKARNO KEJAM

Kemudian berlaku pertembungan terhadap Soekarno yang dikatakan berlanjutan melalui pemberontakan oleh Tentera Islam Indonesia(DI/TII) yang dipimpin oleh teman seperguruannya dengan HOSC, iaitu Sekarmaji Maridjan Kartosuwiryo (SMK).

Ada riwayat yang mengatakan pemberontakan yang diberi nama OPERASI PAGAR BETIS dengan TII itu sengaja dianjurkan secara palsu oleh inteligen Soekarno untuk memporak perandakan pasukan Tentera Islam Indonesia. Ahirnya Soekarno menjatuhkan hukuman mati kepada Kartosuwiryo, kawan seperguruannya sendiri pada 12 September 1962. Baca kisah sedih hukuman bunuh itu di sini

SMK 3

SMK 4

Gambar hukuman bunuh TNI pimpinan Soekarno terhadap teman sepengajiannya dengan HOSC iaitu Imam Sekarmaji Marijan Kartosuwiryo

PETUA DAN WASIAT COKROAMINOTO

Salah satu trilogi darinya yang termasyhur adalah Setinggi-tinggi ilmu, semurni-murni tauhid, sepintar-pintar siasah. Ini menggambarkan suasana perjuangan Indonesia pada masa itu yang memerlukan tiga kemampuan utama pada seorang pejuang kemerdekaan.

Dari kesemua muridnya yang paling HOSC sukai adalah Soekarno hingga dinikahkan Soekarno dengan anaknya, Siti Oetari sebagai isteri pertama Soekarno. Bagaimana Siti diceraikan semula oleh Soekarno yang mengakui sendiri bahawa beliau memang suka perempuan.

Pesan HOSC kepada murid-muridnya ialah “Jika kalian ingin menjadi Pemimpin besar, menulislah seperti wartawan dan berbicaralah seperti orator”. Perkataan ini membius murid-muridnya hingga membuat Soekarno setiap malam berteriak belajar pidato hingga membuat kawannya, Muso, Alimin, Kartosuwiryo, Darsono, dan yang lainnya terbangun dan tertawa menyaksikannya.

HOSC meninggal di Yogyakarta, Indonesia pada 17 Desember 1934 pada umur 52 tahun. Ia dimakamkan di TMP Pekuncen, Yogyakarta, setelah jatuh sakit sehabis mengikuti Kongres SI di Banjarmasin.

SUMBER: Dari Wikipedia bahasa Indonesia, blog INSPIRASI dan lain-lain

Pemimpin PAS cadang Hadi bentuk kerajaan dengan Umno, laksana hudud

dap tolak hudud pas

The Malaysian Insider – Selepas kematian Mursyidul Am PAS, ini kali pertama cadangan untuk menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan, dibuat secara terbuka oleh pemimpin dan aktivis PAS.

23 Februari, 2015.

Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.

Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.

“Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini,” tulis Roslan.

Roslan membuat cadangan itu selepas kematian allahyarham Nik Aziz yang menjadi penentang utama kerjasama politik antara PAS dengan Umno.

Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya.

Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.

Roslan sebelum ini menulis dengan marah membantah kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini.

“Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud?

“Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat,” tulis Roslan.

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sebelum ini berkata, terdapat kecenderungan yang jelas di kalangan pimpinan PAS untuk bersama dengan Umno walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka.

Tulis Roslan, ketika PAS kecil dan baru merangkak, tiada siapa pun yang nampak.

“Malah ketika bertahalluf siyasi dengan Perikatan pun, PAS ditendang begitu saja,” katanya.

Hari ini, katanya, PAS sudah subur mekar, semua pihak mula nampak kepentingan dan peranannya dalam mencerna hala tuju politik negara.

Roslan seterusnya menulis:”Bukankah perjuangan kita di dalam PR pun kerana ingin melaksanakan perintah Allah ini?

“Soal integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan boleh ditangani dengan memperkuatkan SPRM dan lain-lain jabatan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan “kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya”.

“Ketika itu, saya boleh pejam mata dengan penuh kepuasan,” katanya.

Tulisan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik.

“Alhamdulillah…. insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada,” tulis Jame.

“Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana.” – 23 Februari, 2015.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-pas-cadang-hadi-bentuk-kerajaan-dengan-umno-laksana-hudud#sthash.7mNm9H6W.dpuf