Category Archives: Jenayah

image_pdf

Stigma Ulamak Jumud dan Pengikut Taksub

00 anie alja baru b

STIGMA KEJUMUDAN PENDAKWAH & TAKSUB PENGIKUT

Jumud adalah satu KEBEKUAN minda dan ilmu. Ilmu akan menjadi PEGANGAN hidup ibarat sepohon pokok dalam akidah manusia. Kedua duanya akan diturun-turunkan secara terus menerus mengikut keturunan berganti generasi.

Jika sifat ilmu itu mengalir ibarat air, maka lailatul Qadar adalah jalan penyelesaian atas sifat kebekuannya. Di malam itu, air yang kita takung selama ini akan beku tidak boleh digunakan dan dialirkan. Akhirnya apa yang Allah turunkan, iaitu berupa wahyu dari nuzul Quran menjadi pengganti yang lebih segar dan lancar. Ia akan terus mengalir menyuburkan akidah manusia tanpa putus ibarat telaga zam zam. Syaratnya kita kena solat malam yang panjang dan tidak tidur mencari turunnya LAILATULQADAR.

Analogi pokok akidah juga begitu. Jika ilmunya beku, maka pokok bicara, isi bualan, prinsip dan pendirian serta akidahnya juga rapuh dan akan mati. Masing masing macam kayu mati yang terpacak macam pokok, tapi bukan pokok yang hidup dan berakar umbi yang kukuh. Nak ditebas tak boleh, nak dibiarkan tak ada buah dan daun. Tidak mampu memproses udara kotor untuk keluarkan oksigen pun.

Nah, dari apa yang Allah turunkan semasa LailatulQadar itu, maka akan tumbuh segar pokok baru yang tegap kukuh setegap asas ilmu Allah. pokok itu akan mengeluarkan berbagai-bagai buah tanpa henti. Jika keyakinan dan kepercayaan itu datang dari unsur ilmu, pasti buahnya juga berupa percambahan ilmu. Itulah dia “buah fikiran”. Dengan ilmu dan percambahan buah fikiran itu kita akan hidup tenang, teratur dengan peraturan yang mantap. Itulah dia syurga yang di dalamnya ada banyak “buah”. Ada tidak kemungkinan pendirian pertama akan tunduk kepada pendirian kedua? Itulah yang akan berlaku nanti. Pokok golongan yang pertama tadi akan tunduk kepada Allah juga akhirnya.

Itulah falsafah disebalik lailatulQadar yang akan mengubah pemikiran dan strategi kehidupan. Ilmu yang hebat malam itu akan memansuhkan 1000 bulan atau 83.3 tahun pencarian sebelumnya. Itulah peluang perubahan seumur hidup.

 

STIGMA UMAT ISLAM

Kami terpanggil dengan siri komen dari folower yang terpapar di print skrin yang disertakan. Bukan apa, kerana komen beliau semacam sama dengan apa yang sedang kami alami. Kami tidak kenal beliau dan beliau juga tidak kenal kami. Apa yang kami tahu beliau banyak mengembara dan turut memerhati akhlak manusia. Kami pernah bercanggah pendapat dan beliau menegur dengan berhemah, kami jelaskan dengan berhemah dan semua dapat manfaat pembaikan ilmu.

Kami paling suka siapa saja yang menegur kami secara beradab di INBOX. Itu tanda anda ikhlas dan berakhlak. Teguran anda adalah pembaikan kami. Tapi kami paling sedih mereka berlagak pandai, cut and paste sana sini dan menghukum terus di wall atau ruang komen yang publik. Beradablah jika kita nak menegur tuan rumah ketika bertandang.

Stigma masyarakat yang terlalu taksub dengan kitab itu dan ini, ulamak itu dan ini telah membuatkan kita jadi jumud. Ilmu Allah yang banyak dan sangat berharga ini jadi terbantut. Kita semua jadi rugi.

Mengapa jejak langkah Rasulullah s.a.w. yang bijaksana tidak kita ikut. Ayahanda baginda bernama ABDULLAH (Hamba Allah), Ibunda baginda AMINAH (pendidik kearah al-Amin). Semua itu nama nama dalam kamus ISLAM. Baginda ada perbagai kitab dan ahli kitab pada zaman baginda. Baginda pemegang kunci Kaabah, tentunya Islam sudah bertapak ketika itu, orang sudah solat dan tawaf.  Mengapa baginda tinggalkan kesemuanya? Mengapa baginda memisah diri bertahannut di gua Hira’ sampai 3 tahun sebelum mendapat wahyu pertama?

Aduhhh… terlalu banyak hasil kajian kami yang sukar untuk di ceritakan. Apapun semua itu membuatkan perangai masyarakat, khasnya yang jumud dan taksub ini cukup memeningkan. Pantang kami keluarkan hadis atau ayat Quran, secepat kilat akan ada yang menyekat, kamu tu siapa? kamu tidak boleh petik ayat itu, itu asbab lain, kamu letak pada asbab lain… kamu kena rujuk kitab dan ulamak dan macam macam lagi. Ada pula yang siap tulis panjang-panjang dengan huruf besar dengan nada bongkak dan mengancam… RPWP, hati-hati kamu, kamu jaga jaga… kami cari kamu…! Hebat bukan?

 

APA CIRI ISLAM SEBENARNYA?

Islam itu agama ilmu, satu kefahaman yang sangat diyakini dan mampu menyatukan. Muslim seharusnya bersatu dan semakin kuat, sentiasa hidup dan berkembang biak. Amal umat Islam harus membawa Islah (PEMBAHARUAN/PEMBAIKAN) kepada diri, masyarakat dan ummah. Itulah hakikat `Amal Soleh’, telah jelas ditegaskan oleh Nabi s.a.w. “Tidak Islam tanpa berJemaah, Tidak Islam orang yang tidak Islah,  hari ini tidak lebih baik dari semalam, Tidak Islam Orang Yang memutuskan silatulrahiim, Tidak iman itu, tidak Islam ini dan berbagai bagai lagi ciri Islam.”

Nama Melaka itu terkait dengan RAJA, MALIK dan MULKIAH, lambang kekuasaan dan penyatuan Islam di Nusantara. Fatihah juga bicara RAJA. Dulu Melaka itu satu wilayah. Kini dah jadi Negeri yang paling kecil. Banyak wilayah kekuasaan Melaka telah hilang Islamnya. Filipina, Indocina, Singapura dan banyak wilayah Islam Melaka telah kembali asal. Dulu Melaka ada Raja, kini hilang rajanya.

Hakikatnya, berilmu atau jahilkah kita sekarang? Jika jahil, maka perbuatan dan carahidup kita pastilah sama dengan JAHILIAH. Bersatukah kita? Semakin baik atau semakin burukkah kita setelah ditinggalkan Rasulullah s.a.w.? kerjabuat seharian kita menjadi amal soleh atau amal salah? Kita semakin kuat atau semakin lemah? Semakin berkuasa kah?, semakin merdeka atau semakin dijajah? Anda jawablah dalam hati….

Jika jawabnya tidak, bermakna kita tidak ISLAM. Itu kayu pengukur dan batu timbangan kita tentang CIRI Islam. Ringkasnya jika sifat api itu panas, Ais itu sejuk. Tentunya bukan api dan bukan ais jika sifatnya tidak seperti itu. Islam kita sekarang bagaimana? Sesuai tak dengan ciri Islam? Anda jawablah sendiri.

 

ULAMAK FASIQ PENYEBAB PERPECAHAN

Ulamak seharusnya meletakkan kepentingan Allah itu paling tinggi, lebih tinggi dari kepetingan peribadi. Mereka harus sanggup bersatu, memutuskan apa saja secara berjemaah dan muafakat berpaksikan ilmu yang disatukan. Bukan membuat fatwa itu dan ini secara solo mengikut pendapat peribadi. Bukan itu saja, mereka malah saling merendahkan dan menfitnah antara satu sama lain. Setiap seorang ingin lebih dipandang pandai dan berpengaruh. Penyatuan suara itu atas NAMA ALLAH, tapi mereka memilih membawa EGO dan mementingkan NAMA SENDIRI.

Yang paling penting, ulamak itu harus berhabis habisan berjuang kerana Allah sebelum menyeru orang lain berbuat. Itu yang telah dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.. Baginda ikut pikul batu, ikut bina Masjid, ikut perang, ikut serah harta dan lain-lain.

Rasulullah s.a.w. dan isteri baginda Khadijah, Abu Bakar dan semua sahabat baginda berhabis harta dan berkorban diri untuk mengabdi demi memastikan kejayaan Misi dan Visi dakwah Rasulullah s.a.w. Makan pakai mereka yang asalnya hartawan itu dicatu pula oleh BaitulMal yang dikumpul dari dari harta mereka sendiri. Mereka tidak menawarkan diri untuk jadi pemimpin, tapi memikul amanah kepimpinan dengan penuh pengabdian dan merendah diri bila dipilih. Pakaian mereka sangat murah dan bercatu. Mereka tidak makan selagi ummat masih ada yang lapar. Bermewah jauh sekali. Anak mereka sendiri pun akan menerima hukuman yang sama jika buat salah. Ulamak kita bagaimana?

Berapa ramai ulamak yang sanggup ke tahap ini? tahukah anda jika ulamak atau orang yang tahu tentang kitab tidak mampu berbuat, Allah tidak pandang langsung mereka ini..! jangan jawab dulu sebelum anda baca Firman Allah yang kami kepilkan dihujung artikel ini.

Belajar agama mesti bertalaqi, mesti berguru dengan ulamak secara berdepan…?

Jikalah masih ada sisa ilmu terbaik dan peribadi ulamak muktabar yang semuanya benar-benar tepat melaksana sepenuh hati seperti uswah Rasusullah s.a.w. dan para sahabat mengapa Islam jadi begini? Islam itu bersatu. Jika ulamak sudah berpecah belah kita nak bertalaqi kepada ulamak yang mana?

 

PERPECAHAN UMAT DARI RIBUAN KITAB

QS 2:79 Allah melarang penulisan dan penjualan kitab.

Ini antara sebab mengapa kami tidak mahu apa saja cetusan kami dibukukan oleh penerbit biarpun kononnya dapat royalti tinggi dan boleh cepat siapkan kompleks RPWP ini. Kami lebih rela ambil inisiatif menulis dan memaparkan secara terbuka dengan percuma begini. Kami tidak merasa berdosa jika tersilap kerana ia boleh dibetulkan, tidak dijadikan ketetapan. Jika ada yang tidak faham boleh berdiskusi biarpun di alam maya. Bahkan kami terbuka untuk sebarang pembetulan, asalkan ada fakta jelas dan berhemah. Sejujurnya kami amat berterima kasih kerana teguran anda memandaikan kami. Bolehkah itu berlaku jika kami bukukan dan jual? Kaya miskin bayar dengan harga yang sama? Mahukah kami buka hati untuk pembetulan jika ia sudah dipatri matikan sebagai hak cipta? Anda tentu tahu jawapannya.

Kami lebih runsing lagi bila memikirkan hadis Rasulullah s.a.w. yang melarang pembukuan apa saja yang keluar dari lisan baginda. Hanya Skrip asal alQuran saja yang boleh dibukukan. Rasulullah s.a.w. pesan agar carilah, tuntutlah secara berdepan para sahabat, tabi’in dan kerabat baginda yang dipanggil Ahlul Bait jika inginkan ilmu. Soalnya yang mana satu pewaris AhlulBait yang masih memilikki ilmu yang hak ini?

Hari ini kita pening dengan ribuan kitab dan perawian Hadis. Berapa banyak kitab tafsir, novel agama, artikel persendirian yang dikitabkan dan dijadikan rujukan sebagai pedoman syariat dan feqah. Ironinya, Yang ini menulis, yang sana mencabar dan memansuhkan. Ada pula kitab khusus yang kerjanya mengesah dan memansuhkan. Tidakkah itu penyebab perpecahan yang nyata?

Beratus ratus kitab telah kami baca. Bahkan ada yang kami temui sendiri penulisnya namun hasil yang sangat mengecewakan.

Jika kitab jadi sandaran, tolong beritahu kami kitab apa yang paling sohih? Bagaimana anda nak tahu kitab itu sohih? Masih hidupkah penulisnya untuk kita bertalaqi? Untuk mengesahkan kebenarannya? Nyatalah, anda hidup dan mati 13 kali lagi tidak mungkin anda mampu habiskan membaca, memahami longgokkan kitab yang banyak itu. Bila pula anda nak mengatur gerak melaksanakannya dengan teratur? Bila pula anda nak lihat hasilnya di kalangan ummah? Sedangkan ummah semakin rosak hari demi hari.

 

KEMBALI KEPADA ALQURAN

AKHIRNYA kami bertawakkal untuk kembali kepada satu-satunya kitab yang Nabi s.a.w. izinkan menulisnya. Itulah Quranulkariim. Tetapi bukan sekadar membaca berlagu bertajuwid saja tanpa memahami isinya. Hari ini semua Warga Prihatin, seawal 7 tahun sudah kami belikan senaskah terjemahan, termasuk meneliti harfiah dari naskah khusus. Ke mana saja mereka pergi, bila saja ada free, mereka akan membaca dengan minat. ISNIN KHAMIS anak anak puasa, masa lapang boleh mereka guna untuk sambung membaca. Kami juga suka bersoal jawab secara terbuka dengan mereka untuk membina cetusan minda.

Subhanallah, Allah itu berdiri dengan sendirinya. Maha tinggi Allah. Kami suka kongsikan penemuan bahawa Allah menerangkan diriNya sendiri. AlQuran itu kami dapati mampu menjelaskan kitab itu sendiri.

Contohnya, kita yang dimomokkan bahawa Rasulullah s.a.w. itu Buta Huruf (al-Ummiy). Jenis buta huruf bagaimanakah bagi seorang cucu pembesar Mekah?, anak saudara penguasa mekah?, pemegang Kunci kaabah? Pengurus Peniaga hebat? Presiden Hizbul Fudul? Komanden perang Fijr? Sehingga tidak kenal alif ba taa…?

Jika kenyataan buta hurufnya baginda pada QS 62:2 itu menunjukkan SELURUH kaum itu buta huruf. Mungkinkah Abu Jahal, Abu Lahab juga buta huruf? NAH Allah jelaskan dalam QS 2:78. Yang buta huruf ialah orang yang tidak mengetahui alkitab. Bagaimana orang yang al-ummiy boleh tulis dan jual kitab, boleh berceramah sana sini memutar lidah? Lihat ayat berikutnya QS 2:79. Berapa ramai di kalangan kita yang buta huruf, tidak faham kitab, bahkan semua bacaan dalam solat sekarang?

Itu sekadar contoh bagaimana hebatnya ilmu Allah itu ditabur dalam Quran semacam hujan.. Tugas kita kumpul, takung dan alirkan. Ia juga semacam puzzle untuk kita susunkan dengan sabar dan teliti. Insyaallah seluruh isi kandung quran itu kita dapat lihat sangat jelas untuk kita mula laksanakan mengikut plot strategi yang tepat.

Nah, anda yang nak maki maki kami dengan biadab kerana kami memetik firman Allah boleh teruskan maki dan marah. Itu hak anda, dan teruslah berbuat begitu asal anda bahagia. Kami telah sangat merasakan nikmatnya berbanding anda yang macam kena `sawan’ marah kami. Kami kongsikan atas dasar kasih sayang, untuk anda fikir dan ikut berbuat dalam keluarga anda tanpa paksaan. Kami mahu anda ikut merasai keyakinan dan nikmati hasil perlaksanaannya. Anda tidak bayar sesenpun untuk artikel kami.

Jika anda bersedekah sedikit sebanyak pun ikut kemampuan dan tahap keikhlasan anda. Itu juga kerana anda mungkin nampak kebenaran dan keperluan membantu usaha kami. Itulah SIDDIQ yang dibenarkan dengan SODAQOH, kerana anda mungkin telah nampak kebenaran wahyu Allah dan kebenaran sunnah Muhammad Rasulullah s.a.w. Jadi sedekah anda juga sebagai menzahirkan hakikat SODAQALLAH dan SODAQORASULULLAH.

 

APA PULA PERANAN UMAT DALAM SITUASI RAMADH BEGINI?

Setelah berpuluh tahun mengkaji dengan serius, prinsip kami mudah saja. Rasulullah s.a.w. itu manusia biasa seperti kita dalam kehidupan harian. Itu kaedah Allah untuk meyakinkan kita bahawa kita juga boleh ikut jejak langkah dan menikmati hasil usaha jihad sebagaimana baginda telah nikmati jika kita benar-benar mahu dan bersungguh-sungguh.

Pengalaman kami menunjukkan apabila anak-anak sudah habis membaca alQuran sebelum mereka terpengaruh kepada pancaroba dunia, pemikiran mereka jadi sangat kritis. Mereka sangat teliti bila mendengar ceramah di masjid, radio, maupun di TV. Kadang kala mereka senyum saja bila mendengar ceramah yang fasik dan mengada-ada. Ini kerana meraka sudah baca terlebih dahulu dan mampu mengenal pembohongan. Kerana itu jugalah mereka ini jadi rujukan guru dan rakan di sekolah.

Tahukah anda seserius mana kami harus berusaha untuk menjawab persoalan agama dari anak-anak Milinium yang telah terlebih dahulu membaca quran ini?

Anda mungkin tidak percaya jika kami katakan untuk menjelaskan tentang LAILATULQADAR saja, 7 tahun kami pernah cuba carinya sepanjang ramadhan secara eksperimen berkumpulan. Kami tidak tidur, duduk di masjid sampai raya. Tidak sekali pun nampak ada air beku, ada pokok sujud, ada api yang tidak membakar sepertimana yang dikatakan oleh para ustaz dan tertulis di poster poster di dinding masjid. Adakah sesiapa PERNAH jumpa? Yang ada hanyalah sangkaan-sangkaan kosong yang malam ini tenang, ulamak menetapkan malam ini lailatul Qadar turun. Anda rasa anak Milinium kita akan percaya dengan penjabaran sebegini? Jika tidak, bolehkah mereka pertahankan akidah?

Akhirnya alQuran juga yang menjelaskan sejelas jelasnya bahawa Lailatulqadar itu adalah mutasyabihat. Kita harus cari `code breaking’ kepada ayat itu. Alhamdulillah berkat kajian berjemaah dan istiqomah, kami telah temui pelbagai code breaking kepada pelbagai analogi mutasyabihat dalam quran. Kini kami mampu mengaitkannya dengan banyak perkara.

Kesimpulannya – ilmu Quran ini telah Allah sempurnakan penyampaiannya. Dalam Khutbah Wida’ Rasulullah s.a.w. sabdakan bahawa baginda telah sampaikan kesemua risalahnya. Bermakna apa yang baginda tahu pastinya kita semua sudah tahu. Jika belum, pasti ada yang tidak kena di mana-mana.

Semuga cetusan ini mampu membuka minda kita. Jangan harapkan ulamak dan tok imam saja sebab di kubur nanti kita semua bakal ditanya sendirian tanpa bantuan mereka. Jangan juga amalkan merendahkan quran. Allah katakan ia mudah, kita pula menyulitkannya. Allah kata rujuk sumber lain dengan quran, kita pula minta rujuk Quran dengan kitab lain. Itu semuanya terbalik.

Artikel ini mudah difaham jika anda telah habis baca quran. Jika belum sila baca di link ini. kami pastekan di bahgian bawah sekali.

Kami sayang anda dan ingin sekali melihat kita semua mampu mengecap bahagia yang telah Islam janjikan.

Kocak minda

WARGA PRIHATIN.

 

Rujukan:

5. Al Maa’idah 68. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.” Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.

63. Al Munaafiquun

4. Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh, maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan?

5. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah, agar Rasulullah memintakan ampunan bagimu, mereka membuang muka mereka dan kamu lihat mereka berpaling sedang mereka menyombongkan diri.

6. Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

 

2. Al Baqarah

78. Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga.

79. Maka kecelakaan yAng besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; “Ini dari Allah”, untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.

3. Ali ‘Imran 78. Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: “Ia dari sisi Allah”, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui.

62. Al Jumu’ah 5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

4. An Nisaa’ 59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

14. Ibrahim

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

25. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

26. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap sedikitpun.

27. Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.

9. At Taubah 31. Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Parenting Tips 20 – BERHALA ANAK

 

00 berhala finalParenting Tips 20 – BERHALA ANAK

Adakah anda sekalian mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan berhala? Mesti anda terfikir bahawa berhala itu patung yang dibina dan diukir oleh tangan masyarakat Arab Jahilliyah lalu disembahnya. Anda semua mesti tahu cara menyembah patung tersebut bukan? Tentulah caranya dengan meng`hala’kan wajah dengan khusyuk menghadap ber’hala’.

BEGITULAH adanya. Banyak perkara yang dicipta, diukir dan diada adakan oleh manusia yang kemudiannya menjadi sembahan manusia lain sekarang ini. Ada yang berbentuk benda, seni, budaya atau cara hidup dan sebagainya.

Berhala juga dipanggil IDOL. Menyembah juga boleh dimaksudkan dengan meminati atau menyukai sesuatu samada individu, harta benda, pangkat, cara hidup dan lain-lain. Ia boleh menjadikan sembahan kita terhadap Allah jadi menurun atau berbelah bagi.

Dalam isu cara hidup, idola yang salah boleh membuat kita terpesong dari peraturan hidup dan undang-undang agama kita. Impak menyembah berhala boleh menyebabkan kelalaian daripada melakukan apa yang disuruh Allah. Akibatnya, kita akan kerap melakukan apa yang dilarang, melampaui batas dan melakukan sesuatu yang tidak fitrah di sisi Allah.

Sebagai anak, kami ingin petik fenomena yang dapat kita lihat di kalangan rakan sebaya kami sekarang. Contohnya, ramai rakan rakan kami yang taksub dengan idola mereka mengenakan pakaian dan cara hidup yang melampau. Ia jelas melanggar aturan Allah, khususnya yang perempuan. Di sekolah mereka pakai tudung kerana peraturan sekolah. Di luar? “MasyaAllah”. Bila ditegur guru atau ibu bapa, mereka mengherdik dengan bermacam cara.

Ramai juga yang sangat taksub dengan telivesyen, permainan video dan gajet-gajet yang canggih. Sebahgian lagi menyukai lagu, artis, pemain bola dan sebagainya dengan berlebih-lebihan. Bilik penuh ditampal gambar idola idola itu. Semua ini menyebabkan banyak kerja mereka tertangguh. Sebagai contoh, mereka mudah melambat atau meninggalkan terus solat fardu, tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru, emak dan sebagainya. Ini kerana `HALA’ tuju minda mereka hanya tertumpu kepada perkara tersebut.

Contoh yang paling menyedihkan lagi adalah apabila ada di kalangan rakan yang kami kira sudah berakal sampai sanggup mengherdik, merentap baju dan tudung emak sampai hampir koyak. Bahkan ada yang sanggup menumbuk dan menampar badan emak dengan kuat untuk mendapatkan gajet yang dihajati. Selain dari emak tidak mampu kerana himpitan hidup sebagai ibu tunggal, beliau juga belum layak menggunakan i-fone canggih contohnya kerana banyak gejala boleh mengalir melalui gajet itu.

Tapi kerana BERHALA itu, kita sanggup menolak perintah Allah untuk buat baik pada ibu bapa dan guru. Tabiat bertangguh dan lalai pula adalah salah satu contoh amalan syaitan. Jadi siapakah yang sedang menguasai diri kita? Syaitan ataupun Allah?

Intihanya, perlulah diingatkan kita jangan sampai taksub atau obsess yang terlampau dengan sesuatu perkara selain apa yang diperintahkan Allah. Harta, gajet yang menyeronokkan bahkan apa saja perhiasan dunia ini gunakanlah sekadar keperluan. Jangan sampai melalaikan dan menjauhkan kita dari apa yang Allah perintahkan. Ini adalah kerana semua itu akan kita tinggalkan apabila kita meninggalkan dunia yang fana ini. Harta hendaklah diletakkan di tangan bukan di hati supaya senang untuk kita melepaskannya.

Konklusinya, untuk mengelakkan diri kita daripada menyembah berhala maka letakkanlah Allah di dalam kalbu kita. Sembahyanglah, `Sembah Yang’ SATU, sembah Allah Yang Maha Esa, jangan diperbanyakkan SEMBAHAN. Jika kawan kawan baca terjemahan Quran nanti anda akan jumpa banyak cerita tentang berhala ini. termasuk menyembah individu macam Firaun, menyembah orang alim dan ahli kitab, menyembah anak & harta, dan sebagainya.

Untuk rakan-rakan semua, mari kita teliti ke dalam diri kita, sejauh mana telah ujudnya `berhala’ dalam diri kita. Berapa banyak idola dan minat kita yang telah keterlaluan sampai mengatasi minat dan kepatuhan kita terhadap ibu bapa, terhadap guru, kerja sekolah dan yang paling penting terhadap ALLAH?

Cetusan Zamzam
ANAK PRIHATIN.

P/S:
Penulis adalah Anak Asnaf Berumur 12 tahun. Telah 3x habis baca terjemahan Quran. Mumtaz Sekolah Agama, baru selesai UPSR. Cita-cita nak belajar ilmu Wahyu dan Hadis untuk bantu Prihatin Cegah Gejala Sosial.

Parenting Tips 18: Profesion IBU yang kian di lupakan

00 profesion ibuBelum lagi kita hilang sedih dengan anak yang mati di dera amah, semalam kita dikejutkan lagi dengan ulangan kes yang sama, “anak maut tersedak di taska”. Padahal kisah anak 2 tahun yang maut dilanggar kereta yang dipandu abangnya berumur 4 tahun beberapa hari lepas masih lagi terbayang diminda kita.

Kita semua ada anak. Takziah kita untuk keluarga anak-anak malang ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Macam-macam rasa ada dalam hati kita. Rasa nak marah, rasa menyesal, rasa nak saman, atau nak redha saja, berbagai rasa bercampur baur.

Pembaca yang dikasihi sekalian,

Kita ini beragama Islam, agama paling mahal atas mukabumi ini. Agama dan cara hidup yang mahal kerana ia paling sempurna dan telah disempurnakan perlaksanaannya dengan hasil yang selamat, sejahtera dan membahagiakan. Teori dan kaedah kehidupan ini lengkap terkandung dalam quran dan selesai diuswahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Kita ini selalu mengaku bahawa pedoman kita adalah alQuran dan sunnah. Tapi hasil kehidupan kita selama ini tidak habis-habis menampakkan kegagalan mencapai kesejahteraan dan kebahgiaan. Adakah itu pertanda kita benar-benar telah mengikut acuan Allah dan Rasul? Quran dan sunnah? Sepenuhnya “Fissilmi kaaffah?”.

Anda jawablah sendiri. Alasan darurat lah.., belum sampai seru lah.., kita bukan nabi lah.., dan entah apa-apa alasan lagi tu hentikanlah… Seru dan sampai lebih 1400 tahun dahulu. Para sahabat & diri Nabi s.a.w. tu orang biasa. Jika baginda boleh, kita boleh juga kalau mahu.

Dalam setiap artikel kami tidak habis-habis kami nampakkan bahawa akidah anak remaja kita sudah TERLALU LEMAH. Tabiat negetif anak kecil yang tidak kita perhatikan, yang kita “biarkan” boleh membawa banyak musibah. Dari manakah segala fenomena anak yang lemah ini terjadi kalau tidak dari lemahnya IBU memainkan peranan secara PROFESIONAL sebagai seorang ibu?.

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”. QS : 4. An Nisaa’, 9.

Hanya TAKWIM seorang IBU, hanya keBENARan, keikhlasan kata nasihat dari seorang ibu saja yang paling murni dan berkesan terhadap pembangunan anak. Itulah hakikat “TAKWA” – iaitu bagaimana seorang ibu mengatur takwim mengasuh anak-anaknya. Itulah cara kita TAKUTkan Allah, dengan BERUSAHA melaksanakan peraturanNya.

Ya, dengan tidak meninggalkan anak-anak yang lemah…!

BAIK BURUKNYA AMAH & TASKA BERBANDING KHIDMAT IBU

Sering juga kami seru agar para ibu memandang dengan serius untuk kembali menfitrahkan diri mengambil tempat yang wajar untuk memelihara anak. Masakan terenak, paling selamat dan berkat ialah hasil masakan tangan ibu sendiri, itulah “air tangan ibu”.

Redhalah wahai para ibu sekalian bahawa martabat paling tinggi bagi kita ialah apabila kita mampu memenuhi tanggungjawab kita sebagai ibu dan isteri yang solehah. Apa itu soleh? Ia adalah apabila semua kerjabuat kita mampu membawa pembaikan dan kebaikan (islah).

Hakikatnya, Ibu adalah PUNCA, CETAK dan SUMBER UTAMA pengaturan (rob) dalam pembentukan seseorang anak. Apabila kita dapat memenuhi peranan kita sebagai rob, iaitu pendidik dan pengasuh kepada anak-anak, InsyaAllah anak-anak akan mampu melakukan perkara yang sama bila kita tua nanti.

Masih ingat rangkap doa anak untuk orang tua ini? “Kama Robbayana soghiiro”- “sepertimana mereka memelihara (rob) kami waktu kecil”.

Apabila anak terlalu bergantung kepada Amah dan Taska, maka anak akan mula membahagi kasih sayang dengan ibunya. Sewaktu ibu memisah diri dari anak untuk keluar bekerja, waktu itu terputus hubungan (silah) kita dengan anak. Sesaat kita terputus, sesaat itulah banyak unsur gejala yang datang dari selain ibu akan masuk ke dalam diri anak-anak kita. Ismail a.s. hebat kerana siti hajar tidak pergi lebih jauh dari bukit Safa & Marwa ketika mencari air. Batas jarak pemergian Hajar ialah seperlaungan tangis bayi.

Itulah juga hakikat SOLAT, yang juga dari katapokok SILAH, yang diwajibkan 5x sehari dalam pembentukan keluarga. Bila kita tidak solat, maka kita terputus hubungan dengan Allah. Bagaimana? Kerana rukun qauli dari ayat quran yang dibaca dalam solat adalah mesej Allah yang menghubungkan kita denganNya, semacam kita membaca surat (surah) cinta Allah kepada kita. Isunya ialah PERHUBUNGAN intim dengan anak.

SURI RUMAH SEPENUH MASA PALING TINGGI MARTABATNYA

Ada kaum ibu yang bekerja atas nama sendiri, kerana ingin bermewah-mewah, ingin memenuhi keinginan peribadi memiliki wang sendiri untuk bebas membeli itu dan ini. Dengan wang sendiri juga isteri mudah jadi ego, sukar untuk patuh kepada suami. Ini hakikat kebergantungan atau pilihan kedua dalam hidup berperaturan. Dengan Allah pun begitu juga. jika kita ada sembahan lain kita akan kurang membesarkan Allah.

Ada juga kaum ibu yang bekerja kerana Allah, atas dasar keperluan membantu keluarga. Ada juga yang bekerja untuk memenuhi fardu kifayah, kerana berkhidmat kepada manusia.

Ringkasnya kita harus meneliti samada kita ini bekerja kerana “need or greed”? Apapun, banyak telah kami huraikan keperluan ibu untuk bertawakal saja kepada ketetapan Allah. Kembalilah kepada fitrah surirumah sepenuh masa dalam kondisi Ramadh ini. Sikit rezeki kita buat cara sikit. Yang penting jika kita sanggup puasakan nafsu diri, sedikit akan berkat. Itulah hakikat Ramadhan alMubarak.

Apa yang diceritakan dalam artikel Saifulnang harus dibaca serentak. Beliau mengambil langkah yang sama atas prinsip yang telah diuswahkan dengan jayanya oleh pengasas RPWP sendiri. Ini turut diikuti oleh beberapa Warga Prihatin yang lain.

Dr Masjuki (mesra dipanggil Ayah) adalah aktivis masyarakat sekian lama. Dengan latarbelakang keluarga dan pengalaman meneliti hal ehwal umat sejak kecil, maka banyak pelajaran yang Ayah kutip. Ayah melihat gelagat isteri dan rakan karibnya sejak di kolej lagi. Di samping keperluan menyelamatkan anak, Ayah juga bimbang dengan gejala isteri selengkoh atau gangguan seksual ditempat kerja. Banyak firasat Ayah telah terbukti benar di mana guru perempuan rakan sekerja mak ibu yang ayah curigai ditangkap maksiat dengan guru lelaki yang juga Ayah perhatikan. Mereka ditangkap di hotel berhampiran sekolah. Itulah hakikat sekilas dipandang sudah tahu jantan betina. Itulah dia kasyaf membaca TANDA.

Jika kita ini memang jenis bahan ratahan api, kayu rapuh yang kering dan mudah terbakar. lebih baik jauhkan diri dari api. Itulah `damage control’. Lainlah jika kita jenis pokok hidup yang sentiasa basah dan kuat akarnya. Harap anda faham maksud kami.

Pengalaman 7 orang maid yang pernah bekerja di rumah Ayah pula lain cerita. Pejabat Ayah tidak sampai 1 km dari rumah. Ayah selalu ambil inisiatif balik mengejut sekali sekala memerangkap maid. Ayah selalu `check’ cara maid menjaga anak-anaknya dengan meneliti kondisi pampes contohnya. Banyak juga kes bila ibu tiada, maid muda Ayah akan mula buat-buat keluar bilik air hanya dengan tuala ‘tanggung’, tanpa coli dan seluar dalam yang anda boleh bayangkan seksinya. Yang sudah bersuami pun ada yang mengaku janda. Calang-calang suami akan menggigil nafsu dibuatnya.

Sifat perempuan memang mudah digoda dan suka menggoda. Tidak peliklah kalau banyak suami yang selalu tertinggal barang untuk “makan tambah” dengan maid dalam rumah sendiri. Isteri gersang dan pekerja wanita moden penggoda di pejabat juga tidak kurang teruknya. Itu Ayah sahkan dengan begitu ramai gadis seksi yang menggoda, menawarkan tubuh dengan terus terang semasa mereka bekerja di syarikat Ayah dulu. Jika tidak dengan tawaran lisan, Ayah boleh lihat mereka menawarkan dengan bahasa tubuh yang anda sendiri tahu, tak perlu cerita.

Jika Ayah kaki betina yang tak fikir dosa pahala, memang kenyang dengan zina di rumah, pejabat atau dimana-mana. Atas dasar itu juga, Ayah meminta isterinya Cikgu Shakirah (Mak Ibu) berhenti kerja sebaik saja ikatan kontrak biasiswanya tamat iaitu semasa anak sulungnya masuk darjah 1.

Alhamdulillah hasilnya kami semua nampak jelas. Banyak pun kisah tentang semua anak-anak dan keluarga Ayah yang telah diartikelkan.

SOLAT ITU MEMANDAIKAN, PUASA ITU MENYIHATKAN

Banyak sekali tarbiah yang seharusnya mampu mendidik kita dalam solat telah terbazir. Ini kerana ramai dari kita yang melakukan solat tidak memahaminya sepanjang hayat.

Sekali lagi kami seru agar kita ramai-ramai meminati quran. Bacalah, ambil nota, catitkan apa-apa yang menarik dengan minat seminat-minatnya. Ambil pelajaran dari mesej besar yang Allah telah utuskan kepada kita sebagai tanda cintaNya. Sebab itu Allah wajibkan kita bacanya dalam solat. Kita kata kita cinta Allah! tapi tidak sudi pun memahami surat cintaNya, wajar tak? Jika Allah berikan kita peta dalam surat itu, kita cuma baca atas sejadah dan tidak bangun pakai kasut dan berjalan ikut arah peta itu, adakah kita sampai ke tempat yang Allah nak tunjuk? Lebih sengal lagi jika kita tidak faham satu apa pun pun isi surat yang kita baca.

Soal ekonomi keluarga sudah jelas diterangkan dalam artikel Saifulnang. Yang nak kami rumuskan ialah bagaimana hakikat bahawa “puasa itu sihat”?.

Cukuplah ulasan bahawa `ritual’ puasa makan minum itu membuatkan perut kita rehat, buang toksik dan lemak badan dan sebagainya. Yang ingin kami kongsikan ialah bagaimana kesihatan AKAL boleh diraih dari PUASA NAFSU secara HAKIKAT (actual).

Bila kita sedang berpuasa, nafsu yang berpaksikan tabiat syaitan akan diikat. Untuk memenuhi nafsu kita banyak guna masa dan akal kita ke arah itu. Bila nafsu diikat, maka yang bebas adalah AKAL. Nah tiada lagi alasan bosan, sunyi duduk dirumah dan sebagainya. Masa inilah kita isi minda dengan membaca alquran sepenuh minat. Nanti kita akan jadi dekat dengan ilmu Allah. Makin lama makin minat, makin jelas dan yakin serta semakin tenang hati. Semakin hari semakin pandai dan bertambah bekalan ilmu untuk mendidik anak dan memainkan peranan isteri. Semakin baik dan terarah juga khidmat kita kepada suami.

Hasilnya, anak akan jadi semakin akrab dan mengenali kita. Anak semakin mesra dan sentiasa mengenang jasa. Tambah bila anak tahu yang kita berkorban, berhenti kerja hanya untuk menjaga mereka. Kajian kami menunjukkan anak dari surirumah sepenuh masa lebih akrab, lebih kenal dan menyayangi ibu mereka. Ini berbeza dengan anak yang banyak masa dengan maid kerana ibu banyak masa terpisah kerana bekerja. Anak tunggal pun boleh punah.

Dulu anda bersolek dan pakai cantik-cantik ke pejabat. Balik pula nak basuh dan cuci muka tak mau pakai gincu dan make-up lagi untuk suami sebab esok nak solek semula. Sekarang anda ada lebih masa untuk bersolek dan pakai seksi untuk menyambut suami pulang.

Jika anda buat dengan `all-out’, berhabis-habisan atau `kholas’ untuk memenuhi arahan Allah, atas nama Allah, insyaAllah rumahtangga akan bahagia. Itulah hakikat IKHLAS. Anak dan suami semakin sayang semuanya. InsyaAllah, suami akan terhutang budi dengan pengorbanan kita dan jadi semakin sayang sebab dia juga merasai nikmatnya. Itulah kesihatan `actual’ hasil dari HAKIKAT PUASA.

Janganlah selepas berhenti kerja jadi semakin malas pula..! Masa kerja dulu boleh bangun subuh, bila dah berhenti bangun jam 10. Dulu bersolek ke pejabat, bila berhenti dok kekal berkemban dengan bedak sejuk saja. Jenis begini, tak ada ayat lagi, kecuali nasihat untuk anda gali lubang kubur saja. Jika begini, tahulah sang suami, segalanya jadi haru biru dulu bukan sebab kerja, tapi memang kita jenis PEMALAS. Masa ni lah suami cari lain..

Sila baca bersama tips 14 – APPLIED SAINS BAGAIMANA MENELITI MUSIBAH
– Bila berlaku musibah, Allah ajar agar kita baca “Qul-Innalillahi Wainna Ilaihiroojiuun”- “Katakanlah sesungguhnya bagi Allah (yang menetapkan musibah itu) dan sesungguhnya kepada Allah kembali segala RUJUKAN (sebab musabab musibah berlaku)”.

Kami, ibu-ibu Prihatin tutup coretan ini dengan rangkap terakhir artikel Saifulnang yang sangat membuatkan kami semakin hari semakin sayang kepada anak dan suami…

“Kerja suri rumah sepenuh masa memang teruk dan wajar dihormati. Masa suami tiada, mereka BEKERJA di rumah, suami balik…. Mereka DIKERJAKAN pula. Berbahagialah.!

http://prihatin.net.my/2013/09/20/repost-suri-rumah-ialah-satu-kerjaya-tertinggi-seorang-wanita/

“RAMAI ISTERI YANG BEKERJA JADI LETIH, TIDAK BERAPA NAK DIKERJAKAN OLEH SUAMI”

Kami suka dikerjakan oleh suami. Biar penat tapi puas hati. Biar hidup sederhana tapi kami bahagia. Anda pula bagaimana?

Tips oleh ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

Parenting Tid Bit 19 : Malaikat Bukan Satu Misteri Agama

MALAIKAT 2Parenting Tid Bit 19 : Malaikat Bukan Satu Misteri Agama. Adaptasikannya Dalam Konsep Pendidikan Akhlak

Sejak kecil kita diajarkan bahawa setiap manusia yang lahir di dunia ini ada malaikat yang sentiasa mengawasi dan mencatit amalan baik dan buruk mereka. Pada masa yang sama juga kita semua tahu bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Allah tidak lupa, yang dulu sekarang dan akan datang. Mengapa Allah masih perlukan Malaikat? Perlu catit dan melapur pula tu? Ini lah mekanisma PENGATURAN alam.

“Alhamdulillahi Robbil Alamiin”- “Segala puji bagi Allah Pengatur alam”. Kita membaca Fatihah setiap hari yang menuntut kita memuji Allah dengan keberkesanan pengaturan Allah ke atas alam ini. Namun Kami juga yakin bahawa tidak ramai yang menyedari yang sesungguhnya Allah, zat yang mengatur sekalian alam ini sedang mengajarkan kepada kita bagaimana kita harus berbuat untuk menjadi seorang pengatur di atas dunia ciptaanNya. Dalam isu ini bagaimana fungsi malaikat itu harus diterjemahkan dalam sistem kehidupan keluarga Islam.

Coretan ini adalah melalui kisah dan pengalaman kami didalam mendidik diri dan adik-adik agar mungkin menjadi sumber inspirasi bagi yang merasakan kehausan ILMU RUMAH TANGGA. Melalui “konsep malaikat”, anak-anak di RPWP diajarkan unuk saling memerhati, menjaga, dan menasihati antara satu sama lain terutama sekali ketika mereka berada di luar kawasan seperti di sekolah, di padang riadah, di masjid, di majlis jemputan dan sebagainya.

Melalui konsep ini, setiap anak akan menjaga tingkah laku mereka kerana mereka tahu bahawa selain memerhatikan sahabat yang lain, mereka juga diperhatikan. Penjaga kami juga menggunakan seluruh sumber lain yang ada dengan mendapatkan maklum balas mengenai tingkahlaku mereka melalui guru-guru mereka, cctv dan sebagainya. Bahkan penjaga kami sendiri yang memberikan rotan kepada guru untuk menghukum sekiranya kami melakukan kesalahan.

Hasil sehari pemerhatian anak-anak kemudiannya harus dilengkapi dengan proses maklum balas dimana hasil salah laku mesti ditegur atau dihukum sewajarnya. Perbuatan yang baik pula mesti dinampakkan dan diberi ganjaran atau pujian agar menjadi suntikan semangat kepada pelaku dan jadi contoh kepada yang lain.

Ketika proses maklum balas dari peranan kemalaikatan ini, setiap anak dengan sendirinya akan mengakui kesalahan masing-masing kerana andai mereka tidak mengaku, pasti akan ada teman-teman mereka yang akan melaporkan kesalahan mereka. Secara tidak langsung, ia mengajar anak-anak Prihatin untuk bersikap lebih telus.

Kitab amalan anak-anak akan di tutup di hujung waktu Asar, sebelum Maghrib. Hasil sesi maklum balas yang dilaksanakan dalam syuro harian anak-anak malam hari itu kemudiannya akan dilapur dan dibincang dalam syuro bapa tengah malamnya. Hasil rumusan dari syuro bapa akan menjadi sumber inspirasi ibu-ibu untuk disampaikan dalam ikrar pagi anak-anak itu pada keesokannya. Proses ini diamalkan setiap hari di Rumah Pengasih Warga untuk memastikan akhlak penghuni didalamnya sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan terkawal. Maka, seluruh fungsi kekeluargaan berjalan setiap hari tanpa cuti.

Bukan sahaja anak, para bapa dan ibu di sini juga tidak lari dari konsep “peranan malaikat” ini. Hanya dengan mengamalkan konsep ini, kami sendiri sedang merasakan nikmatnya hidup berkeluarga walaupun diantara kami kebanyakannya tidak memiliki pertalian darah sama sekali. Rasa kasih dan sayang yang lahir dalam hidup berkeluarga tidak akan datang dengan bergolek dengan sendiri tetapi melalui pelbagai proses antaranya seperti saling memerhati, menegur, dan beristighfar (mengakui kesalahan sendiri).

MAT SALEH DAH TAHU DAH BENDA NI, MEREKA MUNGKIN LEBIH ADVANCE “ISLAM”NYA SEBAB ITU MEREKA KELUARKAN IDIOM “YOU HATE A GOOD FRIEND FOR TELLING YOU THE TRUTH BUT YOU LOVE BAD FRIENDS WHO TELL YOU LIES”.

00 malaikatNikmat yang kami rasai di sini dan bapa-bapa juga ibu-ibu kami rasai ialah satu suasana ketelusan tanpa prejudis. Jika buruk dikatakan buruk, jika baik dikatakan baik. Pahit, panas telinga, panas hati itu dah biasa tetapi konsep BERUBAT memang ubat yang baik itu semua pahit-pahit (lagi-lagi ubat tradisional) dan yang manis-manis tu semua bawa kencing manis sahaja.

Begitulah Allah mengajarkan kita tentang sistem kawalan dalam keluarga. Berapa ramaikah anak-anak zaman sekarang menyimpan rahsia? Ada tak peranan malaikat yang jaga tepi kain mereka? Berapa ramai pula adik beradik lain yang subahat? yang saling lindung melindungi atas kerjabuat negatif? Si Kak Ngah pergi dating boyfriend dan ponteng sekolah, Si Kak Long tolong coverkan. Kerana Kak Long punya giliran nanti, Kak Ngah pula yang tolong coverkan. Lagi teruk, sampai boleh buat projek bawah tangga, Si kakak cover adik, Si adik cover kakak (Nauzubillah). Maaf, kami bercakap dari fakta kes-kes yang merujuk kepada institusi kami bukannya cakap kosong.

Perlulah diingat, Malaikat tidak makan (nasi dan rasuah). Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, berilmu, bukan dari api macam syaitan dan batu api. Jadi, Malaikat menjalankan tugasnya dengan kefahaman, TANPA KEPENTINGAN, tanpa prejudis, sucihati dan tidak mengapi-apikan berita. Amalan KITA sekarang pula LAIN SEKALI. Tiada isu jika adik beradik melindungi kesalahan adik beradik yang lain dari pengetahuan pengatur mereka (kecuali mereka juga terjebak sama dan terpaksa melindungi untuk dilindungi). Jika ada lapuran pula atas dasar dengki dan irihati..!

Inilah konsep dan prinsip dalam kehidupan yang saling bergantung dengan fungsi kemalaikatan dalam keluarga dan masyarakat yang banyak Allah nyatakan dalam Quran namun kita tidak dapat `menyedut’ sistem itu untuk dilaksana agar teratur keluarga kita.

Sila baca bersama Parenting Tips 17 dan Siri Sains Fatihah 1-7.

Hasil Cetusan ZamZam ke-2
ANAK PRIHATIN

Harakah Kren – Rahsia WASILAH Membesarkan Allah

Terserlah wajah ceria barisan co-founder Prihatin selepas kren Kobelco yang diidamkan telah berjaya dimiliki. Walaupun tidak banyak, kami tetap bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa penyumbang yang menitipkan kepada kami dana mereka untuk bersama-sama dalam pembangun Rumah Pengasih Warga Prihatin. Walaubagaimanapun, ia masih terlalu jauh dari mencukupkan RM60,000 harga pembelian kren ini. Tambahan pula kami terpaksa keluar belanja tambahan untuk baikpulih sistem hindraulik, brake, starter dan lain-lain untuk melancarkan penggunaannya.

Walaupun Harakah Kren yang kami umumkan temphari di http://prihatin.net.my/2013/09/01/hero-kami-dah-sakit-sakit-dah-perlu-beli-kren/ mendapat reaksi yang tidak berapa menggalakkan, tetapi kami tetap meneruskan niat kami memandangkan kesihatan beberapa co-founder kami yang semakin uzur. Johari Ibrahim, Khairudin Md Nor, Khalinan Tahar dan Rosli Ludin adalah antara yang sudah agak parah sakitnya. Semua mereka telah menggalang pembinaan rumah ini melebihi kemampuan fizikal mereka sebelum ini. Hasilnya ialah rumah yang telah separuh disiapkan itu dan juga penyakit yang semakin menjadi-jadi.

Untuk tidak lagi kehilangan tenaga kerja yang semakin hari semakin sedikit dek kerana faktor usia dan kesihatan, maka kami gagahkan juga pembelian jentera itu yang telah kami gunakan. Alhamdulillah terbukti kecepatannya dan penjimatan tenaga dari tulang empat kerat.

Kami terpaksa menggunakan “Dana Tabungan Kesihatan dan Dana Pendidikan” yang kami ada. Walaupun ia bukan secara langsung tetapi tanpa jentera ini, kami akan menyaksikan satu persatu hero-hero kami ini tumbang dengan kesakitan yang kemudiannya akan menelan belanja lagi banyak lagi untuk kos rawatan. Pusing ikut manapun, tetap kami lihat keperluan untuk kren ini sangat tinggi. Insyaallah dana pendidikan dan kesihatan yang digunapakai itu akan dapat diganti bahkan ditambah lagi satu masa nanti.

Kami bukan membelinya untuk mempercepatkan pembangunan bagi menampung lebih ramai anak-anak anda dididik di sini. InsyaAllah, dengan adanya kren ini, kami mampu mempercepatkan proses pembinaan yang semakin rancak ini. Bila sarana rumah ini sudah memadai, Insyaallah anda yang telah beratur untuk menitipkan anak anda ke sini boleh mula senyum.

Terima kasih sekali lagi bagi mereka yang telah mengambil peluang untuk turutsama dalam “Harakah kren” ini. Sesungguhnya, di sebalik setiap pembinaan dalam rumah kami ini, ada nama-nama anda sedang dipahatkan. Kami menyeru anda supaya maklumkan kepada kami apa saja yang anda sumbangkan kerana biar sumbangan seringgit sekalipun, ada hak anda yang wajib kami dan anak anak kami tunaikan… iaitu DOA.

Ada dua video yang disiapkan oleh anak-anak kami untuk update status dan falsafah di sebalik Allahuakbar dari Harakah Kren ini. Antara isinya ialah bagaimana kita berkorban untuk menyatakan dan menzahirkan apa yang tersirat di hati dalam usaha kita MEMBESARKAN ALLAH.

Kami yakin jika video ini disimpan dan hanya disiarkan 100 tahun dari sekarang, ia bukan saja akan jadi sangat viral, malah pemilik video itu mungkin akan jadi BILIONARE, hanya mengutip royaltinya sahaja. Begitulah kesan intipati video ini yang kami dapat bayangkan. Samalah seperti apa yang berlaku zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. “Orang-orang terkemudian yang tidak bersama dengan aku akan lebih meyakini aku lebih dari kamu yang berjuang bersama-sama dengan ku”, demikian maksud sabda baginda.

Kami sedang upload video yang satu lagi, walau pun pendek tetapi saisnya amat besar kerana ia dalam bentuk HD. Sekurang-kurangnya pihak sekolah dan Universiti, malah pakar motivasi yang sering menggunapakai video kami boleh turut menggunakannya tanpa perlu meminta fail asal dari kami. Jika anda terjumpa video itu tersiar sebelum kami isikan teks yang berkaitan dengannya nanti, bukalah semula untuk melihat teks artikelnya.

Bagi yang meminta untuk kami pastekan Caption Text / Subtitle video itu, Insyaallah akan kami usahakan. Untuk video kedua nanti InsyaAllah mudah kami lakukan. Video pertama yang dihiasi dengan Nasyid “Pemuda Islam” ini tidak boleh “cut n paste”, jadi kami kena taip semula. Apapun, ada baiknya anda tonton dua kali, pertama untuk gambarnya, ke dua untuk mesejnya.

Kerana ia adalah satu pekej untuk MEMBESARKAN ALLAH.

Alhamdulillah

HARAKAH KREN – Video yang bakal dicari para ibu bapa 100 tahun nanti.

HARAKAH KREN – Video yang bakal dicari para ibu bapa 100 tahun nanti.

Tatkala kita santai di cuti panjang hujung minggu dan HARI MALAYSIA. Tatkala 1500 artis menghibur 50 ribu watan negara di Sabah sana, anak-anak Prihatin pulang dari Universiti memanfaatkan waktu bekerja bersama kami. Dari seusia 10 tahun sampai yang si tua yang sakit sakit berpesta kerja, menyiapkan sarana buat menambah warga anak didik yang ramai dalam senarai menunggu.

Ia bukan sangat kerana jentera kren itu, tapi ada suatu tentang nasib agama dan bangsa yang jauh lebih utama ingin kami aspirasikan melalui video ini. Kami cuba kongsikan rahsia mengapa kami sanggup wakafkan “keseluruhan” harta yang ada. Mengapa kami memilih meminggirkan ketuanan dunia dan menjadi Hamba Marhaen dan menjadi sukarelawan percuma sahaja. Mengapa kami begitu beriya-iya. Mengapa anak-anak didik kami ikut serta, tanpa banyak cerita dan meminta-minta.

Naluri kesedaran kali ini adalah dengan memetik ASBAB gejala Buang Bayi yang telah terlalu berleluasa. Dimulakan dengan paparan akhbar bertajuk, “ANAK HARAM BERCAMBAH” di ikuti slide “Statistik buang bayi”. Jika Bukit jalil boleh memuatkan 100 ribu manusia, maka jumlah bayi terbuang perlu beberapa Stadium yang sama saisnya.

Pakai headphone kerana `sound effect’nya agak menyeramkan bulu roma juga. Tidak pasti samada ia boleh bertahan lama kerana mungkin ada sekatan pada muzik yang kami guna. Tutup mata jika anda tak tergamak melihat imej bayi dikelar, bayi pecah kepala dan sebagainya. Buka mata semula untuk melihat buangan bayi yang sudah sangat biasa. Bayi dihurung semut dan kerengga, atau merengkok dibakul sampah bersama sayur sisa, yang reput dilongkang dan sebagainya.

Berikut ini adalah sub title video yang mungkin sukar anda baca kerana asyik dengan panorama aerial view dengan `helicopter’ ikhsan dari Unit Video “CandidSyndrome” yang sangat mempersona.

< Mula>

Cukuplah, cukuplah, cukuplah…
Kami tak sanggup… Nak Tengok Lagi…!!!
Bolehkah gejala ini berhenti sendiri?

Bolehkah kita sekadar berdakwah
Hanya dengan pena dan lidah?

Berpuluh tahun kita memerhati…!
Berpuluh tahun kita mengkaji..!
Akhlak anak muda semakin menjadi-jadi …!
Yang tua, pemegang amanah asyik berkelahi…!

Kalau Tidak Sekarang, Bila lagi… ?
Kalau Bukan KITA Siapa lagi…?

Akidah anak-anak kita dah terlalu lemah …!
Wang & Harta sudah jadi pemusnah…!

Jika akhlak anak tidak kita perbaiki…
Harta dan anak akan makan diri sendiri…

Demi anak generasi kami berkhidmat…
Sekian lama berkerja guna tulang 4 kerat…
Tak kira malam siang selagi sihat…!

Tapi kami tak boleh lagi berdikit-dikit…
Yang dulu sihat sudah ramai sakit…!

Yang dulu bersama ada yang dah meninggal…
Takut rumah belum siap kami pula dijemput Ajal …!

Dana yang sedikit harus dibahagi-bagi…
Tenaga yang sedikit juga harus dikaji…
Oleh itu Mesin & jentera berat harus di beli…
Demi Nasib Agama & kesejahteraan anak generasi …
Kami rela korban seluruh harta & diri…!

Tiada kejayaan tanpa perngorbanan warga…
Yang dah rosak itu rakan2 anak kita juga…
Jika tidak dibaiki, anak cucu kita turut terima gejala…!

Yang masih selera bermewah bermegah… Sila habiskan..!
Yang asyik berkelahi…, Boleh teruskan…!
Yang Menyembah pangkat & kuasa … sila Puaskan..!

Yang masih memperkecilkan Allah, boleh ikut suka..!
Hidup ini sebentar saja, rugi jika tak sempat berpoya…!

Persetan dengan marhaen yang hidup derita…
Persetan dengan jenayah yang berleluasa…
Persetan dengan bayi yang dibuang merata…
Itu masalah mereka, kita peduli apa…!

Persetan dengan Murka Allah & segala macam bala…
Syurga neraka belakang cerita, itu urus nanti di sana…

Ini saja cara yang ada untuk merawat hati…
Ini cara kami merendah diri, membesarkan ILAHI …
Kami tak sanggup lagi melihat kehancuran pertiwi…!

Jika ditakdirkan gugur atau cedera juga kami rela…
Yang ingin sangat menitipkan anak sabarlah seketika…
Beri kami masa mempersiapkan sarana…!

Jika anak-anak anda tidak sempat kami bina…
Telah kami wasiatkan anak kami untuk membantu mereka…
Bagi membalas jasa anda yang menyumbang DANA…
Biarpun tak ramai & jauh dari sempurna…

Biarpun seringgit, akadkanlah dengan nyata…
Kerana infak yang ikhlas berhak menerima doa…
Tanpa mengenali penderma sukar untuk kami mencatatnya..

Semuga Usaha Kita Mampu Membina…
SYURGA & REDHA YANG MAHA ESA…

RAKAMAN Video dari Udara Ikhsan dari Candidsyndrome
Kalau anda nak tengok rupa bumbung bangunan anda, carilah mereka.

Warga Prihatin

Tid Bit Parenting 17 – Rahsia Besar Cermin Ajaib & Pendidikan Anak

00 cermin ajaib
Sediakan cermin yang cukup besar di depan, belakang, kiri dan kanan untuk melihat semua bahagian tubuh kita. Lebih besar cermin, lebih jelas analisa tubuh kita. Bersihkan juga cermin agar tidak kabur sebelum kita guna. Tanpa cermin, hidung di hadapan mata kita sendiri pun tak akan kita lihat, apatah lagi yang dibelakang. Jika ada sesiapa yang angkuh dengan berkata “Aku tahu siapa aku, orang lain tak boleh masuk campur” itu bermakna mereka ini tak mungkin akan kenali diri sendiri sebaik-baiknya.APA PULA CERMIN AJAIB?Cermin kaca itu untuk melihat tubuh badan dan wajah kita. Cermin ajaib pula untuk memperlihatkan perangai dan kerjabuat kita. Itulah cermin yang berkata-kata dan boleh memberikan ulasan sebenar tentang diri kita. Konsepnya sama saja, mesti cukup bersih, cukup besar dan berada di setiap sudut di mana saja kita berdiri.

Cermin ajaib milik ratu jahat musuh kepada `Snow White’ pun sentiasa bercakap benar dan tidak gentar untuk menyatakan sesuatu yang benar walaupun gerun dengan kuasa yang dimiliki oleh ratu sihir itu.

Dalam era kemajuan teknologi kita sekarang, tahukah anda yang kita semua juga boleh menggunakan khidmat cermin ajaib ini? Namun, tidak semua daripada kita sedar akan kebaikan yang boleh diperoleh daripada penggunaan cermin ajaib ini.

Melalui cermin ajaib, anda boleh mengawasi segala tingkah laku anak anda, tingkah laku sahabat anda, malah anda boleh mengetahui segala hal yang berlaku di sekitar anda. Melalui cermin ajaib juga, anda boleh melihat semula perkara-perkara lalu yang telah berlaku. Dengannya anda boleh membuat perubahan untuk tidak mengulangi masalah yang sama pada masa yang akan datang. Pendek kata, pelbagai perkara yang positif boleh diperoleh apabila anda mempunyai cermin ajaib anda sendiri.

CERMIN AJAIB DARI RAKAMAN VIDEO

Di Prihatin, kami turut mempunyai cermin ajaib kami yang tersendiri. Setiap aktiviti yang berlaku akan dirakam menggunakan beberapa kamera video. Baik daripada aktiviti mesyuarat para bapa di bilik cat, mesyuarat para ibu di dapur, aktiviti pembelajaran anak-anak, mahupun aktiviti harian seperti menyambut tetamu, latihan apresiasi seni di dewan, bacaan ikrar anak-anak pada waktu pagi, majlis doa selamat, bacaan Yasin dan tahlil mingguan anak-anak, bahkan aktiviti latihan kompang, silat, riadah, gotong royong dan banyak lagi aktiviti lain juga turut dirakam.

Mengapa perlu dirakam?

Tujuannya adalah bagi memudahkan kami untuk menyorot kembali hal-hal yang telah dilaksanakan. Jika ada kesalahan dimana-mana bahagian, kami boleh membuat islah (penambahbaikan) dan mengelakkan sebarang kesilapan daripada berulang. Sebagai contoh, semasa sesi latihan pidato anak-anak, tidak ramai yang menyedari bahawa mereka mempunyai masalah pergerakan bahasa tubuh dan intonasi yang betul semasa menyampaikan pidato. Melalui penggunaan kamera perakam, individu yang bermasalah boleh mengenal pasti kesalahannya sendiri dan mudah untuk membuat islah. Contoh lain, semasa bacaan Surah Yasin dan tahlil, sebutan makhraj huruf boleh dibetulkan dengan tepat apabila individu tersebut boleh mengenal pasti kesalahan yang dilakukan berbanding dengan teguran secara lisan yang diberikan oleh individu yang lain.

CERMIN AJAIB DARI GURU, RAKAN & JIRAN

Baru-baru ini PDRM di hentam hangit kerana mengambil langkah meredah sekolah untuk membenteras pelbagai gejala gengsterism. Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa hampir semua sekolah menghadapi masalah gangsterism yang parah. Di kalangan mereka ada pangkat ayahanda, ada pangkat kak long dan abang long. Mereka malah digunakan oleh institusi gangsterism di luar untuk pelbagai aktiviti salah. Kononnya anak sekolah tidak akan dihukum gantung, habis berat sekadar buang sekolah. Maka berleluasa lah macam macam gejala di sekolah.

Tahukah anda, bahawa pengasuh, cikgu, rakan dan jiran anak-anak anda juga satu wasilah cerminan kepada tingkahlaku anak anda?

Fenomena sekarang ramai yang melenting dan melompat malah bersilat bila cikgu atau pengasuh melaporkan tingkahlaku buruk anak-anak mereka. Tambahan jika kesalahan anak telah di hukum oleh pihak sekolah. Ramai sekali yang buat lapuran polis dan ambil lawyer. Tidak kurang yang guna kuasa tukarkan guru dari bandar jauh ke desa. Ini bukan provokasi, tapi ini realiti. Jika anda belum terbaca di mana-mana, segeralah bertanya rakan guru di mana mana.

Ironinya, Ratu Sihir yang jahat itupun tak hempaskan cermin ajaibnya apabila cermin itu sentiasa memberitahu yang `Snow White’ lah ratu tercantik di dunia ketika itu. Ini lagi teruk kesnya dari ratu sihir tu. Takkanlah bila dah jadi terang-terangan depan mata, baru nak percaya? Bahkan itupun selalu masih nak salahkan orang lain..!.

CERMIN AJAIB DARI CCTV

Ada 65 CCTV terpasang di seluruh tingkat dan kawasan RPWP. Ini termasuk 4 unit yang di bawah kawalan PTZ (kawalan fokus dan pusing). Segala kerja buat yang dilakukan di setiap pelusuk kompleks ini boleh diperhatikan dan dirakam. Ini boleh mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini sebaik saja tanda-tanda dapat dikesan.

Kita tidak mampu untuk mengawal pergerakan anak kita di setiap sudut, jadi dengan menggunakan bantuan kemera litar tertutup, kita boleh menghidu segala kerja buat yang dilakukan oleh anak-anak dan ahli keluarga kita supaya kita dapat mengawal situasi sekeliling dengan mudah.

Salah satu CCTV kawal jauh Prihatin ada fungsi `night vision’ dan mampu zoom sehingga jarak 2 km. Sering kali kami hubungi ketua kampung dikala kami kesan ada aktiviti khalwat di taman permainan dan celah-calah bangunan. Ini kami kesan berlaku setiap kali selepas kelas tuisyen malam di balairaya, atau suka suka mereka berkhalwat di awal pagi. CCTV Kami merakam bagaimana mereka keluar dari pintu belakang, sorong motosikal sampai jauh baru start injin, atau menyusur lorong untuk bertemu mat rempit yang datang menjemput. Malangnya tiada tindakan serius dari pihak berkenaan.

Sesekali sekala kami sendiri halau mereka yang sedang berpeleseran ini. Sedihnya mereka ini anak-anak bawah 15 tahun kebanyakannya. Ada pula di kalangan gadis seumur 13 tahun yang hempas cermin dengan bertempik kuat dengan kata-kata yang jijik di depan gate RPWP di kala maghrib. Boleh anda bayangkan bila mendengar gadis sunti berkata kepada beberapa rakan gadisnya di depan anak-anak rijal kami,“pantat aku, ikut akulah, apa orang kampung nak sibuk?”… MASYAALLAH. Itulah realiti..!

Pengalaman yang kami rasakan cukup pahit bila mengetahui seorang gadis 16 tahun yang kami rawat telah menghimpun dalam diari sendiri 285 jantan yang pernah menidurinya. Itu anak seorang USTAZAH dan bapa seorang Polis. Boleh anda bayangkan anak insan biasa macam kita?

Rupanya pengalaman itu belum cukup berat.! Anda mungkin turut membaca tawaran di Facebook, seorang gadis Melayu yang secara terbuka menawarkan khidmat seks ke seluruh dunia untuk mencapai azam meniduri 100,000 lelaki. Ini bukan lagi “Gila Babi”. Babi gila pun tak akan buat macam ini. Sedangkan Lelaki lagikan Allah tetapkan quota, binatang jantan pun ada quota untuk jumlah betina. Inikan seorang gadis mencari jantan seramai itu. Boleh anda bayangkan betapa teruknya manusia?

CERMIN AJAIB DARI “SPY SOFTWARE APPLICATION”

DI PRIHATIN, penggunaan laman web di media sosial juga akan turut diperhatikan menggunakan aplikasi khas bagi menjejaki segala aktiviti anak-anak, baik yang dewasa, mahupun yang muda. Kita sedia maklum dengan pengaruh budaya kuning yang berleluasa di media sosial. Baru baru ini kami ceritakan ada di kalangan anak darjah 1 yang sudah melihat aktiviti seksual samada live atau melalui video. Semua kita mengakui bahawa isu ini sangat sukar untuk dibendung jika kita tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Dalam kita sibuk solat Aidilfitri baru-baru ini, dua beradik yang berbaju Melayu telah ditangkap di sebuah siberkafe kerana melayari laman web lucah dan melakukan “aksi lucah yang melampau” pada pagi Hari Raya. Ini menunjukkan ibu bapa mereka telah gagal untuk memantau segala aktiviti anak mereka.

Di Prihatin, anak kami sendiri bernama Muhamad Dinie yang dalam pengajian Sarjana Muda “Computer Artificial Inteligent” telah berjaya membuat integrasi aplikasi pengintipan komputer secara halus bagi membendung gejala maksiat internet di kalangan anak-anak kami di IPT. Dinie juga menguruskan aplikasi CCTV monitoring melalui handfone agar pemantauan boleh dibuat di mana saja. Alhamdulillah sekilas sahaja tabiat pelik yang dikesan telah kami panggil dan basuh semula minda anak anak itu. Inilah kesungguhan dalam usaha menangani gejala sosial.

Kami tidak boleh menceritakan detail tentang aplikasi ini secara terbuka kerana jika landak tahu di mana dan apa rupa perangkap sampai bila bila kita tidak akan dapat tangkap. Insyaallah jika diizin Allah anda akan dapat peluang mengetahuinya secara langsung dalam program “Parenting Workshop” yang banyak dicadangkan oleh follower prihatin bila tiba masanya nanti.

MENGENAL TANDA DARI CERMIN

Di Prihatin, Walaupun belum ada kes yang serius, tetapi sekurang-kurangnya pemantauan secara remote itu telah menghentikan TANDA-TANDA GEJALA yang sedikit mahu menular di kalangan anak-anak Prihatin. Dalam bab itu, bapa-bapa Prihatin memang sangat-sangat CEKAP MENGESAN TANDA. Mungkin kerana banyaknya kes-kes kebejatan sosial yang dirujuk kepada Prihatin menunjukkan kerosakan akhlak itu ADA TANDA-TANDANYA. Jika anak dah mula `steady chatting’ dengan lelaki dan mula nak hantar gambar, itu tandanya zina boleh berlaku.

Sila baca artikel MENGENAL TANDA untuk mengetahui lebih lanjut.

Cantas tanda-tanda ini sebelum ia merebak tanpa kawalan. Nafsu itu seperti api, lagi ditiup lagi jadi marak. Maka, bila api kecil mula tercetus, bapa-bapa dan ibu-ibu Prihatin akan berhadapan dengan anak-anak itu untuk menyiram AIR bagi memadamkan NAFSUnya. Ya, Air itu adalah sifat ilmu yang mengalir. Ia satu keperluan untuk semua manusia hidup dan ia tidak boleh dipegang tetapi boleh dirasai. Mudahnya dalam terma muda mudi… “KENA BASUH”.

Ramai sangat kes-kes GEJALA AKHLAK ini datang merujuk. Kami dah tak larat nak tadah. Ibu bapa di luar yang nampak tabiat luar biasa anak, contohnya bertudung walaupun di rumah rupanya nak sorok `love-bite’. Anak tiba-tiba berubah dari baju dan seluar ketat jadi baju kurung atau jubah labuh rupanya nak sorokkan kehamilan. Tak pasal-pasal anak beli baju dan seluar dalam fancy, bahkan G-String sekalipun juga boleh dijadikan TANDA…

Biar kita CEMBURU dengan mereka dan ambil tahu apa mereka buat daripada tiba-tiba menerima kejutan yang bukan-bukan. Nanti ada Sang Bapa yang gatal selalu nak cari video lucah dalam internet tapi kena stroke tak pasal-pasal bila tengok anak sendiri yang sedang beraksi lucah dalam internet.

SIFAT KHUSUS CERMIN AJAIB

Cermin itu bersifat telus dan tidak mengancam. Ia tidak akan mencela tetapi menegur kita secara lembut untuk menampakkan dan membuang sifat kotor yang terlekat pada diri kita tadi.

Ia juga tidak bersifat pilih kasih. Siapa sahaja yang berdiri dihadapannya tidak pernah ditolak baik yang kaya mahupun yang miskin. Ia tetap akan menonjolkan diri sebenar individu yang berdiri dihadapannya dan yang paling utama, cermin sentiasa bersifat telus dan tidak pernah menipu. Jika putih baju yang dipakai, maka putihlah yang akan kita lihat didalam cermin.

Tuntasnya, Cermin bukan sahaja boleh memantulkan paras fizikal kita, lebih penting lagi kita dapat melihat sifat sebenar seseorang menerusi cermin ajaib. Jika tidak, masakan ada ungkapan “kau cermin diri kau baik-baik, baru boleh sedar diri”. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memantau keadaan sekeliling dan dalam pada masa yang sama membantu kita membuat islah dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak sihat daripada berlaku. Persoalannya kini sudahkah anda mendapatkan khidmat cermin ajaib anda?

Jadilah cermin terbaik kepada anak anda
Jadilah cermin terbaik kepada sahabat anda
Jadilah cermin terbaik kepada isteri anda
Jadilah cermin terbaik kepada jiran anda, masyarakat dan pemimpin anda…

Jadilah orang yang selalu MENCERMIN DIRI SETIAP HARI. Bersihkanlah diri sentiasa agar mampu dijadikan cerminan orang lain. Sentiasalah kita berusaha mencantikkan akhlak dan bukan mencantik rupa semata-mata.

Maaf jika ada yang terkasar bahasa. Kami ini anak anak yang baru mencuba.

Cetusan Zam-Zam
ANAK PRIHATIN

Parenting tips 16 : Bagaimana Membentuk AKIL BALIGH Anak

00 akil baligh fbSekumpulan pelawat dari Putrajaya mewakili sebuah jabatan tertinggi kerajaan bertanya sukarelawan kami, siapakah yang selama ini menulis artikel RPWP yang tidak putus putus. Penulis lain mengambil masa berminggu atau berbulan-bulan untuk mengeluarkan satu artikel berat. Prihatin boleh istiqomah mengeluarkan artikel SETIAP HARI. Kebetulan seorang anak berusia 14 tahun melintas dan kami terus tanyakan depan beliau,

“Hani tulis artikel apa hari ini?”

Beliau terkejut bila soalan itu dijawab spontan oleh Hani menyatakan tajuk artikel yang baru beliau post di laman kumpulan (group FB) kami.

Selama ini anda mungkin perasan ada pembaca yang bertalu-talu bertanya di ruang komen siapakah yang menulis di Page dan Blog Warga Prihatin. Ada juga yang bertanya melalui mesej dan email. Bahkan ramai yang datang sendiri hanya ingin berjumpa dengan penulis. Ada yang ingin mengucapkan terima kasih dan inginkan penjelasan lanjut. Ada juga yang bertanya untuk meminta izin menerbitkan KITAB, ada yang meminta kerjasama membuat motivasi. Tidak kurang juga yang berniat ingin mencari kelemahan penulis secara peribadi. Macam macam ada…!!

Ketahuilah pembaca yang dikasihi. Di Prihatin, kami satukan harta kami, tenaga, makan pakai bahkan buah fikiran kami. Setiap orang, termasuk anak 10 tahun diWAJIBKAN membaca seluruh terjemahan Quran minima 3 kali ulang dan mencari sebanyak mungkin hadis yang boleh dikaitkan dengan perlaksanaan wahyu secara lansung. Seumur Nurhani, 14 tahun sudah hampir 4 kami ulang baca Quran dengan minat sendiri. Apa saja yang kami lakukan adalah atas dasar KAMI bukan AKU, NAHNIAH bukan ANANIAH. Jika anda mencari peribadi di Prihatin, anda tidak mungkin berjumpa kerana apa saja yang kami lakukan semuanya atas nama institusi penyelidikan dan bukan atas dasar peribadi.

Mudahnya hari ini ingin kami umumkan bahawa kebanyakan artikel kami adalah hasil tulisan anak-anak didik kami sendiri. Cuma selama ini kami pilih dan kami perbaiki artikel mereka untuk disesuaikan dengan pemikiran orang dewasa.

Selepas ini, kami telah putuskan untuk turut memaparkan terus beberapa artikel terpilih dari anak anak kami secara langsung dan menamakan ia dengan sub-jenama

“Cetusan Zamzam Anak Prihatin”.

Ya, sekarang ni musim haji bukan? Zikir dan fikirkan bagaimana secara Mutasyabihat Allah yang ghaib telah tunjukkan aliran air yang tidak putus-putus dari usaha seorang anak, Ismail a.s. yang datang dari institusi Bapa, Ibrahim a.s. yang serius mencari dan mematuhi perintah Tuhannya dan institusi ibu, Siti Hajar yang merendah patuh dan bersungguh-sungguh berlari-lari ke sana ke mari mencari air untuk anaknya.

FALSAFAH DI SEBALIK AKIL BALIGH

AKIL adalah BERAKAL dan BALIGH ialah MENYAMPAIKAN. Salah satu kepastian yang anak kita sudah berakal ialah mereka mampu menyampaikan apa yang ada dalam minda mereka.

Dalam alQuran, banyak Allah nyatakan ciri syurga di mana

• Dalam syurga mereka saling “tanya menanya”,
• Tiada “perkataan yang sia-sia” dalam syurga,
• Ada sungai yang mengalir,
• Ada minuman dari buah terperam, mengasyikkan tetapi tidak memabukkan ,
• Ada berbagai buah buahan yang kita inginkan.
• Ada anak-anak yang belum pernah disentuh manusia
• Ada isteri, bidadari yang `bermata jeli’, bukan bermata `jegeh’
• Dan macam macam lagi.

Nabi S.A.W. sabdakan bahawa taman syurga ialah majlis ilmu. Orang yang berilmu akan kuat keyakinan, tepat tindakannya, teratur hidupnya dan tenang jiwanya. Ini kerana mereka ini ada rujukan yang tepat dalam segenap hal dan kerjabuat mereka.

Oleh itu kami juga simpulkan bahawa unsur terbaik yang menghasilkan syurga ialah ilmu. “Code breaking” dari kesemua contoh syurga di atas adalah ILMU, yang bersifat seperti air mengalir seperti sungai, buah fikir yang terperam menjadi minuman yang lazat mengasyikkan tapi tidak memabukkan. Buah adalah Buah fikiran apa saja yang kita inginkan. Tanya menanya adalah sarana pengaliran ilmu. Sentuhan manusia yang merosakkan anak kita juga kerana kesilapan memberi ilmu. Isteri berilmu jugalah yang akan bermata `jeli’, bukan yang bermata `jegeh’, akibat jahil lalu bertabiat seperti isteri jahiliah.

PERANAN PROSES IQRA’ & PEMBANGUNAN AKAL

Ayat pertama al-Quran dalam surah al-Alaq adalah IQRA’, iaitu bacaan strategik dari hasil pemerhatian keadaan sekitar. Iqra’ adalah proses pembangunan minda yang unik dan panjang. Ia melibatkan pemprosesan akal serta hati dari apa yang di dengar dan dilihat.

Di Prihatin, anak-anak dibawa mengembara sekali sekala. Mereka kerap bermajlis untuk memerhatikan gelagat manusia dan alam sekitar. Mereka juga digalakkan berada bersama-sama syuro mingguan ibu-ibu bagi anak nisak (perempuan) dan syuro bapa-bapa bagi anak rijal (lelaki). Ini untuk mendedahkan mereka dengan kedewasaan gaya fikir, juga menampakkan misi dan visi Warga Prihatin sebagai sumber inspirasi mereka.

Anak-anak juga digalakkan mengulas apa yang diajar di sekolah oleh para guru dan pelbagai ceramah para ustaz di masjid, apa yang didengar dari rakan sekelas, dari berita semasa di akhbar, TV, Astro, Filem dan muzik atau nasyid pilihan, juga pelbagai isu hangat di laman sosial yang dibenarkan.

Di samping itu, anak-anak juga digalakkan memerhati kerjabuat ibu-ibu bagi anak nisa’ dan bapa-bapa bagi anak rijal. Ini untuk membiasakan mereka dengan kemahiran tangan dan membina kreativiti dan `sense of ingineering, architecture and arts’. Segala penggunaan peralatan dan jentera juga kami dedahkan penggunaannya kepada mereka. Ini semua adalah proses membuka minda dan akal untuk mereka.

KREATIVITI KERJA, BERSOAL JAWAB, PEMENTASAN, PIDATO & PENULISAN – MELATIH PENYAMPAIAN (BALIGH).

Hari ini anak-anak Prihatin berganti generasi mampu mengurus sepenuhnya PA System, alatan musik, kompang, komputer dan sebagainya. Baik pulih gejet elektronik, basikal, motosikal telah bermula awal. Anak-anak yang remaja sangat cepat mampu mengendalikan jentera berat dan peralatan canggih dalam industri pertukangan dan pembinaan di RPWP sendiri.

Sebagaimana kesemua pendokong RPWP bersatu hati dan satu faham, hampir semua yang telah berprogram atau bertemuramah dengan anak-anak kami juga sepakat mengatakan kesemua anak-anak kami mempunyai minda fikir yang sama. Mereka seolah-olah kehairanan kerana apa saja soalan yang diajukan kepada mana-mana Warga Prihatin akan mendapat jawapan yang senada.

BAGAIMANA INI BOLEH TERJADI?

Ini kerana mereka semua digalakkan duduk bersama dan ikut membincangkan apa saja tanpa had. Anak-anak sekecil 5 tahun sudah ikut berhujah dalam syuro bersama abang dan kakak mereka. Seawal 7-10 tahun sudah didedahkan dengan syuro bersama para ibu dan para bapa. Sebesar 10-14 tahun sudah dilatih untuk memimpin dan melalui proses membuat keputusan dan mengajukan cadangan. Selepas SPM, mereka sudah diberikan tanggungjawab dan tugasan kerja di bawah bimbingan. Hasilnya mereka mampu mandiri untuk mengurus diri dan mengendalikan tugas semasa di universiti.

Sekali sekala memang kami sengaja minta pendapat mereka. Selain dari pendapat untuk mengulas isu semasa, ia juga meliputi hal hal teknikal sewaktu melaksanakan kerja gotong royong. Sesekali kami mengalah, membatalkan cadangan kami dan ikut cadangan mereka. Sebab itu mereka sangat kreatif dan kuat bekerja.

Aktiviti pentas mingguan, kelas kelas pidato khusus sangat membantu. Di samping menyuarakan pendapat dalam syuro harian di kalangan mereka, kami juga turut melatih mereka menyampaikan cadangan dari apa yang telah diproses oleh akal mereka.

JIKA WAHYU PERTAMA MENITIKBERATKAN PROSES “IQRA’”. MAKA SURAH KEDUA MERUJUK PULA KEPADA PENULISAN, SURAH “AL-QALAM”.

Oleh itu, bidang penulisan adalah satu proses latihan penyampaian yang memang telah kami lakukan sejak dulu lagi. Dari situlah kami dapat mengenalpasti apa yang ada dalam minda mereka.

Pendedahan inilah menjadi proses yang mematangkan akal dan melancarkan penyampaian yang terbit secara lansung dari dalam hati anak-anak. Kerana itulah apabila Setia usaha Politik meminta teks anak-anak kami yang berhajat untuk membacakan doa bila bertemu dengan YAB Perdana Menteri baru baru ini, spontan mereka kata tiada teks kerana mereka akan membacakan isi doa langsung dari akal dan hati mereka.

Inilah sunnah yang telah dilalui oleh para Nabi Alaihissalam, iaitu pendedahan akal sejak kecil. Antaranya sepertimana Musa yang belajar hasil usaha Asiah, Syuaib dan Hidir. Isa dengan ibunya Mariam. Sulaiman dengan ayahnya Daud, Ismail dengan Ibrahim dan Siti Hajar, Muhammad S.A.W yang terdidik oleh ibunya Aminah (yang dibentuk oleh ayahnya Abdullah) dan ibu angkatnya Halimah, juga dari Ninda dan Bapa saudaranya. Begitu juga dengan rahsia kegemilangan Sultan Ahmed Al-Fateh dengan bapa dan Sheikh nya. Semuanya mampu jadi hebat untuk melaksana kerana mendapat pendedahan dan latihan amali sejak kecil lagi.

Kesimpulannya – dedahkanlah anak kita dengan sebanyak mungkin input yang berfaedah. Ikut susunan langkah pendidikan yang sangat cantik dari Allah melalui tertib NUZUL QURAN. AKIL dari hasil Iqra tentang penciptaan dan tabiat manusia harus disahkan dengan BALIGH melalui proses Al-Qolam (penulisan). Ini akan menghasilkan pengembangan ilmu yang positif dan bakal melahirkan generasi yang mempunyai pola fikir yang sangat bagus. Bersoal jawablah dengan anak secara istiqomah untuk memupuk dan mengukur kematangan “Akil dan Baligh” mereka.

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN.

Perihal Pekej Bantuan Bumiputera – Extrak dari Facebook SaifulNang

00 sn alibaba

Saya tidak rasis tapi saya suka announcement PM semalam. Saya rasa PR juga sukainya. Benda baik, tak kira siapa buat janganlah bantah tetapi kritik untuk pembaikan itu boleh lah. Bukannya nak rasis tetapi BANTUAN diberi pada yang lemah dan sepatutnya jika merasakan Malaysia ini taknak jadi rasis, baki 33% populasi Malaysia yang bukan Bumiputera yang telah jauh ke hadapan dalam ekonomi itulah yang perlu membantu 67% lagi dan bukannya kerajaan. Itulah konsep adik beradik.

Sepanjang saya mengembara di atas dunia ini melewati pelbagai negara yang saya singgahi, kelebihan kepada penduduk asal tetap ada. Cuma beberapa tempat seperti di Australia yang menjadikan penduduk asalnya (Aborigin) hamba dalam negara mereka sendiri.

Tidak ada isu ketidakadilan apabila keutamaan diberikan kepada penduduk asal. Tidak dinafikan jasa mereka yang mendatang zaman moyang kita dahulu. Mereka ada peranan besar dalam kemajuan negara. Cuma penduduk asal adalah pembuka tanah ataupun tuan rumah asal yang membenar dan mengizinkan orang luar datang bertandang dan terus menetap. Walaupun rumah yang ditumpangkan itu kadangkala dah jadi macam rumah Cina ataupun rumah India tetapi geran “pusaka” masih atas tangan dan darah penduduk asal yang berjuang bermatian semasa pembukaan dan mempertahankan kedaulatan tanahair.

Tan Cheng Lock itu hero, V.T Sambathan juga hero tetapi janganlah dilupaka Tun Perak, Tun Mutakhir, Sultan Mansur Shah, Sultan Alaudin Riayat, Hang Tuah dan sahabat berlima juga lain-lain yang telah berjuang sebelum zaman kita.

Apapun, saya yakin, PM perlu fikir delivery method yang tidak memanjakan Bumiputera seperti DEB acuan Tun Dr Mahathir yang banyak juga mewujudkan Ali Baba dari usahawan tulen yang benar-benar berusaha.

SAIFUL NANG
Katanning, WA

Pls like & share

MISKIN TERHORMAT

Hateem, seorang lelaki dari Chadni Chowk Delhi, India bukan orang kaya. Tetapi mampu beringat dan berkorban untuk pendidikan anak
Hateem, seorang lelaki dari Chadni Chowk Delhi, India bukan orang kaya. Tetapi mampu beringat dan berkorban untuk pendidikan anak

(Repost : Petikan asal dari Facebook Saiful Nang)

Nama beliau Hateem (tak pasti sangat spellingnya) dan saya temui beliau di Chadni Chowk di Delhi. Kerjanya seorang penarik beca sahaja. Ada anak 4 orang dan tinggal di sebuah bilik sewa yang digambarkan olehnya SEBESAR 2 buah beca.

Saya suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa bersyukur. Dalam masa yang sama, tak lupa perhati di atas supaya kita tak rasa macam hebat sangat macam tak ada orang lain lebih hebat dari kita.

Saya berbual dengan Hateem hanya lebih kurang 5-10 minit sahaja. Sambil saya belikan sebotol air Pepsi untuk beliau. Satu yang saya belajar dari beliau ialah bagaimana beliau sangat positif dalam hidupnya. Lelaki ini sentiasa senyum dan Bahasa Inggerisnya mampu difahami sedikit sebanyak.

Menariknya, anak sulong Hateem sedang dalam pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan. Katanya, bilik sewanya tidak bertingkap dan anak-anaknya belajar di ruang bumbung yang menjadi tempat menyidai pakaian. Lagi terpukul, beliau mahu anaknya di universiti itu keluar dan tidak bekerja dengan kerajaan ataupun dengan swasta tetapi menjadi ikon dan guru kepada kanak-kanak gelandangan di sekitar Chadni Chowk. Lalu saya tanyakan, bagaimana dengan kontrak biaya pengajian? Jika di Malaysia, pasti ada kontrak pembiayaan yang mewajibkan graduan bekerja dengan penaja mereka.

Jawapan beliau membuat saya terpukul…beliau biayai pengajian anaknya sendiri. Beliau menabung dari anaknya kecil supaya anak-anaknya mampu untuk jadi graduan yang tidak terikat. Buktinya, anaknya yang baru 2 tahun di Universiti kini menjadi idola dan memberi inspirasi kepada rakan setinggan yang lain termasuk adik-adiknya. Selain itu, anaknya juga masih mengekalkan pointer tertinggi untuk setiap semester. Alasannya, malu jika tidak mampu membawa visi pengorbanan bapanya untuk setiap rupees yang dibelanjakan.

Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit, tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah. Kebanyakannya dilabur kepada pendidikan. Padanya, pendidikan adalah jalan keluar kemiskinan. Beliau sendiri tidak berpeluang mendapat pendidikan dan beliau tidak mahu anaknya juga jadi begitu.

BINGGO!!

PENDIDIKAN JALAN KELUAR KEMISKINAN bukannya subsidi ataupun BR1M (mohon terasa). Perkara sama yang saya dan sahabat di RUmah Pengasih Warga Prihatin buat, pendidikan diutamakan. Memang mewah anak-anak dengan ilmu walaupun makan dan tempat tinggal hanya sekadarnya sahaja. 12 orang anak-anak kami di Universiti juga dah ikrar nak balik semula ke Prihatin untuk tabur jasa pada adik-adiknya pula dan membangunkan komuniti kecil itu.

Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar 10-20 rupees untuk setiap perjalanan. Dalam masa yang sama, beliau juga ringan tulang untuk bekerja sebagai pemunggah barang sementara menunggu pelanggan. Dapatlah sekitar 20-30 rupees setiap task. Di samping itu, beliau ikat kontrak pergi dan balik hantar budak sekolah oleh keluarga berpendapatan sederhana di sekitarnya. Bukan setakat ikat kontrak, beliau juga ikat perut dan makan tidak lain hanya dari bekal yang dibawa dari rumah.

Dalam beca beliau ada minuman sejuk untuk dijual (itu yang saya beli Pepsi dan beri beliau minum sekali). Bijak juga orang ini mencari ruang rezeki dan tidak membazirkan masa.

Satu prinsip yang saya pelajari dari beliau ialah “Hidup untuk cari penyelesaian bukan mencari alasan”. Baik…saya dapat pelajaran yang saya kutip dari tepi jalan. Ya, pelajaran tidak semestinya datang dari mereka berstatus doktor atau professor. Ia boleh datang dari sekecil kanak-kanak gelandangan di tepi jalan. Adakah kita sudi nak buka mulut berbual dengan mereka?

Di sudut hati saya memikirkan, alangkah bertuahnya kita di Malaysia. Walaupun tidaklah maju sangat (walaupun PM selalu cakap negara di landasan yang betul untuk jadi negara maju), dan sebahagian pemimpin-pemimpinnya juga ada yang ala-ala “Inspektor Shahab” punya korup. Sedarlah rakanku, dunia di sebelah sana ada orang yang lebih teruk tetapi sentiasa memikirkan penyelesaian dan bukan alasan. Kalau kita tengok negara yang maju, mungkin kita rasa teraniaya tapi bila tengok negara yang lagi teruk…mesti akan buat kita rasa bersyukur.

Kita ni, PTPTN pun kalau boleh taknak bayar semula, bila kerja nanti pula lari-lari bayar cukai. Bila tak puas hati sahaja dengan pemerintah, dialah orang pertama yang memperjuangkan nasib pembayar cukai (dia sendiri pun tak bayar). Jika hari ini kita masih mampu bayar Astro Byond punya bil sampai RM150, bayar UNIFI sampai 150, sewa rumah kondo sampai beriban, bayar loan kereta sampai RM1000 dan boleh lagi hujung minggu sekali sekala pergi Sunway Lagoon, rasanya anda hilang layak nak mengeluh dan menuding jari pada orang lain. Fikirkan penyelesaian bukan siapa nak disalahkan.

Kalau cerita ini tidak membuatkan anda (orang yang mengeluh kesah dengan hidup) rasa malu, saya rasa anda tak ada kemaluan (kalau ada pun, mungkin tak boleh pakai).

Sekian.

SAIFUL NANG
Coret Tertangguh dari India

** Antara sebab besar mengapa saya rencanakan kisah Hateem ini ialah kerana praktis beliau seiring dengan apa yang dilakukan di Rumah Pengasih Waarga Prihatin

Fenomena Jutawan Ali Baba Pemusnah Ekonomi BUMIPUTERA

ALIBABABanyak sudah usaha di buat untuk membantu Bumiputera. Semalam diistiharkan lagi. Jika masyarakat bumiputera sedar diri, sudah lama ekonomi jadi sekata. Masalah utama bumiputera ialah ALI BABA, peniaga PERCENT dan JUAL IC…

APA MASALAHNYA? pemberian projek MEGA kepada INDIVIDU BUMIPUTERA semakin menjauhkan jurang ekonomi, bukan semakin merapatkannya. Jika 1 projek mega bernilai RM 1 Bilion di berikan, katalah keuntungan sekitar 40 %. Bumiputera Penerima Award dan “middle man” atau kaki lobi akan dapat maksima 5%,  dapatlah agihan RM 50 juta ke poket ekonomi bumiputera.

Alhamdulillah… Bertambahlah 2-3 orang lagi JUTAWAN SEGERA Bumiputera secara kongsi-kongsi. Memang nampak gah serta mewahlah mereka dan keluarganya berlagak kaya dengan kereta dan rumah besar, makan di hotel, melancung sana sini, bahkan ada yang tambah bini lagi….

Pada masa yang sama ada RM 350 juta, 7x ganda lagi pertambahan ekonomi non-Bumiputera. Ada siapa perhati? Ada siapa peduli? Bilakan jurang ekonomi nak mendekat? di mana silapnya? silapnya ialah FENOMENA ALI BABA & JUAL IC.

Sakit hati sang Usahawan Bumiputera yang punya jati diri, yang tidak suka meminta-minta melihat perangai sang Ali Baba ini….

Hampir 10 biji kereta mewah memenuhi laman rumah besar. Perut buncit cakap berapi. Beli Datokship guna politik dan duit non-Bumi. Habis semua pak menteri kena lobi. Anak muda kampung semua jadi balaci, jadi drebar free, diajak keluar malam untuk clubbing tinggalkan anak isteri, bawa pegawai kerajaan dan pak menteri untuk melobi. Di pejabat, Masyaallah, duduk saja baca suratkhabar, tiada peranan sama sekali.

Perangai Melayu memang nak cepat kaya, kurang bersemangat waja. Tapi BUKANLAH SEMUA. Alhamdulillah apa yang kerajaan bagi dulu ada juga TEMPIAS nya. Ramai sudah anak jutawan Melayu Ali Baba yang dah ada upaya. Tidak kurang juga yang punah ranah kerana terkejut dapat harta percuma. Sebalik itu, ramai juga anak Melayu yang dulunya tidak merasa, kini mula buka mata dan gigih berusaha. Bantulah mereka.

Jika selama ini Melayu Ali Baba kan projek kerana tiada ilmu, berilah ilmu. Jika tiada jentera laburkankan dana untuk sediakan jentera, biar mereka sewa, hasil sewa laburkan semula untuk menambah dana membantu mereka. Jika tiada arkitek dan jurutera, apa salahnya ditaja satu BADAN KOPERASI yang memayungi, MEMILIH dan MEMBIMBING usahawan Melayu yang perlu dibantu. Yang benar-benar usahawan atas lapangan, bukan usahawan ATAS TANGAN. Ramai anak Melayu yang mampu jadi pemandu kren dan bulldozer, yang membancuh konkret dan mencurahkannya. Yang mereka tak mampu ialah membeli jentera dan membayar jurutera..

Selalu sangat tukar pekej bantuan yang berbagai rupa hanya akan membuatkan Non-Bumiputera semakin LOYA dan SAKIT MATA. Tapi fenomena Ali Baba juga akan membuatkan golongan mereka 7x ganda lebih kaya…. SEMAKIN JAUH MENINGGALKAN BUMIPUTERA.

Fikir-fikirkan juga apa yang ditulis oleh Saiful Nang dalam soal ini ini.

Jika setuju, sila LIKE & SHARE mesej ini, supaya selepas ini kita tidak lebih jauh menambah jurang.

WARGA PRIHATIN

Parenting Tips 15 : Pembentukan anak DENGAN SENGAJA – ikut SISTEM, bukan ikut NASIB.

00 sengaja bentuk anak

Parenting Tips 15 : Pembentukan anak DENGAN SENGAJA – ikut SISTEM, bukan ikut NASIB.

Bagaimana cetakan, begitulah rupa produknya.  Sekali sekala ada juga terjumpa buah durian di hutan LIAR yang tebal isi dan sedap rasanya.  Namun berbeza dengan majoriti kualiti buah durian di ladang atau dusun yang terjaga dan terpantau. Dari pemilihan benih yang baik, di tanam di tanah yang baik dan dibaja dengan baik. Pasti keseluruhan hasilnya juga hampir dapat dipastikan sangat baik.. Begitulah falsafah di sebalik INSYAALLAH, kebaikan yang bakal terhasil dari sistem Allah yang baik.

Tempohari, Datuk Lee Chong Wei kalah dalam kejohanan badminton antarabangsa sekali lagi kepada Lin Dan. Khabarnya kerana penghawa dingin ditutup. Apa sekalipun, kami mahu petik contoh luar (bukan dari kalangan kami) tentang pembentukan bersistematik. LCW terbentuk atas dasar bukan berasaskan sistem tetapi Lin Dan dan team seperjuangan beliau dari China dibentuk melalui sistem.

Jika sistemnya BAIK, input yang masuk akan mengeluarkan output yang setara baiknya. Jika Lin Dan berjaya, rakan senegaranya juga berjaya sama. Itulah hasil sistem. Berbanding dengan LCW yang hanya secara kebetulan terlonjak dek kerana sistem peribadi yang telah tertanam dalam jiwanya. Orang lain dalam pasukan LCW, mengapa tak menang? Jika sistem dalam BAM itu sangat baik, ia akan menjadi satu pembentukan JOHAN DUNIA secara sistemik atau menyeluruh dan bukannya bersifat individualistik.

Sekarang kita balik ke contoh di RPWP pula. Tempohari keluar cerita tentang Orked dan kesemua anak-anak kecil dan besar yang mensedekahkan kesemua tabungan dan duit raya kepada Mak Sofiah untuk biaya pembedahan lututnya. Kemudian pula kita keluarkan tentang anak-anak lain pula seperti Syafaat Yazid, Afiq Aisar, Abu Rijal, Mohamad Abid, Mohamad Raimie, Mohd Dinie, Nurhani dan lain-lain lagi. Mereka juga mewarisi ciri sama dalam sikap keprihatinan juga akhlaknya. Jika seorang saja yang menjadi, itu mungkin kerana nasib. Tetapi jika seorang dua sahaja yang kurang menjadi, selebihnya betul-betul menjadi, InsyaAllah itu adalah disebabkan sistem yang baik dan holistik.

Ad-Deen / Agama itu sendiri merupakan satu sistem kesejahteraan (A = Tidak, GAMA = Kacau). Sistem yang TIDAK KACAU = SEJAHTERA. Sejahtera itulah ISLAM (Salam). Susah nak faham? Kalau tak faham, kena baca perlahan sedikit.

Apa yang kami percaya dan telah kami amalkan sejak 8 tahun dahulu ialah penerapan sistem. Mengambil uswah dari Nabi Muhammad SAW sendiri dan berpandukan dari Al-Quran lalu kami rangka sistem itu. Dalam masa yang sama juga, kami mengambil kes-kes studi dari anak-anak yang baik akhlaknya SECARA NASIB / TAK SENGAJA untuk kita kaji dan jadikannya satu sistem yang MAMPU DISENGAJAKAN pembinaannya.

Nabi Muhammad SAW sendiri diutuskan untuk membaiki akhlak umatnya. Dan sekali lagi, ia dilakukan secara sistematik dan bukannya secara semberono membabi buta. Nabi telah lakukannya dengan baik, maka kita ini ambil sahajalah tauladan itu. Buka semula kitab usang di gerobok rumah anda, kajinya semula. Telaah semula sirah dan sunnah supaya kita tahu di mana nak mula. Kedua-dua azimat (Quran & Sunnah) itu bukanlah untuk kita jadikan tangkal azimat tetapi untuk kita keramatkan perlaksanaannya. Jika ia dilaksanakan, tiada perlu kita merujuk kepada konsultan Barat yang KONONNYA lebih pandai dari kita.

Anda sendiri, sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak anda… telah guna sistem Allah ke belum? Atau masih percaya dengan sistem Mat Saleh lagi?

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Parenting Tidbits 14: Bagimana Mengelak Musibah Keluarga

0 MUSIBAHParenting Tidbits 14: Bagimana Mengelak Musibah Keluarga

Parenting Tips pagi ini mengajak ibu bapa merujuk kepada kes kes kecuaian yang FATAL terhadap anak-anak. Kita semua sedih dan bersimpati. Kita ucapkan takziah pada keluarga yang terlibat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semakin kita sibuk mengejar dunia, semakin banyak gajet canggih yang kita ada, semakin banyak perkara yang melalaikan kita. Anak isteri juga jadi mangsa.

BERTAWAKKAL DENGAN BISMILLAH

Hidup ini Allah bekalkan dengan sistem dan aturanNya untuk menyelamatkan kita. Itu Allah nobatkan sebagai satu nama khas, itulah nama ALLAH. Itulah al-ilah, satu-satunya sembahan. ATURAN itulah asas “Bismillah’. Berbeza dengan BismiAna bila kita berbuat atas nama kita, BismiSyaitan dan seumpamanya.

Dengan Basmallah dan aturan Allah itu kita harus WAKILkan dan sandarkan kerjabuat kita. Maksudnya kita ikut saja aturan yang telah ditetapkan itu dalam kehidupan harian. Itulah asas berTAWAKAL dengan aturan Allah sebelum melakukan apa saja.

Itulah lafaz “Bismillahi tawakkalna ‘ala Allah – Dengan Nama Allah, bertawakkal aku kepada Allah”. Itulah ibu segala niat dan sandaran apa saja kerjabuat harian kita yang Allah dan Rasul ajarkan. “Barang siapa yang mengerjakan amal baik (apatah lagi yang tidak baik) tanpa diawali dengan Bismillah, pasti akan tertolak”, itu pesan Nabi.

Kesemua aturan itu telah dituliskan dan tetapkan dalam kitab. Ya, Itulah yang sudah tetap dan menjadi ketetapan kitab. Kita tiada pilihan. Itulah jalan hidup yang harus kita ikuti secara istiqomah. Itulah titian ke syurga hidup kita hari hari, itulah hidayah Allah berupa SIROOTOLMUSTAQIM yang kita minta 17x sehari.

BAGAIMANA ALLAH MENETAPKAN NASIB, QADHA’ & QADAR?

“LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH.”
“Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah”. Tapi bagaimana?

KEKUATAN kita datang dari kefahaman tentang kaedah kerjabuat yang tepat, yang merujuk kepada semua aturan yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Bijaksana dengan cukup HAUL atau jumlahnya, dalam apa saja kerjabuat kita.

Kekuatan dan kejayaan itu juga adalah KETETAPAN yang telah dijanjikan Allah, yang PASTI akan Allah berikan, secara tunai atau tangguh. Itulah sains di sebalik QADHA’. Satu yang PASTI & TETAP akan terjadi.

QADAR pula itu adalah ukuran jumlah (haul) dan masa (asr). Ia merujuk kepada SEBANYAK MANA, setepat mana kita mendapat hidayah dan petunjuk itu, sejauh mana pula kita yakin dan mampu melaksanakannya dengan tepat, sabar dan istiqomah.

NASIB kita telah ditetapkan berdasarkan ketetapan itu, yang telah Allah tetapkan sebelum kita dilahirkan lagi.

BAGAIMANA NASIB BAIK & BURUK KITA DITETAPKAN?

Jika CUKUP QADAR tabiat kita yang sentiasa enggan, ingkar atau selalu mendustakan ketetapan ALLAH itu,  QADHA’ menetapkan pasti akan berlaku salah laku. Pasti hidup kita akan haru biru. Banyaklah musibah berlaku bertalu-talu. Hujungnya kita akan tergelincir dan terhumban jatuh ke dalam kesengsaraan neraka.

Begitulah juga kaedah NASIB BAIK kita ditetapkan Allah. Jika kita istiqomah meniti titian (jalan hidup) yang Allah hidayahkan itu, InsyaAllah kita akan sampai juga ke syurga. Akan kita dapat semua hasil baik dari apa yang Allah janjikan.

Allah tidak akan MENGUBAH NASIB kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubahnya. Bagaimana? Iaitu dengan melaksanakan hidayah, petunjuk, aturan kehidupan yang selamat dan telah sekian lama Allah berikan, yang sekian lama kita abaikan. Perlaksanaan yang betul dari petunjuk yang betul itulah yang mengubah nasib kita. Bukan sekadar baca petunjuk tanpa memahaminya atas sejadah saja dan mengharapkan Allah melakukan segalanya untuk kita, tanpa berusaha..!

APPLIED SAINS BAGAIMANA MENELITI MUSIBAH

Bila berlaku musibah, Allah ajar agar kita baca “Qul-Innalillahi Wainna Ilaihiroojiuun”- (Katakanlah sesungguhnya bagi Allah (yang menetapkan musibah itu)  dan sesungguhnya kepada Allah kembali segala RUJUKAN (sebab musabab musibah berlaku)”).

Allah katakan “Setiap keburukan itu adalah hasil perbuatan tangan tangan kamu sendiri”. Setiap yang berlaku pasti ada sebab, pasti ada rujukan yang harus kita cari. Dengan mengenalpasti rujukan penyebab kepada musibah itu kita akan mengakui itu kesilapan diri kita sendiri. Kita akan redha dan tenang, tidak prejudis terhadap ketentuan Allah. Yang penting ialah kita mampu mengambil hikmah besar, iaitu pelajaran dan tauladan dari setiap musibah dan berhati-hati untuk mengelakkannya dari berulang.

Pesan Rasulullah SAW, Tidak Islah, tidak Islam orang yang melakukan kesalahan yang sama 2x, atau yang dipatuk ular 2x di lubang yang sama, yang hari ini tidak lebih baik dari semalam (apatah lagi jika jadi semakin buruk) dan banyak lagi pesanan-pesanan yang seumpamanya.

SOLAT YANG KHUSYUK MENCEGAH KEJI DAN MUNKAR

Dalam solat, Allah wajibkan kita baca surah-surah alquran. Banyak pedoman dan aturan yang Allah ajarkan dalam alquran yang harus kita patuhi supaya kita selamat. Tapi kebnyakkan tidak minat baca Quran dan memahaminya. Ramai juga yang tidak mahu solat, atau tidak mahu cuba memahami bacaan dalam solat. Kerana itu Allah perintahkan agar kita “Jangan berbuat sesuatu tanpa ilmu” (QS: 17:36). Bahkan Allah katakan “Jangan solat sehingga kita tahu apa yang kita ucapkan” (QS: 4:43).

Zaman di mana kita suka-suka ambil mudah nasihat Allah sudah berlalu. Zaman untuk kita beribadah hanya semata-mata mengharapkan pahala berupa angan-angan kosong, ibarat mencari upah dari “ibadah seorang saudagar” perlu segera diubah. Ini zaman maklumat dan teknologi maklumat. Tanpa kefahaman yang mendalam, anak-anak kita tidak akan kekal berada dalam Islam dan mudah dipesongkan. Amalan tanpa ilmu tidak akan menikmati hasil yang baik, akan sia-sia dan merugikan.

ATURAN ALLAH MENJAUHI MUSIBAH KELUARGA

Sebelum ini kami ada ceritakan pasal fenomena mengenal “tanda-tanda” bakal berlakunya kecelakaan. Tanda-tanda yang tidak dipedulikan. Kelalaian akan mengakibatkan kecelakaan. Itu satu dari rujukan yang banyak Allah nukilkan dalam alquran. Kerana itu Allah minta kita baca Fatihah dan surah Quran dalam solat kerana itu cara Allah mentarbiah kita untuk sejahtera menjalani hidup.

Firman Allah, antaranya,

“Celakalah orang yang solat, yang lalai dalam solatnya, yang berbuat riya’. Enggan barang berguna”.  Hazanah paling berguna dari Allah ialah ATURAN hidup.
“Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar”.
“Dan minta tolonglah dengan sabar dan solat”.

Kehebatan Allah adalah pada Kebijaksanaan, pada Ilmu dan Wahyu PENGATURAN alamNya. Semua itu dihadiahkan kepada kita melalui Rasulullah SAW yang turut menunjukkan bagaimana ia harus dilaksanakan. Kerana itu kita disuruh selalu menghubungkan diri dengan Sunnah baginda melalui penelitian Hadis baginda. Itulah hakikat “Selawat ke atas Nabi”(yang juga dari kata pokok yang sama, iaitu PERHUBUNGAN – SILAH, SOLAH, SOLAWAT).

Jika kita solat tanpa memahami apa yang kita baca, maka solat itu tidak akan mampu mendidik kita untuk hidup dengan peraturan yang telah Allah jelaskan dalam alQuran. Jika itu yang kita amalkan selama ini, maka fadhilat ilmu, faham dan memperoleh petunjuk dalam solat tidak akan kita perolehi. Oleh itu solat tidak akan mampu menolong kita. Sebab PETUNJUK itulah bentuk pertolongan yang ingin Allah berikan. Dengan melaksanakan petunjuk itulah kita akan selamat.

APA ITU HAKIKAT PAHALA DALAM SOLAT?

Allah ceritakan di dalam syurga, tiada perkataan yang sia-sia. Majlis ilmu adalah taman-taman syurga. Jadi fadhilat atau kebaikan dari solat ialah kefahaman atau ilmu (alim, maklumat) dari apa yang kita baca di dalamnya. Solat dengan kefahaman yang khusyuk sebanyak 5x sehari juga mampu mengingatkan kita untuk istiqomah MELAKSANA apa yang kita baca. Dari kefahaman dan kepatuhan (rukuk dan sujud) itu kita mampu memperbaiki diri. InsyaAllah setelah sempurna mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dan Ibrahim a.s. dan ahli KELUARGA mereka (wa’ala ali Ibrohiim) kita akan mendapat SALAM (sejahtera). Itulah juga sains di sebalik konsep Selawat dalam tahiyat awal dan akhir.

Itulah solat yang menghasilkan amal SOLEH, iaitu amal yang membawa pembaikan (ISLAH) hari demi hari. Itulah solat yang mampu mencegah dari perbuatan keji dan munkar. Itulah yang membawa kita kepada kejayaan (al-falah) yang hakiki dalam pembentukan KELUARGA.

CONTOH RUJUKAN MUSIBAH KELUARGA

KES IBU YANG MENINGGALKAN ANAK DALAM KERETA UNTUK BERMESYUARAT.

Rujukan yang harus kita ambil ialah, Allah arahkan agar isteri tetap di rumah, menjaga rumahtangga, anak-anak dan suami. Itulah JIHAD ISTERI. Tapi kini kebanyakan isteri bekerja. Ada yang kerja kerana ingin kaya dan berkerjaya. Ada yang kerja kerana membantu pendapatan keluarga. Selain dari fitnah anak terabai kerana cuai, juga didera amah dengan cara yang berbagai-bagai. Isteri juga tidak terlepas dari fitnah Nusyuz dan gangguan seksual berbagai rupa. Kisah suami yang digoda dan meniduri maid juga sudah sangat biasa. Hasilnya NERAKA.

Rujukan juga Allah berikan agar suami jadi pemimpin, pelindung kepada isteri. Suami harus kerja keras dan mencari jalan untuk memenuhi nafkah keluarga, itulah JIHAD SUAMI. Jika kita terpaksa kerana tidak mampu mendapatkan harta yang banyak dan isteri tetap mahu mematuhi arahan Allah, maka jalan keluar ialah berpuasa & berjimat cermat. Hidup sederhana dan redha dengan apa yang ada. InsyaAllah rezki yang sedikit akan jadi berkat dan keluarga akan selamat.

GODAAN TEKNOLOGI DAN MENCARI POPULARITI

Hari ini semua keluarga ada kereta. Banyak video kita lihat adanya ibu bapa yang bangga bila anak boleh pandu kereta seumur 7 tahun. MHI TV3 pagi ini kata ada anak darjah 1 yang memandu kereta bapa sampai ke Tol selamba saja.

Anak-anak sekolah rendah di kampung, taman dan felda merempit motor abang dan bapa tanpa soal. Jangankan lesen, helmet pun tak pakai. Kerana dibiarkan itu, maka ada anak 15 tahun yang ditembak polis jam 2 pagi memandu proton dengan curi-curi. Tak pasal-pasal Polis pula yang dimaki. Kalau anak di rotan di sekolah Cikgu pula yang kena caci. Di mana peranan dan kesedaran ibu bapa? Mengapa biarkan anak seumur itu berkeliaran di awal pagi begitu? Itulah fenomena  sekarang, jari yang satu itu sentiasa menuding pada orang. Kita lupa yang 3 lagi menuding ke belakang.

Kini, Anak-anak dibelikan gajet berbagai rupa. Dengan gajet itu anak lupa menghormati tamu dan orang tua, anak lupa menolong ibu, anak juga sudah hilang malu. Dalam bilik anak guna smart phone ambil gambar bogel, rakam video telanjang hantar pada jantan. Tahu tahu satu dunia gambar anak kita sudah beredar. Kalau sudah berani bogel di kamera, pasti berani serah diri bila berjumpa. Belum cukup banyakkah? belum cukup ngeri lagikah dengan berita dan wawancara pengakuan terbuka yang dipaparkan di tv dan akhbar? Termasuk apa yang keluar dalam “Wanita Hari Ini” pagi tadi? Belum cukup ngerikan ratusan ribu kes buang bayi? Bersepah video lucah anak isteri di sana sini?

Terlalu banyak untuk di tulis semua, kerana jika semuanya kami suap, anda tidak akan ada kemahuan untuk cari dan fikir sendiri, guna akal dan muhasabah situasi keluarga dengan pendengaran, pengelihatan dan hati, dengan akal yang Allah beri.

Ingatlah, kelalaian membawa celaka. Semua musibah itu berawal dengan banyak tanda. Kita harus peka dan sensitif membaca tanda. Ada tabiat yang wajar(patut), ada pula yang tidak sesuai untuk seorang anak. Jangan berbangga dengan kepandaian anak, yang belum waktunya tanpa berfikir panjang. Adakalanya ia bagus, adakalanya ia membawa musibah.

Rujuk kepada artikel BEDUNG semalam. Tidak salah kita bedung anak walaupun ia sudah pandai meronta. Tidak salah kita halang anak walaupun dia sudah pandai bawa motor dan kereta seawal usia. Kerana jika kita tidak mematuhi ketetapan TABIAT yang wajar untuk seorang anak, kita akan lihat anak buang tabiat (berperangai pelik). BUANG TABIAT itu biasanya orang tua tua kaitkan dengan musibah atau maut.

Kami yakin anda boleh sambung zikir dan buah fikir ini untuk melengkapkannya, khasnya merujuk kepada SITUASI keluarga anda sendiri. lain keluarga lain masalahnya, tapi semua itu telah Allah beri cara mengatasinya.

Contohnya jika anak buas dan mungkin kerana kelalaian isteri mendidik akibat kesibukan kerja, atau amah mungkin tidak mampu menjaga, apa lagi jika isteri agak gedik, seksi seksa atau ada kemungkinan berselingkuh dan nusyuz, nasihatkan saja untuk berhenti agar anda tidak digelar DAYUS. Itu pesan Nabi. DAYUS tidak cium bau syurga.

Jika anak suka main kunci kereta, main hand fone, suka main wire letrik, suka panjat dapur, suka main api, suka main pisau, suka lari depan kereta bila kita balik, anak suka berpakaian seksi seksa dan macam-macam lagi tanda, jangan LEKA dan TENGOK SAJA. Cepatlah sedar dan cegah. Jangan tunggu anak dilanggar kereta, anak salah guna handfone, anak mati kena renjatan letrik, anak tersimbah air dan minyak panas, anak diratah jantan dan sebagainya baru kita nak mengeluh dan minta tolong pada Allah.

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA

Perbaiki kefahaman ungkapan “Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali” kerana ia kurang tepat dari sudut harfiah, makna dan maksudnya. Ungkapan lama itu tidak mampu menandingi teknologi maklumat dan gagal meyakinkan anak anak kita. Ungkapan itu hanya berbentuk angan angan dan tiada sains perlaksanaannya. Rujuk ejekan intelek Muslim & pelajar Sekolah dalam Klip video Lambaian Haji, posting Semalam.

Islam itu agama ilmu. Islam agama praktis dan sangat logikal, bukan agama angan-angan dan magik.  “Be practical & rational”. Itulah yang bakal menghasilkan SALAM (sejahtera) dari ISLAM (cara hidup) untuk semua MUSLIM (yang serah diri) yang InsyaAllah akan mampu mengislamkan yang lain (TASLIM).

Kudap-kudap Parenting
WARGA PRIHATIN

Rakaman Wawancara Pemberita Dengan Jin Yang Mengulas Situasi Islam Semasa

Sila baca artikel  dan video ini bersama video semalam yang bertajuk,

“Alarming, 2 Juta Muslim Indonesia Murtad dalam setahun”

Fenomena Murtad yang sangat berleluasa berkait rapat dengan lemahnya tahap kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri. Majoriti Muslim yang lahir dalam keluarga Islam tidak memahami kitab sendiri secara kaffah (menyeluruh). Hadis yang menjelaskan sunnah juga tidak rajin di kutip.

Video ini menampakkan satu kejadian di mana seorang yang telah dirasuk Jin menjelaskan banyak perkara termasuk isu syahadah, kondisi umat Islam yang lebih teruk dari haiwan, solat dan ibadah yang ikut-ikut dan banyak lagi.

Ramai yang meminta kami mengulas dengan detail mengenai video ini. Tetapi ia terlalu panjang. Kami terlalu sibuk untuk membincangkannya satu persatu. Ini sangat sulit dan perlukan muzakarah secara berdepan kerana isu yang di utarakan dalam video ini KESEMUANYA RELEVAN dengan situasi umat saat ini. Ambillah masa dan mari sama-sama kita bincangkan secara terbuka tanpa prejudis.

Bila kami ada masa, atau kami rasakan sesuai nanti akan kami tuliskan rumusan menyeluruh di nota ini yang akan kami edit semula. Kita harus lihat apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Zaman Rasulullah dulupun ada MASJID JIN. Nabi Sulaiman pun pakai khidmat Jin. Tapi apakah itu Jin???

Sila like, share sebanyak mungkin untuk menyedarkan ummat. Cegah lah gejala Murtad semampunya, dengan perkongsian ilmu dan hujah yang mantap, jangan harapkan kekangan akta atau kongkongan fizikal kerana benteng luaran itu pasti gagal menghalangnya.

Barat sudah tidak lagi sudi untuk beragama dengan agama mereka. Masing masing sudah tahu bahawa agama itu telah Allah gantikan dengan yang paling syumul dan indah iaitu Islam.

Namun bagi yang jahil dan tidak memahami Islam yang sebenar, mereka akan mudah dipengaruhi. Kejahilan masyarakat Melayu khususnya, yang terkenal miskin, malas membaca dan lemah segala-galanya menyebabkan mereka mudah dikalahkan kepercayaannya.

Statistik di Malaysia dan Singapura saja sudah cukup membimbangkan. Yang tidak kita ketahui mungkin 2-3 kali ganda dari itu. Itu law of statistik dalam hal hal begini.

SILA LIKE PAGE FACEBOOK KHAS INI  UNTUK MENDAPATKAN VIDEO SETERUSNYA.

Anak Maut lagi – Kemalangan sama tetap berulang..!

PARENT LALAIPagi ini semua dikejutkan lagi dengan kes kematian anak yang boleh dikatagorikan sebagai kecuaian yang paling dahsyat oleh kalangan ibu bapa.

Parenting TidBits pagi ini terpaksa kami tangguhkan kerana ingin memberi tumpuan kepada tips yang berpaksikan Basmallah bagaimana menangani kes seperti ini.

Beberapa Petikan Kes Kecuaian Penyebab Anak Mati:

Kita masih belum hilang lagi sedih akan kematian anak yang maut dalam kereta ketika ibu bermesyuarat, hari ini dikejutkan lagi dengan kematian anak yang di langgar kereta yang dipandu abang berusia 4 TAHUN.

Ulasan MHI TV3 pagi ini turut menyatakan kes seorang anak darjah satu yang terlepas pandang, memandu kereta bapanya sampai ke Tol.

Anda ikuti dahulu berita mengejutkan ini dan beberapa berita yang kami pautkan di blog kami sebagai asbab, agar anda mampu memahami apa yang bakal kami coretkan sebagai pedoman nanti.

Ini ada kaitan dengan isu Rujukan, Tawakklal, tanda-tanda’ biarkan..biarkan… dan banyak lagi.

Alfatihah buat semua mangsa yang tidak berdosa. Innalillahiwainna ilaihirrojiun.

MyMetro

Ipoh: “Kemalangan akibat kecuaian seumpama ini sudah kerap kali berlaku dan ia masih berulang. Oleh itu siasatan perlu dilakukan sama ada membabitkan kecuaian atau faktor lain,” kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Perak, Superintendan Sharul Othman Mansor.

Mengulas lanjut mengenai kematian Mohd Adam Mohd Ali, dua tahun selepas dilanggar abangnya berusia empat tahun, Aiman Yasin yang menghidupkan enjin kereta milik bapa mereka.

Sharul berkata, kemalangan seumpama itu amat menyedihkan.

“Siasatan penuh akan diteliti sebelum sebarang tindakan lanjut boleh diambil,” katanya ketika dihubungi semalam.

 

Berita Utama

Main-main bawa maut – Anak 2 tahun maut dilanggar kereta

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

0 main mainParit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”

Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

xpix_gal1.pagespeed.ic.wEpwn96EY1

KESAN percikan darah jelas kelihatan pada dinding rumah.

Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

 

xpix_gal2.pagespeed.ic.VdvzQa0i-B

MOHD Ali hanya mampu terpaku anaknya maut akibat kecuaian.

Beberapa Petikan Kes Kecuaian Penyebab Anak Mati:

Kita masih belum hilang lagi sedih akan kematian anak yang maut dalam kereta  ketika ibu bermesyuarat, hari ini dikejutkan lagi dengan kematian anak yang di langgar kereta yang dipandu abang berusia 4 TAHUN.

Ulasan MHI TV3 pagi ini turut menyatakan kes seorang anak darjah satu yang terlepas pandang, memandu kereta bapanya sampai ke Tol.

Ajal dan maut memang ketentuan tuhan. Mari kita ambil masa sejenak meneliti apa sebenarnya sains di sebalik tawakal. Tawakkal bermakna kita berwakil. Dengan apa berwakil? dengan Basmallah, dengan Nama allah, dengan sistem dan aturan yang telah Allah tetapkan. kerana itu lafaz kita berbunyi “Bismillahi Tawakkalna Alallah” (Dengan Nama allah Berwakil Aku ke-atas Allah)

 

19-7-2013 SUBANG JAYA:

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.
Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.
Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.

Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.

Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

 

Budak 10 tahun lemas dalam kereta – SEREMBAN:

Hancur luluh hati seorang ibu apabila melihat anak perempuannya berusia 10 tahun yang ditinggalkan dalam kereta sebelum dia bergegas masuk ke kelas untuk mengajar di Sekolah Rendah Islam ABIM di sini, maut dipercayai lemas terperangkap dalam kenderaan itu selama enam setengah jam, petang semalam.

2011/07/07 – 04:39:16 AM Berita Harian

Mangsa, Izzah Athirah Mohd Khir yang belajar di sekolah sama, ditemui ibunya, Haliza Talib, 44, terkulai dalam kereta PERODUA Alza yang diletakkan di pekarangan sekolah itu kira-kira jam 2 petang.

Terdahulu, kira-kira jam 7.30 pagi, Izzah Athirah dikatakan enggan keluar dari kereta bersama ibu serta tiga beradiknya yang lain untuk masuk ke sekolah kerana mahu mencari kasutnya dalam kereta itu.

Bapa mangsa, Mohd Khir Abd Majid, 45, yang juga Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, berkata disebabkan mahu cepat, isterinya meninggalkan kunci kereta kepada mangsa sebelum beredar.

“Kami tidak tahu mengapa Izzah Athirah tidak keluar dari kereta itu kerana dia sudah biasa dengan kenderaan berkenaan.

“Kejadian disedari ketika isteri pergi ke kereta selepas habis waktu sekolah dan melihatnya terkulai tidak sedarkan diri dalam kereta dan tingkapnya bertutup.
“Isteri saya menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HTJS di sini, semalam.

Mohd Khir yang berada di Port Dickson ketika kejadian itu kerana menghadiri mesyuarat, hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi rakannya jam 3.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

“Kita masih di peringkat awal siasatan dan menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian dan bagaimana dia boleh terperangkap,” katanya yang tidak menolak kemungkinan mengklasifikasikan semula kes itu.

Pada 22 Mei lalu, seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat di Kelantan.

Dalam kejadian itu, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak dikatakan tertinggal di dalam kereta ketika bapanya tergesa-gesa untuk mengusung jenazah kerana menyangkakan dia sudah turun untuk ke rumah sepupunya itu.

 

Budak dua tahun lemas dalam kereta

2011/04/22 – 06:47:13 AM  Berita Harian

00 2 th mati dalam kereta

PENGANGGUR ditahan kerana mendera Hong Jun hingga mati di Taman Watan Ampang, pagi semalam. Gambar kecil Law Hong Jun.Ibu, penganggur ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia 20 bulan lemas selepas ditinggalkan secara cuai oleh ibu dan teman lelakinya dalam kereta selama beberapa jam di laman rumah mereka di Taman Watan, Ampang dekat sini, pagi semalam.

Mangsa, Law Hong Jun turut mengalami kesan lecur dan melecet pada sebahagian tubuhnya dipercayai akibat suhu panas di dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pasangan itu dikatakan pulang dari Batu Pahat, Johor, pada awal pagi dan terus memasuki rumah tanpa menyedari Law sedang tidur di tempat duduk belakang.

“Selepas beberapa jam, barulah pasangan itu menyedari Law ‘tertinggal’ di dalam kereta dan apabila kembali mendapatkannya, mereka mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Teman lelaki ibu bayi itu kemudian bergegas menghantarnya ke Hospital Ampang (HA) kira-kira jam 12.30 tengah hari, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, malam tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal doktor mendapati wujud kesan mencurigakan pada tubuh kanak-kanak itu dan mengesyaki bayi berkenaan mati akibat didera sebelum membuat laporan polis.
“Namun selepas proses bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesahkan bayi itu mati akibat lemas kerana kekurangan oksigen dan kesan lecur serta melecet yang ada di tubuhnya pula disebabkan kepanasan melampau kerana berada terlalu lama di tempat tertutup (kereta).

“Kita jangka Law meninggal dunia selepas jam 5 pagi tadi (semalam), dan ini bermakna bayi itu sudah mati lebih lima jam sebelum teman lelaki ibunya membawanya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, polis menahan ibu mangsa warga Thailand berusia 24 tahun dan teman lelakinya berusia 35 tahun yang juga seorang penganggur dan berasal dari Pandan Indah, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan

Budak perempuan berumur 3 tahun ini bukan sahaja lemas berada dalam kereta, tetapi juga kesan dari pemanasan haba di dalam kereta kerana kereta berjemur terlalu lama di tengah panas sedangkan dia berada di dalam kereta kerana terkunci.

Semoga ini menjadi pengajaran bersama, agar lain kali tidak mengunci dan meninggalkan kereta tanpa memastikan tiada siapa lagi yang tertinggal di dalamnya. Lebih-lebih lagi jika mahu meninggal kereta dalam jangka waktu yang lama.

Walaubagaimana pun yang pergi tetap pergi, kerana itu sudah ajalnya. Semoga keluarga tersebut dapat terima dengan tabah dan redha, serta semoga Nur Izyan berbahagia di sana. Berikut adalah laporan dari Berita Harian.

Budak 3 tahun mati lemas dalam kereta ketika bapanya menghadiri pengebumian

MACHANG 24 Mei

00 3 th mati dalam kereta.jpgb Seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, Nur Izyan Natasya @ Aisyah Ishak mengikuti bapanya, Ketua Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu, Ishak Salleh, 50, yang diamanahkan untuk mengusung jenazah.

Ishak berkata, dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengusung jenazah, beliau tidak sedar tertinggal anaknya dalam kereta kerana menyangka Nur Izyan Natasya sudah keluar mengikuti saudaranya.

“Saya sangka, dia sudah naik ke rumah sepupu yang berdekatan dengan kereta.

“Ketika di tanah perkuburan, tergerak di hati ingin tahu di mana anak saya berada. Saya menyerahkan kunci kepada seorang penduduk untuk melihat apa yang berlaku dalam kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, dekat sini, semalam.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, tidak menduga kesungguhan anak bongsu enam beradik itu mengikut bapanya ke tanah perkuburan adalah kali terakhir untuknya melihat Nur Izyan Natasya.

“Sikapnya yang terlalu riang itu mungkin petanda mahu meninggalkan kami sekeluarga. Saya difahamkan, Nur Izyan Natasya menangis dalam kereta kira-kira 45 minit sebelum disedari penduduk. Mereka kemudian memaklumkan adik ipar saya, Che Mas Mohd Salleh, 55, yang ketika itu berada di rumah keluarga sepupu yang meninggal dunia,” katanya sebak selepas doktor mengesahkan anaknya meninggal jam 12.15 tengah hari.

Sementara itu, Che Mas berkata, beliau bergegas mendapatkan Nur Izyan Natasya yang berada di tempat duduk kereta berkenaan dan cuba memecahkan cermin kereta itu.

“Namun, ada penduduk kampung sempat mengambil anak kunci daripada Ishak.

“Saya membawanya ke Klinik Wakaf Bharu sebelum ke Hospital Kelaboran, Tumpat, tetapi doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

[Berita Harian]

Budak 4 Tahun Mati Ditinggal Ibu Dalam Kereta Selama 6 Jam

0 4 th mati dalam keretaDi Johor Bharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora milik ibunya selepas ditinggalkan dalam kenderaan itu selama lebih enam jam.

Seorang guru sekolah rendah dalam 40-an itu, biasanya menghantar R. Sharnaath Kumar ke tadika sebelum menuju ke tempat kerja.  Mangsa telah mendaftar di Tadika Rainbow, terletak bersebelahan dengan sekolah rendah di Jalan Padi Mahsuri 16.Walau bagaimanapun, beliau bergegas terus ke sekolah akibat beban kerja yang banyak.

 

Khamis, 21 Jun 2012

Difahamkan, mangsa dikatakan tidur dalam kenderaan itu sebelum ibunya, guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan masuk ke kawasan sekolah kira-kira jam 6.50 pagi untuk melakukan beberapa tugasan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin dan kenderaan itu diletak berhampiran kantin di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Tampoi, di sini.

Seorang pekerja kantin, yang mahu dikenali sebagai Hamat, berkata dia mendengar jeritan guru apabila dia mendapati Sharnaath berbaring di tempat duduk belakang, berbuih mulut.

Siasatan mendedahkan bahawa mata Sharnaath Kumar terbuka dan darah mengalir keluar dari hidung.

“Beliau telah berhenti bernafas. Guru-guru cuba untuk memulihkan kanak-kanak itu tetapi tidak berhasil, “kata Hamat.

Mangsa, Sharnaath Kumar disahkan mati di sebuah pusat perubatan swasta di bandar raya ini selepas dihantar untuk rawatan.

0 4 th mati dalam kereta.bISHAK (kiri) bersama kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II melihat kereta Perodua Kancil yang menyebabkan Nor Izyan lemas di Tumpat kelmarin.Seorang kanak-kanak tiga tahun lemas dalam kereta selepas ditinggalkan bapanya hampir sejam berhampiran kawasan Tanah Perkuburan Kampung Morak berhampiran Sekolah Ugama (A) Bustanus Saadah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, kanak-kanak perempuan terbabit, Nor Izyan Natasya Ishak dipercayai lemas akibat kekurangan oksigen, bagaimana pun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, di sini.

Mangsa anak bongsu daripada enam beradik dipercayai lemas selepas tertidur bersendirian di tempat duduk belakang kereta milik bapanya itu dengan keadaan semua cermin dan pintu kereta tertutup rapat dan berkunci.

Bapanya, Ishak Salleh, 50, berkata, dia terlupa anaknya tertidur di tempat duduk belakang kerana tergesa-gesa untuk mengusung jenazah bapa sepupu, apabila terus menutup pintu kereta dan menguncinya sedangkan anaknya masih ada dalam kereta terbabit.

“Lagi pun saya sampai lewat di rumah arwah bapa sepupu saya, bila sampai, jenazah dah diusung untuk di bawa ke tanah perkuburan Kampung Morak.

“Disebabkan saya tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, apa yang saya fikirkan hanya untuk usung jenazahnya sebagai penghormatan terakhir saya kepada arwah,” katanya yang bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Bharu.

Ishak ditemani mangsa bertolak dari Kampung Belukar Machang jam 9 pagi untuk menziarahi bapa sepupunya di Kampung Morak yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Turut bersama menaiki kereta jenis Perodua Kancil dipandu Ishak dari Machang adalah kakak ipar dan abang iparnya, bagaimanapun apabila sampai di pekarangan rumah arwah bapa sepupunya di Kampung Morak, mereka berdua turun, manakala mangsa tertidur di belakang.

Ishak terus memandu keretanya ke tanah perkuburan dan meletakkan kereta di kawasan sejauh kira- kira 500 meter dari tanah perkuburan dan dengan tergesa-gesa dia terus mengunci keretanya tanpa melihat anaknya di tempat duduk belakang.

Ishak berkata, dia tidak menduga hasrat untuk menziarahi kematian akhirnya bertukar tragedi apabila anaknya mati lemas dalam kereta.

Menurutnya, pada hari kejadian arwah beria beria-ia untuk bersamanya kerana teringin ke rumah emak saudaranya, Che Mas Mohd Salleh, 55, di Kampung Laut selepas selesai pengebumian jenazah itu.

“Isteri saya tidak ikut sama kerana anak-anak yang lain belum pulang dari sekolah, saya hanya bawa arwah seorang saja, memang dia teruja untuk ke Kampung Morak ini apabila memakai baju baru yang dijahit untuk dipakai ketika raya nanti,” katanya.

Menurutnya, dia baru teringat anaknya masih dalam kereta itu sejam selepas selesai pengebumian bapa sepupunya selesai.

“Dengan cuaca panas serta berjalan jauh, saya keletihan, lagi pun saya ada mengidap penyakit kencing manis.

“Saya bagi kunci kereta dan arahkan sepupu agar berlari menuju ke kereta untuk melihat keadaan anak saya itu, manakala saya mengekorinya dari belakang,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, ibu saudara mangsa, Che Mas berkata, dia menyedari anak saudaranya lemas dalam kereta apabila ada penduduk memberitahu ternampak seorang kanak-kanak menangis dalam kereta terbabit.

“Saya terus bergegas ke kereta itu, cuba mengeluarkannya tetapi tidak berjaya kerana tiada kunci sehinggalah ada sepupunya yang dikerahkan Ishak menjenguk mangsa.

“Kami cuba sedaya upaya memberi pertolongan cemas, mangsa lemah sangat, baju kurungnya basah kuyup dan sempat bersuara sebelum di bawa ke klinik Wakaf Bharu.

“Bagaimanapun ajalnya sudah tiba, dia tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Belukar Machang kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas mayatnya dituntut ahli keluarga di Hospital Tumpat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Sumber: Sinar Harian
foto: Kosmo!

0 4 beradik mati lemasPunca Empat Kanak-Kanak Mati Lemas Cari Kepah – Jul. 22

Punca empat kanak-kanak ini mati lemas dipercayai daripada salah seorang daripada kanak-kanak itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai di kawasan yang agak dalam menyebabkan mereka dipercayai saling membantu untuk menyelamatkan mangsa yang terjatuh sebelum semuanya lemas.

Beberapa orang awam menyedari kejadian itu dan terjun untuk membawa keluar dua mangsa dipercayai pasangan adik beradik berkenaan yang bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia pada jam 5.47 petang.

Ia diikuti dua mangsa lain yang ditemui pasukan bomba masing-masing pada jam 6.01 petang dan 6.04 petang. Semua mayat kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Melaka Tengah: Empat kanak-kanak termasuk sepasang adik-beradik ditemui lemas di Sungai Melaka berdekatan Taman Seri Kerubong, Fasa 3, di sini, petang semalam.

Difahamkan, semua mangsa iaitu Mohd Hazimi Fadzli, 9 dan adik perempuannya, Hanis Balqis, 7, bersama Athafiz Amin, 10, serta Radziatul Nadia Rosnan, 12, pergi berjalan kaki ke kawasan itu dipercayai bagi mencari kepah di sungai terbabit, kira-kira jam 4 petang.
Ibu Radziatul, Norizan Zainal, 40, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu keluar dari rumah bersama beberapa rakannya yang juga jiran mereka.

“Saya yang baru membeli juadah berbuka puasa tidak menyangka apa-apa kerana dia (anak) kebiasaannya hanya bermain di taman permainan di sekitar kawasan ini.

Jiran maklum anak lemas
“Namun, hati ini tersentak apabila jiran memaklumkan anak perempuan saya lemas di sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi. Turut berada di tempat kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Sazali Md Din.

Norizan berkata, beliau hanya mampu reda namun sedikit terkilan kerana tidak sempat membelikan jubah raya untuk anaknya yang sepatutnya dibeli hari ini.

Perubahan anak

“Saya tidak melihat sebarang perubahan ketara yang lain kecuali dia kerap mengerjakan solat Tarawih dan berkurung dalam bilik sejak kebelakangan ini,” katanya.

Difahamkan, semua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng, malam tadi.

Sementara itu, Pegawai Pengurusan Balai Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Melaka, Timbalan Penguasa Bomba, Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 4.58 petang.

“Seramai 18 anggota termasuk Unit Penyelam bersama dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta Ayer Keroh terbabit dalam operasi menyelamat mangsa.

“Setiba di tempat kejadian, dua daripada mangsa sudah dikeluarkan orang awam manakala dua lagi dikeluarkan bomba tidak lama kemudian,” katanya.

Berita Harian

 

 

 

 

 

Wasilah untuk merasa Cinta Allah – wajib tengok

Jika kita ada masalah dan susah sangat nak mencintai Allah dan ibadat, mungkin video ini boleh membantu. Antara prinsip yang sangat menyentuh jiwa ialah, kita terlalu gembira terlonjak2 bila menghadiri tempat parti dan keraian. Tidak pula terlonjak-lonjak ketika kita berjaya sampai ke Rumah Allah atau majlis ilmu yang dicintai Allah.

Asalnya Kita Tidak Tahu adanya agama seindah Islam, sebahgian besar dari kita kita dilahirkan dalam keluarga Islam, tidak seperti mereka dari kalangan Awalul Muslimiin. MEREKA berhempas pulas, berhabis harta dan jiwa untuk mendapatkan Islam dan Iman. Mereka berlapar dan tersiksa untuk secebis petunjuk dan nikmat Iman. Ada kalangan mereka yang tidak sempat mengecapinya kerana terlebih dahulu dijemput ajal. Ada yang berkorban diri untuk kesejahteraan kita yang mewarisi nikmat itu.

Alangkah beruntungnya kita yang TIDAK MEMINTA Islam tapi Allah beri percuma, pasang siap. Berusahalah sahabat dan saudaraku sekalian. Buatlah sesuatu dengan sungguh-sungguh untuk mendaulatkan semula agama ini, yang telah kita sendiri hina dan keji, tidak melalui bibir yang sentiasa mengatakan Allah besar, Allah dan Rasul itu benar. tapi menghina pula dengan ciputnya pengorbanan kita, dengan pakaian kita, dengan perpecahan kita, dengan sembahan UTAMA terhadap pangkat dan harta. Sembahan terhadap ALLAH JADI NOMBOR DUA.

Jika Hadiah Islam yang PERCUMA tanpa usaha, tanpa di dera, tanpa kita MINTA-MINTA itu kita persia sia, pasti nanti Allah tidak sudi berikan ruang syurga bila sampai masanya kita pula yang terkial-kial, yang sangat MEMINTA-MINTA.

Admin ikut menangis terisak-isak menonton video ini. alangkah hinanya kita yang hari-hari memperlekeh banyak sekali perintah Allah, dengan terang-terang dan sesuka hati kita saja.

WARGA PRIHATIN

 

Tid Bit Parenting 13 : Bedung Budaya Yang Dilupakan. Asas Hudud Bagi Bayi

BEDUNGOrang tua-tua dulu-dulu memberi nasihat kepada ibu-ibu muda jika tidak membedung anak akan mejadikan anak kengkang jalannya. Tapi pada hakikatnaya membedung itu mempunyai Kelebihan yang tersendiri dari segi pendidikan jika kita tahu kebaikan dan kelebihanya. Jika mereka kengkang secara fiziklal saja tak apa. Tetapi yang paling kita takuti ialah kengkang juga rohani atau akhlaknya.

Dewasa ini kebanyakan bayi yang baru lahir oleh ibubapa moden menggunakan cara yang ringkas. Umpamanya apabila anak dilahirkan terus sahaja dipakaikan lampin pakai buang. Maklumlah zaman sudah berubah dan cara kehidupan juga berubah.

Apa yang kami ingin nampakkan di sini adalah peri penting untuk meneruskan kesinambungan budaya membedung bayi yang baru lahir. Tahukah anda bahawa bayi tidak mempunyai penglihatan semasa dilahirkan? Walaupun matanya kita lihat seperti celik, yang ada pada bayi tersebut hanyalah pendengaran.

Al Quran sendiri menjelaskan fenomena ini dalam surah 16. An Nahl 78. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.

Begitulah asal perkembangan manusia, lahir hanya berbekalkan pendengaran, selepas kira-kira 3 bulan barulah bayi dapat pengelihatan. Hati bayi pula mula berfungsi apabila mereka mula mampu berkata-kata. Itulah tanda perkembangan hidup kita. Untuk para ibu sekelian bayi-bayi yang baru dilahirkan ada baiknya kita “bedung” mereka.

Ada juga ibu-ibu moden mengatakan tak sesuai untuk membedung bayi dengan alasan bayi panas, ganggu pergerakan motorik anggota dan perkembangan otak dan bermacam-macam lagi. Ingin kami kongsikan “significance” membedung bayi terhadap perkembangan jasad dan sahsiah bayi itu sendiri.

Di dalam rahim ibu, bayi terlindung sepenuhnya, hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan bunyi dan cahaya. Oleh kerana bayi tidak dapat melihat sebaik dilahirkan, maka hanya deria pendengaran dan sedikit deria rasa saja yang ia ada. Ini akan membuatkan bayi “over-react” pada bunyi dan sentuhan. Ini membuatkan bayi terlalu sensitif dengan ransangan bunyi dan sentuhan itu dan mudah terkejut dan terganggu, khususnya waktu tidur. Tanpa ketenangan itu proses kematangan tisu dan otak akan terganggu.

Sebagaimana bayi perlu tidur yang cukup. Begitulah juga kesinambungan anggota yang perlu ditenangkan untuk memberi peluang kematangan sel-sel otak dan anggota untuk matang. Kejutan demi kejutan akan menyebabkan bayi terganggu bukan saja fizikalnya, malah perkembangan otaknya. Selain itu, tidak kurang bayi yang gagal mengawal tangan dan jari sehingga tanpa sedar melukakan mulut, mata, hidung dan telinga mereka.

Ini agak berbeza dengan pandangan sesetengah ibu moden yang mengatakan membedung akan mengganggu perkembangan bayi.

Cuba perhatikan. Bagi mereka yang terlewat membedung bayi, akan dapat melihat tindakbalas bayi berupa protes terhadap bedungan pada hari pertama. Tangan atau kaki sukar untuk diluruskan. Secara psikologi pula, tujuan bayi yang baru dilahirkan dibedung adalah untuk membiasakan anak itu dari awal lagi tentang unsur-unsur batas. Itulah pengenalan tentang “rule and regulation, boundary and limitation” asas hudud dalam pengurusan bayi.

SAMPAI BILA HARUS DI BEDUNG?

Ada yang menganjurkan maksima 1 bulan, ada yang kata sampai 3 bulan, bagi sesetengah orang lama ada yang menganjurkan sehingga 6-8 bulan, mungkin itu agak terlalu lama. Bagi kami ia harus berdasarkan konsep “apply to effect”.

Masih ingat Hadis nabi yang menganjurkan pendidikan 100 tahun sebelum kelahiran bayi? Yang menganjurkan pendidikan itu dari lahir hingga ke liang lahad? Mari kita pelajari lagi.

Pelbagai reaksi berupa protes dari kalangan ibu muda banyak berlaku dalam hal bedung ini. Tidak kurang yang bergaduh sampai mengeluarkan kata kesat, ini anak aku, aku yang mengandung, ikut aku lah apa aku nak buat.!

Ingatlah wahai ibu muda sekalian, walaupun ia sekadar satu ‘kata hati’ yang tidak diluah, ia tetap dapat dibaca oleh orang tua kita yang sudah banyak makan garam, cukup masak dengan tabiat body language kita. Jika sampai mereka ‘terasa hati’ apatah lagi sampai menitiskan air mata, maka kita sudah jadi derhaka yang tidak akan cium bau syurga. “What goes around comes around” TUNGGU PULA GILIRAN KITA BILA ANAK SENDIRI BESAR NANTI. Bagaimana ianya berlaku?

Bayi yang baru lahir hanya belajar melalui bunyi dan sentuhan. Jika anda marah atau tention maka suara anda berbeza, nadi anda berbeza, otot anda akan kejang (stiff). Bayi sangat sensitif. Ini akan membina sahsiah awal bayi anda secara negetif juga. Ia menjadi pendidikan melalui ‘body language’ dan system saraf anda yang memberikan hasil negetif sehingga jangka panjang.

Tahukah Anda kenapa ular, kucing, anjing garang pun jarang mencederakan bayi? Ini kerana hati mereka bersih ibarat kain putih. Mereka tidak kenal musuh dan tidak bermusuh dengan haiwan itu. Oleh itu mereka tenang dan tidak mengancam haiwan tersebut, walaupun baby duduk atau pijak atas kucing itu sekalipun, tetap tidak akan dicederakan. Anjing yang sama akan menerkam sebelum kita dekati lagi, kerana kita ada reaksi negetif yang dikesan getarannya oleh mereka.

Balik kepada bedung, Kajian kami merumus dan mencadangkan ia di buat mengikut kondisi. Di sini perlunya iqra’ atau membaca keadaan. Selain dari membuatkan anak merasa aman untuk tidur tanpa masalah kejutan yang berbagai-bagai, bedung juga mengawal ronta dan mengeliat yang berlebihan. Ini juga memudahkan kita mendokong anak. Oleh itu bedungan harus mengikut perkembangan jasad anak anda. Yang penting bayi anda harus dapat merasakan kongkongan bedung itu setelah pergerakan motor anggotanya mulai aktif. Wajarnya antara sekitar 2-4 bulan, di mana pegerakan motor mula aktif, teruskan mengongkong pergerakan itu seketika lagi.

BEDUNGAN MUHTASYABIHAT?

Ini yang paling penting. Selepas melepaskan bedungan jasmani. Teruskanlah dengan bedungan rohani. Selepas kira-kira 3 bulan anak kita sudah boleh melihat dan berinteraksi mata dengan jelas dan pasti. Waktu ini anak sudah kenal ibu, bapa, susu, makanan dan sebagainya. Teruskan dengan bedungan suara, tangan, kerusi roda, buaian dan lain-lain untuk menyekat kebebasan pergerakan bayi. Jika kita mahu anak kita patuh, jangan kita tunjukkan kedegilan kita terhadap orang tua dan suami depan mereka. Jangan sentuh anak dengan kasar tanpa sebab, jangan sering meninggi suara depan mereka. Anak akan copy dengan cepat sekali.

INILAH ASAS HUDUD YANG SEBENAR, DARI PERINGKAT BAYI DALAM KELUARGA ISLAM.

Jika tidak kita bedung rohani mereka dari perkara-perkara negatif, nanti apabila mereka sudah remaja dan dewasa, mereka tak mampu kita bendung lagi. Mereka akan memberontak kerana kongkongan (bedung) baru nak dilaksanakan hanya selepas mereka mampu melawan.

Amalkan bedung sejak bayi, ketika mereka tak mampu melawan dan hanya menurut sahaja sehingga mereka biasa dengan kongkongan itu. Pada sudut kerohanian pula, Jika anak dari kecil sudah dibedung / dikongkong rohaninya, contohnya dari berkeliaran membuat kerosakan, pasti setelah bedung mereka dibuka, iaitu semasa mereka telah akil baligh nanti, mereka boleh bawa diri, di asrama dan universiti contohnya, tidak perlu kita kongkong dan pantau sangat lagi. Insyaallah mereka MAMPU MEMBEDUNG dan MENGONGKONG diri mereka dengan aturan ala ‘bedung’ yang telah kita biasakan mereka sejak awal melalui akal dan disiplin yang diterapkan.

Ibu-ibu Prihatin mengambil langkah berundur ke belakang. Kami tidak menolak untuk membedung bayi sejak hari pertama anak-anak dilahirkan. Anda bagaimana?

Kudap-kudap
dari Ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

 

Parenting Tips 12 : Cemburu Anak

CEMBURU
TIPS PARENTING PRIHATIN 12 : CEMBURU

Cemburu tanda kita sayang atau “caring”. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak keadaan daripada menjadi ‘out of control’.

Bila disebut tentang CEMBURU, Lazimnya masyarakat kita terbayanglah kisah isteri cemburukan suami yang pakai wangian dan bersiap sekacak mungkin ketempat kerja. Pakwe yang cuba hubungi makwe malam-malam, telefon bimbit ‘busy’ sentiasa.

Kurang sekali kita bincangkan sikap cemburu seorang ibu kepada anaknya. Jika adapun, segelintirnya seperti yang sering kita tonton dikaca televisyen dalam slot akasia, slot samarinda iaitu kisah ibu yang cemburukan menantu. Itu pun sebab bimbang menantu mengambil alih peranannya dan kasih sayang anaknya beralih arah.

Pernahkah kita terdetik untuk mencemburui anak kita yang baru seusia 10 tahun? Yang baru nak menjengah alam remaja?. Dunia sekarang, anak seusia 6 tahun pun sudah pandai dan memandai. Tak perlu tunggu usia mereka menjangkau 13 tahun. Kes-kes yang dirujuk kepada kami menunjukkan anak darjah 1 sudah banyak yang melihat sendiri video lucah, malah melihat abang dan kakak melakukan hubungan seks…!!!

DUNIA TANPA SEMPADAN? BINA SATU UNTUK ANAK KITA

Dunia tanpa sempadan kini membuatkan kita sebagai ibu bapa terpaksa membina sempadan-sempadan dan halangan-halangan. Inilah konsep HUDUD dalam rumah. Kadang-kadang kita pula yang terpaksa keluar sempadan untuk berada dihadapan anak kita.

Sifat cemburu inilah yang membuatkan kita melangkah kehadapan lebih daripada anak. Dunia zaman moden dan IT ini membuatkan bukan setakat selangkah malah berpuluh-puluh langkah lagi kita kena berada jauh 100 TAHUN di hadapan. Ini bukan pepatah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari tau… “Ini pepatah anak dapat diploma, ibu bapa kena ambil Ijazah”!. Tidak boleh dibiarkan “Anak digital ibubapa analog”. Mesti cemburu pada anak.

Bayangkanlah, anak sekarang masuk sahaja sekolah menengah sudah diberikan telefon bimbit dan komputer riba yang canggih, yang ada camera, yang ada laman sesawang. Tup..tup.. anak kita yang tadinya berada di dalam bilik di Taman ABC sudahpun boleh berada di Negeri XYZ.! Maaf cakap, sudahpun beraksi seksa seksi. Sikap tidak `cemburu’, `biarkanlah’ dan ‘tidak apa’, mengizinkan anak kita diratah di dalam jagaan sendiri. Kononnya mereka sedang mentelaah, nak exam dah.. “ memangpun! mereka sedang mentelaah, tapi dimentelaah dek jantan liar’. Habis setiap inci tubuh mereka sudahpun dikaji melalui webcam!”. ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh jika nak dicoretkan.

JANGAN JAGA TEPI KAIN MEREKA?

Memangpun kita sebagai ibu bapa wajib lagi fardu sentiasa menyibuk dan sentiasa menjaga tepi kain anak-anak kita. Kalau kita tidak tolong jaga, nanti DISELAK pula. Anak-anak LAHIR TAK TAHU APA-APA (JAHIL). Allah suruh jaga tepi kain mereka sampai umur 40 tahun. Tapi macamana kita nak jaga jika kain sebahgian kita sendiri selalu terselak?

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” QS: 16. An Nahl 78.

Jahil memang cenderung ke haluan kiri, haluan neraka. Mereka mudah diperdaya dan mudah memperdaya. Itu belum lagi sukarnya kita nak menjaga pakaian, tingkah laku, aktiviti, pergaulan mereka di depan mata. Pokoknya jika kita sayangkan mereka kita sentiasalah cemburukan apa yang mereka lakukan. Sentiasalah tanamkan dalam hati “apakah yang sedang anak aku buat?, apa yang ada dalam beg sekolah mereka?, apa yang mereka baca?, apa yang mereka tulis?, apa yang mereka bincangkan? dan banyak lagi.

Janganlah bimbang dikatakan kolot. Dengan anak pun nak cemburu?. Bila kita cemburu, itu tanda kita sayang dan bimbang akan kehilangan seseorang yang kita sayangi. Cemburu, bila diletakkan pada tempatnya dapat mendorong seseorang itu untuk menghargai dan melindungi hubungan dan insan yang disayangi itu. Cemburu memberi manfaat kerana ia dapat membuka mata kita terhadap sesuatu yang masih berada di dalam tanggungjawab kita supaya ia tidak akan hilang dari kita sebelum waktunya.

Bila hilang rasa cemburu mulalah timbul sikap ketidakpedulian pada anak dan keluarga. Mulalah membiarkan segala perilaku dan penampilan serta aktiviti mereka tanpa kawalan. Semua berdalih konon saling mempercayai meskipun realitinya bakal mengundang fitnah dan indikasi negatif serta membuka peluang penodaan, kepincangan dan kemaksiatan.

Pasangan yang saling cemburu sanggup menghabiskan wang ringgit, mengupah risik untuk mengetahui tentang pasangannya, malah ada yang sampai ke tahap membunuh secara batil. Cemburu atas dasar kebenaran dan tanggungjawab merupakan dasar perjuangan “amar ma’ruf nahi munkar”. Apabila tidak terbit sikap cemburu dalam hati seseorang yang beriman, maka sudah pasti tidak akan ada dorongan untuk memperjuangkan amar ma’ruf nahi munkar padanya, yang dimulai dari sekecil-kecil perkara untuk diri dan keluarga.

Terlalu banyak firman dan hadis yang merujuk soal kaitan kepimpinan ibu bapa dan cemburu ini. Ringkasnya, “lelaki itu pemimpin keluarga”. Selaku pemimpin kita bakal ditanya tentang orang yang kita pimpin. Lelaki yang tidak cemburu terhadap ahli keluarganya dikatakan LELAKI DAYUS.

Si DAYUS haram mencium bau syurga, samada di dunia maupun di akhirat. Neraka di dunia ini menjadi tiket untuk neraka yang satu lagi! Bagaimana? lelaki dayus akan berakhir dengan longgokan laporan polis di tangan kerana isteri berselengkoh, anak gadis di bawa lari teman lelaki, nak tukar agama atau tak mau balik lagi. Tidakpun habis duit mereka bayar denda dan kos mahkamah, anak ditangkap mengedar dadah atau pecah rumah, merogol dan memukul. Semua berpunca kerana tidak cemburu untuk mencegah lebih awal.

Ada hadis yang berbunyi: “Orang-orang mukmin itu pencemburu dan Allah lebih pencemburu.” (HR. Muslim).

Lihat!.. Allah juga sangat cemburu kepada kita. Jangankan berzina, mendekat diri kepada zina saja Allah sudah larang. Jangan kata ingkar, berkawan dengan syaitan pun sudah Allah tegah. Mengapa? Itu kerana ALLAH SAYANG KITA.

Masalah kita adalah “kita tidak tahu kita bermasalah”. “Kita tidak mampu menjuhi syaitan kerana kita sendiri tidak kenal syaitan”. Jadi sila baca bersama artikel “mengenal tanda” dan lain-lain Parenting Tips sebelum ini.

Kudap Kudap
dari Ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

http://prihatin.net.my/2013/08/12/mengenali-tanda-mencegah-gejala/.

 

Hidup Ini Singkat Sekali Berbanding alam Yang Kekal Abadi

Ingatlah wahai sahabat. Terasa baru kelmarin kita bermain di desa, kini tempat bermain pun sudah tiada. Baru semalam kita rasa bersekolah rendah, kini kita sudah dapat ijazah. Baru kelmarin kita berkahwin, kini sudah ada cucu.

dulu kita ada atuk kini sudah tiada, dulu kita ada emak bapak, kini semuanya pergi. Sekarang kita berfacebook, esok status kita bertukar ALLAHYARHAM.

Ya.. Hidup Ini Singkat Sekali Berbanding alam Yang Kekal Abadi.

SILA TEKAN “LIKE ” UNTUK VIDEO DAN POSTING SETERUSNYA.